Kertas Kerja Pemeriksaan, PT BINA CITRA PESONA, Workshop Auditing
Program sambutan peringkat sekolahFull description
Full description
UB
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJA
PROGRAM SENAMROBIK MINGGUAN TEMPAT:
Dataran Perhimpunaan dan Padang SK Sungai Pasir TARIKH
:
28 Mac – 15 April 2010
ANJURAN:
GURU PELATIH PRAKTIKUM IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
1.0 PENDAHULUAN
Senamrobik mingguan di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil. Guru pelatih Pendidikan Jasmani dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim sesuai menjalankan program ini bagi memberi pengalaman pengelolaan aktiviti sihat untuk dipraktikkan di sekolah. Di samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat diterapkan kepada semua murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah sejurus melahirkan murid dan guru yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh murid semasa waktu lapang murid.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid tidak malu melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan..
3.0 OBJEKTIF
3.1
Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.
3.2
Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat
3.3
Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.
3.4
Mengisi masa terluang murid.
3.5
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
3.6
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 21 Mac 2010 - 15 April 2010 iaitu pada setiap hari Khamis. 4.2 Dilaksanakan selama sebulan oleh guru pelatih sempena praktikum. 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu perhimpunan mingguan pada hari Khamis pada jam 7.30 pagi
5.0 BUTIRAN PROGRAM
Minggu 28 Mac – 1 April 2010 3-8 April 2010 11-14 April 2010
Guru Bertugas Mohd Amin bin Abd Rashid Dzulfikri bin Anjang Ab Rahman Mohd Azli bin Azni
6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
6.1 Semua murid tahun 1, 4, 5 dan 6 sesi pagi SK. Sungai Pasir , Sungai Petani, Kedah Darul Aman
7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat
: Pn. Azziah bt. Abu Othman (Guru Besar) Tn. Hj. Abdul Razak b. Ayob (Penolong Kanan Kokurikulum) Pn. Jamaliah bt. Md. Salleh (Guru Pendidikan Jasmani)
Pengerusi
: En. Dzulfikri bin Anjang Ab Rahman
Naib pengerusi
: En. Mohd. Azli bin Azni
Setiausaha
: En. Mohd Amin bin Abd. Rashid
8.0
PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala aktiviti yang kami sampaikan di dalam program senamrobik ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid disamping memberi keseronokan kepada murid. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.