PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
Tajuk Kajian Kes : Pemikiran Dua Orang Ketua Panitia (GP) Yang Menguruskan Kurikulum Bagi Dua Mata Pelajaran Yang Berlainan
KURSUS PENGURUSAN KURIKULUM
KOD KURSUS KPF 6044
NAMA NO MATRIK SEMESTER
: GOURI A/P VEDIAPPAN : M20151000345 M20151000345 : 1 SESI 2015 – 2015 – 2016 2016
NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH TARIKH HANTAR : 25 DECEMBER 2015
1|Page PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
ISI KANDUNGAN BIL
TAJUK
1.
1.0 PENGENALAN
2.
2.0 KAJIAN KES
3.
-
Responden Kajian
-
Kaedah kajian
-
Objektif kajian
3.0 DAPATAN KAJIAN -
M/S 3 4-5
6-16
USAHA – USAHA – USAHA USAHA YANG DIAMBIL OLEH SETIAP KETUA PANITIA
-
CARA KETUA PANITIA BERKENAAN MEMBUAT PERANCANGAN
a) Asas pemilihan isi kandungan b) Justifikasi pemilihan pemilihan pendekatan, pendekatan, strategi, strategi, kaedah, kaedah, teknik dan aktiviti (PSKTA) dalam proses pdp di dalam dan di luar bilik darjah. c) Kaedah dan cara guru – guru – guru guru melakukan penilaian dan pentaksiran (formatif dan sumatif) dan dapatan tersebut dalam perancangan pdp masa hadapan 4.
4.0 Analisis kritis dan kreatif tentang pemikiran Ketua
17-18
Panitia Sains dan Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi berdasarkan perspektif pengurusan kurikulum. 5.
5.0 KESIMPULAN
18
6.
6.0 REFLEKSI
19
7.
7.0 RUJUKAN
20
2|Page PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
1.0 PENGENALAN Pelajar semester 1 2015/2016 yang mengamil kursus KPF 6044 Pengurusan Kurikulum telah ditugaskan untuk melaksanakan satu tugasan individu ‘kajian kes’ terhadap dua ketua panitia bagi mengenalpasti pengurusan mereka dalam mengendalikan panitia tersebut secara kritis dan kreatif untuk menjayakan matlamat panitia tersebut. Di sesebuah organisasi sekolah panitia memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). Pengurusan panitia juga perlulah mengadakan pelbagai aktiviti dan mepelbagaikan kaedah dalam
usaha untuk mencapai
matlamatnya. Oleh itu penyusunan struktur pengurusan perlu diberi tumpuan supaya dapat dirancang dengan baik. Walaubagaimanapun, timbul juga masalah dari segi pendekatan, stategi, kaedah dan teknik serta aktiviti yang dilakukan oleh ketua panitia dan guru – guru panitia dalam meningkatkan lagi keberkesanan, perjalanan sesuatu panitia dengan efektif. Menurut Wan Mohd Zahid (1994), pengurusan yang baik, cekap, dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan dan sebagainya. Dalam usaha menjalankan tugas pentadbiran sebagai pemimpin sesuatu organisasi, seorang ketua panitia mata pelajaran perlulah memahami bidang tugasan serta memiliki kemahiran tertentu, terutama sekali yang berkaitan dengan kemahiran memimpin dan mengurus. Ini akan menjayakan pelaksanaan setiap tugasnya, Ahmad , (1989). Oleh yang demikian, adalah menjadi amat wajar bagi Ketua Panitia yang menjadi pemimpin kurikulum dan pengajaran, mempunyai kepakaran serta pengetahuan yang mendalam, dalam setiap aspek tugas yang ditentukan dan yang perlu dilaksanakan berdasarkan Panduan Senarai Tugas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diperincikan kepada tujuh aspek tugas utama(Salmiyah,1995). Dalam menjalankan kajian kes ini saya telah memilih dua orang ketua panitia yang menguruskan kurikulum bagi dua mata pelajaran yang berlainan iaitu mata pelajaran Sains dan Reka Bentuk Teknologi adalah pilihan utama saya. Disini saya ingin menyatakan rasional memilih panitia ini adalah untuk mengkaji perbezaan pentadbiran panitia teras iaitu Sains dan Panitia elektif iaitu panitia Reka Bentuk dan Teknologi. Dalam kajian kes ini perkara utama yang akan dibincangkan adalah mengenai usaha – usaha yang diambil oleh setiap ketua panitia dan cara ketua panitia berkenaan membuat perancangan. Dalam perancangan akan diberi fokus kepada asas pemilihan isi kandungan, Justifikasi pemilihan pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti (PSKTA) dalam proses pdp di dalam dan di luar bilik darjah, dan kaedah dan cara guru – guru melakukan penilaian dan pentaksiran (formatif dan sumatif) dan dapatan tersebut dalam perancangan pdp masa hadapan.
3|Page PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
2.0 KAJIAN KES 2.1 RESPONDEN KAJIAN Kajian dijalankan ke atas dua panitia iaitu Panitia Sains dan Panitia Reka Bentuk dan Teknologi. Panitia Sains dikendalikan oleh seorang guru lelaki selama empat tahun manakala Panitia Reka Bentuk Teknologi dikendalikan oleh guru perempuan selama tiga tahun. Kedua – kedua mereka merupakan antara yang mengajar subjek tersebut di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Ulu Remis. Nama responden kajian disulitkan bagi sebab - sebab
2.2 KAEDAH KAJIAN Dalam menjalankan kajian kes ini saya telah menggunakan tiga kaedah kajian iaitu temubual, rujukan ilmiah, dan pemerhatian. Bagi kaedah temubual saya telah meluangkan masa saya dengan rakan sekerja saya yang memegang panitia tersebut secara bertemu semuka. Semasa bertemu semuka saya telah mengemukakan beberapa soalan berdasarkan kepada tujuan kajian saya. Responden kajian juga dapat memberikan jawapan bagi setiap soalan dengan terperinci dengan bukti yang kukuh. Saya juga telah mengemukakan soalan-soalannya semasa menemu bual responden untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi melicinkan proses pengumpulan data. Saya telah dilayan dengan baik dan mereka sedia memberi kerjasama semasa sesi soal jawab.
Kaedah pemerhatian juga telah saya lakukan terhadap responden. Melalui kaedah ini saya telah mencatat sedikit sebanyak mengenai apa yang telah dilakkukan oleh respoden termasuklah perjalanan aktiviti panitia respoden serta reaksi semasa diajukan soalan. Selain itu juga, saya telah membuat pemerhatian dan kesimpulan sendiri mengenai hubungan proses pdp di dalam dan di luar bilik darjah bagi guru – guru yang terlibat dalam panitia tersebut.
Tambahan pula, bagi menyempurnakan tugasan individu kajian kes ini, saya turut mengumpul maklumat yang berkaitan melalui kaedah rujukan. Saya telah ke pusat sumber untuk mendapatkan buku-buku yang berkaitan pengendalian sesuatu panitia, pengurusan dan pentadbiran kurikulum di sekolah, terutamanya yang berkaitan dengan fokus kajian saya terhadap responden pada kali ini iaitu ketua panitia sains dan reka bentuk teknologi. Saya telah menggunakan pelbagai buku ilmiah yang berkaitan tentang pengurusan kurikulum, panitia di sekolah rendah bertujuan bagi menguatkan lagi idea yang ingin saya sampaikan melalui penulisan. Selain itu juga, kaedah rujukan
4|Page PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
yang saya gunakan juga adalah melalui media elektronik iaitu dengan melayari internet. Maklumat yang saya perolehi merangkumi pendapat tokoh dari luar dan dalam negara.
2.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kes ini dijalankan untuk mengetahui mengenai i.
Usaha – usaha yang diambil oleh ketua panitia sains dan reka bentuk teknologi untuk memahami aspirasi tersurat dan tersirat kurikulum mata pelajaran berkaitan di dalam pengajaran guru-guru di bawah seliaan ketua Guru Panitia (GP) berkenaan.
ii.
Cara – cara ketua panitia sains dan reka bentuk teknologi berkenaan membuat perancangan dalam pengurusan bersama – sama dengan guru – guru di bawah seliaan untuk persediaan mengajar sesuatu topik yang dapat mengupayakan proses pembelajaran dan pengajaran bersama pelajar masing-masing.
iii.
Dalam perancangan akan diberi fokus kepada asas pemilihan isi kandungan, Justifikasi pemilihan pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti (PSKTA) dalam proses pdp di dalam dan di luar bilik darjah, dan kaedah dan cara guru – guru melakukan penilaian dan pentaksiran (formatif dan sumatif) dan dapatan tersebut dalam perancangan pdp masa hadapan.
Menerusi kajian kes individu yang saya jalankan, saya tertarik dan berminat untuk mengetengahkan kaedah, strategi, teknik yang digunakan oleh kedua – dua ketua panitia tersebut untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya objektif kajian ini, saya juga dapat mempunyai satu hala tuju kajian.
5|Page PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
3.0 DAPATAN KAJIAN Satu kajian kes tentang pemikiran dua orang ketua Guru Panitia (GP) yang menguruskan kurikulum bagi dua mata pelajaran yang berlainan. Fokus kajian kes: I.
Apakah usaha-usaha yang diambil oleh setiap ketua Guru Panitia (GP) berkenaan usaha untuk memahami aspirasi tersurat dan tersirat kurikulum mata pelajaran berkaitan di dalam pengajaran guru-guru di bawah seliaan ketua Guru Panitia (GP) berkenaan? Melalui kajian yang saya telah jalankan ke atas dua responden kajian iaitu ketua panitia sains dan ketua panitia reka bentuk teknologi didapati pelbagai usaha telah diambil oleh setiap ketua panitia tersebut bagi memenuhi aspirasi kurikulum mata pelajaran berkaitan di dalam pengajaran guru – guru di bawah seliaan mereka. Perkara tersebut dapat dibuktikan melalui takwim dan laporan panitia yang ditunjukkan oleh kedua – dua panitia tersebut. Sebagai pemimpin, Ketua Panitia Mata Pelajaran perlu memahami matlamat kepimpinan itu sendiri, di mana mereka dapat mengenali, memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengurus dan pemimpin kurikulum di sekolah dengan lebih berkesan. Mereka juga perlu memahami bahawa kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi ditetapkan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM. 2001). Melalui temubual kedua dua ketua panitia tersebut menyatakan beberapa usaha untuk memahami aspirasi dengan jelas dan menjadi petunjuk kepada penitia – panitia yang lain. Panitia sains di sekolah rendah biasanya dianggap sebagai sebuah panitia yang penting dan selalu menjadi perhatian khas pihak pentadbir. Selain daripada menjadi satu mata pelajaran teras, ia juga sering dianggap sebagai mata pelajaran kritikal oleh pihak ibu bapa mahu pun guru. Satu daripada sebabnya ialah, bukan semua guru yang boleh mengajar mata pelajaran ini. Guru yang mengajar perlulah guru yang terlatih dalam bidang ini kerana kemahiran yang khusus dan istimewa diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, Panitia Reka Bentuk Teknologi(RBT) merupakan panitia yang lebih kepada kerja – kerja ‘hands on’, projek dikendalikan. Ketua Panitia Sains menyatakan bahawa beliau telah memperolehi sukatan pelajaran dan Dokumen Standard Kurikulum terkini bagi tahun 1 hingga tahun 5 untuk kegunaan ahli-ahli panitia menjalankan proses pdp sepertimana matlamat organisasi 6|Page PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM. Manakala perkara sama juga telah diutarakan oleh ketua panitia Reka Bentuk dan teknologi
di mana beliau
mengatakan dengan mendapatkan sukatan pelajaran yang terbaru dan membuat pengemaskinian untuk kegunaan ahli panitia dapat melicinkan lagi proses pengajaran subjek RBT. Bahan – bahan tersebut diedarkan kepada semua guru yang mengajar subjek tersebut untuk penyediaan rancangan pengajaran tahunan.
Tambahan
pula,
ketua
panitia
sains
menyatakan
bahawa
dengan
menyediakan kerangka dan format serta menyelaraskan rancangan mengajar di antara guru dalam sesuatu darjah juga dapat membantu guru tersebut lebih memahami aspirasi tersurat dan tersirat kurikulum mata pelajaran berkaitan. Format bagi penyediaan Rancangan Pengajaran Harian bagi subjek Sains berbeza jika dibandingkan dengan subjek teras yang lain terutamanya subjek – subjek bahasa. Perancangan aktiviti ‘hands on’, amali, dan peka lebih diterapkan dalam penyediaan rancangan
pengajaran harian. Pembelajaran induktif lebih ditekankan daripada
deduktif. Perkara yang sama ini juga dikatakan oleh ketua panitia RBT. Bagi pembelajaran RBT proses pembelajaran dijalankan selang - seli iaitu seminggu diajar dengan reka bentuk dan seminggu akan diajar teknologi maklumat. Disini, beliau mengatakan penyediaan rancangan pengajaran harian bagi subjek ini juga lebih kepada ‘hands on’ bagi reka bentuk dan bagi teknologi maklumat pula lebih kepada penggunaan komputer daripada pembelajaran teori. Selain itu, kedua – dua panitia tersebut menekankan penggunaan bahan bantu mengajar dan memilih serta mencadangkan kepada pentadbir sekolah mengenai buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru juga dapat membantu memahami aspirasi dalam pengajaran bagi kedua – dua subjek ini. Bagi subjek sains dikatakan buku latihan dan modul – modul amat diperlukan supaya guru tidaklah berfikir dari satu sudut sahaja. Ketua panitia sains juga menekankan bahawa beliau membuat tempahan dalam internet untuk mendapatkan modul pengajaran dan buku – buku soalan yang mempunyai soalan berbentuk aras tinggi. Beliau juga membeli bahan bantu mengajar seperti kad – kad bergambar, koleksi soalan dan aktiviti yang interaktif dalam CD-Rom, dan bahan – bahan 3D. Manakala, ketua panitia RBT menyatakan beliau telah membincang dengan pentadbir sekolah untuk membeli barang – barang projek bagi tahun empat, lima dan enam. Bahan – bahan projek tersebut digunakan oleh guru semasa menjalankan proses pdp dengan berkesan.
7|Page PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
Jika dikaji dari sudut yang lain, kedua – dua ketua panitia tersebut menyatakan bahawa perancangan aktiviti bagi setahun yang dinyatakan dalam takwim panitia juga berkait rapat dengan guru – guru untuk memahami aspirasi kurikulum . Dengan merancang aktiviti-aktiviti panitia yang berkait rapat dengan kurikulum ini bagi tujuan meningkatkan prestasi murid dari semasa ke semasa. Mereka juga mengetengahkan bahawa aktiviti yang dirancang dalam takwim panitia tersebut perlu sesuai untuk semua murid yang melibatkan diri. Ketua panitia Sains menyatakan aktiviti bagi murid tahap satu lebih kepada permainan jika dibandingkan dengan murid tahap dua. Tambahan pula, dalam panitia Sains juga latihan bagi Science Fair peringkat sekolah dan negeri akan dijalankan. Murid yang melibatkan diri adalah terutamanya murid tahap dua. Manakala bagi panitia RBT empat aktiviti akan dirancang bagi penggal pertama dan kedua. Di sini ketua panitia lebih menekankan bahawa aktiviti bagi panitia RBT ini lebih fokuskan murid tahap dua iaitu tahun empat, lima dan enam. Pada penggal pertama satu aktiviti reka bentuk contohnya, mereka cipta dengan bahan buangan dan satu aktiviti bagi TMK contohnya, membuat kad hari ibu dalam menggunakan perisian komputer akan dijalankan. Tegasnya, beliau mengatakan aktiviti seperti ini bukan sahaja setakat membantu proses pembelajaran murid manakala minat murid dalam mempelajari subjek tersebut. Jika ditinjau dari persperktif yang lain, dengan menentukan bilangan minimum latihan-latihan yang diberi dari segi jenis dan kepelbagaian, menepati sasaran PBS KSSR dan memastikan latihan bertulis disemak dengan konstruktif dan kemas kini serta kesalahan dalam latihan bertulis ditegaskan untuk dibuat pembetulan juga dikatakan tugas seseorang ketua panitia dalam seliaan mereka mengawasi guru – guru dapat menjayakan subjek tersebut atau tidak. Dalam hal ini ketua panitia Sains tegaskan beliau sentiasa melakukan penyeliaan dari segi buku latihan dan lembaran kerja bagi memastikan setiap latihan yang diberikan kepada murid menepati sasaran dan objektif. Beliau juga mengatakan setiap guru matapelajaran sains perlu memberi soalan – soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi bagi membantu murid menghadapi pentaksiran yang lebih berfokuskan kepada soalan – soalan aplikasi, analisis, penilaian dan mereka cipta. Ketua panitia juga berkata beliau akan meneliti latihan yang diberikan oleh guru matapelajaran dipastikan telah disemak dan murid membuat pembetulan bagi kesalahan yang dilakukan. Manakala, ketua Panitia RBT menyatakan perkara yang sama tetapi beliau lebih mengutamakan setiap latihan soalan dan situasi dan projek yang dibuat perlu ada kesinambungan daripada kehidupan harian murid. Murid perlu didedahkan dengan situasi – situasi yang baru
8|Page PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
dalam semasa proses pdp supaya dapat mencipta projek yang dapat membuahkan hasil yang baik.
Sementara itu, kedua – dua ketua panitia lebih menekankan nilai bekerjasama dalam temubual mereka. Mereka juga lebih mengutarakan rasional memilih nilai tersebut dalam pengendalian sesebuah panitia. Mereka juga menegaskan kejayaan sesuatu panitia tidak akan membawa hasil yang baik jika nilai kerjasama antara guru – guru panitia tersebut dan antara panitia yang lain tidak diamalkan. Tujuan mengamalkan
nilai
bekerjasama
dengan
persatuan
akademik
adalah
bagi
meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan atau sekelompok dapat memberi cara- cara penyediaan aktiviti serta penggunaan bahan kurikulum dalam proses pdp bagi subjek tertentu. Bekerjasama dengan panitia-panitia lain juga adalah dalam usaha membantu dan memajukan murid-murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu. Sebagai seorang k etua panitia mereka mengatakan bahawa mereka amat berperanan dalam menyatukan guru – guru dalam panitia mereka untuk mengganding bahu dalam usaha menjayakan pencapaian murid dalam mata pelajaran tersebut.
Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa ketua panitia merupakan penentu bagi kecemerlangan sesebuah panitia. Ketua panitia perlu menjadikan dirinya sebagai pakar rujuk oleh guru – guru lain yang mengajar mata pelajaran tersebut. Ketua panitia juga perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidangnya dan petunjuk kepada guru – guru dalam panitia tersebut. Ketua panitia perlu menyediakan rancangan mengajar bagi setiap guru dalam panitia mengikut tahun. Mereka juga mengatakan sentiasa memastikkan rancangan mengajar yang disediakan
dipastikan supaya
selaras dengan rancangan mengajar yang digunakan oleh sekolah yang lain demi mencapai matlamat faalsafah Pendidikan Kebangsaan. Tambahan pula, ketua panitia RBT lebih menekankan mengenai komunikasi guru – guru dalam panitia dengan ketua panitia. Beliau menegaskan pencapaian panitia bergantung kepada guru – guru dalam panitia tersebut menjalankan proses pdp secara berkesan untuk menjayakan subjek RBT. Beliau berkata bahawa jika seseorang guru mempunyai masalah dalam penerapan isi – isi kurikulum kepada murid, mereka perlu berhubung dengan ketua panitia masing – masing sebelu dirujuk kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Sekolah. Bagi merealisasikan peencapaian panitia
ketua panitia juga dikatakan 9|Page
PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
sentiasa perlu peka terhadap keperluan guru – guru di bawah seliaannya. Jadi, peranan seseorang ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran subjek tertentu. Selain daripada meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pdp yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, serta berkeupayaan memberi sumbangan dan tenaga kepada kemajuan serta kesejahteraan negara. Kedua – dua panitia juga lebih menekankan hala tuju iaitu matlamat panitia dapat membantu guru – guru mata pelajaran bertindak dengan lebih pro aktif dengan memahami aspirasi tersurat dan tersirat panitia masing – masing. Contohnya, ketua panitia Sains mengatakan bahawa beliau akan membuat satu perancangan strategik. Beliau berkata setiap panitia akan membuat perancangan strategik ini bukan sahaja semata- mata menyediakan dokumen sahaja manakala ia lebih kepada pelaksanaan. Perancangan strategik yang dibuat ini adalah berfokuskan mengambil kira kekuatan dan kelemahan dalaman panitia serta cabaran – cabaran yang dihadapi oleh panitia dengan memikirkan masa depan pencapaian akademik sekurang – kurangnya tiga hingga lima tahun ke hadapan.
Akhir kata, dengan berpeluang bertemu bual dengan kedua – dua ketua panitia ini dapatlah membuat rumusan bahawa walaupun subjek yang berbeza tetapi pemikiran kedua – dua ketua panitia tersebut hampir sama dalam mengendalikan panitia tersebut. Guru – guru panitia tersebut aktif melakukan aktiviti dalam panitia. perkara ini diketahui melalui hasil pemerhatian terhadap guru – guru tesebut semasa melaksanakan proses pdp dan aktiviti – aktiviti yang berkaitan pdp.
10 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
II. Apakah cara setiap ketua Guru Panitia (GP) berkenaan membuat perancangan dalam pengurusan bersama-sama guru-guru di bawah seliaan untuk persediaan mengajar sesuatu topik yang dapat mengupayakan proses pembelajaran dan pengajaran bersama pelajar masing-masing tentang; a) Asas untuk pemilihan isi kandungan yang akan dipelajari. b) Justifikasi untuk pemilihan pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti (PSKTA) dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam dan luar bilik darjah. c)
Kaedah dan cara guru-guru di bawah seliaan ketua Guru Panitia (GP) berkenaan melakukan penilaian dan pentaksiran (formatif & sumatif) serta menggunakan dapatan tersebut dalam perancangan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) pada masa hadapan.
Isi kandungan mata pelajaran merupakan amat penting dalam menjayakan proses pdp dengan teratur. Jika sesuatu pdp tidak mempunyai isi kandungan yang secukupnya akan menimbulkan pelbagai masalah dari segi pencapaian objektif pelajaran, perjalanan aktiviti, pengendalian murid, dan penerapan isi pelajaran. Perkara yang menjadi asas kepada pemilihan kandungan yang akan dipelajari oleh murid – murid perlu diberi pertimbangan yang wajar supaya setiap murid mendapat pembelajaran harian. Dengan menemubual dan memerhati menggunakan senarai semak didapati kedua – dua ketua panitia dan guru – guru dalam panitia Sains dan Reka Bentuk dan Teknologi tersebut menggunakan pelbagai cara membuat perancangan dan dapat mengupayakan proses pdp bersama pelajar dengan efektif. Salah satu caranya adalah pemilihan isi kandungan.
Pada mulanya, mereka menegaskan bahawa isi kandungan matapelajaran terutamanya dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama iaitu isi kandungan yang bercorak kognitif, afektif dan psikomotor. Sebenarnya, ilmu yang terkandung dalam ketiga- tiga bidang ini berbentuk konseptual. Lebih terperincinya dikatakan fakta, konsep, teori dan prinsip serta berbentuk praktikal dan perlakuan sepertimana yang banyak digunakan dalam subjek Sains dan RBT. Mereka mengatakan bahawa cara pertama dalam pemilihan isi kandungan mata pelajaran adalah perlu selaras dengan objektif mata pelajaran. Perkara ini ketua panitia selalu diingatkankepada guru – guru dalam panitia. Isi kandungan yang tidak selari dengan objektif pembelajaran sebenarnya tidak akan membawa kesan positif dalam proses pdp. Pemilihan isi kandungan ini juga perlu jika sebaliknya pula akan menimbulkan masalah dan
11 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
bercanggah dengan apa yang akan diajar kepada murid nanti. Cara pemilihan isi kandungan ini bukan sahaja bergantung kepada guru sahaja manakala perlu sesuai dengan kehendak dan kebolehan pelajar. Guru matapelajaran juga perlu memastikan murid sedia dari segi kognitif dalam mempelajari isi kandungan yang dipilih. Di sini ketua panitia Sains dan RBT mengatakan perkara ini amat penting bagi kedua – dua subjek ini. Razali Arof(1991) juga mengatakan bahawa terdapat beberapa kriteria yang penting dalam pemilihan isi kandungan dalam menjalankan sesuatu proses pdp.
Sebenarnya, dalam pemilihan isi kandungan ini kedua – dua ketua panitia menegaskan bahawa mereka bertindak membantu guru – guru dalam seliaan mereka perlu memilih isi kandungan yang mengembangkan potensi diri dan memantapkan diri murid bagi setiap pdp. Mereka juga mengatakan isi kandungan yang dipilih mestilah dapat membantu para pelajar untuk mencapai tahap mampu diri dan maksimum. Ketua panitia Sains mengatakan bahawa pendedahan isi kandungan yang dipilih dapat membolehkan para murid membuat generalisasi dan membudayakan ilmu yang dipelajari secara bermakna. Semasa proses pdp guru perlu sedia dengan isi kandungan yang diajar tanpa mengabaikannya. Sebab ia merupakan tonggak utama dalam pembentukan akal fikiran murid. Tambahan pula, ketua panitia juga berpendapat bahawa isi kandungan yang dipilih mesti mampu memberi sumbangan yang signifikan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan pembanguna diri seseorang murid . Mereka berkata pengembangan ilmu pengetahuan boleh dibahagikan kepada perkembangan idea seseorang murid, konsep dalam sesuatu topik pembelajaran, fakta, dan prinsip dalam membina intelektual, sosial, fizikal, dan minda murid. Dengan pemilihan isi kanungan ini mereka meyokong guru – guru mereka dalam membentuk suatu suasana pembelajaran yang berkesan. Selain daripada itu, kesahan isi kandungan yang dipilih itu mestilah tepat, sah, terkini mengikut teknologi terkini, dan selari dengan perkembangan ilmu pengetahuan pada sesuatu masa. Isi kandungan yang dipilih oleh guru – guru dalam panitiia tersebut perlu mempunyai tujuan dan memenuhi objektif sesuatu kurikulum. Jika tidak ia akan menjejaskan seseorang murid dari segi proses pembelajaran, mendapat ilmu pengetahuan dan mewujudkan suasana yang riang. Kedua – dua ketua panitia menekankan perkara ini dengan lebih mantap supaya guru – gurunya mengajar dalam keadaan yang kondusif.
12 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
Dari segi minat pelajar dalam pembelajaran haruslah diberi penekanan. Pada pendapat ketua panitia RBT isi kandungan RBT yang dipilih mestilah bermakna dan secocok dengan minat para murid. Isi kandungan yang dipilih bukannya sekadar memenuhi kepentingan dan keperluan guru semata – mata dalam menjalankan sesuatu pdp harian, pentadbir sekolah, ibu bapa atau masyarakat sahaja. Kadang kala, pemilihan isi kandungan yang tidak meniktiberatkan minat murid – murid tidak akan member kesan kepada proses pdp.
Pada abad ke -21 ini, ketua panitia berpendapat bahawa guru – guru dinasihatkan bukan sahaja sebagai penyampai ilmu dalam menjalankan proses pdp manakala mereka perlu menjadi pembimbing dan menggunakan isi kandungan dengan lebih berkesan. Isi kandungan yang dipilih perlu mempunyai kebergunaan dan bermanfaat dalam membantu para murid. Ini dapat mengembangkan potensi diri mereka ke tahap yang optimum. Konsep kebergunaan isi kandungan ini membabitkan beberapa aspek terutamanya dalam penyelesaian masalah, perkembangan kerjaya dan pembentukan akhlak yang mulia.
Jika dikaji dari sudut yang lain, sesuatu isi kandungan yang dipilih perlu mempunyai ciri – ciri yang mampu dipelajari oleh seseorang individu murid . Ketua panitia mengatakan bahawa faktor – faktor kebolehan, kesediaan, kematangan dan kecekapan murid dalam pemilihan isi kandungan. Kedua – dua ketua panitia lebih menekankan perkara ini dalam temubualnya. Kebolehlaksanaan iaitu sesuatu isi kandungan yang dipilih perlu mempunya faktor yang berkaitan dengan perlaksanaan kurikulum tersebut seperti faktor masa, pengajaran, sumber pengajaran dan kemudahan fizikal yang ada kepakaran yang dimiliki, kakitangan sekolah, dan kedudukan kewangan.
Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa perlu memberi tumpuan yang agak serius dalam mengenali impak pemilihan isi kandungan dalam menjalankan sesuatu pdp. Menurut setiap ketua Guru Panitia (GP) berkenaan membuat perancangan dalam pengurusan bersama-sama guru-guru di bawah seliaan untuk persediaan mengajar sesuatu topik yang dapat mengupayakan proses pembelajaran dan pengajaran bersama pelajar masing-masing yang efektif dalam memilih isi kandungan yang akan dipelajari.
13 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
Dalam merancang suatu pdp yng efektif kedua – dua ketua panitia berpendapat bahawa terdapat justifikasi – justifikasi dalam pemilihan pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti (PSKTA) dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam dan luar bilik darjah. Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mereka berpendapat bahawa biasanya guru – guru
mereka
ditekankan
dengan
menggunakan
pendekatan
deduktif
dan
induktif.
Kamarudin Husin (1998), menjelaskan bahawa pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua – dua ketu panitia menegaskan bahawa pendekatan ini banyak membantu guru – guru mereka menjalankan pdp yang berkesan dan membuahkan hasil yang bai dari segi menyediakan suatu kelas yang kondusif. Menurut Kamarudin Hj. Husin (2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya cipta. Mereka berpendapat dengan menggunakan pendekatan deduktif dalam proses pdp bagi murid murid lemah ini membantu mereka memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas tanpa diabaikan. Dalam pendekatan induktif pula, ketua panitia RBT mengatakan guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Dalam pada ini guru perlu mengenal pasti matlamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Penddekatan ini lebih digunakan bagi muridmurid yang pandai dari segi penerapan isi sesuatu pengajaran. Seterusnya, menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Mereka lebih memberi fokus dalam strategi ini dalam mengatakan ia akan menjayakan sesuatu proses pdp. Guru – guru mereka lebih mempunyai kemahiran dalam merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran secara tidak langsungnya perkara ini dkatakan dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh hasil pembelajaran maksimum. 14 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
Seterusnya, ketua panitia Sains dan RBT lebih mengutakrakan hujah – hujah speerti strategi pengajaran dan pembelajaran lebih merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Apabila objektif tercapai dapatlah dikatakan guru
tersebut
mengugakan strategi yang baik dalam pdp. Selain daripada ini, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar diwajibkan dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih diberi penekanan oleh ketua panitia dalam menyelia seseorag guru dalam panitianya yang menjalankan pdp dengan berkesan. Dengan penyeliaan yang berkesan mereka mempercayai strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusan dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Tambahan pula, dari segi kaedah yang digunakan oleh guru – guru dalam panitia lebih memfokuskan kaedah – kaedah seperti kaedah tunjuk cara, kaedah simulasi, kaedah projek, kaedah memberi arahan, kaedah latih tubi, kaedah sumbang saran, dan kaedah eksplorasi – penemuan. Setiap kaedah yang digunakan berbeza dari segi isi kandungan yang digunakan dalam proses pdp. Kaedah yang sama bagi setiap pdp tidak sesuai dan mungkin menyebabkan murid juga kurang minat dalam pembelajaran. Jika ditinjau dari perspektif yang lain, teknik pengajaran meliputi lebih kepada teknik soal jawab pada aras yang tinggi. Ia mencungkil idea – idea murid dan mengembangkan fikiran murid. Murid bukan sahaja menjawab soalan malah berfikir secara bernas dan meliputi aspek – aspek kemahiran berfikir aras tinggi. Soalan yang guru kemukakan juga bukan dari segi aras KBAR yang tidak memberangsangkan manakala idea yang dikeluarkan oleh murid membantu murid yang lain dalam mengaplikasikan dalam pembelajaran. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Guru – guru dalam panitia mereka lebih menggunakan teknik latih tubi. Ia adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Manakala mereka berpendapat teknik ini menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Oleh itu, dengan nasihat ketua panitia dalam mengajar sains dan subjek RBT guruguru mereka lebih gunakan teknik simulasi satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai
15 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
topik-topik tertentu. Dengan menggunakan teknik kuiz dalam subjek sains murid dapat mengulangkaji sambil bergembira. Murid juga dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki dan murid dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Selain daripada teknik, aktiviti yang dijalankan dalam proses pdp lebih mengutamakan pencapaian murid daripada mengajar sahaja. Aktiviti – aktiviti yang dirancang lebih berinteraktif dan membantu proses pdp yang berkesan. Murid juga lebih aktif dalam aktiviti – aktiviti permainan dalam pembelajaran, penggunaan lagu dalam pdp. Dalam subjek sains aktiviti berasaskan eksperimen lebih membantu murid menemui sesuatu dan secara sendirinya memahami sesuatu konsep dengan tepat. Guru melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan ini membantu murid lebih selesa dalam menerima pengajaran mereka. Aktiviti – aktiviti ‘stesen game’ boleh membantu murid bergerak ke satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini bermakna pemilihan pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti (PSKTA) dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam dan luar bilik darjah bukan sahaja membantu murid dari segi pembelajaran manakala ia lebih berfokuskan seseorang murid. Jika dipandang dari perspektif yang lain, Istilah formatif dan sumatif telah diperkenalkan oleh Micheal Scriven pada tahun 1967 dalam kertas kerjayanya bertajuk Metadologi Penilaian yang menerangkan peranan dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran. Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Manakala penilaian sumatif pula, ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Kedua – dua panitia menyatakan bagi subjek masing – masing di mana penilaian dan pentaksiran dijalankan bagi subjek sains mengikut format UPSR. Tambahan pula, dari tahun 2 hingga tahun 5 menikut band dan tahap penguasaan dicatat bagi PBS KSSR, manakala bagi murid tahun 6 seperti biasa mengikut KBSR. Soalan yang dikeluarkan lebih kepada aras aplikasi, analisis dan penilaian serta mereka cipta. Kemahiran bertfikir aras tinggi ini membantu mencungkil murid berfikir dengan mendalam secara kreatif dan k ritis.
16 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
4.0 Analisis secara kritis dan kreatif tentang pemikiran dua orang ketua Guru Panitia (GP) berkenaan berdasarkan perspektif pengurusan kurikulum. Dengan menemubual kedua – dua ketua panitia dan RBT ini didapati pemikiran dan pandangannya yang agak berbeza berdasarkan perspektif pengurusan kurikulum ini. Dari segi pengajaran proses pdp ia lagi agak berbeza sebab kandungan kurikulum yang merangkumi dan menguji aspek – aspek yang berlainan. Dengan ini cara pengajaran juga menjadi berbeza dan pencapaian murid lebih memberangsangkan. Menurut kedua – dua panitia kurikulum merupakan suatu perkara yang luas dalam pendidikan dimana ia melibatkan perancangan bagaimana pengajaran dan pembelajaran harus dilaksanakan dan mempunyai objektif tertentu yang harus dicapai semasa sesi pelaksanaannya berlangsung. Tambahan pula, ketua panitia sentiasa membantu guru – guru mereka dengan lebih aktif dalam menjalankan proses pembelajaran dengan mengamalkan pemilihan isi kandungan yang betul, penggunaan kaedah, teknik, strategi dan kaedah, serta aktiviti. Tambahan pula, menurut perspektif kedua – dua ketua panitia menyatakan bahawa objektif pelajaran dalam sesuatu kurikulum guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum itu. Mereka mengatakan terdapat empat perkara penting dalam pengurusan kurikum yang efektif. Dalam pada ini guru perlu mengutamakan perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru, tingkahlaku bersama dengan objektif perkembangan hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pembelajaran. Ia dapat menghasilkan perubahan tingkah laku dalam kalangan murid. Objektif pembelajaran membantu murid merancang suatu proses pdp dijalankan dengan berkesan. Selain daripada itu, pada pendapat ketua panitia tersebut menyatakan bahawa selain daripada menentukan objektif pembelajaran yang berkesan cara pengajaran guru dengan pendekatan, teknik, strategi yang digunakan proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Mereka juga mengatakan matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang tejadi adalah proses pembelajaran berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar sama ada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar kontek sebanar. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat lebih tinggi. Murid harus
17 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
dilatih
dengan
kemahiran
berfikir
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
secara
kritikal,
menganalisis
maklumat
serta
mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks. Hasil dapatan kajian bukan sahaja menyatakan perspektif daripada ketua panitia manakala ia lebih berfokuskan kepada kesan – kesan seorang individu pelajar berdasarkan panitia tersebut membantu pencapaian murid. Pembaharuan juga diperlukan bukan sahaja dalam bidang teknologi, tetapi dalam segala bidang topik yang diajar oleh guru – guru dala sesuaatu panitia termasuk bidang aplikasi dalampengajaran. Pertimbangan dalam melakukan perubahan pembelajaran yang tepat dan sesuai dengan sistem adalah “sekolah yang a ktif, komunikatif, inovatif, efektif dan menyenangkan”. Kurikulum sekolah mencantumkan dengan jelas tujuan pendidikan yang akan dicapai. Sekolah juga mempunyai rencana yang baik, disertai dengan program yang seimbang dan organisasi yang terancang ditujukan untuk memenuhi apa yang diperlukan oleh anak didik. Sekolah mempunyai program yang dimaksudkan untuk memberikan ketrampilan pada anak murid. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, perancangan pengurusan pembelajaran denan berkesan oleh setiap guru dalam panitia merupakan satu alat untuk memperkembangkan lagi potensi murid. Sekolah tidak akan berjaya tanpa wujudnya guru – guru yang mahir dan cekap mengendalikan sumber tersebut. Walaupun, terdapat sumber kewangan dan peralatan di sekolah itu. Kejayaan program dalam satu panitia dan akademik di peringkat sekolah bergantung kepada guru sekolah tersebut. Dengan ini pencapain murid dapat dikesan.
5.0 KESIMPULAN Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa, dengan menjalani kajian kes ini dapatlah mengetahui peranan seseorang ketua panitia amat penting dalam menjadi role model untuk memandu panitianya dengan berkesan. Guru – guru perlu mengikuti arahan ketua panitia dan menjalankan setiap aktiviti berdasarkan kepada takwim panitia.
18 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
6.0 REFLEKSI Sebagai seorang guru, kelicinan dan kecekapan seorang guru menyampaikan pengajaran bergantung kepada persediaan awal yang terancang dan rapi. Proses merancang pengajaran dan pembelajaran terutamanya mata pelajaran Sains dan RBT. Melalui kajian kes yang telah saya terima berkaitan peranan seseorang ketua panitia dalam mengendalikan panitianya, kemahiran dalam pemilihan isi kandungan, justifikasi dalam memilih pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti seorang guru dalam proses pdp serta cara melakukan penilaian secara formatif dan sumatif bagi sesuatu subjek merupakan ntara perkara yang diberi fokus utama. Melalui kedah temubual ini saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan penuh cabaran. Kejayaan saya dalam menyiapkan tugasan kajian kes terhadap dua panitia ini disebabkan oleh ketabahan saya menghayati setiap yang saya lakukan. Walaupun kajian kes terhadap ketua panitia ini buat pertama kalinya saya lakukan, namun saya terasa teruja untuk memulakan dan menamatkanya. Malah sewaktu menyediakan laporan bagi kajian kes ini saya cuba untuk berfikiran kreatif agar pengajaran agar pengajaran lebih kreatif atau pelbagai. Saya akan berasa gembira jika kajian kes ini mendapat kesahan dan kebolehpercayaan serta ia juga dapat digunakan sebagai panduan seseorang ketua panitia dalam mengendalikan panitia mereka dengan efektif. Saya telah diberi peluang untuk menemubua dua orag ketua panitia, dalam pada ini banyak pengalaman yang saya timba yang boleh saya aplikasikan di sekolah pada masa akan datang. Walaupun saya rasa resah, namun teletah guru - guru memberi keyakinan dan semangat kepada saya. Saya
dapat merasakan aura sebagai seorang guru banyak
membantu saya terutamanya apabila memikirkan peranann dan perasaan seseorang ketua panitia mengendalikan panitianya.
Sekian terima kasih
-----------------------------------GOURI A/P VEDIAPPAN
19 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH
PENGURUSAN KURIKULUM (KPF 6044)
GOURI A/P VEDIAPPAN (M20151000345)
7.0 RUJUKAN Ahmad Tajuddin Abd. Hamid (1989). Peranan Pengetua Dalam Kepimpinan Pengajaran. Tesis Sarjana: Universiti Malaya. Mohd. Daud Hamzah. Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Razali Arof. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991. Salmiyah Mustafa (1995). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran di Negeri Perak Universiti Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana. Tyler, Ralph W. Prinsip Asas Kurikulum Dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. 1990. 995. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. Kertas Ucapan Utama. Disampaikan Di Persidangan Pendidikan Nasional Ke 2 ‘Pengisian Wawasan Pendidikan’. Institut Aminuddin Baki. Genting Highlands. 11 - 15 Julai 1994.
Ebookbrose.com/20064771-Pengurusan Panitia http://www.freeewebs.com/tkpanitia2.htm. http://www.scribd.com/doc/52304905/visi-dan-misi-Kementerian-PelajaranMalaysia http://www.workingresources.com.
20 | P a g e PROFESOR MADYA DR. MOHD YUSOF BIN ABDULLAH