A+ BIOLOGI
UJI MINDA 1 1. Nayatakan fungsi rangka dan namakan jenis-jenis rangka yang terdapat di kalangan haiwan? Fungsi rangka:Memberi bentuk kepada badan. Memberi perlindungan kepada organ dalam badan. Menyokong berat badan. Membolehkan pergerakan. Menyimpan bahan mineral. Menghasilkan sel darah
TINGKATAN 5
Jenis-jenis rangka: Rangka hidrostatik – hidrostatik – Cacing, Cacing, gamat. Rangka luar - Serangga. Rangka dalam – dalam – Manusia. Manusia.
BAB 2 SOKONGAN DAN PERGERAKAN (NOTA DALAM BENTUK SOALAN)
2. Senaraikan jenis tulang manusia yang membentuk:(a) rangka paksi Tengkorak. Turus vertebra. Tulang rusuk. Sternum.
(b) rangka apendaj Lengkungan Pektoral Klavikel dan skapula. Lengkungan Pelvis Ilium, iskium, pubis. Anggota hadapan. Humerus, ulna, radius Karpus, metakarpus, falanks. Anggota belakang. Femur, tibia, fibula Patela. Tarsus, metatarsus, falanks.
DISEDIAKAN OLEH ZAMRI BIN AWANG @ CHE AMAT
3. Namakan jenis-jenis otot yang terdapat dalam manusia dan nyatakan lokasinya. Otot rangka – rangka – melekat melekat pada tulang rangka. Otot kardiak – kardiak – dinding dinding jantung. Otot licin – licin – Dinding Dinding salur pencernaan dan salur darah.
B.Sc. (Hons) U.K.M M.Sc. U.K.M 011-12967167
[email protected]
4. Apakah maksud otot antagonis? Berikan contoh. Otot yang berpasangan tetapi bertindak secara berlawanan. berlawanan. Satu mengecut dan yang satu lagi mengendur. Contoh:- otot biseps dan otot triseps. 5. Apakah perbezaan diantara tendon dan ligamen?
TENDON 1. Menghubungkan otot dengan tulang. 2. Terdiri daripada gentian putih. 3. Tidak kenyal.
LIGAMEN 2. Menghubungkan tulang dengan tulang. 2. Terdiri daripada gentian kuning. 3. Kenyal
6. Apakah masalah untuk bergerak yang dihadapi oleh haiwan berikut:(a) Ikan Menghadapi masalah sokongan, keseimbangan, daya tujah ke hadapan dan rintangan air.
(b) burung Menghadapi masalah sokongan berat badan, tarikan graviti, pergerakan dan rintangan udara.
2. Tulang merupakan struktur yang keras dan kuat untuk menyokong badan. Struktur tulang terdiri daripada lapisan luar yang keras dan padat manakala bahagian dalam adalah berspan dan berongga. Apakah yang akan terjadi sekiranya keadaan in diterbalikkan iaitu bahagian luar terdiri daripada tisu yang berspan manakala bahagian dalam terdiri daripada tisu padat. Tisu tulang yang berspan adalah rapuh dan kurang berupaya untuk memberikan kekuatan fizikal. Oleh itu jika bahagian berspan berada diluar, ianya mudah tercedera dan patah serta tidak berupaya memberi kekuatan sokongan. 3. Apakah yang akan terjadi sekiranya turus vertebra terdiri daripada satu keping tulang yang panjang? Tulang yang terlalu panjang akan mudah patah. Tidak membolehkan badan membongkok.
4. Tendon merupakan tisu penghubung yang bersifat tidak kenyal manakala ligamen merupakan tisu penghubung yang kenyal. Apakah yang akan berlaku sekiranya tendon bersifat kenyal manakala ligamen tidak? Jika tendon kenyal, pengecutan otot tidak mampu menarik tulang. Anggota badan tidak dapat digerakkan. Jika ligamen yodak kenyal, pergerakan tulang pada sendi menjadi terhad dan kaku.
UJI MINDA 2
1. Bagaimanakah sokongan dalam tumbuhan herba diperolehi? Kesegahan sel Tisu kolenkima, tisu sklerenkima dan xilem primer.
2. Terangkan taburan dan peranan tisu kolenkima dalam memberi sokongan kepada tumbuhan herba dan tumbuhan yang masih muda. Tisu kolenkima terdapat pada lapisan korteks di bawah lapisan epidermis. Tisu kolenkima memberi sokongan kepada batang muda, tangkai daun dan tangkai bunga.
5. Mengapakah tumbuhan akuatik jenis tenggelam mempunyai daun yang kecil dan batang yang lembut? Daun yang kecil mengurangkan rintangan terhadap aliran air. Batang yang lembut dapat melentur mengikut aliran air bagi mengelakkan patah.
3. Bagaimanakah tumbuhan darat yang telah tumbuh bertahun mendapat sokongan? Sokongan diperolehi daripada salur xilem dengan penebalan lignin dan tisu sklerenkima.
SOALAN STRUKTUR
1. Rajah 1 menunjukkan pandangan anterior suatu vertebra
4. Terangkan bagaimana tumbuhan memanjat mendapat sokongan. Batang melilit pada penyokong. Memanjat dengan bantuan duri. Memanjat dengan bantuan sulur paut.
CABARAN MINDA
1. Mengapakah seorang pesakit yang biasanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak mempunyai tulang kaki dan paha yang lemah? Pesakit yang menggunakan kerusi roda tidak menggerakkan bahagian paha dan kakinya. Ini menyebabkan tulang dan ototnya merosot.
.
(a) Apakah nama vertebra jenis ini? Vertebra serviks (b) Nyatakan fungsi struktur-str uktur yang dilabelkan P, Q, R dan S. P – Perlekatan otot Q – Memberi kekuatan dan menahan tekanan. R – Laluan salur darah (arteri) S – Menempatkan saraf tunjang (c) Apakah kelebihan mempunyai turus tulang belakang yang terdiri daripada banyak ruas tulang berbanding satu tulang bagi seluruh turus vertebra? Mudah dilenturkan. (d) Namakan struktur yang terdapat di antara vertebra-vertebra yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Rawan (e) Nyatakan dua fungsi turus vertebra. Memberi sokongan. Melindungi saraf tunjang.
(c) Berdasarkan rajah (b)(ii), terangkan maksud otot berantagonis. Otot antagonis ialah otot yang berpasangan tetapi bertindak secara berlawanan, satu mengecut dan yang satu lagi mengendur. Berdasarkan rajah, apabila otot biseps mengecut, otot triseps mengendur, lengan ditarik ke atas dan membengkok.
2. Rajah 2 menunjukkan lengkun gan pektoral dan anggota hadapan manusia.
(d) Namakan tisu yang menghubungkan:(i) Otot kepada tulang. Tendon (ii) Tulang kepada tulang. Ligamen (iii) Apakah perbezaan diantara dua tisu tersebut? TENDON 1. Menghubungkan otot dengan tulang. 2. Terdiri daripada gentian putih. 3. Tidak kenyal.
(a) Namakan bahagian yang berlabel R hingga U. R – Skapula S – Humerus T – Radius U – Karpus (b) (i) Apakah jenis pergerakan yang dibenarkan oleh persendian antara S dengan T? Persendian antara S dengan T ialah sendi engsel yang membenarkan pergerakan pada satu satah sahaja. (ii) Lukiskan otot-otot yang menyebabkan pergerakan pada (b)(i) diatas. (iii) Labelkan otot-otot yang telah dilukiskan di (b)(ii).
LIGAMEN 2. Menghubungkan tulang dengan tulang. 2. Terdiri daripada gentian kuning. 3. Kenyal
(e) Terangkan mengapa pengecutan otot memerlukan bekalan darah yang mencukupi. Pengecutan otot memerlukan tenaga yang banyak, oleh itu darah yang mencukupi diperlukan untuk mengangkut glukosa dan oksigen bagi respirasi sel yang menghasilkan tenaga. SOALAN ESEI 1.
(a) Terangkan maksud istilah rangka dan sebutkan tiga jenis rangka yang terdapat pada haiwan. Rangka ialah struktur yang keras di dalam badan haiwan multisel yang bertujuan mengekalkan bentuk badannya. Tiga jenis rangka iaitu:
(i) Rangka hidrostatik (ii) Rangka luar (iii) Rangka dalam
Pergerakan otot pektoralis menggerakkan sayap.
(iii) Ikan tilapia Badan berbentuk larus mengurangkan rintangan air. Terdapat otot miotom yang kuat pada kedua-dua belah badan. Pengecutan otot itu menggerakan ekor. Pergerakan ekor menghasilkan daya tujah ke hadapan. Sirip berpasangan/pektoral/pelvis mencegah golekan dan junaman serta berfungsi sebagai kemudi dan brek. Sirip tak berpasangan/ridip/sirip dubur mencegah pesongan dan golekan.
(b) Huraikan fungsi-fungsi rangka secara ringkas. Menyokong berat badan organisma. Melindungi organ-organ lembut. Perlekatan otot rangka yang membolehkan pergerakan. Membolehkan pergerakan berlaku dengan adanya pelbagai sendi. Menyimpan bahan mineral seperti kalsium dan fosforus. Menghasilkan sel-sel darah, Mengekalkan bentuk badan organisma.
(c) Sistem rangka manusia bukan sahaja untuk sokongan dan perlindungan, tetapi juga membolehkan pergerakan berlaku. Terangkan bagaimana sistem rangka manusia menghasilkan sesuatu pergerakan. Tulang-tulang dalam sistem rangka disambungkan oleh sendi. Ligamen mengikat tulang-tulang pada sendi. Sendi membenarkan pergerakan anggota badan. Otot rangka dilekatkan kepada tulang oleh tendon. Otot wujud sebagai pasangan antagonis. Bila satu mengecut, yang satu lagi mengendur. Contoh:- Otot biseps dan otot triseps pada lengan. Bila biseps mengecut, triseps mengendur, pengecutan biseps memberikan daya dimana lengan bawah diangkat dan dibengkokkan. Bila triseps mengecut, memberikan daya menarik lengan bawah ke bawah, lengan diluruskan.
(b) Mengatasi sokongan dan kestabilan ialah dua masalah yang dihadapi oleh haiwan vertebrata dalam pergerakan mereka di darat. Terangkan bagaimana haiwan darat mengatasi dua masalah ini. Sokongan Diatasi oleh struktur tulang yang kuat, yang dibina dari kalsium dan fosforus yang keras. Tulang padat di bahagian tepi dan berongga di tengah mengurangkan berat tetapi kuat. Kestabilan Kaki yang mencapah menambah luas permukaan. Kaki yang pendek merendahkan pusat graviti.
2.
(a) Terangkan ciri-ciri badan haiwan berikut yang membantu pergerakan mereka:(i) Katak Anggota belakang boleh dilipat dalam bentuk ‘Z’. Dibahagian femur mempunyai otot-otot yang kuat untuk melompat. Tapak kaki lebar dan mempunyai permukaan lembut dan melekap yang menambah geseran dengan lantai atau permukaan. Daya tolakan ke hadapan dan ke atas dihasilkan semasa anggota belakang diluruskan semasa melompat.
(ii) Burung merpati Badan berbentuk larus larus mengurangkan rintangan udara. Sayap berbentuk aerofoil mewujudkan daya angkat untuk mengatasi berat badan dan tarikan graviti. Bulu kalis air dan sentiasa kering. Tulang yang ringan dan berongga. Organ seperti ginjal dan testis yang tidak berpasangan. Otot pektoralis yang kuat melekat pada sternum yang lebar.
3.
(a) Tumbuhan tidak perlu bergerak sebagaimana haiwan. Oleh itu, sistem sokongan tidak dikaitkan dengan pergerakan. Terangkan mengapa tumbuhan tidak perlu bergerak seperti haiwan dan apakah kepentingan sokongan kepada tumbuhan? Tumbuhan tidak perlu bergerak kerana:Tumbuhan tidak perlu mencari makanan kerana tumbuhan menyerap bahan keperluan dari persekitaran. Tumbuhan tidak perlu mencari pasangan untuk membiak kerana tumbuhan didebungakan oleh pelbagai agen pendebungaan. Tumbuhan tidak perlu lari dari musuh atau mencari perlindungan.
Kepentingan sokongan kepada tumbuhan: Untuk berada tegak dan strategik bagi mendapat cahaya bagi proses fotosintesis. Mendedahkan bunga dan buah agar mudah dikesan oleh agen pendebungaan. Bahan makanan boleh diangkut dengan sempurna.
(b) Dengan merujuk kepada contoh yang sesuai, terangkan tentang sokongan dalam:(i) Tumbuhan darat Contoh bunga raya. Mempunyai tisu berkayu.
Terdiri daripada xilem sekunder. Xilem mempunyai dinding tebal berlignin. Tisu sklerenkima berdinding sangat tebal. Dinding ditebalkan oleh lignin. Bagi batang muda, tangkai bunga dan daun, mempunyai tisu kolenkima dibawah lapisan epidermis. Kolenkima juga berdinding tebal. Kesegahan sel juga memberi sokongan kepada tumbuhan muda dan tumbuhan herba. Sesetengah tumbuhan darat mendapat sokongan dengan cara memanjat atau melilit.
(ii) Tumbuhan akuatik. Contoh kiambang. Berat tumbuhan akuatik disokong oleh daya apungan air. Tidak mempunyai tisu berkayu. Mempunyai tisu aerenkima yang banyak ruang udara untuk mendapatkan daya apungan air.
Assignment
1.
Osteoporosis dan osteoartritis adalah penyakit yang paling kerap berlaku pada orang-orang tua. Terangkan bagaimana osteoporosis osteoartritis berlaku dan nyatakan bagaimana penyakit-penyakit ini boleh dicegah. [10 markah]
2.
Mengapakah penting bagi kita mempunyai sistem otot rangka yang sihat? Bincangkan bagaimana untuk mengekalkan sistem otot rangka yang sihat. [10markah]