BAB DUA KAJIAN LITERATUR
2.0
Pengenalan
Persoalan tentang kewujudan sebuah negara bangsa Malaysia Malaysia yang bersatu padu
telah
menjadi satu agenda yang cukup penting kepada pembentukkan Persekutuan Semenanjung Tanah Melayu. Terutamanya apabila Semenanjung Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan dari British pada 31 Ogos Ogos 1957 dan dan penyertaaan Sabah dan Serawak di dalam persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Kewujudan wilayah yang terpisah antara Malaysia Timur dan Malaysia Barat yang mempunyai
kepelbagaian kompsisi etnik, ras, keturunan, agama,
adat dan cara hidup yang mendasari kehidupan warga Malaysia menjadikan cabaran kehidupan dan perhubungan antara etnik menjadi semakin kompleks untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bertegrasi dan mempunyai semangat patriotisme yang menumpahkan taat setia kepada negara. Globalisasi yang di pacu melalui perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mewujudkan satu perkampungan global yang berupaya mencapai apa jua maklumat menjadikan sempadan wilayah dan geo-politik Negara Bangsa semakin mengecil. Kewujudan dunia tanpa sempadan ini merupakan satu cabaran besar kepada pemantapan sebuah negara Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Justeru, kerencaman, kepelbagaian dan perbezaan etnik, ras, keturunan, agama, budaya dan adat resam menjadi sesuatu titik persoalan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak, terutamanya untuk mengenal pasti pemasalahan atau isu yang boleh mengancam suasana perhubungan etnik yang harmonis dan kedaulatan bernegara di kalangan rakyat Malaysia.
Justeru, Sesuatu tindakan pencegahan atau pre-empative adalah perlu di beri perhatian oleh semua warganya samada mereka yang diberi mandat oleh rakyat
untuk menerajui
kerajaan, ahli-ahli politik, badan-badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan mahupun pihak swasta, perlu bekerjasama untuk berperanan untuk memulihara seterusnya memantap keharmonian perhubungan antara etnik di Malaysia. Hakikatnya sejarah perhubungan etnik di Malaysia penuh ranjau dan liku. Negara telah diuji dengan pelbagai dugaan dan peristiwa pahit manis yang perlu diteladani oleh setiap warganya. Antaranya; sejurus selepas kekalahan dan penyerahan tentera Jepun 1945 pada British, Peristiwa Malayan Union 1946, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Zaman Darurat 1948-1960, keluarnya Singapura 1965, peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa kampung Medan pada tahun 2000. Oleh itu, di sepanjang sejarah bernegara, kewujudan sosial kontrak antara etnik yang terdapat di Malaysia perlu di fahami oleh semua pihak. Hak-hak setiap etnik mahupun wilayah telahpun termaktub secara jelas di dalam Perlembangaan Persekutuan Malaysia sama ada semasa Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hakikatnya apabila rakyat
Sabah dan Sarawak ingin bersatu dalam persekutuan Malaysia pada 16 September
1963 wujudnya perjanjian 20 perkara sebagai satu jaminan hak kepada rakyat Sabah dan Sarawak sebagai satu asas untuk memulihara perhubungan antara wilayah ke arah pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. Oleh itu, Perlembagaan Malaysia menjadi asas yang cukup penting untuk dijadikan panduan kepada apa jua pendekatan atau sebarang bentuk usaha ke arah pemantapan hubungan etnik di Malaysia. justeru, pelbagai dasar dan gagasan telah di bentuk oleh para pemimpin Negara, sebermula dari era Pemerintahan Perdana Menteri pertama sehinggalah perdana Menteri ke enam Y.A.B Dato¶ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Dasar-dasar dan gagasan ini telah mendasari pelbagai bidang kehidupan rakyat samada dalam aspek politik, ekonomi, sosial, teknologi, budaya dan seumpamanya untuk memastikan agenda inetgrasi etnik dapat dihayati dan dijayakan oleh setiap rakyat. Ini kerana, kerajaan amat menyedari bahawa pra syarat untuk membawa pembangunan kepada kesejahteraan rakyat dan Negara. Oleh itu, peri pentingnya suasana perhubungan etnik yang harmonis dan bersatu padu. Oleh itu, gagasan, dasar yang digerakkan oleh usaha-usaha dan aktiviti adalah bertujuan untuk mencipta kestabilan politik dan hubungan antara etnik di Malaysia. Senarionya, apabila Y.A.B Dato¶ Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Beliau telah memperkenalkan gagasan 1 Malaysia yang bertemakan ³rakyat didahulukan pencapaian di utamakan´. Ianya menjadi satu pendekatan yang mengutamakan kepentingan rakyat pelbagai etnik dalam
agenda pembangunan Malaysia. Gagasan 1 Malaysia anataranya bertujuan untuk
memperlengkapkan agenda untuk merealisaikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020. Pengertian Gagasan 1 Malaysia
sepertimana di jelaskan oleh Y.A.B Perdana
Menteri Dato¶ Seri Najib Tun Abdul Razak ;
³1 Malaysia satu gagasan bagi memupuk perpaduan di Kalangana rakyat Malaysia penting
yang
yang berbilang kaum berteraskan nilai-nilai seharusnya
menjadi
amalan
setiap
rakyat
³(http:www.1malaysia.com.my/wpcontent/uploads/2010/09/1Malay sia Booklet.pdfcapaian pada 15 November 2010).
Oleh itu, bagi merealisaikan gagasan tersebut pelbagai strategi dan tindakan yang perlu di laksanakan oleh semua pihak samada oleh agensi kerajaan atau pihak swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan. Ia boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti samada melalui metodologi yang berbentuk pendidikan, akademik, sukan, kebudayaan, kesenian, ekonomi, perniagaan, keusahawanan , politik dan seumpamanya.Terdapat pelbagai penulisan dan kajian yang telah dibuat oleh para sarjana berkenaan hubungan etnik dalam pebagai tema samada yang berkaitan pembentukan negara bangsa, konflik etnik, pendidikan, nasionalisme, sejarah, politik, integrasi dan sebagainya.
2.1
KAJIAN-KAJIAN LEPAS Kajian Norazlinda (2001) cuba melihat sejauhmana syor dan perakuan yang terkandung
dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
telah di laksanakan oleh institusi pendidikan untuk
menyemai nilai-nilai murni ke arah integrasi nasional atau perpaduan nasional. Kajian ini mendapati usaha-usaha kerajaan melalui sistem pendidikan untuk menerapkan perpaduan ke arah integrasi nasional mendapat reaksi dan bantahan yang hebat
terutama dari kalangan
masyarakat Cina lantaran kekhuatiran mereka terhadap kebudayaan dan bahasa cina akan terhakis, meskipun dasar berkaitan bahasa Malaysia telah termaktub secara jelas dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai medium untuk memantapkan perpaduan dan integrasi nasional. Kajian mengenai hubungan etnik di Universiti Utara Malaysia telah di laksanakan oleh ahli akademik Universiti Utara Malaysia yang terdiri dari Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, Mohd Izani Mohd Zain, Ummu Atiyah, Mohd Zakuan (2005). Saiz sampel yang dikaji melibatkan seramai 823 pelajar Universiti Utara Malaysia. Taburan mengikut etnik adalah
601 pelajar melayu dan bumiputera Islam, 27 pelajar bumiputera bukan Islam, 129 pelajar Cina, 61 pelajar India dan 14 pelajar lain-lain etnik ( 2006 : 237). Perbincangan dalam kajian ini berfokus kepada beberapa elemen seperti pergaulan harian, perbezaan kehidupan pelbagai kumpulan etnik, amalan penggunaan bahasa Inggeris, persatuan pelajar, batas etnik dan tanggapan streotaip antara etnik di Universiti. Kajian ini mendapati, pergaulan harian di kalangan pelajar masih lagi tertumpu dalam lingkungan etnik yang sama. Pelajar ini hanya mula berinteraksi melangkaui batasan kaum yang sama apabila berada
dalam
suasana
pembelajaran
formal.
Walaubagaimanapun,
kajian
ini
tidak
memperlihatkan benteng perkauman yang menebal. Di mana mereka dapat menerima perbezaan budaya dalam kehidupan etnik lain. Namun, mereka masih lagi selesa berada dalam lingkungan budaya masyarakat sendiri meskipun mereka dapat menerima kebudayaan etnik lain khususnya dalam aktiviti yang berbentuk seni persembahan. Manakala dari aspek penggunaan bahasa Inggeris memperlihatkan pelajar-pelajar ini amat bersetuju menggunakan bahasa inggeris dalam situasi formal, khususnya di dalam pembelajaran. Walaubagaimanapun jika dalam situasi tidak formal mereka lebih selesa untuk menggunakan bahasa ibunda atau bahasa melayu. Umumnya, kajian ini menyatakan suasana hubungan etnik di Universiti Utara Malaysia adalah di tahap biasa.
Responden memperlihatkan tentang kefahaman dan persetujuan
tentang kepentingan hubungan etnik perlu dipertingkatkan. Etnik Melayu kelihatan bersifat terbuka untuk mendokong hubungan etnik yang positif. Etnik india tidak bermasalah untuk hidup bersama dan berkerjasama dengan etnik lain. Cuma etnik cina mengambil pendekatan lebih berhati-hati untuk menjalin hubungan etnik yang lebih mesra dengan etnik-etnik lain.
Manakala, tulisan Khairul Azman (2004) pula menyentuh tentang konsep dan pelaksanaan Integrasi nasional dalam proses perkembangan kenegaraan dan pembangunan Malaysia. Beliau mengutarakan negara-negara yang pernah dijajah akan berdepan dengan permasalahan pembinaan negara dan bangsa. Jika ditinjau, dalam konteks Malaysia hasil dasar pecah perintah British telah menghasilkan masyarkata majmuk dan wujudnya prasangka buruk di sanubari antara etnik di negara ini. Beliau turut membincangkan peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik peralihan dan membawa dimensi baru dalam perhubungan etnik di Malaysia. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai alat pembangunan bagi melakukan pejuteraan semula masyarakat majmuk di Malaysia. Ia juga diperkukuhkan melalui pengenalan Rukun Negara sebagai satu ideologi yang perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia. Menurut beliau lagi, institusi pendidikan di peringkat persekolahan, maktab, kolej, universiti merupakan sebuah masyarakat kecil yang boleh dijadikan medan terbaik untuk mewujudkan integrasi sosial di kalangan generasi muda. Beliau juga mengutarakan integrasi antara etnik boleh diperkukuhkan melalui aktiviti sukan. Ia boleh dijadikan satu medium untuk memupuk semangat integrasi antara kaum melalaui semangat kerjasama dan perpaduan yang utuh untuk membina bangsa dan negara yang kuat (Mohd Khairul Azman bin Suhaimi 2004 : 100-104). Abdul Rahman Embong (2000) membincangkan tentang pembentukan bangsa Malaysia dalam bukunya ³Negara bangsa Proses dan Perbahasan´ telah mengutarakan pembentukan Negara bangsa Malaysia perlu
mengambil kira tentang kesinambungan sejarah
silam. Di
samping itu, Ia perlu mempertimbangkan tentang perubahan yang telah dan sedang berlaku sebagai wadah pembinaaan bangsa Malaysia. Oleh itu, gagasan bangsa Malaysia ± iaitu anggota semua kaum atau etnik harus mempunyai perasaan sebangsa dengan nama kolektif
sebagai satu bangsa Malaysia yang sama, di mana warganya turut berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan bersama dengan mempunyai rupa bangsa yang sepunya. Keadaan ini menimbulkan reaksi berbeza-beza di kalangan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Menurut Abdul Rahman Embong lagi, bagi etnik bukan Melayu, khsusunya Cina dan India, status mereka sebagai kompenan satu bangsa baru, iaitu bangsa Malaysia sesuatu yang amat diharapkan. Di mana keadaan ini akan memberikan satu legimitasi kebangsaan bagi kedudukan sebagai warga negara Malaysia. Namun etnik bukan melayu mempunyai kebimbangan tentang persoalan budaya, bahasa mereka akan ditenggelami oleh etnik melayu dan bumiputera yang lain. Hakikatnya dalam pembentukan bangsa Malaysia seperti di gagaskan mendepani pelbagai cabaran
yang telah tersedia ada di samping wujudnya dilema baru yang perlu
ditangani dengan baik, khususnya tekanan penggunaan bahasa Inggeris dan menularnya budaya kepenggunaan yang dihasilkan oleh kuasa pasaran global yang menjejaskan perkembangan kebudayaan nasional (Abdul Rahman Embong 2000: 30-31). Peranan pendidikan dan nilai dalam pembinaan negara bangsa turut di perdebatkan dalam konteks corak dan isi pendidikan bagi generasi muda, khususnya dalam persekitaran dunia yang pesat mengalami perubahan. Persoalannnya mengenai keseimbangan antara matlamat jangka pendek dan pratikal untuk melahirkan individu dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teretentu bagi membolehkan mereka memasuki pasaran pekerjaan di satu pihak, dengan matlamt jangka panjang yang lebih besar dan luas dalam pengisian negara bangsa. Oleh itu, universiti sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai tanggungjawab menghasilkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta menjaga nilai-nilai peradaban,
disamping itu, ia mestilah bertindak menjadi institusi yang berupaya menyemai percambahan minda dan tegas menjunjung tinggi nilai-nilai luhur ( Abdul Rahhman Embong 2000 : 91). Nazri Muslim dan Mohd Arif Kosmo (2006) pula menyentuh tentang hubungan etnik ke arah masyarkat berntegrasi dengan membawa latar sejarah hubungan etnik sebermula
era
penjajahan barat. Secara lebih khusus, kesan penjahahan Inggeris yang menyebabkan berlakunya polarisasi etnik yang begitu homogenus di Tanah Melayu. Selain itu, latar sejarah hubungan etnik di era kemerdekaan turut disentuh khusunya mengenai pemuafakatan politik antara etnik untuk mencapai kemerdekaan pada 1957 di samping itu turut menyentuh peristiwa 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 yang menjadikan pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu padu menjadi cabaran utamanya untuk merealisaiaskan hasrat menjdaikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju. Beliau turut menyentuh mengenai beberapa isu dan cabaran hubungan etnik yang telah dikenalpasti, antaranya berkenaan perbezaan latarbelakang antara kaum, dasar Integrasi, status perkongsian antara etnik dalam konteks politik, sosial dam ekonomi yang seharusnya difahami oleh semua kaum. Selain itu, pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang melencong dari matlamat asal khususnya untuk mewujudkan masyarakat yang teguh dan bersatu padu. Polarisasi di kalangan pelajar di peringkat sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi samada swasta dan swasta menunjukan hubungan etnik yang semakin melebar jurangnya. Peranan media cetak dan elektoronik turut di sentuh tidak memainkan peranan dengan baik dan berkesan sebagai medium untuk memantapkan hubungan etnik dan integarsi nasional. Kedudukan negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai kesedaran, semangat, identiti dan bentuk pentadbiran yang tersendiri juga dilihat antara faktor intergrasi antara etnik di wilayah tersebut tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di samping perbezaan ideologi dan
perbezaaan tahap penguasaan ekonomi yang turut mengancam hubunga etnik yang lebih baik dan harmonis. Antara strategi yang
dicadangkan untuk memperbaiki dan memantapkan hubungan
antara etnik di Malaysia. Beliau mencadangkan beberaqpa starategi, antaranya melalui strategi pendidikan yang dapat dijadikan alat yang cukup berkesan bagi membantu memantapkan identiti nasional, semangat kebangsaan serta cintakan negara. Antara peranan dapat dimainkan melalui sistem pendidikan ialah melalui penyediaan persekitaran serta kemudahan bagi proses sosialisasi di kalangan wargenagera yang masih di peringkat usia muda. Disamping
itu
menyediakan
saluran
penyebaran,
penerapan
dan
pendidikan
pengetahuna, sikap dan nilai-nilai yang akan membangunakan kesedaran nasional, semangat cintakan Negara dan peprpaduan antara rakyat berbilang kaum dan keturunan (Nazri Muslim dan Mohd Arif Kasmo. 2006 : 132). Manakala menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003) dalam tulisannya ³Pendidikan Negara Bangsa´ menyentuh tentang
proses pembinaan negara bangsa yang
seharusnya menggunakan pendekatan nasionalisme. Ia seharusnya menjadi pegangan dan pemilikan rasa sepunya berasasakan nilai-nilai kebangsaan yang di kongsi oleh semua warganegara Malaysia. Di mana perkongsian ini juga diterjemahkan melalui identiti kebangsaan seperti Jalur gemilang, sistem keadilan, perlembagaan yang boleh mewujudkan perasaan kekitaan yang kukuh dan tidak berbelah bagi terhadap bangsa Malaysia. Selain itu, faktor-faktor seperti intergrasi, nasionaliti, patriotisme perlu difahami, dihayati dan dipraktiskan bagi mengukuhkan pembinaan negara bangsa (Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani 2003 : 52). Menurut Muhammad Zaini Abu Bakar usaha mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia harus dlaksnakan secara holistik, ianya harus bersandarkan kepada kerangka perlembagaan
dan Rukun Negara yang menjadi asas untuk membentuk masyarakat yang utuh moralnya, kental kerohaniannya, mantap emosi dan mental dan gagah fizikalnya. Pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi
juga seharusnya
diperkukuhkan melalui medium memperlengkapkan asas-asa fizikal. Antara aspek-aspek fizikal yang harus diberi perhatian dan akan mendasari binaan hubungan etnik ialah; memperbetulkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat agar ianya lebih seimbang. Di samping itu melalui pendekatan pendidikan di mana pihak kerajaan perlu menyerapkan pembelajaran mengenai kontrak sosial dalam kurikulum dalam semua peringkat aspek pengajian. Pendekatan media pula memerlukan kepada penghasilan program-program yang dapat memupuk perpaduan etnik di Malaysia. Pihak-pihak yang bertanggungjawab secara langsung dalam menangani isu ini. Jabatan Perpaduan Negara dan integrasi nasional perlu mewujudkan
bahagian penyelidikan dan
pembangunan (R&D). Bahagian ini perlu memantau dan menilai keberkesanan programprogram perhubungan etnik yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan mahupun pihak masyarakat umum. Azizuddin, Norhafizah, Azhar, Rusdi (2009) yang membincakan tentang Transisi Malaysia : Satu analisis perbandingan tentang nilai-nilai Asia, Islam Hadhari dan 1 Malaysia. Tulisan ini membincangkan tentang prinsip nilai Asia yang telah diperkenalkan oleh perdana Menteri ke empat Tun Mahathir Muhammad, Islam Hadhari Perdana Menteri kelima kerana kedua-dua masa pemerintahan perdana menteri ini juga berkait rapat dengan kepimpinan Najib Tun Razak pada hari ini. Kajian ini lebih cenderung untuk membuktikan ketiga-tiga konsep tersebut mempunyai persamaan dari aspek teori dan aplikasi. dimana ketiga-tiga konsep tersebut lebih tertumpu kepada agenda Islam dan feudal baru. Walaupun dari aspek terminolgi berbeza tapi dari aspek idea atau falsafahnya adalah untuk mempertahankan budaya politik
feudal baru dan memastikan UMNO terus berkuasa (Azizuddin, Norhafizah, Azhar, Rusdi 2009: 110). Tulisan ini menggambarkan gagasan 1 Malaysia ini menjadi teras pentadbiran di era Najib adalah untuk mempromosikan perasaan saling hormat dan menghormati antara rakyat pelbagai etnik di Malaysia. Justeru, gagasan 1 Malaysia menjadi garispanduan kepada program dasar yang melibatkan ekonomi, politik dan sosial dan menjadi
halatuju
kepada agensi ±
agensi kerajaan. Najib telah memperkenalkan 8 nilai utama dalam gagasan ini, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati penerimaan, kesetiaan, meritokrasi pendidikan dan integriti.dengan semangat satu Malaysia. Ia juga terus diperkukuhkan melalui pengenalan
K ey
Performance Indeks (KPI) Menteri dan Model Eknomi Baru dalam pelan transformasi pembangunan negara. (Azizuddin, Norhafizah, Azhar, Rusdi 2009 : 116). Menurut Sharifah Hafsah Syed Hussein Shahabuddin (2009) gagasan satu Malaysia rakyat adalah satu saranan kepada rakyat untuk bersatu dalam kepelbagaian. Ia menjadi satu asas kekuatan, keperihatinan kerajaan kepada keperluan rakyat pada hari ini dan pada generasi masa hadapan. Ia juga menjadi saranan kepada semua rakyat tanpa mengira status sosio-ekonomi, kumpulan etnik, ideologi politik untuk bekerjasama dalam semangat 1 Malaysia untuk berkongsi nilai, norma untuk membawa perubahan kepada pembangunan negara kepada tahap yang lebih tinggi, keselamatan dan mutu kehidupan sosial yang lebih baik (Sharifah Hafsah Syed Hussein Shahabuddin 2009 :1). Buku Gagasan 1 Malaysia terbitan Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan Malaysia (2009), telah memberikan penjelasan berkenaan gagasan 1 Malaysia dengan memberi tumpuan kepada perbincangan definisi 1 Malaysia yang diutarakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia sepertimana berikut;
³Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia«kita
mengambil
tindakan
berdasarkan
kehendak
semua kumpulan etnik dalam negara kita«kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama´ (Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Penerangan Malysia. 2009 : 8).
Bagi Menjayakan gagasan 1 Malaysia terdapat tiga prinsip teras yang perlu dihayati oleh setiap warganegara Malaysia, antaranya prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip Keadilan Sosial. Penjelasan juga diberikan tentang perbezaan gagasan 1 Malaysia berbanding konsep Malaysia Malaysian,
gagasan 1 Malaysia adalah untuk mengharmonikan rakyat
pelbagai kaum tanpa mengubah identiti etnik tersebut manaka konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu meninggalkan teras asas binaan kemasyarakatan yang wujud. Malaysian Malaysia mencanangkan konsep kesamaraatan antara etnik secara membuta tuli tanpa mengambil kira realti dan latar sejarah perkembangan Bangsa Malaysia. Perpaduan dalam gagasan 1 Malaysia menekankan soal integrasi antara etnik untuk mewujudkan bangsa Malaysia dan ianya berbeza dengan konsep asimilasi yang di amalkan oleh negara-negara lain yang cuba untuk melenyapkan identit berasaskan etnik dan diganti dengan satu identiti nasional (Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan Malaysia. 2009: 10) Oleh itu, gagasan 1 Malaysia bertindak sebagai aktor yang akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan bangsa Malaysia seterusnya melahirkan rakyat yang mempunyai semangat kekitaan dan saling bekerjasama antara satu sama lain, keupayaan untuk membangun Negara bangsa bergantung kepada nilai kebolehan, berintegriti, kesetiaan, dan
berdedikasi (Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan Malaysia. 2009:16).
2.2
KESIMPULAN Hasil dari kajian dan tulisan di atas dapatlah disimpulkan bahawa kajian berkenaan etnik
di Malaysia telahpun diberi perhatian oleh para sarjana, pengkaji dan pembuat dasar negara. Dalam kajian, ini pengkaji lebih berfokus kepada hasil penulisan dan kajian sarjana yang membincangkan kajian tentang persoalan dan kepentingan mengenai hubungan etnik dan isu± isu integrasi nasional dalam masyarakat majmuk di Malaysia ke arah pemantapan Negara bangsa Malaysia. Dari aspek persamaan kajian ini dengan kajian-kajian di atas adalah mengenai integrasi, sistem pendidikan, peranan institusi pendidikan seperti universiti, bangsa Malaysia dalam konteks gagasan 1 malaysia sepertimana yang telah diutarakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato¶ Seri Najib Tun Razak. Umpamanya kajian menganai hubungan etnik yang dilakukan oleh Mansor Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Aziz dan Muhammad Ainuddin Iskandar Lee (2006), di Universiti Utara Malaysia yang berfokus kepada pelajar. Juga saranan yang dibuat oleh Syarifah Hafshah (2009) yang menitik beratkan penerapan konsep 1 Malaysia dalam pendekatan aktivii dan program di Universiti Kebangsaan Malaysia. Begitu juga cadangan dari Abdul Rahman Embong (2000)
bahawa institsusi pendidikan seperti universiti perlu memainkan perananya untuk
menyemai nilai-nilai peradabadan dan pengukuhan Negara bangsa. Begitu juga pendapat yang dikemukakan oleh Muhamad Zaini Abu Bakar (2005), pendidikan berkenaan hubungan etnik perlu diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam setiap kurikulum pengajian di peringkat Universiti. Manakala dalam kajian ini, pengkaji akan melihat dari aspek
aktiviti-aktiviti yang dilaksnakan oleh pihak universiti dan pelajar untuk merelasasikan integrasi dan perpaduan ke arah pemantapan hubungan etnik dalam kerangka gagasan 1 Malaysia. Manakala dari aspek perbezaan kajian ini dengan tulisan dan kajian mengenai gagasan 1 Malaysia sepertimana yang telah dibincangkan. Kajian yang dilakukan oleh Azizizuddin, Norhafizah, Azhar, Rusdi (2009) mengenai gagasan 1 Malaysia lebih cenderung perbincangan dalam konteks politik dan permainan kuasa. Beliau telah membuat perbandingan dengan konsep Nilai Asia oleh Mahathir dan Islam Hadhari oleh Abdullah Badawi sebagai sesuatu yang sama dari aspek falsafah dan aplikasinya walaupun terminolgi adalah berbeza. Kesemua konsep yang diketengahkan ini adalah semata-mata untuk menjayakan agenda Islam dan feudal baru melayu demi untuk mengekalkan UMNO dan Barisan Nasional di dalam kekuasaan Negara. Apa yang di laksanakan dalam kajian ini, adalah lebih berfokus kepada pengesanan pelaksanaan pelbagai aktiviti pelajar di peringkat pengajian tinggi samada swasta dan awam bagi menjayakan gagasan 1 Malaysia. Kajian ini cuba untuk meneliti sejauhmanakah penyertaan para pelajar dalam kepelbagai etnik yang wujud di Institusi pengajian tinggi di Malaysia dapat berperanan melalui aktiviti-aktiviti sama ada berbentuk akademik dan bukan akademik untuk memantapkan hubungan etnik dan perpaduan serta integrasi nasional dalam kerangka semangat 1 Malaysia. Selain itu, kajian ini juga cuba meliahat apakah pendekatan aktiviti yang paling popular dan lebih menarik pelajar berbilang etnik untuk menyertainya. Juga, bagaimana pendekatan yang terbaik khususnya dalam aspek publisiti dan promosi dalam melaksanakan aktiviti yang berkaiatan integrasi, perpaduan dalam semangat 1 Malaysia. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat peranan institusi pengajian tinggi di Malaysia berperanan untuk merapatkan hubungan etnik dan polarisasi etnik di Institusi tersebut, khususnya
menyokong
sebarang
bentuk
aktiviti-aktiviti
berfokus
kepada
pemantapan
perpaduan dan integrasi kearah pembentukan bangsa Malaysia melalui gagasan dan semangat 1 Malaysia.
BIBILIOGRAFI
Abdul Rahman Embong. 2000. Negara Bangi Selangor.
Bangsa
Proses dan Perbahasan. Penerbit UKM :
Azizuddin, Norhafizah, Azhar, Rusdi. 2009. Malaysia in Transition : A Comparative Analysis of Asian Values, Islam Hadhari and 1 Malaysia. Journal of Politics and Law. Vol 2. No 3. September 2009.www.ccenet.org./journal.html. Buku 1 Malaysia. 2009. 1 Malaysia. Terbitan Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan Malaysia : Kuala Lumpur Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Aziz dan Muhammad Ainuddin Iskandar Lee. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd: Petaling Jaya. Mohamad Zaini bin Abu Bakar. Hubungan Etnik Dalam Konteks Masyarakat Malaysia . Prosiding Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS & Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan 2005. Penerbit UiTM : Shah Alam Mohd Nazri Muslim dan Nasruddin Yunos (penyunting). 2006. Hubungan Etnik. Pusat Pengajian Umum UKM : Bangi Mohd Khairul Azman bin Suhaimi. 2004. Ikhtisar Sejarah Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia. Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Batu Pahat Sharifah Hafsah Syed Hussein Shahabuddin. 2009. Message from Vice Chancellor . RESONANCE UKM International Bulletin. Public & Corporate UKM Relations Office: Bangi. Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani 2003. Pendidikan Negara Distributor Sdn. Bhd : Bentong.
Bangsa.
PTS Publication &
Norazlinda bt Saad. 2001. Laporan Kabinet dan Isu-isu integrasi di Malaysia . Kertas Projek Sarjana Sains (pendidikan). Sekolah siswazah Universiti Utara Malaysia: Sintok. http:www. 1malaysia.com.my/wp content/uploads/2010/09/1MalaysiaBooklet.pdf
Responden UUM 1. 2. 3. 4. 5.
Shahidan bin Shafie (Timbalan pendaftar Kanan HEP UUM) Zaraie bin Zakaria (pegawai hal ehwal Islam- HEP UUM) Mohd Nizho bin Abdul Rahman (pensyarah Hubungan Etnik-UUM) Aminaton Hajariah bt Hussain (Timbalan YDP MPP) Mohd Firdaus bin Ishak (Exco kerohanian dan Pembangunan Syaksiah, MPP)
USM 1. 2. 3. 4. 5.
Prof Madya Dr Zaini bin Abu Bakar (pensyarah) Ahmad wafi bin Shahedan ( YDP MPP) Sivaneswari a/p Muniandy (NYDP MPP) Norshahidah bt Mohamed ( Pegawai HEP) Mohd Khairul Erwan bin Ismail (Pegawai HEP)