KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB PERSATUANFull description
Full description
CONTOH KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB COMPUTER WHIZFull description
Full description
Penubuhan Kelab Pencinta AlamFull description
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Doktor MudaFull description
-
DERAF
Lawatan ke Kuala Lumpur Tahun 2015Full description
contoh kertas kerja penubuhan persatuanFull description
for kursus Gerko Kokurikulum-Persatuan
for kursus Gerko Kokurikulum-PersatuanFull description
Kokurikulum
CONTOH Kertas Kerja
brigedFull description
Penubuhan Persatuan Fotografi
21213232Full description
kelab komputerFull description
Full description
KERTAS KERJA PENUBUHAN AKADEMI FOTOGRAFI IPG KPI 1.0 PENGENALAN Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera. Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu. Kelab yang akan ditubuhkan ini merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran dalam seni digital seperti penggunaan kamera seperti kamera DSLR(Digital Single Lens Reflex) atau videografi dan penggunaan perisian komputer seperti Adobe Photoshop dan Adobe Lightroom. 2.0 MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi visual dan intelek dalam kemahiran seni digital melalui kamera mahupun komputer sebagai salah satu kemahiran dan bakat yang ada dalam diri pelajar. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memperkenalkan asas-asas penggunaan kamera kepada pelajar dan membolehkan pelajar memahami salah satu cabang dalam seni digital. 3.2 Membina keyakinan pelajar dan menyediakan mereka dengan kemahiran yang mereka ingin pelajari seperti asas-asas fotografi. 3.3 Melatih pelajar dalam kemahiran komunikasi dari segi tekstual mahupun visual. 3.4 Mengasah serta mencungkil bakat-bakat baru yang ada pada pelajar 3.5 Merancang aktiviti-aktiviti fotografi yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan pelajar.
3.6 Memudahkan lagi kerja bagi pihak Institut dalam melibatkan diri untuk pengambilan gambar ataupun video jika ada majlis-majlis penting atau besar yang berlaku di institut ini. 3.7 Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. 4.0 RASIONAL Selain memastikan objektif projek ini tercapai, projek ini bertujuan untuk: 4.1 Melahirkan individu yang mempunyai minat dalam seni digital selain dari bidang seni yang lain. 4.2 Melahirkan bakal guru yang mempunyai pelbagai kemahiran selain daripada kemahiran yang mereka ada atau lain dari bidang yang mereka ceburi. 5.0 PERANCANGAN AKTIVITI Antara aktiviti yang dirancang selepas penubuhan kelab ini adalah:
Aktiviti lain akan dirancang dan diputuskan semasa mesyuarat agung kelak.
6.0 JAWATANKUASA Felo
: FARID AZHAR BIN NAWI
Pengerusi
:
Naib Pengerusi
:
Setiausaha
:
Bendahari
:
7.0 SASARAN AHLI Terbuka untuk semua pelajar yang berminat
8.0 PENUTUP Penubuhan kelab ini memberi peluang kepada pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan, berkeyakinan serta mempunyai tahap pemikiran yang kreatif dan kritis, dan berkemahiran. Seandainya akademi Fotografi ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada pihak Tuan untuk menyumbangkan sepenuh harapan agar kelab ini ditubuhkan dengan jayanya. Diharap Kertas Kerja Kelab Fotografi ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak atasan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam demi mutu dan kualiti guru-guru yang dihasilkan kelak dan seterusnya memartabatkan profesion perguruan ini di mata dunia. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, ................................ ( ) Setiausaha Kelab Fotografi, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam