1.0 Pengenalan Nama penuh Robert Kuok ialah Kuok Hock Nian ( 郭 鹤 年 ). Beliau merupakan seorang yang sangat berjaya dalam aktiviti perniagaan dan telah menlibatkan diri dalam pelbagai bidang. Berdasarkan sumber daripada ‘The Economist’ (2001), pada tahun 1950 sehingga ke tahun 1960, beliau telah menumpukan perhatiannya dalam perniagaan tepung, gula dan minyak sawit. Beliau telah meluaskan perniagaannya dalam bidang pembangunan hartanah, perhotelan dan media. Dalam siaran CCTV 2 (2011), beliau menganggap bahawa semua bidang perniagaan yang dijalankan adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Dengan itu, barulah terbentuknya empayar perniagaan Robert Kuok kerana beliau dapat melihat keadaan semasa dengan menyeluruh dan berpandangan jauh. Seterusnya, berdasarkan sumber daripada Evi, beliau dikatakan merupakan orang yang terkaya di Malaysia dan nilai bersih beliau dianggar sebanyak $9 000 000 000. Beliau memiliki nilai-nilai yang baik, menggunakan stail pengurusan yang bersistematik dan disokong oleh beberapa faktor lain telah membantu beliau dalam membina empayar perniagaannya.
2.0 Latar belakang
Roberk Kuok (Sumber: http://i.forbesimg.com/media/lists/people/robert-kuok_416x416.jpg)
1
Menurut Sia (1995), Robert Kuok dilahirkan pada 6 Oktober 1923. Keluarga Robert Kuok berasal dari Fujian, China (Ashadi Zain, 2004). Seterusnya, mereka datang ke Malaysia dan memulakan perniagaan di Johor. Robert Kuok merupakan seorang yang sangat raji, peramah, pintar dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan sosioekonominya (Ashadi Zain, 2004). Beliau telah mendapatkan pendidikan Cina dan Inggeris. Beliau pernah mendapatkan pelajaran di ‘Johor Bahru English College’ dan ‘Raffles College’ di Singapura (Sia, 1995). Ketika belajar di dua-dua kolej ini, beliau telah membentuk satu jaringan perniagaan yang hebat atas nama persahabatannya dan telah membantu beliau membina empayar perniagaan pada beberapa tahun kemudian. Kisah beliau bermula dengan penubuhan Kuok Brother Sdn. Bhd. pada 1 April 1949 dengan bantuan daripada ‘Australian Chartered Accountant Harry Tooks’ (Sia, 1995). Beliau telah mengambil alih perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya, iaitu Kuok Keng Kang di Johor Bahru. Bapanya telah menubuhkan ‘Tong Seng & Company’ dan mendapatkan lessen daripada Sultan Johor untuk menjalankan perniagaan jual beli (Ashadi Zain, 2004). ‘Tong Seng & Company’ dapat berkembang dengan maju sehingga menjadi syarikat pembekal beras, gula dan tepung gandum sebelum Perang Dunia Kedua kerana mendapatkan pertolongan daripada beberapa orang pemimpin Melayu (Ashadi Zain, 2004). Selain daripada orang Melayu, Kuok Keng Kang turut menjalinkan hubungan baik dengan orang Barat. Buktinya, beliau telah mendapatkan kontrak daripada tentera British untuk membekalkan barangan keperluan kepada 50 000 orang tahanan perang Jepun (Ashadi Zain, 2004). Keadaan sedemikian secara tidak langsung telah meluaskan perniagaan ‘Tong Seng & Company’ dan menyediakan persekitaran yang baik kepada Robert Kuok untuk membentuk dan mendirikan empayar perniagaannya.
2
3.0 Kejayaan yang dicapai Selain daripada ‘Kuok Brother Sdn. Bhd.’, Robert Kuok mula menjalankan perniagaan secara besar-besaran selepas kemerdekaan Malaysia. Antara kejayaan yang dicapai oleh Robert Kuok adalah penubuhan ‘Malayan Sugar Manufacturing Company Limited’ (MSM) pada 9 Oktober 1959 dan bersama-sama dengan dua syarikat Jepun, iaitu ‘Mitusi Bussan Kaisha Ltd.’ dan ‘Nissin Sugar Manufacturing’ (Sia, 1995). Menurut Sia (1995) lagi, syarikat tersebut bertujuan untuk aktiviti pengeluaran gula dan pengeksportan gula ke luar negara. Di samping itu, kejayaan kedua yang dicapai oleh Robert Kuok adalah penubuhan ‘Federal Flour Mills Bhd.’ pada 3 Februari 1962 (Sia, 1995). Pada masa itu, kerajaan amat menggalakkan penubuhan industri tempatan untuk mengurangkan keperluan mengimport barangan pengguna dan selaras dengan dasar kerajaan pada masa itu. Syarikat ini juga berjaya mendapatkan pelepasan cukai daripada kerajaan dan merupakan pengilang tepung yang terbesar di Malaysia (Sia, 1995). Perniagaan yang dijalankan terus berkembang di bawah pengurusan Robert Kuok. Buktinya, Kuok Brother memiliki pegangan sama ada saham atau kuasa yang terbesar dalam empayar perniagaannya. Antara perniagaan yang terletak di bawah Robert Kuok adalah Jerneh Asia Berhad, Pelangi Berhad, PBB Group Berhad, PBB Oil Palms Berhad dan sebagainya. Selain itu, beliau juga mewujudkan ladang tebu yang pertama di Malaysia melalui Perlis Plantation. Ladang tersebut terletak di atas tanah kerajaan dan merupakan projek ‘usaha sama’ antara syarikatnya dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuaan (FELDA). Pada era 70-an pula, beliau telah membuka lagi ladang tebu di Indonesia dan menjadikannya sebagai pengilang gula yang terbesar di dunia (Gambe, 1999). Hal ini dapat melihat dengan 3
jelas bahawa Robert Kuok memang merupakan seorang usahawan dan pengurus yang berjaya kerana beliau sangat sensitif dengan peluang yang ada dan berjaya mengurus syarikat penapisan gula sehingga menjadi pengilang gula yang terbesar di dunia. Pada tahun 1974 pula, Robert Kuok telah memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong. Hal ini adalah berkaitan dengan soal cukai dan bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Di Hong Kong, beliau telah mengasaskan ‘Kerry Trading Company’ dan mengembangkan ruang lingkup perniagaannya ke sektor media dan hartanah. Seterusnya, beliau telah menguasai ‘South China Morning Post’ pada tahun 1993. Melalui ‘South China Morning Post’, beliau telah mengambil alih TVE Holdings, iaitu syarikat yang melibatkan diri dalam perniagaan hartanah hiburan, barangan runcit dan penerbitan. Pada peringkat seterusnya, beliau telah memperluaskan perniagaannya dari Hong Kong ke China untuk melibatkan diri dalam pembangunan hartanah, perhotelan, perkilangan, perdagangan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, beliau telah mengembangkan perniagaannya ke Indonesia dan Filipina. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang mewujudkan rangkaian hotel lima bintang, iaitu ‘Shangri-La Hotel and Resorts’. Beliau turut pernah mengatakan bahawa beliau lebih menyukai gelaran ‘Raja Hotel’ berbanding dengan ‘Raja Gula’ (CCTV 2, 2010). Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau memang banyak menumpukan perhatian dalam rangkaian Hotel Shangri-La dan bangga dengan kejayaan yang dicapai dalam bidang perhotelan. Buktinya, berdasarkan sumber daripada ‘Hotel and Resorts Numbers’, dalam bidang perhotelan, beliau memiliki ‘Shangri-La Hotel and Resorts’ yang hampir berada di seluruh dunia seperti di Australia, Kanada, China, Fiji, Perancis, Hong Kong, India, Jepun, Malaysia, Taiwan, Thailand, Sri Lanka dan sebagainya. ‘Shangri-La Hotel and Resorts’ banyak dibina di China jika berbanding dengan tempat lain. Pada Mac 2005, beliau telah memiliki 23 buah hotel di China termasuk Hong Kong dan jumlah hotel 4
yang dimiliki adalah sebanyak 55 buah hotel di seluruh dunia (Lam Peng Er, Qin Yaqing dan Yang Mu, 2013). Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa beliau memang berlayak untuk mendapat gelaran ‘Raja Hotel’ seperti yang diterangkan tadi. Selain daripada itu, beliau turut menubuhkan Malaysian International Shipping Corporation (MISC) untuk memudahkan penghantaran gula dalam jumlah yang besar ke tempat lain (Sia, 1995). Sebelum penubuhan MISC, hanya terdapat ‘Far Eastern Freight Conference’ hampir mengawal semua laluan perkapalan dan mengawal harga getah dan tin. Tambahan pula, idea penubuhan MISC telah mendapat sokongan yang besar daripada perdana menteri pada masa itu, iaitu Tunku Abdul Rahman (Sia, 1995)..
4.0 Stail pengurusan Stail pengurusan perniagaan Robert Kuok adalah berasaskan hubungan kekeluargaan (Bidgoli, 2010). Beliau telah membina satu ikatan keluarga yang kuat dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan. Beliau telah melantik anaknya dan saudara yang terdekat yang boleh percaya dan berkelayakan untuk memegang jawatan penting dalam perniagaannya. Seternusnya, beliau hanya akan mengadakan perundingan dengan senior eksekutif dan menggunakan stail pengurusan ‘day-to-day’ dalam syarikatnya (Bidgoli, 2010). Biasanya, beliau akan mengadakan perundingan dan mesyuarat dengan senior eksekutif secara tertutup. Hal ini bermakna hanya mereka yang berpeluang untuk memberi pendapat dan membentuk strategi perniagaan sama ada dalam tempoh masa pendek atau tempoh masa panjang. Orang yang tidak memegang jawatan tinggi tidak berhak untuk campur tangan dalam aktiviti perancangan perniagaan dan perundingan dalam syarikay Robert Kuok.
5
Pendekatan yang seterusnya adalah beliau akan memberi kuasa urus tadbir kepada dua orang anak lelakinya dan beberapa saudara terdekat yang boleh dipercayai selepas perniagaan yang dijalankan menjadi stabil, mantap dan kukuh, (Backman dan Butler, 2003). Oleh itu, beliau hanya melihat perniagaan-perniagaan yang dijalankan secara menyeluruh dan memberi arahan kepada senior eksekutif jika memerlukannya. Tindakan beliau ini dikatakan sangat bijak kerana memberi peluang kepada saudaranya, khususnya anak lelakinya untuk melibatkan diri dalam arena perniagaan dan mendapatkan pengalaman dalam pengurusan sesebuah atau beberapa perniagaan. Dengan itu, perniagaannya dapat diteruskan dan empayar perniagaan tidak mudah ‘diserang’ atau ‘dipecahkan’ oleh mana-mana pihak. Pendek kata, walaupun beliau telah melepaskan kuasa kepada orang lain untuk menguruskan syarikatnya, beliau tetap memiliki kuasa terhadap perniagaan yang dijalankan. Dalam stail pengurusannya, aspek ‘hubungan’ telah memainkan peranan yang sangat penting (Bidgoli, 2010). Sebagai contohnya, beliau telah menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak seperti kerajaan, rakan-rakan, konsumer, pekerja dan sebagainya. Dalam siaran CCTV 2 (2011), beliau mengakui bahawa beliau sangat menitikberatkan hubungan dengan pekerja dalam perniagaan yang dijalankan. Hal ini adalah disebabkan pekerja merupakan golongan yang akan berkomunikasi dan berdepan dengan pelanggan. Jika syarikat mereka memberi kebajikan dan faedah yang mencukupi kepada pekerja, maka mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan dapat memberi imej yang baik kepada pelanggan, khasnya dalam bidang perhotelan. Stail pengurusan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara pengurus dengan pekerja dan pelanggan. Dengan itu, beliau berjaya membentuk empayar perniagaannya dan menjadi usahawan yang berjaya. Beliau telah menggunakan gaya kepimpinan autokratik dalam bidang perniagaan yang dijalankan. Dalam siaran CCTV 2 (2011) beliau telah mengakui bahawa beliau merupakan seorang pemarah pada waktu muda. Hal ini telah menyebabkan orang di sekelilingnya berasa 6
takut untuk melaporkan sesuatu kepada beliau kerana beliau senang berasa marah. Namun demikian, hal ini tidak menjadi masalah kepada beliau untuk berjaya dalam perniagaannya kerana dengan gaya kepimpinan autokratik ini telah mendorong pekerjanya untuk berusaha bersungguh-sungguh demi menunjukkan sesuatu yang terbaik kepadanya supaya tidak dimarahi. Dengan itu, beliau berjaya membentuk empayar perniagaannya. Selain daripada itu, Gambe (1999) berpendapat bahawa beliau selalu menggunakan kaedah pengurusan yang moden dalam pengurusan syarikatnya dan hal ini merupakan salah satu sebab yang mendorong beliau menjadi usahawan yang berkuasa dan kaya di rantau Asia. Dengan itu, penggunaan kaedah pengurusan yang moden memang merupakan perkara yang penting. Secara keseluruhannya, stail pengurusan Robert Kuok adalah berasaskan nilai-nilai Confucius, melalui ikatan kekeluargaan yang kuat, perlu sentiasa menggunakan kaedah pengurusan dan teknologi yang terbaru supaya sesuai dengan perubahan semasa, berada di bawah naungan politik kerajaan dan berusaha untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak luar seperti usahawan Jepun dan Barat (Brook dan Luong, 1999).
5.0 Faktor kejayaan pengurus Robert Kuok bersikap rendah diri dan tidak bongkak telah menyebabkan beliau terus berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dan sebagai seorang pengurus yang berjaya. Beliau juga mementingkan kejujuran, kesetiaan, disiplin dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Menurut beliau, aspek-aspek ini merupakan kunci untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang perniagaan. Sikap yang baik ini telah mendorong beliau untuk meluaskan empayar perniagaannya dan membantu beliau meningkatkan kekayaannya.
7
Faktor kejayaan Robert Kuok adalah berpandangan jauh dan boleh melihat situasi perniagaan di Malaysia secara menyeluruh. Sebagai contohnya, penubuhan Malayan Sugar Manufacturing telah membuka satu jalan yang baru kepada beliau untuk meningkatkan kekayaannya dan meluaskan empayar perniagaannya. Beliau sangat bijak kerana telah membina satu rangkaian hubungan yang besar dan menjalinkan hubungan yang baik dengan semua pihak, termasuklah kerajaan pada masa itu. Oleh itu, syarikat beliau berupaya untuk mendapatkan beberapa kemudahan khas dan status monopoli di Malaysia. Beliau turut memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Sing dan sebagainya untuk mengukuhkan empayar perniagaannya. Selain itu, beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang berlainan dan menganggap semua bidang ini mempunyai hubungannya (CCTV 2, 2011). Sebagai contohnya, perniagaan beliau telah mengeluarkan gula dalam jumlah yang besar. Bagi tujuan menghantar sejumlah besar gula tersebut ke tempat lain memerlukan kapal yang besar dan masa yang panjang jika menggunakan perkhidmatan syarikat lain (CCTV 2, 2011). Oleh itu, beliau telah berusaha dan melabur dalam bidang perkapalan untuk memudahkan urusan perniagaannya. Selain daripada menghantar barangan diri sendiri ke tempat lain, MISC juga bersedia untuk menawarkan perkhidmatan perkapalan kepada pihak lain. Dengan
itu,
keuntungan yang diperolehi akan bertambah. Kejayaan Robert Kuok juga didorong oleh latar belakang keluarga mulia yang kuat. Robert Kuok telah mengatakan bahawa beliau diajar oleh ibunya berdasarkan ajaran Confucius (CCTV 2, 2011). Ibunya sangat ditaat setia oleh Robert Kuok dan saudaranya kerana mereka dibesarkan dengan nilai-nilai murni yang mendorong mereka berjaya dalam perniagaannya atau kehidupannya. Dalam pengajarannya, ibunya sangat menitikberatkan nilai-nilai kejujuran. Hal ini telah menyebabkan beliau dan saudaranya berjaya dalam bidang
8
perniagaan kerana mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada orang lain. Seperti yang diketahui, nilai ‘kejujuran’ memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang perniagaan kerana tiada seorang pun ingin berniaga dengan orang yang tidak memiliki nilai ini. Bagi orang Cina, aspek kejujuran merupakan aspek yang paling penting kerana ia merupakan faktor utama yang akan menentukan sama ada perniagaan itu berjaya atau tidak. Dengan adanya nilai ini, beliau dapat mengembangkan perniagaannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Kejayaan Robert Kuok juga didorong oleh ikatan keluarga yang kukuh (Bidgoli, 2010). Keadaan ini dapat dilihat dengan penubuhan Kuok Brother Sdn Bhd oleh Robert Kuok bersama-sama dengan beberapa orang saudaranya. Dengan adanya ikatan yang kuat di antara mereka, memang merupakan sesuatu perkara yang sukar bagi orang lain untuk ‘menyerang’ (dalam perniagaan) mereka. Hal ini merupakan salah satu sebab Kuok Brother Sdn Bhd yang boleh bertahan dalam jangka masa yang panjang dan masih berdiri dengan kukuh. Robert Kuok juga merupakan seorang yang rajin, sensitif terhadap peluang perniagaan dan berfikiran positif. Beliau pernah mengatakan bahawa seseorang perlulah bekerja keras dan berfikiran positif, menjalankan perniagaan dengan jujur dan tanpa penangguhan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang dilaksanakannya (CCTV 2, 2010). Beliau turut menekankan bahawa seseorang perlulah sentiasa merendah diri, jangan bongkak dan jangan mengambil kesempatan daripada orang lain. Semua nilai murni ini perlu diterapkan dalam hatinya untuk berjaya dalam kehidupan masing-masing. Hal ini adalah disebabkan nilai-nilai inilah yang menentukan kejayaan Robert Kuok dalam bidang perniagaannya.
9
6.0 Cabaran Robert Kuok pernah menghadiri satu dialog yang dianjurkan oleh CCTV 2 (China) untuk berbincang dan berkongsi pengalamannya dalam arena perniagaan. Dalam dialog tersebut, beliau telah mengakui bahawa memang kurang cabaran yang dihadapi dalam sepanjang umurnya. Beliau masih mengingat bahawa pada bulan Mei dan Jun 1963, beliau telah menyimpan stok gula yang sangat banyak dan membuat anggapan bahawa harga gula akan naik pada masa hadapan (CCTV 2, 2011). Namun, harapan beliau dipecahkan kerana harga gula jatuh secara mendadak pada masa itu. Oleh sebab beliau menyimpan stok gula yang terlalu banyak, beliau hampir menghadapi masalah bankrap (CCTV 2, 2011). Namun begitu, bencana alam seperti angin taufan telah melanda di satu ladang tebu yang banyak menghasilkan gula pada masa itu dan ladang tebu tersebut boleh menghasilkan 5.5 juta tan gula pada waktu kemuncaknya (CCTV 2, 2011). Hal ini telah memberi peluang kepada beliau untuk mengeluarkan semua stok gula ke pasaran tempatan atau antarabangsa. Ladang tebu yang dimusnahkan secara tidak langsung akan mempengaruhi harga gula di pasaran. Dengan itu, Robert Kuok dapat menjual gulanya dengan harga yang lebih tinggi dan meluaskan pasaran gula ke arah antarabangsa. Keadaan ini membuktikan nasib Robert Kuok selalu dibela. Memang tidak boleh dinafikan bahawa nasib merupakan aspek yang penting kepada usahawan untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Dalam siaran CCTV 2 (2011), beliau sendiri pernah mengakui bahawa kejayaan dalam perniagaannya memerlukan 90% daripada usaha sendiri dan 10% ditentukan oleh nasib.
10
7.0 Penutup Kesimpulannya, Robert Kuok memang merupakan usahawan Malaysia yang sangat berjaya dalam bidang perniagaan atau dalam kehidupannya. Beliau tidak bongkak dengan kejayaan yang dicapai dan sentiasa bersifat rendah diri merupakan satu teladan yang sangat baik di mana boleh dicontohi oleh generasi muda. Beliau sentiasa memotivasikan golongan muda supaya sentiasa bekerja keras demi mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Selain itu, Robert Kuok juga banyak menyumbang kepada masyarakat dan negara kita. Menurut Muhammad Hisyam Mohamad, beliau merupakan dermawan besar dan berusaha dalam membangunkan bangsa dan negara dalam bidang-bidang kebajikan sosial dan sebagainya. Sikap-sikap beliaulah yang perlu kita contohi supaya menjadi rakyat Malaysia yang berguna dan menyumbang kepada masyarakat dan negara kita.
11
Bibliografi Ashadi Zain. (2004). 66 usahawan Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.. Diperolehi daripada http://books.google.com.my/books?id=sevVMCdl6w C&pg=PA25&dq=robert+kuok&hl=en&sa=X&ei=c446UveMDcW3rAfroIHoBQ&re dir_esc=y#v=onepage&q=robert%20kuok&f=false A survey of asian business: Empires without umpires. (2001, April 5). The Economist. Diperolehi daripada http://www.economist.com/node/559399 Backman, Michael dan Butler, Charlotte. (2003). Big Asia: 25 strategies for business success. New York: Palgrave Macmillan. Diperolehi daripada http://books.google.com.my /books?id=QEp0XsO9ghcC&q=robert+kuok#v=snippet&q=robert%20kuok&f=false Bidgoli, Hossein. (2010). The handbook of technology management: Supply chain management, marketing and advertising and global management (volume 2). United States:
John
Wiley
&
Sons.
Diperolehi
daripada
http://books.google.
com.my/books?id=EKNoKQ1L4CoC&q=robert+kuok#v=snippet&q=robert%20kuok &f=false Brook, Timothy dan Luong, Hy V.. (1999). Culture and economy: The shaping of capitalism in Eastern Asia. United States: University of Michigan Press. Diperolehi daripada http://books.google.com.my/books?id=AR3arRgfltkC&printsec=frontcover&dq=Cult ure+and+economy:+The+shaping+of+capitalism+in++Eastern+Asia&hl=en&sa=X& ei=snxOUpmTC6zxiAe00YGwCg&ved=0CC8Q6AEwAA#v=onepage&q=Culture% 20and%20economy%3A%20The%20shaping%20of%20capitalism%20in%20%20Ea stern%20Asia&f=false Chen Wei Hong. (2011, September 3). Dialogue-Kuok Hock Nian. Diperolehi daripada http: //www.usj.com.my/bulletin/upload/showthread.php?36141-Robert-Kuok-interview Gambar Robert Kuok. Diperoleh daripada http://i.forbesimg.com/media/lists/people/robert_ Kuok_416x416.jpg
12
Gambe, Annabella R.. (1999). Overseas Chinese entrepreneurship ad capitalist development in Southeast Asia. London: LIT VERLAG Munster. Diperoleh daripada http://books.google.com.my/books?id=ZUfNRG8IR44C&pg=PA95&dq=robert+kuo k&hl=en&sa=X&ei=c446UveMDcW3rAfroIHoBQ&redir_esc=y#v=onepage&q=rob ert%20kuok&f=false Muhammad Hisyam Mohamad. (n.d.). Peranan sedekah dalam pembangunan negara. Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM). Diperoleh pada September 2013, 27 daripada http://ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/7898peranan-sedekah-dalam-pembangunan-negara Lam Peng Er, Qin Yaqing dan Yang Mu (Eds.). (2013). China and East Asia: After the wall street crisis. Singapura: World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd.. Diperoleh pada September 2013, 27 daripada http://books.google.com.my/books?id=lzrh1beFXzwC& pg=PA259&dq=robert+kuok&hl=en&sa=X&ei=zLo6Ut7UBsXtrAe31oGABA&ved =0CFIQ6AEwBg#v=onepage&q=robert%20kuok%20&f=false Robert Kuok. Diperoleh pada September 2013, 26 daripada http://www.ukessays.com/essays / business/robert-kuok-hock-nien.php Robert Kuok. Diperoleh pada September 2013, 24 daripada http://www.evi.com/q/robert _kuok_profile Sia, Irene. (1995). Robert Kuok: Taipan incorporated. Jati, 1(9), 56-68. Diperolehi pada September 2013, 25 daripada http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/ 15883/04_IRENE_SIA.PDF Shangri-La Hotel and Resorts. Hotel and resorts numbers. Diperolehi daripada http://www. shangri-la.com/corporate/contact-us/hotel-resort-numbers/
13