Pembelajaran 1 Pengenalan - Asal-usul Bahasa Melayu Obj: Memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu, asal-usul orang Melayu dan kepentingan bahasa Melayu di Malaysia. Bahasa merupakan lambang bunyi yang digunakan dalam komunikasi oleh sekumpulan manusia. Apabila melihat orang Melayu, mereka dikatakan berasal dari induk Austronesia. Oleh hal yang demikan, bahasa Austronesia dianggap bahawa induk kepada bahasa Melayu. Terdapat beberapa definisi bagi perkataan “Melayu” iaitu: “Melayu” iaitu: 1. Pengembara China mencatatkan bahawa bahasa yang digunakan di Sumatera ialah K’un-lun, K’un-lun, dipercayai merujuk kepada bahasa Melayu kuno. 2. Perkataan Melayu daripada perkataan Malaya, kependekan bagi Hima laya, yang bermakna “tempat yang bersalji”. 3. Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”, mungkin asal perkataan Melayu.
Salasilah Bahasa Melayu Salasilah bermaksud "asal usul","susur galur", atau "keturunan". Salasilah BM ialah kajian tentang asal usul @ keturunan BM. Video
Teori asalasal -usul Bahasa Melayu Hipotesis tempat asal bahasa Melayu Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal orang Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli lingustik.
Kawasan Asia Tengah Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berasal dari Selatan China. Tetapi sebab-sebab perpindahan mereka masih tidak dapat dipastikan. Kumpulan Melayu pertama yang sampai di kawasan ini dikenali sebagai kumpulan Melayu Proto. Kelompok ini menduduki sekitar tahun 2500SM. Hipotesis ini dikukuhkan lagi oleh Geldern (1932). Beliau membuat kajian terhadap beliung bersegi. Beliung bersegi yang sama ditemui di Sungai Hwang Ho dan Sungai Mekong.
Kumpulan Melayu kedua yang sampai di Nusantara dikenali sebagai kumpulan Melayu Deutro. Mereka didiami kawasan ini sekitar tahun 1500SM. Kedatangan kumpulan Melayu Deutro menyebabkan kumpulan Melayu Proto melarikan diri ke dalam hutan dan kini mereka dikenali sebagai orang asli.
Kawasan Nusantara Menurut kajian J.Crawfurd, orang Melayu berasal dari Sumatera dan Jawa. Maka, bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. J. Crawfurd membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak berasal dari manamana, tetapi merupakan bahasa induk yang menyebar ke tempat lain.
Perkembangan awal bahasa Melayu
Perjalanan masa telah menyebabkan bahasa Melayu berkembang mengikut zaman. Berdasark an zaman, bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Moden
Klik untuk mendengar penjelasan tentang Bahasa Melayu Kuno: Batu Bersurat Kedudukan Bukit, Palembang (683M) Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684M) Batu Bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka (686M) Batu Bersurat Karang Brahi, Jambi (686M)
Klik untuk mendengar penjelasan tentang Bahasa Melayu Klasik: Klik untuk mendengar penjelasan tentang Bahasa Melayu Moden:
Rumusan
Bahasa Melayu telah melalui satu sejarah yang amat panjang. Walaupun sukar untuk dibuktikan dari manakah asal sebenar bahasa Melayu, namun bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kebangsaan dan khazanah bangsa yang telah berupaya mengangkat budaya Melayu sebagai satu kebudayaan yang tinggi. Bahasa Melayu juga pernah terkenal dengan namanya Lingua Franca yang membawa maksud bahasa pergaulan atau bahasa pengantar dalam kalangan penutur bahasa yang berbeza. Bahasa Melayu hari ini bukan sahaja mampu memperkatakan bidang ilmu yang pelbagai dan rumit, bahkan telah menjadi satu bahasa pilihan di pusat-pusat pengajian tinggi terkemuka di serata dunia.
Kerja kerajaan VS kerja swasta. Yang manakah pilihan graduan? Mata Pelajaran Umum (MPU) wajib diambil oleh pelajar-pelajar IPTS. Sokong atau tidak? Filem memainkan peranan penting dalam peningkatan kadar kes jenayahdi negara. Sokong atau ti dak?
Pembelajaran 2: Status dan Fungsi Bahasa Melayu di Malaysia & Bahasa dan Budaya Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang pesat. Sejak merdeka, bahasa Melayu telah d inaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan (menggantikanbahasa Inggeris). Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagiperkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan dan bahasa r asmi seperti terkandung dalam Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan.
Hasil Pembelajaran Page 3 of 11
Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan:
Memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu, asal usul orang Melayu dan kepentingan bahasa Melayu di Malaysia
Fungsi Bahasa Melayu
Bahasa rasmi Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.
Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanyadalam urusan rasmi seperti urus an surat menyurat kerajaan, rekod kerajaan, menulis semua undangundang negara dan sebagainya. Bahasa kebangsaan Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatannegara untuk tujuan perpadu an.
Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktubdalam Perlembagaan Mala ysia, iaitu Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Bahasa ilmu Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitanpenemuan atau satu hasil k ajian.
Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan ke mudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Bahasa perpaduan Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antarasatu kaum dengan kaum ya ng lain.
Contohnya, Mak Itam dan Mak cik Mariammah selalunya bertutur dalam BahasaMelayu. Interaksi ini me nguatkan silaturahim antara kaum dan bahasa tidakmenjadi penghalang untuk memupuk perpaduan. sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan. Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanyadalam urusan rasmi seperti urus an surat menyurat kerajaan, rekod kerajaan, menulis semua undangundang negara dan sebagainya. Bahasa kebangsaan Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatannegara untuk tujuan perpadu an.
Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktubdalam Perlembagaan Mala ysia, iaitu Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Bahasa ilmu Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitanpenemuan atau satu hasil k ajian.
Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan ke mudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Bahasa perpaduan Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antarasatu kaum dengan kaum ya ng lain.
Contohnya, Mak Itam dan Mak cik Mariammah selalunya bertutur dalam BahasaMelayu. Interaksi ini me nguatkan silaturahim antara kaum dan bahasa tidakmenjadi penghalang untuk memupuk perpaduan.
Variasi Bahasa – Dialek
Kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku.
Digunakan dalam situasi tidak rasmi.
Ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial.
Contohnya : perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian
Kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku.
Digunakan dalam situasi tidak rasmi.
Ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial.
Contohnya : perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian
Dialek Sosial Terdapat 8 jenis dialek sosial:
Bahasa pasar Bahasa campuran antara bahasa Melayu dan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Bahasa yang dipermudah untuk proses komunikasi Kata ganti nama banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda (saya – gua, awak – lu) Penyebutan perkataan pelat bahasa Ibunda (orang – olang) Penggunaan perkataan “punya” dan “banyak”
Bahasa slanga Dipertuturkan oleh sekumpulan penutur, biasanya golongan remaja
Dikenali bahasa kutu atau bahasa rocker
Lebih rendah taraf daripada bahasa standard
Bahasa baku Bahasa standard Kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa Dikaitkan dengan golongan berpendidikan tinggi dalam masyarakat Bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan Bahasa formal Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. Teratur , lengkap , mematuhi segala peraturan bahasa Tidak mengandungi kesalahan bahasa, tepat , jelas dan berkesan Contoh : bahasa baku dan bahasa istana Bahasa tidak formal Digunakan dalam situasi tidak rasmi Dikenali bahasa basahan, kolokial , bersama, biasa, mesra Termasuklah dialek , bahasa pasar , bahasa slanga, bahasa biasa, bahasamesra, bahasa kasar Bahasa halus Digunakan secara beradat dan bersopan santun Untuk menjaga dan menghormati perasaan orang lain Mewujudkan kemesraan dalam perhubungan Bahasa kasar Bahasa yang tidak sopan Kurang beradab dalam pertuturan Dikaitkan juga dengan bahasa kesat Bahasa istana Bahasa diraja Menggunakan kata ganti diri orang dan gelaran yang berbeza semasa bercakap
Laras Bahasa Laras bahasa ialah gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Ianya adalah kelainanbahasa yang digunakan ole h penutur dalam kehidupan sehari-harian. Laras dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu: a. Tajuk wacana - Merangkumi bidang penggunaan bahasa seperti bidangMatematik. b. Cara penyampaian wacana - Media perlakuan bahasa samada secara lisanatau bertulis. c. Gaya wacana - Perhubungan antara peserta perlakuan bahasa iaitu secaraformal atau tidak formal.
Seseorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung kepada situasi sesuatuperistiwa bahasa itu ber langsung. Misalnya dengan siapa dia bercakap, tajuk yang diperkatakan atau dibincangkan, suasana forma l ataupun tidak formal dan penggunaanmedium, sama ada secara lisan atau tulisan.
Jenis-jenis Laras Antara jenis- jenis laras ialah:
Laras Biasa atau Laras Umum Ia biasanya digunakan dalam perbualan harian. Ciri-cirinya adalah bebas dan mudah difahami serta kurang terkawal dari aspektatabahasa. Ia juga mempunyai unsur kemesraan seperti menggunakan ganti nama diripertama seperti aku, cek, makci k , kak ngah dan sebagainya. Contoh: Hai Mat! Nak ke mana tu? Singgahlah dulu. Laras Perniagaan Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membelibarangan menerusi cara peny ampaian yang amat menarik. Ayat yang digunakan pendek-pendek dan tidak gramatis. Contoh: Percuma, sebuah telefon bimbit Samsung dengan setiap pembelian sebuah LCD Skrin Televisyen Pensonic Laras Akademik Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian berdasarkanbidang ilmu; seperti dalam bidang sains, terdapat laras kimia, biologi dan fizik. Contoh: Air terhasil daripada kandungan hidrogen dan oksigen (H2O). Laras Perundangan Contoh: Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
Laras Sastera Laras bahasa sastera juga mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Contoh: Apabila berbicara mengenai kesusasteraan, kita sebenarnya akanmembincangkan bebera pa aspek seperti tema, kronologi, mesej, danwatak yang mengandungi unsurunsur personifikasi dan metafora. Laras Media Massa Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca dan penonton. Contoh: Pasukan hijau kuning telah memalukan pihak lawan apabila pasukan Kelantan dikalahkan di gelanggang sendiri dengan jaringan dua gol berbalas satu.
Rumusan Proses penentuan dasar melibatkan aspek perancangan bahasa secara berperingkatperingkat. Kita sedia maklum bahawa negara kita mempunyai pelbagai kaum dan bahasa. Oleh itu, negara kita perlu membentuk satu dasar bahasa yang sedemikian rupa. Selain daripada itu, pihak kerajaan turut meninjau pelbagai usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa.
Pembelajaran 3: Sebutan dan Intonasi - Sebutan
Audio
Dalam kajian bahasa, bidang yang mengkaji sebutan manusia (pertuturan) dikenalisebagai bidang fonetik. Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawiperlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Manakala intonasi pula, ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktubercakap dan hendakl ah berdasarkan jenis dan bentuk ayat.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan:
Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dari segi sebutan dan intonasi, tatabahasa, kosa kata dan laras.
Bunyi dan Huruf Terdapat 26 huruf dalam tulisan Rumi bahasa Melayu bagi melambangkan 25 bunyi konsonan dan 6 bunyi vokal. Disebabkan bilangan bunyi lebih banyak daripada jumlah huruf, lalu ada huruf yang digabungkan untuk melambangkan satu bunyi.
Huruf Vokal Audio Huruf vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada /a/, /e/, /i /, /o / dan /u /. Huruf /e/ melambangkan dua bunyi, iaitu e taling dan e pepet. Rujuk pada jadual di bawah untuk penjelasan lanjut. Bunyi Vokal
Contoh
Bunyi /a/
ayam, almari, asal
Bunyi /i/
ikan, itik, imam
Bunyi /o/
otak, orang, kuno
Bunyi /u/
unta, gulai, ulam
Bunyi /e taling/
sate, enak, esok
Bunyi /e pepet/
emak, enam, peta
Huruf Diftong Audio
Diftong ialah dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu bunyi (luncuran). Ia juga mempunyai satu puncak kelantangan. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga bunyi diftong. Rujuk pada jadual di bawah untuk penjelasan lanjut. Bunyi Diftong
Contoh
Bunyi /ai/
aising, ghairah, gulai
Bunyi /au/
aurat, saudara, harimau
Bunyi /oi/
boikot, amboi, kaloi
Huruf Konsonan Segala huruf selain daripada a, e, i, o, u dikategorikan sebagai huruf konsonan.Dalam abjad Rumi, terdapat 21 huruf yang mewakili kons onan iaitu: B, C, D, F, G, H, J, K, L ,M ,N, P, Q, R, S, T, V, W, X, Y ,Z
Pola Keselarasan Vokal Dalam Bahasa Melayu terdapat satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Keselarasan Vokal. Keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar. Dalam Bahasa Melayu terdapat 18 Pola Keselarasan Vokal . Rujuk pada jadual di bawah. No
Pola
Contoh Penggunaan
1
a-a
asah, balak, halaman
2
a-i
alih, balik, sumbangsih
3
a-u
asuh, datuk, lembayung
4
e pepet - a
emas, kelam, cemerlang
5
e pepet - i
lebih, betik, sembelih
6
e pepet - u
telur, tempuh, temenggung
7
e taling - a
elak, dewan, belerang
8
e taling - e taling
leceh, gelek, selekeh
9
e taling - o
esok, telor, selekoh
10
i-a
ingat, kilang, selinap
11
i-i
intip, sisih, belimbing
12
i-u
riuh, tidur, periuk
13
o-a
otak, borang, sekolah
14
o - e taling
oleh, boleh, celoteh
15
o-o
obor, borong, kelompok
16
u-a
ubat, tumpang, ketupat
17
u-i
usik, kuih, gerusik
18
u-u
untuk, tunduk, tengkujuh
Rumusan Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Sehubungan itu, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tubuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Dalam bahasa Melayu, bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong memainkan peranan penting bagi menyempurnakan sesuatu sebutan.
Pembelajaran 4: Sebutan dan Intonasi - Intonasi Audio
Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap, dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Dalam bahasa Melayu, ayat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seruan. Di sini, pelajar haruslah mendapat tahu intonasi setiap jenis ayat untuk menyebut dengan betul dalam komunikasi harian.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan:
Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dari segi sebutan dan intonasi, tatabahasa, kosa kata dan laras.
Subjek dan Predikat
Sesuatu ayat haruslah mengandungi sekurang-kurangnya satu subjek dan satupredikat. Subjek ialah perkara yang diceritakan yang terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara.
Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa danmenjadi unsur yang menerangkan subjek.
Contoh: Subjek Sabri Rumah
Predikat seorang peguam itu sangat besar
Jenis-jenis Ayat Terdapat 4 jenis ayat yang mempunyai intonasi yang berbeza:
Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.
Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan akan jawapan atau gerak balas.
Dalam lisan, diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan.
Dalam tulisan, diakhiri dengan tanda noktah.
Contoh: Azimah tukang masak.
Ayat Tanya
Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
Ayat ini diakhiri dengan tanda soal ( ? ).
Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat.
Contoh:
a. a.
Azimah tukang masak?
b. Apa benda itu?
Ayat Seruan
Diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan.
Melahirkan perasaan: takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.
Pada tulisan diakhiri dengan ( ! ).
Contoh: oh, amboi, aduh, wah, cis, aduhai, eh. --> Aduhai, gagal lagi!
Ayat Perintah Ayat perintah dibahagikan kepada ayat silaan, ayat larangan, ayat suruhan dan ayatpermintaan.
Ayat Silaan Digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Ditandai dengan kata; sila, sudi dan jemput. Contoh: Jemput minum. Ayat larangan Ayat yang digunakan untuk larangan atau tegahan. Dibentuk dengan menambah kata: jangan, usah atau tak usah di depan ayat. Contoh: Jangan berdiri di sana. Ayat suruhan Ayat yang diucapkan bertujuan memberi perintah atau arahan. Contoh: Sila tinggalkan tempat ini. Ayat Permintaan Ayat yang bertujuan memohon pertolongan dan permintaan. Menggunakan kata minta, tolong dan mohon. Contoh: Tolong tutup tingkap itu.
Pembelajaran 5: Isu Ejaan dan Tatabahasa - Ejaan dan Pengimbuhan Audio
Usaha pengekodan yang paling berkesan bagi bahasa Melayu dalam tahun-tahun 60an dan 70-an ialah mengemaskan sistem ejaan. Ini diusahakan dengan cara mengadakan satu sistem ejaan baharu yang mengatasi kelemahan sistem-sistem yang sedia ada. Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata dikenali sebagai Morfologi. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut Morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan pula ialah
bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan:
Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dari segi sebutan dan intonasi, tatabahasa, kosa kata dan laras.
Morfologi - Pembentukan kataMorfologi Pembentukan kata Perkataan ialah morfem bebas yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapabentuk bunyi bahasa ata u suku kata. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadanperkataan yang bersifat abstrak dan hanya wuj ud dalam fikiran kita. Bentuk kata terdiridaripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk bentuk kata seperti kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Rujuk gambarajah di bawah ini.
Kata tunggal
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan,penggandaan, atau pemajm ukan. Kata tunggal boleh terdiri daripada hanya satu suku kata atau lebih satu suku kata.Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal sahaja atau kombinasi vokaldengan konsonan. Dalam bahasa Melayu, bent uk kata tunggal yang terdiri daripadasatu suku kata agak terhad bilangannya. Kata tunggal juga merangkungi akronim. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk hasil gabungan huruf awal, suku kata atau kombinasi kedua-duanya serta ditulis dan disebut sebagai satu perkataan.
Rujuk gambarajah di bawah untuk contoh kata tunggal.
Kata terbitan Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses yang menambahkanatau menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa Melayu telah dibahagikan kepada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan danimbuhan sisipan. Rujuk gambarajah di bawah untuk penjelasan lanjut dan contoh.
Kata ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar . Penggandaan ial ah satu proses menggandakan perkataan itu seluruh, sebahagiandaripadanya ataupun secara berentak . Oleh hal yang demikan ia dibahagiakan kepada tiga jenis iaitu Penggandaan penuh, Penggandaan se para dan Penggandaan berentak.
Rujuk gambarajah di bawah untuk contoh kata ganda
Kata majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan duakata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Pemajmukan merupakan satuproses membentuk perkataan dengan cara menggabungkan dua atau lebih perkataan . Contoh : papan putih ( papan + putih), pita suara ( pita + suara) , kapal terbang (kapal+ terbang) , jam tangan ( jam + tangan).
Perkataan yang baru terbit daripadanya membawa maksud yang berbeza daripadamakna asal perkataa n perkataan awal yang membentuknya . Di samping itu, katamajmuk bertindak sebagai satu unit dan diej a terpisah. Kata majmuk dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Kata majmuk bebas, Kata majmukistilah khusus ( bi asanya berkaitan dengan bidang tetentu seperti bidang ilmiah ) danKata majmuk kiasan. Rujuk gambarajah di bawah untuk contoh kata majmuk. Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses
yang merangkaikan duakata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Pemajmukan merupakan satupr oses membentuk perkataan dengan cara menggabungkan dua atau lebih perkataan. Contoh : papan putih ( papan + putih), pita suara ( pita + suara) , kapal terbang (kapal+ terbang) , jam tangan ( jam + tangan).
Perkataan yang baru terbit daripadanya membawa maksud yang berbeza daripadamakna asal perkataan perkataan awal yang membentuknya. Di samping itu, katamajmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisa h. Kata majmuk dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Kata majmuk bebas, Kata majmukistilah khusus ( biasanya be rkaitan dengan bidang tetentu seperti bidang ilmiah) danKata majmuk kiasan. Rujuk gambarajah di bawah untuk contoh kata majmuk.
Kata majmuk yang telah mantap Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kata majmuk yang dianggap agakistimewa . Ia dikenali se bagai Kata majmuk yang telah mantap. Lazimya, kata majmukdieja terpisah. Namun, terdapat sebahag ian kecil kata majmuk yang penggunaannyasudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Terdapat 15 perkataan tetap dieja sebagai satu perkataan dan ia dikenali sebagai Katamajmuk yang tel ah mantap. Rujuk gambarajah di bawah untuk melihat 15 kata majmuk yang telah mantap.
Rumusan Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. Walau bagaimanapun, pelajaran ini bukan sahaja memfokus kepada proses pengimbuhan malah kata tunggal, proses penggandaan dan proses pemajmukan turut diberikan perhatian.
Pembelajaran 6: Isu Ejaan dan Tatabahasa - Pemilihan Kata Audio
Pemilihan kata memainkan peranan penting dalam bahasa Melayu. Seseorang pengguna bahasa, harus mengenal pasti kata-kata yang akan digunakan dalam situasi lisan mahupun tulisan. Jenis-jenis kata dalam bidang morfologi mempunyai tugas-tugas yang tersendiri bagi melengkapkan dan menyempurnakan bentuk serta maksud ayat.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan:
Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan dari segi sebutan dan intonasi, tatabahasa, kosa kata dan laras.
Morfologi - Penggolongan kata Perkataan - perkataan dalam sesuatu bahasa boleh dibahagikan kepada golongangolongan tertentu . Menurut Nik Safiah Karim (1993) golongan kata dalam bahasaMelayu terbahagi kepad a empat jenis. Rujuk gambarajah di bawah ini.
Kata Nama
Kata Kerja
Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja dibahagikan kepada dua iaitu: kata kerja transitif kata kerja tak transitif
Tonton video
Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut iaitu objek. Contoh: Ali menendang bola.
Berdasarkan contoh di atas, menendang merupakan kata kerja transitif kerana iadiikuti dengan obje k iaitu bola. Kata kerja transitif juga terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan katakerja transitif pas if. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang berimbuhan awalan meN-dengan atau tanpa akhiran – kan dan – i. Contoh: Kakak menyiram bunga.
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang terjadi daripada proses perubahan ayat aktif menjadi pasi f.
Contoh: Bunga disiram oleh kakak.
K
ata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Tonton video
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Tonton video
Kata Adjektif Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau katanama . Kata adjektif boleh dibahagikan kepada lapan jenis. Rujuk gambarajah di bawah ini.
Kata Adjektif
Maksud
Contoh
Sifat/Keadaan
Menerangkan sifat keadaan atau seseorang
Cerdik, bijak, cantik, rajin
Warna
Menerangkan warna
Biru, merah, kuning, hijau, putih Tebal, nipis, tinggi, rendah,
Ukuran
Menerangkan ukuran panjang, pendek
Bentuk
Menerangkan bentuk atau rupa
Bulat, Bujur
Waktu
Menerangkan konsep masa
Baru, lambat, lama, lewat, silam
Jarak
Menerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan
Jauh, dekat
Perasaan
Menerangkan konsep perasaan
Pemalu, ragu-ragu, rindu, sayang Bising, wangi, kasar,
Pancaindera
Menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, bau dansentuh masam, pahit, manis, licin
Kata Tugas Tonton video Kata Tugas yang biasa digunakan ialah kata bantu, kata pemeri, kata penguat, kata bilangan dan k ata seru. Muat turun dokumen ini untuk senarai kata tugas yang sering digunakan dalam komunikasi seharian. Seterusnya, mari kita lihat penjelasan untuk kata tugas yang biasa digunakan ini.
Kata Tugas Yang Biasa Digunakan - Kata Bantu Tonton video Kata bantu aspek merupakan kata yang menerangkan masa. Contoh ayat: 1. Saya sedang membuat kerja rumah.
2. Siti akan berkahwin pada hujung bulan ini. 3. Saya sudah makan nasi.
Kata bantu ragam merupakan kata yang menerangkan perasaan untuk membuatsesuatu kerja. Contoh ayat: 1. Kita harus mematuhi undang-undang jalan raya.
2. Saya tetap mahu makan nasi lemak.
3. Minah mesti berusaha untuk mengecapi impiannya.
Kata Tugas Yang Biasa Digunakan - Kata Pemeri Tonton video Penggunaan kata pemeri ialah harus hadir di hadapan kata nama. Contoh ayat: 1. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara. 2. Nama anak kucing Farah ialah Si Comel. 3. Bangunan yang tinggi itu ialah kompleks membeli-belah. 4. Fotosintesis ialah proses tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri 5. Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.
Penggunaan kata pemeri adalah harus hadir di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama. Contoh ayat: 1. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luarbandar.
2. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.
3. Bentuk piramid adalah segitiga.
4. Rasa buah durian adalah manis.
5. Jawapannya adalah seperti berikut.
Kata Tugas Yang Biasa Digunakan - Kata Penguat Video Kata penguat hadapan digunakan di hadapan kata adjektif . Contoh ayat: 1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Shaheen.
2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk . Kata penguat belakang digunakan di belakang kata adjektif . Contoh ayat: 1. Kereta itulaju sangat. 2. Cantik benar rantai mutiara itu. Kata penguat bebas digunakan di hadapan/belakang kata adjektif . Contoh ayat: 1. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat. 2. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.
Kata Tugas Yang Biasa Digunakan - Kata Bilangan Video Contoh ayat: 1. "Setiap pelajar mesti membawa buku latihan Sains" kata Cikgu Hamzah kepada para pelajarnya.
2. Dua buruh binaan telah maut akibat tanah runtuh di Cameron Highlands.
3. Seluruh warga Malaysia telah memberikan penghormatan terakhir kepadamangsa-mangsa MH370.
4. Dua pertiga daripada jumlah pelajar kelas 1 Anggerik merupakan pelajar pelajaryang berasal dari keluarga yang berada.
5. Guru disiplin telah menangkap beberapa pelajar yang merokok dibelakang tandas sekolah.
Kata Tugas Yang Biasa Digunakan - Kata Seru Video Kata Seru
Untuk menyatakan perasaan...
Contoh ayat
Wah
hairan, terkejut, gembira
Wah, berani betul budak itu!
Oh
terkejut, merayu
Oh, itu rupanya rumah kamu!
Amboi
hairan, mengejek
Amboi , mahal betul kereta itu!
Aduh
sakit
Aduh, sakitnya tanganku!
Cis
benci, marah, jijik
Cis, berani dia menentangku!
Nah
memberi sesuatu dengan marah
Nah, terimalah habuanmu!
Wahai
sayu, sayang, merayu, menarik perhatian
Wahai adik ku sayang!
Syabas
puas, gembira, memuji, mengucapkan tahniah
Syabas, awak berjaya juga akhirnya!
Ah
tidak setuju, menolak sesuatu
Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
Eh
hairan, terkejut
Eh, bila ia terjadi!
Hai
menegur seseorang, menarik perhatian
Hai, diamlah sikit!
Rumusan
Pembelajaran 7: Isu Ejaan dan Tatabahasa - Struktur ayat, Penghubung ayat