Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Maharaja Aurangzeb bagi mengukuhkan pemerintahan kerajaan Islam di India. Pendahuluan 1. Pemerintahan empayar Islam Moghul di India berlangsung selama tiga abad lamanya, bermula dari tahun 1526 hingg a1857M. Empayar ini bermula dari pemerintahan Babur dan berakhir dengan pemerintahan Bahadur Shah II yang dibuang negeri oleh pihak British ke Myanmar pada tahun 1857M. 2. Muhiuddin Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir 1 merupakan sultan Moghul keenam (1658 hingga 1707M). Zamannya adalah kemuncak kekuatan empayar Islam di India sehingga beliau digelar The Grand of Moghul. 3. Beliau menaiki takhta kerajaan setelah berjaya di dalam perang saudara dan mengalahkan puteraputera maharaja Shah Jehan. Beliau menggunakan menggunakan gelaran “Alamgir” yang bermaksud ‘Pemegang Alam’. 4. Aurangzeb mempunyai latar belakang pentadbiran yang luas kerana sebelum memerintah, beliau pernah menjadi gabenor di Deccan (1639 hingga 1641), Gujerat (1645 hingga 1647) dan Multan serta Sind (1648 hingga 1652). 5. Dari segi kepimpinan ketenteraan pula, Aurangzeb pernah m emimpin angkatan tentera semasa berlakunya peperangan di Balkh pada tahun 1647 dan di Badakh Shah pada t ahun 1648. 6. Gabungan pengalamannya itu menyebabkan Aurangzeb menjadi seorang pemerintah yang berani, tegas dan cekap. Beliau memberi sumbangan besar terhadap hal-ehwal r akyat dan negara terutama dalam mengembangkan risalah Islam dan mengukuh serta meluaskan jajahan takluk empayar Moghul. Isi-isi utama 1. Dasar pentadbiran dan pemerintahan Aurangzeb merupakan pemerintah yang berjaya mengembalikan keamanan dalam negara dengan cara menghapuskan gerakan pemberontakan. Umpamanya, kejayaan menewaskan pemberontakan besarbesaran golongan Sikh pimpinan Gobinal Sikh pada tahun 1675M ekoran hukuman pancung terhadap pemimpin agung mereka, Guru Tegh Bahadur yang didakwa bersekongkol dengan musuh-musuh Aurangzeb. Aurangzeb juga bertindak tegas terhadap golongan penentang yang menentang dasar pelantikan pemerintah wilayah yang telah ditetapkannya dite tapkannya demi keutuhan politik dan kepentingan agama Islam. Umpamanya, pada tahun 1676M, kaum Hindu Rajput telah memberontak kerana menentang tindakan Aurangzeb yang berhasrat melantik puteranya sebagai raja diwilayah Jadpur ekoran kematian pemerintah wilayah berkenaan. Puak pemberontak telah menyerang rombongan diraja dan menawan puteranya untuk diserahkan kepada Raja Udaipur (Raja Kaum Rajput). Aurangzeb mendesak r aja Udaipur menyerahkan kembali puteranya tetapi ditolak. Akhirnya Aurangzeb mengambil tindakan ketenteraan.
Dasar liberal pemerintah-pemerintah sebelumnya seperti Jahangir, Syah Jehan dan Akbar merupakan punca utama munculnya kebangkitan semula pengaruh Hindu dan Syiah. Umpamanya, pemberontakan suku kaum Pathan pimpinan Akmal Khan. Pada peringkat awal, Aurangzeb gagal mengatasinya, namun dengan menggunakan strategi baharu dan pelantikan panglima Agha Khan, pemberontakan itu berjaya ditewaskan. Aurangzeb mengadakan peraturan dan sekatan tertentu dalam pelantikan pegawai kerajaan. Antaranya, beliau tidak memberi taraf dan hak politik serta pentadbiran kepada orang-orang bukan Islam seperti mana yang dipraktikkan oleh maharaja Akbar sebelumnya di mana hak sama antara penganut Islam dan Hindu dalam politik dan pentadbiran. Namun,sekatan ini bukanlah dalam semua bidang kerana orang-orang bukan Islam hanya tidak dibenarkan menyandang jawatan jawatan penting dalam perkhidmatan awam dan ketenteraan. Dengan kata lain, para pegawai beragama Hindu masih ramai dalam pentadbiran kerajaan. Dasar ini dilakukan sebagai salah satu strategi dalam mengukuhkan pengaruh umat Islam dalam pentadbiran empayar Moghul di India. Aurangzeb melaksanakan dasar Islamisasi yang ketat dan jelas dalam pentadbirannya berpandukan buku perundangan yang terkenal, Fatwa Alamgir. Pada zamannya, pelaksanaan undang-undang dijalankan sama rata oleh Mufti dengan bantuan Hakim Besar tanpa mengira bangsa dan agama. 2. Dasar ketenteraan dan peluasan kuasa Aurangzeb menjalankan dasar peluasan kuasa Islam ke seluruh India dengan menakluki m ana-mana wilayah yang belum dikuasai oleh or ang Islam. Usaha-usaha penaklukan yang dilaksanakan oleh Maharaja Aurangzeb dapat dibahagikan kepada dua tahap utama : a. Usaha-usaha dalam jangka masa 1658 hingga 1681. Dalam jangkamasa ini, Aurangzeb menumpukan sepenuhnya masa,tenaga dan kekuatannya untuk menguasai bahagian utara India. b. Usaha-usaha selepas tahun 1681. Pada masa ini, tumpuan diberikan untuk menguasai kawasankawasan di selatan India, khasnya daerah Deccan yang sering menimbulkan masalah kepada pemerintah-pemerintah Islam sebelum ini. Penentangan dari daerah-daerah Deccan seperti Bijapur dan Golkondar telah dapat ditumpas dan ditakluki. Dasar peluasan kuasa Aurangzeb bertujuan menghentikan penindasan yang dilakukan oleh raja-raja Hindu seperti mengenakan cukai yang tinggi dan menggunakan tenaga rakyat untuk ke pentingan peribadi. Dasar ketenteraan yang dilaksanakan oleh Aurangzeb juga bertujuan mengukuhkan pengaruh empayar Moghul di India.
Umpamanya, semasa menghadapi pemberontakan yang dilancarkan o leh puak Mahratta pimpinan Shalji Bhonsle, Aurangzeb telah melantik Raja Jai Singh untuk menentang golongan pemberontak ini dan akhirnya mereka Berjaya ditewaskan. Akibat daripada itu, Sajli Bhonsle telah melarikan diri ke Agra dan cuba memperkuatkan angkatan tenteranya di sana. Dasar peluasan wilayah dan usaha pengukuhan kuasa ke rajaan Islam Moghul adalah perkara yang saling berkaitan. Langkah untuk menawan daerah Malwa dan Mewar (kawasan Hindu Rajput) adalah penting dari segi strategi ketenteraan dan ekonomi keraj aan. Aurangzeb berazam untuk menaklukinya. Malwa merupakan wilayah yang dikuasai oleh Raja Jaswant Singh yang sentiasa memberi ancaman kepada kekuasaan Aurangzeb. Dalam usahanya memperkuatkan negara, Aurangzeb mendapat bantuan daripada panglima-panglima perang yang berpengalaman di samping kebijaksanaan gabenornya. Pada tahun 1661, wilayah Palauman telah ditakluk oleh Gabenor Bihar (Daud Khan) bagi pihak Aurangzeb. Pada tahun ini juga, gabenor wilayah Benggala telah melancarkan serangan ke atas orang-orang Aham (golongan liar dari Ulu Myanmar yang menganut agama dan adat-adat Hindu) dan dengan kejayaan ini, kawasan kekuasaan kerajaan Moghul semakin meluas ke timur. Aurangzeb menghadapi ancaman golongan Afghan suku Yusufzai pimpinan Bhagu dan suku Afridi pimpinan Akmal Khan yang sering melancarkan serangan ke atas daerah-daerah Hazara. Aurangzeb telah menghantar panglima Jaswant Singh dan berjaya menghapuskan golongan pemberontak berkenaan pada tahun 1675M. Aurangzeb juga berhadapan dengan penentangan daripada kaum Mahrattas pimpinan Sivaji pada tahun 1670M. Beliau telah melantik Shista Khan untuk menghadapi kebangkitan puak Sivaji ini. Namun Shista Khan menghadapi kegagalan kerana puak Sivaji menpunyai markas gerakan di Golkonda dan Bijapur. Aurangzeb melantik panglima Jay Singh dan akhirnya berjaya menakluki markas tersebut. Pada tahun 1686M, wilayah Bijapur telah ditawan dan diikuti dengan wilayah Golkonda pada tahun 1687M. Kejayaan Aurangzeb mempertahan dan mematahkan serangan utama kaum Hindu ini secara tidak langsung dapat mempertahankan kelangsungan agama Islam di bumi India di samping mengukuhkan kerajaan Islam Moghul itu sendiri. Hasil dari gerakan ketenteraannya, wilayah empayar Islam Moghul telah berkembang luas sehingga meliputi kawasanutara India dan Afghanistan. Tujuan penaklukan ini adalah untuk menyatukan semula wilayah yang dahulunya dikuasai oleh pemerintah Islam tet api membebaskan diri semula. Umpamanya wilayah Assam. Melalui penaklukan ini, Aurangzeb berharap mendapat sokongan daripada masyarakat Islam di wilayah-wilayah tersebut dalam usaha me negak dan memperkukuhkan kerajaan Islam Moghul di India.
Kesan dari dasar peluasan kuasa ini, Aurangzeb berjaya mentadbir 31 buah wilayah iaitu 14 buah di utara India, 16 buah di negeri Deccan dan 1 buah di Kabul, Afghanistan. Jelas bahawa hampir seluruh wilayah India berjaya disatukan di bawah pentadbiran kerajaan Islam Moghul. 3. Dasar terhadap kuasa Barat Demi kepentingan keselamatan dalam negeri, Aurangzeb berusaha menghapuskan segala bentuk ancaman dari luar terutama daripada pihak Portugis yang mula bertapak di India. Kuasa Portugis telah menimbulkan ancaman baharu kerana ingin mendapatkan pengaruh di daerah-daerah Lembah Brahmaputra dan menganggu kegiatan perdagangan di bahagian barat India. Bagi menghadapi masalah tersebut, Aurangzeb bertindak menawan Surat bagi mengurangkan ancaman Portugis. Bagi menghadapi ancaman British, Aurangzeb mendesak agar British keluar dari wilayah Benggala. Pihak British meminta diadakan rundingan dan meminta dibenarkan semula berdagang di Port St. William. Aurangzeb bersetuju dengan syarat mereka tidak akan me nimbulkan kacau bilau lagi. Kesannya, British tidak lagi melancarkan sebarang bentuk gerakan dan ancaman terhadap pemerintahan Aurangzeb. 4. Dasar hubungan luar Aurangzeb turut mengadakan hubungan diplomatik dengan beberapa wilayah di India yang belum berada di bawah penguasaan kerajaan Islam dan negara-negara luar yang lain. Sekitar tahun 1661 hingga 1667M, Aurangzeb banyak menerima kunjungan wakil-wakil dari negara Islam seperti kerajaan Uthmaniyah, Acheh, Makkah, Parsi, Balk dan Bukhara. Melalui hubungan diplomatik ini, Aurangzeb telah berjaya menguatkan pengaruh kerajaan Islam Moghul di India dan dunia Islam. Hubungan luar ini turut membawa impak positif terhadap perkembangan ekonomi dan kemajuan kerajaan Moghul. 5. Dasar ekonomi Aurangzeb memperkenalkan semula bayaran jizyah kepada orang bukan Islam dengan kadar yang rendah. Sebelum ini jizyah telah dihapuskan oleh Akbar. Beliau turut menghapuskan 80 jenis cukai yang membebankan rakyat dan tidak dibenarkan dalam Islam kerana wujud unsur kezaliman. Aurangzeb berjaya meningkatkan pendapatan negara sekali ganda jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan Akbar. Perkembangan ekonomi ini telah meningkatkan taraf hidup rakyat terutama masyarakat Islam dan secara tidak langsung mengukuhkan kerajaan Moghul. Aurangzeb juga bertindak melantik para pemungut cukai beragama Islam bagi menggantikan para pemungut cukai yang beragama Hindu. Tindakan ini bertujuan menaikkan taraf masyarakat Islam.
Aurangzeb turut melarang penggunaan ‘dua kalimah syahadah’ yang dahulunya digunakan pada mata wang negara. Meskipun tindakan ini dianggap tidak penting oleh sesetengah pihak tetapi ia sebenarnya membawa implikasi besar dari segi keagamaan. Perdagangan antarabangsa turut dijalankan. Bangsa Portugis dan British menjalankan perdagangan terutama di wilayah Surat dan Hugli dengan kebenaran tertentu daripada kerajaan. 6. Dasar sosial dan kebajikan Bagi mengukuhkan pengaruh Islam, Aurangzeb melarang penganut Hindu mendirikan sekolah-sekolah dan rumah-rumah berhala. Walaupun mendapat tentangan hebat dari penganut Hindu namun tentangan mereka berjaya dipadamkan. Harta orang kaya dan miskin yang meninggal dunia tanpa waris akan diambil oleh kerajaan bagi mengembangkan kegiatan pendidikan. Bahkan Aurangzeb sendiri menderma tanah dan hartanya untuk mendirikan pusat pengajian Islam di L ucknow. Aurangzeb bertindak menghapuskan cukai tanah yang membebankan rakyat terutama golongan miskin. Aurangeb turut menghapuskan semua bentuk hiburan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah kepada masyarakat dan agama. Umpamanya beliau telah menghapuskan persembahan emas dan tembaga seberat timbangan badan oleh para pembesar kepada r aja-raja pada hari ulang tahun raja. Wanita-wanita yang menjadi penari dayang digalakkan supaya berkahwin, dikembalikan ke tempat asal mereka atau meninggalkan wilayah yang berada di bawah kekuasaan Moghul. Namun beliau mengekalkan pasukan muzik rasmi untuk upacara-upacara khas kerajaan. Bagi memastikan rakyat mematuhi ajaran Islam, Aurangzeb telah menubuhkan sebuah Lembaga Penapis yang bertugas sepanjang masa mengawasi tingkah laku rakyatnya. Gejala-gejala ke runtuhan moral seperti perjudian dan pelacuran turut diharamkan. Aurangzeb juga berjaya memperkenalkan takwim tahun hijrah bagi menggantikan takwim a l-Ilahi yang tidak Islamik yang digunakan pada zaman Akbar dan takwim Hindu yang digunakan sebelum itu. Aurangzeb menggalakkan perkembangan seni bina. Banyak bangunan dan masjid indah dibina di kotakota seperti Delhi,Agra, Lahore dan Allahabad. Ramai arkitek dari Albania yang menjadi perancang pembinaan bandar dan bangunan semasa zaman kerajaan Uthmaniyah bertugas di bawah pemerintahan Aurangzeb. 7. Dasar keagamaan Aurangzeb bercita-cita menjadikan India sebuah negara Islam yang mengamalkan mazhab Ahl alSunnah wal-Jamaah.
Beliau merupakan seorang pemerintah yang mementingkan peranan agama di dalam pentadbirannya. Beliau bersikap keras terhadap rakyat yang mengabaikan hal-hal keagamaan dan bertindak tegas terhadap golongan yang tidak beragama. Beliau menggalakkan orang bukan Islam memeluk Islam. Aurangzeb telah berjaya menghapuskan amalan-amalan yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar, umpamanya ajaran Din Ilahi yang diasaskan oleh Akbar, pemerintah Moghul terdahulu Beliau turut menghapuskan adat resam yang diamalkan oleh para pemerintah sebelumnya yang dianggap karut seperti Adat Darshan (amalan di mana seseorang raja itu akan menunjukkan mukanya kepada rakyat di waktu pagi). Aurangzeb bertindak tegas dalam membasmikan segala bentuk kemungkaran yang bertentangan dengan ajaran Islam, umpamanya mengharamkan minuman m emabukkan, nyanyian, tarian dan sebagainya samada di majlis-majlis kerajaan mahupun majlis-majlis orang awam. Upacara hindu yang diamalkan di istana seperti upacara desehra, vasant dan holi dihentikan. Satu daripada permasalahan agama yang perlu diselesaikan ialah mengurangkan pengaruh dan tentangan penganut Hindu di wilayah pemerintahannya. Sebagai golongan majoriti, penganut Hindu sering bertindak menghalang orang Islam membina masjid, sebaliknya mereka membina anjung-anjung di rumah-rumah ibadat mereka untuk dijadikan tempat pengajian. Oleh kerana kekurangan masjid, maka terdapat kanak-kanak Islam yang diajak dan dipengaruhi untuk belajar di situ. Aurangzeb bertindak melarang pembinaan anjung-anjung di rumah ibadat Hindu sebagai tempat pengajian kerana kegiatan seperti itu akan mencetuskan permusuhan di antara penganut Hindu dan Islam. Larangan ini penting demi kesejahteraan masyarakat dan kepentingan politik kerajaannya. Walaupun Aurangzeb hanya melarang penganut Hindu membina anjung di rumah ibadat tetapi mereka tetap membantah. Bahkan pada tahun 1686, mereka bangkit memberontak apabila Masjid Jamek didirikan di tengah-tengah kota Mathara dan berjaya ditewaskan. Pada tahun 1688, Raja Ram memimpin pemberontakan dan memusnahkan makam diraja Akbar di Sikandara. Namun beliau berjaya dibunuh oleh tentera Aurangzeb. Aurangzeb bertindak tegas untuk menyekat perkembangan agama Hindu. Beliau melarang pembinaan kuil-kuil baharu dan meruntuhkan beberapa kuil Hindu di daerah Banaras, Gujarat dan Orisa. Tindakan beliau bertujuan memperkuatkan kedudukan politik Islam di sana dan juga atas tanggungjawab keagamaan. Dari segi politik, beliau bertindak demikian kerana penganut Hindu yang menentangnya menggunakan kuil-kuil ini sebagai tempat mem bangkitkan semangat rakyat menentangnya. Dari segi fahaman keagamaam, Aurangzeb seorang pemerintah Islam yang bermazhab A hl as-Sunnah wal Jamaah yang tidak dipengaruhi oleh kemewahan hidup. Beliau juga bertindak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya dengan tegas. Beliau turut berjaya menyusun ‘Fatawai-Alamgiri’ bermazhab Hanafi yang diilhamkan oleh Syeikh Ahmad Sirhindi. Aurangzeb juga arif dalam Ilmu Kalam dan al-Quran.
Keteguhan pegangan mazhabnya menyebabkan mana-mana kerajaan yang bertentangan dengan fahaman al-Sunnah akan diperangi seperti Kerajaan Islam Bijapur dan Kerajaan Islam Golkundar yang bermazhab syiah. Bagi memastikan perkembangan ilmu Islam, Aurangzeb menggalakkan para ulama mengarang kitabkitab agama untukkepentingan umat Islam. Beliau juga berpegang teguh dengan fahaman jihad. Sesuatu daerah itu akan terus diperangi sehinggalah penduduknya menerima kekuasaan kerajaan Islam atau memeluk Islam.