Pengenalan kepada murid bermasalah pembelajaran.
Murid bermasalah pembelajaran dikategorikan sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang di anggap boleh diajar (educable) dan boleh menerima manfaat pendidikan yang dilakukan secara formal. Menurut Hallahan dan kauffman, (1977) pendidikan khas bermaksud pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa untuk kanak-kanak yang luar biasa. Manakala, Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa. Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa yang membezakan mereka berbeza dari segi perkebangan dan pertumbuhan khasnya. Lazimnya, keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang adalah jauh berkurangan daripada kanakkanak biasa dan tingkah laku mereka adalah adalah berbeza mengikut jenis kecacatan. Oleh itu, hala tuju kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini juga adalah bertujuan ke arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Keadaan ini akan membawa kepada satu pemupukan sosial untuk melihat sejauh mana keberkesanan pendekatan integrasikan yang digunakan ini dapat merapatkan jurang antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Untuk itu, usaha-usaha tertentu perlu dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. Secara umumnya, kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang di alami boleh dikategorikan mengikut
tahap
kefungsian
kanak-kanak
dalam
pelbagai
kebolehan.
Justeru,
perbincangan kategori kanak-kanak pendidikann khas disini meliputi empat jenis masalah pembelajaran iaitu down sindrom, lembam, hiperaktif dan autistisme. Masalah yang dibincangkan termasuklah dari segi psikologi, emosi, psikososial dan fizikal. 1
Jenis-jenis
masalah pembelajaran.
Down Sindrom. Down
Sindrom disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah serat-
serat khusus yang terdapat dalam setiap sel badan manusia dimana terdapat bahanbahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang.
Down
Sindrom yang kerap
terjadi adalah disebabkan oleh kelebihan satu kromosom yang menjadikannya sebanyak 47 kromosom berbanding kanak-kanak yang normal hanya sebanyak 46 kromosom. Kelebihan yang terdapat pada kromosom ini juga terjadi pada kanak-kanak lelaki dan wanita. Ciri-ciri kanak
Down
Sindrom ini juga dapat dilihat dari segi emosi,
psikososial, fizikal dan psikologi. I.
Fizikal. Jika dilihat dari segi fizikal, kategori kanak-kanak ini menonjolkan ciri-ciri yang jelas dilihat iaitu mempunyai mata yang sepet, kepala yang kecil, kaki dan tangan yang pendek yang menyebabkan pergerakan mereka terbatas. Selain itu, saiz mulut yang kecil dan lidah yang lebar juga menjadi pendorong kepada air liur mereka sentiasa meleleh disamping pertumbuhan gigi yang lambat dan tidak teratur. Wajah mereka juga adalah seiras ataupun hampir sama.
II.
Emosi. Dari
sudut emosi pula, kanak-kanak ini memperlihatkan keadaan emosi yang tidak
stabil.
Dengan
kata lain, emosi mereka sentiasa berubah setiap masa. Namun
begitu, salah satu ciri-ciri emosi yang ada pada diri mereka ialah mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap suatu perkara disamping tenang, pendiam dan periang. III.
Psikologi. Dalam
segi
aspek psikologi, kanak-kanak down sindrom menghadapi kesukaran dari
mengaplikasikan
fungsi
memori
dengan
baik.
Mereka
sukar
untuk
mengeluarkan perkataan yang sesuai pada ingatan. Ingatan visual mereka adalah
2
lebih baik berbanding ingatan auditori disebabkan kesukaran dalam mengingati fonik iaitu kaitan antara bunyi sebutan dengan simbol tulisan. IV.
Psikososial. Lazimnya, kanak-kanak down sindrom ini mempunyai sifat penyayang dan periang terhadap rakan-rakan dan guru mereka. Namun begitu, mereka agak sukar untuk memulakan permainan bebas kanak-kanak lain. Tambahan pula, mereka juga sukar untuk memahami peraturan-peraturan sebagai seorang sahabat. Lembam
(slow learner)
Lembam merupakan satu lagi kategori kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah atau kurikulum. Lazimnya, kanak-kanak dalam kategori ini mempunyai tindak balas yang terlalu lambat dalam mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek dan mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.
Dari
segi emosi, fizikal, psikologi dan
psikososial menunjukkan ciri-ciri yang berlainan berbanding kanak-kanak normal. I.
Emosi Kanak-kanak dalam kategori ini adalah pendiam dan tidak aktif dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu, mereka juga sukar untuk menerima sebarang arahan yang di perintahkan kepada mereka dalam proses pembelajaran. Ini disebabkan keadaan mentaliti dan pemahaman mereka terhadap sesuatu perkara berada pada tahap yang sangat rendah.
II.
Fizikal Jika dilihat dari fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang normal dan menjalani kehidupann mereka seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka mempunyai anggota tubuh badan yang lengkap seperti kanak-kanak yang lain serta mempunyai kefungsian anggota badan yang sama dengan kanak-kanak normal.
3
III.
Psikologi Dalam
aspek ini, kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri lembam menghadapi
kesukaran dalam memproses maklumat. Ini kerana, daya pemikiran mereka tidak mampu mentafsir sesuatu maklumat dengan cepat. Oleh itu, idea yang dikemukakan oleh mereka tidak berkembang dan tidak tersusun disebabkan perkembangan mental yang lambat. Selain itu, mereka juga kurang tumpuan ketika proses pembelajaran berlaku. IV.
Psikososial. Jika diukur dari segi psikososial, kanak-kanak ini tidak aktif dan tidak banyak bercakap. Mereka juga mempunyai masalah dalam sebutan yang sukar difahami sekaligus menyebabkan mereka sukar untuk berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain iaitu kanak-kanak biasa. Hiperaktif
Kategori kanak-kanak ini dikenali sebagai Attention
Deficit-Hyperactivity
Disorder
(ADHD). Kehadiran kanak-kanak dengan A DHD ini sentiasa menimbulkann kekecohan dan memeningkan ibu bapa atau pengasuh akibat tingkah laku mereka yang tersangat aktif dan sukar diramal. Begitu juga di dalam kelas Program Khas Masalah Pembelajaran (PKBP), guru terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada mereka kerana mereka sangat sukar memberi tumpuan dan tidak tetap pada satu-satu tempat di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan gangguan kepada proses pengajaran guru di dalam kelas. I.
Emosi Kanak-kanak ini mudah terganggu oleh rangsangan luaran. Walaupun semasa proses pembelajaran berlaku, sekiranya terdapat perkara lain yang lebih menarik perhatian mereka, kanak-kanak tersebut akan pergi kepada perkara yang lebih menarik perhatian mereka. Maka, sebab itu, kanak-kanak ini bersifat aktif dan tumpuan mereka mudah terganggu.
4
II.
Fizikal Lazimnya, kanak-kanak dalam kategori hiperaktif mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama ataupun normal sepertimana kanak-kanak biasa. Mereka menjalani kehidupan harian seperti kanak-kanak biasa yang lain. Cuma yang membezakan mereka adalah dari segi tingkah laku dan emosi.
III.
Psikologi Dari
segi psikologi antara ciri±ciri yang dapat dilihat adalah mereka pada
kebiasaannya tidak mahu mendengar cakap ataupun arahan terutamanya semasa proses pembelajaran di dalamm bilik darjah. Mereka mempunyai tumpuan atau perhatian yang sangat singkat. Hal ini kerana, tangan dan kaki mereka sentiasa gelisah atau tidak tetap duduk di kerusi. IV.
Psikososial Perkembangan bahasa yang lambat menyebabkan kanak-kanak dalam kumpulan ini tidak disukai oleh rakan-rakannya yang lain. Oleh sebab itu, mereka sering merasa terasing dari rakan-rakan. Selain itu, mereka juga suka mengganggu rakan-rakan yang lain disamping kerap berlari-lari atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai. Mereka sentiasa bergerak seolah-oleh digerakkan oleh motor dalaman mereka. Autisme
Individu autistik sering dilihat sebagai individu yang unik jika dilihat dari sudut tingkah laku, emosi danmungkin juga kelebihan luar biasa yang dimilikinya. Selain itu, sebahagian besar masalah tingkah laku juga dikaitkan dengan autisme termasuklah hiperaktiviti, masalah tumpuan singkat, impulsif, agresif dan tingkah laku mencederakan diri sendiri. Walaubagaimanapun, individu autistik meneruskan kehidupan yang produktif dan menjadi sebahagian daripada keluarga, sekolah dan masyarakat. Kanakkanak autistik juga boleh mendapat manfaat daripada intervensi pendidikan dan belajar daripada ibu bapa dan rakan-rakan mereka seperti juga kanak-kanak berkeperluan khas yang lain.
5
I.
Emosi Kanak-kanak ini sering merasa marah, ketawa dan menangis tanpa sebab. Mereka sering merosakkan benda yang terdapat di sekitarnya sekiranya emosi mereka terganggu. Selain itu, gangguan emosi juga boleh menyebabkan mereka menyerang sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan mereka.
II.
Fizikal. Jika dilihat dari segi fizikal pula, kumpulan kanak-kanak ini sensitif pada sentuhan dan mereka tidak suka disentuh atau dipeluk. Mereka sensitif pada bunyi yang kuat dan bertindak balas dengan menutup telinganya. Mereka juga kurang sensitif pada sakit seolah-oleh saraf yang terdapat dalam tubuh badan mereka tidak berfungsi dengan sebaiknya. Justeru, tumbesaran mereka adalah lambat.
III.
Psikologi Walaupun mereka lebih cenderung untuk bersikap hipoaktif, ada masa tertentu kanak-kanak ini bersifat hiperaktif. Mereka tidak suka pada penambahan dari apa yang sedang dibuatnya dan mereka dapat duduk dengan lama tanpa membuat sebarang reaksi.
IV.
Psikososial Mereka sukar diajak bercakap kerana pertentangan mata dengan mereka adalah sifar kerana mereka seolah-olah tidak memiliki keyakinan diri untuk bergaul dengan orang lain. Mereka lebih suka bersendirian dan seirng menolak pelawaan rakan-rakan untuk bermain. Perkara yang lebih cenderung dilakukan oleh kanakkanak ini adalah mereka lebih suka menjauhkan diri dan duduk disatu sudut.
6
JADUAL
PEMERHATIAN
BIOD ATA PELAJAR
Bil
Nama Pelajar
: Mohd Shami bin Zikri
Tarikh
: 01/10/2009
Tarikh Lahir
: 04 Oktober 2000
Hari
: Khamis
Bangsa
: Autisme
MASALAH TINGKAH LAKU
KEKERAPAN 7.308.30PG
8.309.30PG
9.3010.30PG
10.3011.30PG
11.3012.30PG
Jumlah
1
Berjalan merata-rata tempat
2
2
1
1
2
8
2
Kurang tumpuan semasa aktiviti
5
3
5
2
2
17
3
tidak mengikut arahan guru
3
3
3
3
3
15
4
menyelongkar dan mengusik barang-barang
-
-
-
-
-
-
5
melompat-lompat
-
-
-
-
-
-
6
berlari-lari
-
-
-
-
-
-
7
keluar kelas
-
-
-
-
-
-
Alamat
: Kg. Pirasan, Jalan Menteri, Belud. 89150, Kota Belud, Sabah.
Sekolah
:Sk.Pekan.Kota
7
BIOD ATA PELAJAR
Bil
Nama Pelajar
: Mohd Shami bin Zikri
Tarikh
: 05/10/2009
Tarikh Lahir
: 04 Oktober 2000
Hari
: Isnin
Bangsa
: Autisme
Alamat
: Kg. Pirasan, Jalan Menteri, Belud. 89150, Kota Belud, Sabah
MASALAH TINGKAH LAKU
Sekolah
:Sk.Pekan.Kota
KEKERAPAN 7.308.30PG
8.309.30PG
9.3010.30PG
10.3011.30PG
11.3012.30PG
Jumlah
1
Berjalan merata-rata tempat
1
2
2
1
1
7
2
Kurang tumpuan semasa aktiviti
3
3
2
1
2
11
3
tidak mengikut arahan guru
1
1
1
1
1
5
4
menyelongkar dan mengusik barang-barang
-
-
-
-
-
-
5
melompat-lompat
-
-
-
-
-
-
6
berlari-lari
-
-
-
-
-
-
7
keluar kelas
-
-
1
-
-
1
8
BIOD ATA PELAJAR
Bil
Nama Pelajar
: Mohd Shami bin Zikri
Tarikh
: 07/10/2009
Tarikh Lahir
: 04 Oktober 2000
Hari
: Rabu
Bangsa
: Autisme
Alamat
: Kg. Pirasan, Jalan Menteri, Belud. 89150, Kota Belud, Sabah
MASALAH TINGKAH LAKU
Sekolah
:Sk.Pekan.Kota
KEKERAPAN 7.308.30PG
8.309.30PG
9.3010.30PG
10.3011.30PG
11.3012.30PG
Jumlah
1
Berjalan merata-rata tempat
2
2
1
1
2
8
2
Kurang tumpuan semasa aktiviti
2
3
2
4
2
13
3
tidak mengikut arahan guru
3
2
3
3
2
13
4
menyelongkar dan mengusik barang-barang
-
-
-
-
-
-
5
melompat-lompat
-
-
-
-
-
-
6
berlari-lari
-
-
-
-
-
-
7
keluar kelas
-
1
-
1
-
2
9
BIOD ATA PELAJAR
Bil
Nama Pelajar
: Mohd Shami bin Zikri
Tarikh
: 13/10/2009
Tarikh Lahir
: 04 Oktober 2000
Hari
: Selasa
Bangsa
: Autisme
Alamat
: Kg. Pirasan, Jalan Menteri, Belud. 89150, Kota Belud, Sabah
MASALAH TINGKAH LAKU
Sekolah
:Sk.Pekan.Kota
KEKERAPAN 7.308.30PG
8.309.30PG
9.3010.30PG
10.3011.30PG
11.3012.30PG
Jumlah
1
Berjalan merata-rata tempat
2
2
3
3
2
12
2
Kurang tumpuan semasa aktiviti
2
2
4
2
1
11
3
tidak mengikut arahan guru
3
3
3
1
1
11
4
menyelongkar dan mengusik barang-barang
-
-
-
-
-
-
5
melompat-lompat
-
-
-
-
-
-
6
berlari-lari
-
-
-
-
-
-
7
keluar kelas
-
-
-
-
-
-
10
BIOD ATA PELAJAR
Bil
Nama Pelajar
: Mohd Shami bin Zikri
Tarikh
: 16/10/2009
Tarikh Lahir
: 04 Oktober 2000
Hari
: Jumaat
Bangsa
: Autisme
Alamat
: Kg. Pirasan, Jalan Menteri, Belud. 89150, Kota Belud, Sabah
MASALAH TINGKAH LAKU
Sekolah
:Sk.Pekan.Kota
KEKERAPAN 7.308.30PG
8.309.30PG
9.3010.30PG
10.3011.30PG
11.3012.30PG
Jumlah
1
Berjalan merata-rata tempat
2
2
1
1
2
8
2
Kurang tumpuan semasa aktiviti
4
3
1
2
2
12
3
tidak mengikut arahan guru
3
3
3
3
3
15
4
menyelongkar dan mengusik barang-barang
-
-
-
-
-
-
5
melompat-lompat
-
-
-
-
-
-
6
berlari-lari
-
-
-
-
-
-
7
keluar kelas
-
-
-
-
-
-
11
Cara
mengatasi.
Berdasarkan kes Shami, ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut adalah tingkah laku hiperaktif. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) tingkah laku bermasalah ditakrifkan sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Manakala dibawah konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah. Namun begitu,tingkah laku bermasalah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, tingkah laku bermasalah negatif dan tingkah laku bermasalah positif. Tingkah laku negatif merujuk kepada tingkah laku yang menghalang (bergantung), menganggu (disruptif) dan anti sosial (distruktif). Tingkah laku bermasalah positif pula merangkumi
tingkah lakku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Berdasarkan kes shami, teknik yang sesuai digunakan adalah dengan menggunakan teknik modifikasi tingkah laku. Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip asas psikologi untuk mengubah tingkah laku negatif kepada yang positif. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan mengumpul maklumat berkaitan dengan mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu di ubah, menetapkan matlamat, menentukan strategi bertindak,
merancang
prosedur
atau
perancangan
untuk
bertindak,
menilai
keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu serta memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu, setelah mengenal pasti ciri-ciri tingkah laku autisme yang dimiliki oleh Shami, langkah seterusnya adalah dengan melihat kepada faktor-faktor yang dapat menyumbang kepada berlakunya masalah pembelajaran di dalam bilik darjah.
Dalam
kes Shami ini juga,keberangkalian faktor penyumbang kepada masalah tingkah laku adalah disebabkan pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan keadaan persikataran kelas yang kurang kondusif.
Dalam
menggunakan
kaedah atau cara pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, guru seharusnya perlu bertindak dengan lebih kreatif agar kanak-kanak hiperaktif seperti Shami dapat menumpukan perhatian semasa aktiviti P&P di dalam bilik darjah. Oleh kerana, kanak12
kanak tersebut lebih bersikap pasif, pendekatan pengajaran yang sesuai digunakan adalah dengan teknik bermain. Hal ini kerana teknik bermain melibatkan pergerakan fizikal kanak-kanak dan seterusnya akan menarik tumpuan kanak-kanak tersebut untuk belajar. Manakala, dalam mewujudkan suasana yang kondusif di dalam bilik darjah, guru seharusnya menilai persekitaran dari pelbagai aspek seperti keadaan susunan meja, penggunaan hiasan dalam kelas yang lebih menarik dan sebagainya agar murid tersebut berasa selasa di dalam bilik darjah. Oleh itu, terdapat beberapa teknik yang sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah tingkah laku tersebut. Langkah utama yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakaan peneguhan samada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Menurut Skinner, apabila sesuatu atau tingkah laku yang dihasilkan menunjukkan hasil yang memuaskan, peluang untuk mengulangi tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh dipelajari melalui satu rangsangan yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu Token
ekonomi juga merupakan satu lagi sistem untuk membahagikan bebrapa
peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang sebenar diidamkan.di dalam token ekonomi ini, suatu sistem merit ditentukan berdasarkan kriteria tindak balas terhadap tingkah laku yang diingini. Point merit (token) ini yang dikumpulkan boleh ditukarkan seterusnya dengan pelbagai peneguh yang diidamkan. Teknik ini juga sesuai digunakan bagi kanak-kanak hiperaktif. Sebagai contoh, guru akan memberi hadiah berbentuk misteri yang sukar di dapati kepada kanak-kanak tersebut sekiranya tidak mengganggu rakan.
Dengan
ini, tingkah laku mengganggu
tersebut akan berjaya dikurangkan. Modifikasi tingkah laku yang terakhir boleh digunakan adalah shaping. Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan. Teknik shaping ini adalah perlu digunakan apabila murid yang berkenaan tidfak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini. Pada mulanya shaping adalah digunakan untuk mengajar haiwan untuk melakukan aktiviti permainan seperti yang kita
13
dapat menonton do dalam sarkas dan zoo. Berdasarkan kes Awin, guru boleh membentuk tingkah laku awin yang patuh kepada arahan guru. Kesimpulan.
Trend dan isu pendidikan awal kanak-kanak tidak akan ada noktah perbincangan kerana trend tetap berubah dan isu tetap diperkatakan. Yang penting pihak tertentu yang terlibat dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak perlu memikirkan apa yang harus dilakukan berdasarkan pengalaman, aspek teori dan komuniti di persekitaran sesebuah prasekolah itu. Persekitaran kanak-kanak itu banyak mempengaruhi perkembangan
dan
pertumbuhan
mereka
dalam
proses
pembelajaran
yang
merangkumi keluarga, jaringan sosial, masyarakat dan aspek pendidikan itu sendiri. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan kanak-kanak,
maka
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
sebagai
pihak
yang
bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa nadir dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.
14