FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN ANGKOR PENDAHULUAN
Ø Sebelum pembentukan kerajaan Angkor, di kawasan yang merupakan merupakan negeri Kemboja atau Kampuchea, pernah terdiri kerajaan yang terawal di Asia Tenggara, iaitu Funan (Phanom), yang dianggap sudah wujud sejak abad pertama Masihi lagi. Ø Daripada aspek politik, sejarah awal Funan bermula dengan wujudnya masyarakat berdasarkan suku kaum (tribal society) yang dipimpin oleh ketua-ketua suku kaum masing-masing. PEMBENTUKAN KERAJAAN ANGKOR
Ø Hilangnya empayar Funan pada pertengahan abad keenam menyaksikan kemunculan negeri yang bernama Chenla. Chenla. Ø Kerajaan Chenla sebenarnya dianggap sebagai permulaan kerajaan Kemboja itu sendiri. Ø Pada tahun 706, ia terbahagi kepada kepada Chenla Hulu (Darat) dan Chenla Chenla Hilir (Air). Chenla Darat dilihat lebih kuat sehingga mampu mengirim utusan ke China, sebaliknya Chenla Air terus berpecah belah. Ø Dalam suasana kelemahan kelemahan ini, tentera Srivijaya telah menyerang Raja Chenla Air yang terakhir, Mahipativarman. Ø Dengan kejatuhan kejatuhan Chenla, Jayavarman Jayavarman II dilantik oleh Srivijaya sebagai raja Angkor. Beliau berjaya membeba membebaskan skan diri daripada kongkongan Jawa dan menyatupa menyatupadukan dukan kerajaanny kerajaannyaa serta mengasaskan kultus Devaraja yang berasaskan pemujaan Siva di Hariharalaya (ibu kota). ZAMAN AWAL ANGKOR
Ø Angkor merupakan empayar hebat yang diasaskan di Kemboja dan mendominasi Kemboja serta sebahagian besar tanah besar di Asia Tenggara dari abad ke sembilan hingga ke-15. Ø Kebudayaa Kebudayaan n Angkor banyak dipengaruhi dipengaruhi oleh India dan agama agama Hindu. Ø Yasovarman telah memindahkan ibu kotanya ke Yasodharapura (Angkor), (Angkor) , serta membawa membawa kultus Devaraja beliau ke tempat tersebut. Ibu kota ini kekal selama 600 tahun hingga abad ke-15. ZAMAN KEAGUNGAN ANGKOR
Ø Kerajaan Angkor kemudiannya mencapai kekuatan mereka semasa era pemerintahan raja-rajanya seperti Rajendravarman II (944-968), Jayavarman V (968-1001) dan terutamanya Suryavarman I (1011-1050), Suryavarman Suryavarman II (1113-1150) serta Jayavarman VII (1181-1219). Ø Suryavarman II dianggap sebagai Raja Khmer yang agung. Pertama, beliau berjaya menyatukan kerajaan Kemboja yang berpecah-belah. Kedua, beliau telah mengadakan hubungan diplomatik dengan China bermula tahun 1116. Faktor ketiga merupakan faktor yang paling penting, iaitu faktor sumbangan dalam bidang keagamaan yang dilakukannya termasuklah di Phnom Chi Sou, Phnom Sandak, Wat Phu dan Preah Vihear. Ø Karya agung seni Khmer, monumen Vishnu, iaitu Angkor Watt menjadi makam Raja Suryavarman II.
FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN ANGKOR
Ø Pengaruh Khmer sebelum ini terhadap orang Siam mulai hilang setelah kematian Jayavarman VII. Namun, kejatuhan Angkor sebenarnya sudah bermula sejak kematian Raja Suryavarman II lagi. Ø Kerajaan Angkor kemudiannya mengalami kelemahan dan keruntuhan disebabkan oleh faktor dalaman dan faktor luaran. FAKTOR DALAMAN 3.1.1
Kehausan Sumber Akibat Pembangunan Ekstravaganza
Ø Projek pembangunan ekstravaganza dikatakan telah menyebabkan kehausan bahan mentah. Akibat terlalu dieksploitasi secara intensif selama beberapa abad, berlaku kehausan ekologi yang menyaksikan tiada lagi bahan untuk meneruskan kepesatan pembangunan. Ø Hal ini ada kaitan dengan raja Jayavarman VII dalam pembinaan bangunan-bangunan yang telah menyebabkan social exhaustion. Ø Antaranya, beliau telah mendirikan monumen Buddha Mahayana, Angkor Thom serta bangunan bangunan lain seperti Bayon. 3.1.2
Penukaran Kepada Aliran Buddha Theravada
Ø Prinsip bahawa semua orang adalah sama dan layak untuk mendapatkan hak-hak dan peluang peluang yang sama rata dalam aliran Buddha Theravada telah menarik masyarakat Khmer dan mengubah cara mereka berfikir. Ø Hal ini menyebabkan hub politik Angkor terjejas. Hal ini mengancam dan merosakkan sistem pertanian yang amat diperlukan oleh Angkor untuk terus wujud. Ø Sistem pengairan dan saliran di Angkor memerlukan pekerja dan juga sumber kuasa yang banyak untuk penyelenggaraan, sedangkan Buddha Theravada mengajar pengikutnya untuk melakukan pembaharuan
diri,
mengabaikan
hal-hal
duniawi,
menghalang
kepercayaan
paranormal (superstition) kepada Pencipta dan kuasa-kuasa jahat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ø Konsep Devaraja tidak lagi mampu dipertahankan. Oleh itu, raja Khmer tidak lagi mampu memerintah keseluruhan empayar melalui kuasa mutlak. 3.1.3
Ø
Kegagalan Jaringan Sistem Hidraulik
Kerajaan Angkor telah membina jaringan sistem hidraulik yang teliti mengandungi
empangan (dams), tempat penyimpanan air (reservoirs), penghalang banjir (dikes), kawalan banjir dan pengangkutan. Sistem tali air (irrigation) membolehkan penanaman padi dua kali setahun atau lebih. Ø Masyarakat Khmer kemudiannya dilihat sudah tidak sanggup untuk bekerja sepenuh hati terhadap raja. Sebelum ini, pekerjaan mereka diabadikan kepada raja sebagai sebahagian daripada kerja-kerja suci.Ø Ketidakcekapan penyelenggaraan seterusnya menyebabkan sistem pengairan dan perparitan tersumbat, seterusnya mengurangkan bekalan beras secara dramatik. Hal ini seterusnya melemahkan produktiviti secara keseluruhannya dan menyebabkan populasi menurun.
Ø
Ketiadaan
penyelenggaraan
juga
menyebabkan
pembiakan
nyamuk yang
kemudiannya
menyebabkan penyakit malaria. FAKTOR LUARAN 3.2.1
Perang Dengan Siam
Ø Siam yang sangat bercita-cita tinggi dan telah melakukan serangan berterusan terhadap Angkor dari tahun 1351. Ø
Semasa serangan Siam, Angkor terpaksa mengerahkan seluruh sumber tenaga untuk
memperkuatkan sistem ketenteraannya. Fokus Khmer untuk mempertahankan Angkor daripada serangan Siam menyebabkan sistem pengairan dan saliran Angkor kemudiannya terjejas. Ø Para penduduk yang terdiri daripada banduan-banduan perang, termasuklah keseluruhan keluarga, dilihat telah bermigrasi ke bahagian barat selepas Angkor tewas di tangan Siam pada 1431. Ø Semasa proses ini berlangsung, penduduk dan keseluruhan institusi turut berhijrah ke bahagian selatan menuju ke Phnom Penh. 3.2.2
Perubahan Corak Perdagangan Antarabangsa
Ø Sesebuah ibu kota harus berada dekat dengan kawasan laut sedangkan Angkor berada agak terpencil di kawasan pedalaman. Ø Kota-kota seperti Phnom Penh adalah lebih dekat dengan laut dan sesuai dengan perdagangan maritim yang menjadi begitu penting pada abad ke-15. Ø Struktur organisasi, birokrasi, dan keutamaan ekonomi di Angkor yang berasaskan sistem pengairan, buruh paksa serta pemerintahan berasaskan nasihat golongan Brahmin tidak lagi cukup kuat atau relevan untuk menyeimbangkan kos hidup masyarakat untuk menyelenggara Angkor selaku ibu kota Kemboja. Ø Oleh itu, Phnom Penh telah menjadi ibu kota Kemboja. ANALISIS
Ø Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Angkor, namun faktor yang paling dominan ialah kegagalan jaringan sistem hidraulik yang menjadi nadi kepada Angkor selama berabad lamanya. Ø Walau bagaimanapun, sistem hidraulik ini tidak akan berhenti berfungsi jika konsep Devaraja masih berjaya dikekalkan oleh pemerintah. Ø Dalam masa yang sama, Angkor sebenarnya sudah menunjukkan tanda-tanda kehausan sumber kerana ekologinya telah dieksploitasi selama berabad lamanya. Pembinaan bangunan seperti kuil-kuil dan monumen-monumen lainnya menyebabkan berlakunya social exhaustion. Ø Masyarakat mula berfikir mengenai kedudukan mereka, namun mereka memerlukan suatu anjakan daripada pendorong tertentu dan aliran Buddha Theravada telah menukar cara mereka berfikir secara total.
Ø Melalui aliran baru ini, rakyat mula enggan untuk bekerjasama dengan pemerintah dan soal kebebasan mereka yang mula ditimbulkan menyebabkan kesukaran raja untuk mengekalkan sistem hidraulik yang memerlukan penyelenggaraan daripada pekerja dan sumber yang banyak. Ø Siam pula sememangnya menantikan saat untuk menyerang Angkor. Hasilnya, serangan berterusan dari tahun 1351 telah menyebabkan raja Angkor tidak dapat menumpukan perhatian terhadap penyelenggaraan sistem hidraulik yang penting sebagai sumber air dan bagi mengairi kawasan pertanian. Ø Sumber tenaga banyak ditumpukan terhadap pertahanan Angkor daripada serangan Siam, namun akhirnya Angkor tunduk di tangan Ayudhaya pada 1431. Ø Penduduk mula meninggalkan Angkor dan mencari penempatan baru memandangkan Angkor tidak sesuai diduduki lagi. Ø Mereka akhirnya bermigrasi sehingga ke Phnom Penh yang kemudiannya menjadi ibu kota baru yang berasaskan perdagangan. RUMUSAN
Ø Kerajaan Angkor telah merosot pada abad ke-13 hingga ke-14 dan kuil-kuilnya telah dilitupi oleh hutan. Selepas kemerosoton tersebut, Kemboja yang diperintah oleh Khmer menjadi semakin lemah dan kecil. Ø Monumen Angkor tidak diketahui oleh Barat sehinggalah seorang berbangsa Perancis, Henri Mouhot menjumpainya semula pada 1860. Beliau sangat terkejut dengan monumen hebat tersebut yang terbiar dan tidak digunakan selama 400 tahun. Ø Oleh itu, kewujudan Angkor sebenarnya sangat mengagumkan, namun akhirnya runtuh juga atas pelbagai faktor. Kesan kegemilangan tersebut dapat dilihat menerusi peninggalan monumenmonumen di Angkor.