KERTAS KONSEP PERMAINAN TRADISIONAL BATU SEREMBAN
1.0
PENGENALAN PERMAINAN. Permainan Batu Seremban memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Objek-objek seperti
guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu waktu lapang di serambi rumah, rumah, di dalam rumah rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Ia biasanya dimainkan oleh kanakkanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
2.0 SEJARAH PERMAINAN Permainan Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Banyak spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Tiada bukti yang sah menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan bagaimana ia tercipta kerana ia hanya diceritakan dari mulut ke mulut.
3.0
MATLAMAT PERMAINAN. Matlamat Pertandingan Permainan Tradisional ini
adalah untuk memberi
peserta
peluang menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari disamping itu, ia dapat mendidik pelajar supaya mengenali adat dan
permainan
tradisional nenek moyang. Dengan ini juga, peserta berbangsa Cina dan India dapat mengetahui salah satu permainan rakyat yang dimainkan orang melayu Secara keseluruhan, pertandingan ini bertujuan mengekalkan permainan ini di persada seni dan budaya agar generasi akan datang dapat menikmati akan keindahan warisan budaya kita di sepanjang zaman
4.0 OBJEKTIF PERMAINAN. Psikomotor : Menguji tahap kemahiran kadar tindak balas dan koordinasi mata dan tangan peserta. Kognitif
:
Meningkatkan kreativiti dan tahap keupayaan peserta untuk bermain dengan baik dan mendapatkan mata yang tertinggi
Afektif
:
Mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan penganjur.
5.0 KUMPULAN SASARAN. PPISMP Semester 2. (rujuk lampiran 1)
6.0
y
Pendidikan Islam 1
y
Pendidikan Islam 2
y
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 1
y
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 2
y
Pendidikan Pemulihan 1
y
Pendidikan Pemulihan 2
TARIKH. Karnival Permainan Tradisional 2011 PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5 ini akan di
jalankan pada 8/9 Mac 2011
7.0
TEMPAT PERMAINAN
Dewan Besar IPG Kampus Darulaman.
8.0
ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN. Sebelum pertandingan Pengerusi
: Mohd Hazman bin Mohd Kasmani
AJK Tempat
: Mohammad Afif bin Sofian
AJK Teknikal
: Nur Sufiana binti Md Sith
AJK Tugas Khas
: Najiyah binti Ismail
Semasa Pertandingan Ketua hakim
: Najiyah binti Ismail
Hakim mata
: Mohd Hazman bin Mohd Kasmani Mohammad Afif bin Sofian Nur Sufiana binti Md Sith
9.0 PENGURUSAN PERMAINAN 9.1 Sebelum 9.1.1
Mengetahui jenis permainan tradisional yang perlu dikendalikan
9.1.2
Mengetahui cara bermain dengan betul.
9.1.3
Mengetahui semua peraturan yang ada dalam permainan.
9.1.4
Menyediakan borang penyertaan peserta.
9.1.5
Menyediakan borang keputusan pertandingan
9.1.6
Mengenal pasti dan menyediakan semua senarai peserta/pemain
9.1.7
Mengenal pasti alatan yang perlu digunakan.
9.1.8
Menyediakan ukuran teknikal gelanggang permainan.
9.1.9
Menyediakan kertas konsep berkaitan permainan tradisional yang hendak dikendalikan.
9.1.10 Menetapkan peraturan dan cara pemarkahan 9.1.11 Menyediakan persembahan powerpoint untuk dibentangkan di dalam kelas kepada rakan-rakan dan pensyarah penasihat. 9.1.12 Mengetahui jumlah alatan dan bajet yang diperlukan dalam permainan ini. 9.1.13 Berbincang dengan pensyarah penasihat mengenai kesesuaian permainan yang ditetapkan. 9.2 Semasa 9.2.1
Memastikan peserta tiba awal di kawasan permainan.
9.2.2
Memastikan semua peserta/pemain berada dalam kumpulan masing-masing
9.2.3
Memastikan semua peserta betul mengikut nama di dalam borang penyertaan.
9.2.4
Memastikan semua peserta mendapat penerangan yang jelas mengenai cara bermain dan peraturan
9.2.5
Memastikan kawasan permainan berada dalam keadaan yang selamat
9.2.6
Memastikan semua alatan yang hendak digunakan mencukupi.
9.2.7
Memastikan semua peserta bermain dengan jujur.
9.2.8
Memastikan jadual perlawanan berlangsung mengikut seperti yang telah dirancang.
9.2.9
Memastikan peserta bermain dalam keadaan yang terkawal yakni tiada sebarang gangguan daripada segi mental,emosi dan fizikal.
9.2.10 Memastikan Ajk Teknikal menjalankan tugas di setiap kawasan permainan. 9.2.11 Memastikan mata dikira dengan betul.
9.3 Selepas 9.3.1
Membersihkan kawasan permainan.
9.3.2
Membuat refleksi mengenai pengendalian permainan tradisional.
9.3.3
Membuat post-mortem.
9.3.4 Menyediakan laporan keseluruhan pelaksanaan.
10.0
PERATURAN PERMAINAN
Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh setiap pemain iaitu:
10.1
Semasa batu seremban itu diselerakkan di lantai, pemain yang ingin memungut batu tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang terletak diatas lantai. Jika terdapat pemain yang tersentuh batu tersebut maka pemain itu dianggap mati
10.2
Bagi pemain yang melambungkan batu seremban, pemain tersebut perlu menyambut batu yang dilambung sebelum batu tersebut jatuh. Jika batu tersebut jatuh sebelum dapat disambut oleh pemain yang melambungkannya, maka pemain itu dianggap mati
10.3
Setelah pemain yang sebelumnya atau yang sedang mendahului permainan membuat kesalahan, maka pemain yang berikutnya akan meneruskan permainan.
10.4
Setiap pemain hanya diberikan masa 2 minit untuk bermain dan memungut sebanyak mata yang boleh dan pemain akan melalui 3 pusingan atau 3 kali peluang bermain untuk setiap perlawanan
10.5
Jika seseorang pemain yang telah mati, maka pemain yang mati itu hanya boleh menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya kembali, iaitu setelah semua pemain yang selepasnya mati atau telah membuat kesalahan.
10.6
Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui oleh kesemua pemain.
10.7
Untuk menentukan pemenang bagi permainan batu seremban ini ialah pasukan yang memperolehi mata yang paling banyak maka dialah yang akan dikira sebagai pemenang.
10.8
Setiap penyertaan kumpulan mestilah mempunyai tiga orang peserta
10.9
Setiap pemain mestilah terdiri daripada ahli kelas yang sama.
10.10
Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya satu borang penyertaan.
10.11
Pemain lain yang tidak bermain dilarang menggangu tumpuan pemain yang sedang bermain.
10.12
Pemain yang cuba melakuan perkara yang boleh mengganggu pihak lawan akan diberikan amaran dan jika perlakuan tersebut dilakukan sebanyak 3 kali pemain akan dibuang gelanggang.
10.13
Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur
10.14
Keputusan pengadil adalah muktamat.
10.15
Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada urusetia dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan beserta wang cagaran RM 50 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal.
11.0
PROSEDUR PERMAINAN 11.1
Pada permulaan, pemain akan mengumpulkan ketujuh-tujuh biji batu kecil dengan sebelah tapak tangannya.
11.2
Setelah dikumpulkan batu-batu tersebut maka batu-batu itu akan diselerakkan di atas lantai.
11.3
Setelah diselerakkan, pemain tersebut akan mengambil salah sebiji batu(buah ibu) yang diselerakkan di atas lantai untuk dilambungkan ke udara. Sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh, pemain akan memungut atau mengutip sebiji lagi batu kecil yang berada di atas lantai sambil menyambut semula batu yang dilambung itu dengan menggunakan tangan yang sama.
11.4
Pemain yang sedang bermain perlu meletakkan batu yang telah dipungut itu untuk diletakkan di tepi dan seterusnya pemain dikehendaki memungut dua biji batu secara serentak.
11.5
Kemudian pemain tersebut akan memungut tiga biji batu lagi pada lambungan ketiga sehinggalah terkumpul tujuh biji batu seperti asal.
11.6
Selepas cukup tujuh biji batu dikumpul para pemain perlu menimbang seperti yang dinyatakan di bawah cara menentukan giliran.
11.7
Setiap pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing yang akan ditentukan dalam undian
11.8
Johan setiap kumpulan layak bertanding dalam pusingan seterusnya iaitu sistem kalah mati
12.0
ORGANISASI PERMAINAN
Rujuk Lampiran 2
13.0
SENARAI PERALATAN
Rujuk Lampiran 3
14.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
Tiada perbelanjaan
15.0
PENUTUP Akhir sekali, diharapkan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional ini diharapkan
dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama bersama ahli-ahli yang lain. Melalui pengendalian pertandingan ini juga diharapkan peserta mendapat pendedahan mengenai permainan tradisional yang semakin dilupakan ini. Semoga dengan pengelolaan ini kami mendapat pendedahan awal untuk digunakan di sekolah kelak.
Lampiran 2 ORGANISASI PERMAINAN
2m
1m 1m
6.7m
1m
1m
6.1m
Catatan
Meja Ketua Hakim
Kawasan Keseluruhan
. Kawasan Permainan Kumpulan
Lampiran
3
SENARAI PERALATAN Berikut merupakan senarai peralatan yang diperlukan. Bil
Perkara
Kuantiti
1
Batu kerikil
35 ketul
2
Meja Ketua Hakim
2 buah
3
Kerusi
2 buah
4
Kertas A4
10 helai
5
Pen
4 Batang
6
Pita Pelekat
1 Gulung
7
White board
1 buah
8
White board marker
3 batang
Lampiran 4
ANGGARAN PERBELANJAAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN
BORANG PENYERTAAN PERMAINAN TRADISIONAL ( BATU SEREMBAN ) KUMPULAN
: ««««««««««««««««««««««.
NAMA PASUKAN
: ««««««««««««««««««««««.
KETUA PASUKAN
: ««««««««««««««««««««««.
BIL
NAMA PESERTA
NO KAD PENGENALAN
NO TELEFON
Syarat dan Peraturan 1.
Setiap penyertaan kumpulan mestilah mempunyai tiga orang peserta
2.
Setiap pemain mestilah terdiri daripada ahli kelas yang sama.
3.
Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya satu borang penyertaan.
4.
Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada urusetia dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan beserta wang cagaran RM 50 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN
BORANG PEMARKAHAN BATU SEREMBAN
KUMPULAN : ««««««««««««««««.
Nama Pasukan
Pusingan 1
Pusingan 2
Pusingan 3
Jumlah mata
Kedudukan