1.0
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR
Menurut kamus dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir. Manakala berfikir mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Jadi dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu.
Menurut John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta fakta-f akta yang sedia ada untuk mencadangkan mencadangkan fakta -fakta yang lain supaya fakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yan g sedia ada. Selain itu, menurut menurut Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran, sebab, atau keputusan.
Berfikir melibatkan tiga komponen, iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap. Operasi mental dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kognitif dan metakognitif. Operasi kognitif kognitif digunakan untuk mencari mencari makna dan meliputi kemahiran yang ringkas dan strategi atau proses yang kompleks.
Operasi metakognitif pula ialah operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran dan proses kognitif. Metakognisi selalunya diertikan sebagai berfikir tentang pemikiran dan melibatkan operasi memandu usaha seseorang demi mencari mencari makna, khususnya operasi merancang, mengara h dan menilai pemikirannya.
Kemahiran berfikir boleh dikelaskan kepada dua kategori utama, iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis dapat dibahagikan dibahagikan kepada dua sub -kategori, iaitu kemahiran menganalisis secara kritis dan kemahiran menilai secara kritis. Kemahiran menganalisis secara kritis dapat meningkatkan pemahaman dan kebolehan menggunakan menggunakan maklumat yang sedia ada. Kemahiran berfikir secara kritis bermaksud penggunaan operasi berfiki r yang asas untuk
menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam. Kemahiran berfikir secara kreatif pula bererti penggunaan operasi berfikir yang asas untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina. Empat ciri kemahiran berfikir secara kritis ialah reaktif, penilaian, analisis dan logik. Kemahiran berfikir secara kreatif pula dibahagikan kepada empat ciri iaitu keberanian, imaginative, perkembangan idea dan reka cipta.
Definisi buli : http://dukeamienerev.blogspot.com/2006/10/apakah-maksud-ataudefinisi-buli-dan.html
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=buli (dewan bahasa)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli (wiki)
2.0
DEFINISI BULI
Buli ialah suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada pada dirinya untuk menakutkan atau mencederakan orang lain. Si pembuli juga berupaya untuk memaksa seseorang untuk melakukan sesuatu perkara mengikut kehendaknya.
Jenis-jenis buli ialah buli siber. Antara contoh buli siber ialah menghantar emel yang berbentuk hasutan, mahupun menceroboh laman web atau blog seseorang. Di samping itu, contoh lain bagi buli ialah buli yang berbentul fizikal seperti memukul dan memeras ugut. Terdapat juga buli yang mendera mental dan pemikiran si mangsa, seperti mengejek, memanggil nama yang kurang baik dan menimbulkan isu perkauman.
3.0
PUNCA-PUNCA BULI
Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya gejala buli di sekolah. Antaranya ialah kurangya perhatian kasih saying dan perhatian daripada ibu bapa, pengaruh sekeliling pelajar serta sejarah masa lampau.
Kesibukan mengejar kekayaan dunia atau kenaikan pangkat menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang mengab aikan keluarga dan lebih mementingkan kerjaya. Kesibukan mereka ini telah menyebabkan mereka lupa pada tanggungjawab mereka terhadap keluarga, lebih -lebih lagi kepada anak-anak mereka. Oleh kerana itu, si anak itu akan melakukan pelbagai cara untuk menarik dan mendapatkan kembali perhatian daripada ibu bapa mereka. Salah satunya ialah dengan melakukan aktiviti buli di sekolah. Selain itu, sikap ibu bapa yang bersikap berat sebelah turut mendorong berlakunya gejala buli di sekolah. Kelemahan pelajar dalam pe lajaran menyebabkan ibu bapa mereka kurang menumpukan perhatian kepada pelajar terbabit dan melebihkan perhatian kepada anak yang lebih menyerlah dalam pelajaran. Hal ini menyebabkan si pelajar yang disisihkan ini berasa tertekan dan lantas, membuli pelajar lain untuk melepaskan tekanan.
Selain dari kesibukan ibu bapa bekerja, pengaruh sekeliling turut menjadi faktor yang mendorong berlakunya gejaal buli di sekolah. Hasutan serta pengaruh rakan sebaya yang kuat mendorong si pelaku mula mengikut jejak langkah rakannya yang sering menimbulkan masalah disiplin serta membuli pelajar di sekolah. Si pelaku juga turut terpengaruh dengan
pengaruh yang dibawa oleh media massa, terutamnya media elektronik. Lambakan rancangan-rancangan yang berbentuk keganasan secara tidak langsung mendorong pelajar untuk mencuba segala yang mereka tonton dan menjadikan pelajar yang lemah sebagai mangsa. Keadaan mangsa yang tidak melawan menyebabkan si pembuli berasa seronok dan terus membuli si mangsa. Di samping itu, perasaan ingin menyertai sesebuah kumpulan samseng di sekolah menyebabkan si pelaku membuli pelajar lain untuk membuktikan bahawa dia layak diterima masuk ke kumpulan tersebut. Selain itu, membuli pelajar tertentu juga merupakan salah satu syarat yang harus dipatuhi oleh si pelaku jika ingi diterima masuk. Oleh kerana mahu diterima, maka si pelaku akan membuli pelajar lain sehingga mendatangkan trauma kepada magsa.
Sejarah masa lampau turut menyumbang kepada faktor berlakunya gejala buli di sekolah. Pengalaman si pembu li yang pernah menjadi mangsa penderaan ketika zaman kanak-kanaknya menyebabkan si pembuli menyimpan dendam dan berasa tertekan. Apabila menjadi remaja, dia mula melakukan perkara yang sama kepada orang lain untuk melepaskan tekanan yang dialami dan apabil a melihat kesengseraan dan rayuan yang diberikan mangsa, si pembuli akan berasa puas hati. Selain itu, pengalaman si pembuli yang sering menjadi mangsa buli ketika zaman kecilnya menyebabkan si pembuli membuli orang lain apabila dewasa. Ini adalah kerana d ia mahu mangsanya merasai perasaan dibuli seperti yang dialaminya ketika zaman kanak-kanaknya. Di samping itu, sejarah si pembuli yang pernah menyaksikan penderaan yang berlaku di hadapan matanya, sama ada terhadap ahli keluarga atau rakan -rakannya menyebabkan dia mula berasa tertekan dan akhirnya, untuk melepaskan tekanan yang dialaminya, dia membuli orang lain.
Punca lain yang mendorong berlakunya gejala buli ini ialah perassan ingin tahu yang memuncak dalam dirinya. Perasaan ingin dikenali di sekolah telah disalah gunakan oleh dia dengan melakukan aktiviti buli kepada pelajar lain. Secara tidak langsung, selain dikenali di sekolah, dia turut digeruni oleh pelajar lain atas sikapnya yang biadap dan suka membuli itu. Selain itu, si
pembuli juga melakukan buli kerana ingin menarik perhatian pelajar lain supaya pelajar lain menyedari kehadirannya di sekolah dan tidak sesekali menyakiti atau memandang rendah kepada dirinya.
4.0
KESAN BULI
Buli dapat mendatangkan beberapa kesan kepada mangsa. Antaranya ialah menjejaskan tumpuan pelajaran, menjejaskan prestasi akademik serta merendahkan tahap keyakinan diri pelajar. Setelah menjadi mangsa buli untuk berulang kali, si mangsa akan hilang tumpuannya terhadap pelajaran kerana kerap teringatkan pengalaman dia dibuli. Fikiran si mangsa juga akan sering bercelaru dan diganggu dengan ugutan-ugutan serta ejekan-ejekan yang diterimanya sehinggakan menjejaskan tumpuannya kepada pelajaran.
Apabila terjejas tumpuannya terhadap pelajaran, maka prestasinya terhadap akademiknya juga akan terjejas. Sikap mangsa yang sering takut untuk ke sekolah menyebabkan si mangsa ketinggalan banyak pelajaran dan akhirnya menyebabkan markah peperiksaannya semakin merosot. Gejala buli turut menyumbang kepada belakunya gejala ponteng sekolah a kibat dari perasaan takut dan bimbang dibuli oleh pelajar lain. µ Di samping itu, buli turut menyebabkan seseorang pelajar itu hilang keyakinan diri. Ini disebabkan oleh perasaan malu dan kecewa kerana sering dibuli dan dianggap lemah oleh pelajar lain ker ana kerap menjadi mangsa buli. Secara tidak langsung, mangsa akan mula hilang
keyakinan diri dan lama-kelamaan, mangsa akan menajdi pelajar yang lemah, pasif dan tidak berkeyakinan serta penakut.