TUGASAN 1: PENULISAN LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
1
LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SK RANGGU, TAWAU Pada 13 Mac 2017, saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama satu minggu iaitu sehingga 17 Mac 2017 di Sekolah Kebangsaan Ranggu, Tawau. Menerusi pengalaman ini, saya memahami tentang alam persekolahan, peranan guru, sistem pengurusan sekolah dan juga tingkah laku murid di sekolah. Sekolah Kebangsaan Ranggu merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Selain itu, SK Ranggu mempunyai sebuah prasekolah dan terdiri daripada 12 buah kelas perdana yang terdiri daripada 473 orang murid. Jumlah bilangan guru yang terdapat di sekolah ini adalah seramai 33 orang yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 18 orang perempuan. Sepanjang menjalani PBS ini, saya telah mendapat banyak pengalaman yang bermanfaat kepada diri saya. Sebagai contohnya, saya telah diberi peluang untuk menjalankan pemerhatian di Prasekolah Permata Hati SK Ranggu, Tawau. Melalui pemerhatian terhadap kedua-dua kelas, saya mendapati bahawa terdapat
perbezaan
dari
pelbagai
aspek
perbezaan
individu
murid.
Dalam
pemerhatian yang dijalankan sepanjang PBS ini, saya memfokuskan kepada Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Teori ini adalah penting kerana setiap murid memiliki pelbagai kecerdasan serta mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Menurut Gardner, kecerdasan bukan diwarisi semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan sebagainya (dipetik dari Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Kecerdasan merupakan keupayaan seseorang melihat sesuatu masalah dan kemampuan untuk menyelesaikannya. Terdapat sembilan jenis kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam teori ini iaitu kecerdasan muzik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan naturalis, kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan
kinestetik,
kecerdasan
interpersonal,
kecerdasan
intrapersonal,
kecerdasan ruang-visual dan kecerdasan eksistensialisme. Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, saya mendapati bahawa salah seorang daripada murid di prasekolah tersebut memiliki kecerdasan interpersonal yang tinggi iaitu Farah (bukan nama sebenar). Menurut Suppiah Nachiappan et al. (2012), kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan dalam memahami orang lain dan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara efektif. Berdasarkan pemerhatian, adalah jelas bahawa Farah sememangnya memenuhi hampir kesemua ciri-ciri kanak-kanak yang memiliki kemahiran intrapersonal. 2
Sebagai contoh, Farah selalu membantu kawan-kawannya yang lemah dalam pelajaran serta sentiasa memberi motivasi kepada kawan-kawannya supaya berusaha bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa. Selain itu, Farah juga selalu membantu guru prasekolah untuk menguruskan kelas serta sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti. Guru prasekolah tersebut juga menyatakan bahawa Farah merupakan seorang yang sentiasa ceria dan rajin serta pandai dalam semua subjek. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Farah merupakan seorang yang memiliki kecerdasan interpersonal yang tinggi. Implikasi daripada kecerdasan interpersonal ini, responden akan menjalani proses pembelajaran yang lebih berkesan melalui penglibatan yang aktif dan kerjasama dengan rakan sekelas serta mempunyai perhubungan yang baik antara rakan-rakan sekelas. Guru juga haruslah sentiasa memberikan peneguhan kepada Farah yang sentiasa mendengar arahan guru. Secara tidak langsung, rakan-rakan sekelas juga akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana keinginan untuk diberi peneguhan seperti yang telah dilakukan terhadap Farah. Farah juga haruslah dijadikan teladan kepada kanak-kanak yang lain supaya mencontohi sikapnya. Dengan ini, Farah akan rasa lebih dihargai malah kanak-kanak yang lain juga akan meniru perlakuan atau mempelajari sikap Farah supaya boleh menjadi teladan kepada kanak-kanak lain. Berdasarkan teori Bandura, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan peniruan terhadap seseorang yang berada di sekeliling mereka (Lew, Norliza Jaafar & Norulazilah Md Nordin, 2015). Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran juga boleh berjalan dengan lancar dan kanak-kanak boleh belajar dalam suasana yang selesa. Selain itu, saya juga mendapat bahawa terdapat salah seorang kanak-kanak yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik iaitu Aish (bukan nama sebenar). Melalui pemerhatian, Aish merupakan seorang kanak-kanak yang sangat aktif dan suka menanyakan soalan serta menceritakan pengalamannya walaupun dengan orang yang tidak dikenali. Menurut Khair Hidayati Binti Mohd Khair, Fadilah Binti Abdul Majid, Khairunnisak Bt Yahya & Munirah Bt Senik (t.t), kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Berdasarkan pemerhatian,
Aish
sentiasa
ingin
bercerita
tentang
pengalamannya atau apa-apa sahaja perkara yang dia pernah alami mahupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Semasa aktiviti menyanyi dan menari dilaksanakan, dapat dilihat bahawa Aish sangat gembira dan 3
seronok serta dapat menghafal lirik lagu yang ditayangkan dengan cepat. Bukan itu sahaja,
responden
juga
akan
melibatkan
diri
secara
aktif
sekiranya
guru
melaksanakan aktiviti bercerita lebih-lebih lagi jika dia diberi peluang untuk bercerita di hadapan rakan-rakannya. Implikasi
daripada
kecerdasan
yang
dimiliki
oleh
responden,
proses
pengajaran dan pembelajaran kemungkinan akan terganggu kerana responden mengganggu rakan-rakannya dengan sentiasa bercerita tentang pengalamannya. Akibatnya, rakan-rakannya juga tidak dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walaupun demikian, kecerdasan verbal-linguistik turut mendatangkan manfaat kepada diri responden. Contohnya, responden boleh menghafal sesuatu khususnya lirik lagu dengan cepat. Tambahan pula, responden akan menjadi lebih berani serta berkeyakinan tinggi sekiranya diminta untuk bercerita di hadapan orang ramai. Sekiranya responden tidak diberikan peluang untuk mengasahkan bakat yang sedia ada, kemungkinan besar responden akan menjadi pasif dan bersikap introvert. Justeru, guru haruslah bijak merancang aktiviti yang merangkumi kecerdasan pelbagai untuk mengesan bakat setiap kanak-kanak serta membantu untuk mengasahkan bakat yang terpendam tersebut. Kesimpulannya, pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner adalah penting untuk para guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut minat serta bakat kanak-kanak masing-masing. Guru haruslah mengambil kira kesemua kecerdasan yang telah dinyatakan dalam teori Howard Gardner. Hal ini demikian kerana setiap kanak-kanak memiliki kecerdasan yang pelbagai walaupun mereka sama umur atau jantina. Pada masa yang sama, guru berperanan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan keyakinan diri mereka dengan membantu mereka menyedari kecederungan masing-masing dalam biang tertentu. Juseru, kanak-kanak tidak akan berasa rendah diri sekiranya mereka lemah dalam bidang tertentu kerana mereka mempunyai kemahiran dalam bidang lain. Oleh
itu,
kaedah
pengajaran
dan
pembelajaran
yang
pelbagai
haruslah
dititikberatkan demi melahirkan kanak-kanak yang berfikiran kreatif, inovatif serta mempunyai pengetahuan dan harga diri yang tinggi.
4
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK
5
1.0 PERANCANGAN AKTIVITI Dalam tugasan ini, satu aktiviti telah dirancang berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Dalam Kurikulum KSPK terdapat enam tunjang utam iaitu tunjang kemanusiaan, tunjang keterampilan diri, tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang sains dan teknologi serta tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Perancangan aktiviti bagi tugasan ini adalah berdasarkan tunjang keterampilan diri. 1.1 JUSTIFIKASI DAN STRATEGI PENGAJARAN Menurut Noriati A. Rashid (2009), terdapat empat jenis strategi pengajaran yang boleh digunakan semasa merancang aktiviti pengajaran iaitu strategi pengajaran berpusatkan murid, strategi pengajaran berasaskan tugasan, strategi pengajaran
berpusatkan
guru
dan
strategi
pengajaran
berasaskan
bahan.
Perancangan aktiviti bagi tugasan ini telah memilih strategi yang lebih kepada pengajaran berpusatkan murid. Strategi pengajaran berpusatkan murid merujuk kepada tumpuan bagi perkembangan pembelajaran murid sebagai individu, memberi pilihan kepada murid untuk memilih jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pendapat murid dan melibatkan mereka dalam perancangan proses pengajaran dan pembelajaran. Sejak kebelakangan ini, strategi pengajaran berpusatkan murid merupakan pilihan utama bagi para guru semasa menyampaikan proses pengajaran dan pembelajarannya. Ciri kepimpinan guru adalah bersifat demokratik dalam strategi pengajaran berpusatkan murid. Murid-murid turut digalakkan untuk memberikan pendapat serta pandangan mereka masing-masing. Dalam erti kata lain, strategi ini lebih menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri mereka secara aktif dalam aktivitiaktiviti yang telah dijalankan. Selain itu, guru merupakan pemimpin atau fasilitator kepada murid-murid manakala murid-murid memainkan peranan yang lebih penting daripada guru dalam strategi pengajaran berpusatkan murid. Sebagai contoh, dalam slot pengajaran yang telah dirancang, guru akan memimpin murid-murid untuk menyanyi serta meniru emosi yang telah ditunjukkan dalam video klip animasi yang telah ditayangkan. Perancangan aktiviti ini adalah menerusi pengaplikasian Teori Bandura. Bandura (1986), menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui proses pemerhatian dan peniruan. Kanak-kanak boleh belajar dengan lebih cepat melalui proses
peniruan
daripada
persekitarannya.
Implikasinya,
kanak-kanak
akan
melakukan apa-apa perilaku yang ditonton melalui televisyen atau yang dilihat di 6
sekelilingnya. Justeru, proses peniruan ini membawa kebaikan tetapi pada masa yang sama membawa keburukan jika tidak dipantau oleh orang dewasa seperti ibu bapa dan guru-guru. Hal ini jelas membuktikan bahawa guru berperanan sebagai fasilitator yang memimpin murid-murid untuk mempelajari emosi-emosi yang terdapat di dalam video yang ditayangkan dan bukan sekadar mengarah murid-murid untuk menonton video tersebut. Interaksi antara murid dengan guru adalah secara dua hala dalam strategi ini. Dalam erti kata lain, proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertumpu pada guru. Malah, penglibatan murid secara aktif dalam memberi respons terhadap pengajaran turut memberi peluang kepada murid-murid untuk meluahkan perasaan atau memberikan pendapat mereka. Misalnya, menerusi aktiviti langkah 1 dalam perancangan aktiviti bagi tugasan ini (rujuk slot pengajaran dan pembelajaran), guru menanya soalan tentang emosi yang telah ditunjukkan melalui gambar-gambar mimik muka yang disediakan. Bukan itu sahaja, guru juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menceritakan pengalamannya yang melibatkan emosi-emosi tertentu seperti marah, gembira, sedih dan sebagainya. Dalam strategi ini, penyampaian guru lebih menumpukan kepada pengajaran yang bermakna agar murid-murid memahami fakta yang disampaikan serta berupaya untuk membuat kesimpulannya sendiri. Misalnya, murid-murid mampu mengaplikasikan apa yang diajar dengan mengaitkan emosi yang dipelajari dengan pengalaman sedia ada yang melibatkan emosi tersebut. Justeru adalah jelas bahawa strategi ini mendedahkan murid-murid untuk berfikir aras tinggi dengan mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupannya. Di samping itu, strategi pengajaran berpusatkan murid juga menekankan kepentingan aktiviti secara berkumpulan dalam kalangan murid-murid. Secara tidak langsung, peluang interaksi antara murid dengan murid adalah lebih banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama, bertolak ansur dan sebagainya dapat dipupuk. Strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid untuk mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif,
menggalakkan
menggalakkan
motivasi,
kemahiran
sosial
mengembangkan berkumpulan.
penyuburan
Sebagai
diri
contohnya,
dan aktiviti
memadankan emosi dengan situasi yang sesuai secara berpasangan dalam langkah 2 (rujuk slot pengajaran dan pembelajaran) dapat memupuk sifat-sifat positif tersebut. Hal ini jelas ditunjukkan apabila murid-murid boleh bekerjasama antara satu sama lain untuk memadankan emosi dengan situasi yang sesuai. Murid-murid turut dapat berkongsi idea serta pendapat sendiri dengan rakan sekumpulannya dalam 7
membincangkan jawapan yang tepat. Aktiviti berkumpulan juga dapat merangsang sifat kreatif dan berinisiatif murid-murid dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Justeru, perkembangan murid-murid dari segi intelek, sosial serta emosi dapat dipupuk pada masa yang sama. Selain itu, kaedah main peranan turut menjadi pertimbangan dalam strategi pengajaran berpusatkan murid. Main peranan merupakan satu aktiviti yang amat signifikan untuk melibatkan murid-murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, dengan melibatkan murid-murid dalam aktiviti main peranan, mereka dapat membina pengalaman baharu yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka yang sebenar. Malah menerusi aktiviti ini juga, murid-murid yang pendiam atau pasif dapat membina keyakinan diri serta membantu mereka untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, dalam aktiviti yang dirancang, murid-murid diarahkan untuk melakonkan emosi yang ditunjukkan berdasarkan situasi yang diberikan. Dengan ini, murid akan berpeluang untuk mengekspresikan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut situasi yang diberikan. Tambahan lagi, dengan pelbagai jenis situasi yang telah diberikan, murid-murid boleh dilatih untuk mengawal emosi serta perasaannya dalam pelbagai situasi. Menurut Piaget (1973), kanak-kanak membentuk konsep dan skema dengan kadar yang cepat. Dalam erti kata lain, kanak-kanak akan membayangkan dirinya seperti watak kartun atau menjadi watak ibu, bapa atau doktor. Berdasarkan pendapat Piaget, aktiviti main peranan yang telah dijadikan satu aktiviti dalam perancangan yang dilakukan mampu memberi kanak-kanak peluang untuk menjadi watak tertentu dan bukan hanya membayangkannya. Selain itu, Piaget turut berpendapat bahawa kanak-kanak mampu mengaitkan dua peristiwa yang berlaku pada masa yang berlainan. Dalam perancangan aktiviti, kanak-kanak diberi peluang untuk menceritakan pengalaman yang melibatkan emosi tertentu. Di sini adalah jelas bahawa kanak-kanak mampu menghubungkaitkan dua perkara walaupun kedua-dua perkara tersebut berlaku pada masa yang berlainan. Aktiviti-aktiviti tersebut mampu meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak secara tidak langsungnya. Kesimpulannya, strategi pengajaran berpusatkan murid adalah satu pilihan strategi yang sangat berkesan untuk para guru dan para murid. Dengan menggunakan strategi ini, murid-murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan lebih mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan senang jika mereka terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Secara tidak langsung, murid-murid turut 8
dapat
meningkatkan
lagi
perkembangan
komunikasi
serta
perkembangan
sosioemosi mereka. Hal ini demikian kerana dengan adanya aktiviti berkumpulan, mereka boleh berkomunikasi secara dua hala bukan sahaja dengan para guru tetapi pada masa yang sama dengan rakan-rakan sekelasnya. Pendek kata, strategi pengajaran berpusatkan murid merupakan satu kaedah yang menggalakkan murid menjadi aktif berbanding menjadi pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambah
keyakinan
diri,
memberi
peluang
kepada
murid-murid
untuk
mengeluarkan pendapat mereka serta membina kerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, para guru haruslah bersikap kreatif dalam memilih strategi pengajaran demi kebaikan murid-murid.
2.0 Slot
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (SLOT PENGAJARAN)
Kelas
: Prasekolah Sri Matahari
Tarikh
: 10 April 2017
Masa
: 8:00-8:20 pagi (20minit)
Bilangan Pelajar
: 25 orang
Modul
: Asas
Tema/Tajuk
: Emosi Saya
Tunjang Utama
: Tunjang Keterampilan Diri
Standard Kandungan
: KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
Standard Pembelajaran
: KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut, marah dan malu
Kesepaduan Tunjang
: BM 1.2.2 Mendengar dan menyanyi lagu
9
Objektif
: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menceritakan sekurang-kurangnya satu pengalaman yang melibatkan perasaan gembira, sedih dan marah. 2. Menunjukkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima perasaan seperti gembira, sedih dan marah melalui mimik muka. 3. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada lima jenis perasaan berdasarkan gambar atau situasi yang ditunjukkan.
Pengetahuan Sedia Ada
: Murid mengetahui tentang keadaan emosi marah, gembira dan sedih dengan keadaan sekelilingnya setiap hari.
Kemahiran Berfikir (KB)
: Membezakan emosi rakan-rakan
Penerapan Nilai
: Bekerjasama, berani dan berkeyakinan diri
Bahan Bantu Mengajar (BBM) Lembaran kerja
: Video, Gambar-gambar mimik muka,
Fokus MI interpersonal
: Kecerdasan bahasa, intrapersonal dan
Kosa Kata
: Marah, gembira, sedih, malu dan takut
LANGKAH /
ISI PELAJARAN
MASA
AKTIVITI
CATATAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi
Menonton video
Murid menonton
klip animasi
video klip animasi.
0800-0805 (5 minit)
BBM:
Komputer Riba
Video
Tajuk video: I’m
Guru
Happy Song
menerangkan
Alat Pembesar Suara
jenis-jenis emosi Lirik Lagu:
berdasarkan video
I’m happy, I’m
klip yang
Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal
10
sad
ditayangkan.
I’m hot, I’m cold I’m hungry, I’m
Guru menyuruh
thirsty
murid-murid untuk
I’m angry, I’m
menyanyi bersama
okay
dan meniru emosi yang ditunjukkan dalam video klip animasi. (Contohnya marah, gembira dan sedih)
Perkembangan P&P
Guru akan Sesi soal jawab
menunjukkan
berdasarkan
salah satu keping
Langkah 1
gambar mimik
gambar mimik
0805-0812
muka yang
muka.
(7 minit)
ditunjukkan
BBM:
Gambar mimik muka
Nilai: Berani
Guru meminta
Berkeyakinan diri
beberapa orang pelajar untuk menjawab emosi
Kemahiran Berfikir:
Menjana idea
yang telah ditunjukkan.
Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal
Guru Aktiviti main
mengarahkan
peranan
beberapa pelajar untuk berlakon emosi yang ditunjukkan berdasarkan situasi yang telah diberikan.
Langkah 2
Membuat aktiviti
Guru
BBM:
0812-0817
memadankan
membahagikan
Kad emosi
(5 minit)
emosi dengan
murid-murid
Kad situasi
11
situasi yang
kepada dua orang
sesuai
dalam satu kumpulan.
Nilai: Rajin
Tekun
Guru mengarahkan murid-murid untuk
Kemahiran Berfikir:
Berfikir untuk
memadankan
menyelesaikan
gambar emosi
masalah
dengan situasi yang sesuai.
Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal
Penutup / Refleksi 0817-0820 (3 minit)
Ulangan tentang
Guru menunjuk
emosi
semula gambar-
BBM: Gambar-gambar
gambar emosi dan
mimik muka
menyoal muridmurid tentang emosi tersebut.
Nilai: Berani
Berkeyakinan diri
12
TUGASAN 3: SLAID PEMBENTANGAN
13