INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS,
JALAN BEHOR PULAI,
01000 KANGAR, PERLIS
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN (PENGAJIAN AGAMA/AQ /BA) PENDIDIKAN RENDAH
PIM 3110 : PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
(EDU 3104)PIM 3110 : PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
(EDU 3104)
PIM 3110 :
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
(EDU 3104)
PIM 3110 :
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
(EDU 3104)
NAMA : MUHD ZULHILMI BIN ROSLI
NO. KAD PENGENALAN : 920824-07-5913
KUMPULAN : PISMP 5 AMBILAN JAN 2012
KELAS : PENGAJIAN AGAMA (B)
PENSYARAH : ISHAK BIN ISMAIL
TARIKH SERAHAN : 14 MAC 2014
ISI KANDUNGAN
TAJUK
MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN
1
PENGHARGAAN
2
PENGENALAN
3
KONSEP PENGUJIAN,PENGUKURAN,PENILAIAN, DAN PENTAKSIRAN
4 - 14
KONSEP,FALSAFAH DAN KEPENTINGAN PAFA
15
RANCANGAN PELAKSANAAN PAFA
18
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
19-20
REFLEKSI
21
RUJUKAN
24
LAMPIRAN
25
HALAMAN PENGAKUAN
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Tandatangan :……………………………….
Nama penulis : Muhamad Zulhilmi Bin Rosli
Tarikh : 29 APRIL 2014
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, tugasan saya dapat disempurnakan dengan jayanya. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensayarah saya, Puan Raihaniah yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang berguna sepanjang interaksi PIM 3110 bersama beliau.
Segala input berguna yang diperoleh sepanjang interaksi cuba untuk saya terjemahkan kedalam tugasan saya yang serba ringkas ini.Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata,diharapkan tugasan serba ringkas ini dapat memberi suatu impak yang yang maksima kepada saya juga kepada individu yang ingin menggunakan metid yang sama dalam menjadikan sesi pengajaran & pembelajaran di sekolah lebih menarik.
Sekian,Terima kasih.
PENGENALAN
Penilaian dalam lapangan pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.
Pengujian, pengukuran penilaian dan pentaksiran merupakan konsep penting dalam dunia pendidikan. Istilah ini digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian guru. Perlu ditekankan disini ialah,ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Jesteru, pemahaman terhadap konsep pengujian,penilaian, pengukuran dan pentaksiran sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
Penilaian dalam pendidikan islam juga tidak banyak bezanya dengan matapelajaran lain. Ketiga-tiga elemen yang berkenaan sangat penting bagi guru yang mengajar matapalejaran pendidikan islam. Pentingnya pengujian,pengukuran dan penilaian di peringkat sekolah adalah tidak lain tidak bukan semata-mata untuk meralisasikan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) sepertimana yang berikut:
"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat."
KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran merupakan konsep yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Meskipun keempat-empat konsep ini mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama.
Pengujian
Ahmad Mohd Salleh (2008) mendefinisikan pengujian dapat sebagai teknik untuk mendapatkan matlamat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set soalan yang memerlukan maklum balas daripada murid untuk dinilai oleh guru terhadap pencapaian mereka. Pengujian memerlukan murid menunjukkan secara eksplisit, seperti perubahan tingkah laku murid berdasarkan perkara yang telah dipelajarinya. Oleh itu, dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran.
Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan, kemudian peringkat pelaksanaan dan diikuti dengan peringkat pemeriksaan. Dengan pengujian, guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari. Tujuan pengujian adalah untuk mengesan hasil pembelajaran yang dapat dicapai oleh murid dan mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain serta mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid.
Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan sebaik sahaja sesi P&P tamat, malahan di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh mana sesuatu isi pelajaran itu telah diperoleh oleh pelajar-pelajar mereka. Justeru, penilaian amat penting dalam konteks pembelajaran.
Pengukuran
Pengukuran merupakan proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Dengan kata lain, pengukuran ialah tindakan atau proses untuk menentukan sejauh mana sesuatu perkara itu wujud, khususnya apabila perkara itu dibandingkan dengan satu standard.
Tujuan pengukuran dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari segi pengajaran, Ee Ah Meng (1991) menyenaraikan fungsi-fungsi pengukuran seperti berikut :
Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh.
Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh.
Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Pengukuran sebagai disiplin boleh wujud dalam berbagai-bagai tahap dan peringkat. Namun dalam bidang pendidikan, pengukuran biasanya dilaksanakan dalam dua tahap sahaja. Tahap-tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986) :
Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10 orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skel yang digunakan ditahap ini ialah skel urutan sahaja (skel ordinal).
Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.
Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai, dianggap baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan Islam yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian.
Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skel atau dengan satu standard. Dalam hampir semua pengukuran di bidang pendidikan atau psikologi, skel atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan kata lain, pengukuran dalam pendidikan adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan memberi interpretasi pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya.
Penilaian
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses atau suatu sistem yang merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan.
Proses penilaian melibatkan tiga langkah utama, iaitu :
Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
Membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.
Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu peringkat persediaan ujian, peringkat pentadbiran ujian, peringkat pemeriksaan dan pengukuran, peringkat analisis dan peringkat interpretasi dan tindakan.
Dalam usaha membuat penilaian yang wajar, guru akan mempertimbangkan maklumat dari berbagai-bagai punca, seperti pengetahuannya sendiri tentang murid tersebut, latar belakang dan pengalaman mereka, keadaan pembelajaran di rumah dan di sekolah, minat dan perkara-perkara yang tidak diminati oleh murid. Kesemua ini akan dipertimbangkan atau dinilai oleh guru dan akhirnya satu penilaian akan dikemukakan untuk membolehkan tindakan wajar selanjutnya, sama ada memberi pengajaran tambahan, beralih ke pengajaran lain, menukar kaedah pengajaran dan sebagainya.
Jenis Penilaian
Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif:
Penilaian Formatif
Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika perlu. Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan.
Penilaian sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.
Merancang penilaian.
Dalam pelaksanaan penilaian, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan. Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) boleh membantu guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JSU guru dapat merangkakan tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam taksonomi kognitif Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual penentuan ini. Untuk sesuatu tajuk dan peringkat taksonomi, hasil pembelajaran murid dicatatkan secara spesifik. Penentuan hasil pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada:
mata pelajaran
tajuk-tajuk yang dinilai
peringkat kebolehan murid yang dinilai
wajaran aras kesukaran: mudah, sederhana, sukar
Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam sukatan pelajaran. Bilangan peratus soalan bagi sesuatu tajuk perlu ditunjukkan.
Bidang dan Bentuk Penilaian
Bidang pembelajaran yang diuji dalam Pendidikan Islam meliputi :
Penguasaan ilmu
Penguasaan kemahiran
Penghayatan dan amalan
Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:
Pemerhatian
Lisan
Penulisan
Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid.
Ketiga-tiga kaedah tersebut boleh digunakan untuk :
Mengesan serta-merta
- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam
pengajaran harian
- tidak memerlukan instrumen yang khusus.
Mengesan kemajuan
- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis
Mengesan pencapaian
- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program
- perlu dirancang secara individu
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan
Penilaian secara pemerhatian
Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan
dan penulisan seperti:
sikap
perlakuan/amalan
amali
kemahiran manipulatif
kemahiran bersosial
kemahiran belajar
kemahiran kinestetik
kemahiran literasi komputer
kemahiran mereka cipta
Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.
Penilaian secara lisan.
Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- kecekapan mencongak
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap
Instrumen Penilaian Lisan
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- nyanyian
- deklamasi sajak
- mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan:
- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Penilaian secara penulisan.
Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan
Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif
Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.
Pentaksiran
Konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid. Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.
Dalam konteks terkini, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah selari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
KONSEP, FALSAFAH DAN KEPENTINGAN PENILAIAN PAFA
Konsep
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti pada peringkat awal. PAFA adalah satu bentuk penilaian amali yang dilaksanakan untuk melihat kefahaman dan amalan fardhu ain. Sejauh mana pelaksanaan dan keberkesanan PAFA dalam membentuk keperibadian muslim.
Fardhu ain bermaksud kewajipan yang dituntut oleh agama bagi orang perseorangan, contohnya mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu, puasa, mengerjakan haji dan sebagainya. Dalam konteks PAFA, beberapa perkara fardhu ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam hendaklah dipastikan supaya tiap-tiap murid atau pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994, ruj : Kp5206/8/70 Jld. 13/(14) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H).
Dalam aspek penilaian, murid dinilai dari segi kefahaman yang betul tentang perlakuan serta pengamalan solat dan boleh mengamalkannya sekira-kira 'sah' pada tahap yang paling asas dan minimum. PAFA dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PAFA mula dilaksanakan pada sesi 1994/1995.
PAFA adalah sebahagian kecil daripada isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, P&P PAFA adalah P&P Pendidikan Islam. Apa yang penting dalam PAFA ialah memastikan tiap-tiap murid/pelajar tanpa sebarang keciciran mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan dengan betul, sah dan sempurna sebagaimana yang dikehendaki atau dituntut oleh syarak. Oleh sebab PAFA adalah mata pelajaran Pendidikan Islam (bukan satu mata pelajaran baharu di luar Pendidikan Islam), maka P&Pnya adalah sepanjang masa. P&P Pendidikan Islam mulai Tahun 1 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah rendah; dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah.
Pelaksanaan PAFA di sekolah rendah dan menengah amat bertetapan dengan falsafah Pendidikan Islam iaitu; Pendidikan Islam ialah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Matlamat di dalam falsafah Pendidikan Islam adalah untuk membina keperibadian seorang muslim dengan melaksana semua tuntutan agama Islam. Sebahagian tuntutan tersebut terkandung di dalam perkara yang hendak dicapai sewaktu proses P&P PAFA iaitu pelajar boleh mengucap dua kalimah syahadah dengan betul dan mengetahui serta memahami ertinya, mengingat dan memahami rukun Islam dan rukun Iman, selain mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan bersuci daripada beristinjak membersihkan tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan tayammum.
Di samping itu, perkara yang hendak dicapai oleh PAFA ialah pelajar boleh mendirikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamah, menjawab azan dan iqamah dan doanya serta mengetahui dan menghayati ibadat puasa, memahami hikmatnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Malah, PAFA juga adalah untuk mengetahui dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan "Ihsan" dan bertolak daripada "Birrul Walidain" di samping memahami dan meyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan ummah yang kuat dan teguh.
Kepentingan
Di antara kepentingan pelaksanaan penilaian PAFA ini ialah mengenal pasti murid atau pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna. Pelbagai bentuk bimbingan yang boleh digunakan oleh guru bagi membimbing pelajar antaranya ialah menggunakan kaedah dan teknik seperti penerangan, bercerita, lakonan, simulasi, tunjuk cara, talaqqi musyafahah dan banyak lagi. Guru juga boleh menggunakan kaedah dan teknik tersebut dengan bantuan alat bantu mengajar yang sesuai dengan cara yang digunakan.
Selain itu, penilaian PAFA juga bertujuan untuk memastikan tidak terdapat keciciran dalam PAFA, dalam erti kata lain, menentukan kejayaan 100 peratus. Seperti yang diketahui, perkara asas fardu ain adalah sangat penting untuk difahami, dihayati seterusnya diamalkan di dalam kehidupan seharian individu muslim bagi melahirkan ummah yang celik agama. Sekiranya terdapat keciciran di dalam penilaian PAFA, ini akan mewujudkan dan menyumbang kepada beberapa masalah ummat seperti masalah sosial yang sedang berleluasa pada hari ini. Perkara ini akan menjadi penyakit yang serius dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam sekiranya tiada tindakan yang sewajarnya dijalankan.
Seterusnya, PAFA juga mampu menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati dalam amalan kehidupan seharian. Penilaian PAFA dapat menyuburkan rasa keinsafan dalam diri individu melalui item-item yang diuji di dalamnya kerana kesemua item tersebut merupakan perkara yang wajib diketahui dan diamalkan oleh umat Islam. Oleh sebab itu, PAFA ini diwujudkan bagi membantu umat Islam khususnya murid/pelajar sekolah dalam menguatkan lagi kepatuhan terhadap Allah SWT dengan mengamalkan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Akhir sekali, kepentingan penilaian PAFA juga dapat dilihat melalui konteks merangsang tanggungjawab guru dalam memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan. Sebagai guru Pendidikan Islam adalah menjadi satu kewajipan di dalam tugas bagi memastikan setiap murid/pelajar mendapat bimbingan yang terbaik dalam penilaian PAFA.
REFLEKSI
NAMA : MUHAMAD ZULHILMI BIN ROSLI
NO KP : 920824 – 07- 5913
Assalamualaikum wbt. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana pada hari ini saya masih diberi peluang dan ruang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan tugasan kerja kursus Penilaian dalam Pendidikan Islam (PIM 3110) ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja.
Bagaimana tugasan ini dihasilkan? Izinkan saya berkongsi pengalaman saya sebelum, semasa dan selepas dalam penghasilan kerja kursus ini. Sebelum saya memulakan kerja kursus ini, saya agak keliru dengan tugasan yang diberikan semasa taklimat kerja kursus disampaikan. Namun, bagi mengatasi masalah tersebut, saya dan rakan-rakan bertanya kepada pensyarah pembimbing tentang kehendak sebenar soalan semasa di kelas. Setelah pensyarah pembimbing memberikan penjelasan dengan lebih terperinci, barulah saya faham apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pensyarah. Setelah memahami kehendak soalan, saya dan rakan-rakan lain telah pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan iaitu buku-buku rujukan yang berkaitan dengan Penilaian dalam Pendidikan Islam. Namun, agak mengecewakan saya dan rakan-rakan kerana buku-buku yang berkaitan dengan Penilaian dalam Pendidikan Islam tidak banyak dan buku yang sedia ada merupakan buku-buku lama dan sudah lama tidak diperbaharui. Jadi, saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk mencari sedikit maklumat di dalam internet dan mencari buku di dalam 'google books'.
Semasa penghasilan kerja kursus ini, saya telah mengalami beberapa masalah. Antaranya ialah kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai penilaian PAFA. Saya telah mencari maklumat mengenai PAFA di dalam internet namun agak mengecewakan kerana terlalu sedikit maklumat yang disediakan. Oleh sebab itu, saya telah membuat perbincangan dengan rakan-rakan bagi menjana idea mengenai penilaian PAFA. Semasa proses penghasilan persembahan elektronik, saya dikehendaki membuat kaji selidik bagi mendapatkan isu permasalahan dalam penilaian PAFA dan seterusnya mencari teori atau model pembelajaran yang sesuai dengan isu permasalahan yang dialami. Saya mengalami masalah apabila saya sukar untuk mendapatkan teori yang sesuai dengan isu permasalahan yang saya perolehi.
Namun, bagi mengatasi masalah tersebut saya terus berusaha dengan mencari di dalam semua buku rujukan yang saya ada dan juga mencari di dalam internet sehingga saya menjumpai teori tersebut. Selepas itu, saya juga mengalami kesulitan apabila saya tidak pasti bagaimana caranya untuk mengaitkan isu permasalahan dengan teori. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya telah meminta pendapat dan bantuan rakan-rakan lain. Seterusnya, bagi tugasan membuat penilaian PAFA mengikut buku panduan PAFA pula, saya telah membuat ujian PAFA ke atas 3 orang responden daripada IPGKSM. Melalui ujian tersebut, saya dapat membuat kesimpulan bahawa mereka kurang diberi pendedahan tentang penilaian PAFA semasa di sekolah menengah. Masalah lain yang saya hadapi semasa menghasilkan kerja kursus ini ialah saya mengalami kesuntukan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini kerana terdapat dua lagi kerja kursus yang perlu dihantar pada minggu tersebut. Namun, berkat keazaman dan kesungguhan saya bersengkang mata semata-mata untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik, akhirnya kerja kursus ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Sepanjang penghasilan kerja kursus ini, saya mendapati bahawa saya telah banyak memperoleh input dan ilmu yang berguna mengenai subjek Penilaian dalam Pendidikan Islam ini. Pengalaman sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat mempelajari ilmu baru mengenai kursus penilaian dalam pendidikan Islam dengan lebih terperinci. Selain itu, saya juga dapat mempraktikkan apa yang saya belajar sepanjang penghasilan kerja kursus ini apabila saya ditempatkan di sekolah apabila tamat belajar.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Puan Raihaniah yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan motivasi kepada saya dan rakan-rakan. Tidak sah rasanya jikalau saya tidak mengucapkan sekalung apresiasi terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak berkongsi maklumat kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Jasa mereka akan saya kenang sampai bila-bila dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Sekian, terima kasih.
Bibliografi
Abdul Rahim Abdul Rashid, M. h. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
An-Nukmy, A. (1995). Kaedah dan Kurikulum Pendidikan Islam Menurut Ibnu Khaldun dan Al-Qabisi. Kuala Lumpur : Pustaka Syhada.
Hasnah Binti Yahya, M. N. (2010). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Buku Panduan Rekod PAFA. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.
Langgulung, H. (1997). Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Malaysia, K. P. (2006). Buku Panduan Rekod Pencapaian PAFA. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.
Mee, L. S. (1990). pengujian dan Penilaian dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.