SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TAMBUNAN SABAH
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB COMPUTER WHIZ
ANJURAN: PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SK PEKAN TAMBUNAN
DENGAN KERJASAMA: GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK PEKAN TAMBUNAN 2
1.0
PENDAHULUAN
Sejajar dengan transformasi pendidikan, kemahiran maklumat, media dan teknologi merupakan kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Kini, kaedah pengajaran konvensional seperti
“chalk and talk” tidak
lagi diaplikasikan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana pembelajaran abad ke-21 merupakan platform utama sistem pendidikan pada zaman ini. Keberkesanan pembelajaran abad ke-21 di sekolah menghendaki murid untuk mempelajari dan menguasai kemahiran menggunakan komputer. Hal ini demikian, komputer merupakan alat utama dalam pembelajaran abad ke-21 yang membantu murid ke arah pembelajaran aktif. Bersesuaian dengan era pendidikan abad ke-21, keperluan kemahiran penggunaan komputer dan pengaplikasian teknologi maklumat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah wajar. Sehubungan itu, penubuhan kelab Computer Whiz adalah langkah dan usaha unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi melahirkan murid yang berkemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Cadangan penubuhan kelab ini juga disusuli dengan permohonan penggunaan makmal komputer sebagai bilik gerak kerja dan aktiviti bagi kelab Computer Whiz. Inisiatif tersebut dapat memaksimumkan penggunaan kemudahan makmal komputer sekolah yang telah disediakan.
2.0
MATLAMAT
Dalam penciptaan sesuatu perkara, semamangnya mempunyai sebab yang tersendiri. Seperti penubuhan kelab komputer ini, ia bermatlamat untuk meningkatkan kreativiti murid melalui pengaplikasian kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seperti yang kita tahu, pelbagai perkara boleh dilakukan dengan menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan salah satunya adalah dengan mereka cipta design dalam menghasilkan banner. Secara tidak langsung, bakat ini dapat digunakan untuk dirinya kelak dengan membuka perniagaan berkenaan penghasilan banner atau percetakan. Hal ini dapat menguntungkan murid itu sendiri. Walau bagaimanapun, kelab komputer ini bertujuan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan mudah bukan sahaja kepada pihak guru tetapi juga murid-murid. Sebagai seorang guru, kita hendaklah tahu bahawa murid-murid mempunyai inkuiri yang sangat tinggi dalam diri mereka, penggunaan benda baharu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran boleh menjadikan murid-murid mempunyai kemahiran yang pelbagai di samping murid seronok menggunakan kemahiran yang baru dipelajarinya.
3
Seterusnya, kelab ini juga sangat penting dalam diri seseorang individu bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dengan arus pemodenan yang cepat berkembang ini. Individu yang mempunyai kemahiran yang pelbagai adalah individu yang dicari masa kini. Hal ini kerana, kemahiran bukan boleh dipelajari dalam masa dua tiga hari namun dalam satu tempoh masa yang lama. Jadi bukan mudah untuk mendapatkan individu yang berkemahiran tinggi. Keadaan ini menunjukkan individu yang berkemahiran tinggi mempunyai nilai yang tinggi di pasaran terutama dalam mencari pekerjaan kelak. Kesimpulannya, kelab komputer ini bukan hanya sekadar sebuah kelab yang ditubuhkan tanpa hala tuju yang betul, malahan ia mempunyai matlamat yang jelas dan mampu dicapai oleh pihak murid yang menyertainya. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan penubuhan kelab ini bagi melahirkan murid yang berkemahiran dan berpotensi di masa akan datang kelak.
3.0
OBJEKTIF
Objektif penubuhan kelab ini adalah bertujuan: a) Pengetahuan i. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. ii. Membimbing murid mengetahui sistern pengoperasian komputer. iii. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu. iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan komputer dan Teknologi Maklumat. b) Kemahiran i. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan Teknologi Maklumat. ii. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu/kumpulan melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi. iii. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan sesuatu sistem. c) Nilai i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. ii. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat dalam kalangan murid, antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.
4
4.0
RASIONAL
Melihat kepada keperluan pada zaman kini yang banyak didorong oleh kemahiran berkomputer dan ICT dalam kehidupan seharian terutamanya bagi pihak murid-murid. Hal ini bagi menyahut seruan pihak kerajaan yang menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang lebih menekankan penggunaan alatan elektronik dan perisian atas talian. Oleh itu, bagi memastikan keberhasilan matlamat pihak kerajaan ini, saya rasa bertanggungjawab untuk membuka peluang kepada pihak murid untuk menjayakannya dengan melibatkan diri dalam kelab komputer di sekolah.
Tambahan lagi, pihak pentadbiran sekolah telah menyediakan dua buah makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan moden masa kini seperti pemancar, bilangan komputer sebanyak 50 buah di samping sistem pembesar suara dan skrin LCD yang dapat menjayakan kelab komputer ini. Kelab komputer ini dapat memaksimumkan penggunaan makmal tersebut untuk kebaikan pihak murid itu sendiri. Alangkah membazirnya sekiranya makmal komputer yang sempurna ini tidak digunakan sebaik mungkin. Pihak pentadbiran tidak perlu mengeluarkan tajaan yang banyak dalam penubuhan kelab ini kerana saya faham akan keadaan kewangan negara kita kini yang tidak stabil.
Selain itu, jaringan internet yang disediakan secara percuma di sekolah kepada pihak murid juga menguatkan lagi hasrat saya ini untuk menubuhkan kelab komputer di sekolah ini. Jaringan internet yang meluas di sekolah ini membantu murid melayari internet bukan sahaja untuk mencari ilmu tambahan namun juga untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan guru dalam kelab tersebut. Sebagai contoh, gunanya laman Schoology bagi berkongsi maklumat dengan rakan dan guru tentang sesuatu perkara. Tiada lagi alasan untuk tidak mengamalkan pembelajaran abad ke-21 oleh pihak guru mahupun murid-murid. Segala kemudahan telah tersedia, hanya perlu rajin untuk belajar dan mencuba perkara baru sahaja.
Dengan adanya kemahiran yang tinggi dalam diri murid dan guru berkenaan bidang ICT ini, maka warga sekolah boleh menggunakan Model Flipped Classroom. Di mana, guru memuat naik maklumat berkenaan pembelajaran seterusnya pada hari ini untuk dipelajari oleh murid terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan murid bersedia dengan rapi dengan sedikit pengetahuan sebelum menjalani sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran secara formal di sekolah. Akhir kata, sememangnya penggunaan ICT yang betul dalam sistem pendidikan dapat membantu murid dan guru dalam memperolehi ilmu secara maksimum dan menyeronokkan.
5
5.0
JAWATANKUASA 5.1
Jawatankuasa Penaja PENGERUSI Guru Besar
NAIB PENGERUSI Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SETIAUSAHA Guru Panitia Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
BENDAHARI Guru
GURU PENASIHAT Guru
5.2
Jawatankuasa Induk PENGERUSI Murid Tahun 6
NAIB PENGERUSI Murid Tahun 5
SETIAUSAHA Murid Tahun 6
NAIB SETIAUSAHA Murid Tahun 5
BENDAHARI Murid Tahun 6
NAIB BENDAHARI Murid Tahun 5
AHLI JAWATANKUASA Murid Tahun 5
6
6.0
KUMPULAN SASARAN
Persatuan ini hanya terbuka kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6. Mengamalkan sistem murid Tahun 5 sebagai pelapis kelab dan murid Tahun 6 sebagai mentor. Menerima seramai 25 orang ahli kelab sebagai fasa permulaan. Apabila kelab telah menyediakan pelapis, kelab akan dibuka untuk 50 orang ahli kelab.
7.0
KETERANGAN PROGRAM
Perjumpaan kelab dijalankan dalam waktu kokurikulum sekolah iaitu 2 kali seminggu dan di luar waktu persekolahan sebanyak 1 kali 2 minggu. Aktiviti dan program kemahiran yang ditawarkan oleh kelab akan berubah setiap tahun. Tahun pertama penubuhan, melatih pelapis. Tahun kedua, program Mentor-Mentee akan dijalankan dan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Program Mentor-Mentee bertujuan melatih ahli kelab yang baharu dengan kemahiran yang telah dipelajari oleh pelapis, perkara ini dilaksanakan bagi memastikan keberlangsungan kemahiran-kemahiran menggunakan komputer. Setiap tahun, ahli kelab akan memperolehi teknik-teknik yang baharu dan terkini.
7