Bincangkan tentang koheren dan kohesi. Tuliskan artikel ringkas tentangnya. (10 Markah)
Wacana merupakan satuan bahasa yang lengkap, terhasil daripada gabungan leksikal, frasa, ayat dan semantik yang menjadikan sesebuah ayat gramatis. Wacana mempunyai kedudukan tertinggi dalam hierarki kebahasaan. Sebuah wacana yang baik ialah wacana yang dapat memberikan kefahaman kepada para pembacanya melalui penggunaan a yat yang gramatis dan mempunyai tautan antara satu sama lain. Dengan kata lain, wacana yang terhasil sama ada berbentuk tulisan atau lisan perlulah menunjukkan pertautan dan hubungan hubungan antara unsur-unsur unsur-unsur yang hadir dalam wacana, bermula dari peringkat kata sehingga dapat menghasilkan wacana yang difahami oleh pembaca melalui kesepaduan maknanya. maknanya. Bagi wacana yang berbentuk tulisan, kesatuan ayat dan kepaduan makna yang hadir dalam sesebuah wacana dihasilkan melalui unsur koheren dan kohesi. Umumnya, setiap wacana yang baik memiliki unsur koheren dan kohesi. Menurut Edaham Ismail et.al (2016), (2016), koheren dan kohesi memainkan peranan penting dalam membentuk wacana yang menarik, terutamanya wacana bersifat naratif. Hal ini juga turut dinyatakan oleh Halliday dan Hasan (1976) iaitu unsur-unsur bahasa yang merujuk dan berkaitan antara satu sama lain secara sistematik mampu mencipta wacana yang baik. Unsur bahasa ini merujuk kepada unsur koheren dan kohesi yang membentuk wacana. Koheren merujuk kepada kesinambungan atau keterikatan antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam sesebuah wacana supaya dapat difahami. Menurut H.G. Tarigan (1987), koheren adalah satu keserasian hubungan yang wujud antara satu unsur dengan unsur yang lain dalam satu wacana sehingga timbulnya pengertian yang bermakna. Bagi Asmah Haji Omar (1980) pula, koheren adalah keteraturan fikiran yang dapat dilihat melalui bentuk-bentuk bahasa yang mempamerkan pautan dalam teks. Koheren ini wujud apabila bahagian-bahagian dalam teks itu memperlihatkan logik antara idea-dea. Dengan erti kata lain, koheren dalam wacana sama ada penulisan atau pertuturan menggambarkan pertautan antara idea-idea yang ingin disampaikan oleh penulis dan penutur. Selain itu, koheren juga didefinisikan sebagai perkaitan implisit yang hadir di sebalik teks. Menurut Renkema (2004) dalam Edaham Ismail et.al (2016), (2016), koheren ini merujuk kepada perkaitan makna yang difahami berdasarkan pengetahuan di luar wacana. Dalam konteks ini, perkaitan makna yang wujud dalam wacana adalah hasil daripada pengetahuan yang dimiliki oleh penulis diolah dan disampaikan kepada pembaca sehingga sesuatu penulisan atau 1
perucapan itu dapat difahami dan diinterpretasikan oleh pembaca atau pendengar. Perkaitan makna ini juga merujuk kepada penghasilan sebuah wacana yang gramatis iaitu wacana yang dapat diterima oleh pembaca, iaitu dari segi makna dan logik sesebuah wacana itu dihasilkan.. Koheren ini juga dapat dilihat daripada isu kandungan dan gaya penyampaian dalam teks yang menunjukkan kesatuan yang tepat dengan tajuk ser ta penggunaan kohesi yang betul. Berdasarkan definisi dan pandangan tentang aspek koheren, jelas menggambarkan bahawa aspek koheren penting dalam membantu pembaca atau pendengar mendapatkan maklumat yang dapat difahami oleh mereka melalui kesatuan secara menyeluruh yang berfokus kepada persoalan sesebuah wacana. Bagi memahami sesebuah wacana, aspek koheren ini dapat dikaitkan dengan beberapa unsur seperti penggunaan inferens, penciptaan konteks dan juga mengenal pasti fungsi komunikatif atau ujaran yang hadir khususnya dalam wacana yang bersifat lisan. Unsur inferens dalam wacana digunakan apabila audiens cuba melakukan kesimpulan berdasarkan bukti-bukti yang tersembunyi dapat menunjukkan koheren sebuah wacana. Keadaan ini kebiasaannya berlaku dalam wacana komunikatif atau wacana yang tidak berkohesi. Hal ini selari dengan definisi koheren, iaitu pertautan makna yang implisit di sebalik teks. Bagi mendapatkan makna implisit dalam teks, audiens akan bertindak menghasilkan kesimpulan berdasarkan pertautan idea-idea logik dan bermakna ini. Sebagai contoh, ayat pertama iaitu adik sedang menangis
dan ayat kedua iaitu jarinya luka terkena kaca
menunjukkan keterikatan antara satu ayat dengan ayat dalam wacana yang saling berurutan bagi membolehkan audien melakukan inferens. Berdasarkan kedua-dua ayat ini, inferens yang dilakukan oleh audiens ialah adik menangis disebabkan jarinya luka terkena kaca. Dalam konteks ini, koheren wacana dapat dicapai kerana perkaita antara ayat mampu memberikan interpretasi makna yang dapat difahami oleh audiens sama ada pembaca atau pendengar. Unsur kedua yang dapat digunakan bagi memastikan wacana memiliki aspek koheren dan dapat difahami adalah dengan menciptakan konteks. Menurut Halliday dan Hasan (1976), koheren juga bergantung kepada konteks dan situasi untuk menyampaikan makna wacana. Hal ini demikian kerana kesatuan atau koheren sesuatu wacana itu dapat ditentukan dengan mengenal pasti konteks sesuatu ujaran berkenaan. Sebagai contoh, ayat seperti Stervia yang kini giat ditanam oleh pengausaha mempunyai pelbagai khasiat dan dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Berdasarkan ayat ini, koheren yang dihasilkan berdasarkan
2
perkaitan idea-idea memberikan audiens konteks tentang Stervia yang merupakan sejenis tumbuhan yang dapat digunakan dalam perubatan. Unsur ketiga yang dapat digunakan untuk memahami sesebuah wacana yang koheren adalah dengan mengenal pasti fungsi ujaran atau komunikatif t eks. Pada kebiasaannya, audiens menggunakan fungsi ujaran untuk menginterpretasikan mesej yang koherens tetapi tidak berkohesi. Keadaan ini juga melibatkan teks yang tidak memiliki aspek verbal, iaitu merujuk kepada teks yang berbentuk penulisan. Bagi memastikan sama ada wacana tersebut memliki koheren, pendengar perlu menentukan dengan cara mengenal pasti fungsi komunikatif setiap ujaran dan pendengar juga menganggap setiap ujaran yang diterima mewakil i aksi atau lakuan ? bahasa tertentu. Sebagai contoh, ujaran seperti “nak makan di mana?” berfungsi sebagai pertanyaan manakala bagi teks yang bersifat penulisan pula seperti: Di sebuah pasaraya, seorang ibu dan anaknya sedang membeli-belah. Tiba-tiba anaknya merengek meminta permainan tetapi tidak diendahkan. Anaknya mula meronta-ronta sambil menghentakkan kaki dan mula menangis. Berdasarkan kedua-dua contoh yang bersifat ujaran dan tulisan ini, wacana ini dianggap sebagai
wacana
yang
bersifat
koheren.
Hal
ini
dapat
dipastikan
dengan
cara
menginterpretasikan atau mentafsirkannya sebagai lakuan bahasa. Melalui ujaran pertama berfungsi sebagai pertanyaan manakala teks kedua pula menunjukkan lakuan bahasa persuasif. Walaupun niat yang ditafsirkan oleh audien berkemungkinan pelbagai, namun fungsi lakuan bahasa yang disampaikan oleh penutur atau penulis telah menghasilkan koheren kepada wacana tersebut. Justeru, koheren merupakan unsur yang membentuk wacana seperti ayat, perenggan, bab dan perkara lain yang mempunyai hubungan antara satu sama yang merujuk kepada persoalan pokok, tajuk serta tema wacana yang dibincangkan Kohesi pula merujuk kepada sebarang cara yang dapat menghubungkan kata, frasa, klausa, ayat atau perenggan dalam sebuah wacana. Kohesi ini merujuk kepada pertautan bentuk antara unsur-unsur dalam wacana. Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Hal ini bermaksud bahawa kohesi melibatkan hubungan antara ayat dalam sebuah wacana, sama ada dari segi tingkat tatabahasanya atau tingkat leksikal tertentu. Menurut H.G. Tarigan (2009), kohesi merupakan sebuah organisasi sintaksis dan tempat bagi kata atau kalimat yang disusun secara padu dan juga padat untuk menghasilkan pertuturan.
3
Menurut Renkema (2004) pula, kohesi merupakan perkaitan manifestasi yang terdapat dalam wacanan itu sendiri untuk menghubungkan ayat dan bahagian teks secara tersusun yang dapat dilihat dan didengar (Edaham Ismail et.al ., 2016). Perkaitan ini menggunakan alat linguistik eksplisit seperti ikatan sintaksis yang menghubungkan idea dengan idea dan kaitan semnatik yang menghubungkan makna yang wujud antara teks. Pendapat oleh Halliday dan Hasan (1976), kohesi adalah set kemungkinan yang terdapat dalam bahasa untuk menjadikan sesuatu teks memiliki kesatuan. Hal ini bermaksud hubungan makna sama ada makna tatabahasa atau makna leksikal perlu diwujudkan secara berpadu dalam kesatuan yang membentuk teks. Dengan kata lain, kohesi ini adalah keserasian hubungan antara satu unsur dengan unsur yang lain sehingga dapat menghasilkan pengertian yang koheren. Halliday dan Hasan (1976) menyatakan kohesi terbahagi kepada dua bentuk iaitu kohesi gramatikal dan kohesi leksikal. Kohesi gramatikal merupakan kepaduan yang dicapai dengan menggunakan elemen atau aturan tatabahasa. Kohesi ini dapat dibentuk melalui tiga unsur yang terdiri daripada rujukan, penggantian dan elipsis. Rujukan merujuk hubungan antara kata dan benda yang dirujuk. Rujukan ini juga disebut deiksis, iaitu unsur yang digunakan untuk membuat rujukan kepada sesuatu. Halliday dan Hasan (1979) membahagikan unsur rujukan ini kepada dua iaitu rujukan eksofora dan rujukan endofora.Rujukan eksofora merupakan satuan bahasa yang berada di luar teks wacana manakala rujukan endofora pula merujukan satuan bahasa yang terdapat dalam teks wacana tersebut. Terdapat dua jenis rujukan endofora iaitu rujukan anafora dan rujukan katafora. Rujukan jenis anafora ini melibatkan satuan bahasa yang hadir di permulaan ayat untuk memberi rujukan kepada ayat yang sebelumnya. Bagi rujukan jenis ini, kehadirannya adalah selepas kata atau benda yang ingin dirujuk. Sebagai contoh, (a) Sara menjerit kegembiraan. (b) Dia berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Berdasarkan contoh (b), kata dia merujuk kepada Sara. Hal ini menunjukkan wujudnya perkaitan secara padu dan saling berhubungan. Rujukan katafora pula merujuk kepada satuan bahasa yang hadir sebelum kata atau benda yang dirujuk. Sebagai co ntoh, kerana keretanya rosak, Dani terpaksa menaiki bas ke tempat kerja. Dalam konteks ini, kata ganti nama -nya yang hadir pada frasa yang pertama merujuk kepada kata nama Dani yang hadir selepasnya. Bagi kedua-dua jenis rujukan ini, unsur pronomina (kata ganti) digunakan dalam rujukan. Kata ganti ini terdiri daripada kata ganti persona, kata ganti penunjuk dan kata perbandingan. Kata ganti persona adalah rujukan yang melibat kata ganti nama diri sama ada
4
pertama, kedua atau ketiga, bergantung kepada orang atau individu yang dirujuk. Sebagai contoh, kata ganti persona seperti aku, -nya, dia, kami, kamu dan kita. Kata ganti penunjuk digunakan untuk menunjuk kepada sesuatu benda seperti kata itu,ini, di sini, di sana, kini dan sekarang. Kata perbandingan pula deiksis yang digunakan untuk melakukan perbandingan antara antiseden. Sebagai contoh, seperti, bak umpama dan persis menunjukkan penggunaan kata perbandingan. Penggantian pula penggunaan unsur wacana yang lain menggantikan unsur yang telah sedia ada dalam wacana, yang sama bentuk kata atau tingkat kata yang lain seperti frasa taua klausa. Penggantian ini hampir serupa dengan rujukan. Walau bagaimanapun, kedua-dua ini dapat dibezakan kerana rujukan memperlihatkan hubungan makna manakala penggantian pula memperlihatkan hubungan antara tatabahasa atau leksikal. Dengan kata lain, penggantian ini merujuk kepada unsur kata dalam wacana diganti dengan penggunaan kata atau frasa yang lain bagi menghasilkan variasi dalam wacana. Terdapat empat jenis penggantian iaitu penggantian nominal, penggantian kata kerja, penggantian frasa dan penggantian klausa. Penggantian nominal ini melibatkan leksikal yang diganti dengan penggunaan leksikal lain. Sebagai contoh, leksikal pangkat diganti dengan darjat dan kereta diganti dengan pancuan empat roda. Penggantian kata kerja melibatkan pengantian kata kerja dengan kata kerja yang lain seperti berusaha diganti dengan beriktiar. Penggantian frasa pula melibatkan satuan kata yang berbentuk frasa diganti dengan penggunaan frasa yang lain dalam wacana. Misalnya, pada masa lapang diganti dengan pada waktu senggang. Penggantian klausa merujuk kepada suatu klausa dalam wacana diganti dengan klausa lain yang sama dengannya. Seterusnya, elipsis pula proses pengguguran atau penghapusan kata atau satuan bahasa yang lain. Elipsis juga merupakan penggantian dengan unsur yang kosong, iaitu unsur yang digugurkan tidak diganti dengan unsur yang lain tetapi masih dapat difahami oleh pembaca atau pendengar. Penggunaan elipsis adalah untuk mengelakkan berlakunya pengulangan dalam wacana sehingga menyebabkan sesuatu ayat dalam wacana menjadi lewah. Sebagai contoh, emak menyediakan sarapan pagi, mengejutkan anak-anaknya dari tidur, mula melakukan rutin hariannya sebagai suri rumah sepenuh masa. Dalam konteks ini, pameran iaitu emak telah digugurkan penggunaannya. Walau bagaimanapun, ayat tersebut masih dapat difahami oleh pembaca. Lazimnya, elipsis ini didapati dalam wacana naratif.
5
Kohesi leksikal merupakan hubungan antara unsur dalam wacana secara semantik. Berbanding dengan kohesi gramatikal, kohesi leksikal merujuk kepada hubungan leksikal antara bahagian-bahagian wacana bagi mendapatkan keserasian struktur secara kohesif. Unsur kohesi leksikal yang hadir terdiri daripada pengulangan, sinonim, antonim, hiponim, kolokasi dan keseimbangan (equivalence). Pengulangan merupakan salah satu unsur yang dianggap penting wacana. Hal ini demikian kerana unsur pengulangan yang diberikan penekanan dalam teks menunjukkan kepentingannya dalam sesebuah teks wacana. Contohnya, menipu merupakan satu sikap yang tidak bermoral. Menipu mampu menjadikan seorang individu keras hati. Berdasarkan konteks ayat ini, pengulangan pada perkataan menipu dilakukan bagi memberikan peringatan bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan tidak berperikemanusiaan. Unsur kedua dalam kohesi leksikal ialah sinonim. Sinonim merupakan kata yang sama atau hampir sama maknanya. Sinonim merupakan salah satu aspek leksikal yang digunakan untuk mendukung kesepaduan wacana. Sebagai contoh, perkataan mati bersinonim dengan meninggal, wafat, mangkat dan mampus. Penggunaan kata bersinonim ini digunakan dengan melihat kepada konteks. Antonim pula merupakan unsur yang berlawanan dengan sinonim, iaitu merujuk kepada kata yang berlawanan digunakan. Sebagai contoh, matahari terbit dari timur dan terbenam di barat. Berdasarkan contoh, timur dan barat adalah dua kata yang berlawanan kerana menunjukkan arah yang saling berlawanan antara satu sama lain. Begitu juga dengan perkataan hitam putih yang menunjukkan perbezaan dari segi warna. Di samping itu, hiponim yang juga merupakan unsur kohesi leksikal merujuk kepada satuan bahasa yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, kerusi, meja, sofa merupakan hiponim bagi perabot manakala kereta, bas, motorsikal dan lori pula merupakan hiponim kepada kenderaan. Kolokasi pula menunjukkan kata yang hadir dengan kata lain secara bersebelahan antara satu sama lain. Berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat (2015), kolokasi merujuk kepada hubungan kedudukan atau kewujudan anatara satu perkataan dengan perkataan yang lain dalam satu susunan. Sebagai contoh, gadis ayu menunjukkan kolokasi antara perkataan gadis dan ayu. Hal ini demikian kerana ayu merujuk kepada perbuatan yang lemah-lembut, berpadanan dengan sifat semulajadi seorang gadis. Kesepadanan (equivalence) adalah hubungan kesepadanan antara satuan bahasa tertentu dengan satu bahasa yang lain dalam sebuah paradi gma. Dalam hal ini, kesepadanan ini dilihat daripada penggunaan ayat yang hadir berurutan selepasnya. Sebagai contoh, Adli merupakan seorang anak yang baik. Dia sentiasa menolong ibu bapanya ketika masa lapang.
6
Selain itu, dia juga membantu ibunya dalam menyediakan kelengkapan sekolah adik beradiknya yang lain. Berdasarkan wacana ini, dapat dilihat berlaku kesepadanan yang menyatakan bahawa Adli ialah anak yang baik berdasarkan bukti-bukti yang hadir setelah ayat tersebut. Kesimpulannya, penghasilan wacana yang baik memerlukan kehadiran aspek koheren dan kohesi. Unsur koheren dalam wacana dapat memastikan bahawa wacana tersebut dapat difahami serta diinterpretasikan maknanya oleh audien sama ada pembaca atau pendengar. Kohesi dalam wacana pula memastikan hubungan antara ayat dengan ayat dalam sebuah wacana adalah bersepadu dan gramatis agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Justeru, kedua-dua aspek koheren dan kohesi adalah penting dalam menjadikan sebuah wacana sebagai wacana yang baik.
Rujukan
7