N A H I B E L E
A R A T AN
M K A 10ELABUR DALHAM A M S N A SAR PA
ALL RIGHT RESERVED©2015 WEALTH MAGNET INTERNATIONAL SDN. BHD.
#1
TIDAK MEMERLUKAN KELAYAKAN AKADEMIK, ‘CLEANER’ PUN BOLEH BELI SAHAM Peluang untuk mendapatkan pulangan yang lumayan terbentang luas di hadapan mata, namun tidak semua yang tahu dan berani untuk bertindak melakukan pelaburan. Sangkaan mereka, pelaburan saham hanya sesuai untuk golongan profesional dan bijak pandai saja. Sedangkan, syarat-syarat untuk membuka akaun CDS tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi. Sesiapa sahaja boleh membeli saham, mahasiswa universiti, pak guard, petani, nelayan, penjawat awam, mahupun usahawan, asalkan dia memiliki modal, tahu kira-kira dan mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang kaedah jual beli saham. Yang paling penting adalah ilmu mengenai pelaburan saham. Hatta seorang tukang cuci pun boleh membeli saham.
#2
BUKAN ANAK ORANG KAYA Tidak semua di kalangan kita yang dilahirkan oleh orang kaya. Orang kaya sekalipun akan jatuh miskin kalau tidak tahu menguruskan kewangan dengan betul. Jadi jangan biarkan kemiskinan terus menghantui kita sampai tujuh keturunan. Hentikan kemiskinan dan bangunlah untuk belajar ilmu pelaburan saham daripada orang yang betul-betul terbukti berjaya menjana pendapatan melalui pelaburan saham. Wang yang sedikit pasti akan bertambah banyak jika betul dengan caranya. Pelaburan saham adalah satu jalan terbaik untuk orang miskin mengubah nasib hidup. Rezeki itu ada, apa yang paling penting ialah mesti ada usaha.
#3
TIADA KEMAHIRAN UNTUK MENGURUS PERNIAGAAN Bagaimana hendak menguruskan perniagaan sedangkan tiada minat dan ilmu tentang pengurusan perniagaan. Oleh kerana perniagaan menjanjikan pendapatan yang lumayan dan digalakkan dalam Islam berbanding dengan bekerja makan gaji maka kita seharusnya memilih untuk berniaga. Walaubagaimanapun, kita masih boleh memperolehi pendapatan melalui perniagaan yang dijalankan oleh orang lain. Bagaimana? Mudah sangat! Kita hanya perlu menjadi sebahagian daripada mana-mana syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Biar pakar yang menguruskan perniagaan. Biar yang pakar terus berniaga dan menjana keuntungan. Kita hanya perlu kira keuntungan yang kita hendak capai.
#4
TIADA MASA UNTUK MENGURUSKAN PERNIAGAAN Rata-rata ibu-bapa yang menghantar anak ke universiti pasti mengharapkan anakanak dapat bekerja di sektor awam kerana menganggap pendapatannya menjamin masa hadapan. Tidak dinafikan terlalu banyak kemudahan yang diberikan sehingga syaratsyarat ‘berhutang’ dengan bank pun agak longgar. Kerja makan gaji, baik di sektor awam mahupun swasta semuanya memerlukan komitmen masa dan tanggungjawab yang samada mahu atau tidak ia terpaksa dijalankan. Kekangan masa inilah yang menyebabkan ramai yang tidak mempunyai cukup masa untuk menguruskan perniagaan. Tetapi dengan pelaburan saham kita tidak perlu berada di dalam suasana fizikal perniagaan untuk membuat sesuatu urusan dalam perniagaan. Kita hanya perlu memantau pergerakan harga saham melalui skrin komputer riba sekali sekala dan apabila untung jualkan sahaja saham yang kita beli itu. Biarkan orang-orang yang pakar dalam perniagaan menjalankan perniagaan dan kita hanya perlu menjadi pelabur. Orang-orang yang pakar tersebut kita panggil sebagai ‘Good Management’
#5
MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN SELAIN PENDAPATAN TETAP Pelaburan saham adalah salah satu cara bagaimana untuk menjana pendapatan dalam perniagaan dan dalam masa yang sama kita masih bekerja makan gaji. Seronok bukan, gaji yang diterima setiap bulan ditambah dengan keuntungan jual beli saham. Malahan ramai pelabur saham yang menjana keuntungan berlipat kali ganda berbanding gaji bulanan yang mereka terima. Sehinggakan ada yang sanggup berhenti kerja dan menumpukan sepenuhnya kerjaya mereka dalam pelaburan saham. Hebat bukan? Sekiranya kita sudah benar-benar mahir, kita tidak perlu lagi untuk bergerak awal pagi, pulang lewat petang semata-mata untuk memastikan dapur di rumah berasap.
#6
TIDAK PERLU GUNA DUIT POKET SENDIRI UNTUK MELANCONG Alangkah seronoknya bila boleh melancong pada bila-bila masa. Bila tergerak hati hendak melancong, terus sahaja beli tiket dan tempah hotel untuk bercuti. Kadang-kadang kita agak berkira-kira jika terpaksa menyimpan duit untuk tujuan melancong, malah kadang-kadang duit yang disimpan untuk melancong pun terpaksa digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting. Namun, dengan menggunakan hasil keuntungan dari pelaburan saham, kita boleh melancong kemana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang kita mahukan. Sedikitpun tidak mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak untuk menjana keuntungan daripadanya. Oh! Bahagia rasanya kehidupan sebegitu. Sarapan pagi di Malaysia, makan tenghari di Dubai dan makan malam pula di kota London.
#7
MELAKUKAN KEBIASAAN ORANG KAYA Melabur saham adalah kebiasaan bagi orang-orang kaya. Jadi pada yang belum kaya, dan masih miskinsekurang-kurangnyaandasudahpunselangkahkehadapan.Hendakjadikaya,harustahuapakebiasaanyangorangkaya lakukan. Dengan melakukan kebiasaan orang kaya, tidak mustahil kita juga akan mampu jadi seperti mereka. Namun sekali lagi diingatkan pelaburan saham bukan Skim Cepat Kaya. Hari ni labur, esok dah kaya. Silap-silap hari ini labur, esok sudah lebur. Ilmu pelaburan sangat penting bagi memastikan kita benar-benar melakukan kebiasaan orang kaya.
#8
INGIN BERSARA MUDA Siapa yang tidak teringin untuk bersara diawal usia 30 tahun atau 40 tahunkan? Umur bersara bagi penjawat awam ialah pada umur 60 tahun. Cuba bayangkan bagaimana hasil kerja orang yang berusia 60 tahun? Mengapa perlu bekerja sehingga ke hujung usia? Adakah kerana kita tiada pilihan atau kita sengaja memilih untuk bersara setua itu? Alangkah bahagianya kalau boleh bersara di awal usia 30-an. Pelaburan saham adalah salah satu pelan persaraan tak kira bersara semasa muda ataupun tua.
#9
PELABURAN SAHAM ADALAH PELABURAN YANG SANGAT MUDAH Berbanding dengan pelaburan yang lain, pelaburan saham tidak memerlukan modal yang sangat besar. Tidak perlu mengeluarkan 10% daripada nilai ratusan ribu ringgit seperti pelaburan hartanah. Kita juga tidak perlu risau untuk tujuan penyimpanan dan keselamatan sekiranya ingin melabur dalam emas. Permulaan yang sedikit inilah antara sebab kenapa kita perlu terlibat dengan pelaburan saham. Saham boleh dibeli sekecil-kecil unit saham iaitu dari 100 unit hinggalah ratusan ribu unit mengikut kemampuan kita.
#10
MUDAH DICAIRKAN Membeli dan menjual saham sangat mudah. Tidak perlu mengiklankan dimana-mana akhbar untuk mendapatkan pembeli. Tidak perlu membuat pengumuman untuk menjual saham. Pasti akan ada pembeli sekalipun pada harga yang tinggi. Semudah itu juga untuk mendapatkan tunai hasil daripada keuntungan. Hanya perlu maklumkan pada syarikat broker untuk membuat pengeluaran. Sama ada dengan cek ataupun minta untuk dimasukkan terus ke akaun bank kita.
DAPATKAN KOLEKSI BUKU TENTANG PELABURAN SAHAM TERBITAN AZIZAN OSMAN PUBLICATION
Untuk maklumat & sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi kami ditalian: 016-229 6760 / 019-210 2796 / 019-313 4544 / 03-5524 5018
ALL RIGHT RESERVED©2015 WEALTH MAGNET INTERNATIONAL SDN. BHD.
SIRI KEDUA 2015
THE REGENCY HOTEL SABTU, 31/01/2015 8.00 PG - 1.00 PTG
HATTEN HOTEL AHAD, 01/02/2015 8.00 PG - 1.00 PTG
GRAND BLUE WAVE HOTEL SELASA, 03/02/2015 8.00 PG - 1.00 PTG
EMERALD PUTERI HOTEL JUMAAT, 06/02/2015 8.00 PG - 1.00 PTG
PEARL VIEW HOTEL SABTU, 07/02/2015 8.00 PG - 1.00 PTG
HERITAGE HOTEL AHAD, 08/02/2015 8.00 PG - 1.00 PTG
KELANTAN TRADE CENTRE JUMAAT, 13/02/2015 8.00 PG - 1.00 PTG
KELAB GOLF SULTAN ABDUL AZIZ SHAH AHAD, 15/02/2015 8.00 PG - 1.00 PTG
www.KlinikPelaburan.com