ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD BAHASA MALAYU SEKOLAH RENDAH Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal berfokuskan kepada hasil pembelajarannya yang berteraskan kepada kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.
Standard Kurikulum
Pendekatan Modular
Organisasi Kandungan
Kemahiran Bahasa
Sistem Bahasa
Rajah 1 Organisasi Kandungan
1.1 Standard Kurikulum
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah digubal dan diberikan penekanan terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Hal ini perlulah diketahui oleh semua murid. Kedua-dua standard ini berteraskan kepada Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa serta elemen Pengisian Kurikulum yang jelas. Standard yang digubal ini diterangkan dalam bentuk modul dan dibahagikan kepada beberapa bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid.
Penekanan
telah
diberikan
kepada
Standard
Kandungan
dan
Standard
Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan bidang ilmu yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Bidang ilmu ini perlu diketahui dan dikuasai oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan. Manakala, Standard Kandungan pula merupakan satu pernyataan yang menetapkan kriteria bagi memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian setiap murid. 6
1.2 Kemahiran Bahasa
Kemahiran
bahasa
meliputi
kemahiran
mendengar,
bertutur,
membaca,
dan
kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku bagi setiap pelajar.
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas terhadap perkara yang didengar. Kemahiran bertutur pula ialah keupayaan murid berbicara untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.
Seterusnya, kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Di samping itu, murid mestilah berupaya menghayati teks
yang dibaca. Akhir sekali, penekanan juga diberikan kepada kemahiran menulis iaitu keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Fokus perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan pengetahuan
kreativiti dan
mereka
imaginatif.
untuk
menghasilkan
Penguasaan
kemahiran
penulisan bahasa
bahan ini
berunsur
memerlukan
kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bahan prosa, puisi dan grafik.
1.3 Sistem Bahasa
Sistem bahasa merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada aspek tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata serta peribahasa.
Tatabahasa terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji struktur kata iaitu susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna, bentuk kata iaitu satu unit tatabahasa dalam bentuk tunggal ataupun imbuhan, majmuk dan ganda. Kajian terhadap golongan kata juga dilakukan iaitu proses menjeniskan perkataan berdasarkan 7
keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Sintaksis pula merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Kajian terhadap hukum atau rumus tatabahasa di dalamnya mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat. Terdapat enam aspek yang ditekankan dalam hal ini iaitu unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. Seterusnya ialah jenis ayat iaitu ayat penyata, tanya, perintah dan seruan. Penekanan terhadap ragam ayat aktif dan ayat pasif serta susunan ayat biasa dan songsang juga ada. Binaan ayat dan proses ayat t erbitan turut disertakan dalam bidang sintaksis ini.
Sistem ejaan yang dititikberatkan dalam DSKP ini mementingkan penguasaan murid terhadap tanda baca dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Sebagai contoh, tanda soal digunakan di akhir ayat untuk menandakan soalan dalam penulisan ataupun pertuturan. Penggunaan tanda baca ini juga mempengaruhi intonasi dalam bacaan dan penulisan. Antara perkara yang ditegaskan ialah 18 pola keselarasan huruf vokal, ejaan kata pinjaman serta ejaan kata dasar dan kata terbitan.
Sebutan dan intonasi pula diterapkan di sekolah supaya murid-murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta dapat memahami intonasi dan jeda. Kemahiran ini penting agar murid dapat membezakan pelbagai aspek sebutan dan menyampaikan maksud dengan tepat. Sebutan diajarkan agar murid dapat menyebut dengan menggunakan bahasa baku manakala intonasi pula diajar mengikut pola ayat penyata, tanya, perintah, seruan, songsang aktif dan pasif.
Kosa kata dalam bahasa Melayu yang ditekankan dalam DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata dalam kalangan murid perlulah dimantapkan agar mereka dapat mengungkapkan maklumat dan idea selaras dengan perkembangan ilmu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
Akhir sekali, penegasan terhadap aspek peribahasa yang terdiri daripada smpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlu dijelaskan di dalam kelas semasa mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa yang sesuai perlulah mengutamakan falsafah dan nilai murni pelbagai kaum di Malaysia. 8
1.4 Pendekatan Modular
Pendekatan modular merupakan pecahan kemahiran kepada unit-unit kecil iaitu modul. Terdapat lima modul dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu modul yang utama ialah Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis serta modul sokongan Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Standard Kurikulum ini dibina dengan menggunakan pendekatan modular untuk meningkatkan kecekapan berbahasa murid.
Modul Mendengar dan Bertutur merujuk kepada keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti, memahami serta menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi dan dapat memberikan respon. Selain itu, modul ini juga mengasah keupayaan murid untuk berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat, idea dan perasaan serta membina hubungan secara kreatif dan kritis dengan bertatasusila. Penekanan juga diberikan kepada penggunaan tatabahasa yang betul.
Modul
Membaca
pula
tertumpu
kepada
kemahiran
membaca
murid
dan
penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain di dalamnya. Melalui modul ini juga, murid mampu untuk menghayati teks yang dibaca. Modul Menulis berfokus kepada keupayaan murid untuk menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Penguasaan kemahiran ini adalah melalui situasi dan konteks pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
Modul Seni Bahasa berpusatkan kepada aspek bahasa, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu. Aspek ini menjurus kepada kecekapan murid untuk memahami, mengungkap dan menghayati bahasa. Seterusnya, murid akan mempersembahkan karya kreatif mereka dalam pelbagai genre secara menarik dan didik hibur. Akhir sekali ialah Modul Tatabahasa. Modul ini merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis yang perlu dikuasai oleh setiap murid.
9