laporan praktikum teknologi solida (griseofulvin) farmasiFull description
intervensi tekno-strukturalFull description
Full description
intervensi tekno-struktural
6Full description
SEJARAH
SEJARAH
jawapan contoh upsr sjkt 2017
eksperimen tingkatan 4Full description
buku teks f4
Full description
Jawapan I-thinkFull description
Set soalan peperiksaan SADN 1033-KENEGARAAN *credit to past year website of UUM
Full description
ithinkFull description
Soalan Latihan A4Full description
hhh
Soalan 1.
Guru boleh menggunakan pelbagai media pengajaran ketika berinteraksi dengan muridnya
sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Terangkan kepentingan media pengajaran untuk membantu guru dalam menjelaskan sesuatu pengajaran. 2.
Cikgu Ahmad ingin menggunakan perisian aplikasi Publisher bagi menghasilkan sebuah
poster sebagai media pengajaran. Bincangkan prinsip-prinsip reka letak visual yang perlu beliau ambil perhatian dalam menghasilkan poster tersebut. 3.
Sekolah anda akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Anda ditugaskan untuk
menghasilkan suatu persembahan video berdurasi 10 minit bagi menunjukkan perjalanan Hari Anugerah tersebut. tersebut. Bincangkan Bincangkan bagaimana anda menghasilkan menghasilkan satu video dokumentari dokumentari yang menarik dan berkesan untuk majlis tersebut. 4. Pakej pembelajaran mutimedia interaktif memainkan peranan penting dalam membantu proses pembelajaran murid. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan sejauh mana ciri-ciri pakej multimedia interaktif pembelajaran dapat membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid. Jawapan 1. Antara kepentingan media pengajaran untuk membantu guru dalam sesuatu mata pelajaran ialah pengajaran lebih tersusun. Seseorang guru memerlukan media sebagai pembantu bagi menyalurkan maklumat. Hal ini adalah kerana aktiviti yang dirancang disusun mengikut urutan berdasarkan kesesuaiaan media yang digunakan menjadikan pegajaran lebih tersusun dan sistematik. Selain itu, kepentingan media pengajaran untuk membantu guru ialah meningkatkan motivasi murid untuk menumpukan perhatian. Pengajaran media ini dapat membantu meningkatkan motivasi murid dengan menjadikan pelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Tambahan pula, media pengajaran merangsang murid untuk belajar dengan lebih baik kerana mereka akan teruja dengan penggunaan teknologi.
2. Antara prinsip yang boleh digunakan oleh Cikgu Ahmad dalam menghasilkan poster tersebut ialah enam prinsip reka letak i.
C (Contrast) – Kontras
visual ‘CASPER’.
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang). Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan, kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk. Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.
ii.
A (Alignment) – Seimbang Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam prinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.
iii.
S (Simplicity) – Simplisiti (Keep It Simple and Stupid) Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna dari teks yang panjang lebar.
iv.
P (Proximity) – Kumpulan item yang berkaitan bersama jarak Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan
pada
satu
kawasan,
supaya
pengguna
dapat
melihat
kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu
kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.
v.
E (Emphasis) – Fokus kepada item utama Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna. Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan
vi.
R (Repetition) – Berulang grafik Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan yang terhadap media.Pembangun perisian boleh menggunakan perulangan media teks, audio, grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.
3.
Antara cara saya menghasilkan satu video dokumentari yang menarik dan berkesan untuk majlis tersebut ialah: i.