( Segi College kL )
COMMUNITY HEALTH NURSING (CHN) GANGSTERISM
PENGENALAN
Definisi samseng atau gangster; merupakan seorang penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng.Mereka biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit Definisi gangsterisme; individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak
Gejala samseng atau gangsterisme di seluruh negara amat membimbangkan. Mereka berani mencabar undang-undang dan takut untuk melakukan jenayah termasuk mengggunakan senjata merbahaya Kumpulan ini biasanya mempunyai tanda pengenalan seperti di dagu (hakko), tatoo, telinga bertindik (lelaki), kepala botak, logo dan banyak lagi
FAKTOR-FAKTOR • Pengaruh hiburan, media massa dan siber • Masalah keluarga • Pengaruh rakan sebaya • Masalah ekonomi • Masalah disekolah
Pengaruh hiburan, media massa dan siber Hiburan berunsur 18 tahun ke atas menjadi tarikan Pengaruh media cetak dan elektronik Meniru dan mengikut adegan yang ditayangkan Melayari internet dengan mudah
Masalah keluarga Berpunca dari keluarga yang suka bertengkar, sentiasa mabuk, judi, dan suka mengongkong anak-anak Kurang penghayatan agama Sikap materialistik keluarga anak-anak kurang perhatian dan kasih sayang Anak-anak memberontak, melawan, merokok, mengambil dadah
Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya mencorakkan tingkah laku pelajar rakan adalah orang yang paling rapat Melanggar undang-undang dan peraturan sekolah Membentuk kumpulan sendiri
sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial terlalu mudah mempercayai orang lain jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami dengan mudah akan mengikut apa yang dilakukan Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”
Masalah ekonomi Ibu bapa berpendapatan rendah tidak mampu membayar yuran persekolahan anak-anak malu ke sekolah melepak Timbul tabiat mencuri, menyeluk saku, peras ugut dan menipu untuk mendapatkan wang tidak takut pada undang-undang
Masalah di sekolah Ada guru yang pentingkan status dan terlalu tegas mementingkan akademik tetapi kurang memberi perhatian kepada bidang kokurikulum dan sahsiah Guru kaunselor gagal memberi kaunseling yang berkesan kepada pelajar Pengawas sekolah bermuka-muka dendam kepada pelajar lain
Warden asrama tidak tegas tiada kursus khas untuk mengendalikan halhal berkaitan pelajar Pelajar senior membuli pelajar junior Peranan PIBG tidak aktif Guru gagal menjadi ‘role model’ kepada pelajar Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang di terapkan Pengajaran guru kurang berkesan
CADANGAN UNTUK MENGATASI
Semua pihak mesti mengamalkan sikap mesra, berbudi bicara, berpsikologi, dan menghormati maruah Jangan menangani masalah dengan tindakan keras Semua pihak perlu memahami psikologi dan naluri pelajar corak pemikiran berbeza antara pelajar sekolah rendah dan menengah
Jangan dikerasi, ditengking, dimalukan dan dibohongi pelajar akan bersikap liar, panas baran, drastik dan melawan Beri perhatian serius, berbincang, didampingi, dan tunjukkan contoh terbaik sebagai teladan PIBG hendaklah bekerjasama, bermuafakat, berganding bahu dan berdedikasi
Warden asrama perlu lebih tegas tidak sesuka hati mendera pelajar Tidak memberikan kuasa disiplin kepada semua guru Merotan pelajar di perhimpunan pilihan terakhir Mengemaskini kurikulum pendidikan mengikut peredaran masa
Menguatkuasakan undang-undang (Akta Juvana dan Akta Pencegahan Jenayah) dalam membanteras gejala sosial di kalangan remaja Pihak kerajaan (cth: polis) perlu berganding bahu dengan semua pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah serta orang awam dalam menangani masalah ini
KESIMPULAN Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen dan mendedahkan remaja dengan pengetahuan undang-undang untuk memberi kesedaran dan menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala negatif
Contoh gejala sosial dikalangan pelajar sekolah
RUJUKAN http://tuanmat.tripod.com/modenlisasi.html
http://www.scrib.com/doc/18486977/gangsterim http://www.scribd.com/doc/20990974/ISU-KERUNTUHANhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Samseng
AHLI GANGSTER JOEL DAVID MAILANI JAMIAN NORSHILA MOHD NOOR NURHASIMAH ABD RAHMAN NURUL FAREHAH MD ALI NURUL IZZATI ROSLE NURUL NOOR NADHIRAH BASIRON SITI NOOR SHAHERA ABDULLAH SURAYA ABD RASEP SYARIFAH NOR’AIN SYED SULONG
Terima kasih Kerana memberi perhatian…