MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
PENYUSUN TEKS TINGKATAN
: MOHAMAD ADIB BIN RAHMAT : 3 CEMERLANG
ANJURAN:
1 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
2 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Bil.
Perkara
Muka Surat
1.
Penghargaan
5
2.
Pengenalan
7
3.
Perancangan kewangan
10
4.
Instrumen-instrumen pelaburan
12
5.
Takaful
15
6.
Ciri-ciri takaful
15
7.
Kelebihan menyertai skim takaful pendidikan
16
8.
Contoh sijil takaful pendidikan
17
9.
Konsep dan ciri-ciri tabung unit amanah
19
10.
Apa itu tabung unit amanah pendidikan ?
20
11.
Contoh-contoh tabung unit amanah berkaitan pendidikan
20
12.
Carta aliran tabung unit amanah berfungsi
21
13.
Pengiraan tabung unit amanah
22
14.
Kelebihan menabung dalam unit amanah dan takaful
24
15.
Perbandingan tabung unit amanah dengan instrumen pelaburan yang lain
24
16.
Risiko-risiko melabur dalam unit amanah
25
3 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
4 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Saya Mohamad Adib Bin Rahmat pelajar 3 Cemerlang, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik selaku pengarang buku scrap ini, ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya melaksanakan tugas ini. Saya ingin menyatakan terima kasih saya kepada ibu bapa saya iaitu Encik Rahmat Bin Mohd Ali dan Puan Lizaros Binti Ahamad Sohor yang telah memberikan dorongan dan sokongan untuk saya melaksanakan projek ini, tidak lupa juga kepada guru kelab kewangan dan pelaburan bijak, iaitu Pn. yang telah meluangkan masanya menunjuk ajar dan membimbing saya semasa menjalankan projek ini. Bantuan, dorongan , dan tunjuk ajar mereka telah membolehkan saya menjalankan projek ini dengan jayanya dan mereka juga telah memberi sumbangan maklumat dan panduan yang lengkap kepada saya. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam projek ini. Sekian.
5 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
6 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Tatkala ini ramai yang mengatakan masih terlalu awal untuk mereka merancang kewangan mereka, tetapi apabila mereka sudah melepasi alam persekolahan barulah mereka akan berasa menyesal mengapalah mereka tidak merancang kewangan mereka sejak di bangku sekolah lagi. Definisi merancang kewangan boleh diterangkan sebagai meletakkan tujuan sesuatu simpanan atau pelaburan dan membina strategi untuk mencapainya. Mungkin ramai yang mengatakan hidup di dunia tidak berkekalan sehingga mereka mengabaikan kepentingan mereka untuk merancang kewangan mereka dan melepaskan segala-galanya dalam hidup mereka. Jika anda memandang dari persepsi ini, anda telah membuat kesalahan terbesar dalam hidup anda. Malah di dalam ajaran agama Islam pun diterangkan bahawa kehidupan yang baik adalah kehidupan yang seimbang iaitu, wujudnya gabungan unsur kerohanian dan kebendaan dalam kegiatan harian. Sesetengah orang akan mengatakan bahawa wang bukanlah segala-galanya dalam hidup ini. Memang benar, namun ia mempunyai kaitan secara langsung dalam kehidupan harian dan kesejahteraan kita bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan kewangan juga membenarkan anda untuk melabur dalam pelaburan yang telah sedia ada untuk membina tabung pendidikan sama ada untuk diri anda sendiri atau untuk anak-anak anda pada suatu hari nanti. Tabung ini amatlah penting kerana tabung ini bakal membantu anda atau anak-anak anda untuk membiayai kos pendidikan di menara gading atau di institusi pengajian tinggi kelak. Ramai juga beranggapan bahawa perancangan kewangan bakal menyusahkan hidup mereka. Contohnya, mereka tidak akan dapat menikmati keseronokan di dunia ini seperti mereka tidak dapat menonton wayang, membeli beg kulit yang mahal harganya, menukar handset model terbaru, membeli kereta import, membeli perabot baru, dan macam-macam lagi. Sekiranya anda mempunyai sumber kewangan yang cool dan anda juga seorang expert dalam merancang kewangan, semua barangan tadi tidak akan menjadi masalah kepada anda. Malah mungkin banyak lagi yang perkara yang boleh anda peroleh dari kebolehan anda yang hebat dalam merancang kewangan. Malah turut dikatakan oleh motivator terkenal Dr. Fadhilah Kamsah bahawa untuk mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat, kita perlu merancang kewangan kita bagi membina sebuah keluarga yang sejahtera dan stabil di samping mengelakkan perpecahan di dalam sebuah institusi kekeluargaan.
KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
7
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Banyak manfaat yang boleh didapati apabila anda merancang kewangan anda.Apabila anda merancang kewangan anda, anda mungkin dapat membantu mangatasi kesan inflasi yang melanda. Anda juga dapat memastikan yang pendapatan anda mencukupi pada masa kecemasan. Anda juga tidak perlu risau tangan anda dipotong, rumah anda disimbah dengan cat merah, kerana jika anda merancang kewangan anda, anda tidak perlu berhutang dengan „Along bukit beluntong‟ yang bakal menggelapkan masa depan anda dan ahli-ahli keluarga anda. Jadi marilah kita bersama-sama meneliti dan mengkaji instrumen-instrumen pelaburan sedia ada yang akan dibincangkan nanti demi kepentingan kita bersama. Tetapi sebelum itu kita mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan perancangan kewangan terlebih dahulu.
8 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
9 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Kehendak dan keperluan selalu disalah anggap oleh masyarakat masa kini, secara realitinya kehendak dan keperluan merupakan dua perkara yang berbeza. Hal ini boleh dibezakan seperti yang berikut: KEPERLUAN ~perkara asas yang penting untuk kehidupan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. KEHENDAK ~membantu meningkatkan taraf hidup dan meningkatkan keseronokan di dunia seperti pakaian berjenama, kereta BMW dan kasut kulit. KEPERLUAN
KEHENDAK
DEFINISI
Sesuatu yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan
Barang dan perkhidmatan yang digunakan untuk hidup dengan lebih selesa
CIRI-CIRI
i. Pilihan terhad ii. Harga dikawal oleh kerajaan iii. Sama bagi semua orang
i. Banyak pilihan ii. Harga tidak dikawal oleh kerajaan iii. Tidak sama bagi semua orang
CONTOH
Makanan, pakaian dan tempat tinggal
Barang kemas, rumah banglo, perabot jati
Bagi menambahkan pendapatan dan memenuhi kehendak anda, anda bolehlah memanfaatkan instrumen-instrumen pelaburan yang ada di Malaysia. Instumen-instrumen ini mungkin dapat meningkatkan taraf hidup anda jika anda pandai mengambil kesempatan yang ada. Mungkin anda bercita-cita hendak menjadi seperti Warren Buffet pada suatu hari nanti. Siapa Tahu? PROSES KEWANGAN 6 LANGKAH 1. Senaraikan kedudukan aset dan hutang semasa 2. Merekodkan aliran wang masuk dan aliran wang keluar 3. Menentukan objektif perancangan kewangan 4. Mengenal pasti jangka masa objektif perancangan kewangan (pendek, sederhana atau panjang) 5. Menentukan strategi simpanan ataupun pelaburan bagi mencapai objektif kewangan 6. mengkaji dan mengubah perancangan kewangan dari semasa ke semasa
KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
10
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
11 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
INSTRUMEN PELABURAN
PENERANGAN
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Simpanan Biasa
Kumpulan wang yang memberikan kadar faedah yang kecil sama ada dua kali setahun ataupun bulanan.
• Tahap kecairan tinggi. • Risiko hampir tiada
• Tidak dapat menyaingi kadar inflasi pada iklim kewangan biasa. • Dalam jangka masa panjang wawasan kewangan gagal dicapai kerana kikisan kuasa membeli. • Simpanan mudah menyusut kerana dapat mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
Simpanan Tetap (FD)
Pelaburan yang menjamin kadar pulangan tetap pada tarikh matang.
• Pulangan dijamin • Risiko hampir tiada
• Tidak dapat menyaingi kadar inflasi pada iklim kewangan biasa. • Tidak dapat pulangan sekiranya dikeluarkan sebelum tarikh matang. • Tidak sesuai sekiranya mahu mengamalkan penambahan simpanan secara top-up.
Pelaburan Dalam Pasaran Saham
Pelaburan dalam sahamsaham syarikat di Bursa Saham.
• Pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang pendek
• Risiko yang tinggi. • Pelabur berisiko berakhir dengan hutang. • Modal besar diperlukan. • Perlu pengetahuan teknikal, pengalaman dan masa yang betul.
12 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
INSTRUMEN PELABURAN
PENERANGAN
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Waran, Debentur dan sejenisnya
Pelaburan melibatkan sejenis pinjaman terjamin yang mempunyai aset syarikat sebagai cagaran
• Risiko lebih rendah berbanding saham. • Prestasi dapat meningkat selaras dengan prestasi syarikat itu
• Tidak mudah cair • Tidak mudah diniagakan dalam pasaran saham. • Faedah tetap. • Perlu ditunaikan bila matang sama ada untung atau rugi.
Hartanah
Pelaburan dalam hartanah (tanah, rumah, kondominium, projek perumahan) – konsepnya membeli pada harga mentah ataupun murah kemudian jual pada harga tinggi @ kediaman juga disewakan bagi mendapatkan sewa bulanan.
• Tanah adalah aset terhad dan rumah adalah keperluan asas. • Dapat memberi pulangan yang tinggi. • Ada dua jenis pulangan iaitu sewa bulanan dan keuntungan apabila hartanah dijual terus.
• Memerlukan modal perniagaan yang tinggi. • Apabila pasaran merudum ataupun lokasi kurang sesuai, harga hartanah mengambil masa yang lama bagi pulih kembali. • Tidak berapa cair kadangkala mengambil masa berbulan-bulan bagi menyelesaikan satu urusniaga. • Tidak mudah alih
Unit Amanah
Pelaburan yang menggembeling modal (daripada pelabur individu dan korporat) dengan kepakaran (pasukan pengurus dana) dengan pemantauan pemegang amanah
• Risiko diagihkan supaya terkawal. • Mudah cair. • Diuruskan secara professional. • Modal permulaan rendah.
• Tertakluk pada risiko yang akan dibincangkan nanti.
13 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
14 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Takaful adalah satu skim perlindungan atau simpanan dengan menggunakan konsep berasaskan muammalat Islam yang berlandaskan hukum-hukum syariah Islam. Konsep ini telah dipraktikkan oleh manusia zaman dahulu sejak 1400 tahun yang lampau. Dari segi prinsipnya, skim takaful ini adalah satu sistem yang menggunakan konsep saling bantu-membantu, bertanggungjawab, perlindungan dan bantuan di anatara kumpulan peserta atau ahli. Dalam pengertian yang lain, skim takaful ini adalah peruntukan untuk berkongsi sumbangan kepada ahli yang memerlukan di samping untuk simpanan masingmasing.
Di Malaysia terdapat pelbagai produk Takaful pendidikan yan disediakan oleh Etiqa Takaful Berhad atau dahulunya dikenali sebagai Takaful Nasional Berhad dan satu lagi syarikat yang menawarkan perlindungan Takaful ialah Takaful Ikhlas Berhad. Produk-produk Takaful yang disediakan oleh syarikat-syarikat tersebut adalah Takaful Gadaijanji, Takaful Pemandu dan Penumpang kenderaan, Takaful Sarjana dan lain-lain lagi. Tetapi di sini kita hanya memfokuskan Takaful pendidikan. Berikut adalah contoh ciri-ciri produk Takaful pendidikan yang terdapat di Malaysia
jumlah had perlindungan minimum RM 10,000 dan maksimum RM150,000
Pelan pendidikan khas untuk kanak-kanak berumur dari 30 hari hingga 12 tahun.
ciri-ciri takaful pendidikan tempoh tamat umur penyertaan antara 18-23 tahun
Tempoh perlindungan 6-22 tahun
15 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Skim Takaful pendidikan adalah satu skim yang banyak kelebihannya untuk disertai antaranya ialah: dapat menyimpan untuk pendidikan
simpanan dapat dikeluarkan pada umur 18 tahun apabila ingin melanjutkan pelajaran
kelebihan menyertai skim takaful pendidikan selain simpanan, peserta takaful akan mendapat perlindungan seperti perlindungan kemalangan
jika ibu-bapa peserta meninggal dunia, peserta tidak perlu membayar caruman sehingga skim matang pada umur 18 tahun
16 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Selepas anda menyertai skim takaful pendidikan, anda akan diberi satu sijil yang membuktikan bahawa anda telah menyertai skim takaful tersebut. Di sini saya lampirkan satu sijil takaful pendidikan yang dimiliki oleh MOHAMAD ADIB BIN RAHMAT di bawah skim yang disediakan oleh Takaful Nasional atau sekarang dikenali sebagai Takaful etiqa. Sijil ini amat penting bagi beliau apabila beliau ingin menuntut simpanan atau perlindungan beliau.
17 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
18 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Unit amanah dilahirkan apabila satu dokumen digelar Surat Ikatan Amanah dihasilkan lalu dihidupkan. Surat ikatan ini sebenarnya menceritakan pertalian tiga pihak, iaitu antara pemegang unit, syarikat pengurusan dana, dan pemegang amanah (trustee). Secara amnya, terdapat tiga pihak yang berkaitan dengan dana unit amanah iaitu: Pelabur Pihak yang mengamanahkan wangnya dilaburkan. Pelabur dana unit amanah atau pemegang unit terdiri daripada pelabur individu, institusi, syarikat, koperasi, pertubuhan dan lain-lain. Terdapat juga dana unit amanah yang mengenakan syarat kelayakan pelabur. Contohnya dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad hanya dibuka kepada pelabur bumiputera sahaja. Syarikat Pengurusan Pihak yang diamanahkan supaya melaburkan wang daripada para pelabur. Pengurusan adalah pihak yang menguruskan segala hal berkaitan dana unit amanah termasuk pendaftaran, pentadbiran urus niaga, pengeluaran laporan, pelaburan dana dan sebagainya mengikut Garis Panduan Unit Amanah dan Surat Ikatan Amanah serta undang-undang lain dan peraturan yang mengawal operasi unit amanah. Kadangkala ada syarikat pengurusan yang menyerahkan urusan pelaburan dana kepada kepada pihak ketiga contohnya syarikat pengurusan dana berlesen yang diluluskan oleh Surhanjaya Sekuriti (badan penyelia atau watch-dog) Pemegang Amanah Pihak yang dilantik bagi menjaga kepentingan pemegang unit serta menyelia syarikat pengurusan supaya sentiasa mematuhi garis panduan unit amanah dan menguruskan dana mengikut surat ikatan amanah. Pemegang amanah juga memegang dan mengawasi aset dana unit amanah bagi pihak pemegang unit dan memastikan syarikat pengurusan tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam menguruskan dana amanah saham.
19 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Dengan pertalian sedemikian kita dapat menyimpulkan bahawa unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi. Kuncinya terletak pada pemegang amanah yang memisahkan aset dana (wang pelabur) daripada syarikat pengurusan. Jika dana itu menghadapi masalah wang pelabur tetap selamat. Pemegang amanah tidak akan melaburkan wang, ia cuma memastikan wang pelabur dilaburkan seperti yang dinyatakan di dalam surat ikatan tadi.
Tabung unit amanah pendidikan adalah skim pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang yang dilaksanakan dengan mengumpulkan wang, daripada ramai pelabur dalam satu dana dan diuruskan oleh pengurus dana secara professional dan sepenuh masa. Pengurus dana pula melaburkan wang yang dikumpulkan itu ke dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Para pelabur pula akan menikmati pulangan pelaburan mereka menerusi perkembangan modal (jika ada). Ianya adalah satu pelaburan yang bijak dan rendah risikonya berbanding melabur di dalam pasaran saham secara lansung memberi peluang pulangan yang konsisten. Tujuan pelaburan ini adalah untuk menjana keperluan kewangan kita di masa hadapan.
Contoh tabung-tabung unit amanah pendidikan yang boleh didapati masa kini di Malaysia adalah seperti berikut:@ Amanah Saham Didik (ASD) @ Amanah Saham Gemilang – Pendidikan (ASG Pendidikan)
20 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
21 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Formula: Tabungan terkumpul = Jumlah tabungan terkini + (Jumlah tabungan terkini X kadar keuntungan) = Jumlah tabungan terkini + Pulangan
KISAH UNTUK DIRENUNG BERSAMA Adib ialah seorang pelajar di sebuah universiti di Shah Alam. Beliau berasal dari keluarga yang susah. Setelah beliau diterima masuk ke universiti beliau sering menghadapi masalah kewangan untuk menampung keperluannya di universiti. Beliau bernasib baik kerana beliau telah memenangi RM 4,000 hasil penyertaan beliau dalam peraduan melukis yang dianjurkan oleh Kelab Kesenian Dan Kebudayaan di universitinya. Dengan bermodalkan RM 4,000 beliau memulakan Art shoes business secara sambilan. Disebabkan beliau masih student, beliau perlu memastikan beliau tidak mengabaikan pelajaran beliau. Adib mula membeli canvas shoes sebanyak 5 pasang yang beharga RM 30.00 setiap satu. Baki wang beliau hanya tinggal RM3,850. Dengan balance yang ada beliau membeli peralatan untuk menjalankan business beliau. Beliau bukan sahaja ber-business di sekitar universti beliau malahan beliau juga turut mengambil order dari setiap negeri di Malaysia dengan bantuan blogpage yang telah beliau bina iaitu di http://www.ArtShoesKu.blogspot.com. Hasil penat lelah beliau selepas 1 tahun, beliau telah mendapat keuntungan bersih sebanyak RM6,000. Pada suatu hari rakan beliau telah mencadangkan beliau agar beliau membuka account di Amanah Saham Didik(ASD). Di samping mendapat keuntungan melalui business beliau, beliau juga dapat mengaut keuntungan melalui pelaburan beliau di ASD. Jadi pelaburan ini bakal menjamin masa depan beliau apabila beliau sudah tamat pengajian beliau di universiti. Beliau pun pergilah membuka account ASD di Maybank. Beliau mendepositkan RM 6,000 ke dalam account yang telah beliau buka. Pada setiap bulan beliau akan mendepositkan RM 500.00 ke dalam account ASD, income hasil dari business yang beliau jalankan. Selepas 5 tahun beliau mendapati wang yang ada dalam account beliau meningkat ke RM 36,919.74 Beliau yang masih dalam terkejut beruk, telah menalifon rakan beliau yang telah mencadangkan beliau supaya membuka account ASD untuk memberitahu hal itu, lalu rakan beliau meminta “Se-ratus, dua” hinggit sebagai membalas jasanya yang telah mencadangkan kepada beliau agar membuka account ASD. Lalu beliau pun berkata „ Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, Terima kasih! TUT… TUT…‟ 22
KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Tabungan sedia ada Tabungan tahunan Kadar Pulangan
= = =
RM 6,000 (RM 500 X 12 bulan) = RM 6,000 7% setahun
0
1
2
3
4
5
RM 6,000
RM 6,420
RM 13,289.40
RM 20,639.65
RM28,504.43
RM36,919.74
Tahun pertama = RM 6,000 + ( RM 6,000 X 0.07 ) = RM 6,420 Tahun kedua = ( RM 6,420 + RM 6,000 ) + ( RM 12,420 X 0.07 ) = RM 13,289.40 Tahun ketiga = ( RM 13,289.40 + RM 6,000 ) + ( RM 19,289.40 X 0.07 ) = RM 20,639.65 Tahun keempat = ( RM 20,639.65 + RM 6,000 ) + ( RM 26,639.65 X 0.07 ) = RM 28,504.43 Tahun kelima = ( RM 28,504.43 + RM 6,000 ) + ( RM 34,504.43 X 0.07 ) = RM 36,919.74 Jadi , jumlah yang dikumpul oleh Adib selepas 5 tahun ialah RM 36,919.74 !!! Wow, selepas anda mengira jumlah simpanan Adib, anda akan mendapati betapa banyaknya duit yang telah beliau simpan dalam setahun! Pada akhir tahun, beliau boleh melabur dalam tabung unit Amanah Saham Didik yang telah beliau buka. Jumlah Nilai Aset Bersih (NAB) Adib ialah RM 6,919.74.
23 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
secara amnya memberi pulangan yang lebih kompetitif berbanding menyimpan di dalam simpanan biasa
mudah untuk melabur kerana terdapat banyak ejen-ejen tabung unit amanah di seluruh negara
merupakan salah satu bentuk simpanan jangka panjang
sebagai simpanan luar jangka jika terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan
kelebihan menabung dalam tabung unit amanah && takaful
risiko penyimpanan yang rendah kerana ianya dijamin oleh kerajaan
Pelaburan unit amanah adalah tidak bebas risiko. Semua unit amanah mempunyai tahap risiko yang berbeza-beza, tetapi bahaya yang menanti tetap sama iaitu pengecutan modal, pendapatan atau dividen. Kita perlu menentukan tahap risiko kita sendiri. Perbandingan risko dan pulangan bagi pelbagai pelaburan boleh diringkaskan seperti berikut
BIL
JENIS PELABURAN
TAHAP RISIKO
TAHAP JANGKAAN PULANGAN
1.
Pelaburan dalam pasaran saham
2.
Hartanah
3.
Waran, Debentur dan sejenisnya
4.
Tabung unit amanah
5.
Simpanan tetap (FD)
RENDAH
6.
Simpanan biasa
RENDAH
KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
24
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Selepas menyedari tahap risiko yang perlu ditanggung oleh para pelabur, mari kita bandingkan pula dengan risiko-risiko yang bakal dihadapi sekiranya melabur dalam tabung unit amanah. Secara ringkasnya tabung unit amanah mempunyai 11 jenis risiko yang perlu dihadapi.
risiko negara risiko jenis syarikat
risiko pasaran saham
risiko kecairan risiko kadar faedah risiko pengurus dana
risiko-risiko tabung unit amanah
risiko inflasi risiko kredit risiko pinjaman
risiko tidak mengikut peraturan
risiko mata wang
25 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
RISIKO PASARAN SAHAM Unit amanah terdiri daripada pelaburan yang menggunakan wang pelabur bagi membeli saham-saham yang ada di pasaran saham. Harga saham-saham ini berubah mengikut faktor seperti keadaan ekonomidan aliran keluar masuk dana dari pelabur asing. RISIKO JENIS SYARIKAT Saham pula diterbitkan oleh syarikat yang biasanya menjalankan aktiviti perniagaan berbentuk dagangan barang ataupun perkhidmatan. Oleh itu, perniagaan dipengaruhi oleh faktor seperti perubahan cita rasa pengguna, saman undang-undang, perubahan industri, keadaan operasi seharian dan kesilapan pihak pengurusan syarikat. Risiko ini dapat dikawal dengan kaedah pemelbagaian oleh pengurus dana unit amanah. RISIKO KECAIRAN Dalam unit amanah setiap hari berlaku urusan jual beli, seperti pelabur yang menjual unitnya dan ada yang membeli unit baru ataupun unit tambahan. Ada kemungkinan penjualan unit berlaku pada tahap tinggi sehingga dana tidak cukup aset cair ataupun tunai pada masa itudan memaksa penjualan aset bukan tunai. Risiko ini dikawal oleh pengurus dana unit amanah supaya memastikan adanya tahap kecairan yang mencukupi supaya aset tidak cair perlu dicairkan sehingga memudaratkan dana. RISIKO KADAR FAEDAH Selain saham, pengurus deana unit amanah juga melabur dalam instumen bon. Sifat bon berbeza dengan saham. Apabila kadar faedah (interest rate) naik, harga bon menurun (harga saham naik) dan begitu juga sebaliknya. Sekiranya bon itu. Mempunyai nilai matang yang lebih panjang ataupun nilai nilai kupon uang rendah, ia lebih sensitif pada perubahan kadar faedah. Ini membawa kesan pada nilai aset bersih (NAB) unit amanah. RISIKO KREDIT Satu lagi risiko berkait dengan pelaburan bon. Kali ini merujuk kepada pihak yang menerbitkan bon tadi mungkin tidak dapat menepati janji-janji mereka seperti membayar balik faedah dan modal. RISIKO PENGURUS DANA Pengurus dana yang menguruskan skema unit amanah mungkin tidak cekap dalam tugas mereka ataupun pengurus dana yang cekap meletak jawatan dan berpindah ke syarikat unit amanah lain.
26 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
RISIKO PINJAMAN Pada prinsipnya bakal pelabur unit amanah tidak digalakkan membeli unit amanah melalui kaedah pinjaman. Perbuatan ini memandangkan pinjaman sebegini adalah liabiliti jangka pendek, tidak serasi dengan unit amanah yang mempunyai jangka masa pelaburan sederhana ke panjang. Akibat rasa tidak serasi ini pelabur mungkin melakukan tindakan yang merugikan. Contohnya, apabila pasaran menurun, peminjam terpaksa mendapatkan sumber wang bagi menambahkan margin pinjaman. Satu lagi keadaan ialah kenaikan kadar faedah yang menyebabkan ansuran pinjaman bulanan dinaikkan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan sifat unit amanah yang tidak menentu kadar faedahnya. RISIKO INFLASI Keuntungan daripada pelaburan unit amanah sama ada daripada penambahan modal ataupun pembayaran dividen mungkin tidak sepadan kenaikan inflasi. Ini menjejaskan wawasan kewangan pelabur itu. Contohnya pelabur mensasarkan pulanagan purata sebanyak 10 peratus bagi menjapatkan RM 100,000 dalam masa 10 tahun bagi membeli sebuah rumah. Apabila sampai masanya harga rumah telahpun meningkat ke RM 120,000 akibat kadar inflasi. Pelabur tadi terpaksa mencari sumber kewangan tambahan bagi merealisasikan impiannya.
RISIKO TIDAK MENGIKUT PERATURAN Ini merujuk risiko pengurus dan pentadbiran yang mengendalikan perniagaan unit amanah tidak mematuhi ataupun melanggar peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh undangundang, prosedur dalaman ataupun surat ikatan amanah. RISIKO MATA WANG Sekiranya portfolio unit amanah mengandungi pelaburan di luar negara maka pasaran mata wang yang berubah-ubah dapat membawa turun naik harga saham luar negara ini seterusnya membawa perubahan dalam NAB unit amanah tempatan. RISIKO NEGARA Seperti risiko mata wang, keadaan di luar negara sepert iklim politik, ekonomi dan kewangan memberi kesan pada NAB unit amanah tempatan yang melabur dalam pasaran saham negara luar.
27 KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
MOHAMAD_ADIB_BIN_RAHMAT
Copyright © 2009 Adib System Co. INC All rights reserved throughout the world. Reproduction in any manner in whole or in part without permission are prohibited .
KELAB_KEWANGAN_DAN_PELABURAN_BIJAK
28