DEPRESI
DALAM
KALANGAN
PELAJAR
IJAZAH
SARJANA
MUDA
PENGURUSAN HAL EHWAL ANTARABANGSA SEMESTER 2 DAN 6 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM). BAB 1 1.0 PENGENALAN
Kemurungan adalah perkataan seharian yang merujuk kepada perasaan sedih s edih yang dialami oleh seseorang individu. Namun sebenarnya s ebenarnya perkataan ini sukar ditafsirkan kerana boleh membawa kepada banyak maksud dan ia boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Kemurungan juga merupakan pembentukan kepada tingkah laku yang memberi kesan terhadap emosi seseorang individu. Kemurungan ini boleh berlaku dalam setiap jiwa individu tidak mengira golongan bangsa dan agama melalui pelbagai bentuk samada dari segi pembelajaran, keadaan persekitaran dan sebagainya. Setiap manusia mempunyai pekerjaan masing masing dalam melakukan aktiviti harian. Keadaan ini akan menimbulkan pelbagai bentuk emosi dan tidak akan terlepas dari keadaan stress. Seringkali kita melihat kehidupan seorang pelajar yang mempunyai banyak peranan terutamanya dalam pembelajaran. Pelajar pelajar akan berasa letih dan sangat tertekan apabila banyak tugasan yang yang belum diselesaikan, banyak perkara yang belum difahami dan pada masa sama mereka juga akan berhadapan dengan peperiksaan. Keadaan ini akan mengganggu kehidupan seorang pelajar dan boleh membawa pelajar tersebut menghadapi tekanan yang teruk. Kemurungan boleh dianggap sebagai satu perkataan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal. Setiap individu akan mengalami perasaan sedih atau muram pada masa yang
tertentu
sepanjang hayatnya. Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi ini hanya
berjangka masa pendek sahaja. Namun dalam kes-kes tertentu perasaan perasaan murung ini berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa kemurungan boleh menjejaskan pelbagai espek hidup seseorang individu sama ada dari segi kognitif , emosi, sosial mahupun fizikal.
1
1.1
LATAR BELAKANG KAJIAN
Tekanan membawa maksud maklum balas yang tidak khusus oleh mana- mana bahagian tubuh terhadap kewujudan sesuatu desakan atau reaksi badan yang tidak spesifik terhadap permintaan atau keinginan. Pengkaji akan membuat kajian terhadap pelajar semester 2 dan 6 jurusan pengurusan hal ehwal antarabangsa kerana mereka adalah antara pelajar semester awal dan semester 6 adalah pelajar pela jar tahun akhir di Universiti Utara Malaysia. Pengkaji juga memilih responden tersebut kerana ingin mengetahui tahap tekanan mereka dalam proses melakukan Thesis berbanding pelajar semester 2 yang hanya mempunyai tugasan biasa dalam pembelajaran. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2007) menyatakan bahawa kemurungan adalah perkara normal yang terjadi dan ia melanda hampir 121 juta penduduk di seluruh dunia. Pertubuhan tersebut juga mengatakan bahawa kemurungan yang serius boleh menjurus kepada perbuatan membunuh diri yang meragut hamper 8 50 ribu nyawa orang setiap tahun. Pada t ahun 2020 ia dijangka menjadi penyakit kedua yang tertinggi di seluruh dunia. Kemurungan yang melanda golongan pelajar di seluruh dunia khususnya dalam pendidikan tinggi adalah amat penting untuk dikaji. Ini kerana golongan pelajar tersebut yang akan memimpin serta mencorakkan dunia di masa hadapan seharusnya bebas daripada kemurungan. Hasil kajian daripada universiti Fayoum di Mesir dan melalui kajian ini, pengkaji telah mendapati dimana tahap tekanan, depresi dan kebimbangan dalam kalangan pelajar perempuan lebih tinggi dari pelajar lelaki. Sebilangan besar pelajar universiti perubatan Fayoum mengalami gangguan Psikologi. Penyebarannya lebih banyak di kalangan wanita berbanding lelaki seiring dengan peningkatan peningkatan usia dan dengan peningkatan BMI.
1.2 PENYATAAN MASALAH
Pelajar merupakan pelapis kepada pemimpin negara untuk mentadbir negara dengan sebaiknya. Setiap pelajar perlu mempunyai kualiti kualiti dan ciri-ciri kepimpinan untuk memastikan mereka layak menjadi pemimpin dan mendidik generasi yang seterusnya. Disebabkan masalah kemurungan yang melanda para pelajar pada masa kini, penyelidik merasakan perlunya wujudkan langkah yang proaktif dan cara untuk menangani masalah pelajar yang mengalami kemurungan. Dengan ini kajian yang akan dilakukan penyelidik akan dapat dapat menjawab 2
pelbagai persoalan berkaitan masalah kemurungan kemurungan pelajar. Penyelidik juga juga berusaha meninjau sejauh mana kemurungan yang dialami oleh pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia bagi membantu pelajar menangani masalah kemurungan yang dihadapi. Kemurungan yang berlaku dalam diri pelajar akan mendorong kepada timbulnya pelbagai masalah yang boleh memberikan kesan yang buruk kepada seseorang individu. Kemurungan dalam kalangan pelajar ini meliputi perkara yang berkaitan dnegan pembelajaran, peperiksaan, tugasan yang diberikan pensyarah, krisis kewangan, dan juga masalah persekitaran. Kemurungan di antara kalangan pelajar juga merupakan satu masalah yang semakin kerap dialami oleh pelajar terutamanya penuntut institusi pengajian tinggi awam. (IPTA). Kemurungan yang berlaku ini boleh menyebabkan pelajar tersebut mengalami tahap stress yang tinggi dan memberikan kesan yang serius terhadap pembelajaran mereka. Seseorang yang mengalami kemurungan akan terus berasa tertekan, sedih, risau dan seterusnya boleh membawa kepada gangguan mental. Kemurungan ini juga boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira semester, jantina, bangsa dan agama. Ketika pelajar menghadapi tekanan terutamanya dari segi persekitaran pembelajaran, mereka akan berasa bimbang kerana situasi tersebut telah mewujudkan perasaan seseorang itu menjadi terpendam daripada memperolehi me mperolehi perkara dinginkan. Apabila kehendak yang tidak tercapai ini berlaku secara berulang kali, pelajar akan merasa kec ewa dan seterusnya mendatangkan tekanan hidup yang tinggi terhadap diri mereka. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap tekanan yang dihadapi oleh pelajar mengikut semester awal dan akhir. Selain itu, kajian ini juga mengkaji tahap tekanan yang berlaku mengikut jantina, agama dan bangsa.
3
1.3 PERSOALAN KAJIAN
a. Sejauh manakah tahap tekanan dalam kalangan pelajar semest er 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Universiti Utara Malaysia ? b. Apakah perbezaan tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan jantina? c. Apakah perbezaan tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan bangsa? d. Apakah perbezaan tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan agama? 1.4
OBJEKTIF KAJIAN
I.
Mengkaji tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Universiti Utara Malaysia.
II.
Mengenal pasti perbezaan tahap tekanan dalam kalangan pelajar s emester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan jantina.
III.
Mengenal pasti perbezaan tahap tekanan dalam kalangan pelajar s emester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan bangsa.
IV.
Mengenal pasti perbezaan tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan agama.
4
1.5
HIPOTESIS KAJIAN
Di antara hipotesis kajian ialah : 1) Tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia adalah sederhana. 2) Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan jantina. 3) Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan bangsa. 4) Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar pelajar semester 2 dan 6 kursus pengurusan hal ehwal antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan agama.
1.6
KEPENTINGAN KAJIAN
Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh semua golongan kursusnya kepada
pelajar Universiti . Kajian yang dijalankan ini mempunyai
beberapa sumbangan iaitu: I.
Individu yang terlibat perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan tahap depresi menjadi lebih teruk kerana depresi memberikan impak yang negatif terhadap individu tersebut dan juga orang sekeliling.
II.
Pelajar Universiti dapat mengenal pasti simptom depresi dan tahap depresi yang wujud dalam diri mereka.
III.
Pihak yang terlibat seperti ibu bapa dan rakan-rakan boleh menolong individu yang rapat dengan mereka dengan mengenal pasti simptom-simptom depresi yang wujud pada individu tersebut.
IV.
Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak Universiti seperti Unit Kaunseling dan Hal Ehwal Pelajar dalam mengenal pasti langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan jumlah pelajar yang mengalami depresi atau cara untuk mengatasi masalah depresi dalam kalangan pelajar Universiti.
5
1.7
I.
DEFINISI KONSEP DAN OPERASI
Agak sukar untuk mendefinisikan istilah depresi dengan tepat. Secara umumnya depresi ialah gangguan kemurungan dan salah satu gangguan mental yang paling biasa, dengan kelazimannya seumur hidup sebanyak 16.2% dan kelaziman selama 12-bulan sebanyak 6.6% dalam populasi umum. Gejala-gejala depresi disebarkan secara meluas dalam populasi dan mengganggu kehidupan normal seseorang individu. Pelajar universiti adalah satu kumpulan khas yang bertahan dalam tempoh masa yang kritikal di mana mereka melangkah dari remaja ke dewasa dan membuat banyak keputusan utama dalam kehidupan (Kessler RC, Berglund P, Demler O, Jin R, Koretz D, et al, 2003).
II.
Depresi adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun. Ini akan menjejaskan kehidupan harian individu tersebut, termasuklah pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kesejahteraannya dan sekiranya tidak ditangani secara efektif, ia boleh mendorong kepada tindakan membunuh diri.
III.
Menurut Back Depression Inventory, tahap depresi dalam diri seseorang individu dapat diukur dengan mengira jumlah skor yang diperolehi. Tahap yang paling kritikal ialah apabila seseorang itu mendapat skor 40 ke atas dan dikategorikan sebagai depresi yang kritikal. Dalam soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji, terdapat beberapa simptom yang boleh dikenal pasti bagi pelajar universiti seperti: a) Merasa sedih atau kesunyian yang amat sangat. b) Tidak mempunyai keyakinan tentang masa depan dan sentiasa berfikir tentang kegagalan c) Bermasalah untuk membuat keputusan. d) Hilang minat terhadap semua perkara terutama terhadap perkara ang suka dilakukan e) Sukar untuk tidur atau apabila terjaga sukar untuk tidur kembali. f) Perlu memaksa diri dalam melakukan sesuatu tugasan g) Hilang selera makan dan kehilangan berat badan yang ketara.
6
h) Merasa mati itu lebih baik atau lebih kronik lagi sentiasa berfikir untuk membunuh diri. Oleh itu, dapat disimpulkan depresi ialah sesuatu gangguan penyakit kemurungan yang melibatkan perasaan sedih atau murung. Pada masa yang sama, mereka juga seringkali mempunyai perasaan terlalu rendah diri dan sering merasakan diri mereka bersalah. Perasaan murung ini hadir dalam diri mereka pada setiap waktu sepanjang hari dan boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu.
7
BAB 2 ULASAN KARYA
2.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan ulasan karya, teori dan konsep mengenai bagaimana dan apakah punca depresi boleh berlaku dikalangan pelajar-pelajar Universiti daripada pengalaman pengkaji pengkaji sebelum ini dan juga simptom-simptom yang dialami oleh individu yang mengalami depresi. 2.1 Punca dan kesan berlakunya stres dalam kalangan pelajar
Karya yang ditulis oleh Mohamad, Ali, Siti, Ahmad dan Abdul (2009), bertajuk “Stres dalam kalangan Pelajar Wanita Program Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)”. Tujuan kajian ini dilakukan oleh pengkaji adalah untuk mengenal pasti punca dan tahap stres, simptom stres yang dialami dan langkah untuk menangani stres serta perbezaan tahap stres di antara tiga fakulti kejuruteraan di UTHM. Pengkaji telah melakukan kajian ini terhadap 245 orang sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar wanita tahun akhir yang dipilih secara rawak. Responden terdiri daripada pelajar-pelajar wanita daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa semua pelajar wanita tahun akhir program Sarjana Muda Kejuruteraan daripada semua fakulti mengalami stres semasa berada di UTHM. Perkara ini dapat dilihat melalui maklum balas yang diperoleh pengkaji daripada sampel kajian. Hasil daripada kajian, pengkaji telah menyimpulkan bahawa faktor peribadi dan persekitaran pembelajaran meru pakan punca utama yang menyebabkan berlakunya stres dalam kalangan pelajar wanita tahun akhir kejuruteraan di UTHM.
8
Kajian seterusnya yang dilakukan oleh Mastura, Fadilah dan Nor (2007) bertajuk “Analisis Faktor Penyebab Stres Di Kalangan Pelajar”. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor penyebab berlakunya stres di kalangan pelajar t ahun dua yang telah menyertai Bengkel Pembelajaran Efektif(BPE), FPPSM. Kesemua responden kajian adalah seramai 30 orang pelajar yang dipilih berdasarkan Pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif(PNGK) 3.00 dan ke atas. Lokasi kajian ini dijalankan ialah Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Faktor kerjaya merupakan faktor utama penyebab stres di kalangan responden dan diikuti oleh faktor akademik dan faktor persekitaran. Pengkaji juga mendapati bahawa strategi pengurusan stres yang biasa digunakan oleh kebanyakan pelajar ialah strategi berbentuk tingkah laku. Dalam karya Devi dan Shaj (2017) yang bertajuk “A Study on Stress and its Effect on College Students”. Kajian ini dijalankan oleh pengkaji untuk mengenal pasti punca dan kesan stres dalam kalangan pelajar kolej. Pengkaji juga berharap dengan kajian ini, pelajar dapat mengatasi dan mengawal stres dengan baik dan berkesan. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini antaranya untuk mengetahui tahap stres dalam kalangan pelajar kolej, mencari punca dan kesan stres serta memberi cadangan bagi mengatasi stres. Responden dalam kajian ini adalah daripada pelajar ijazah tahun dua kolej Manmarkakad city (Palakkad district, Kerala). Sampel dipilih dalam kalangan pelajar ijazah dengan aliran berbeza iaitu Seni, Perdagangan dan Sains. Kesemua umur responden adalah dari kumpulan 18-21 tahun. Dalam kajian ini, kaedah pensampelan mudah digunakan untuk pengumpulan data. Terdapat lebih kurang 200 orang responden dipilih bagi melengkapkan kajian ini. Responden terdiri daripada 123 orang pelajar lelaki dan 77 orang pelajar perempuan. Berdasarkan analisis daripada data yang di kumpul, terdapat beberapa faktor stres antaranya ialah faktor akademik, faktor sosial, faktor keluarga, faktor emosi dan faktor kewargaan. Untuk faktor akademik, pelajar perempuan lebih ramai mengalami masalah ini. . Dalam faktor sosial, jelas menunjukkan bahawa hanya sekumpulan 9
kecil lelaki (26.73%) dan wanita (11.5%) menganggap faktor sosial sebagai sumber tekanan. Analisis statistik menunjukkan bahawa faktor tekanan iaitu faktor keluarga, "kekurangan sokongan daripada ibu bapa" (68%) dianggap sebagai yang paling kuat. 52% lelaki menganggapnya sebagai satu-satunya sebab untuk tekanan. Untuk faktor emosi pula ialah mereka tidak yakin tentang diri sendiri, merasa kesepian, cemas dan tidak ada orang yang memahami. Akhir sekali, faktor terpenting yang menimbulkan tekanan adalah mengenai faktor kewangan. Faktor tekanan kewangan yang paling penting ialah tidak mendapat sokongan kewangan daripada keluarga untuk mengikuti pengajian, ibu bapa mengawal wang yang dibelanjakan, wang tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan mudah alih dan Internet peribadi. Artikel seterusnya ditulis oleh Wafaa dan Safaa (2016) bertajuk “Prevalence and Associated Factors of Stress, Anxiety and Depression Among Medical Fayoum University Students , membincangkan tentang kelaziman dan faktor yang berkaitan dengan stress, ”
kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan pelajar perubatan di Universiti Fayoum. Kajian ini telah dilakukan oleh dua orang pengkaji iaitu Wafaa Yousif Abdel Wahed dan Safaa Khamis Hassan.Tekanan adalah sesuatu yang menimbulkan cabaran atau ancaman kepada kesejahteraandiri sendiri. Ia telah ditakrifkan sebagai proses di mana tuntutan persekitaran melebihi kapasiti penyesuaian organisma, menyebabkan perubahan psikologi dan biologi yang boleh menyebabkan orang berisiko untuk mendapat penyakit (Muray C, Lopez A, 2002). Dalam kajian juga ada menerangkan faktor kesihatan mental dan obesiti berkait dengan kajian yang sebelum ini dijalankan oleh Organisasi Kesihatan Dunia(WHO). Melalui kajian ini, pengkaji telah mendapati dimana tahap tekanan, depresi dan kebimbangan dalam kalangan pelajar perempuan lebih tinggi dari pelajar lelaki. Sebilangan besar pelajar universiti perubatan Fayoum mengalami gangguan Psikologi.
10
Artikel yang bertajuk tentang “Kesan Tekanan Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar ” ini ditulis oleh Shumaila, Qaisara, Imran dan Abida (2015). Tekanan merupakan satu masalah emosi yang dihadapi oleh manusia dan perasaan putus asa dalam diri mereka. Tekanan juga merupakan perkara yang sering dihadapi oleh pelajar universiti. Pencapaian akademik amatlah penting kepada pelajar untuk memastikan mereka mendapat keputusan yang diinginkan oleh mereka. Walau bagaimanapun, tekanan dapat memberikan kesan yang negatif kepada mereka. Hal ini juga dapat mempengaruhi personaliti, tahap motivasi, pembelajaran dan kesihatan mental mereka. Dapatan kajian yang diperoleh oleh pengkaji adalah tekanan memberi kesan negatif terhadap pencapaian akademik pelajar di mana terdapat perbezaan signifikan di antara pencapaian pelajar dengan tahap tekanan. Pengkaji juga mendapati bahawa tahap pencapaian akademik pelajar itu bergantung kepada tahap tekanan mereka di mana pelajar yang mempunyai tahap tekanan yang sederhana mempunyai tahap pencapaian yang sederhana. 2.2 Tentang stress dalam kalangan pelajar
Kajian yang bertajuk “Depression Among Chinese University Students: Prevalence and Socio-Demographic Correlates telah dilakukan oleh 7 orang pengkaji iaitu Lu, Lin, Xiao, Xiu, ”
Yan dan Yuan (2013). Artikel ini membincangkan tentang depresi di kalangan pelajar Universiti di China serta kelaziman dan korelasinya dengan sosio-demografik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganggarkan tahap depresi di kalangan pelaj ar Cina di Universiti serta kelaziman dan korelasinya dengan sosio-demografik. Gangguan kemurungan adalah salah satu gangguan mental yang paling biasa, dengan kelazimannya seumur hidup sebanyak 16.2% dan kelaziman selama 12-bulan sebanyak 6.6% dalam populasi umum. Gejala-gejala depresi disebarkan secara meluas dalam populasi dan mengganggu kehidupan normal seseorang individu. Pelajar universiti adalah satu kumpulan khas yang bertahan dalam tempoh masa yang kritikal di mana mereka melangkah dari remaja ke dewasa dan membuat banyak keputusan utama dalam kehidupan. Jadi, apa yang ditemui oleh pengkaji dalam kajian ini 11
adalah dimana gangguan utama kemurungan dilihat pada 4.0% pelajar universiti Cina. Tidak terdapat perbezaan statistik dalam kemurungan apabila jantina, etnik, dan pengkelasan universiti dianalisis. Analisis menunjukkan bahawa umur, tahun pelajaran, kepuasan dengan masalah pendapatan utama keluarga, hubungan ibu bapa dan pendidikan dikaitkan dengan kemurungan. Ahmad dan Dini (2014) telah menulis karya tentang “Hubungan Antara Kemurungan, Kebimbangan Dan Tekanan Dengan Tret Personaliti Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia”. Artikel ini membincangkan tentang hubungan di antara kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan tret personaliti di kalangan pelajar. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji hubungan antara kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan tret personaliti di kalangan pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Menurut Normah (1995), kemurungan mengandungi beberapa makna dari pelbagai cabang bidang ilmu. Contohnya dalam bidang neurofisiologi, kemurungan merujuk kepada pengurangan aktiviti elektrofisiologi dalam organ manusia. Spielberg (1976) mendefinisikan kebimbangan sebagai suatu proses yang terdiri daripada tekanan, ancaman dan keadaan kebimbangan. Proses tersebut berjalan mengikut satu urutan iaitu bermula daripada kognitif, afektif, fisiologi dan ti ngkah laku. Tekanan ialah reaksi badan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan pada persekitaran. Ia berlaku dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, sekolah atau te mpat kerja. Malah, ketika bersama orang tersayang juga kita boleh mengalami tekanan. Personaliti adalah gambaran tingkah laku seseorang yang konsisten, unik dan dinamik. Konsisten dan tekal bermaksud tingkah laku seseorang itu tidak berubah (Eysenc, 1952). Artikel yang ditulis oleh Elliah Gompul dan Supli Effendi Rahim (2009) bertajuk “Stres dalam kalangan pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Strategi menanganinya”. Menurut Hatta dan Mohamed (2002), tanpa manusia sedari sebahagian 12
daripada kehidupan mereka, pasti akan merasai tekanan. Tekanan juga dianggap satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia. Perkara ini dialami apabila manusia dalam keadaan tidak menyeronokkan dan terlalu sibuk dalam kehidupan mereka. Pada z aman moden ini, pelajar dan tekanan tidak dapat dipisahkan. Mereka sering berasa tertekan dengan perkara yang melibatkan pelajaran, persekitaran dan juga keluarga. Hasil dapatan dalam kajian ini mendapati punca stres yang dibahagikan kepada tiga faktor oleh pengkaji iaitu faktor akademik, faktor peribadi dan faktor persekitaran. Pengkaji mendapati bahawa fa ktor paling tinggi yang membuatkan pelajar dalam keadaan stres adalah faktor persekitaran. Selain itu, jurnal yang ditulis oleh Hanina, Tan dan Jumali (2010), “Stres dan Pencapaian Akademik Mahasiswa Pembangunan Mnausia di Universiti Putra Malaysia”. Artikel ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres dan pencapaian akademik mahasiswa Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia. Stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia dan melalui stres juga boleh membawa kepada kesan yang negatif (distress) dan positif (eustress). Seseorang yang mengalami stres berlanjutan akan membawa kepada kemurungan dan akan membawa kesan yang negatif dalam kehidupan seharian mer eka. Pelajar universiti merupakan gologan yang sering mempunyai stres dan perkara ini akan mempengaruhi kemampuan mereka dalam menyiapkan kerja-kerja universiti. Dapatan kajian yang diperoleh dalam kajian ini mendapati bahawa responden mempunyai tahap stres yang sederhana. Kajian mendapati bahawa tahap stres antara pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza. Jumlah kursus yang diambil dan jumlah kredit yang diambil juga mempunyai hubungan dalam tahap stres pelajar. Ferlis, Rosnah, Lailawati dan Surianti (2015) telah menulis karya bertajuk “Menentukan Strategi Daya Tindak Remaja Sekolah Dan Hubungannya Dengan Kemurungan ”. Kemurungan ialah bermaksud pembentukan kepada tingkah laku yang memberi kesan terhadap emosi seseorang individu. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih lokasi kajian di Kawasan 13
sekolah dan responden juga merupakan di kalangan pelajar sekolah menengah. Seterusnya, metod kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah soal seli dik iaitu seramai 2756 pelajar dari 18 buah sekolah menengah di negeri Sabah telah dipilih sebagai responden. Daripada jumlah ini, seramai 1204 orang pelajar adalah lelaki manakala sebanyak 1524 orang pelajar perempuan. Responden pula terdiri daripda 25 etnik Bumiputera, Sabah, Serawak dan Semenanjung seperti Cina, Melayu, India. Akhir sekali, hasil kajian mendapati bahawa responden lebih gemar nenggunakan daya tindak dengan cara melakukan sesuatu kerja semasa mereka mengalami masalah atau kemurungan. Sebagai contoh responden menggunakan stategi dengan memberi fokos kepada penyelesaian masalah seperti mendapatkan sokongan sosial. Pada masa sama, hasil kajian mendapati kemurungan antara pelajar sekolah menengah di Sabah ini adalah tahap rendah dan tidak menimbulkan kesengsaraan psikologi yang tinggi. Oleh itu, strategi menguruskan tekanan amat penting bagi mengelakkan masalah kemurungan dalam kalangan remaja terus merebak ke tahap yang boleh memudaratkan semua pihak. Tajuk kajian ialah Tekanan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Pintar Berbakat. Kajian ini telah dikaji oleh Diani, Amirah, dan Farhana (2017). Pengkaji telah memilih lokasi kajian di USIM dan responden terdiri dari kalangan pelajar pintar di kolej tersebut sebanyak 48 orang iaitu 19 lelaki dan 29 lelaki. Seterusnya, metod kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah soal selidik. Soal selidik tersebut tediri daripada punca berlaku tekanan, simptom berlaku tekanan dan cara menanganinya. Hasil kajian mendapati pelajar pintar berbakat tidak terlepas dari mengalami masalah kemurungan. Pengkaji juga mendapati bahawa pelajar pintar berbakat lebih terdedah kepada tekanan kerana perlu mengekalkan prestasi akedemik terutamanya dalam menyaingi pelajar lain. Oleh itu, program pengurusan tekanan perlu dilakukan bagi membantu pelajar dalam menyesuaikan diri terutamanya kehidupan di kampus agar masalah tekanan dalam diri pelajar dapat dikurangkan.
14
Kajian ini adalah bertajuk “Tekanan Yang Berlaku Pada Golongan Undergraduate Dalam Kalangan Fakulti Pendidikan Di Universti King Saud ”. Kajian ini telah dikaji oleh Marwan (2013), iaitu pengkaji merupakan daripada ahli Jabatan Psykologi, Fakulti Pendidikan Universiti King Saud. Pengkaji telah memilih lokasi kajian di universiti King Saud, iaitu di Sudia Arabia., Manakala dari segi responden pula, pengkaji telah memilih sebanyak 300 orang yang terdiri daripada Jabatan Psikologi, Pendidikan Khas, Pendidikan Fizikal, dan Pengajian Islam. Seterusnya metod kajian yang digunakan adalah kaedah soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian seperti demografi, faktor tekanan, penghayatan agama dan lain lain. Hasil kajian mendapati bahawa responden mengalami tekanan yang sangat tinggi disebabkan bebanan yang dihadapi oleh mereka ketika belajar. Sebagai contoh, responden telah berhadapan dengan masa yang tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan, beban kerja setiap semester yang banyak motivasi yang rendah. Hasil kajian juga mendapati jangkaan untuk berjaya dari keluarga juga adalah amat tinggi. Hal ini telah menyebabkan responden merasa tertekan dan merupakan punca utama berlakunya tekanan dalam golongan pelajar sarjan a muda. Oleh itu, pihak pengurusan universiti haruslah sentiasa peka dan mengambil langkah yang lebih effisien seperti khidmat kaunseling kepada pelajar terutamanya dalam pengurusan masa agar pelajar tersebut dapat menguruskan masa dengan lebih bijak dan dapat mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Tajuk kajian yang seterusnya adalah “African American College Students: Literacy of Depression and Health Seeking” ditulis oleh Kim, Maureen, Gaynell, Favetta dan Nancy (2011). Tujuan kajian dalam artikel jurnal yang seterusnya ini dilakukan untuk mengkaji kefahaman kesihatan mental pelajar kolej Afrika Amerika mengenai kemurungan. Kajiankajian lepas yang menggunakan kaedah ini telah menjumpai individu yang celik dalam masalah kesihatan mental adalah mereka yang mencari bantuan untuk membantu diri sendiri, dan mengesyorkan bantuan professional kepada keluarga dan rakan yang mengalami simptom 15
kemurungan (Jorm, Kitchener, O’Kearney, & Dear, 2004). Seramai lima puluh empat orang pelajar kolej Afrika Amerika telah terlibat dalam kaji selidik mengenai kefahaman kesihatan mental. Kriteria yang terdapat pada responden tersebut ialah daripada etnik Afrika-Amerika, menjalani kursus di institusi tersebut dan berumur antara 18 hingga 24. Lokasi kajian ini dijalankan ialah di dalam kampus institusi para pelajar berkenaan. Menerusi kajian yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa tiga puluh empat daripada lima puluh empat pelajar kolej tersebut telah dikenal pasti mengalami kemurungan menerusi potret dengan latar belakang yang kelam yang terlibat dalam kaji selidik ini. Ramai pelajar baru yang telah dikenal pasti mengalami kemurungan berbanding pelajar kelas lain. Menurut Sara, Jennifer, Marlon, David, Elizabeth, Eric, Brian dan Micheal (2011) dalam karya yang bertajuk “Depression and Suicide Ideation Among Students Accessing Campus Health Care”. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk menentukan kelaziman gejala kemurungan dan keinginan untuk bunuh diri dalam kalangan pelajar yang mendapatkan rawatan secara rutin di empat klinik kesihatan universiti di ‘Midwest, Northwest and Canada’. Pengkaji telah mendapati bahawa kemurungan dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti penggunaan tembakau, pengalaman seksual yang tidak diingini, dan juga bentuk-bentuk keganasan yang lain. Hampir satu daripada empat pelajar universiti pergi ke klinik kesihatan pelbagai daerah di Amerika Syarikat dan Kanada dilaporkan menghadapi simptom-simptom kemurungan dan 1 daripada 10 orang dilaporkan mempunyai keinginan untuk bunuh diri (Mackenzie et al., 2011). Kekuatan kajian ini ialah melibatkan saiz sampel yang besar, kadar tindak balas yang tinggi, dan data ini juga mewakili empat kolej yang berbeza daerahnya. Namun begitu, kajian ini juga mempunyai kekurangan iaitu maklumat yang terhad mengenai ‘anxiety disorders’ dan kekurangan maklumat mengenai rawatan kemurungan semasa dan juga sebab pelajar-pelajar ke klinik. Doktor di pusat kesihatan kolej mempunyai peluang untuk mengenal pasti dan merawat masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti 16
Seterusnya artikel yang bertajuk “Social Networking of Depressed and Non-Depressed Female College Students” ditulis oleh Sarwat dan Irshad (2012). Kemurungan mencipta banyak masalah dalam hubungan sesama manusia seperti orang luar, kawan-kawan dan juga ahli keluarga. Orang yang mengalami kemurungan lebih cenderung untuk memilih orang yang senasib dengan mereka. Hal ini mungkin disebabkan oleh orang tersebut mempunyai pandangan yang sama seperti mereka. Responden kajian ini terdiri daripada 60 pelajar kolej wanita (30 pasangan: 15 pelajar mengalami kemurungan & 15 pelajar tidak mengalami kemurungan bersama-sama kawan baik mereka. Lokasi kajian ialah di ‘Government Degree College for Women, Multan, Pakistan’. Responden dipadankan berdasarkan pemboleh ubah yang sama iaitu pelajaran, dan status mereka. Teknik persampelan rawak bertujuan digunakan untuk memilih responden. Dapatan kajian menunjukkan responden yang mengalami kemurungan juga mempunyai kawan baik yang mengalami kemurungan. Responden yang mengalami kemurungan mempunyai persepsi bahawa kawan baik mereka juga mengalami kemurungan dan mereka juga melihat orang biasa juga mengalami kemurungan seperti mereka.
17
BAB 3 3.0 METOD KAJIAN 3.1 REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menjalankan soalselidik dan kajian perpustakaan. Kaedah ini digunakan kerana masa yang diperuntukkan untuk mengumpul adalah singkat serta dapat menjimatkan kos Data dikumpulkan melalui pengedaran soal selidik kepada responden yang terdiri pelajar semester 2 dan 6 Jurusan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM. Soal selidik akan dibentuk bagi mendapatkan pandangan responden terhadap pengetahuan mereka terhadap tahap tekanan dalam kalangan pelajar. Selain itu, soal selidik dijalankan bagi membolehkan pengkaji
mengenal pasti perbezaan tahap tekanan
berdasarkan jantina, bangsa dan juga agama. Menurut Chua (2011) kajian ini merupakan kajian yang popular serta merupakan salah satu kajian bukan eksperimental, yang sering digunakan oleh pelbagai bidang dan bidang sains sosial merupakan bidang yang menggunakan kaedah ini. Selain itu, kajian ini digunakan untuk memperoleh pandangan orang ramai berkaitan isu semasa. Kaedah ini juga popular kerana terdapat ciri-ciri penggunaan yang menyeluruh, cara menggunakan adalah mudah dan maklumat yang terus. 3.2 LOKASI KAJIAN
Kajian ini dilakukan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Kajian yang dilakukan oleh kumpulan kami juga hanya memfokuskan pelajar daripada School of International Studies(SOIS), Inasis MISC dan TM . Kumpulan kami memilih School of International Studies(SOIS), Inasis TM dan MISC kerana kebanyakan responden yang mengambil program Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa diletakkan di lokasi tersebut.
18
3.3 SAMPEL KAJIAN
Oleh kerana populasi kajian adalah besar iaitu 130 untuk semester 2 dan 109 pelajar semester 6 , maka penyelidik hanya mengambil 50 orang pelajar semester 2 dan 50 orang semester 6 dalam program Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di UUM. Pelajar tahun akhir dipilih kerana dijangka mereka mengalami tekanan. Hal ini kerana pelajar tahun akhir sibuk menyiapkan thesis mereka dalam masa yang sama mereka perlu menyertai program-program penting untuk persediaan sebelum tamat pengajian. Tambahan pula, mereka juga telah mengikuti hampir 80% daripada program pengajian yang diikuti oleh mereka. Bagi pelajar semester 2 pula, sebahagian daripada mereka mengalami tekanan kerana mereka masih belum dapat menyuaikan diri mereka kehidupan di universiti. Hal ini mengambil masa yang berbeza setiap individu untuk mengalami suasana yang baru dan sebahagian daripada mereka juga masih belum meminati kos yang diambil oleh mereka. 3.4 ALAT UKURAN ATAU SOAL SELIDIK
Alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik adalah dipetik daripada soalan kajian ‘ Beck Depression Inventory’ yang ditulis oleh Aaron T.Beck dan mengandungi 20 soalan. Soalan daripada ‘ Beck Depression Inventory’ adalah merupakan soalan selidik yang banyak digunakan dalam ujian p sikologi. Secara umumnya, kertas soal selidik yang digunakan mengandungi beberapa bahagian seperti berikut: A) Maklumat Latar belakang sampel, B) Tahap tekanan yang diukur menggunakan skor Beck Depression Inventory yang mana jumlah skor yang diperolehi menunjukkan tahap depresi seseorang individu. 3.4.1 Bahagian A
Bahagian ini merangkumi item-item yang berkenaan dengan demografi responden iaitu jantina, umur, bangsa, agama dan semester serta tahun pengajian. 19
3.4.2 Bahagian B
Bahagian ini pula dibahagikan kepada 20 soalan untuk mengukur tahap stres dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 pengurusan hal ehwal antarabangsa UUM. Setiap soalan dibahagikan kepada 4 tahap. Soalan 1 berkaitan perasaan sedih, soalan 2 tentang masa depan, soalan 3 tentang kegagalan, soalan 4 kepuasan aktiviti, soalan 5 perasaan kecewa, soalan 6 kesalahan diri, soalan 7 keinginan membunuh diri, soalan 8 perasaan ingin menangis, soalan 9 perasaan marah, soalan 10 perasaan minat terhadap orang lain, soalan 11 tentang cara membuat keputusan, soala n 12 tentang penampilan diri, soalan 13 cara dan masa yang diambil untuk membuat tugasan, soalan 14 cara tidur, soalan 15 tentang perasaan penat, soalan 16 selera makan, soalan 17 berat badan, soalan 18 keadaan fizikal, soalan 19 kepuasan diri dan soalan 20 tentang pembelajaran di universiti. Hasil daripada soal selidik ini, pengkaji akan mengira tahap tekanan responden berdasarkan jumlah skor dan tahap depresi berdasarkan ‘Beck Depression Inventory’. Tahap tekanan pelajar diuji dengan mencari min kesemua soalan yang dijawab oleh pelajar dalam bahagian B. Min tersebut diuji berdasarkan 6 tahap iaitu: Jumlah skor 1-10 11-16 17-20 21-30 31-40 40 ke atas
Tahap depresi Normal Gangguan mood yang ringan Kemurungan klinikal sempadan Depresi yang sederhana Depresi yang teruk Depresi yang kritikal/ ekstrem
3.5 ANALISIS DATA
Analisis data merupakan satu proses yang melibatkan proses menganalisis data yang diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang dikutip akan dikumpulkan dan dikaji secara kualitatif iaitu dengan menganalisis jawapan-jawapan
20
yang diberikan kepada responden melalui borang soal selidik. Maklumat dan data yang diperolehi daripada responden akan dianalisi dengan menggunakan perisian komputer SPSS for windows (Statistical Packages For Social Sciences). Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menguji hipotesis kajian ini: 3.5.1 Ujian T-Test
Ujian T-Test merupakan satu analisis statistik yang menunjukkan perbandingan min dua kumpulan sample. Terdapat 3 jenis ujian T iaitu: (i)
Independent Sample T-Test (Two Sample Test) yang membandingkan nilai min(purata) satu variable untuk dua kumpulan responden
(ii)
Paired Sample T-Test(Dependent T-Test) yang membandingkan min dua variable untuk
kumpulan
yang
sama.
Ujian
ini
juga
merupakan
variable
perpasangan(matched pairs) ataupun untuk kajian berbentuk kawalan kes. (iii)
One-Sample Test yang membandingkan min satu variable dengan satu nilai yang diketahui atau nilai kategori atau nominal.
Ujian T-Test ini digunakan untuk melihat perbezaan min sesuatu variable antara dua kumpulan kajian. Dalam kajian ini, Ujian T-Test digunakan untuk melihat perbezaan jantina terhadap tahap tekanan. 3.5.2 Ujian ANOVA
Ujian ANOVA digunakan untuk membuat perbandingan min sesuatu variable antara lebih daripada dua kumpulan kajian. Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan ujian ANOVA untuk menjalankan analisis mengenai umur responden, tahun pengajian, agama, bangsa dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 pengurusan hal ehwal antaranbangsa UUM.
21
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan
Setelah mengumpul semula borang soal selidik yang telah diedarkan, data borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian Analisis Deskriptif dan bahagian Analisis Inferensi. Analisis Deskriptif akan menerangkan latar belakang responden manakala Analisis Inferensi akan membincangkan tentang keputusan ujian hipotesis yang telah dibentuk oleh pengkaji. 4.1 Analisis Deskriptif
Jadual 4.1 menunjukkan bilangan dan peratus responden yang terlibat dalam kajian ini mengikut jantina. Sebanyak 98 orang responden lelaki dan perempuan terlibat. Dalam kajian ini, jumlah responden perempuan adalah lebih ramai daripada responden lelaki, iaitu terdapat 70 orang responden perempuan dan 28 orang responden lelaki. Jumlah peratus responden perempuan yang terlibat dalam kajian ini adalah sebanyak 71.4% manakala jumlah peratus responden lelaki adalah sebanyak 28.6%. Jadual 4.1: Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jantina
Bilangan
Peratus (%)
Lelaki
28
28.6
Perempuan
70
71.4
Jumlah
98
100.0
___________________________________________________________________________
22
Jadual 4.2 menunjukkan bilangan responden kajian mengikut kategori bangsa. Didapati bilangan responden Melayu adalah paling banyak sekali iaitu 78 orang bersamaan dengan 79.6%. Bilangan responden Cina adalah sebanyak 11 orang iaitu 11.2%. Terdapat 7 orang responden India iaitu 7.1% terlibat dalam kajian ini dan responden paling sedikit adalah responden bangsa selain Melayu, Cina dan India iaitu 2 orang sahaja dan peratus hanyalah 2.0% sahaja. Jadual 4.2: Bilangan Responden Mengikut Kategori Bangsa
Kategori Bangsa
Bilangan
Peratus (%)
Melayu
78
79.6
Cina
11
11.2
India
7
7.1
Lain-lain
2
2.0
Jumlah
98
100.0
___________________________________________________________________________
Jadual 4.3 menunjukkan bilangan responden mengikut kategori agama. 79 orang responden iaitu 80.6% terdiri daripada mereka yang beragama Islam manakala responden beragama Hindu adalah sebanyak 6 orang bersamaan 6.1%. Bilangan responden yang beragama Kristian adalah paling sedikit iaitu 5 orang bersamaan 5.1%. Responden yang beragama Buddha adalah sebanyak 8 orang bersamaan dengan 8.2%.
23
Jadual 4.3: Bilangan Responden Mengikut Kategori Agama
Kategori Agama
Bilangan
Peratus (%)
Islam
79
80.6
Hindu
6
6.1
Kristian
5
5.1
Buddha
8
8.2
Jumlah
98
100.0
___________________________________________________________________________
Jadual 4.4 menunjukkan bilangan responden mengikut kategori semester dan tahun pengajian. Didapati bilangan responden daripada semester 6 tahun akhir adalah lebih ramai iaitu 51 orang daripada responden semester 2 tahun pertama seramai 47 orang sahaja. Jumlah peratus bagi responden semester 2 tahun pertama ialah 48% manakala jumlah peratus bagi responden semester 6 tahun akhir yang terlibat dalam kajian ial ah 52%.
Jadual 4.4: Bilangan Responden Mengikut Kategori Semester dan Tahun Pengajian
Semester dan Tahun Pengajian
Bilangan
Peratus (%)
Semester 2 Tahun Pertama
47
48.0
Semester 6 Tahun Akhir
51
52.0
Jumlah
98
100.0
___________________________________________________________________________
4.2 Analisis Inferensi
Objektif umum dalam kajian ini adalah untuk mengetahui tahap tekanan pelajar semester 6 tahun akhir dalam proses menyiapkan tesis berbanding pelajar semester 2 tahun pertama yang hanya mempunyai tugasan biasa dalam pembelajaran. 24
4.2.1 Objektif 1: Mengkaji Tahap Tekanan Dalam Kalangan Pelajar Semester 2 dan Semester 6 Kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia
Hipotesis: Tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia adalah sederhana. Jadual 4.5 di bawah menunjukkan analisis frekuensi tahap tekanan pelajar semester 6 dan semester 2 dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan min dan sisihan piawai setelah pelajar menjawab kesemua soalan dalam bahagian B borang soal selidik. Min tersebut diuji berdasarkan 6 tahap dengan menggunakan skor dari 1 hingga 40 ke atas iaitu skor 1-10 adalah normal, skor 11-16 adalah gangguan mood yang ringan, skor 17-20 adalah kemurungan klinikal sempadan, skor 21-30 adalah depresi yang sederhana, skor 31-40 adalah depresi yang teruk dan akhirnya skor 40 ke atas adalah depresi yang kritikal/ekstrem. Didapati bahawa tahap tekanan pelajar semester 2 dan semester 6 adalah pada skor 14.4490 dan keputusan ini menunjukkan bahawa tahap tekanan pelajar adalah pada tahap kedua iaitu pelajar mempunyai gangguan mood yang ringan. Ini bermakna hipotesis yang dibina telah ditolak. Jadual 4.5: Tahap Tekanan Pelajar Semester 2 dan Semester 6 Berdasarkan Min Dan Sisihan Piawai
Tekanan
N
Min
Sisihan Piawai
98
14.4490
8.43058
___________________________________________________________________________
25
4.2.2 Objektif 2: Mengenal pasti perbezaan tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan jantina. UJIAN-T
Hipotesis Pilihan (HI): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan jantina. Jadual 4.6 di bawah menunjukkan hasil kajian ujian-T yang digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan tekanan di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan semester 2 dan semester 6. Dalam bahagian equal variances assumed , nilai statistic t adalah 2.931, nilai dajah kebebasan (df) adalah 96, dan nilai Sig. adalah 0.014. Oleh sebab nilai Sig. adalah kurang daripada 0.05, ini bermakna keputusan telah menerima hipotesis pilihan (H I) dan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan jantina iaitu (t (96) = 2.931, p < 0.05). Namun begitu, daripada keputusan min yang diperolehi, didapati bahawa pelajar lelaki dengan min 18.2500 adalah lebih tertekan berbanding pelajar perempuan dengan min 12.9286. Jadual 4.6: Perbezaan Tekanan dalam Kalangan Pelajar Semester 2 dan Semester 6 Berdasarkan Jantina
Jantina
N
Min
Sisihan
T
df
Sig.
2.931
96
.014
Piawai (SD)
Lelaki
28
18.2500
10.11645
Perempuan
70
12.9286
7.18759 26
4.2.3 Objektif 3: Mengenal pasti perbezaan tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan bangsa. UJIAN ANOVA
Hipotesis Pilihan (HI): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan bangsa. Jadual 4.7 di bawah menunjukkan hasil kajian ujian Anova yang digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan tekanan antara bangsa dalam kalangan pelajar semester 2 dan semester 6. Didapati terdapat perbezaan yang signifikan skor tahap tekanan pelajar semester 2 dan semester 6 berdasarkan bangsa (F (3, 94) = 3.325, p > 0.05). Skor min bagi tahap tekanan bangsa Melayu adalah paling sedikit iaitu 13.4103 berbanding bangsa Cina, 15.3636 dan juga bagi bangsa lain-lain iaitu skor min tahap tekanan bersamaan dengan 20.5000. Skor min tahap tekanan bagi bangsa India adalah paling tinggi iaitu 22.8571. Walaupun keputusan ujian Anova Sehala tersebut adalah signifikan secara statistik, perbezaan sebenar dalam skor min antara kumpulan agak kecil.
27
Jadual 4.7: Perbezaan Tekanan dalam Kalangan Pelajar Semester 2 dan Semester 6 Berdasarkan Bangsa
Bangsa
N
Skor Min
Melayu Cina India Lain-lain
78 11 7 2
13.4103 15.3636 22.8571 20.5000
Sisihan Piawai (SD) 7.67427 10.19091 7.60326 17.67767
df 1
df 2
F
Sig.
3
94
3.325
0.23
Perbandingan pelbagai Pemboleh ubah terikat: Tahap Tekanan TUKEY HSD Bangsa
Bangsa
Perbezaan Min
Ralat Piawai
Sig.
Melayu
Cina
-1.95338
2.62258
.879
India
-9.44689
3.21285
.021
Lain-Lain
-7.08974
5.83122
.618
Melayu
1.95338
2.62258
.879
India
-7.49351
3.93702
.234
Lain-Lain
-5.13636
6.25946
.845
Melayu
9.44689
3.21285
.021
Cina
7.49351
Lain-Lain
2.35714
6.52881
.984
Melayu
7.08974
5.83122
.618
Cina
5.13636
6.25946
.845
India
-2.35714
6.52881
.984
Cina
India
Lain-Lain
*. Perbezaan min signifikan pada aras 0.05. 28
3.93702
.234
4.2.4 Objektif 4: Mengenal pasti perbezaan tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan agama. UJIAN ANOVA
Hipotesis Pilihan (HI): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan agama. Jadual 4.8 di bawah menunjukkan hasil kajian ujian Anova yang digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan tekanan antara agama dalam kalangan pelajar semester 2 dan semester 6. Nilai p < 0.05 iaitu .004. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan agama. Ringkasan ujian Anova berdasarkan American Psychological Association (APA) ialah F (3, 94) = 4.850, P (.004) < 0.05. Skor min bagi tahap tekanan pelajar yang beragama Kristian adalah paling sedikit i aitu 8.2000 berbanding responden yang beragama Islam, 13.6456. Skor min tahap tekanan bagi agama Hindu adalah 19.3333 manakala skor min bagi tahap tekanan pelajar beragama Buddha adalah paling tinggi iaitu 22.6250. Walaupun keputusan ujian Anova Sehala tersebut adalah signifikan secara statistik, perbezaan sebenar dalam skor min antara kumpulan agak kecil.
29
Jadual 4.8: Perbezaan Tekanan dalam Kalangan Pelajar Semester 2 dan Semester 6 Berdasarkan Agama Agama
N
Min
Sisihan Piawai (SD)
Islam
79
13.6456
7.92762
Hindu
6
19.3333
4.71876
Kristian
5
8.2000
5.26308
Buddha
8
22.6250
10.99269
df 1
df 2
F
Sig.
3
94
4.850
.004
Perbandingan pelbagai Pemboleh ubah terikat: Tahap Tekanan TUKEY HSD Agama Islam
Hindu
Kristian
Buddha
Agama
Perbezaan Min
Ralat Piawai
Sig.
Hindu
-5.68776
3.37479
.337
Kristian
5.44557
3.67509
.453
Buddha
-8.97943
2.95684
.016
Islam
5.68776
3.37479
.337
Kristian
11.13333
4.82572
.104
Buddha
-3.29167
4.30397
.870
Islam
-5.44557
3.67509
.453
Hindu
-11.13333
4.82572
.104
Buddha
-14.42500
4.54326
.011
Islam
8.97943*
2.95684
.016
Hindu
3.29167
4.30397
.870
Kristian
14.42500*
4.54326
.011
*. Perbezaan min signifikan pada aras 0.05.
30
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 PENGENALAN
Dalam bab lima ini, perbincangan, dan cadangan kajian keseluruhan akan diperjelaskan secara terperinci. Perbincangan dilakukan bagi menjawab ke semua persoalan kajian yang diterangka pada bab satu. Hasil perbincangan membawa kepada cadangan kajian bagi mengatasi fenomena kemurungan. Seterusnya, cadangan kajian lanjutan juga dinyatakan bagi menekankan aspek-aspek yang perlu diambil kira bagi menjalankan kajian lain untuk menambahbaik kajian yang telah dilakukan. 5.1 OBJEKTIF 1: HUBUNGAN ANTARA TAHAP DEPRESI BERDASARKAN SEMESTER PENGAJIAN
Hasil daripada analisis kajian mendapati hubungan antara tahap depresi dengan semester pengajian didapati bahawa tahap tekanan pelajar semester 2 dan semester 6 adalah pada skor 14.4490 dan keputusan ini menunjukkan bahawa tahap tekanan pelajar adalah pada tahap kedua iaitu pelajar mempunyai gangguan mood yang ringan. Hasil yang diperolehi dalam kajian ini tidak selari dengan kajian yang telah dilakukan oleh Lu Chen e.t al (2013), Hanina et al (2010). Menurut kajian yang dilakukan oleh Chen e.t al (2013), tidak terdapat perbezaan statistik dalam kemurungan apabila jantina, etnik, dan pengkelasan universiti dianalisis. Analisis dalam kajiannya menunjukkan bahawa umur, tahun pelajaran, kepuasan dengan masalah pendapatan utama keluarga, hubungan ibu bapa dan pendidikan dikaitkan dengan kemurungan. Kemurungan yang sederhana adalah lazim di kalangan pelajar universiti Cina dimana tahap depresi bagi pelajar Universiti tersebut adalah sederhana manakala kajian yang
31
dijalankan oleh pengkaji menunjukkan keputusan yang sebaliknya dimana tahap depresi dalam kalangan pelajar adalah pada tahap yang ringan. Begitu juga sebaliknya dengan kajian yang dilakukan oleh Hanina e.t al (2010) dalam kajiannya yang dijalankan terhadap mahasiswa Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia. Dapatan kajian yang diperoleh dalam kajian ini mendapati bahawa responden mempunyai tahap stres yang sederhana. Arehart-Treichel (2002) menyatakan masalah kemurungan lazimnya telah menjadi masalah kesihatan mental yang memberikan pengaruh kepada pelajar kolej hari ini. Tinjauan yang dilakukan terhadap pelajar kolej di Amerika mendapati, lebih 53 peratus pelajar dilaporkan mempunyai masalah kemurungan sejak permulaan memasuki kolej dan 45 peratus pula dilaporkan mengalami masalah kemurungan yang lebih teruk pada tahun akhir pengajian dan menyebabkan sukar untuk berfungsi. Ini bermakna hipotesis yang dibina telah ditolak di mana hipotesis yang diramal tentang tahap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia adalah sederhana. Keputusan kajian menunjukkan tahap depresi pelajar berdasarkan semester adalah berada pada tahap yang ringan. 5.2 OBJEKTIF 2: HUBUNGAN ANTARA TAHAP DEPRESI BERDASARKAN JANTINA
Hubungan antara tahap depresi dan jantina menunjukkan keputusan telah menerima hipotesis pilihan (HI) dimana hipotesis yang dibuat terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan jantina.
Analisis kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan jantina. 32
Daripada keputusan min yang diperolehi, didapati bahawa pelajar lelaki dengan min 18.2500 adalah lebih tertekan berbanding pelajar perempuan dengan min 12.9286. Hasil keputusan yang diperolehi selari dengan kajian yang dijalankan oleh Mohamad e.t al (2010). Dalam kajiannya menyatakan bahawa tahap stres pelajar wanita adalah masih dalam keadaan terkawal dan berlaku pada tahap sederhana. Keputusan kajian yang sama didapati melalui kajian yang dijalankan oleh pengkaji berdasarkan tahap depresi dalam kalangan pelajar wanita dan lelaki kursus Pengajian Hal Ehwal Antarabangsa dimana tahap depresi wanita lebih rendah berbanding lelaki. Kajian yang dijalankan oleh Wafaa Yousif,
Safaa Khamis (2016) di Universiti
Fayoum, Mesir menunjukkan hasil kajian yang sebaliknya. Dalam kajiannya telah menunjukkan tahap tekanan, depresi dan kebimbangan dalam kalangan pelajar perempuan lebih tinggi dari pelajar lelaki. Sebilangan besar pelajar universiti perubatan Fayoum mengalami gangguan Psikologi. Penyebarannya lebih banyak di kalangan wanita berbanding lelaki, seiring dengan peningkatan usia dan dengan peningkatan BMI. Hasil kajian yang berbeza didapati melalui kajian yang dijalankan oleh penulis bagi pelajar UUM kursus Pengajian Hal Ehwal Antarabangsa dimana tahap depresi lelaki lebih ti nggi berbanding wanta berdasarkan hubungan antara tahap depresi dengan jantina. Frydenberg dan Lewis (1991) telah menjalankan kajian strategi daya tindak dengan menggunakan subjek berumur lingkungan 16 hingga 18 tahun. Dapatan kajian mereka mendapati bahawa remaja lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza antara satu sama lain dalam penggunaan strategi daya tindak yang berfokus terhadap perubahan.
33
5.3 OBJEKTIF 3: HUBUNGAN ANTARA TAHAP DEPRESI BERDASARKAN BANGSA
Seterusnya, hubungan antara depresi dan bangsa menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor tahap tekanan pelajar semester 2 dan semester 6 berdasarkan bangsa. Tahap tekanan bagi bangsa Melayu adalah paling sedikit iaitu berbanding bangsa Cina. Analisis kajian mendapati bangsa India mempunyai tahap depresi yang paling tinggi berbanding bangsa Melayu dan Cina. Hipotesis yang dibuat oleh pengkaji diterima kerana te rdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan bangsa. Hasil kajian tidak selari dengan kajian yang dilakukan oleh Chen e.t al (2013). Menurut kajian yang dilakukan oleh Chen e.t al (2013), tidak terdapat perbezaan statistik dalam kemurungan apabila jantina, etnik, dan pengkelasan universiti dianalisis. Analisis dalam kajiannya menunjukkan bahawa umur, tahun pelajaran, kepuasan dengan masalah pendapatan utama keluarga, hubungan ibu bapa dan pendidikan dikaitkan dengan kemurungan. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), tanpa manusia sedari sebahagian daripada kehidupan mereka, pasti akan mempunyai tekanan. Tekanan juga dianggap satu perkara yang biasa dalam kehidupan manusia. Perkara ini dialami apabila manusia dalam keadaan tidak menyeronokkan dan terlalu sibuk dalam kehidupan mereka. Pada zaman moden ini, pelajar dan tekanan tidak dapat dipisahkan. Mereka sering berasa tertekan dengan perkara yang melibatkan pelajaran, persekitaran dan juga keluarga. Oleh itu, analisis kajian telah mendapati bangsa India mempunyai tahap depresi yang paling tinggi berbanding bangsa Melayu dan Cina.
34
5.4 OBJEKTIF 4: HUBUNGAN ANTARA TAHAP DEPRESI BERDASARKAN AGAMA
Akhir sekali, analisis kajian menunjukkan keputusan hubungan antara tahap depresi dengan agama. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar semester 2 dan 6 kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia berdasarkan agama. Analisis selari dengan kajian yang dijalankan oleh Menurut Mastura Mahfar, Fadilah Zaini dan Nor Akmar Nordin (2007) yang mendapati agam mempunyai perkaitannya dengan tahap depresi seseorang individu. Menurut Mastura Mahfar, Fadilah Zaini dan Nor Akmar Nordin (2007) dalam kajian mereka telah mendapati bahawa aspek kerohanian iaitu perkara yang berkaitan dengan keagamaan merupakan strategi ketiga tertinggi yang digunakan oleh seramai 47 peratus daripada jumlah responden dalam menghadapi stres. Antara contoh aktiviti yang diamalkan oleh responden ialah mendekatkan diri dengan Allah SWT, melakukan amalan yang dituntut dalam Islam, mendirikan solat wajib dan sunat, membaca al-Quran, mengambil wuduk berserah diri kepada Allah SWT dengan menganggap setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, berdoa kepada Allah SWT serta bermuhasabah diri. Sebagai seorang pelajar Muslim, strategi ini seharusnya digunakan kerana boleh membawa ketenangan semasa seseorang itu menghadapi kesusahan. Oleh itu, hipotesis yang dibuat oleh pengkaji dalam kajian ini telah diterima dimana pengkaji meramalkan terdapat hubungan antara tahap depresi dan agama. Depresi bagi pelajar yang beragama Kristian adalah paling sedikit iaitu 8.2000 berbanding responden yang beragama Islam, 13.6456. Skor min tahap tekanan bagi agama Hindu adalah 19.3333 manakala skor min bagi tahap tekanan pelajar beragama Buddha adalah paling tinggi iaitu 22.6250. Hasil kajian tahap depresi berdasarkan agama bagi kursus Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa
35
UUM menunjukkan tahap depresi bagi individu yang beragama Buddha mengalami tahap depresi yang paling tinggi berbanding agama Islam, Hindu dan lain-lain. 5.5 CADANGAN KAJIAN
Daripada perbincangan hasil kajian yang telah dijelaskan, berikut ingin dicadangkan beberapa alternatif dalam usaha mengatasi dan mengawal masalah depresi dalam kalangan pelajar Universiti. i.
Semua pihak termasuk ibu bapa, rakan-rakan, unit kaunseling dan unit Hal Ehwal
Pelajar perlu peka dan mengenalpasti sama ada terdapat anak-anak, rakan-rakan atau pelajar di Universiti yang mengalami depresi. Hal ini dapat dilakukan dengan memerhatikan sama ada seseorang itu menghidapi simptom-simptom depresi seperti sentiasa bersedih, menyendiri, tidak selera makan, mahupun bertindak agresif seperti cepat marah, panas baran. Bagi pihak kaunseling dan Unit Hal Ehwal Pelajar , mereka boleh mengesan perkara ini melalui ketidakhadiran pelajar di kelas dan tahap akademik mereka yang mungkin berkait rapat dengan depresi yang dialami. Pada dasarnya, depresi agar s ukar dikesan, namun ibu bapa sebagai orang paling hampir dengan pesakit harus mengenal pasti simptom kemurungan pada anak mereka. Sebagai seorang sahabat juga mereka dapat mengenal pasti simptom depresi terhadap orang yang rapat dengan mereka.Secara spesifiknya lagi, antara simptom kemurungan yang lain adalah seperti berikut: a) Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan b) Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan c) Cepat rasa letih dan tidak bertenaga d) Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
36
e) Rasa tidak tenteram dan mudah marah f) Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan ii.
Semua pihak perlu mengetahui kesan buruk jika tahap depresi pada seseorang individu
berada pada tahap yang maksimum terutamanya individu itu sendiri. Depresi boleeh membawa kepada membunuh diri akibat individu itu sendiri sudah tidak boleh berfikir dan mengawal diri sendiri. iii.
Semua pihak perlu bertanggungjawab akan setiap sumber yang berpotensi kepada
kemurungan seperti tekanan persekitaran, akademik, masalah keluarga atau dengan rakanrakan di Universiti. Usaha yang boleh dilakukan adalah ibu bapa jangan terlalu menekan pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik sehingga mengabaikan perasaan pelajar khususnya kepada mereka yang kurang berkebolehan. Akhir sekali, pelajar Universiti seharusnya perlu bijak bergaul dan memilih kawan yang dapat menjadi dorongan untuk berjaya dalam hidup dan menjauhi kumpulan pelajar yang tidak bermoral kerana dikhuatiri akan membawa kepada masalah sosial yang lebih teruk. iv.
Bagi pelajar pula, sekiranya mereka mengalami dan menyedari akan kehadiran
simptom-simptom kemurungan dalam diri mereka, perkara berikut perlulah diambil kira sebagai langkah kawalan: a. Dapatkan bantuan segera apabila sedar berlaku salah satu simpton di atas. Jangan tunggu sehingga semua simpton tersebut berlaku. Keadaan mungkin akan lebih sukar untuk dipulihkan. Bertemu dengan pakar perubatan, psikoterapi , kaunselor atau orangorang yang berkebolehan membantu b. Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti untuk menghilangkan keresahan dan masalah yang dihadapi. Bergaul dengan orang ramai dengan beriadah atau melibatkan
37
diri dalam sesuatu program. Bersukan adalah salah satu cara untuk menghilangkan tekanan dalam diri seseorang individu. c. Sentiasa hargai, sayangi, dan jaga diri sendiri. Bantulah diri sebaik mungkin dengan mendekatkan diri kepada agama dan berusaha sebaik mungkin meyelesaikan masalah yang ada. 5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Umumnya kajian ini yang ingin melihat tahap depresi dalam kalangan pelajar kursus Hubungan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia dan hubungan antara jantina, bangsa, agama dan tahun pengajian dengan kemurungan pelajar. Bagaimanapun, memandangkan kajian ini mempunyai skop, batasan dan limitasi tertentu, maka adalah wajar untuk mempertimbangkan perkara berikut untuk dijadikan panduan menjalankan kajian pada masa hadapan. i.
Meluaskan skop responden dengan melibatkan lebih ramai pelajar kursus yang lain di UUM. Dengan meningkatkan bilangan sampel ini, kesahihan dan kebolehpercayaan hasil dapatan adalah lebih baik dan dapat digeneralisasikan kepada sekumpulan populasi yang lebih besar.
ii.
Kaedah analisis data inferensi juga perlu diperluaskan. Dalam kajian ini, hanya analisis deskriptif sahaja dilakukan, Adalah lebih elok untuk melihat hubungan antara faktor kemurungan iaitu hubungan antara faktor persekitaran dan keluarga, faktor persekitaran dan sosial serta faktor keluarga dan sosial secara lebih mendalam. iii. Selain itu juga, kaedah kajian juga perlulah dilakukan dengan melibatkan kaedah temubual dan pemerhatian pelajar. Hal ini penting bagi mendapatkan maklumat berkaitan kehidupan pelajar secara lebih terperinci dan menganalisis sejauh mana tahap depresi dalam kalngan pelajar UUM. 38
5.7 KESIMPULAN
Depression adalah sindrom kemurungan yang memberi gangguan kepada perasaan dan jiwa seseorang individu.Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dengan suasana sekeliling yang 'membunuh' psikologi. Kebiasaannya, ia tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan dengan keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan hanya dengan semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung pada tahap yang lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Bagi tahap depresi dalam kalangan pelajar universiti, ibu bapa, rakan-rakan, pensyarah, unit kaunseling dan juga unit hal ehwal pelajar perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah depresi yang dialami oleh seseorang individu. Pelajar yang mengalami kemurungan perlulah diberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji mendapati tahap depresi dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia bagi kursus Hal Ehwal Antarabangsa mempunyai perkaitan bagi bangsa, agama dan jantina. Dengan adanya sokongan dan dorongan seperti ini, pelajar yang mengalami kemurungan pasti dapat dipulihkan seperti biasa dan menjalani kehidupan yang sejahtera seperti orang lain. Akhir sekali, pelajar yang mengalami depresi itu sendiri perlu mengambil langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan tahap depresi dalam diri mereka semakin teruk.
39
RUJUKAN
Ahmad, H.S. & Dini, R. K. (2014). Kajian Mengenai Hubungan Antara Kemurungan, Kebimbangan Dan Tekanan Dengan Tret Personaliti Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Diakses pada 28 April 2018 dari http://digilib.unimed.ac.id/4756/1/Fulltext.pdf Devi, S.R. & Mohan, S.,(2015). A Study on Stress and Its Effects On College Students. Diakses pada 26 Mac dari 2018 http://ijseas.com/volume1/v1i7/ijseas20150749.pdf Diani M. M. Zin., Amirah Z. & Farhana A. R. (2017 ). Tekanan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Pintar
Berbakat.
Diakses
2
Mac
2018.
Dari
Http://Journal.Kuis.Edu.My/Jsass/Images/Specialissue1/Jsass_Spec2017_011_Diani. Pdf Elliah, G. & Supli, E.R. (2009). Stres dalam kalangan pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Strategi menanganinya. Diakses 28 April 2018, dari https://www.scribd.com/doc/46962824/Jurnal-Ilmiah-Stress-Dalam-Kalangan-PelajarKH-Dan-Strategi-Menanganinya Ferlis B.B., Rosnah I, Lailawati M & Surianti L. (2015). Menentukan Strategi Daya Tindak Remaja Sekolah Dan Hubungannya Dengan Kemurungan.
Di akses dari
Https://Www.Researchgate.Net/Publication/280315009_Strategi_Daya_Tindak_Rem aja_Sekolah_Dan_Hubungannya_Dengan_Kemurungan Hanina, H. H., Tan, P.M. & Jumali, H.S. (2010). Stres dan Pencapaian Akademik Mahasiswa Pembangunan Manusia di Universiti Putra Malaysia. Diakses 30 April 2018, dari http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2015/06/4-Hanina-H.pdf
40
Jorm, A. F., Kitchener, B. A., O’Kearney, R., & Dear, K. B. (2004). Mental health first aid training of the public in a rural area: A cluster randomized trial. Diakses pada 07 Mei, 2018, https://bmcpsychiatry.biomedcentral.com/articles/10.1186/1471-244X-4-33 Lu, C., Lin, W., Xiao H.Q., et al. (2013). Depression among Chinese University Students: Prevalence and Socio-Demographic Correlates. Diakses pada 28 April, 2018, dari http://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0058379 Mackenzie, S., Wiegel, J. R., Mundt, M., Brown, D., Saewyc, E., Heiligenstein, E., Harahan, B., & Fleming, M. (2011). Depression and suicide ideation among students accessing campus
health
care.
Diakses
pada
01
Mei,
2018,
dari
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3057910/ Mastura, M., Fadilah,Z., Nor Akmar,N.,(2007). Analisis Faktor Penyebab Stres di Kalangan Pelajar . Diakses pada 26 Mac 2018 dari https://core.ac.uk/download/pdf/11784030.pdf Marwan, Z. B. (2013). Academic Stress Among Undergraduate Students: The Case Of Education Faculty At King Saud University. Diakses Pada 27 April 2018. Dari Https://Pdfs.Semanticscholar.Org/5b3d/0c4eece49c2ca97c0b1cbf994c7fc101fcc1.Pdf Mohamad, Z. M., Ali,S., Sarah,S.M., Ahmad,R.M..&Abdul, R.R.(2009). Stres Dalam Kalangan Pelajar Wanita Program Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Tun Hussein
Onn
Malaysia(UTHM)
.
Diakses
pada
27
Mac
2018
dari
http://eprints.uthm.edu.my/322/ s’ Shumaila, K., Qaisara, P, Imran, Y & Abid, G. C (2015). Effects of Depression on Student
Academic
Performance.
Diakses
01
Mei
2018,
dari
https://www.researchgate.net/profile/Dr_Abid_Chaudhry/publication/278191116_EF FECTS_OF_DEPRESSION_ON_STUDENTS%27_ACADEMIC_PERFORMANCE
41