“Bincangkan EMPAT (4) peranan/ fungsi teori komunikasi kepada organisasi bukan kerajaan (NGO) ATAU organisasi awam ” 1.0 Pengenalan
Dalam perjalanan sesebuah organisasi, elemen-elemen dalam organisasi tidak dapat lari daripada berkomunikasi. Menerusi komunikasi, ahli-ahli dalam organisasi dapat bertukar maklumat dalam memajukan unit masing-masing. Organisasi tidak dapat hidup dan meneruskan aktiviti tanpa komunikasi (Hickson et. al., 1998).
E mpat pat ( 4) per per anan/fu nan/fungsi ngsi teori teori komuni komunikk asi. si . Menurut Syed Arabi (1998) teori mempunyai beberapa peranan. Antara peranan teori ialah:
i.
Penerangan
Suatu teori yang baik dapat menerangkan sebab berlakunya sesuatu fenomena. Dengan menggunakan teori yang relevan, seorang penyelidik dapat menerangkan kaitan antara dua atau lebih konsep.
ii.
Penjelasan
Teori dapat menjelaskan sebab wujudnya sesuatu fenomena dengan menyatakan konsep yang terdapat dalam teori berkenaan.
iii.
R amalan amalan
Jika sekiranya kita mendapati berlaku suatu fenomena dan dapat pula memperincikan beberapa konsep dalam fenomena tersebut maka kita boleh meramalkan bahawa fenomena tersebut akan berlaku pada masa depan andainya terdapat konsep yang berkenaan dalam teori kita.
i v.
P engaw ng awala alan n pe penye nyelilidik dika an
Teori mendorong seseorang penyelidik membuat sesuatu bentuk kajian. Jika sesuatu teori tidak dapat dipertahankan lagi, maka penyelidik tersebut akan menjauhkan diri daripada melakukan kajian atau cuba memperkenalkan konsep lain
Komunikasi memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Komunikasi merupakan suatu proses transaksional dan simbolik. Proses transaksional ialah komunikasi melibatkan dua atau lebih kakitangan organisasi berinteraksi dalam persekitaran organisasi. Simbolik ialah proses transaksional yang mewakili tahap perlambangan yang tertentu.
Perlambangan dalam konteks ini ialah proses komunikasi mempunyai tahap abstrak yang tertentu. Misalnya, penggunaan perkataan seperti “Encik”, “Tuan”, serta “Puan” mewak ili rasa hormat terhadap status atau kedudukan seseorang dalam sesebuah organisasi awam. Carta organisasi merupakan contoh perlambangan kepada struktur hierarki yang berlaku oleh sesebuah organisasi awam dan mempengaruhi proses komunikasi yang diamalkan dalam organisasi awam berkenaan. (Che Su Mustaffa et al. 2004) Malahan kekaburan dalam menyampaikan maklumat boleh menggugat pencapaian objektif organisasi. Ini kerana hanya penyaluran mesej yang bermakna antara manus ia dan mudah difahami mampu memberi tindakbalas yang berkesan (S.O. Oluga, 2010). Komunikasi dalam organisasi adalah melibatkan proses pengiriman mesej atau maklumat daripada individu kepada individu, kumpulan atau organisasi. Proses hubungan manusia yang melibatkan aktiviti komunikasi, pada dasarnya menyamai konsep falsafah politik demokrasi. Ini bererti individu-individu dikaitkan sebagai satu unit organisasi manusia yang dikoordinasikan dengan komponen-komponen yang lain untuk membentuk sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, bentuk komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi antara ahli organisasi sama ada antara pengurus dengan pekerja, pengurus dengan pengurus, pekerja dengan pekerja amatlah penting sebagaimana dapatan kajian komunikasi organisasi oleh Abdul Samad ke atas Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur (1998). Bibliograpi :
Ab. Samad Kechot. (1998). Bentuk-bentuk komunikasi dan kesan ke atas organisasi: satu kajian ke atas Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur . Tesis Sarjana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Che Su Mustaffa et al. (2004), Modul Teori Komunikasi, UUM, :135-136 Craig, R.T. (1996). Communication theory as a field . New York: Guilford Hickson M., Stacks, D. W., & Greely, M. P. (1998). Organizational communication in the personal context. From interview to retirement . Needham Heights: Allyn & Bacon. LittleJohn, S.W., dan Foss, K.A. (2008). Theories of human communication. United States: Lyn Uhl.
Oluga, S. O. (2010). Ambiguity In Human Communication: Causes, Consequences And Resolution. Jurnal Komunikasi. 26(1): 37 – 46. Syed Arabi Idid. (1998). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.