Kepentingan Kontrak Sosial Selepas 54 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlakunya sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Oleh yang demikian, kepentingan pertama bagi Kontrak Sosial ialah menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia menjadi satu negara bangsa yang kuat dan kukuh ikatan perpaduannya dimana semua rakyat tertakluk dan menurut perintah atau undang-undang yang telah dipersetujui ramai. Contohnya, Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian yang telah dipersetujui oleh pelbagai pihak dan ini juga membawa maksud bahawa semua rakyat di negara ini mengetahui tentang kandungan-kandungan yang terdapat di dalam perjanjian tersebut. Dengan ini, jika kelak terdapat apa-apa masalah perkauman atau terdapat isu-isu yang sensitif yang telah dicungkilkan oleh mana-mana pihak, maka kita semua boleh merujuk kepada Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh semua orang. Dengan adanya pengetahuan dalam aspek ini maka dapatlah menggelakkan perkara-perkara seperti Rusuhan Perkauman 16 Mei berulang lagi. Rakyat tidak akan lebih mudah diperdaya oleh kata-kata pihak tertentu malah semua rakyat akan berganding bahu untuk sama-sama mengatasi pihak-pihak ini. Kepentingan kontrk
sosial yang seterusnya ialah memudahkan komunikasi
semua penduduk Malaysia yang menpunyai kepelbagaian dari segi bahasa dengan penggunaan Bahasa Melayu. Salah satu unsur yang tertakluk di dalam Kontrak Sosial ialah mengiktirafkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita. Dengan adanya unsur yang telah diperjanjikan ini, maka masyarakat Malaysia yang menpunyai pelbagai-bagai jenis bahasa ibunda tidak akan menpunyai masalah untuk berkomunikasi dalam kalangan etnik yang pelbagai. Walaupun kita semua terdiri daripada kaum, etnik yang lainan, kita menpunyai adat resam yang berlain, kita bertutur dalam bahasa ibunda yang berlain juga, tetapi kita semua masih boleh berkomunikasi dan bersosial dengan etnik yang lain, kita masih mampu meluahkan pemikiran kita dan boleh difahami oleh etnik yang lain kerana kita sekurang-kurang menpunyai satu persamaan dari segi bahasa, iaitu penggunaan Bahasa Melayu. Dengan adanya element Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ini juga bermaksud smeua rakyat di Malaysia tanpa mengira warna kulit,
agama ataupun umur lapisan masyarakat, semua orang perlu pelajari Bahasa Melayu, bahasa yang melambangkan negara Malaysia. Kita boleh memahami pemikiran etnik yang lain seperti ketidakpuasan mereka terhadap mana-mana isu, kita boleh menambah ilmu pengetahuan kita tentang adat resam etnik yang lain, kita boleh saling berkongsi idea untuk memajukan sesuatu kerja, semua ini boleh dicapai melalui komunikasi, dan komunikasi ini memerlukan bahasa, oleh yang demikian, bahasa yang telah dipilih untuk digunakan secara awam haruslah suatu bahasa yang boleh diterima oleh semua orang, semua etnik dan semua lapisan masyarakat. Dengan tuahnya, Kontrak Sosial yang telah diperjanjikan sebelum ini telah membantu kita menangani masalah ini dengan harmoni sekali tanpa menyinggung perasaan mana-mana etnik. Ini secara tidak langsung boleh mengeratkan pertalian perkauman di negara kita. Pernahkah kita semua terfikir, dalam Malaysia, masih terdapat apa keistimewaan yang negara lain tidak menpunyai? Sebenarnya keistimewaan yang terdapat dalam pentadbiran Malaysia ialah sistem kesultanan yang masih dikekalkan daripada sejarah Malaysia. Cubalah berpandang kepada negara asing yang lain, mereka tidak lagi mengekalkan tradisi kesultanan sebaliknya hanya melantikan seorang raja ataupun seorang president sahaja dalam pentadbiran mereka. Sebaliknya, di negara kita, sistem kesultan masih terus diamalkan di semua negeri Malysia. Pengamalan sistem pentadbiran ini juga berkait rapat dengan Kontrak Sosial kerana salah satu element yang terkandung dalam kontrak ini ialah kedudukan Raja Melayu. Dalam element ini, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan. Baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Selain itu, baginda juga memegang jawatan sebagai ketua agama Islam, ketua ketenteraan Malaysia dan sebagainya. Jadi Yang Dipertua Agong merupakan satu lambangan atau identiti yang terunggul kepada negara kita. Institusi beraja ini merupakan satu tradisi yang telah diamalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi dan telah diwarisi dan masih diaplikasikan dalam pentadbiran di negara kita. Ini telah menunjukkan bahawa Kontrak Sosial ini penting untuk memeliharakan tradisi sejarah Melayu yang istimewa ini dan seterusnya penting dalam pemeliharaan keunikan yang terdapat di negara kita. Kepentingan Kontrak Sosial yang seterusnya ialah melahirkan satu masyarakat yang seimbang dari pelbagai segi. Hal ini disebabkan salah satu unsur yang penting yang
terkandung di dalam Kontrak Sosial ialah mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Dalam unsur ini telah mneyatakan bahawa Kabinet berkuasa menjagai kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sabah danSarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Ini merupakan salah satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera atau Melayu dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina bagi menjamin keseimbangan teruatamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan. Cara ini adalah pembantuan khusus kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan supaya jurang ketidaksamaan tidak begitu besar antara etnik atau kaum. Jika jurang ketidaksamaan
ini
dibiarkan
berkemungkinan
akan
mencetuskan
perasaan
ketidakpuasan dari beberapa etnik yang lain dan menjejaskan perpaduan negara kita. Jadi dengan adanya element yang terkandung dalam Kontrak Sosial ini boleh menjaminkan semua golongan rakyat berada di tahap kemajuan yang sama dimana tiada mana-mana kaum atau etnik telah diadaikan atau dipinggirkan. Kepentingan yang diikuti ialah untuk memupuk nilai tanggungjawab dan amanah di dalam kalangan rakyat di Malaysia tanpa mengira apa jua peranan yang sedang seseorang individu tersebut pegang, iaitu tidak kira sama ada individu tersebut seorang pelajar, atau guru atau pengurus di syarikat swasta mahupun menteri atau raja, semua individu menpunyai kewajipan diri dan mestilah mengjalankan kewajopan tersebut dengan sempurna. Sebagi contoh, di dalam Kontrak Sosial telah menyatakan bahawa Raja bertanggungjawab untuk memelihara hak keistimewaan orang Melayu atau bumiputera di negara kita. Dan salah satu elemen di dalam Kontrak Sosial juga menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk melindungi dan menjaga agama Islam. Manakala kita semua perlu belajar Bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa kebangsaan di negara kita. Semua ini telah menyenaraikan kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia dan kita semua harus menpunyai kesanggupan untuk memikulkan kewajipan ini serta melaksanakan tugas yang telah kita pikul dengan sempurna. Selain itu, kita harus amanah untuk menjalankan kewajipan kita terutamanya mereka yang memegang jawatan tinggi, yang berupaya menjadi wakil kepada rakyat. Dengan adanya Kontrak Sosial ini, maka bolehlah menyeru semua rakyat Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab diri sendiri dengan penuh amanah yang berupaya menimbulkan kepercayaan dari semua orang atau boleh mencetuskan perasaan hormat daripada etnik yang lain kepada etnik kita sendiri. Kita sebagai rakyat Malaysia, menjagai ketenteraman
di negara kita merupakan kewajipan besar yang sedang kita semua pikulkan. Oleh yang demikian, kita perlu berusaha untuk memelihara perpaduan yang sedang dikecapi oleh negara kita dan jangan sesekali untuk mengungkitkan kemarahan awam dengan menyentuhkan perkara-perkara sensitif yang tertakluk sama ada di dalam perlembagaan negara, dalam Kontrak sosial mahupun dalam undang0undang negara. Kesimpulan Sebagai kesimpulan, hubungan etnik yang erat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara kerana hanya dengan adanya hubungan etnik yang erat barulah kita boleh saling memahami antara etnik serta menghulurkan batuan jika diperlukan agar perpaduan negara kita boleh dikekalkan seterusnya membangunkan dan memajukan negara kita serta meningkatkan kenamaan Malaysia di taraf antarabangsa.