DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia. Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan t elah menitikberatkan pembentukan pembentukan secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. t empatan. Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebudayaan Kebangsaan: Kebangsaan: i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan; dan iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan 2.0 Perkembangan Kebudayaan Di Malaysia Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang dikenali sebagai masyarakat Malaysia. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.
Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi daripada kelakuankelakuan dan tingkahlaku manusia. Sebaliknya Freeman Budds pula menyatakan budaya membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Namun demikian, demikian, Taylor dan Budds turut bersependapat mengatakan agama termasuk budaya dan budaya lebih luas dari agama, agama merupakan hasil kebudayaan dan budaya merupakan ciptaan manusia. Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah mewarisi c ara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar “divide and rule” rule ” iaitu pecah dan perintah. Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat Malaysia tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang mampu menjadi tunjang utama. Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia. Manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada
negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekangan budaya (cultural (cultural barrier ) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia. Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun begitu ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang dapat memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu. Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan dan sokongan dari semua lapisan masyarakat dalam negara. Pembinaan sesebuah negara belum sempurna sekiranya rakyat tidak meletakkan taat setia terutamanya dalam soal mempertahankan negara daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciriciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Oleh hal yang demikian, Malaysia juga memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara. Rentetan daripada itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan dilaksanakan dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan 3.0 Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal digubal dalam tahun tahun 1971 iaitu pada tanggal 16 -20 Ogos 1971. Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971). Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: a.
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan kebu dayaan rakyat asal rantau ini.
b.
Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima diterima menjadi unsur kebudayaan ke bangsaan.
c. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Justeru itu sebagai kesinambungan, pewujudan kebudayaan kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai dasar kebudayaan kebangsaan. 4.0 Teras Dan Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar kebudayaan kebangsaan telah menekankan tiga prinsip utama dalam usaha untuk mewujudkan kesepaduan tanpa membeza-bezakan antara penduduk pribumi dengan kaum yang lain.Justeru, ketiga-tiga prinsip dan unsur ini dijadikan teras dan berperanan penting dalam pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan. Prinsip-prinsip berkenaan ialah: 4.1 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
Nusantara merangkumi negara-negara seperti Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta kepulauan selatan pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi merupakan sebahagian daripada pusat perkembangan tamadun atau budaya melayu. Ia merupakan pusat pecambahan, perkembangan dan lahirnya warisan kebudayaan melayu sejak zaman berzaman. Malahan pernah melalui zaman kegemilangan dan keagungan tamadun melayu. Paling membanggakan apabila ianya berpusat di Melaka dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa melayu iaitu Austronesia, selain daripada faktor kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Menurut prinsip ini juga menyatakan bahawa, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berterask an kebudayaan rakyat setempat rantau ini. “Rantau” membawa maksud alam Melayu, iaitu warisan tradisi kebudayaan. Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini. Budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang bertutur dalam satu rumpun bahasa yang sama. Oleh hal yang demikian asas kebudayaan rakyat asal rantau ini secara tidak lansung telah dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan. 4.2 Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Wajar Diterima Kebudayaan merupakan sesuatu yang dinamik, yang sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Sebagai contoh masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat setempat. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Oleh hal demikian, unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti budaya cina, india arab, barat dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya Hal ini jelas kerana agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia namun begitu masyarakat yang beragama selain dari Islam bebas mengamalkan agama masing-masing. Prinsip ini memperakukan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan. Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Contohnya masyarakat Orang Asli dan etnik di Sabah Sarawak. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lainlain dalam bahasa Melayu tempatan. 4.3 Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupak an unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan kerohanian rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam telah memberi panduan yang jelas kepada m anusia dalam mengimbang dan meningkatkan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Justeru itu, Islam sewajarnya menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai islam yang telah sedia diterima pakai oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya. Hal ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsaan secara lansung. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam. Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 5.0 Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: a.
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara.
b.
Memupuk dan pelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.
c.
Memperkaya dan tingkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi 6.0 Strategi dan Pelaksanaan Objektif Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan memahami bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli, dan sebagainya. Tetapi budaya merupakan gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran peribadi dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbanyak penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu, memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga masyarakat merasai kesannya. Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan melalui aktivitiaktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini termasuklah Kementerian-kem enterian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan
amat diperlukan . Hal ini kerana badan-badan ini berperanan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan Selain daripada itu juga, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan melalui beberapa bidang. Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan dengan jelas melalui bidang-bidang seperti berikut: a.
Pendidikan: Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Namun begitu bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga penubuhan beberapa buah sekolah seperti sekolah wawasan, sekolah kluster dan sekolah sukan turut membantu melaksanakan dasar ini
b.
Media massa: Kenonjolkan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan seperti tarian satu Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala akhbar tempatan boleh juga menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar.
c.
Sukan: Melalui penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum. Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategistrategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.Selain daripada itu,objektif boleh dicapai dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Seterunya, memenuhi keperluan sosiobudaya; dan meninggikan taraf serta mutu kesenian
DKK SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. Masyarakat Malaysia yang terbentuk hasil penggubalan DKK ini adalah diharapkan boleh menjadi masyarakat yang konsisten dalam mempertahankan toleransi, kesepaduan, semangat nasionalisme, mengamalkan nilai-nilai atau norma yang sama dalam sebuah bumbung negara yang berasaskan masyarakat pluralistic
Menilai semula Dasar Kebudayaan Kebangsaan Oleh:KU SEMAN KU HUSSAIN (Wartawan Utusan) Sejauh manakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang diwujudkan tahun 1971 relevan dengan tuntutan dan perubahan sosialisasi yang berlaku secara pesat dalam masyarakat? Persoalan begini ada kewajarannya apabila DKK yang lahir selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 bukan saja tidak dirujuk malah tidak ditafsir mengikut keperluan semasa. DKK adalah sebahagian daripada dasar kerajaan yang digubal dan mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-75). Ia berpandukan kepada program jangka panjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-90). Peristiwa 13 Mei telah memberi kesedaran supaya diwujudkan satu dasar untuk mencapai perpaduan kaum di negara ini. Secara teori, DKK menjadi strategi jangka panjang untuk mewujudkan bangsa Malaysia. Hari ini DKK menjadi barang antik. Kewujudannya hampir dilupakan apabila sesetengah daripada kita menganggap perpaduan telah cukup utuh dan semua kaum memahami budaya kaum lain. Itulah selama ini yang kita difahamkan tentang perpaduan dan toleransi budaya antara pelbagai kaum. Lanjutan gagasan pembentukan bangsa Malaysia, DKK dilihat sebagai tepat pada masanya dan langkah bijak untuk mewujudkan persefahaman tatacara hidup rakyat pelbagai kaum. DKK secara umumnya pula berteraskan budaya tradisi Melayu. Melayu dalam konteks DKK adalah Melayu daripada definisi sejarah rantau dunia Melayu. Biarpun DKK berteraskan budaya tradisi Melayu tetapi ironinya kalangan masyarakat Melayu juga yang terperangkap dalam krisis identiti, jati diri dan keliru di persimpangan antara budaya Melayu feudal dan budaya Melayu zaman baru. Melayu zaman baru terdedah kepada perubahan. Akibatnya kebudayaan Melayu tidak teranjak dan kebudayaan kaum lain semacam terpinggir dan tidak diiktiraf sebagai penyumbang kepada bangsa Malaysia. DKK telah menyediakan prasarana untuk mencari persefahaman apabila timbul percanggahan tafsir tentang kebudayaan. Malah dasar i ni juga dianggap sebagai wahana sosial yang paling praktikal untuk menangani sebarang salah faham berhubung soal budaya dan kebudayaan.
Tetapi setelah lebih 30 tahun usia DKK, tragedi di Kampung Medan baru-baru ini semacam mengejutkan DKK. Keselesaan di sebalik mekap perpaduan sebenarnya ada bara daripada tafsiran longgar soal budaya pelbagai kaum. Apabila kita mengakui perpaduan yang pada umumnya rapuh, prasangka dan salah tafsir tentang budaya hanya menunggu masa untuk meletuskan ketegangan, inilah m asa untuk menilai dan mentafsir semula satu dasar tatacara hidup pelbagai etnik di negara ini. Disebabkan kegagalan mentafsir garis-garis yang terkandung dalam DKK maka zaman yang semakin terbuka ini meletakkan dasar kebudayaan itu sebagai faktor yang merenggangkan persefahaman budaya antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kegagalan ini tidak diatasi oleh kerana banyak yang mengambil sikap berdiam diri sambil berkata, perpaduan rakyat utuh dan teguh. Tidakkah ada pihak yang sedar atau terasa bahawa kegagalan mentafsir DKK membuatkan ada kebudayaan kaum bukan Melayu terpinggir dalam identiti kemalaysiaan yang selalu disebut-sebut itu? Mentafsirkan secara longgar dan sambil lewa bahawa kebudayaan Melayu sebagai teras DKK sebenarnya membawa kepada kegagalan DKK sebagai pemangkin bangsa Malaysia. Hal inilah yang berlaku sekarang. Apabila menganggap kebudayaan Melayu sebagai teras maka ada pihak yang merasa janggal untuk memberikan nilai Malaysia kepada tarian singa, tarian naga, cingge atau perarakan kavadi sebagai manifestasi budaya Malaysia. Kerana kegagalan mentafsir, DKK dilihat tidak banyak menyumbang sebagai jambatan perpaduan. Jauh sekali untuk menjadi pemangkin kewujudan bangsa Malaysia. Kalau budaya Melayu feudal ditafsir sebagai menjadi teras kepada DKK maka tidak hairanlah kalau ada kalangan yang kurang senang dengan tarian singa atau tarian naga yang menjadi manifestasi kebudayaan Cina. Tetapi kalau DKK ditafsir sebagai budaya Melayu moden, maka kita kena mengiktiraf kesenian tradisi yang menjadi sebahagian manifestasi hidup etnik lain tanpa sebarang prasangka. Persoalannya sekarang adakah kita mahu statik dalam membuat tafsiran terhadap DKK atau membuka diri dan minda untuk meletakkan DKK pada landasan tuntutan zaman ini? Tarian singa hanya satu perlambangan untuk tumbuh sebagai sebahagian daripada entiti budaya bangsa Malaysia. Ini kerana secara umum DKK seolah-olah tidak memberi pengiktirafan terhadap budaya etnik lain selain Melayu. Kalau begini hasilnya, bukankah ini menjadi f aktor yang menghalang hasrat pewujudan DKK pada awalnya? Setelah sekian lama tidak disentuh atau ``dibaca'' dalam penggubalan dasar-dasar lain yang menyentuh sosialisasi rakyat, DKK wajar ditelaah semula. Perlu ada keterbukaan dan keberanian untuk membaik pulih ruang-ruang dalam DKK yang boleh menjadi penghalang kepada pembentukan bangsa Malaysia. Ini kerana konsep kebudayaan itu sendiri adalah suatu yang cukup unik. Kalau dikatakan DKK berteraskan kebudayaan Melayu (Melayu di Nusantara) maka di sini akan wujud kegagalan mentafsir budaya Melayu yang macam mana harus
menjadi rujukan? Adakah DKK berpegang kepada kebudayaan Melayu feudal atau Melayu semasa yang terdedah kepada proses asimilasi dan globalisasi? Kalau DKK berteraskan budaya Melayu feudal tentunya ini sudah tidak relevan dengan budaya Melayu semasa yang terdedah kepada perubahan. Selepas 13 Mei 1969 dan wujud DKK yang dilihat agak tergesa-gesa, perubahan zaman telah mengubah tafsiran ``kebudayaan'' yang secara umum fahami iaitu kesenian, budaya popular dan hiburan. Sedangkan kebudayaan mempunyai definisi yang luas lagi merumitkan. Buktinya dua sarjana antropologi terkemuka, A.L Kroeber dan Clyde Kluckhohn yang menulis dua buku khusus mengenai definisi dan konsep kebudayaan. Hasilnya 167 definisi kebudayaan dikumpul daripada dua sarjana tetapi tiada satu definisi pun yang dianggap sama dalam kedua-dua buku itu. Saya sependapat dengan Kroeber bahawa budaya yang merupakan satu aturan hidup bukan suatu yang statik. Malah ia berubah-ubah misalnya suatu yang dianggap budaya tradisi ketika ini adalah satu perubahan pada suatu ketika dulu. Kalau dilihat dalam sejarah kebudayaan Melayu abad ke-15 misalnya, pelabuhan merupakan ciri budaya yang dominan berbanding tradisi lama di kalangan kaum petani atau nelayan. Seterusnya apabila dilihat pada abad ke-20, tradisi istana abad ke-15 menjadi tinggalan lama manakala ciri peradaban Barat menjadi dominan. Untuk mentafsir semula DKK, ada relevannya meninjau pendapat sarjana pendidikan Theodore Bromeld. Dia mengatakan sesebuah masyarakat memperoleh corak kebudayaan apabila ia menghasilkan adat resam, nilai-nilai, institusi sosial dan kemahiran yang dipegang bersama. Maknanya kita perlu toleran dengan zaman.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan Latarbelakang Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Rasional
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti
Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: (i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. (ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan - Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Objektif
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan; (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategistrategi berikut: (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; (ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan. Penutup
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
42 tahun berlalu sejak Malaysia pernah mengadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 1971, dianjurkan sendiri oleh Kementerian Kebudayaan (Belia dan Sukan) waktu itu. 42 tahun suatu tempoh yang sangat panjang, untuk kita tidak mempedulikan apa-apa rumusan yang dicapai dalam kongres tersebut, walau apa pun alasannya. Memang, apa yang dikatakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu hanyalah sebuah rumusan oleh kongres tersebut. Ia tidak pernah dibawa untuk diluluskan oleh Parlimen. Tetapi itulah saja yang kita ada dan dan rumusan atau dasar itu diterima dan diguna pakai oleh kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh budaya dan ilmuwan serta masyarakat umum selama beberapa tahun selepas kongres 1971 itu. Selama beberapa tahun dalam dekad 1970-an itu khasnya, kita selalu merujuk kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu, dan kita masih menganggapnya penting, seperti kita juga menganggap penting soal indentiti sebagai suatu bangsa yang berbudaya dan bertamadun sendiri, berteraskan Islam. Tetapi mulai dekad 1980-an, khasnya sejak pentadbiran Dr Mahathir yang mengajar orang Melayu supaya mementingkan pencapaian ekonomi dan material, masyarakat kita pun sedikit demi sedikit mula melupakan perkara kebudayaan dan identiti warisan. Ada orang menganggap ini sebagai akibat daripada sikap dan pemikiran 'liberal' yang dibawa oleh kepimpinan Dr Mahathir. Mungkin betul anggapan itu. Saya masih ingat lagi seminar eksklusif Dr Abu Hassan Hasbullah dengan kertasnya "Liberalisme dan Tamadun Melayu: Pembacaan dari perspektif Future Studies" - November 2008, di DBP, KL. (Rujuk buku Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya). Namun, saya selalu menekankan faktor bahawa kita kehilangan kesedaran budaya, khasnya di kalangan pentadbir dan pimpinan politik. Pada masa yang sama budayawan dan intelektual kita pula menunjukkan sikap mengalah dan berserah kepada orang politik dan bisnes untuk menguasai dan menentukan corak dan cara hidup masyarakat yang baru (liberal) itu. Minggu lalu, Azmi Ab Hamid selaku Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membangkitkan lagi soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini. Katanya:"Kami melihat kerajaan tidak lagi menghiraukan tanggungjawabnya untuk memastikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan diterjemahkan dalam semua acara yang dilaksanakan." Katanya lagi: "Banyak acara yang dilulus dan disertakan juga dalam program rasmi kerajaan, bercanggah dengan dasar tersebut. Dalam acara nasional seperti sambutan kemerdekaan, tahun baru, hari belia dan pelbagai sambutan rasmi, kerajaan nampaknya sangat liberal ketika menapis persembahan yang sepatutnya dibenarkan untuk tontonan awam. "Gara-gara mahu melayan apa yang disebut 'selera anak muda', kerajaan sendiri meluluskan persembahan kebudayaan yang sarat dengan ciri-ciri bercanggah dengan semua unsur yang ditekankan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan tersebut. Inilah yang berlaku pada sambutan Hari Belia lalu." Azmi yang popular dengan panggilan Cikgu Azmi, menimbulkan perkara ini sempena perhimpunan agung Umno yang baru berlangsung. Di awal kenyataan medianya, beliau berkata:"Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menarik perhatian bahawa perhimpunan parti orang Melayu untuk menyuarakan nasib bangsa dalam keadaan jatidiri serta kebudayaan yang semakin musnah di bawah parti yang mendakwa membela bangsa itu sendiri, adalah perbuatan sia-sia." Katanya:"Kami sangat kesal, nampaknya persoalan akhlak dan budaya orang Melayu yang terhakis akibat sikap kerajaan yang sangat liberal tidak menjadi perbahasan yang penting di kalangan mereka yang mendabik dada memperjuangkan Melayu." Memang! Hal budaya dan akhlak Melayu yang sedang terhakis itu tidak lagi menjadi perbahasan dalam persidangan parti Melayu yang mendakwa memperjuangkan Melayu itu.
Memang! Sebab apa? Sebab mereka sudah menganggapnya tidak penting dan tidak relevan lagi dengan perjuangan mereka hari ini. Apa yang penting bagi mereka ialah ekonomi dan kekayaan material. Itulah perjuangan parti Melayu itu hari ini. Mereka akan buat apa saja kalau itu boleh menguntungkan mereka dan boleh menambahkan kekayaan material mereka. Soal budaya dan akhlak Melayu sudah tidak relevan, sebab ia memang tidak boleh menambahkan kekayaan dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. 40 tahun dahulu memanglah, bahasa Melayu, budaya Melayu dan akhlak Melayu masih relevan dan dianggap penting. Ia menjadi agenda besar perjuangan parti Melayu itu. Bahasa Melayu diperjuangkan hingga berjaya mencapai taraf bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi. Tetapi sedang ia diperjuangkan selanjutnya untuk menjadi bahasa undangundang di mahkamah, pihak kuasawan politik Melayu mulai meragui kepentingan bahasa itu dan kemampuannya untuk menghadapi gelombang globalisasi. Dengan rasional keraguan itulah maka dasar PPSMI dilaksanakan, tanpa peduli pada apaapa pun lagi. Bahasa Melayu nak hilang pun biarlah ia hilang. Budaya Melayu nak hancur pun biarlah ia hancur. Warisan negara nak musnah pun biarlah ia musnah. Mereka yang di tampuk kuasa politik itu tidak nampak lagi pentingnya nilai daripada tamadun tinggi Melayu itu. Yang menjadi fokus utama mereka ialah kekayaan material. Saya melihat September 1998 sebagai satu tarikh penting dalam sejarah pembinaan bangsa Malaysia moden. Apa pentingnya tarikh itu? Pentingnya ialah kerana pada tarikh itulah benteng akhlak dan nilai budaya Melayu-Islam dirobohkan oleh pihak berkuasa politik Melayu waktu itu, apabila mereka menyiarkan dan menyatakan secara terang di khalayak umum perkara aib yang sebelumnya tidak pernah dinyatakan demikian, disebabkan wujudnya nilai akhlak mulia Melayu-Islam. Mulai tarikh September 1998 benteng itu dipecah dan diruntuhkan. Masyarakat Malaysia pasca-1998 tidak sama lagi dengan masyarakat Malaysia sebelum September 1998. Soal akhlak Melayu, budaya Melayu, warisan Melayu - semuanya tidak penting dan tidak relevan lagi. Biarlah musnah semuanya itu asalkan kuasa yang di tangan segelintir bangsawan Melayu yang sedang berkuasa pada waktu itu masih dapat dipertahankan mereka. Dan "perjuangan" itu masih berlangsung dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Perhimpunan agung Umno setiap tahun (kalau tidak ditangguhkan kerana kepentingan tertentu) menunjukkan buktinya. Tidak usahlah kita t erkejut dengan apa-apa yang berlaku di situ. Kita mungkin menganggapnya „perbuatan sia-sia‟, seperti yang ditegaskan Cikgu Azmi itu, tetapi 'sia-sia' itu mengikut penilaian kita sahaja. Dalam penilaian mereka ia tidak sia-sia. Sebaliknya membincang atau membahaskan isu akhlak, bahasa Melayu dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan itulah yang mereka anggap sebagai „perbuatan sia -sia‟. Makanya mereka tidak membahaskan hal tersebut. Sesungguhnya masyarakat kita sekarang dalam keadaan yang keliru dan mengelirukan. Ini hakikat yang sangat menyedihkan. Tetapi siapa peduli? Masing-masing dengan cita-cita dan kepentingan materialistik masing-masing. Hal nilai, akhlak dan budaya yang bukan materialistik - biarlah apa pun terjadi. Nak hancur, hancurlah. Nak pupus, pupuslah. Nak hilang, hilanglah. Suatu hari nanti, kita jangan terkejut - akan ada seorang perwakilan dalam perhimpunan agung parti itu akan membangkitkan isu "definisi Melayu" dalam Perlembagaan Negara, kerana definisi itu pun sudah tidak relevan lagi. Anda tahu kenapa ia tidak relevan lagi? Anda fikir-fikirkanlah! Atau rujuklah pada Perlembagaan itu. – 18 Disember, 2013. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing. Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap kaum di negara ini. Latar belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Terdapat tiga prinsip :
1. Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini.
"Rantau" membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi.
Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
Prinsip ini memberi pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan.
Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zamanberzaman.
Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi.
Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu. Tempatan.
3. Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu. Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya.
Ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan.
Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam.
Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsann secara automatis.
Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam.
Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam.
Tujuan Kebudayaan Kebangsaan 1. Perpaduan Negara Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang kaum dan keturunan di negara ini.
Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt dikongsi bersama.
Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada titik -titik persamaan dalam kehidupan masyarakat.
2. Membentuk keperibadian atau identiti Malaysia. Tujuan ini sangat wajar kerana setelah lebih 45 tahun merdeka, masyarakat Malaysia masih belum mempunyai satu identiti kukuh.
Semangat sayangkan bangsa, tanahair dan sebagainya masih kabur.
Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di kalangan antarabangsa.
3. Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi dan politik.
Jika dua tujuan di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat.
Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan prejudis.
Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang.
Kesimpulan Kebudayaan kebangsaan adalah budaya yang sama bagi masyarakat seperti undang-undang, kesenian, falsafah, nilai sosiobudaya dan sebagainya. Kebudayaan sukuan atau kaum pula adalah apa yang dijamin oleh Perlembagaan dan Rukunegara sebagai yang boleh diamalkan oleh pelbagai suku atau kaum ini boleh diserapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan sekiranya ia tidak bertentangan dengan tiga tujuan dasar kebudayaan kebangsaan.
10.5
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia memerlukan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian negara. Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa.10 Berasaskan kesedaran tersebut, kerajaan telah menggubal satu dasar kebudayaan kebangsaan dengan mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai pusat pertemuan telah menyebabkan berlakunya proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur budaya. Tambahan pula dengan kedudukannya yang strategik, menjadi tumpuan dan penyerapan pelbagai unsur kebudayaan yang sesuai dengan kebudayaan asal rantau ini. Kebudayaan kebangsaan hendaklah mempunyai tiga sifat berikut: (i) (ii) (iii)
Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti. Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan. Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain. Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan. Prinsip-prinsip itu ialah
(i)
(ii)
(iii)
Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini11 sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.12 Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penerimaan unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Pembentukan kebudayaan kebangsaan adalah diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu khususnya bagi sebuah negara membangun dan yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum seperti Malaysia. Pada asasnya, pembentukan kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut:
(i)
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
(ii) (iii)
Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan kebangsaan. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi. Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
(i)
(ii)
(iii) (iv) (v)
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme; Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Beberapa pihak telah terlibat sebagai penggerak ke arah pelaksanaan dasar ini. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan merupakan pihak yang berkuasa dalam hal ini dan usaha mereka tidak akan berjaya tanpa kerjasama badan-badan lain termasuk kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kesenian. Latar Belakang 1. Unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia. 2. Dasar ini penting kerana penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza. 3. Dasar ini dapat menolak unsur-unsur Barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Objektif 1. Untuk membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik 2. Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan 3. Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Prinsip utama 1. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama 2. Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukan kebudayaan kebangsaan 3. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan Strategi 1. Meninggikan taraf dan mutu kesenian
2. 3. 4. 5.
Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya Memenuhi keperluan sosiobudaya negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk Mengamalkan toleransi agama dan budaya Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasiolisme Malaysia
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan 1. Penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu di Malaysia lebih meluas pada hari ini berbanding pada masa dahulu. Boleh dikatakan sebahagian daripada matlamat kejayaan ini adalah untuk mencapai identiti budaya. 2. Sudah terdapat bukti beberapa unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dalam bidang seni seperti muzik dan tarian. 3. Pada keseluruhannya, pencapaian-pencapaian dasar kebudayaan nasional masih jauh daripada matlamat.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
LATAR BELAKANG •Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. •Kebudayaan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui prosespeng hayatan yang berkesan dan mendalam. •Ia dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan, penyataanfikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilainilai yang diyakini dan diamalkandari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahtera an hidup bermasyarakat yangbersatu padu dan kukuh. •Negara dianggap sebagai suatu ruang kehidupan. •Manusia atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu meskipunmungkin t erdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum •Negara sebagai tempat bagi kita mengembangkan potensi dan membangunkan peradabanbangs a •Maka, kebudayaan dalam erti kata ini ialah meliputi pembinaan sikap, nilai dan ciri yangmenentu kan akal budi, ketinggian ilmu,penerimaan sains dan teknologi yang sesuaisehingga menum buhkan rasa persefahaman dan kekitaan sebagai satu bangsa dalamsatu negara •Bagi Malaysia, ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara,yakni keperibadianMal aysia harus dipupuk dalam usahausaha yang dijalankan ke arah meningkatkanpembangunan sosioekonomi dan politik. •Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. •Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. •Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
RASIONAL DKK
•DKK digubal pada tahun 1971 hasil persetujuan bersama dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 •Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. • Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. •Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. •Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK) •Sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: (i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Serantau •Merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. •Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). •Digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. •Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. •Kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. (ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Boleh Diterima •Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. •Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya •Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. •Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. (iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan • Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. • Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal •Oleh itu ia patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara •Di samping itu wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. •Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
•Ia juga lambang atau simbol kepada asas pembentukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan memaparkan kesejagatan dalam menentukan DKK yang berpihak kepada semua kaum namun masih lagi didasari oleh peruntukan perlembagaan yang menjadi pegangan dan sekatan norma kepada masyarakat Malaysia.
•OBJEKTIF •Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan; (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. •Ketigatiga objektif DKK dilihat bertimbal balik di antara satu sama lain kerana melaluiperpaduan m aka cita-cita menanamkan semangat kenegaraan, nasionalisme dan nilainilai persamaan dapat dipupuk •Pada masa yang sama dapat melahirkan wajah bangsa Malaysia (Aziz Deraman: 2005) •Hal ini bermakna keperibadian rakyat dan suku kaum di Malaysia ditonjolkan berasaskan persamaan ciri-ciri budaya yang mengatasi sifat-sifat perkauman •Lambang-lambang seperti YDPA, nilai dan norma yang sama, falsafah RN dan perlembagaan menjadi kebanggaan dan wadah menjamin wujudnya sebuah kebudayaan kebangsaan di Malaysia
DKK & PERPADUAN MASYARAKAT •Pembentukan masyarakat dan bangsa Malaysia baharu haruslah berupaya mewajahkan sebuah masyarakat yang kukuh, bersatu padu dan bersefahaman, taat setia, terhindar daripada kemiskinan pemikiran semangat, tenaga, bermoral dan mempunyai suatu kehidupan kebangsaan yang boleh dimegahkan •Oleh yang demikian, matlamat pembinaan kebudayaan kebangsaan memang menepati hasratda n konsep pembangunan serta pemajuan bangsa yang berjiwa besar di negara ini. •Selain daripada citacita untuk mewujudkan perpaduan bangsa dan negara, matlamatkebudayaan juga adalah u ntuk menjaga dan memelihara, mengembangkan danmengukuhkan pembinaan kebudayaan kebangsaan.
Strategi & Pelaksanaan Objektif DKK (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asasasas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; (ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
DKK SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA •Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negaraMalays ia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yangmengamalk an budaya yang berbeza. •Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsayang b ersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. •Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. •Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. •Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batasbatas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. •Masyarakat Malaysia yang terbentuk hasil penggubalan DKK ini adalah diharapkan bolehmenjadi masyarakat yan g konsisten dalam mempertahankan toleransi, kesepaduan,semangat nasionalisme, menga malkan nilainilai atau norma yang sama dalam sebuahbumbung negara yang berasaskan masyarakat pl uralistik •Allahyarham Tun Abd. Razak, PM kedua dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan1971 :“…nenek moyang bangsa kita yang mendiami rantau Nusantara ini meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mtunya. …sewajarnya kita menerima gagasan bahawa Kebudayaan Kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. …patutlah juga mengambil unsur -unsur kebudayaan yang datang ke rantau ini…yang dapat menyegarkan dan mencorakkan kebudayaan Malaysia masa hadapan. Namun harus diingat dalam mencari bentuk dan menentukan corak tersebut, kita tidak lah melupakan masyarakat kita yang berbilang bangsa “the reality of our multiracial society…” (Dipetik dan diubahsuai daripada Aziz Deraman: 2005; DBP. Hal. 8-9)
Budaya Kebangsaan dan Permasalahan
Hasrat orang Melayu ingin membina budaya kebangsaan tercapai selepas 13 Mei 1969. Kerajaan menerima cadangan menubuhkan budaya kebangsaan sebagaimana keputusan Kongres Budaya Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1970. Kementerian yang berkaitan ditubuhkan yang bertujuan untuk membina budaya kebangsaan. Budaya kebangsaan itu dianggap sangat penting dalam usaha melahirkan perpaduan berbagai kaum di negara ini. Pembinaan budaya kebangsaan ini dapat dianggap sebagai satu lagi kejayaan orang Melayu membina jati diri sebagai lambang kebangsaan. Prinsip penting dalam pembinaan budaya kebangsaan itu kepada orang Melayu ialah budaya kebangsaan adalah berasaskan kepada budaya penduduk asal negara ini dan berteraskan kepada Islam. Prinsip budaya kebangsaan telah banyak menimbulkan kontraversi, terutama di kalangan orang bukan Melayu. Sedangkan terdapat satu lagi prinsip yang membolehkan unsur-unsur budaya lain, yang bukan Melayu diterima apabila orang ramai menerimanya sebagai rasmi dari masa ke masa. Pembinaan budaya kebangsaan ini adalah lebih rumit berbanding dengan bahasa kebangsaan. Berbagai aspek budaya itu patut diberikan perhatian, misalnya aspek budaya material dan bukan material. Ruang untuk mencakupi sangat luas. Tetapi terpulang ke pada penerimaan anggota-anggota masyarakat. Namun aspek seperti nilai dan world-view, dan kesenian amat perlu diberikan perhatian. Pembinaan budaya kebangsaan mengambil kira kepentingan perpaduan/integrasi antara kaum. Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan telah berusaha untuk menggalakkan perkembangan budaya kebangsaan, terutama dalam bidang kesenian, baik dalam seni persembahan mahupun seni tampak. Tetapi setelah sekian lama diusahakan, kesannya didapati perkembangan seni Melayu tidak menggalakkan. Berbagai masalah dihadapi, tetapi perkara pokoknya minat yang diberikan oleh orang ramai sangat lemah. Golongan muda yang tidak banyak didedahkan kepada berbagai hasil seni Melayu tradisional bukan sahaja mereka tidak berminat, malahan mereka tidak banyak mengenali hasil-hasil seni Melayu tradisional. Mereka didedahkan dengan perkembangan budaya popular dan ini mempengaruhi pemikiran mereka. Seni Melayu tradisional itu selalu dianggap kurang mutu dan ketinggalan zaman. Budaya popular berkembang luas sehingga ke kawasan kampung-kampung di pendalaman. Berbagai kegiatan seni tradisi yang dahulunya berpusat di kampung-kampung kini tidak lagi mampu untuk bersaing dengan perkembangan budaya popular. Mereka yang pernah terlibat dalam kegiatan seni dahulu kini telah meningkat tua dan sebahagian daripada mereka telah meninggal dunia. Orang-
orang muda tidak ramai yang berminat untuk meneruskan kegiatan itu. Keadaan itu dapat dikaitkan dengan masalah tidak didapati dorongan yang boleh menggalakkan perkembangan. Misalnya, kegiatan seni tradisional itu didapati tidak memberikan pulangan ekonomi yang memuaskan. Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi di kawasankawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilai-nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan perhatian. Selain itu, dengan pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual, seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Sebahagian daripada seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu t idak dapat berfungsi sebagaimana dahulu lagi. Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu. Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan. Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati bersama oleh generasi akan datang. Orang Melayu yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi, kini dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi itu semakin diketepikan. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan tradisi. Segala jenis mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat berfungsi dalam perkembangan budaya moden kini. Malahan, berbagai jenis mainan moden itu dianggap bertaraf dunia, dan
orang Melayu juga patut mengambil bahagian, terutama untuk turut bersaing dalam pertandingan yang diadakan di peringkat dunia. Masyarakat Melayu turut mengambil bahagian dalam pembangunan dan kemodenan, tetapi mereka juga menyedari tentang pentingnya dalam mempertahan warisan tradisi dalam usaha mengekalkan jatidiri Melayu itu. Dan orang Melayu mahukan jati diri Melayu diterima sebagai jatidiri kebangsaan. Tradisi budaya Melayu merupakan asas atau teras kepada budaya kebangsaan. Walau bagaimanapun orang Melayu juga menyedari untuk mempertahankan tradisi itu bukanlah perkara yang mudah, memandangkan negara amat pesat membangun dan melalui perubahan. Islam dalam Pembinaan Budaya Kebangsaan Islam yang telah bertapak di alam Melayu sejak abad ke 13 telah berkembang pesat dan menjadi teras kepada budaya Melayu. Apabila masyarakat Melayu berhadapan dengan pesatnya pengaruh budaya barat, maka orang Melayu juga sangat terpengaruh dengan gelombang kemodenan dan kemajuan barat itu. Segala yang datang dari barat dianggap maju dan moden sehingga perlakuan yang bercanggah dengan kehendak-kehendak Islam dapat diterima oleh sesetengah orang Melayu yang amat peka kepada kemajuan barat itu. Semasa gelombang kemodenan dan kemajuan barat itu kuat bertapak di bandar-bandar di negara ini kedudukan Islam di bandarbandar itu juga turut tergugat. Walau bagaimanapun apabila Islam didapati semakin kukuh di bandar-bandar, maka peranan Islam sebagai teras kepada budaya Melayu terus memainkan peranan penting. Orang Melayu merujuk kepada Islam apabila mereka mempertahankan kekuatan jati dirinya itu. Kekuatan Islam di bandar-bandar besar di negara ini semakin ketara apabila didapati semakin ramai orang Melayu berpindah ke bandar-bandar , khususnya bermula pada tahuntahun 70an apabila DEB dilaksanakan. Sebelum itu pusat kekuatan Islam ialah di luar bandar. Apabila orang Melayu dari kampung semakin ramai berpindah ke bandar, maka mereka itu membawa bersama Islam dan terus memperkukuhkan di bandar. Bandar kini memainkan peranan penting sebagai pusat kemajuan dan pembangunan Islam. Tradisi itu telah dibina sejak kerajaan-kerajaan Melayu Islam dahulu lagi. Tetapi apabila kerajaan kolonial membangunkan bandar-bandar moden, maka itu tidak banyak melibatkan orang Melayu, dan itulah sebab Islam berpusat di kawasan luar bandar. Kemodenan dan kemajuan yang dibina oleh pemerintahan kolonial berasaskan ideologi kemodenan dan kemajuan barat sebagaimana yang telah dipupuk selama ini berlangsung secara berterusan. Dalam konteks yang sama, kini konsep globalisasi digunakan bagi menerangkan pesatnya penyebaran segala jenis barangan dan maklumat secara global.
Sedangkan dalam konsep yang sama peranan barat berterusan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi global. Malaysia juga tidak ketinggalan mengalami suasana dan keadaan yang sama. Pendedahan orang Melayu kepada perkembangan budaya global atau barat itu semakin meluas. Dengan pembangunan teknologi moden kini, orang Melayu terpaksa mengalami proses globalisasi itu dengan cara-caranya tersendiri. Dalam keadaan ini tekanan dari budaya masyarakat maju, khususnya barat terus mempengaruhi pemikiran dan world-view orang Melayu. Perkembangan seperti ini terdapat kesan yang mendalam dan meluas kepada kedudukan budaya Melayu. Nilai-nilai yang disalurkan melalui media massa global misalnya, didapati tidak lagi selaras dengan nilai-nilai Melayu tradisi. Sedangkan orang muda mudah dipengaruhi nilai-nilai moden itu. Kerajaan sentiasa mengambil berat dalam mengawal dan memantau perkembangan dan penawaran bahan-bahan budaya kepada ramai. Ini bertujuan untuk menjaga kepentingan orang ramai, terutama tentang moral atau akhlak, agar tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan budaya tempatan, selain kepentingan politik dan kesetabilan sosial. Tetapi kini dengan kemudahan teknologi moden penyebaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat tidak dapat dikawal seperti dahulu lagi. Perkembagan ini boleh membawa kesankesan kurang baik, terutama dalam usaha memupuk nilai-nilai sosial yang bersesuaian dengan budaya Melayu dan nilai-nilai Islam. Pengawalan bahan-bahan budaya itu tidak dapat dilakukan dengan berkesan lagi. Perubahan yang berlaku itu perlu disesuaikan dengan kepentingan dan keperluan tempatan. Oleh itu proses sosial yang membina dan memperkukuhkan jiwa Melayu itu perlu dilakukan dengan lebih berkesan. Dengan kekuatan ketahanan diri orang Melayu dapat menghadapi cabaran proses globalisasi itu. Kita tidak lagi mudah untuk mengelakkan diri daripada berhadapan dengan realiti globalisasi itu. Kepesatan proses globalisasi itu sepintas lalu boleh membawa kesan buruk kepada budaya Melayu. Dijangkakan orang Melayu akan mudah terpengaruh dengan kemajuan dan kemodenan yang dibawa dari barat. Mereka mungkin akan kurang terikat kepada budaya tradisi, tetapi mengenepikan segala warisan.Tetapi jika diteliti kembali proses globalisasi itu seperti juga dengan gelombang pengaruh budaya kolonial dahulu. Apabila pengaruh asing itu didapati ketara dan boleh menggugat kedudukan jatidiri, maka itu akan menimbulkan kesedaran untuk memperkukuhkan kedudukan budaya sendiri yang merupakan simbol jati diri. Orang Melayu akan kembali kepada teras budayanya, iaitu Islam, dan inilah yang dapat mempertahankan budaya Melayu.