Contoh jawapan yang cemerlang bagi soalan ringkasan.Full description
KERTAS JAWAPAN KERTAS 1
okp
:)
Buku bina ayatFull description
sejFull description
sainsFull description
Hubungan EtnikFull description
Full description
contoh Post Mortem UPSR Bahasa InggerisFull description
okFull description
Matematik PT3 Contoh Soalan dan Jawapan
This is very challenging project that I have done with my friends. Sorry for the mistaken because I do it by myself. I hope it's useful. :) (Just ignore JB's name)
6Full description
jawapan
guidesFull description
upsr
SJKT SIMPANG MORIB
DIKUMPULKAN OLEH : K.SHANMUGAM (Guru Besar)
@HAK CIPTA TERPELIHARA SJKTSM CETAKAN PERTAM 2017
BAHASA MELAYU UPSR SJK 2017 Bahagian A Gambar di bawah menunjukkan keadaan di sebuah stesen bas. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.
1. Seorang pemuda menelefon kawannya menggunakan telefon bimbit sementara menunggu bas yang hendak dinaikinya. 2. Seorang wanita sedang membaca buku cerita manakala kawannya meminum jus oren sambil duduk di atas bangku. 3. Seorang kanank-kanak membuang sampah ke dalam tong sampah kitar semula yang terletak di stesen bas. 4. Seorang wanita membeli tiket bas dengan menghulurkan wang kepada petugas menjual tiket di kaunter tiket Syarikat Bas Ekspres ABC Sdn.Berhad. 5. Seorang pemuda membawa beg trolinya sambil menuju ke tempat menunggu bas yang disediakan di stesen bas.
Bahagian B Gambar di bawah menunjukkan poster Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah. Tulis ulasan tentang kempen tersebut dalam bentuk perenggan. Panjanngnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS SEKOLAH
SEORANG MURID SATU SET BUKU TEKS
Perlu dibalut Mesti dijaga dengan baik Jangan dikoyakkan atau diconteng
Poster di atas menerangkan tentang Kempen Sayangi Buku Teks Sekolah. Kerajaan menyediakan satu set buku teks sekolah secara pinjaman kepada semua murid warganegara. Kita hendaklah menjaga buku teks sekolah dengan membalutnya supaya tidak mudah kotor atau koyak. Seterusnya, kita juga mesti menjaga buku teks sekolah dengan baik supaya tidak hilang atau diambil oleh murid lain. Selepas menggunakan buku teks sekolah, kita hendaklah menyimpannya di dalam beg sekolah. Di samping itu, kita dilarang sama sekali mengoyakkan atau menconteng buku teks sekolah. Jika buku teks
terkoyak atau diconteng, sekolah akan kekurangan buku teks. Akhir sekali, sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, kita seharusnya sentiasa menjaga buku teks sekolah agar murid lain dapat menggunakannya pada tahun hadapan. Bahagian c Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan. Soalan 1 LAWATAN KE PUSAT JUALAN KRAF TANGAN Anjuran Tarikh Masa Bertolak Bayaran
: Kelab Seni : 27 Julai 2017 : 8.00 pagi : RM 25.00 (Tambang bas dan makan tengah hari) Bilangan Peserta : 40 orang Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Pn.Rohaya binti Hamid (Guru Kelab Seni)
Kelab Seni sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat jualan kraf tangan seperti yang terdapat dalam maklumat di atas. Sebagai setiausaha kelab, kamu diminta untuk menulis laporan tentang lawatan tersebut.
Soalan 1 Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Pusat Jualan Kraf Tangan Kelab Seni, SJK(T) Simpang Morib Kelab Seni Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Morib telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat jualan kraf tangan di Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan pada 27 Julai 2017. Lawatan sambil belajar ini disertai oleh 40 orang murid dan empat orang guru pengiring. Pada hari kejadian murid-murid berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Puan Rohaya binti Hamid memberi taklimat ringkas tentang lawatan. Bas bertolak pada pukul 8.00 pagi. Setiap murid dikenakan bayaran RM 25.00 sebagai tambang bas dan makan tengah hari. Bas tiba di pusat jualan kraf tangan pada pukul 10:00 pagi. Murid-murid dapat melihat banyak jenis kraf tangan. Antaranya ialah tembikar, pasu dan periuk yang diperbuat daripada tanah liat. Mereka juga dapat melihat kraf tangan yang diperbuat daripada kayu. Antara kfat tangan tersebut ialah hulu keris, bingkai gambar dan lain-lain lagi. Murid-murid juga berpeluang melihat kraf tangan yang dihasilkan daripada buluh dan rotan. Murid-murid juga diberi penerangan tentang penghasilan kraf tangan. Ada antara mereka membeli kraf tangan sebagai cenderamata. Rombongan bertolak pulang ke sekolah pada pukul 6.00 petang. Murid-murid berasa sangat gembira menyertai lawatan ini di samping mendapat pengetahuan berkaitan kraf tangan buatan Malaysia. Laporan disediakan oleh, ............................... (S.THIVIYA) Setiausaha, Kelab Seni, SJK(T) Simpang Morib.
1 Ogos 2017
ATAU Soalan 2 Guru selalu menasihati kamu supaya mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Tulis sebuah karangan tentang aktiviti-aktiviti yang kamu lakukan untuk mengisi masa lapang. Sebagai seorang murid, saya tentu ada masa lapang. Masa lapang ini saya gunakan untuk melakukan banyak aktiviti yang berfaedah. Selepas pulang dari sekolah, saya selalu membantu ibu seperti membersihkan rumah dan mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain lagi. Saya juga membantu adik-adik saya mengulang kaji pelajaran supaya mereka maju dalam pelajaran. Saya juga mengumpul setem pada masa lapang. Setakat ini saya telah mengumpul banyak setem negara-negara luar. Saya mendapat banyak pengetahuan dengan mengumpul setem. Pada cuti sekolah pula, saya suka menanam pokok bunga dan sayur. Saya menjaga pokok bunga dan sayur dengan menyiram air dan membaja. Ibu saya suka memasak sayur yang saya tanam. Aktiviti ini menjimatkan perbelanjaan keluarga saya. Saya juga mendapat bunga untuk menghias rumah saya. Pada masa lapang saya juga membantu ayah mencuci kereta. Kesimpulannya, kita hendaklah menggunakan masa lapang kita untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada kita dan keluarga.