Laporan Makanan Tradisional Kaum India
Pengenalan Secara
konsepnya,
budaya
bermaksud
cara
hidup
manusia
dimana
mangamalkan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat serta usaha manusia dalam sesuatu kelompok besar. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang membawa maksud ” budi + daya „. Dengan ini , lahiriah
manusia yang meliputi usaha dan hasilan adalah aspek daya. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Secara ringkasnya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk yang dapat dilihat atau tidak. Dari segi Ciri-ciri budayanya ialah pengkongsian suatu masyarakat, budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa dan budaya diperolehi melalui proses pembelajaran. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang terdiri daripada Melayu, Cina, dan India. Pada masa yang sama, negara ini juga, salah satu negara yang mempunyai berbilang kaum serta dapat hidup dengan aman dan harmoni antara satu sama lain. Dengan itu, setiap kaum mempunyai keistimewaan sendiri dengan pakaian, makanan dan budaya masing-masing. Secara khususnya, kaum-kaum di Malaysia mempunyai kepelbagaian dalam pelbagai bidang. Terutamanya dalam makanan contohnya kepelbagaian makanan di Malaysia mengagumkan masyarakat serata dunia. Oleh itu, terdapat pelbagai makanan tradisional yang kita boleh diperolehi di negara ini. Antara kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan iaitu masyarakat India yang amat sedap dan menampah selera masyarakat yang lain seperti orang Melayu dan Cina. Asal usul makanan kaum India India Secara konsepnya, makanan kaum India adalah masakan dari berbagai kawasan di anak benua India. Contohnya, masakan India utara dimana mereka menggunakan produk ternak perah. Susu, paneer, yogurt dan minyak samin
merupakan produk ternak perak dan juga salah satu ciri khas bagi masakan India utara. Selain itu, masakan India utara datangnya dari masa invasi Islam dimana masakan Pakistan dan makanan India utara adalah hampir sama. Hal ini dapat menjelaskan bahawa, kedua-duanya mempunyai sejarah serta budaya yang hampir serupa. Dari segi makanan utama bagi penduduk India utara adalah lentil dan pelbagai jenis roti yang dibuat daripada tepung gandum. Seterusnya masakan India selatan. Makanan utama bagi penduduk di India selatan adalah nasi dimana mereka memiliki beraneka variasi bagi hidangan nasi itu. Perkara ini menunjukkan bahawa, nasi adalah salah satu makanan ruji bagi sebahagian besar penduduk disana. Penduduk di India selatan makan nasi bersama dengan sambar dan rasam serta berbagai jenis jeruk yang dikenali sebagai acar. Tambahan pula, keistimewaan masakan India selatan yang lain adalah mereka menggunakan asam jawa iaitu imli, kelapa, beras, lentil dan berbagai jenis sayuran untuk menambahkan rasa makanan. Selain itu, hidangan yang lain seperti, hidangan daripada kelapa parut, santan, minyak kelapa dan daun salam koja adalah salah satu hidangan bagi masakan India selatan. Dari segi saparan pagi di India Selatan ialah hidangan seperti thosai, poori, vadai dan idili. Biasanya, hidangan seperti kesaribath, upma, pulao, piliyodharai serta thengai sadham adalah hidangan yang sangat popular di India Selatan. Dari segi masakan India timur pula, ianya terkenal dengan hidangan penutup. Hidangan penutup misalnya rasagolla, chum chum, sandesh, chhena jalebi dan sebagainya. Makanan ini popular di India utara dimana ianya datang dari Banggala atau di Orissa. Kebanyakkan masakan di India timur menggunakan biji poppy. Selain itu, orang india timur pula, serupa dengan orang india selatan dimana makanan utama bagi penduduk di India timur adalah nasi. Pada masa yang sama, lauk adalah berupa kari dimana makan bersama dengan nasi putih atau ghonto iaitu nasi berbumbu. Bumbu adalah masakan tradisional bagi penduduk Orissa, Benggala, dan Assam di india timur. Contohnua, bumbu yang umum dalam masakan mereka adalah biji sesawi, jintan, jintan hitam, cili hijau, pasta jintan, dan rempah siap pakai yang disebut panch phoron atau dikenali sebagai panch phutana. Dari segi lauk pula, mereka menghidangan lauk yang umum seperti kari lentil, hidangan seperti ikan dan daging serta bebepara jenis sayur dalam makanannya. Secara tidak langsung, kari dapat digolongkan sebagai bata
dimana sebutnya „pasta‟, bhaja iaitu goreng, chochchoree dimana sedikit pedas, dan
jhol iaitu kari bersama dengan sedikit rempah. Tambahan pula, sarapan bagi India timur adalah panta bhat atau pakhaal dimana beras yang dipipih dan dimakan setelah disiram dengan susu dan dicampur buah-buahan. Ini merupakan sarapan tradisional yang digemari oleh mereka. Sehubungan dengan itu, masakan India Barat pula, terdiri dari masakan Maharashta, masakan Gujarat, dan masakan Goa. Dari segi masakan Maharashtra ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok, dimana masakan pesisir dan masakan pegunungan. Masakan pesisir adalah bergantung kepada beras, kelapa, dan ikan karana ianya memiliki kondisi geografi seperti di Goa. Manakala, masakan pegunungan pula, mereka memakai kacang tanah sebagai pengganti kelapa, dan makanan pokok berupa iaitu sorgum dan bajra iaitu milet. Masakan seperti ini sangat popular di dataran tinggi Ghats Barat dan Dataran Tinggi Dekkan jowar. Tambahan pula, di kawasan pesisir Konkan dikenal sebagai masakan Saraswat, sementara mayoritas hidangan dalam masakan Gujarat adalah makanan vegetarian. Kebanyakkan makanan Gujarat terasa manis karana ditambah dengan gula atau gula merah. Hal ini menjelaskan bahawa, pada masa India Portugis, bermunculannya hidangan masakan Goa yang dipengaruhi oleh masakan Portugis. Dari aspek keistimewaan dan ciri khas masakan India adalah mereka menggunakan berbagai rempah-rempah khas India seperti rempah sayuran yang telah ditumbuh, beraneka ragam hidangan vegetarian dan sebagainya. Selain itu, masakan India juga dapat mencerminkan keanekaragaman iklim, demografi, dan agama. Secara langsungnya, kawasan yang bertetangga seperti Timur Tengah, Asia Tengah, dan Laut Tengah telah menjadikan masakan India sebagai percampuran unik dari berbagai masakan Asia. Disamping itu, orang Eropah pada masa kolonial India memperkenalkan teknik memasak Eropa iaitu dari Inggeris dan Perancis kepada orang India, dan menambah keanekaragaman masakan India. Selain itu, masakan India juga mempengaruhi masakan negara-negara di lain di dunia, terutama masakan Asia Tenggara, khususnya dalam pemakaian rempah-rempah untuk membuat hidangan serupa kari dalam Thailand, Malaysia, dan Indonesia. Makanan kuam India di Malaysia
Makanan Tradisional Begitulah dengan masyarakat India yang merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara ini. Pada masa yang sama, masyarakat tersebut juga mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Anataranya, adalah makanan tradisional, makanan manisan dan makanan perayaan. Makanan daun pisang, thosai, idhili, muruku, appam, poori, capati, vadai dan putu mayam merupakan makanan tradisional. Makanan Daun Pisang adalah makanan tradisional bagi masyarakat India. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang India amnya. Nasi biasanya dihidangkan dengan pelbagai lauk di atas daun pisang. Ini membawa maksud nasi yang dihidangkan di atas daun pisang dengan sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadum. Selalunya, hanya kuah kari sahaja dihidangkan, dagingnya tidak dihidangkan. Dari segi kelebihan daun pisang adalah, apabila nasi yang panas dihidangkan atas daun pisang, ia akan melepaskan satu tindakan dari lapisan atas daun pisang dimana dapat membantu sistem penghadaman. Selain itu, nasi daun pisang ini merupakan salah satu makanan yang penting bagi vegetarian India. Secara tradisionalnya, nasi daun pisang ini dimakan dengan menggunakan tangan. Bukan itu sahaja, bagi masyarakat India, elemen ini mencerminkan keunikan makanan kaum tersebut adalah penggunaan daun pisang sebagai alas makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Seterusnya, kegunaan lain bagi daun pisang adalah aroma. Contohnya, beraroma bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan malah aroma dapat membangkitkan selera makanan harian kita. Dari segi keistimewaan daun pisang pada masyarakat India adalah daun pisang merupakan simbolik kepada masyarakan India sejak zaman nenek moyaong. Biasanya, nasi daun pisang ini dihidangkan semasa upacara kelahiran, perkahwinan, ritual keagamaan ataupun kematian masyarakat Hindu. Setiap upacara kaum India tidak sempurna tanpa daun, pokok atau setandan buah pisang. Selain itu, kepercayaan dalam masyarakat India atas daun pisang adalah sifat semula jadi pokok pisang yang mudah hidup diumpamakan seperti mengharapkan kesejahteraan dalam hidup. Pada masa yang sama, juga dapat memupuk semangat setia kawan dan kekeluargaan
apabila kita ramai-ramai dapat berkongsi apa sahaja yang dihidangkan. Tambahan pula, warna daun pisang iaitu hijau membawa banyak kesan dan kegunaan kepada masyarakat India terutamanya deria mata dimana menyenangkan mata yang melihatnya disamping mereka juga menganggap ianya memberi tuah kepada mereka. Dari pandangan budaya masyarakat India pula, kebiasaannya daun pisang akan diletakkan dengan pucuk daun menghala kearah kiri. Ini menunjukkan daun pisang lebih lebar dipangkalnya, dan kedudukan pangkal daun pisang di sebelah kanan memberikan lebih banyak ruang bagi mereka yang menggunakan tangan kanan untuk makan. Selain itu, ini juga untuk mengelakkan kari atau hidangan tumpah dan mengotori meja. Menurut orang India selatan, mereka akan meninggalkan sedikit sisa pada daun pisang kerana sisa ini sengaja ditinggalkan bagi diberikan kepada serangga, haiwan, dan burung. Selepas makan, daun pisang akan dilipat dengan cara dilipat ke arah diri sendiri. Ini melambangkan ingin kembali menikmati hidangan tersebut. Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dapat dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia dan di Singapura. Selain itu, putu mayam ialah sejenis makanan manis yang selalunya dimakan ketika sarapan pagi ataupun sebagai snek. Secara lanjutnya, proses menghasilkan putu mayam adalah terdiri daripada mengaul tepung beras atau tebung idiyappam dengan air atau santan. Kemudian, menekankan dol melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Biasanya, putu mayam dikukus dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Selain itu, putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula melaka atau gula kabung. Di Malaysia dan di Singapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja atau motosikal dan ini juga merupakan hidangan sejuk yang boleh dibuat di rumah. Manakala di Indonesia putu mayam ini dikenali sebagai Putu mayang. Makanan ringan yang lazat di jamuselera diwaktu pagi, petang atau pun malam adalah Thosai. Thosai ini mempunyai banyak nama lain seperti dosay, dose, dosai, dhosha, tosai ataupun chakuli. Thosai berasal dari Tamil Nadu, India. Manakala, makanan thosai di Malaysia semakin popular dalam kalangan masyarakat majmuk. Bagi masyarakat India, thosai merupakan makanan tradisional dan mendapati peminat
hidangan tosai ini lebih ramai dari kalangan orang Melayu dan Cina berbanding dengan kaum India. Selain itu, tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Tosai sedap dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar india, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai, ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup. Dari segi kelebihan pula, makanan tosai adalah makanan yang rendah kolestral dan sekiranya untuk masak menggunakan kuali tak melekat iaitu (non-stickable pan) dimana boleh menghindarkan lemak kosong peratus. Ramai orang gemari makan thosai kerana thosai sesuai untuk makanan diet dan sihat. Thosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Hal ini menjejaskan bahawa, p urata nilai kalori sekeping “t hosai kosong ” adalah 155 kalori bagi satu hidangan . Bahan utama untuk membuat resepi thosai adalah kacang tosei yang dikenali sebagai „ulundhu‟ dalam bahasa tamil. Di India kacang ini digelar sebagai “Urad Dhal” dinama ianya berkulit keras yang berwarna hitam dan bentuk seperti kacang hijau. Dari segi kebaikannya, nilai protein yang terdapat dalam urat dhal adalah amat tinggi dan mempunyai ciri-ciri istimewa untuk menghindarkan kemudaratan kesihatan. Selain itu, rempah adalah cara terbaik untuk mencegah kesihatan dengan bersifat nilainilai perubatannya tersendiri. Secara tidak langsung, dalam masakan thosai ini pengunaan urat dhal akan menyebabkan perut kita sebu kerana angin atau stomach gasing. Rempah yang digunakan untuk mengatasi masalah dan menambahkan aroma adalah “halba”. Halba dalam tosai ini selain dari mengharumkan tosai dan ia juga boleh hindarkan masalah “angin”. Sehubungan dengan itu, beras juga merupakan bahan
yang penting bagi masakan thosai. Beras ini mempunyai nilai kanji yang tinggi tetapi kebiasaannya cara masakan India menganjurkan menghindarkan air kanji dalam kaedah masak nasi putih. Proses Fermatation atau pemerapan ini membuatkan tosai ini sebagai makanan unik yang dikategorikan dalam pemakanan sihat. Idli juga adalah salah satu makanan tradisional bagi kaum India. Idli dan thosai juga merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India pada Hari Deepavali dan ini juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenisnya seperti sanna, rave atau sambar idli. Makanan ini, dimakan sebagai sarapan pagi ataupun
sebagai makanan ringan. Selain itu, makanan ini sering dihidang dengan sambal dari sayur- sayuran, kari serta boleh dimakan dengan „sandhini‟ . Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi. Tambahan pula, murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Makanan ini sejenis makanan yang dihidangkan bagi tujuan perayaan bagi kaum Hindu. Murukku juga mempunyai nama-nama lain seperti chakli dan chakri. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Hal ini kerana, murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat serta kos yang murah. Murukku sebagai hidangan snek untuk dinikmati ketika bersantai. Pada masa yang sama, masyarakat Melayu dan Cina menghidangkan murukku semasa perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Dari segi bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Biasanya, murukku diperbuat dari tepung kacang thosai atau Urad dhal dan tepung beras dimana perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan yang halus. Selain itu, murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili, asafoetida, ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur. Seterusnya, capati adalah sejenis makanan yang digemari dan sering menjadi hidangan sarapan pagi. Kini makanan ini telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia seterusnya dapat memupuk perpaduan di negara ini. Semua lapisan masyarakat berkongsi menu makanan yang sama tanpa mengira status, agama dan budaya. Capati mempunyai sedikit persamaan dengan roti canai dimana ramuan yang digunakan untuk menghasikannya
adalah
hampir
sama.
Dari
segi
perbezaannya
adalah
cara
pembakarannya. Selain itu, capati dihasilkan daripada tepung beras yang diuli menjadi doh dan kemudiannya ditempa seperti lempeng. Selepas itu, bakar capati tanpa menggunakan minyak. Kelebihan capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai
banyak khasiat dan makanan ini sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Capati ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal. Tambahan pula, keunikan capati ialah kini terserlah kerana tidak lagi menjadi menu sarapan pagi sahaja, disamping menjadi menu hidangan utama di restoran makanan dan mendapat permintaan tanpa mengira waktu. Sehubungan dengan itu, vadai juga merupakan sejenis makanan tradisional bagi kaum India. Vadai atau disebut 'Wah-dei' merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Parupu Vadai dimana diperbuat dari dal dan kentang. Selain itu, ianya juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali. Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Vadai merupakan sejenis makanan kelihatan seperti kuih donat tetapi ulundhu vadai kelihatan sedikit berbeza dari segi rasa dan cara pembuatannya. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Biasanya, vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak. Vadai sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan sering dianggap kuih bagi masyarakat melayu serta dapat dapat mewujudkan suasana harmoni dan mengukuhkan perpaduan antara masyarakat Malaysia. Makanan Perayaan Tambahan pula, Puri di Malaysia amat digemari oleh masyarakat keturunan India. Puri adalah makanan ringan yang berasal dari benua kecil India yang mempunyai sejarah kewujudan yang beribu tahun. Perkataan, “PURI” adalah berasal dari Perkataan Bahasa sanskrit purba, “Purikka”, yang bermaksud “mengisi”. Maka resepi puri ini
adalah resepi yang telah berusia beribu tahun lamanya. Pada masa yang sama, pori adalah paling popular pada waktu sarapan pagi atau minum petang yang paling digemari rakyat negara India, Nepal, Pakistan dan Bangladesh ialah puri. Hidangan Puri adalah makanan dalam kategori roti iaitu goring seperti roti Nan, capati atau Roti Prata yang dikenali sebagai roti canai. Dari segi prosesnya, pori dijamu dengan berbagai gulai atau sambal yang istimewa. Bagi masyarakat Malaysia pula, pori dijamu dengan sambal tumis ikan bilis atau sambal sardin yang boleh digunakan sebagai pencicah puri yang amat lazat. Biasanya pori, semasa membuat ianya lembut, kembang dan gelembung tetapi apabila
sejuk ia akan keras, liat dan menjadi leper seperti roti canai. Selain itu, kebanyakan restoren India, melembabkan puri supaya lembut dengan melapik dua keping puri diantara dua keping puri diletakan masakan kentang kurang pedas. Ramai dari kalangan masyarakat India di negara ini kenal puri yang telah di‟sandwich‟kan dengan
sambal kentang. Satu lagi hidangan yang berasal dari India ialah nasi beriyani. Nasi beriyani adalah hidangan jenis nasi dimana biasanya dari beras basmati yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran, atau daging. Biasanya, nasi beriyani dimakan pada masa perayaan seperti Deepavali. Selain itu, keistimewaan nasi beriyani ialah boleh di makan bila-bila masa sahaja. Contohnya, semasa menyamput hari jadi, rumah terbuka dan sebagainya. Nasi beriyani boleh dimasak secara mengukus dengan kurang berminyak berbanding nasi yang lain. Di samping itu, ia juga boleh dimakan dengan pelbagai jenis aneka lauk atau kari mengikut kesesuaian dan cita rasa sendiri. Terdapat beberapa jenis nasi beriyani tetapi nasi beriyani gam merupakan paling popular dan bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain. Contohnya, nasi beriyani ini dipelopori oleh orang Melayu terutama di Johor. Cara membuat nasi beriani gam ini ialah dimasak bersama dengan lauknya dimana ayam dan daging serta doh tepung gandum menjadi bahan penampal. Kemudiannya, doh ini akan ditampal di sekeliling tutup periuk supaya mengekalkan wap dan haba disamping mengekalkan aroma dan tekstur nasi. Seterusnya, makanan perayaan kaum India ialah kollukattai. Biasanya, diperbuat daripada tepung beras dengan campuran kelapa parut, kacang dhal dan gula sebagai inti dalaman. Selain itu, ia akan dikukus hingga masak. Ini juga merupakan makanan kegemaran "dewa ganapathi". Kuih ini akan dihidangkan semasa upacara tertentu bagi kaum india seperti tahun baru India, semasa upacara di kuil dan sebagainya. Perayaan Ponggal dirayakan secara besar-besaran oleh kaum India di Malaysia. Ponggal yang juga dikenali sebagai Makara Sankranti, adalah pesta menuai dari India Selatan yang diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Surya, Tuhan Matahari bagi hasil tuaian yang lumayan. Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan „masak padi baru‟ serta „memuja semangat padi‟. Selani itu, semasa ponggal „nasi manis‟
dimasak didalam periuk tanah liat. Susu ini kemudiannya dicampur dengan beras, gula
merah, buah pelaga, badam, buah gajus, kismis dan minyak sapi sebelum disembahyangkan serta diedarkan kepada para penganut. Ponggal yang melimpah juga membawa maksud bahawa hidup seseorang akan dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan. Makanan Manisan Selain daripada makanan tradisional dan makanan perayaan, makanan manisan juga merupakan identiti masyarakat India. Makanan manisan mampu membawa kegembiraan, keseronokan dan nilai positif serta kesejahteraan yang berpanjangan adalah kepercayaan kaum India. Perkara ini menunjukkan bahawa, manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini. Terutamanya, pelancong asing. Selain itu, dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Tambahan pula, mereka akan dihidangkan dengan makanan manisan yang tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa, laddu dan sebagainya. Contohnya, kuih rawa urundai merupakan kuih yang kurang manis. Pada masa ini, ramai tidak mengenali kuih ini. Ramuan kuih ini ialah tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi. Manakala, kuih nei urundai pula merupakan kuih yang manis. Kuih ini, ialah hidangan tradisi di Selatan India dan Ianya kaya dengan protein. Rupanya sama seperti kuih rawa urundai tetapi kuih ini lebih manis daripada kuih rawa urundai. Kuih sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang. Dari segi, ramuan kuih ini ialah tepung kacang hijau, gula, garam, buah gajus, buah pelaga, kismis dan minyak sapi. Kanak-kanak digemari makan kiuh ini kerana lembut dan sedap. Adhirasam adalah salah satu makanan manisan yang popular dalam kalangan kaum India. Ia juga menjadi hidangan di hampir setiap rumah di selatan India. Bahagian yang paling penting dalam menghasilkan adhirasam adalah bahagian paagu (sirap) dimana adunan paagu yang betul dapat dihasilkan dengan rasa yang sangat lazat. Bentuknya sama seperti kuih donat. Ramuan kuih ini ialah tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam, kelapa parut dan minyak masak. Kuih boleh tahan sehingga enam bulan.
Selain itu, kuih ladhu merupakan makanan manis juga. Kuih ini mudah rapuh apabila dipegang kerana terlalu lembut. Tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi adalah ramuan bagi kuih ladhu. kuih ini sedap untuk dimakan. Oleh itu, sebagai kesimpulan pada masa kini masyarakat Malaysia tidak hanya memilih untuk menjamu selera berdasarkan makanan tradisional mereka sahaja, malah menjadikan hidangan tradisional kaum lain sebagai menu santapan harian mereka. Hal ini kerana, makanan telah menjadi salah satu medium perhubungan antara masyarakat di Malaysia. Tanpa kita sedari, makanan tradisional setiap kaum mempunyai kelebihan tersendiri yang identitinya seperti makanan kaum India. Dengan ini, jelaslah bahawa makanan adalah satu kaedah penting bagi menangani isu perpaduan kaum bagi mengelakkan berlakunya perpecahan yang mengundang masalah besar kepada Negara kita.
REFLEKSI
Salam sejahtera dan perpaduan. Saya Vimeladevee a/p Ravichandran semester 3 PISMP berasa berpuas hati dan gembira dengan kerja kursus ini kerana dapat menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dalam tugasan Hubungan Etnik ini, saya dapat mengenal pasti konsep asas hubungan etnik. Selain itu, dalam tugasan 1 pula, menghasilkan satu penulisan buku skrap berdasarkan salah satu tema hubungan etnik dari segi ekonami, politik, sosial, budaya dan agama. Pensyarahnya ialah Encik Rosly Bin Mohd Sani sebagai Pensyarah kepada subjek Hubungan Etnik (WAJ 3106) telah memberikan maklumat yang cukup lengkap dan tepat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Menurut tajuk hubungan etnik ini, saya memilih tema budaya yang bertajuk makanan tradisional kaum India dimana kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan iaitu masyarakat India yang amat sedap dan menampah selera masyarakat yang lain seperti orang Melayu dan Cina malah kedatangan pelancongan. Dalam tugasan ini, saya telah meluangkan masa dan tenaga untuk mencari informasi daripada pelbagai sumber seperti buku-buku yang pinjam dari perpustakaan dan juga menggunakan sumber internet. Selain itu, kekuatan ialah, saya juga telah meningkatkan kemahiran pencarian maklumat saya seperti diinternet, buku-buku dan perbincangan dengan kawan. Bahan-bahan bagi tajuk ini tidak begitu banyak dan kebanyakkanya semua di dalam bahasa Indonesia, namun secara gigih saya berjaya menukarkan ke dalam Bahasa Melayu. Kemudian, saya juga belajar untuk menghargai dan mengahyati makanan tradisional semua kaum di Malaysia. Secara jujurnya, dengan pembelajaran hubungan etnik ini, saya makin mengagumkan kepelbagaian dalam bidang di negara ini. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya hanya berpendapat bahawa subjek Hubungan Etnik hanyalah sekadar pembelajaran dan mencari jawapan. Tetapi jujur saya katakan, tidak pernah saya terfikir bahawa penyelesaian melalui kerja kursus ini, mempunyai
langkah-langkah
untuk
menganalisis
maklumat
yang
terancang.
Contohnya, semasa membuat buku skrap. Setelah mencari maklumat mengenai
makanan tradisional masyarakat India, saya boleh dapat menganalisis dan mengenal pasti ketegori makanan terutamanya makanan tradisional, makanan perayaan dan makanan manisan. Pada masa yang sama, saya dapat merancang strategi yang sesuai sewaktu membuat buku skrap yang efektif. Dengan ini, saya dapat melaksanakan buku skrap dengan sempurna melalui proses ini dengan baik. Saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna walaupun saya agak sibuk dengan tugasan-tugasan dan hal-hal lain. Sesungguhnya tugasan yang diberikan kali ini mungkin kelihatan mudah namun jujur saya akui, secara peribadi tugasan ini amat mencabar kerana memerlukan saya memahami tentang tajuk yang saya pilih. Pada masa yang sama, dari segi kekuatan semasa menjalankan tugasan ini, saya mula mengetahui dengan lebih lanjut tentang makanan kaum India secara mendalam serta saya juga dapat mengaplikasikan maklumat yang saya perolehi dalam menyiapkan tugasan saya untuk dapat murni lagi. Contohnya, asal usul masakan kaum India. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, ianya memberi saya pelbagai pengalaman dan menambah ilmu dimana dapat meningkatkan daya kefahaman, daya kreativi, pengetahuan saya tentang isu yang berkaitan dengan tajuk yang saya pilihi. Kekuatkan lain pula, ia juga meningkatkan kemahiran saya dalam menggunakan teknologi maklumat (ITC) serta dapat menjadi motivasi kepada saya dengan lebih tekun lagi. Dari segi kelemahan pula, sikap menangguhkan kerja dan membuat pada saat akhir menyebabkan saya menjadi agak tertekan dengan bebanan tugasan yang lain. Disamping itu, saya saya lebih memberi keutamaan untuk membuat buku skrap sehingga menggangu proses menyiapkan keseluruhan tugasan subjek ini. Selain itu, saya
kurang
memahami
kehendak
soalan
dan
saya
tidak
berkesempatan
mengemukakan soalan tentang tugasan ini. Saya sebagai guru pelatih, tugasan ini banyak memberi maanfat kepada saya untuk mendalami serta menghayati kesanya secara terperinci. Tambahan pula, saya dapat peluang untuk berkongsi dan menambah ilmu tentang makanan tradisional kaum India malah kaum-kaum lain seperti kaum Melayu dan Cina supaya dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dengan adanya konsep hubungan etnik dalam melahirkan anak murid yang seimbang dari segi JERIS. Selain itu, melalui
tugasan
ini
sememangnya
telah
banyak
memberikan
ilmu
pengetahuan
dan
pengalaman kepada saya dalam mempertingkatkan kualiti kerja saya sebagai guru untuk kegunaan di sekolah dan panduan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Rujukan http://www.scribd.com/doc/46998884/Makanan-Kaum-India http://chef-rostam.blogspot.com/ https://sites.google.com/site/senidanbudayamalaysia/tose http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama &pg=ru_01.htm http://tigarasa2012.blogspot.com/2012/12/istimewanya-daun-pisang-pada-masyarakat.html http://balannambiar.wordpress.com/2011/01/10/resipi-tosei-dosai-mamak-penang/ http://www.slideshare.net/erolkefli/refleks1
Buku
Baharuddin Hj. Musa. (1973). Ke Arah Pengwujudan Kebudayaan Kebangsaan. Pemimpin
Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Kearah Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Aziz Deraman.(1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai.