Berdirinya Dinasti Abasiyah ...Peranan Bani Abbasiyah dalam Kemajuan Pendidikan....
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 PERDANA TAHUN 2011
RINTITAN PERISTIWA YANG MEMBAWA KEPADA PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH :• Perlantikan Sayidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah kurang dipersetujui dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan puak bani Umaiyah • Tindakan drastik Sayidina Ali memecat Muawiyah bin Abi Sufian sebagai Gabenor di Syam menyerlahkan lagi penentangannya terhadap Sayidina Ali sehingga berlaku peperangan Siffin ( tahun 40 Hijrah/ 660 Masihi) yang berakhir dengan Majlis Tahkim •Keadaan bertambah tegang apabila munculnya pihak Khawarij yang tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim sehingga mereka bertindak membunuh khalifah Ali pada tahun 40 Hijrah • Selepas kewafatan khalifah Ali, penduduk Kufah dan golongan Syiah telah melantik Sayidina Hassan bin Ali menjadi khalifah • Walau bagaimanapun, Sayidina Hassan telah menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah bin Abi Sufian secara sukarela dengan beberapa syarat • Akhirnya jawatan khalifah secara rasmi diserahkan kepada Muawiyah bin Abi Sufian setelah beliau bersetuju dengan syarat yang ditetapkan
CARA PELANTIKAN MUAWIYAH BIN ABI SUFIAN SEBAGAI KHALIFAH PERTAMA KERAJAAN BANI UMAIYAH:• Muawiyah bin Abi Sufian dilantik menjadi khalifah melalui penyerahan
jawatan secara sukarela oleh Sayidina Husin bin Ali kerana mementingkan perpaduan di kalangan umat Islam yang mula berpecah selepas kewafatan Sayidina Ali bin Abi Talib • Sebelum penyerahan kuasa dibuat, Sayidina Husin telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan dipersetujui oleh Muawiyah, antaranya ialah;a. Mesti memerintah berdasarkan Al-Quran dan Hadis b. Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga Rasulullah S.A.W c. Pemilihan jawatan khalifah selepasnya mesti dibuat melalui mesyuarat atau Majlis Syura
Nama penuhnya ialah Muawiyah bin Abi Sufian bin Harb bin Umaiyah Memeluk Islam bersama-sama keluarganya semasa pembukaan Kota Makkah Dilantik oleh Rasulullah S.A.W sebagai jurutulis baginda semasa di Madinah Beliau dilantik sebagai Gabenor di Syam (Syria) sejak zaman khalifah Umar al-Khattab sehingga dipecat oleh Khalifah Ali bin Abi Talib
SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH Aspek
Huraian
Pengasas
Muawiyah bin Abi Sufian
Masa pemerintahan
Bermula pada tahun 40 – 132 Hijrah ( 660 – 749 Masihi )
Bilangan khalifah
Seramai 14 khalifah
Pusat pemerintahan
Damsyik
Asal usul nama Umaiyah
Diambil sempena nama moyang khalifah pertama kerajaan Bani Umaiyah, iaitu Muawiyah bin Abi Sufian bin Harb bin Umaiyah
Sistem pemerintahan
Berdasarkan sistem monarki (warisan) iaitu penggantinya akan ditentukan oleh khalifahnya sendiri
Bahasa rasmi
Bahasa Arab
Tumpuan pemerintahan
i) ii)
Memperkuatkan kerajaan Islam Memperluaskan wilayah takluk di Timur dan Barat
Dasar pemerintahan
i)
Mengamalkan dasar nasionalisme sempit iaitu mengutamakan orang Arab sahaja menjawat jawatan penting dalam negara Menggalakkan fahaman taksub kepada kabilah/keturunan
ii) Hubungan diplomatik
Tidak menjalin hubungan dengan negara luar
PERINGKAT MASA PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH:PERINGKAT Zaman Kelahiran Kerajaan Bani Umaiyah
MASA PEMERINTAHAN i)
Bermula pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian ii) Berakhir dengan pemerintahan Muawiyah bin Yazid
Zaman keturunan Marwan bin i) Bermula pemerintahan al-Hakam atau dikenali Marwan bin al-Hakam sebagai Zaman Kemajuan ii) Berakhir kepada zaman kejatuhan iaitu semasa pemerintahan Marwan bin Muhammad Zaman Kerajaan Umaiyah di i) Andalus
Diasaskan dan bermula oleh Abd Rahman AdDahil pada 137 Hijrah ii) Berakhir dengan pemerintahan Hisyam pada 399 Hijrah
SENARAI KHALIFAH KERAJAAN BANI UMAIYAH :-
Muawiyah bin Abi Sufian [ 40-60 H / 660-680 M ] Yazid bin Muawiyah [ 60-64 H / 680-684 M ] Muawiyah bin Yazid [ 64 H / 684 M ] Marwan bin al-Hakam [ 64-65 H / 684-685 M ] Abdul Malik bin Marwan [ 65-86 H / 685-705 M ] Al-Walid bin Abdul Malik [ 86-96 H / 705-715 M ] Sulaiman bin Abdul Malik [ 96-99 H / 715-717 M ] Umar bin Abdul Aziz [ 99-101 H / 717-720 M ] Yazid bin Abdul Malik [101-105 H / 720-724 M] Hisyam bin Abdul Malik [ 105-125 H / 724-743 M ] Al-Walid bin Yazid [ 125-126 H / 743-744 M ] Yazid bin Al-Walid [ 126 H / 744 M ] Ibrahim bin Al-Walid [ 126 H / 744 M] Marwan bin Muhammad [ 127-132 H / 744-749 M]
PERKEMBANGAN KETENTERAAN 1) Bidang kuasa khalifah semasa zaman Khulafa’ ar-Rasyidin dan kerajaan Bani Umaiyah:a. Memimpin angkatan perang b. Mengisytiharkan peperangan c. Menandatangani perdamaian dengan pihak musuh d. Melucutkan jawatan panglima tentera 2) Jenis angkatan tentera yang ditubuhkan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah:a. Angkatan berkuda b. Pasukan berkenderaan c. Tentera berjalan kaki 3) Corak latihan ketenteraan yang diamalkan pada zaman Bani Umaiyah ialah semua tentera dilatih berperang pada musim panas dan musim sejuk. 4) Pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ketenteraan:-
a) Semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian :i) Mengemas kini angkatan tentera dengan meniru corak gerakan tentera Parsi ii) Membahagikan tentera Islam kepada lima pasukan iii) Menubuhkan angkatan perang yang teratur iv) Melengkapi angkatan perang dengan peralatan yang moden dan canggih v) Melatih anggota tentera berperang pada musim panas dan sejuk vi) Memperlengkapkan angkatan tentera dengan peralatan yang moden dan canggih vii) Menyusun pasukan tentera laut dengan teratur b) Semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan :i) Mewajibkan setiap rakyat menjadi tentera ii) Menubuhkan jabatan khas yang dikenali sebagai Dewan al-Jund yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus hal-ehwal ketenteraan
5. Bentuk kedudukan tentera Islam dalam operasi peperangan yang dipraktikkan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah khususnya Muawiyah bin Abi Sufian, iaitu membahagikan angkatan tentera kepada lima pasukan :-
6. Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian dalam menyusun pasukan tentera laut :a. Menambah bilangan kapal perang berjumlah 1700 buah. b. Membina pangkalan tentera laut yang berpusat di Tunisia c. Memajukan pelabuhan Iskandariah di Mesir dan pelabuhan di Syria sebagai pusat pangkalan tentera 7. Tokoh panglima tentera pada zaman Bani Umaiyah :PANGLIMA PERANG
MEMBUKA WILAYAH
Muhammad bin al-Qasim as- Sind di India Saqafi Tariq bin Ziad
Andalus (Sepanyol)
Qutaibah bin Muslim al-Bahili Khurasan Musa bin Nusair
Afrika Utara
Musalamah bin Abdul Malik
Memusnahkan kubu-kubu Rom di Constantinople
Mahlab bin Abi Suffrah
Bahagian Wara’ an-Nahr
Uqbah bin Nafik
Qairawan
JAJAHAN TAKLUK KERAJAAN BANI UMAIYAH
16
Perbandingan ketenteraan pada zaman Bani Umaiyah dengan Khulafa’ arRasyidin : BANI UMAIYAH
PERBEZAAN
KHULAFA’ AR-RASYIDIN
Secara sukarela tetapi CARA PEMILIHAN Secara sukarela akhirnya ditukar menjadi TENTERA kerahan tenaga Mengutamakan bangsa Arab
PERLANTIKAN PANGLIMA TENTERA
Terbuka kepada semua bangsa
Musim panas dan sejuk
LATIHAN TENTERAUmum
Pusat penyebaran dan perkembangan ilmu di Kota BASRAH
Bukti khalifah Bani Umaiyah mengambil berat tentang pendidikan :a)Khalifah bertindak sebagai penggalak kepada perkembangan ilmu b)Khalifah sendiri menjadi ulama yang alim dalam bidang ilmu seperti Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz c)Para ilmuan dan sasterawan mendapat tempat istimewa di istana khalifah d)Mendirikan banyak tempat pengajian dalam pelbagai bidang ilmu e)Mendidik rakyat agar membudayakan ilmu dalam kehidupan harian
Bidang ilmu yang diterokai :a)Ilmu nakli seperti al-Quran, Tafsir, Qiraat, Nahu, Tauhid dan Fekah b)Ilmu akli seperti Mantik, Hisab, Geografi dan Sejarah
Kesan perkembangan pesat pendidikan kepada bangsa Eropah :a)Kota Cordova di Andalus telah menjadi pusat ilmu pengetahuan pada kurun ke-10 Masihi b)Sarviel, Toledo dan Granada di Andalus menjadi tumpuan ramai pelajar dari Eropah datang menuntut ilmu c)Karya sarjana Islam telah dibawa ke Eropah dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Perancis d)Idea dan pemikiran sarjana Islam telah mempengaruhi pemikiran masyarakat di Eropah sehingga membawa kepada zaman pembaharuan- Renaissance
Bukti ilmu pengetahuan berkembang pesat pada zaman kerajaan Bani Umaiyah :a)Lahir ramai ulama dan sarjana muslim dalam pelbagai bidang b)Giatnya aktiviti penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan telah mewujudkan beberapa disiplin ilmu yang dikenali sebagai At-Tadwin c)Kota Cordova (di Andalus) telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada kurun ke-10 Masihi d)Andalus menjadi tumpuan ramai pelajar dari Eropah untuk menuntut ilmu e)Di Andalus, terdapat beberapa buah kolej, universiti dan 70 buah perpustakaan yang menjadi tempat rujukan para sarjana.
Tokoh ulama dan ilmuan terkenal yang lahir pada zaman kerajaan BANI UMAIYAH BIDANG ILMU NAMA TOKOH Perundangan Islam
-Imam Abu Hanifah -Imam Malik
Bahasa dan Sastera Arab
-Khalil bin Ahmad -Sibawih -Abu al-Aswad ad-Dawali -Ibnu Hazam -Ibnu Zaid
Sastera
-Al-Faruq -Jarir Amru bin Abi Rabiah -Jamil al-Azraie
Muzik
-Zarib -Ibnu Farnas
Perubatan
-Ibnu Sina -Ar-Razi -Ibnu az-Zahrawi
Falsafah
-Ibnu Rusyd -Ibnu Bajah -Al-Farabi
Kekuatan sektor utama ekonomi negara :a)Pertanian b)Perdagangan Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan ekonomi negara a)Pertanian i) Saliran air dibina bagi mengairi kawasan pertanian ii) Membuat penyelidikan pertanian iii) Membina jalan raya b) Perdagangan i) Membina pelabuhan bagi kemudahan persinggahan kapal ii) Menubuhkan kapal perang khas bagi mengawal lautan dan membanteras lanun iii) Menggalakkan perusahaan kraftangan seperti membuat kiswah Kaabah, permaidani, sutera dan tenunan bulu serta memberi bantuan modal
Keadaan ekonomi kukuh membolehkan kerajaan :a)Membina kemudahan awam seperti masjid yang cantik dan empangan b)Mengemas kini pentadbiran Baitul Mal bagi memantapkan kewangan negara c)Zaman al-Walid : Kewangan negara mantap sehingga mampu membiayai negara selama 15 tahun
KHARAJ : cukai tanah yg dikenakan kpd pemilik Islam dan bukan Islam
ZAKAT: kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan syarat-syarat tertentu
ALGHANIMAH: harta yang diperolehi drpd orang kafir melalui peperangan
USYUR : cukai 10% kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal-kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan Negara ISLAM untuk tujuan perniagaan ALFAIE : harta rampasan drpd org kafir Harbi tanpa peperangan spt harta org-org murtad dan kafir Harbi yg ditinggalkan/ melalui jalan perdamaian
MUQASAMAH : cukai tanah yg diambil berdasarkan jumlah hasil
URUSAN KERAJAAN
JIZYAH : perlindungan iaitu cukai yang dikenakan kepada orang kafir zimmi iaitu orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam atau negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan negara Islam
MUSAHAH/ WAZIFAH : cukai tanah yg dibayar mengikut keluasan
IHTIZAM/ IQTA’ : cukai melalui sewaan atau pajakan tanah yg diuruskan oleh tuantuan rumah
a) Kecekapan dan kebijaksanaan Khalifah dalam mentadbir dan memajukan negara b) Penguasaan dan kecintaan ilmu pengetahuan yg mendalam oleh khalifah dan rakyat
e) Perhubungan baik antara kerajaan dengan rakyat meyebabkan rakyat memberi sokongan yang padu kepada khalifah d) Mempunyai angkatan tentera yang kuat dan berdisiplin
c) Memiliki sumber ekonomi yang mantap dan stabil
KEMAJUAN YG TELAH DICAPAI : - PENDIDIKAN - EKONOMI - KETENTERAAN
Khalifah pertama meminta agar hadis Rasulullah S.A.W ditulis dan dibukukan
Khalifah daripada kerajaan Bani Umaiyah yang ke-8
Daripada keturunan Sayidina Umar al-Khattab di sebelah ibunya iaitu Laila Hasyim bin Umar bin al-Khattab
Amat menyayangi dan mementingkan kebajikan rakyatnya
Mempunyai sifat peribadi yang luhur dan tawaduk
Sesetengah Ahli Sejarawan menganggap beliau sebagai “KHALIFAH ARRASYIDIN YANG KELIMA” kerana sifat, sikap dan pemerintahannya mempunyai persamaan dengan pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin
POLISI PEMERINTAHAN YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ SERTA TUJUANNYA. a)Polisi pemerintahan : i) Memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap ii) Melaksanakan hukuman jenayah dengan seadil-adilnya iii) Menghapuskan cukai jizyah daripada golongan mawali ( hamba ) iv) Menghentikan dasar penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islam b) Tujuan : i) Memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan teratur ii) Memastikan rakyat berada dalam keadaan senang dan aman iii) Memastikan negara dan rakyat dapat menumpukan perhatian kepada bidang pendidikan Tokoh ulama dan ilmuan yang berjaya dilahirkan : BIDANG ILMU
NAMA TOKOH
Hadis
-Urwah ibn az-Zubair - Zihad az-Zuhir
Tafsir Quran
- Ibn Jarid
Usuluddin
-Hasan al- Basri - Wasil bin Ata’
Sikap beberapa orang khalifah yang mengabaikan tuntutan dan ajaran Islam
Kemewahan hidup menyebabkan khalifah mulai lalai melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat
Lahirnya sikap tidak puas hati di kalangan rakyat akibat wujud semula semangat kabilah dan pilih kasih
Penentangan rakyat terhadap pemerintah Bani Umaiyah sehingga mereka berpaling tadah dan menyokong gerakan Abbasiyah yang akhirnya berjaya menumpaskan kerajaan Bani Umaiyah
USAHA YANG PATUT UMAT ISLAM LAKUKAN UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN SEPERTI ZAMAN UMAIYAH : a)Rakyat hendaklah bersatu padu bagi mewujudkan keamanan dalam negara b)Semua pemerintah hendaklah berpegang teguh dan mengamalkan ajaran agama c)Semua pemerintah hendaklah melaksanakan tugas pentadbiran negara dengan baik dan berkesan d)Umat Islam perlu menguasai pelbagai bidang ilmu serta kemahiran yang bersesuaian dengan perkembangan zaman e)Umat Islam hendaklah sentiasa bersemangat jihad dengan sanggup berkorban jiwa raga dan harta demi mempertahankan agama dan negara