WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang etnik yang semestinya sentiasa berusaha melaksanakan kehidupan yang harmoni untuk mewujudkan perpaduan yang sejati. Malaysia pada hari ini didiami oleh masyarakat yang pelbagai keturunan, etnik, agama, bahasa kebudayaan dan adat resamnya tersendiri. Menurut ahli sosiologi, etnik merujuk sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal-usulnya. Kumpulan etnik yang sama juga turut berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai yang telah menghasilkan identiti etnik tertentu secara tidak langsung telah membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.
Definisi etnik ini telah dinyatakan oleh Schermerhorn dalam journal
pendidikan karya Hamidah Abdul Rahman, Norlin Ahmad DAN Shah Rollah Abdul Wahab (2009), mengatakan bahawa etnik merupakan
“ ... ... kolektiviti dalam yang lebih besar pertubuhan yang mempunyai keturunan yang sama sebenar atau yang diduga, kenangan tentang masa lalu berkongsi sejarah, budaya dan fokus pada satu atau lebih unsur-unsur unsur-unsur simbolik ditakrifkan sebagai lambang peoplehood peoplehood mereka. Contoh unsur-unsur simbolik tersebut adalah: corak persaudaraan, persentuhan fizikal, agama, bahasa atau dialek Tempah 10 - Bab 1.indd 10 3/10/09 4:50:44 PM Konsep-Konsep Asas Perhubungan Etnik 11 bentuk, gabungan suku kaum, kewarganegaraan, atau apa-apa kombinasi ini.” .
1|Page
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
SOALAN 1: Huraikan cabaran-cabaran pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia?
2|Page
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
Cabaran-cabaran Pemupukan Hubungan Etnik dalam Masyarakat Malaysia Jika diteliti dengan lebih mendalam, menurut Shamsul Amri (2007), integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Manakala perpaduan pula boleh diertikan sebagai satu proses menyatupaduakan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Namun begitu, menurut Ting Chew Peh (1987), proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Pada hemat pengkaji, kata-kata Ting Chew Peh ini memang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Ini dapat dilihat apabila tercetusnya masalah integrasi yang berlaku iaitu peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969, dimana ia merupakan tragedy hitam yang terjadinya pertelingkahan kaum yang telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda awam. Disebabkan tercetusnya peristiwa ini, negara kita telah menjadi tumpuan seluruh dunia.
Bersangkutan dengan hal peristiwa 13 Mei tersebut, pihak kerajaan telah menemui banyak cabaran dalam pemupukan hubungan etnik masyarakat Malaysia. Terdapat banyak cabaran yang telah diusahakan yang dapat dilihat iaitu, cabaran hubungan interetnik, cabaran hubungan intraetnik, cabaran psikologi dan cabaran dalam proses melahirkan bangsa Malaysia yang menghayati nilai dan jati diri, mencintai negara, memiliki semangat patriotism yang tinggi dan bersedia mempertahankan negara.
Cabaran pertama ialah hubungan interetnik. Merujuk kepada sumber ilmiah dalam buku “Hubungan Etnik”, hubungan interetnik merujuk kepada hubungan antara satu etnik dengan etnik yang berlainan. Hal ini merupakan cabaran besar yang sedang dihadapi oleh masyarakat negara ini dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang memiliki dan menghayati nilai dan jati diri Malaysia, cintakan negara, memiliki semangat patriotisme yang tinggi dan bersedia mempertahankan martabat dan kedaulatannya pada bila –bila masa diperlukan. Biar kita ambil contoh, pemisahan geografi antara Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo seperti Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah merenggangkan perhubungan dan interaksi dalam
3|Page
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
kalangan anggota setiap etnik sekaligus mewujudkan prasangka, stereotaip dan perasaan kekitaan.
Kesan daripada ini adalah, disebabkan wujudnya masalah-masalah sebegini, pihak kerajaan telah memperkenalkan banyak dasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Sosial, Dasar Kebudayaan dan sebagainya. Namun begitu, persoalan yang nyata dapat dilihat kesan daripada pengenalan dasar-dasar ini adalah, sejauh manakah dasar-dasar yang diperkenalkan ini mampu memupuk semangat kesepaduan, setia kawan, keharmonian dalam masyarakat Malaysia? Malah, sejauh manakah keberkesanan peranan yang dimainkan oleh pemimpin dalam mencapai hasrat ini? Segala persoalan yang timbul ini merupakan cabaran yang nyata dimana kita perlu mengupas dan mengkaji dari pelbagai aspek dan sudut bagi menjawab persoalan ini.
Sehubungan dengan itu, cabaran dari segi hubungan intraetnik juga turut menjadi salah satu cabaran dalam pemukukan hubungan etnik di Malaysia.Sekali lagi, dengan merujuk kepada sumber ilmiah, buku “Hubungan Etnik”, hubungan intraetnik merujuk kepada hubungan antara sesama kaum atau satu keturunan. Terdapat banyak faktor yang dapat kita lihat berhubung dengan cabaran ini. Contohnya, dalam konteks Malaysia, faktor utama adalah wujudnya politik kepartian. Kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili atau didominasikan oleh kaum atau etnik yang sama telah sedikit sebanyak mendorong berlakunya masalah ini. Misalnya, kita mengambil contoh antara dua parti politik UMNO dan PAS. Walaupun parti ini didominasi oleh orang Melayu, namun begitu, terdapat masalah perhubungan antara kedua-dua politik.
Ini kerana mereka mempunyai fahaman ideologi politik yang berlainan antara satu sama lain sehingga menyebakan mereka bertelingkah antara satu sama lain sekaligus telah mewujudkan budaya politik yang tidak sihat di negara ini. Persoalan yang wujud adalah, setelah berpuluh tahun adanya pilihan raya di negara ini, mengapa perlu terjadi budaya politik yang tidak sihat? Kita tinggal di negara yang mengamalkan sistem demokrasi, namun begitu, pernahkah pemimpin-pemimpin ini mengamalkan sistem tersebut? Adakah rakyat Malaysia kini telah matang dan sanggup menerima bahawa persaingan politik ini merupakan sesuatu yang sihat dan membina? Keadaan ini nampaknya belum menampakkan lagi pemikiran matang
4|Page
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
dalam kalangan rakyat Malaysia kerana masih kedengaran lagi pertikaian politik yang membawa kepada ketidakharmonian hubungan sesama kaum.
Cabaran psikologi merupakan cabaran yang ketiga yang dihadapi oleh kerajaan dalam usaha pemupukan hubungan etnik dalam kalangan rakyat Malaysia. Terdapat enam cabangcabang dalam cabaran psikologi iaitu; persepsi, prejudis, diskriminasi, stereotaip dan etnisentrisme. Persepsi bermaksud tanggapan. Tanggapan dalam setengah keadaan tidak membayangkan hakikat sebenar sesuatu pekara atau memberikan pengetahuan sebenar terhadap sesuatu maklumat. Dalam konteks hubungan etnik, persepsi yang salah terhadap sesuatu etnki lain boleh mengakibatkan kesan atau memudaratkan keharmonian. Manakala prejudis pula atau lebih dikenali sebagai prasangka merupakan elemen yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam kehidupan bermasyarakat. Sama seperti persepsi, timbulnya prejudis adalah disebabkan oleh pandangan dan maklumat yang salah mengenai sesuatu etnik yang lain.
Begitu juga dengan stereotaip, yang merupakan penyataan-pernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu yang bersarang dalam kotak pemikiran seseorang sebelum mengenali seseorang itu. Tindak-tanduk yang terhasil daripada stereotaip sering kali bersifat bias dan tidak objektif. Berbeza pula dengan diskriminasi, dalam konteks hubungan etnik, diskriminasi difahamkan sebagai lanjutan daripada sikap prasangka terhadap kaum lain.dan terakhir sekali etnosentrisme yang merujuk kepada sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan muia daripada orang lain. Sikap negatif ini perlu dijauhi kerana mampu memberi kesan buruk dalam konteks masyarakat berbilang kaum. Oleh hal yang demikian, dalam negara yang berbilang kaum seperti Malayasia, sesuatu tindakan ataupun pemikiran yang negatif terhadap kaum lain merupakan antara cabaran besar yang perlu ditangani oleh masyarakat Malaysia dan dalam menjalani kehidupan sehari-harian bersama kumpulan etnik lain, rakyat Malaysia seharusnya berupaya untuk menerima kelainan yang seadanya dan tidak membuat perbandingan dan pemikiran tetap yang tidak wajar terhadap sesuatu etnik.
Cabaran yang terakhir sekali ialah cabaran dalam melahirkan bangsa Malaysia yang menghayati nilai dan jati diri, mencintai negara, memiliki semangat patriotism yang tinggi dan 5|Page
WAJ 3106 Hubungan Etnik bersedia mempertahankan negara.
2014
Merujuk dalam buku ilmiah, “Hubungan Etnik”, dalam
merangka pembinaan personality berjiwa Malaysia seperti yang dihasratkan, rakyat Malaysia yang berlatar belakangkan plurality perlulah mempunyai kekuatan budaya nilai yang bersifat keMalaysia-an, jati diri bangsa Malaysia yang utuh, mencintai negara, memiliki semangat patriotisme yang tinggi dan mampu bersedia dalam mempertahankan negara pada bila-bila masa sahaja.
Cabaran seperti menerapkan budaya dan sistem nilai dalam kehidupan masyarakat bukanlah sesuatu yang mudah kerana masyarakat yang pelbagai sifatnya secara semula jadi memiliki kelainan dan perbezaan sama ada dari segi cara hidup mahupun penghayatan amalan sistem nilai. Malahan itu juga, tidak dinafikan juga bahawa pembentukan dari segi jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dalam diri seseorang. Sama seperti kita yang tidak boleh memaksa sesuatu sistem nilai dan amalan budaya seseorang kepada seseorang yang lain. Selain itu, seringkali kita mendengar jati diri bangsa, nilai-nilai murni yang ada pada diri di negara ini kian luntur, Persoalannya, apakah yang sebenarnya luntur?
Kesimpulannya, berdasarkan penyataan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa proses pemupukan hubungan etnik di Malaysia, jelaslah menunjukkan bahawa kepentingan etnik adalah segala-galanya bagi kaum-kaum yang ada di negara ini berbanding kepentigan kepentingan nasional. Jayum (2003) memetik kata-kata dari Furnival yang mengatakan:
"Mereka bercampur tetapi tidak bersatu, mereka tinggal sebelah menyebelah dan dibahagikan dalam sistem politik yang sama, setiap satu yang dipegang sabar dan dengan budaya sendiri, agama dan bahasa mereka, mereka bertemu di pasar raya ketika melakukan membeli-belah mereka dan selepas itu setiap kembali ke tempat-tempat mereka sendiri, dalam bidang kerja, ada yang jelas pembahagian kerja yang berpangkalan di latar belakang kaum mereka "
6|Page
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
SOALAN 2: Pada pendapat anda, sejauh manakah usaha kerajaan telah berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? Jawapan anda mesti bersertakan bukti dan contoh-contoh yang relevan dan sesuai.
7|Page
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
Soalan: Pada pendapat anda, sejauh manakah usaha kerajaan telah berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru variasi kaum haruslah bergerak dan bertindak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban kaum bak kata pepatah „bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat‟. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usa hausaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia. Persoalannya sekarang, apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan dari usaha-usaha tersebut, sejauh manakah pula keberkesanan usaha kerajaan berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harus ditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita. Usaha ini dipelopori oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan politik dan keadilan sosioekonomi serta keamanan negara sentiasa terpelihara. Menurut dalam journal pendidikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010), perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Oleh yang demikian, kerajaan telah mencari beberapa formula untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nlai sebagai rakyat Malaysia. Beberapa usaha yang telah ditunjukkan iaitu pengenalan rukun negara, konsep satu Malaysia, dasar ekonomi baru, dasar kebudayaan kebangsaan, penggunaan pendekatan agama untuk menyatupadukan
rakyat,
pemahaman politik.
8|Page
pengenalan
dasar
pendidikan
negara
dan
juga
penyatuan
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
Setelah peristiwa 13 Mei, pelbagai usaha yang telah diwujudkan oleh kerajaan. Salah satu usaha kerajaan yang sering diperkatakan ialah pengenalan dan pengubalan Rukun Negara sebagai garis panduan rakyat negara ini tanpa mengira perbezaan etnik, kebudayaan dan kepercayaan supaya perpaduan boleh diwujudkan. Lima prinsip Rukun Negara menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan oleh setiap rakyat di Malaysia. Ini kerana, prinsip Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan undang – undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan. Menurut seorang penulis artikel yang bertajuk “Kepentingan menghayati Rukun Negara”, s etiap prinsip dalam Rukun Negara mempunyai makna dan nilai yang tersirat yang menjurus kepada melahirkan warganegara yang berperibadi mulia dan seterusnya boleh mewujudkan interaksi yang positif sesama masyarakatnya.
Menurut laman sesawang dari YDS Holding Groups, dalam prinsip pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan , kita boleh melihat istilah Tuhan digunakan bukannya istilah Allah. Ini kerana perkataan Tuhan adalah lebih umum dan boleh digunakan oleh semua rakyat di Malaysia tanpa mengira apa jua agamanya. Selain itu, prinsip yang pertama ini juga membawa rakyat Malaysia kembali kepada agama masing-masing kerana tiada agama yang mengajarkan kejahatan melainkan kebaikan kepada umatnya. Apabila manusia kembali kepada ajaran agamanya maka manusia tersebut akan menjauhi kejahatan dan perkara-perkara yang negatif seperti persengketaan. Prinsip yang kedua pula ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara . Kesetiaan kepada raja dan juga negara akan menghalang individu daripada melakukan sesuatu tindakan yang boleh memurkakan raja dan memusnahkan negaranya. Prinsip yang ketiga pula ialah Keluhuran Perlembagaan, dimana perlembagaan negara merupakan tunjang utama negara. Jika semua rakyat Malaysia berpegang pada Perlembagaan maka peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi. Seterusnya prinsip yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-undang . Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Jika masyarakat mematuhi undang-undang, maka masalah dapat dielakkan. Prinsip terakhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan merupakan prinsip yang amat penting dalam perhubungan sosial masyarakat Malaysia. Sikap sopan dan bertatasusila mampu mengelakkan konflik antara individu kerana setiap individu mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan penuh kesopanan dan tertib dalam setiap tingkah lakunya.
9|Page
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
Kesemua prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara jelas menunjukkan bahawa ianya merupakan kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Perpaduan dan penyatuan rakyat amat penting dalam usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyat. Tidak syak lagi, melalui Rukun Negara, dari dahulu sehingga kini, semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama masih berpegang kepada satu ideologi yang dapat dijadikan sebagai amalan dan etika kehidupan seharian mereka.
Seterusnya, implementasi konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan kata “rakyat didahulukan pencapaikan diutamankan”, menjadi asas kepada semua iaitu prinsip keadilan untuk semua kaum yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.Menurut laman web rasmi “Konsep 1 Malaysia”, konsep ini merupakan penerusan agenda membina negara dimana, untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Selain itu juga, konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Sungguhpun demikian, konsep ini belum tentu mencapai matlamat untuk menarik perhatian masyarakat keseluruhannya.
Menurut Mohd Aizat Hassan (2011), usaha kerajaan ini juga tidak jelas dalam mencari golongan sasaran utama dalam mempromosikan konsep ini agar sasaran utama dapat mempengaruhi kelompok-kelompok masyarakat lain. Di samping itu, tindakan kerajaan dalam menggunakan arus media elektronik dan media massa dilihat tidak efektif dan efisien kerana walaupun maklumat dan informasi berjaya disebarkan, meskipun tidak semua yang menonton, melihat dan membacanya, namun ia hanya akan mendatangkan kesan positif jangka pendek sahaja dan ini akan menyukarkan pengetahuan serta pemahaman mengenai konsep 1Malaysia dicapai. Akan tetapi, implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep 1Malaysia sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun boleh dikatakan strategi dan pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan kerana bukan mudah untuk mendidik masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai murni. Ini kerana golongan mastarakat adalah manusia yang mempunyai akal dikiran yang berlanan, malah, memiliki hati dan perasaan juga. Mereka bukanlah robot yang sewenang-wenangnya diprogramkan untuk mencapai sesuatu matlamat. 10 | P a g e
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
Sehubungan dengan itu, pengenalan dasar ekonomi baru (DEB) oleh kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan kekayaan negara. Oleh itu, menurut Mackerras (2003), terdapat dua langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan melalui dasar ini iaitu yang pertamanya ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Manakala, langkah kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Dalam langkah kerajaan ke arah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum di negara kita, pihak kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebunpekebun kecil, penghuni estet, petani, nelayan dan pesawah. Antara program-program yang telah dilaksanakan contohnya; melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni seda menyertai kegiatan pertanian moden,misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan lain-lain. Manakala langkah kerajaan dalam penyusunan semula masyarakat Malaysia ialah pihak kerajaan telah menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum bumiputera pada tahun 1990. Ini kerana, jika dilihat pada zaman 90-an, masyarakat Cina menguasai perdagangan dan hidup mewah sedangkan orang Melayu masih lagi dengan amalan ekonomi tradisional, tinggal di kampung dan hidup miskin. Secara tidak langsung, orang Melayu akan merasa rendah diri dan orang Cina pula merasakan mereka lebih hebat. Inilah keadaan yang cuba dihapuskan oleh kerajaan dalam perlaksanaan DEB. Namun begitu, menurut penulis dalam journal Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, setelah tahun 1990 tahun yang dijangka untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun demikian, kejayaan yang telah dicapai seperti purata isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan ekonomi telah berkurangan,
11 | P a g e
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
Bertitik tolak, sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama, Malaysia tidak lain daipada aspek kepelbagaian budaya antara satu sama lain. Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan sejurus selepas kejadian 13 Mei. Ini adalah kerana, kerajaan mencuba untuk mewujudkan hubungan dalam kalangan rakyat melalui kebudayaan. Dalam dasar ini, kerjaan melakukan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan setiap kaum yang ada di Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telag dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu: 1. Kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; 2. Usnu-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadu unsur Kebudayaan Kebangsaan 3. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Dasar ini penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang budaya masingmasing agar perasaan prasangka antara satu sama lain dapat dihindari. Dalam langkah yang diusahakan oleh kerajaan, secara tidak langsung, kebudayaan etnik yang wujud di Malaysia dapat diangkat dan ditonjolkan. Kejayaan kerajan dalam melaksanakan dasar ini dapat dilihat apabila berlakunya interaksi secara assimilasi kerana kebudayaan etnik-etnik di Malaysia mempunyai perasamaa, Misalnya, kita mengambil contoh budaya kunjung-mengunjung di musim perayaan. Kesemua kaum di Malaysia mempunyai budaya tersebut pada musim perayaan pada musim perayaan kaum mereka, dan kini, budaya ini menjadi satu budaya yang wajib di Malaysia. Dasar ini bukan sahaja boleh mewujudkan hubungan yang lebih baik antara kaum, tetapi juga meningkatkan martabat budaya Malaysia sehingga ke peringkat antara bangsa.
Selaras dengan itu, dengan menggunakan pendekatan agama dalam menangani masalah perpaduan masyarakat di Malaysia juga merupakan salah satu usaha kerajaan. Menurut rencana Dr Abdullah Md. Zin dalam Utusan Online yang bertajuk “Wasatiyyah dala m hubungan kaum”, bagi menentukan hala tuju ummah dalam menghayati 1Malaysia, P erdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan pendekatan Wasatiyyah iaitu pendekatan sederhana, pertengahan, berimbang dan adil. Dengan mengambil maklum dan iktibar daripada dalil-dalil ini, maka dapat ditegaskan bahawa wasatiyyah ialah pendekatan bersifat kompreensif 12 | P a g e
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
ynag sangat dituntut oleh Islam dan mampu menyelesaikan tuntukan serta permasalahan ummah.
Banyak yang mengatakan bahawa, dengan menggunakan pendekatan agama sebagai langkah untuk menangani masalah perpaduan ini, sifat kepelbagaian dari segi teologi dan anutan manusia yang berbeza dikatakan tidak memungkinkan berlakunya persefahaman. Namun begitu, pandangan yang seumpama ini sebenarnya salah. Ini kerana, walaupun agama dari segi teologinya berbeza, tetapi dari segi ajaran khususnya mengenai nilai murni dan amalan kebaikan ada banyak aspek yang dikongsi. Bagi agama Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Contohnya, penghormatan kepada penganut agama lain telah jelas ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda dan pendekatan tersebut merupakan ajaran penting dalam agama Islam. Lebih-lebih lagi, Ibn Khaldun juga menyarankan bahawa perlunya ikatan asabiyah yang menekankan aspek persaudaraan, setia kawan dan saling membantu dalam hal kebaikan yang kesemuanya tuntutan Islam. “Kepelbagaian (plurality) adalah satu realiti yang diakui oleh Islam. Kepelbagaian adalah sunnatullah yang harus diuruskan dengan penuh bijaksana, supaya ia boleh menjadi faktor kekuatan dalam masyarakat dan boleh membawa kepada kerukunan dan keharmonian hidup orang ramai.” ( Zaid Ahmad & etc, 2010 ).
Jika diteliti dengan lebih mendalam juga, pihak kerajaan juga turut menyedari bahawa adalah lebih afdal dan sesuai jika semangat perpaduan dan integrasi ini dipupuk serta disemai sejak dari awal lagi dalam jiwa masyarakat. Oleh itu, pihak kerajaan merasakan adalah lebih efisien jika semangat ini diserap ke dalam jiwa rakyatnya sejak kecil lagi dan tumpuan sudah tentulah diberikan kepada golongan pelajar-pelajar sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang lain. Bak kata pepatah “Jika mahu melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Melalui sistem pendidikan, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan mewujudkan beberapa program yang realistic dan bersesuaian dalam usaha untuk mencapai matlamat mewujudkan semangat perpaduan dan integrasi dalam kalangan para pelajar.
13 | P a g e
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
Pertama, harus difahamkan bahawa Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah dihasilkan daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Pada amnya, dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang itama serta berasakan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Justeru itu, semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu,
Undang-undang Pelajaran 1952,
Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebenarnya bertujuan untuk memupuk perpaduan. Ia bagi memastikan pengasingan pendidikan yang wujud sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi ikatan perpaduan yang wujud selama ini.
Bukan itu sahaja, seperti yang kita ketahui juga, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Jika dilihat dari pelembangaan ada menyatakan bahawa kedudukan Bahasa Melayu berada di tempat yang paling penting. Hal ini bermaksud bahasa Melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan untuk bangsa Melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini sebenarnya memberikan implikasi yang sangat luas. Salah satu implikasi tersebut adalah sebagai agen perubahan yang berfungsi sebagai alat perpaduan utama masyarakat majmuk di negara kita. Penggunaan Bahasa Melayu dalam interaksi seharian antara pelbagai kaum sebenarnya dapat mengeratkan sesuatu hubungan itu., dan ini secara tidak langsung dapat memupuk semagat perpaduan antara pelbagai etnik. Contohnya kaum lain yang bukan orang Melayu seperti Cina, Tamil, Iban, Kadazandusun dan lain-lain ingin berkomunikasi sesama mereka namun menggunakan bahasa melayu sebagai alat perhubungan mereka jelas menunjukkan bahasa penggunaan bahasa ini boleh digunakan untuk semua.
Penerangan kedua dari usaha kerajaan dalam sistem pendidikan di Malaysia, seperti yang diungkapkan oleh wakil Angkatan Muda Keadilan, Yusmadi Yusuf berkata, “ AMK berpandangan agenda pendidikan ini mestilah pertamanya menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa, kedua menterjemahkan muafakat pendidikan dalam masyarakat, ketiga mesti mampu memerdekan jiwa dan memerdekakan umat dalam membasmi kemiskinan,”ujarnya. “ Oleh hal demikian, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa program seperti program sekolah wawasan dan program pendemokrasian pendidikan. Sekolah wawasan merupakan 14 | P a g e
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga adalah untuk melahirkan sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimun antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Konsep sekolah wawasan kini dipraktikkan sebagai satu usaha untuk melahirkan anak bangsa yang mempunyai semangat dan bersifat cintakan negara. Manakala untuk program pendemokrasian pendidikan, ia juga sama seperti sekolah wawasan dimana ainya dapat memupuk integrasi antara etnik. Pendemokrasian antara etnik yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka yang bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Oleh hal demikian, usaha-usaha diatas oenting untuk memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain.,
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
Jika diteliti falsafah pendidikan negara diatas, nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha kearah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tifak akan berulang.
15 | P a g e
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
Dan kemudiannya, tragedy 13 Mei telah memberi pengajaran khususnya kepada pemimpin-pemimpin politik termasuk rakyat Malaysia tersendiri. Langkah kerajaan seperti penyatuan semula fahaman politik atau penyusunan semula politik telah diusahakan untuk mengelakkan daripada trajedi tersebut berlaku sekali lagi. Biar kita mengambil contoh, kesan daripada peristiwa 13 Mei ini ialah banyak kerosakan harta benda awam dan kehilangan nyawa kerana rusuhan kaum ini telah mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban misalnya jumlah kematian pada tempoh darurat menurut laporan Malaysiakini.com, statistik rasmi mangsa korban ketika itu adalah seramai 137 orang (18 Melayu), 342 cedera, 109 kenderaan dibakar, 118 makanan musnah dan 2912 orang ditahan, sebahagian besarnya kerana melanggar perintah berkurung.
Oleh hal yang demikian, apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakkan parti-parti politik mula menyedari pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru itu, wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi masalah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969.Barisan ini dianggotai oleh Pertubuhan Kebnagsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Se-Islam Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enama lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ini adalah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembangaan 1971. Rombakan politik ini juga telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.
16 | P a g e
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2014
KESIMPULAN
Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak bersama, seia dan sekata dalam iltizam untuk mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.” Kesemua penggubalan dasar, pelan kerajaan ini merupakan salah satu agenda kerajaan dalam mewujudkan interaksi. Namun begitu, sejauh manakah keberkesanan dasar ini dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia? Perpaduan yang jitu masih dicari dan pembentukan bangsa Malaysia tetap menjadi agenda utama negara. Malah, saranan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam merealisasikan konsep negara bangsa masih belum dapat dicapai disebabkan masih ada lagi, wujudnya pelbagai masalah interaksi antara individu. Jadi, sekarang cuma mampu bergantung kepada program-program, dasar-dasar dan konsep-konsep yang telah diperkenalkan sahaja dalam menjayakan misi serta harapan negara untuk memupuk perpaduan di negara kita. Akan tetapi, sekiranya gagal , maka, konsep “Satu Negara Satu Bangsa” hanya aka n tinggal sebagai slogan tanpa penghayatan kepada semua rakyat Malaysia.
17 | P a g e