Faktor kejatuhan Melaka. Adakah faktor dalaman ataupun faktor luaran.
Full description
asia tenggaraFull description
Full description
Full description
TITAS
sejarah kejautuhanDeskripsi lengkap
Full description
Full description
titas
Full description
Tamadun CinaFull description
Full description
titasFull description
tamadun
4
diskusi mengenai tamadun india
Faktor-faktor kejatuhan sesebuah Tamadun Setiap tamadun sememangnya akan mengalami kemerosotan dan ada pula yang runtuh secara mendadak. Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibn Khaldun. Menurut beliau, sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Beliau turut membahagikan kadar tempoh sesebuah peradaban kepada empat generasi iaitu: a. Generasi pengamal b. Generasi pengikut c. Generasi pemelihara tradisi d. Generasi pemusnah tradisi 1. Keruntuhan akhlak Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah factor kemerosotan sesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalan rasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa. b erleluasa. Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi. 2. Perpecahan di kalangan masyarakat Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun. Contohnya pertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah menyebabkan kerajaan Bani Umaiyah merosot. 3. Ketidakadilan Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dan miskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya di Yunani terdapat golongan hamba abdi yang hidup melarat yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golongan berharta telah menyebabkan pemberontakan di kalangan masyarakat bawahan. 4. Ketidakstabilan politik Perpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah. 5. Bencana alam atau malapetaka Menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir, wabak penyakit dan sebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit yang mengakibat kematian penduduk dan pemerintahnya pemerintahnya iaitu Pericles. 6. Penerimaan perubahan sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan tamadun. Sikap seperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya membawa kepada masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan. Contohnya kerajaan Turki Uthmaniyyah.