SK TING 4 2017
Tajuk
Pengaturcaraan
Topik
1.3 Pemboleh Ubah, Pemalar dan Jenis Data
A. Objektif
Pada akhir sesi murid dapat: 1. Menjelaskan hubungan antara jenis data, saiz data dan kapasiti ingatan komputer. 2. Menggunakan jenis data yang sesuai. 3. Mengisytiharkan dan menilai awalkan pemboleh ubah dan pemalar. 4. Menggunakan pernyataan umpukan dan pernyataan aritmetik. 5. Menulis atur cara yang yang memerlukan input dari papan kekunci dan memaparkan output B. Kandungan Pengajaran 1. Jenis data 2. Pemboleh ubah 3. Pemalar 4. Operator 5. Input dan Output 6. Latihan 1.3.1
Jenis Data
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai jenis data yang hampir sama. Dalam pengaturcaraan berasaskan objek seperti Java, terdapat dua jenis data : • data jenis primitif • data jenis bukan primitif
Data Jenis Primitif Java boleh menyokong beberapa jenis data primitif. Jenis data primitif adalah data yang telah ditakrifkan dalam suatu bahasa pengaturcaraan dan dinamakan sebagai kata simpanan. 1.
Integer (int) – nombor bulat tanpa perpuluhan: • • • • •
Jenis data int menggunakan 4 bait ingatan Nilai minimumnya ialah - 2,147,483,648 Nilai maksimumnya ialah 2,147,483,647 Lazimnya int digunakan sebagai jenis data lalai.(default value). Nilai lalai ialah 0. Contoh 1: int markah; Contoh 2:
1
MODUL SAINS KOMPUTER
SK TING 4 2017 int bilPelajar = 50; int suhu = - 5; 2.
Double – nombor perpuluhan: • Jenis data double menggunakan 8 bait ingatan. • Nilai lalai ialah 0.0 Contoh 1: double gaji; Contoh 2: double gaji = 2340.5;
Bezakan penggunaan data jenis float dan double.
3.
Boolean – nilai true dan false. • Jenis data boolean ialah satu bit. • Jenis data ini digunakan sebagai flag untuk mengesan syarat benar/palsu. • Nilai lalai ialah false. Contoh 1: boolean statusPerkahwinan; Contoh 2: boolean statusPerkahwinan = true;
4.
Character (char) – aksara: • Jenis data char menggunakan 2 bait ingatan. • Nilai minimumnya ialah '\u0000' (atau 0). • Nilai maksimumnya ialah '\uffff' (atau 65,535 termasuk). • Jenis data char digunakan untuk menyimpan sebarang aksara tunggal. Nilai lalai ialah '\u0000' – aksara null. Contoh 1: char abjad; Contoh 2: char abjad = 'A' ; Data jenis Bukan Primitif 1. String – mewakili gabungan aksara. Contoh 1: String nama;
// tidak diterima oleh compiler
sepatutnya String nama = “ “; //perlu diletakkan nilai awalan Contoh 2 : String nama = “Hazrra”; 1.3.2 Pemboleh ubah
2
MODUL SAINS KOMPUTER
SK TING 4 2017 Nilai pembolehubah berubah-ubah sepanjang pelaksanaan atur cara. Mengikut amalan pengaturcaraan yang baik pembolehubah bermula dengan huruf kecil dan jika terdapat dua perkataan atau lebih awalan perkataan seterusnya menggunakan huruf besar.(Camel Case) Contoh Pengisytiharan Pembolehubah: int panjang,lebar,luas; double gajiBapa; char aks = 'a'; boolean sudahBayarYuran; 1.3.3
Pemalar
Nilai pemalar adalah kekal sepanjang pelaksanaan atur cara. Pemalar digunakan untuk nilai yang sama digunakan berulang kali dalam satu pengaturcaraan. Pemalar diisytiharkan menggunakan arahan final. Setelah diisytiharkan, nilai final tidak boleh diubah lagi. Mengikut amalan pengaturcaraan yang baik pemalar menggunakan semua huruf besar. Contoh: final double PI = 3.1415; final int SAIZ = 100; final int DISKAUN = 10; 1.3.4 Operator Operator digunakan untuk memanipulasikan pemboleh ubah. Operator dalam bahasa Java boleh dikategorikan seperti berikut: Operator Aritmetik Operator Perbandingan Operator Logikal Operator Umpukan Operator Aritmetik Operator aritmetik digunakan dalam ungkapan matematik seperti dalam algebra. Anggap pemboleh ubah integer A menyimpan nilai 10 dan pemboleh ubah B menyimpan nilai 20. Operator Aritmetik Nama
Simbol
Ungkapan aritmetik
Tambah
+
A+B
30
Tolak
-
A-B
-10
Darab
*
A*B
200
Bahagi
/
B/A
2
Modulus
%
B%A
0
Tokok (Increment)
++
B++
21
Susut (Decrement)
--
B--
19
Nilai
Operator Umpukan (Assignment Operator)
3
MODUL SAINS KOMPUTER
SK TING 4 2017 Operator umpukan yang disokong oleh bahasa Java adalah seperti berikut: Operator Umpukan
Ungkapan
Huraian
=
C =A+ B
A+B→C
tambah DAN
+=
C += A
C +A→ C
Tolak DAN
-=
C -= A
C -A→ C
Darab DAN
*=
C *= A
C * A→ C
Bahagi DAN
/=
C /= A
C /A→ C
Modulus DAN
%=
C %= A
C %A→ C
Nama
Simbol
simple
Pernyataan Umpukan Dan Pernyataan Aritmetik Dalam pernyataan umpukan, ungkapan wujud di sebelah kanan simbol umpukan. Formatnya ialah:
= ; Contoh pernyataan umpukan: luas = 3.142 * jejari ^ 2; gajiBersih = gajiKasar + gajiLebihMasa – potongan; purata = (nombor1 + nombor2 + nombor3) / 3; baki = nombor1 % 6; INPUT DAN OUTPUT Input dan output boleh dilakukan melalui beberapa peranti input dan output. Dua aliran objek standard tersebut ialah: i. ii.
System.in //Membolehkan atur cara menerima input dari papan kekunci. System.out //Membolehkan atur cara memaparkan output ke skrin.
Class system boleh digunakan tanpa menggunakan kenyataan import kerana Class ini merupakan class asas dan telah diimport secara automatik setiap kali memulakan program Java. Untuk memasukkan input daripada papan kekunci kita perlu menggunakan class Scanner. Untuk membolehkan class Scanner digunakan kenyataan import perlu digunakan. Contoh: import java.util.Scanner; public class PaparNama { public static void main (String[ ] args) { Scanner input = new Scanner(System.in); System.out.println(“Masukkan nama anda:”); String nama = input.nextLine(); System.out.println(“Nama anda ialah :”+nama); } } Jenis Data
4
Contoh MODUL SAINS KOMPUTER
SK TING 4 2017 Integer Double String – terima satu perkataan String – terima satu baris perkataan
int bilPelajar = input.nextInt(); double yuranPibg = input.nextDouble(); String nama = input.next() String nama = input.nextLine()
System dan Scanner merupakan dua contoh Class. Class tersebut mengandungi fungsi (method) asas iaitu menerima input dan memaparkan output. Contoh fungsi (method) ialah println(),nextInt(),nextDouble() dan banyak lagi.
5
MODUL SAINS KOMPUTER