JURANG GENERASI Pengurusan Sumber Manusia yang menjurus kepada kesiagaan kuasa tempur yang inklusif juga memerlukan kefahaman mengenai jurang generasi (generation gaps) yang wujud di dalam TD. Jurang generasi memberi makna wujudnya perbezaan dari segi sikap, nilai, tingkah laku dan jangkaan di kalangan generasi dalam pelbagai aspek kehidupan akibat perbezaan usia. Secara tidak langsung, keperbezaan ini menyebabkan sistem pengurusan SM (sistem motivasi/pengiktirafan) menjadi tidak stereotype. Kajian-kajian yang dilaksanakan oleh ahli psikologi dan sosiologi mendapati generasi yang berbeza mempunyai pandangan, jangkaan, cara pendekatan yang berbeza dalam pelbagai perkara. Keadaan ini terjadi apabila berlakunya revolusi diperingkat dunia/global seperti peperangan, revolusi perindustrian/ekonomi, revolusi sosial dan perubahan iklim dunia dalam sesuatu jangka masa. Para pengkaji mentafsirkan bahawa terdapat tujuh kategori/jurang generasi berikut: a. Generasi yang Hilang/Lost Generation. Golongan ini dikenali sebagai Generasi 1914 di Eropah bagi menggambarkan orang-orang yang berperang di Perang Dunia Pertama (Rujuk A). b. Generasi Unggul/The Greatest Generation. Golongan ini termasuk golongan veteran yang berjuang dalam Perang Dunia Ke2. Mereka lahir dari sekitar tahun 1901 hingga tahun 1924 (Rujuk A). c. Generasi Senyap/The Silents Generation. Golongan ini dilahirkan sekitar tahun 1925 sehingga 1945 yang terlalu muda untuk berkhidmat semasa Perang Dunia Ke-2. Ramai di antara mereka mempunyai bapa yang berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama. Secara umumnya, golongan mengalami zaman The Great Depression yang memberi kesan secara langsung terhadap pembentukan diri mereka (Rujuk A). d. The Baby Boom Generation. Golongan yang dilahirkan selepas Perang Dunia Ke-2 iaitu di antara tahun 1946 hingga 1964. Baby Boomers dikatakan mempunyai asas kepercayaan bahawa kejayaan adalah berasaskan kesungguhan dan kecemerlangan. Mereka terkenal kuat bekerja, sikap patuh, melakukan yang terbaik untuk ketua dan oraganisasi. Kumpulan ini masih dipengaruhi oleh amalan pengurusan generasi sebelumnya yang banyak memberi tumpuan kepada aspek kesetiaan dan kepatuhan terhadap pengurusan dan perhubungan yang berstruktur (Rujuk B). e. Generation X. Golongan yang dilahirkan antara tahun 1965 hingga 1976. Secara umumnya golongan ini dikatakan cenderung
inginkan kebebasan mengikut cara mereka, mahukan kepercayaan dari pihak atasan dan melihat kepada imbuhan atas apa yang mereka lakukan (Rujuk B). f. Generation Y. Lahir pertengahan 1970 hingga 2000 juga dikenali sebagai generasi millennial. Ciri-ciri generasi ini berbeza mengikut keadaan sosial dan ekonomi setempat. Walau bagaimanapun generasi ini mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu perkara dengan cepat terutama dalam berkomunikasi, media dan teknologi digital (Rujuk A). g. Generation Z. Golongan yang dilahirkan awal tahun 1990-an yang dikenali sebagai `Generasi Internet` kerana mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan berkemahiran dalam penggunaan komunikasi dan teknologi media seperti World Wide Web, mesej segera, mesej teks, pemain MP3, telefon bimbit dan YouTube. Tiada lagi terhad kepada komputer rumah, internet kini boleh dibawa bersama terutama penggunaan Internet mudah alih seperti telefon bimbit. Kini TD dianggotai tiga generasi utama iaitu The Baby Boom Generation (Lt Kol [Fleksi] hingga Jen), Generasi X (Mej dan Lt Kol) dan Generasi Y (Lt dan Kapt), sementara Generasi Z pula dijangka menyertai TD sekitar tahun 2020. Berdasarkan pemerhatian usia, pemerintah dan Staf Kanan di MK Formasi (Kementah, MKTD, Div dan Bgd) terdiri dari generasi Baby Boomers sementara pemerintah peringkat pasukan/Bn terdiri dari generasi X. Manakala Pegawai Muda (segelintir Mej) dan LLP (SSjn dan ke bawah) adalah Generasi Y. Secara langsung ia mengambarkan 3 jurang perbezaan ekspektasi/jangkaan (Rujuk C). Generasi Baby Boomers dikatakan bersifat tradisonal dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan oleh pucuk pimpinan. Ketelitian, kesungguhan serta kematangan dalam melaksanakan tugas menjadi kunci kejayaan terhadap tugasan yang diberikan. Namun begitu, golongan X dan Y beranggapan bahawa generasi ini dikatakan agak perlahan dan lemah di dalam aspek penggunaan teknologi yang semakin pesat membangun. Generasi X dikatakan mempunyai pengetahuan yang tinggi, celik teknologi dan agak bersifat independent terhadap tugasan yang diberikan. Golongan ini dikatakan lebih suka kepada suasana kerja yang fleksibel, seorang yang kreatif dan inovatif tetapi dengan cara tersendiri. Secara teoritikalnya, golongan ini dimotivasikan dengan cara penawaran terhadap peningkatan kerjaya, peningkatan peluang memperbaiki kerjaya serta pengiktirafan secara peribadi.
Generasi Y dikenali sebagai tenacious go-getters dengan semangat I can do anything dan sangat sukakan persekitaran yang mencabar. Golongan ini, sangat sukakan pencapaian tinggi, mahir dalam penggunaan teknologi, berorientasikan pasukan dan sukakan suasana yang seronok dalam bekerja serta tidak mementingkan imbuhan semata-mata. Namun begitu, golongan ini sangat tidak responsif dengan taktik motivasi do-this-or-else dan adakalanya dilihat bersikap biadap terhadap ketua apabila tidak setuju dalam sesuatu perkara. Golongan ini juga kurang memberi respon kepada arahan berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan keterlaluan dari pengurusan. Mereka dilahirkan dalam persekitaran yang banyak mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku. Pengurusan Generasi Y memerlukan penjelasan yang terperinci mengenai sesuatu yang mereka patut lakukan, mengiktiraf setiap tugas yang dilakukan, puji secara terbuka dan jadikan mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balas dan jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan. Justeru bagi mewujudkan kefahaman mengenai situasi jurang generasi warga TD memberi implikasi berikut: a. Kepemimpinan dan Konsep Pengiktirafan. Sama ada generasi Baby Boom, X dan Y ataupun Generasi Z yang akan menyertai TD sekitar tahun 2020, kesemuanya mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Kebijaksanaan kepemimpinan mengurus (terutamanya sistem pengiktirafan) adalah penentu baik buruknya mereka. b. Pengorbanan Kendiri. Kefahaman mengenai jurang Generasi ini membawa kepada sikap bertimbang rasa dan kesediaan untuk bekorban sistem kepercayaan diri, sikap dan nilai diri. Sebaliknya ia akan menjelaskan bahawa misi atau objektif organisasi adalah paksi yang menyatu warga TD tanpa jurang generasi c. Silang Budaya. Pada umumnya, penjenamaan dan profil jurang Generasi ini memberi suatu kefahaman dan implikasinya terhadap sistem pemerintahan/pengurusan sumber manusia. Sungguhpun demikian konsep jurang Generasi ini bersandarkan pandangan/kajian-kajian di barat yang memerlukan penyelarasan silang-budaya dan faktor setempat. Sebagai organisasi ketenteraan aspek latihan, dan budaya tentera serta pengalaman semasa dan selepas darurat juga merupakan pembolehubah (variables) yang merapat atau merenggang jurang Generasi warga TD ANTARA perkara yang berbangkit di kalangan remaja kini ialah isu jurang generasi. Jurang generasi bermaksud tidak wujud mata rantai atau kesinambungan antara generasi terdahulu dengan generasi kini.
Generasi terdahulu berada dalam lingkungan zaman dan persekitaran yang berbeza. Sementara generasi kini berada dalam zaman dan lingkungan yang serba kompleks. Oleh itu berlaku jurang sama ada dalam pengalaman, pengetahuan, pemikiran dan juga persepsi. Generasi terdahulu dibangunkan dalam suasana yang susah dan payah. Sebelum kemerdekaan mereka berjuang membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan. Selepas merdeka, mereka terpaksa mengurus kemenangan dan kemerdekaan dengan hasil peninggalan penjajah. Perkara asas yang ingin diubah ialah pembangunan prasarana, corak pemikiran dan sikap hidup yang ada pada orang-orang terdahulu. Hasil pembangunan pendidikan yang dinamik membolehkan anak-anak mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi. Peluang-peluang ke arah kemajuan dan perubahan terbuka luas. Selepas 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan banyak perubahan yang telah berlaku dalam semua bidang kehidupan. Ia adalah hasil perjuangan pemikiran dan perancangan generasi sebelum dan selepas merdeka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Sejak sebelum merdeka lagi, sejarah telah merakamkan perjuangan dan pengorbanan orang Melayu dan masyarakat Malaysia berdepan dengan pengaruh komunis dan juga penjajahan Jepun. Zaman-zaman ini amat mencabar kerana komunis ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai sebahagian daripada Tanah Besar China. Sementara Jepun cuba merubah cara berfikir orang-orang Melayu supaya membina keyakinan Asia untuk orang Asia. Sayangnya pada hari ini, sebahagian generasi muda tidak mampu menilai dengan tepat kesan sejarah yang berlangsung sebaliknya cuba membawa perspektif baru dalam sejarah silam. Sejarah sifatnya sambung menyambung dan cenderung mengulangi jejak. Mempelajari sejarah silam membolehkan remaja memahami suatu zaman di mana mereka belum lagi lahir. Yang berlaku pada masa lalu boleh berlaku semula pada hari ini, tetapi dalam bentuk yang lain. Penjajahan Barat pada masa lalu sudah menjadi sejarah tetapi penjajahan pemikiran akibat globalisasi sedang dihadapi oleh generasi muda. Oleh itu amat penting remaja memahami sejarah silam supaya ia dijadikan sumber teladan memahami masa kini dan memberi unjuran terhadap masa depan. Jurang generasi ini boleh dirapatkan sekiranya para remaja mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk belajar dan reflektif terhadap sejarah silam, jika tidak remaja akan menghadapi kekosongan makna dan kekontangan fikir memahami yang silam dan mampu dihubungkan dengan zaman kini. Perkara kedua yang menyebabkan berlakunya jurang generasi ialah jurang berfikir. Antara yang menyebabkan jurang berfikir ini berlaku adalah akibat pendidikan yang berjalan tidak mampu memberi kesan penghayatan kepada generasi muda. Contohnya, mata pelajaran sejarah yang diajar kepada remaja lebih tertumpu kepada mengingat fakta dan menghafal data untuk keperluan peperiksaan.
Jika ia diberi orientasi penghayatan, maka jurang dapat dirapatkan. Generasi muda selepas merdeka berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mereka amat terdedah dengan pengaruh semasa yang terdapat di luar negara, sama ada mereka terpesona dengan kehidupan Barat yang lepas bebas ataupun terpaut dengan pelbagai aliran gerakan Islam menyebabkan dua pengaruh ini bertembung. Pertembungan ini menyebabkan faham liberal dan materialistik dan suasana berpoya-poya (hedonisme) berkembang. Budaya Barat dikagumi dan model Barat dikatakan model maju. Sementara kelompok yang terdedah dengan aliran gerakan Islam dan jemaah menerima tempias pengaruh kelompok tabligh, Ikhwan dan juga Iran. Ia menyebabkan tarbiah yang mereka terima berdepan dengan realiti beragama yang berbeza di Malaysia. Apa lagi sesetengah di kalangan mereka terlibat dengan politik kepartian yang sering membawa isu-isu yang melampau tanpa memahami realiti politik Malaysia. Jurang generasi akan menjadi semakin tajam akibat persepsi generasi muda yang tidak lagi berakar kepada faktor tempatan. Faktor-faktor Barat cuba diambil dalam memahami realiti masyarakat Malaysia yang berbilang dan banyak juga pendekatan yang keras dan melampau diambil sedangkan dakwah dan gerakan Islam di Malaysia memerlukan pendekatan yang sederhana dan bijaksana. Jurang ini boleh diatasi sekiranya komunikasi daripada dua generasi boleh berlaku. Umpamanya generasi terdahulu harus bersedia berkongsi pengalaman dan pemikiran terhadap cabaran dan perjuangan orang yang terdahulu. Dalam masa yang sama generasi muda harus menjadi pendengar yang baik dan mampu mengolah situasi zaman ibarat suatu mata rantai kehidupan. Sejarah jangan dilupa Para remaja tidak boleh mencemuh kekurangan yang ada pada generasi terdahulu kerana jika itu berlaku, generasi akan datang bakal mencemuh kita pula. Anggaplah perkongsian pengalaman, sejarah dan kisah sebagai legasi yang amat bernilai untuk dipelajari sekiranya remaja hari ini melupakan sejarah orang yang terdahulu, tidak mustahil generasi akan datang meremehkan sejarah kini yang sedang kita bina. Oleh sebab itu dalam tradisi Islam mengkaji kitab lama adalah dituntut. Mengenang ilmuwan dan pejuang-pejuang silam sangat diutamakan. Dalam masa yang sama, generasi muda hari ini dituntut merujuk yang silam secara reflektif, bukan nostalgik. Ia bermaksud bagaimana prinsip perjuangan lalu dijadikan asas dan landasan kemudian diolah dengan corak dengan keperluan hari ini. Apa pun zaman yang kita lalui perubahan yang bakal terjadi tidak semestinya menolak prinsip-prinsip silam yang baik dan budaya masa lalu yang terbina. Jika asas ini dijadikan formula terbaik bagi generasi lama dan generasi terkini, para remaja bakal mendukung asas perubahan dengan mengambil
aspek positif dari silam dan masa kini untuk mengolah kemajuan dan perubahan pada masa hadapan.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0929&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz3McckmQH7 © Utusan Melayu (M) Bhd KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Komunikasi yang berkesan dan pemahaman yang lebih baik akan kelainan keperluan dan kepentingan di kalangan generasi pelbagai adalah antara cara terbaik untuk menyelesaikan perbezaan antara generasi, kata syarikat pembangunan dan latihan pertubuhan, TMI Consultancy Sdn Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif George Aveling berkata golongan generasi Y (yang dilahirkan antara 1980 dan 2000), generasi X (yang dilahirkan 1964-1979) dan Zoomers (yang dilahirkan 1945-1963) mempunyai tingkah laku yang berbeza terhadap kehidupan dan kerja. "Ketiga-tiga generasi ini amat teruja dan digerakkan oleh perkara yang berlainan dan ramai majikan gagal untuk mengenal pasti masalah ini menjejaskan produktiviti dan tingkah laku pekerja," kata beliau kepada Bernama. Bagaimanapun, beliau berkata yang isu ini perlu ditangani oleh setiap orang di pertubuhan itu dan sebaik sahaja mereka memahami satu sama lain dan menerima karektor mereka yang berbeza, setiap generasi boleh belajar banyak benda dari orang lain. "Tonggak utama ialah pemimpin mereka yang perlu memainkan peranan penting untuk mewujudkan persekitaran yang produktif yang pelbagai generasi di tempat kerja terutamanya dari segi cara mereka memberi ganjaran kepada pekerja," tambah beliau.
Sambil memberi contoh Generasi X, beliau berkata yang ahli-ahlinya memberi keutamaan besar kepada keluarga berbanding kawan-kawan, dan majikan perlu menyediakan mereka insentif berkaitan dengan keperluan keluarga. Ini berbeza dengan ahli-ahli Generasi Y, yang selalunya lebih suka bekerja dalam kumpulan dengan peluang yang luas untuk melahirkan idea dan yang suka diberikan ganjaran dan mendapat pengiktirafan, tambah beliau. Pada 16 April, TMI akan menganjurkan seminar satu hari yang bertemakan "Bagaimana untuk Membuat Generasi X, Y dan Zoomers Gembira dan Produktif di Tempat Kerja" di Hotel Istana di sini. -- BERNAMACeritanya tentang Generasi X Y Z
oke kemaren kemaren asik blogwalking sampe nemu postingan tentang Generasi Y. karena baru tahu ada yang namanya begituan, jadi penasaran, langsung aja search internet. dan dari beberapa sumber ternyata informasinya bedabeda. tapi okelah aku tetep mau nulis dan menceritakan sedikit tentang generasigenerasi dari apa yang bisa aku rangkum. jadi kalau salah benerin ya :) oke jadi generasi generasi ini ada kelasnya masing masing. 'Pre Baby Boom' yang lahir pada tahun 1945 dan sebelumnya. "The Baby Boom' (lahir antara 1946 - 1964). 'The Baby Bust' (lahir antara 1965 - 1976) -- Generasi X. 'The Echo of the Baby Boom' (lahir antara 1977 - 1997) -- Generasi Y. Generation Net (lahir antara 1998 - sekarang) -- Generasi Z.
oke, dari beberapa sumber, tahun kelahiran generasinya beda beda, jadi aku cuma ngambil dari salah satu sumber. tapi, global/people generation itu apa sih? menurutku sih people generation itu semacam pengelompokan orang yang lahir pada masa/zaman tertentu. jadi, generasi X itu lahir pada tahun sekian sampai sekian ketika sedang jamannya apa gitu, generasi Y dan Z juga seperti itu. tetapi waktu aku searching, kebanyakan membahas tentang generasi Y. kebanyakan yang dibahas itu tentang kepribadian mereka (generasi Y), kesempatan bekerja mereka di masa depan, apa dampak dari lahirnya generasi Y. seperti itulah.
beberapa keunggulan setiap generasi antara tahun 20012006 apasih perbedaan diantara generasi itu. jadi di generasi X yang sudah tua, media komunikasinya akan berbeda dengan generasi setelahnya. contoh : pada generasi X, mereka dulu menggunakan surat sebagai media komunikasi, dan koran sebagain media massa. pada generasi Y, mereka mungkin hampir tidak tahu apa itu komunikasi menggunakan surat, karena mereka sudah menggunakan SMS dan telepon, tetapi mereka masih tahu apa itu koran. pada generasi Z, mereka mungkin tidak tahu apa itu surat dan apa itu koran karena dunia media sudah ada pada Internet yang setiap hari mereka akses.
bedanya generasi X, Y dan Z secara pribadi sih aku lebih suka membagi/menamai generasi X Y Z sebagai : generasi Tua, Perubahan, Milenial. kenapa? karena menurutku generasi X yang sekarang sudah tua dan mereka sudah melewati beberapa jaman yang berbeda beda hal yang populer saat itu. (jaman 70an, 80an, 90an hingga sekarang). Generasi Y aku sebut dengan generasi Perubahan karena mereka lahir dan tumbuh saat jaman mulai mengalami perubahan besar. aku sebut ini yang lahir pada tahun 80-90an. kenapa? karena mereka sempat merasakan jaman seperti jaman 90an dan sekaligus merasakan perubahan jaman yang besar ini. antara tahun 1990 sampai 2000an, perubahan teknologi sangat terasa, contohnya Internet. nah, untuk generasi Z aku namai generasi Milenial, karena mereka sejak kecil sudah tahu dan merasakan apa itu Internet. Internet jaman sekarang sudah sangat maju sekali, dibarengi dengan komunikasi secara Online juga. oh iya, pada setiap generasi-generasi tersebut, memilik karakteristik sikap yang berbeda dengan generasi lainnya. mereka juga memiliki kemampuan berpikir yang berbeda. yang mempengaruhi itu mayoritas keadaan sosial dan perkembangan jaman setiap generasi sih. oke Halangan Generasi Baru October 31, 2011 Editor Perspektif No Comment
Abad ini juga turut dikatakan sebagai kemuncak kepada gelombang budaya popular yang dibawa menerusi proses globalisasi dan kemajuan teknologi komunikasi. Ramai para pengkaji turut menjadi risau dan resah kerana ia telah menggelorakan rupabentuk masyarakat muda kepada tiga perspektif dengan meletakkan teknologi sebagai pemisahnya. Dengan mengambil rumusan seorang pengkaji masyarakat, Don Tapscott menerusi tulisannya, Grown Up Digital, demografi penduduk dunia dibahagikan kepada lima kumpulan. Mereka yang lahir sebelum pada tahun 1945, dikenali sebagai Pre Baby Boom. Mereka yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964, sebagai generasi The Baby Boom. Mereka yang lahir pada tahun 1965 hingga 1976 dikenali sebagai generasi X atau The Baby Bust. Mereka yang lahir antara tahun 1977 hingga 1997 adalah generasi Y atau The Echo of the Baby Boom. Generasi yang lahir selepas tahun 1998, dikenali sebagai Generasi Z atau The Generation Net. Generasi Pre Baby Boom merupakan generasi yang mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran, dan kini mereka merupakan generasi lama. Kalau dilihat dari sudut perangkaan banci penduduk 2010, mereka ini adalah yang berumur 65 tahun ke atas, kini berjumlah 1.47 juta orang. Generasi The Baby Boom, iaitu mereka yang berumur antara 45 hingga 64 tahun adalah mereka yang lahir selepas Perang Dunia Kedua, Malaysia mempunyai sejumlah 4.87 juta. Generasi the baby boom ini seringkali juga dianggap turut menjadi halangan kepada generasi muda, kerana generasi ini menjadi kelompok yang berpegang kuat kepada warisan budaya dan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sendiri menerusi proses sosialisasi. Sebahagian lagi ibu bapa yang ada pada hari ini
adalah mereka yang dikategorikan sebagai generasi X atau the baby bust. Generasi ini dikatakan pernah mengalami keadaan yang terpinggir dalam masyarakat pada suatu waktu, tetapi kelompok ini mendapat tahap pendidikan yang lebih baik. Berdasarkan pemerengganan itu, generasi X sekarang sudah berumur antara 34 hingga 45 tahun, iaitu berjumlah 3.7 juta orang. Sebahagian besar generasi ini sudah pun berumahtangga dan mempunyai keluarga pada masa kini. Generasi Y dilihat sebagai generasi yang telah melewatkan umur perkahwinan mereka dan jika memilih untuk hidup berkeluarga, mereka mempunyai keinginan untuk mempunyai anak dalam usia yang agak lewat. Kelompok ini, sekarang ini berumur antara 13 hingga 33 tahun, iaitu suatu kelompok yang amat besar dalam masyarakat, dianggarkan berjumlah hampir 13 juta orang. Kebanyakan mereka masih berada dibangku sekolah, dan sebahagian besarnya adalah dalam kumpulan umur remaja. Generasi ini dikatakan lebih banyak membawa masalah dalam masyarakat disebabkan mereka seringkali mengalami pertembungan nilai dan budaya dengan generasi yang lebih awal. Mereka ini mengasaskan idealism kebebasan dan menerima limpahan era maklumat yang kadangkala amat sukar untuk diasingkan antara benar, palsu ataupun separuh sahih. Mereka lebih mempercayai apa yang mereka peroleh daripada saluran media baru, mereka sudah tidak memberikan perhatian kepada bahanbahan yang tersiar menerusi kaedah konvensional, yakni media cetak dan elektronik. Generasi X masih memberikan perhatian yang besar kepada media konvensional sebagai sumber maklumat harian mereka.Generasi Net, atau generasi Z merupakan mereka yang lahir mulai tahun 1998 dan kini berumur di bawah 12 tahun. Mereka merupakan 38 peratus dari jumlah penduduk Malaysia dan kesemuanya boleh dikatakan berada di peringkat sekolah rendah ataupun tingkatan satu sekolah menengah. Era sekarang turut dikenali sebagai era kebijaksanaan. Era ini bermakna kepintaran intelektual mestilah disepadankan dengan tindakan kita. Jika hanya mementingkan intelektual, kita akan membangun dalam persekitaran yang tidak seimbang, begitu juga jika kita membangun hanya berasaskan tindakan semata-mata tanpa kekuatan intelektual, hasil yang kita peroleh tidak akan menjadi sesuatu yang boleh dipertahankan dengan baik. Ini kerana, perkembangan intelektual manusia semakin cepat berkembang dan ia telah menghasilkan keadaan yang amat cepat berubah. Maknanya, untuk lahir sebuah peradaban yang lebih besar dan boleh bertahan lama kita memerlukan keseimbangan antara intelek dan tindakan. Menerusi kekuatan intelek, kita akan melaksanakan sesuatu tindakan yang lebih cepat dan jelas, kerana kita mempunyai daya penggerak yang lebih terarah, fokus dan realistik.
Kita mungkin sedar bahawa dalam diri seseorang yang mempunyai fokus, pemikiran terarah dan melakukan tindakan secara realistic adalah manusia yang telah mempengaruhi ramai orang. Kita mungkin menjadi lebih dekat dengan seeorang yang telah membawa kepada perubahan gaya hidup kita pada masa kini, dan setiap orang daripada generasi Y, X dan Z bercakap mengenai kecanggihan produk yang diilhamkan oleh Steve Jobs dari Apple. Dari perspektinya untuk mengubah cara manusia bertindak dan membudayakan pola perhubungan harian telah mempengaruhi pemikiran Steve Jobs, walaupun beberapa hari lalu, dalam usia 56 tahun beliau telah meninggal dunia, hasil dan idea besarnya masih menjadi perhatian masyarakat moden yang sudah memahami apa itu era digital. Inilah sebuah contoh bagaimana seseorang yang pernah mengalami kehidupan yang sukar telah berjaya mengatasi kesukaran itu dan bangkit dengan penuh gigih sehingga mampu meninggalkan impak yang besar dalam peradaban moden manusia. Kita mungkin memerlukan lebih ramai manusia kreatif dan innovative kerana kemajuan masa depan negara amat bergantung kuat kepada manusia sedemikian. Maka dalam hal ini, peranan para belia sama ada Generasi Y, X dan Z yang ada dalam negara ini amatlah diperlukan, kerana antaranya saling berkait dan membantu bagi menentukan asas peradaban masa depan negara. Kita sedia maklum, dari perspektif kerajaan amat banyak peluang telah disediakan bagi mereka yang kreatif dan innovative mengengahkan idea mereka, kerajaan telah menyediakan dana yang besar untuk tujuan tersebut. Cuma, hari ini kita amat mengharapkan generasi baru, terutamanya X dan Z akan tampil mempamerkan gagasan mereka, kerana tanpa mempamerkan apa yang hendak dilakukan, tidak akan ada mereka yang mengetahui dan boleh membantu. Adakalanya, idea yang baik dan bernas tidak boleh direalisasikan keseorangan, ia memerlukan kerjasama daripada orang lain yang mahir dalam bidang-bidang tertentu, maka di sinilah letaknya kerjasama yang erat antara generasi, dan bukannya memperluaskan jurang generasi yang akan membawa perseteruan, konflik dan ketegangan yang tidak akan menghasilkan apa-apa faedah kepada masyarakat, negara dan perubahan budaya manusia akan datang. Dari sinilah kita sepatutnya bermula, kita mengasaskan setiap tindakan kita dengan cara menghormati idea generasi muda manakala generasi sebelum membantu dan mendorong perkembangan idea yang bernas itu. Maka, dalam perspektif itulah saya melihat penganjuran majlis ini adalah begitu signifikan sekali dengan perkembangan semasa bagi mencetuskan satu peradaban baru yang bakal mempengaruhi cara hidup kita. Kita yang berada dalam Generasi Y dan sebelumnya hanyalah sekadar melindungi generasi X dan Z, dan mendorong mereka menjadi lebih kreatif dan innovative berdasarkan nilai dan
budaya kita, berbudi luhur dan menyanjungi tinggi kesantunan tindakan. Kita mahukan generasi yang kreatif dan inovatif itu lahir dengan pegangan budaya yang kuat dan mampu bertahan dalam pelbagai asakan budaya popular yang turut sama dibawa oleh perkembangan teknologi. Kita mahukan generasi masa depan yang mampu mengukir sebuah tamadun yang besar, maka pada hari ini kita telah menunjukkan iltizam kita yang kuat, mengumpulkan mereka, memberikan mereka dorongan dan semangat agar mereka tidak hanya melaksanakan sekerat jalan. 312011
Generasi Y selalu dikaitkan dengan kehendak untuk berhubung melalui blog, chat room atau jenis Social Media yang lain. Ramai sebenarnya tak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Generasi X, Y atau Z. Apakah signifikannya terhadap kehidupan kita dan dari manakah datangnya definisi ini? Definisi mengenai jenis generasi ini sebenarnya diuukur mengikut jumlah penduduk di Barat. Generasi berkembang di dalam persekitaran sosio ekonomi yang berbeza. Sedikit sebanyak ini memberi kesan kepada cara berfikir, semangat, pengaruh dan kekuatan generasi itu sendiri. Berikut ialah nama generasi serta tahun kelahiran yang diwakilinya: 1. Lost Generation – juga dikenali dengan “Generation of 1914″ di Eropah. Mereka ialah orang yang berjuang di dalam Perang Dunia Pertama. Tiada data untuk tahun kelahiran digunakan untuk mengenalpasti mereka dalam generasi ini. 2. Greatest Generation – juga dikenali dengan “G.I. Generation” ialah mereka yang berjuang di dalam Perang Dunia Kedua. Tahun kelahiran ialah sekitar 1901 hingga 1924.
3. Silent Generation – lahir dari tahun 1925 hingga 1945. Juga digelar “children of the Great Depression” – zaman kemelesetan teruk yang memberi kesan mendalam kepada generasi ini. 4. Baby Boom – lahir selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1946 hingga 1964. Dinamakan begitu kerana pada masa ini menyaksikan pertambahan kadar kelahiran yang tinggi. Oleh kerana jumlahnya yang ramai, generasi ini telah banyak membuat perubahan di dalam budaya dan masyarakat Barat. Dilihat sebagai generasi yang “mewah” kerana lahir di dalam keadaan ekonomi yang lebih baik dari generasi sebelumnya. 5. Generation X – juga dikenali dengan 13th Generation dan Baby Busters – tiada tahun kelahiran tepat yang dipersetujui secara universal. Mereka yang dilahirkan di penghujung 1960 an hinggalah awal 1980 an (tidak lebih dari 1982). 6. Generation Y - Millenial Generation, Generation Next, Net Generation, Echo Boomers – Juga tiada kesepakatan tentang tahun kelahiran, selalunya merujuk kepada mereka yang lahir pada penghujung 1970 an hingga awal 2000. 7. Generation Z – Generation I, Internet Generation, Generation Text – tahun kelahiran dari awal 1990 an. Sumber: terjemahan dari Wikipedia AF – Dah tahu generasi masing-masing? Aku Generation X…!
Generasi apakah anda? X, Y atau Z? Posted on 06/05/2011 by Khairul Abdullah 33
Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut: 1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya) 2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964) 3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X 4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y 5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z 6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A 1. Pre Baby Boom Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup. 2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964) Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka. 3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – GEN X Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik
berbanding “the baby boom”. Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka. 4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – GEN Y Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an. 5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – GEN Z Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun. Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia: * Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4% * The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16% * The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21% * The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21% * Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38% Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed). Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah. Generasi apakah anda? ENTAHLAH..I Dont Know…me is X and my wife is Y. Go figure! Kemaskini:- Saya baru menulis artikel mengenai Generasi A atau Generasi Alpha iaitu generasi selepas Z. Sila baca di sini. Menilai Generasi Y NORHIDAYYU ZAINAL
[email protected] 29 Ogos 2012 Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services19
Kreativi ti anak boleh ditingkatkan melalui kemahiran seni. -Gambar hiasan <1/1> PEREDARAN zaman turut mempengaruhi gelagat dan karakter manusia yang dilahirkan pada tahun tersebut. Generasi X ialah istilah bagi menggambarkan generasi yang lahir dari zaman 1960-an hingga 1982. Namun sempadan masa bagi Generasi X tidak ditentukan. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains sosial, pemasaran dan paling kerap digunakan dalam budaya popular. Tokoh seperti William Strauss dan Neil Howe’s mengkategorikan Generasi Y sebagai mereka yang lahir pada 1982 sehingga 1997. Antara faktor mengapa Net Gen (turut dipanggil Generasi Z) kekal agak lama ialah wanita Generasi Y memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30-an atau 40-an. Manakala Generasi Z ialah Generasi Internet di mana umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun. Pengarah Urusan Lunatots, Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata, kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42 peratus daripada penduduk Malaysia. “Ini bermakna, hampir separuh dari penduduk di negara kita ialah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun. “Generasi Z pula ialah 38 peratus daripada jumlah penduduk iaitu kanakkanak yang masih berada di bangku sekolah rendah,” katanya pada Sinar Harian. Menurutnya, antara ciri-ciri ketara dalam kalangan Generasi Y iaitu yang berumur antara 13 hingga 33 tahun ialah inginkan kebebasan dalam
membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti. Selain itu, katanya, Generasi Y juga cenderung kepada kolaborasi dan hubungan antara satu sama lain, interaktif serta inginkan sesuatu secara pantas. “Secara humornya, Generasi Y ialah apabila dia menilai sesuatu perkara ataupun menerima sesuatu tugasan, mereka akan bertanya why? atau kenapa?,” katanya. Aspirasi
kerjaya
Beliau yang juga Konsultan Laktasi Bertauliah dari International Board Certified Lactation Consultants (IBCLC) berkata, berbeza dengan Generasi sebelumnya iaitu Generasi X dan Baby Boomers (lahir antara 1946 dan 1964) yang mempunyai karakter yang lebih reserve dan berdikari, namun Generasi Y memerlukan aspirasi untuk kerjaya. “Kerja di pejabat kini bukan suatu yang mesti untuk Generasi Y lantaran sikap mereka yang memerlukan kemahiran kolaborasi dan cabaran untuk berjaya. “Mereka mudah tertekan sekiranya cabaran yang diberikan terlalu besar di mana kemahiran mereka tidak sampai ke tahap itu. Mereka juga mungkin bosan sekiranya kerja yang diberi tidak mencabar kebolehan mereka,” jelasnya. Justeru, katanya, sebagai pengurus dan majikan yang mengendalikan mungkin seorang atau mungkin lebih Generasi Y di pejabat, anda memerlukan kebijaksanaan dalam memastikan output optimum diperoleh daripada setiap seorang pekerja. Beliau berkata, oleh kerana Generasi Y memerlukan sebab untuk mencapai kepuasan kerjayanya, punch card atau tindakan disiplin bukan lagi cara mendisiplinkan generasi ini. “Mereka gembira apabila hasil kerja di terima dan dihargai oleh majikan dan syarikat. Seperti kata Mother Teresa, terlalu ramai orang di dunia ini yang laparkan penghargaan berbanding makanan,” katanya. Karakter
berbeza
Siti Nur Suraya berkata, menurut suatu kajian yang dijalankan oleh sebuah universiti di Amerika, hasil pemerhatian mereka terhadap hasil kerja beberapa kumpulan pekerja Generasi Y. “Hasil kerja yang dihantar apabila ditawarkan dengan hadiah dalam bentuk tawaran wang ringgit tidak dapat memberikan hasil kerja yang sehebat kumpulan yang ditawarkan dengan hadiah berupa jawatan dan tanggungjawab lebih besar di dalam syarikat. “Output pemerhatian ini ialah, Gen Y memerlukan motivasi dalam bentuk kepercayaan berbanding wang ringgit,” katanya. Menulis sebagai seorang majikan yang bekerja dengan Generasi Y di Lunatots, Siti Nur Suraya berkata, beliau perlu menilai dan mentafsirkan karakter setiap pekerja supaya tanggungjawab yang diberi berkadaran dengan kemahirannya.
“Ini kerana, jika cabaran kerja yang diberikan terlalu besar dan tidak berkadaran dengan kemahirannya, pekerja akan berasa tertekan. “Namun, apabila skop kerja yang diberikan terlalu mudah yang mana pencapaiannya lebih tinggi, maka pekerja akan berasa bosan,” katanya. Katanya, pengurus yang baik ialah pengurus yang dapat meletakkan pekerja yang tepat di bahagian yang tepat. “Memahami karakter pekerja dengan kumpulan sama dapat membantu majikan membuat pilihan tepat tentang siapa di bahagian mana,” katanya
Penilaian Prestasi generasi X dan Y Ratings: (0)|Views: 1,191 |Likes: 6 Published by Ziema Hjali Norazimah Group Norazimah Group More info: Categories:Types, School Work, Essays & Theses Published by: Ziema Hjali on Dec 19, 2011 Copyright:Attribution Non-commercial Availability: Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android. download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd Flag for inappropriate content|Add to collection See more See less LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 1 1.0 PENDAHULUAN Pengurusan sumber manusia adalah satu komponen terpenting di dalam pengurusansesebuah organisasi. Pengurus sumber manusia akan bertindak sebagai perantara di antarapekerja dan juga pihak atasan bagi menyelesaikan sesuatu masalah ataupun kemusykilanyang berlaku. Di dalam sistem pengurusan sumber manusia pula terdapat satu komponenyang penting iaitu penilaian prestasi pekerja. Penilaian prestasi ditakrifkan sebagai apa juaprosedur yang melibatkan penetapan piawaian kerja, penilaian prestasi sebenar pekerjaberbanding piawaian dan pemberian maklum balas kepada pekerja (Dessler G., 2003).Prosedur ini bertujuan untuk memotivasikan pekerja bagi mengurangkan jurang perbezaanprestasi atau terus meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik.Di sini kita akan membuat penilaian terhadap keperluan demografi pekerja dariaspek generasi. Kajian mengenai perbezaan penilaian prestasi terhadap generasi X dangenerasi Y akan dijalankan. Menurut Codrington dan Marshall dalam bukunya yangbertajuk Mind The Gap, generasi X merupakan individu yang lahir antara tahun 1965 – 1976 dan generasi Y yang lahir antara tahun 1977
– 1998. Kini generasi X sudah semakinberkurangan dalam dunia pekerjaan atau mungkin sudah hampir ke tahap persaraan.Generasi Y pula semakin bertambah dalam dunia pekerjaan. Terdapat banyak perbezaandiantara kedua-dua generasi ini terutamanya perbezaan dalam cara melaksanakan kerja,cara penerimaan arahan, penerimaan teknologi, dan juga perbezaan dari sudut penilaiankepuasan kerja.Statistik di bawah menunjukkan pola penduduk Malaysia mengikut generasi. LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 2 Suatu sesi temuduga dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan generasi X dangenerasi Y dalam organisasi tersebut. Organisasi yang dipilih ialah Luxor Network SdnBhd. Organisasi ini beralamat di Level 15, Persoft Tower, 6B Persiaran Tropicana,Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya, Selangor. Luxor Network SdnBhd merupakan salah sebuah ahli Kumpulan Syarikat Yow Holdings dan Luxor Holdings.Organisasi ini prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan seringmengembeleng tenaga untuk memenuhi tanggungjawab ini yang merupakan terasorganisasi ini. Luxor Network giat melaksanakan pelbagai projek pembangunanmasyarakat, termasuk sumbangan dan tajaan serta menganjurkan acaraacara khas jikaperlu. Organisasi ini juga aktif mengusahakan pelbagai sektor ekonomi yang merangkumiperkilangan, pembangunan hartanah, ladang dan kilang sawit, pengangkutan bas awam,kosmetik, penjagaan kulit dan makanan kesihatan tradisional. Jenama-jenama produk milik Kumpulan ini yang dikenali ramai termasuklah JeliGamat Luxor, CyanotechSpirulina Pacifica , HINO, Algotherm , H20+, Babor dan Yves Rocher . LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 3 2.0 CIRI-CIRI GENERASI X DAN GENERASI Y 2.1 Generasi XGenerasi X merupakan satu istilah yang menggambarkan sekumpulan orang yangdilahirkan pada 1965 hingga 1981. Kenyataan ini boleh disokong dengan merujuk kepada pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik antaranya, menurutPham (1997) generasi ke-13 telah dilahirkan di antara 1961 dan 1981. Generasi Xlebih dikenali dalam satu kumpulan yang dilahirkan pada 1965 dan 1975. Merekabekerja untuk cintakan kerja tersebut dan bukan hidup untuk kerja (Zemke, Rainesdan Filipezak, 1999). Generasi X tidak percaya dengan bekerja secara lebih masatetapi percaya bahawa kerja yang sekejap dapat memberikan kesan yang terbaik.ini
termasuklah pilihan mereka untuk bekerja dalam suasana yang mesra, tidak formal di tempat kerja, mereka mahukan mereka bebas untuk menyatakanpendapat mereka. Suasana persekitaran tempat kerja seperti ini membuatkanmereka keluar dari kepompong mereka dalam kalangan mereka sendiri bolehmemberi idea dan boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik.Selain itu, Generasi X bekerja mengikut apa yang dirancang dan dianjurkan.Generasi X, umumnya berpengetahuan tinggi, celik teknologi dan bersifat independent . Kumpulan ini dikatakan sering menjangkakan fleksibiliti di tempatkerja, seorang yang kreatif, inovatif tetapi dengan cara tersendiri. Kumpulan inidimotivasikan dengan penawaran peningkatan kerjaya, peningkatan peluangmemperbaiki kerjaya serta pengiktirafan peribadi. Ini selaras dengan pendapat NeilHowe dan William Strause dalam Harvard Business Review (2007) yangmenyatakan generasi X cenderung inginkan kebebasan mengikut cara mereka,mahukan kepercayaan dari pengurusan dan melihat kepada imbuhan atas apa yangmereka lakukan.2.2 Generasi YGenerasi Y diklasifikasikan kepada kumpulan penduduk yang dilahirkan selepasGenerasi X. Generasi ini lahir pada tahun 1981 dan 1996 (Projek Guru, 2000).Generasi Y adalah sifat yang dilabelkan kepada orang-orang yang lahir pada tahun1980-an dan awal 1990-an. Bagi generasi Y atau dikenali tenacious go-getters dengan semangat ‘I can do anything’ dan sangat sukakan persekitaran yangmencabar. Generasi Y berkembang dengan teknologi dan bergantung kepadanya LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 4 untuk menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih baik. BerbekalkanBlackBerrys, komputer riba, telefon bimbit dan alat-alat lain (Fairhurst & Shaw,2008). Generasi Y lebih suka jadual yang fleksibel tetapi untuk generasi-generasiyang lebih tua ramai yang melihat sikap ini sebagai komitmen dan disiplinnarsisistik atau kekurangan. Generasi Y adalah generasi yang mempunyai harapanyang tinggi dalam setiap pekerjaan yang dibuat. Mereka mahukan pengurus yangadil dan secara langsung terlibat dalam pembangunan pekerja.Generasi Y hidup subur pada cabarancabaran baru dan menjangka untuk menunjukkan rasa hormat dan tanggungjawab yang diberikan dari awal padadalam pekerjaan mereka (Glass, 2007, Martin, 2005). Generasi ini mahupengiktirafan terhadap apa yang mereka lakukan dan ingin menjadi terkenal dandikenali kerana pencapaian mereka. Generasi Y kurang memberi respons kepadaarahan berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan dari pengurusan.Mereka dilahirkan dalam persekitaran yang banyak mempersoalkan kenapa itu danini berlaku. Menurut Carol Verret, kumpulan ini boleh diurus dengan wujudnyapenjelasan yang terperinci mengenai sesuatu yang mereka patut lakukan,mengiktiraf setiap tugasan yang mereka lakukan, puji mereka secara terbuka dan jadikan mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balasdan jadikan tempat kerja suatu tempat yang menyeronokkan bagi mereka. LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 5
3.0 PENILAIAN PRESTASI MENGIKUT GENERASI 3.1 Kemahiran KomunikasiKomunikasi merupakan satu elemen penting dalam pengurusan. Komunikasi yangbaik dapat memberikan hubungan yang baik dalam kalangan pekerja. Kemahiranberkomunikasi juga merupakan salah satu ciri yang sering dinilai dalam sistempenilaian prestasi. Berdasarkan temubual dengan dengan syarikat Luxor Network,kami mendapati bahawa kemahiran komunikasi Generasi X adalah lebih lebih baik berbanding generasi Y. Bukan dari segi bahasa yang digunakan tetapi kandunganmaklumat yang ingin disampaikan juga adalah lebih menepati keperluan tugas, dan juga mudah difahami.Pada masa kini, kita dapat lihat bahawa generasi Y kurang mahir dalamberkomunikasi. Mereka lebih menyukai cara berkomunikasi dengan menggunakanteks dan jaringan sosial. Mereka lebih banyak mendiamkan diri dan kurangmemberi pendapat dalam sesuatu perbincangan. Manakala generasi X lebih banyak memberi cadangan-cadangan dan kadang kala lebih kerap membuat bantahan atauhujahan jika berlaku sebarang ketidakpuasan hati. Generasi X lebih mudahbersuara jika dibandingkan dengan generasi Y. Generasi X lebih bersikap terbukadalam berkomunikasi. Mereka akan mendengar dan mengeluarkan pendapatsekiranya terdapat kekurangan.Kurang kemahiran dalam berkomunikasi juga akan membawa masalah dalamorganisasi. Sesuatu tugas tidak akan berjalan lancar jika berlakunya salah fahamdalam komunikasi. Oleh itu mesej yang ingin disampaikan tidak berjaya dan bolehmenyebabkan kekeliruan.3.2 Kecekapan Menjalankan TugasTujuan penilaian prestasi adalah untuk melihat hasil kerja dan komitmen pekrjaterhadap syarikat. Oleh itu, kecekapan dalam melaksanakan tugas amat pentinguntuk melihat sama ada pekerja tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik dan mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Generasi X lebih gemar membuat kerja secara “ humane touch ”. LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 6 Generasi Y menjalankan tugas dengan lebih bersemangat dan cepat keranakebanyakan mereka lebih mahir dalam teknologi. Mereka mudah beradaptasidengan tekhnologi baru dann mampu melakukan tugas dengan lebih cekap keranamereka lebih bermotivasi jika dibandingkan dengan generasi X yang santai dalammenguruskan kerja. Selain itu, generasi Y lebih cenderung untuk mencari informasi atau belajar secara “ hand on ”. Di dalam syarikat Luxor Network generasi X lebih berfikiran terbuka dan jugamampu membuat pertimbangan yang tepat berdasarkan keadaan semasa malahmampu membuat keputusan sendiri. Manakala generasi Y pula dapatmelaksanakan tugas-tugas dengan lebih cepat namun kadang kala mempunyaimasalah dalam melakukan keputusan dan memerlukan bantuan rakan sekerja ataumajikan (membuat perbincangan).3.3
Aplikasi TeknologiGenerasi Y lebih mudah mengadaptasi teknologi baru yang dibawa masuk kedalam syarikat. Mereka mudah menerima perubahan dan lebih selesa bekerjadengan teknologi semasa. Pada pendapat mereka teknologi banyak membantumereka dalam menyelesaikan tugas dengan cepat dan tangkas. Contohnyapenggunaan internet banyak membantu mereka dalam mencari maklumat yangdiperlukan dalam jangka masa yang singkat.Generasi X pula memerlukan masa yang lebih lama berbanding pekerja Yuntuk membiasakan diri dengan teknologi baru yang diperkenalkan. Generasi Xberasa kurang selesa terhadap teknologi dan lebih gemar menjalankan tugas secaramanual. Tetapi pengalaman mereka lebih banyak dan dan mereka lebih memahamikeperluan kerja berbanding generasi Y. Di syarikat ini, pekerja generasi X dilihatlebih mudah memahami setiap gerak kerja yang diberikan berbanding pekerja Yyang masih baru dan juga tidak mempunyai pengalaman. Hal ini kerana generasi Xlebih berpengalaman melakukan urusan-urusan syarikat berbanding pekerja Yyang kebanyakannya lebih mengetahui teori daripada perlaksanaan tugasberkenaan. LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 7 3.4 Jangkaan MatlamatSetiap pekerja mempunyai matlamat peribadi untuk dicapai dalam bekerjadisamping berusaha mencapai matlamat organisasi. Pada kebiasaannya matlamatyang ingin dicapai oleh setiap pekerja adalah berbeza mengikut generasi. Sepertimana yang kita tahu golongan muda atau generasi Y lebih tertumpu kepadaganjaran berbentuk wang ringgit. Manakala golongan yang lebih berumur iaitugenerasi X akan tertumpu kepada kepuasan dalam melaksanakan tugas dan hasiltugas tersebut.Generasi Y lebih komited dalam menjalankan tugas untuk mendapatkanganjaran yang lebih. Bagi mereka hasil usaha mereka perlu dibayar dan dinilaidengan sewajarnya. Manakala generasi X lebih fokus kepada tahap kualiti kerjayang dilakukan. Hasil kerja yang sempurna memberikan mereka kepuasan dalammenunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Ini dapat dilihat dalam kajian yangdijalankan di dalam syarikat Luxor Network. Dalam organisasi ini, generasi Xlebih tertumpu kepada kepuasan bekerja kerana mereka merupakan tunjang utamasyarikat sejak mula beroperasi dahulu, manakala generasi Y lebih menumpukankepada ganjaran.Sikap yang sentiasa mementingkan wang ringgit dalam semua urusanpekerjaan akan menyebabkan mereka sendiri akan mengalami kerugian. Ini keranadalam urusan perundingan contohnya sikap yang sentiasa mementingkankeuntungan akan menyebabkan proses rundingan tidak akan berjaya. Keduaduapihak perlu berunding untuk memajukan organisasi mereka dan bukan hanyamemikirkan mengenai nilai wang ringgit yang akan di peroleh oleh mereka.3.5 PersonalitiGenerasi X mempunyai personaliti yang lebih bersifat terbuka, mudah untuk berbincang dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kesukaran semasamenjalankan tugas. Manakala generasi Y lebih kepada sikap memberontak ataubertindak mengikut hati. Semasa berdepan dengan majikan, generasi X lebihbersopan dan tertib. Mereka bersifat terbuka dan menerima teguran dari pihak atasan. Berlainan dengan generasi Y yang sering menganggap bahawa apa yang LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 8
dilakukan oleh mereka adalah tepat. Generasi Y mempunyai tahap kesabaran yangkurang dalam mengahadapi masalah dan tidak boleh menerima teguran secaraterbuka.Generasi Y bukanlah pekerja yang setia dengan satu-satu syarikat. Merekacelik teknologi, inovatif, dan kreatif. Untuk mengekalkan mereka dalamorganisasi, majikan perlu menawarkan faedah yang mereka anggap bernilai untuk mengekalkan gaya hidup mereka, dan majikan perlu menyesuaikan gayapengurusan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik daripada mereka.Generasi X lebih setia kepada organisasi kerana mereka telah lama berkhidmatdalam organisasi dan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada majikan danbegitu juga sebaliknya. Mereka lebih berminat untuk memberi sumbangan danberkhidmat kepada organisasi dalam mencapai matlamat organisasi dan jugakepuasan kerja sendiri.
LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 9 4.0 KESIMPULAN Menurut kajian, generasi Y mempunyai ciri-ciri yang agak istimewa, namun ia tidak lagimempunyai kelebihan berbanding kelompok yang lain jika mereka diurus dengan kaedahatau pendekatan yang tidak munasabah. Realitinya, kita tidak berkuasa mengubah masalepas kerana ia sudah jauh meninggalkan kita. Kita juga tidak berupaya menguasai masahadapan kerana tidak diketahui apa yang bakal menanti. Apa yang ada sekarang hanyalahmasa kini yang perlu dibentuk dengan acuan yang betul agar masa hadapan dapatdinikmati dengan sebaiknya. Masa depan syarikat seterusnya terletak di tangan generasiY.Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa Generasi Y begitu berbeza daripada generasiX dari pelbagai aspek. Golongan generasi Y perlu berubah sikap dengan membuangsegala perkara yang negatif yang ada dalam diri mereka. Pihak organisasi memainkanperanan yang penting untuk kesesuaian individu-individu generasi Y dalam memasukisesebuah organisasi dan bekerjasama dengan generasi X. Dengan berpegang kepadamatlamat organisasi serta kesugguhan yang tinggi daripada pihak organisasi, individu-individu generasi Y dan generasi X ini akan sentiasa dapat mempertingkatkan prestasi darisemasa ke semasa.Setiap generasi mempunyai keperluan dan kepentingan tersendiri dalam organisasi.Generasi X diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada pekerja baru seperti generasi Yberdasarkan pengalaman dalam menjalankan tugas. Manakala generasi Y pula diperlukanuntuk pengendalian teknologi masa kini yang lebih sesuai dengan gaya hidup mereka jikahendak dibandingkan dengan generasi X yang kurang mahir dengan transformasiteknologi. Hubungan yang baik antara generasi X dan generasi Y juga penting dalamorganisasi. Sikap saling membantu dalam menjalankan tugas atau tunjuk ajar daripadaindividu yang lebih berpengalaman dan mahir haruslah diterima dengan hati terbuka.Saling memahami di antara satu sama lain dapat membantu memudahkan kita mencapaimatlamat masing-masing. Dengan wujudnya hubungan seperti ini, ia dapat mengeratkandan meningkatkan kerjasama dalam perlaksanaan tugas serta dapat mengelak wujudnyapertembungan budaya.
LUXOR NETWORK SDN. BHD. 2011 10 5.0 RUJUKAN Broadbridge A. M, Maxwell G. A, Ogden S. M, (2007) " 13_2_30: Experiences, perceptionsand expectations of retail employment for Generation Y ", Career DevelopmentInternational, Vol. 12 Iss: 6, pp.523 - 544Hani Suraiya Jamaluddin.(2010 ). “ Retention factors towards organization commitmen amongbaby boomers, Generation X and Generation Y: A Survey on executive in Tenaga Nasional Berhad ” . Martin C. A. (2005) " From high maintenance to high productivity: What managers need toknow about Generation Y ", Industrial and Commercial Training, Vol. 37 Iss: 1, pp.39 – 44Sue Shaw, David Fairhurst, (2008) " Engaging a new generation of graduates ", Education +Training, Vol. 50 Iss: 5, pp.366 – 378
Wednesday, November 4, 2009 "Baby Boom", X, Y & Z Generasi "Baby Boom" (tak pasti terjemahannya dalam B. Melayu tuh apa), Generasi X...Generasi Y..Generasi Z.. Generasi berbeza, yang sudah semestinya ada nic mereka sendiri, pendapat mereka sendiri, pemahaman dan pemikiran mereka masing-masing. Bagi mereka yang mungkin tidak begitu arif dengan istilah-istilah ini, harap penerangan ringkas berikut dapat membantu
Disebabkan apa yang dialami oleh setiap generasi itu berbeza, maka, bolehlah dikatakan corak pemikiran, sikap dan tingkahlaku turut mempunyai perbezaan. Ini amat ketara antara Generasi "Baby Boom", X dan Y (Generasi Z kecik lagi kan). Sebagai contohnya, mungkin di zaman "Baby Boom" kebanyakan ibu mereka tidak bekerja (suri rumah), masih duduk dalam
persekitaran luar bandar kerana pembangunan belum lagi begitu pesat, ketiadaan peralatan digital - PC, internet, ipod, satelite TV. Generasi X pula saya nampak seolah satu transition daripada "Baby Boom" kepada Y. Kepada satu generasi di mana pembangunan sudah semakin pesat, dunia tanpa sempadan, telekomunikasi tanpa talian dan segalanya mahu didigitalkan. Memang berbeza. Saya rasa kesan yang paling besar adalah dari aspek media, di mana maklumat dapat diperolehi dan disampaikan dengan pantas. Tidak perlu tunggu suratkhabar lagi untuk mengetahui sebarang berita, berita di TV pon kalau tak ditonton, sudah tahu apa yang hendak dibicarakan dengan hanya satu klik sahaja. Sumber yang boleh dirujuk pula amat meluas. Sumber dalam negara, luar negara,Twitter, facebook, Blogs, malahan emel pon mungkin boleh saja diletakkan dalam kelompok media konvensional. Ini menjadikan Gen Y lebih terbuka, kerana didedahkan dengan pelbagai maklumat dan merupakan salah satu contoh perbezaan dalam generasi yang wujud sekarang. Sebenarnya dari dulu lagi sudah wujud konflik perbezaan di antara generasi tua dan muda ini. Kaum tua VS Kaum muda, familiar kan? Jadi tidaklah hairan mana sekiranya sejarah ini berulang. Tak kisahlah dari aspek sosial ke, politik ke, dekat opis ataupun di sekolah ke, memang akan ada gap ni. Bagi saya, seme golongan pon ada keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Kaum tua, senior nih memang banyak pengalamannya. Dah terlebih dahulu makan garam. Namun begitu kaum muda ni lebih berani, proaktif, masih cergas (mungkin sbb belum menemui zon selesa), kreatif dan paling penting dapat memberikan perspektif dari sudut yang lebih moden. Bukan nak cakap dulu tak moden, tapi masa kini, kebanyakan orang dah tak boleh terima kaedah sumbat dan sumbat je seme maklumat. Tak boleh diterima semberono tanpa penjelasan dan bukti terlebih dahulu. Itu yang kami perlukan. Untuk melihat sesuatu tu dari sudut yang rasional dan logik. Sebab tuh nama pon Gen Y...suka bertanya. Mungkin dalam kelas senyap je kan kebanyakan orang, tapi sebenarnya dalam minda mesti banyak perkara yang difikirkan. Esp. bila masuk zaman pasca universiti. Jadi bagi seniors, bimbinglah kami, beri panduan, dan pada masa yang sama dengar juga buah fikiran dan ide kami. Dalam Islam pon, terdapat ramai orang muda yang boleh diambil sebagai contoh tauladan. Saidina Ali sendiri semasa menerima Islam, sangat muda umurnya namun banyak menyumbang dan membantu perjuangan Rasulullah. Bagi yang seangkatan dengan saya, hormati seniors, bagi pandangan dengan berhemah. Janganlah sampai kedua-dua golongan ini seperti 2 garisan lurus yang tiada titik pertemuannya...
Generasi Y dan cabaran perubahan Posted by epondok di Ogos 1, 2011
3 Votes Oleh NURUL IZZAH SIDEK SIFAT zaman sentiasa dinamik berubah. Faktor sains, teknologi dan kaji selidik yang berlaku menyebabkan sifat sesuatu zaman tidak kaku dan beku. Ada daerah di dunia yang memberi respon kepada perubahan dengan persiapan ilmu dan kemajuan teknologi. Ada yang hanya menjadi pengguna kepada kekuatan orang lain. Akhirnya ia melahirkan jurang antara pihak yang memberi respons untuk kemajuan dan pihak yang hanya bersikap sebagai pengguna. Jurang ini selalu disebut sebagai jurang kemajuan, jurang sains dan teknologi dan jurang keilmuan. Kesan yang nyata ialah terhadap generasi Y, iaitu para remaja. Dengan kecanggihan teknologi maklumat dan multimedia menyebabkan generasi muda menjadikan alatalat ini sebagai sumber maklumat, ilmu dan hiburan. Lalu generasi Y lupa terhadap sejarah budaya dan tradisi sendiri sehingga hilang jati dirinya. Generasi Y yang hilang jati diri ini menganggap sesuatu yang diwarisi oleh nenek moyang bersifat ketinggalan zaman dan berbeza sama sekali dengan model maju dan membangun yang mereka lalui.
Jurang generasi ini adalah salah satu masalah yang berbangkit khususnya di kalangan generasi Y yang berada di zon selesa. Zon selesa bermakna mereka tidak perlu bersusah payah mendapatkan sesuatu yang dihajati. Semuanya sudah tersedia dan selalunya alat-alat komunikasi, telekomunikasi dan ICT menjadi peranan pengganti diri terhadap ibu dan bapa di rumah. Amat penting untuk generasi Y diberikan pendedahan dengan faktor sejarah , budaya dan tradisi bangsanya atau umatnya yang sangat kaya sedari kecil lagi. Generasi Y di kalangan orang-orang Melayu memiliki kekayaan nilai-nilai yang berasaskan Islam. Sekiranya ibu dan bapa sejak awal lagi memberi asuhan tentang pentingnya memahami sejarah bangsa dan umat, meneliti warisan-warisan terbaik tinggalan orang terdahulu, merenung unjuran kemajuan masa depan maka pemikiran generasi Y akan sentiasa terpedoman. Sebabnya, tidak mungkin lahirnya sesuatu bangsa dan umat tanpa budaya dan tradisi untuk dijadikan sumber ikutan. Generasi Y yang tidak merasakan mereka ada sejarah dan tradisi gemar menjadi penciplak terhadap keunggulan orang lain. Mereka tidak bersikap kreatif dan inovatif untuk menyuburkan tradisi dan budaya yang sifatnya menyumbang. Akhirnya generasi Y apabila dewasa akan mengalami kekontangan nilai dan tradisi serta tidak mampu mewariskan sesuatu untuk generasi hari depan. Generasi Y yang sifatnya berubah tidak semestinya menolak perkara silam kerana padanya terkandung sesuatu yang boleh dipelajari. Tidak mungkin ada hari ini tanpa adanya yang silam. Tidak mungkin adanya esok tanpa binaan hari ini. Keunggulan tradisi silam diadunkan dengan kehebatan budaya kini bakal menjadi mata rantai untuk meneroka warisan masa depan. Ramai di kalangan generasi Y yang sudah lupa diri, lupa budaya dan tradisi dan tidak pandai menghargai sejarah jatuh bangun bangsa atau umat mereka yang terdahulu. Contoh yang paling baik ialah kekaguman kepada makna kebebasan orang-orang Barat yang terbentuk tanpa pedoman agama diciplak dan ingin dilontarkan dalam realiti masyarakat yang berbudaya dan beragama. Lalu terjadi konflik yagn sia-sia menyebabkan suasana perbincangan payah hendak berlaku. Tradisi muzakarah terkubur begitu sahaja. Masing-masing dengan identiti masing-masing. Tidak mempedulikan suara majoriti sebaliknya mereka menganggap cara mereka sahaja yang betul. Generasi Y harus mempunyai rasa peka yang tinggi terhadap perimbangan idealisme dan realiti. Idealisme mengenai hak asasi di Barat tidak semuanya boleh diambil untuk mendekat realiti negara kita. Ia tidak bermakna kebebasan harus dinafikan, demokrasi harus disempitkan tetapi generasi Y harus menginsafi bahawa negara Malaysia berjalan mengikut tata hukum yang tersendiri mendekati masyarakat yang berbilang. Apa yang diyakini oleh generasi Y tidak semestinya sealiran dengan generasi lama yang telah mempunyai pengalaman yang kaya bagaimana negara ini harus diurus tadbir. Paling tidak generasi Y harus cuba belajar daripada kekuatan silam dan pedoman hari ini untuk membina sebuah negara yang lebih baik pada masa depan. Memang tidak dinafikan sesuatu sistem atau negara pasti ada kekurangan di sana dan sini, tetapi suatu hakikat yang tidak boleh ditolak oleh generasi Y adalah kemajuan yang dicapai kini, kebebasan yang dinikmati dan hari depan Malaysia yang dijanjikan adalah hasil lelah payah generasi dulu.
Jika generasi Y tidak mengambil sikap yang mata rantainya sambung sinambung, setengah abad negara ini boleh menghadapi kehancuran yang amat luar biasa sifatnya. Satu faktor yang sangat penting yang perlu diperhatikan oleh generasi Y iaitu faktor kestabilan dan keamanan di kalangan pendudu berbilang kaum Malaysia. Tidak mudah untuk meraikan setiap fikir dan hati di kalangan masyarakat yang berbeza agama, budaya dan sistem nilai tetapi sekiranya ada sikap terbuka untuk mempelajari kebaikan orang lain, sikap berhemah untuk meraikan perbezaan dan persamaan, maka asas tolak ansur, kesabaran yan tinggi dan jalan yang bijaksana bakal dirintis dengan baik sekali. Jika faktor ini tidak difahami dalam masa yang sama nada-nada sumbang kearah kebebasan tanpa batas, demokrasi ala Barat, hak asasi mengikut cita rasa Eropah, negara akan terdedah dengan krisis kepercayaan, keyakinan dan sistem nilai yang lebih parah. Justeru generasi Y tidak sahaja beranggapan pengaruh sains dan teknologi membawa penyelesaian mutlak kepada generasi akan datang. Tetapi fikirkanlah tanpa agama dan etika yang tinggi, tidak mungkin manusia akan memiliki amanah yang tinggi, keadilan yang telus, kebijaksanaan dalam mengatur kelainan dan perbezaan yang disertai agenda membawa titik pertemuan. Menimbulkan konflik bukanlah yang payah, namun membina kestabilan menuntut masa yang panjang. Oleh itu tidak harus timbul sifat gopoh yang melulu tanpa pertimbangan antara persamaan dan perbezaan, sejarah dan budaya, serta idealisme dan realiti. Generasi Y yang berwibawa dan mampu memberi cetusan masa depan ialah generasi yang sentiasa bersikap kreatif dan inovatif kearah kemajuan. Maju bukan bermakna menolak sesuatu yang telah terbina pada masa lalu. Kebaikan masa lalu hendaklah diolah dalam bentuk terkini supaya asas-asas fundamental dalam hidup ini tidak bercanggah dengan fitrah insani. Maksudnya kita boleh menjadi generasi yang maju dan berubah dalam sains dan teknologi tetapi akhlak mulia yang menjadi prasyarat kepada seorang Islam perlu dipelihara kerana akhirnya kehidupan itu sendiri menuntut manusia yang jujur, ikhlas, amanah dan adil tampil di tengah-tengah sistem supaya pengurusan sistem berjalan dengan baik. Sekiranya generasi Y hanya terpesona dengan kemahiran teknologi tinggi tetapi tidak memiliki nilai-nilai keinsanan maka watak manusia bakal menjadi rakus dan haiwani. Orang akan berfikir tentang dirinya sahaja tanpa mempedulikan orang lain, tamak terhadap kuasa dan harta, tidak mempedulikan kelompok miskin. Ia akan mencetuskan pertentangan yang parah antara strata yang wujud dan bakal menghancurkan negara dan sistem. About these ads
Generasi X , Y dan Z Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut: 1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya) 2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964) 3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X 4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z 1 Pre Baby Boom Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup. 2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964) Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka. 3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “the baby bust” , istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”, Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka. 4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an. 5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 10 tahun. Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia: * Pre-Baby Boom (63 tahun ke atas) – 4% * The Baby Boom (45 hingga 62 tahun) – 16% * The Baby Bust / Gen X (32 hingga 44 tahun) – 21% * The Echo of Baby Boom / Gen Y (11 hingga 31 tahun) – 21% * Generation Net / Gen Z (sehingga 10 tahun) – 38% Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 32 hingga 44 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed). Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.
Mengenali Generasi X, Y dan Z Assalamualaikum... Kita perlu mengetahui perbezaan yang wujud antara generasi-generasi ini. Sedikit maklumat yang diperolehi dari ceramah sebuah kursus yang telah dihadiri baru-baru ini yang boleh dikongsi bersama. Generasi X, Y dan Z adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut: 1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya) 2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964) 3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X 4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y 5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
1. Pre Baby BoomGenerasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup. 2. The Baby Boom (lahir antara 1946 - 1964) Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang.Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan“The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka. 3. The Baby Bust (lahir antara 1965 - 1976) Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak.Terma “the baby bust” , istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”,Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka. 4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 - 1997)Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an. 5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang)Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 10 tahun. Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:
* Pre-Baby Boom (63 tahun ke atas) - 4% * The Baby Boom (45 hingga 62 tahun) - 16% * The Baby Bust / Gen X (32 hingga 44 tahun) - 21% * The Echo of Baby Boom / Gen Y (11 hingga 31 tahun) - 21% * Generation Net / Gen Z (sehingga 10 tahun) - 38% Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 32 hingga 44 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 11 hingga 31 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed). Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah. Generation Y, also known as The Millennial Generation, is a term used to describe the demographic cohort following Generation X. Its members are often referred to as “Millennials”. There are no precise dates for when Gen Y begins and ends, but usually it is between the late 1970s and early 2000s, with the average definition given being about 1980 to 1995.[1][2] Generation Y has been referred to as the offspring of the Baby Boomers, Generation Jones, and Generation X cohorts.
Sunday, January 15, 2012 Anda Generasi X,Y atau Z? Baby Boom?Oooo... ada rupanya generasi Baby Boom.Ingatkan generasi X,Y dan Z je yang wujud.Bagi yang tak berapa faham apakah yang dimaksudkan dengan generasi-generasi tersebut, berikut adalah definisi yang aku kutip daripada ruangan Sesama Kita di akhbar Kosmo hari ini, Ahad, 15 Januari 2012, di mukasurat 10, tulisan Lokman Othman. 1.Generasi Baby Boom Lahir ketika zaman perang dunia kedua sehingga akhir lewat 50an.Diberikan nama Baby Boom kerana terdapat peningkatan kelahiran bayi di seluruh dunia selepas perang dunia kedua. Blogger generasi Baby Boom yang aku kenal kalau tak silap Dato' Luahan Fikiran. Berfikiran matang, bijak bila berkata-kata dan seorang pemerhati yang hebat.
2.Generasi X Lahir pada tahun 1960an hingga awal 1970an. Teman-teman blogger generasi X kalau tak silap aku adalah Kak Pah KPoh, Mama Tunz, Abang Gedek dan ramai lagi. 3.Generasi Y Kumpulan yang kini berumur 16 hingga 35 tahun. Adik-adik blogger seperti Lyssa,Afzalsukasuki, Belalang, Abang Terror, Ellen,Lydia Miza (Kalau tak silaplah) 4.Generasi Z Umur kurang 15 tahun (Anak-anak murid aku di tingkatan 1 hingga 3, yang manja-manja tu) Menurut tulisan Encik Lokman Othman, era sekarang adalah generasi Y, kerana generasi Y sangat mahir dengan gajet-gajet moden dan internet.Kalau nak berhubung tu, di hujung jari je.Berbanding dengan generasi X, yang kononnya bernostalgik berkomunikasi secara surat-menyurat, menonton televisyan atau membaca suratkhabar untuk mendapatkan maklumat. Katanya lagi, generasi X percaya mengejar kemajuan adalah sangat penting asalkan seiring dengan nilai-nilai murni yang dijunjung.Namun menurut generasi Y, adalah sebaliknya.Oooo...patutlah anak-anak muda zaman sekarang dah tak hirau sangat pasal adab sopan.Termasuklah mahasiswa yang macam-macam kerenah sekarang ni.Gitu rupanya!Letih kami generasi X membebel, tapi generasi Y buat dekkk je. Menariknya kata Encik Lokman Othman lagi, generasi Y berfikiran terbuka dan penuh ciri-ciri kemajuan namun tak bemakna mereka tidak melakukan kesilapan.Maka di sinilah pentingnya generasi X untuk menasihati mereka.Encik Lokman Othman menamatkan tulisannya dengan persoalan; bagaimana dengan generasi Z?Adakah mereka lebih ganas dalam perlakuan dan pemikiran? Kesimpulannya, generasi X hendaklah sama-sama berfikiran terbuka seperti generasi Y agar mudah bagi mereka menegur dan membimbing generasi y sekiranya ada kesilapan.Jangan biarkan jurang perbezaan terlalu dalam antara generasi X dan generasi Y.Jika perlu, bina nilai kepercayaan generasi y kepada generasi X.Generasi X juga diharapkan lebih bersedia untuk bergerak seiring dengan generasi Y dalam konteks kemajuan dunia siber tetapi masih dalam batas-batas yang sepatutnya.Sebaliknya, generasi y haruslah bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk dibimbing oleh generasi X agar mereka tidak melakukan sesuatu di luar norma.Hasilnya, diharapkan kedua-dua generasi X dan Y dapat membantu generasi Z agar tidak terlalu ganas dari segi pemikiran dan kelakuan di samping tetap terus mengekalkan nilai-nilai kemanusiaan.
Generasi Baby Boom (Bila tengok wajah nenek ni, aku dapat rasa kasih sayang di jiwanya)
Generasi X yang bernostalgik tetapi tetap berilmu seiring generasi Y. ( Wajah Kak Pah yang juga keibuan, penuh kasih sayang )
Contoh generasi Y yang diharapkan ... sangat bijak dan berilmu namun masih mementingkan nilai-nilai murni ( Pinjam gambar Afzalsukasuki)
Generasi Z? ( Mak aih!Ganasnya!)
Teman seperjuangan aku Cikgu Shida ni generasi mana ye? Y atau Z? Ganas tu!