JENIS DATA, PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR
JENIS DATA, PEMBOLEHUBAH DANPEMALAR 1.0 1.1
Pencam (Pemalar Dan Pembolehubah) Pencam - Pencam adalah nama yang digunakan untuk mewakili nama objek, pembolehubah, pemalar, prosedur dan fungsi. - Panjang pencam boleh sehingga 255 aksara (biasanya tidak melebihi 25 aksara sahaja) - Ia boleh terdiri daripada huruf (a hingga z, A hingga Z), digit (0 hingga 9) dan underscore ( _ ) Syarat-syarat pencam: Tidak boleh menggunakan aksara seperti @, #,*,?, . Ruang kosong tidak dibenarkan. Mesti bermula dengan satu huruf dan boleh diikuti dengan satu atau lebih huruf, nombor atau underscore. Tidak boleh menggunakan reserved word. Reserved word mempunyai makna tertentu dalam Visual Basic dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain. Contohnya Dim, Sub, Private, For, Print Case insensitive, bermakna huruf besar dan huruf kecil adalah sama. Di mana pembolehubah Jumlah dengan jumlah merujuk kepada pembolehubah yang sama. Selain dari syarat di atas, juga digalakkan nama yang diberi kepada suatu pencam biarlah bermakna.
JENIS DATA, PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR
Contoh: Pencam yang sah: Purata Root1 KadarCukai Jumlah_besar A123 Pencam yang tidak sah: 123 Total$ Cmd 1 e-line 5ABC
1.2
Pembolehubah - Pembolehubah ialah lokasi ingatan yang menyimpan data. - Setiap lokasi ingatan boleh menyimpan data nombor atau rentetan. - Apabila projek Visual Basic dilaksanakan, data ini boleh berubah-ubah nilainya. Contoh 2.6.2(a): Jumlah Sum_X KomisenJualan Dim Pencam [AS Jenis data] - Sesuatu pembolehubah perlu diisytiharkan sebelum digunakan. - Deklarasi pembolehubah dimulakan dengan pernyataan Dim. Pernyataan Dim (Singkatan bagi Dimension) mengisytiharkannya satu nama dan menentukan jenis datanya. Ini akan menyediakan ruang atau saiz ingatan kepada pembolehubah mengikut jenis data yang digunakan.
JENIS DATA, PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR
Sintaks: Dim Pencam [ As Jenisdata ] Contoh 2.6.2(b): Dim stnama As String Dim iJumlahJualan As Integer Dim sSuhu As Single Dim cHarga As Currency Dim vPertukaran ‘Default kepada jenis ‘variant’
1.3
Pemalar - Pemalar juga merupakan lokasi ingatan yang menyimpan data. - Apabila projek Visual Basic dilaksanakan, nilai data ini tidak berubah. - Contohnya, dalam program yang mengira luas satu bulatan,pi (nilainya 3.142) merupakan nilai tetap iaitu pemalar. Terdapat dua jenis pemalar iaitu: Pemalar bernama: pemalar yang anda definisi sendiri Contohnya Pi, Tamat Pemalar pre-defined: pemalar yang telah sedia ada di dalam Visual Basic (disimpan dalam library Visual Basic) Pemalar pre-defined menggunakan dua huruf awal (permulaan nama) untuk menunjukkan punca sumber, seperti vb untuk Visual Basic, db untuk Data Access Objects, dan xl untuk Excel.
JENIS DATA, PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR
Jadual 2.6.3 di bawah adalah contoh pemalar untuk warna. Jadual 2.6.3: Pemalar untuk warna Pemalar defined vbRed vbGreen vbYellow vbBlue
Pre- Penerangan Warna merah Warna hijau Warna kuning Warna biru
- Sesuatu pemalar perlu diisytiharkan sebelum digunakan. - Deklarasi pemalar dimulakan dengan pernyataan Const. Pernyataan Const adalah singkatan bagi Constant. Sintaks: Const Pencam [ As Jenisdata ] = Nilai [ As Jenisdata ] bermaksud pilihan, di mana pengguna boleh samada meletakkan jenis datanya atau tidak.
Contoh : Const Tempat As String = “POLISAS“ Const Cukai_Jalan As Currency = 0.08
JENIS DATA, PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR
Jenis Data - Apabila anda menakrifkan suatu pembolehubah atau pemalar, anda perlu juga menetapkan jenis datanya. - Jenis data ini akan memaklumkan jenis data apakah yang akan disimpan di dalam ingatan komputer. Jenis-jenis data yang terdapat dalam Visual Basic adalah seperti berikut di Jadual 2.6.4: Jadual 2.6.4: Jenis Data Jenis Penerangan Data Boolean Nilai True atau False Satu aksara ASCII (kod 0 ke 255) Byte Currency Nombor perpuluhan seperti ringgit dan sen, sehingga 15 digit ke kiri (bulat) dan 4 digit ke kanan (perpuluhan) Lapan aksara untuk nilai tarikh dan masa. Date Januari 1, 100 sehingga Disember 31, 9999 Nombor terapung (nombor perpuluhan) Double dengan ketepatan nilai hingga 14 digit, dalam julat 5E-324 hingga 1.8E308 dan 1.8E308 hingga -5E-324 Nombor bulat (tanpa perpuluhan) dalam Integer julat -32,768 hingga 32,767 Nombor bulat (tanpa perpuluhan) dalam Long julat -2,147,483,648 hingga 2,147,483,647 Nombor terapung (nombor perpuluhan) Single dengan ketepatan nilai sehingga 6 digit, dalam julat 1E-45 hingga 3E38 dan -3E38 hingga -1E-45 Rentetan aksara. 0 hingga 65,535 aksara. String Boleh menyimpan mana-mana jenis data. Variant Visual Basic tahu jenis data yang disimpan dan boleh menukar jenis datanya jika perlu. (default)
JENIS DATA, PEMBOLEHUBAH DAN PEMALAR