KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB PERSATUANFull description
jawatankuasa kelab foto
Full description
CONTOH KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB COMPUTER WHIZFull description
Penubuhan Kelab Pencinta AlamFull description
Kertas Kerja Penubuhan Kelab Doktor MudaFull description
-
DERAF
Full description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG KERTAS KERJA PERTANDINGAN KEJOHANAN BADMINTON PENGELOLAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (PISMP AMBILAN JANUARI 2010) TARIKH : 07 OKTOBER 2010 BERTEMPAT DI...
Lawatan ke Kuala Lumpur Tahun 2015Full description
contoh kertas kerja penubuhan persatuanFull description
for kursus Gerko Kokurikulum-Persatuan
for kursus Gerko Kokurikulum-PersatuanFull description
Kokurikulum
CONTOH Kertas Kerja
brigedFull description
Penubuhan Persatuan Fotografi
21213232Full description
kelab komputerFull description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN JOHOR DARUL TAKZIM
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB BADMINTON INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
1.0
Pendahuluan
Permainan Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yang dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light. Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Pada
tahun
1934
Persekutuan
Badminton
Antarabangsa
(IBF)
ditubuhkan. Persekutuan ini bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia. Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak. Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A. Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1953 - 1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuarai Piala Thomas. Sukan Badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik. Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan beregu mendapat pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik tahun 1996. Kehangatan permainan ini kini telah menular ke seluruh pelusuk di Malaysia yang menjadi satu permainan atau sukan rakyat yang menjadi sebagai satu ikon gaya hidup yang sihat serta berpeluang untuk mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu,cadangan penubuhan Kelab Badminton di IPG Kampus Tun Hussein Onn merupakan suatu inisiatif ke arah untuk merujudkan satu komuniti yang mempunyai gaya hidup yang sihat serta dapat membina dan membentuk guru sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang sihat dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial.
2.0
Matlamat Penubuhan
2.1
Mendedahkan guru pelatih kepada pengurusan kelab atau persatuan yang bakal menjadi salah satu tugas utama di sekolah kelak.
2.2
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat para guru pelatih dalam bidang permainan badminton agar dapat mewakili IPG ke peringkat yang lebih tinggi demi mengharumkan nama IPGM di negara kita..
2.3
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memajukan sukan, iaitu permainan badminton pada peringkat IPG.
3.0
Objektif
Selepas menyertai program ini, adalah diharapkan bahawa pelajar akan dapat:
3.1
Belajar dan menimba ilmu dalam pengelolaan dan pengurusan sesuatu kelab sukan.
3.2
Mengaplikasikan kertas kerja kertas cadangan yang dicadangkan.
3.3
Menghuraikan tugasan setiap pegawai dalam suatu kelab badminton.
3.4
Menerapkan nilai-nilai mengamalkan kehidupan yang sihat dan menghayati kepentingan semangat bekerjasama melalui permainan badminton.
3.5
Mengeratkan hubungan antara guru pelatih dalam IPG Kampus Tun Hussein Onn.
3.6
Sebagai satu alternatif untuk mengisi masa lapang guru pelatih.
4.0
Rasional
4.1
IPG Kampus Tun Hussein Onn belum mempunyai kelab badminton yang mampu menjadi kebitaran kampus ini,dan merupakan sukan yang boleh meningkatkan nama baik kampus dan IPGM.
4.2
IPG Kampus Tun Hussein Onn memiliki pensyarah dan guru pelatih yang berminat dalam permainan ini dan telah berkursus untuk Kepegawaian Badminton Peringkat Kebangsaan Tahap 1.
4.3
IPG Kampus Tun Hussein Onn memiliki pemain yang berbakat dalam permainan ini dan berpotensi untuk digilap untuk mewakili ke pertandingan yang lebih tinggi.
4.4
IPG Kampus Tun Hussein Onn memiliki kemudahan gelanggang badminton yang sempurna dan sesuai untuk menjalani latihan dalam permainan ini.
5.0
Nama Kelab Kelab Badminton IPG Kampus Tun Hussein Onn
6.0
Kumpulan Sasaran
6.1
Pensyarah IPG Kampus Tun Hussein Onn
6.2
Kakitangan Sokongan IPG Kampus Tun Hussein Onn
6.3
Guru Pelatih IPG Kampus Tun Hussein Onn
7.0
Perancangan Aktiviti
BIL.
AKTIVITI
1.
Latihan badminton
2.
Pemilihan wakil IPG Kampus Tun Hussein Onn
3.
Bengkel teknik badminton
4.
Kursus Kejurulatihan Badminton
5.
Kursus Kepegawaian Badminton
6.
Pertandingan Badminton Tertutup IPGKTHO
7.
Pertandignan Badminton Antara IPG
8.0
Lokasi Gelanggang Badminton IPG Kampus Tun Hussein Onn
9.0
Jurulatih Bagi meningkatkan kualiti Kelab Badminton IPG Kampus Tun Hussein Onn, kelab ini akan dibimbing oleh Encik Nahar Bin Wazir merupakan pensyarah Unit Kokurikulum yang sangat berpengalaman dalam permainan badminton serta jurulatih dari luar.
10.0
Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab
JAWATANKUASA INDUK Penaung
:
En. Hassan bin Pardi (Timbalan Pengarah IPGKTHO)
Penasihat
:
Encik Abdul Jabar Bin A.Rahman (Ketua Unit Kokurikulum IPGKTHO)
Penyelaras
:
Encik Mohtar Bin Yacob (Penysarah Unit Kokurikulum IPGKTHO)
AHLI JAWATANKUASA Pengerusi
:
Ong Sii Chek
Naib pengerusi 1
:
Wong Souk Nee
Naib pengerusi 2
:
JJ Lim
Setiausaha
:
Lina Tang Yi Shyuan
Bendahari
:
Lee Vun Shun
Ketua AJK
:
Muhamad Najmuddin Bin Sharifudin
11.0
Penutup Kesimpulannya, penubuhan Kelab Badminton di IPG Kampus Tun Hussein
Onn merupakan satu aset yang bernilai kepada institut untuk meningkatkan prestasi guru pelatih seterusnya menaikkan nama baik institut melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam Kelab Badminton mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian, memajukan sukan, iaitu permainan badminton pada peringkat IPG, selaras dengan salah satu matlamat Persatuan Badminton Malaysia yang menyatakan bahawa, ”menjadikan permainan badminton sebagai permainan sukan yang pertama dalam kalangan rakyat Malaysia” boleh dicapai melalui penubuhan kelab ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Kelab Badminton ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan IPG Kampus Tun Hussein Onn.