Bahagian Kreativiti, Pengurusan, dan Multimedia dalam sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga tajuk, iaitu
Penulisan Kreatif
Pengurusan
Multimedia Dalam Sastera
Fokus pembentangan ini ialah Penulisan Kreatif
Tajuk 1
Penulisan Kreatif 1.1 Puisi tradisional 1.2 Sajak 1.3 Cerpen 1.4 Asas penyuntingan
PENULISAN KREATIF
Puisi Tradisional
Sajak
Cerpen
Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: (a)
menghasilkan puisi dan cerpen secara berpandu;
(b)
menghasilkan puisi dan cerpen berdasarkan kreativiti sendiri.
PENULISAN KREATIF
Asas Penyuntingan
Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: (a)
mengenal pasti simbol dan teknik penyuntingan;
(b)
menyunting karya.
Penggal Pengajian
Kod dan Nama Kertas
Penggal 3
922/3 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 3
Jenis Ujian
Markah (Wajaran)
Ujian Bertulis
75 (26.67%)
Bahagian A:
25
Penulisan Kreatif Soalan esei 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 soalan
Masa
Pentadbiran
2 jam Pentaksiran berpusat
DEFINISI PUISI
Za’ba
Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yg dikatakan itu bertambah menarik kepada hati orang mendengarnya”
Samual Taylor Coleridge Mendefinisikan “puisi adalah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik”
MAKSUD KATA-KATA TERBAIK
Penggunaan kata-kata yang datang daripada hasil pemilihan secara teliti dan penuh kesedaran. Pemilihan demikian untuk memastikan ketepatan, keutuhan serta kedalaman nilai erti dan nilai rasa yang ingin disampaikan.
Sebagai contoh sajak “Ke Makam Bonda” karya SN Usman Awang penggunaan kata „bonda‟ dan „makam‟ .
MAKSUD SUSUNAN TERBAIK
Kata-kata yang terbaik berkembang kepada susunan ungkapan, kalimat, baris dan rangkap puisi.
Sebagai contoh pantun, empat baris
Dengan pemilihan dan penyusunan kata-kata yang membina baris-baris puisi sebegitu rupa dapat mengerakkan daya asosiasi, iaitu gambaran dan kenangan yang membawa kepada perkaitan atau pertalian sesuatu fikiran dengan fikiran yang lain.
Puisi memerlukan terhasilnya mendalam kesannya.
nilai
rasa
yang
Pemilihan dan penyusunan kata-kata terbaik untuknya akan sebanyak mungkin menimbulkan kehalusan serta kekuatan tanggapan penglihatan dan pendengaran.
UNSUR-UNSUR PUISI Tema Bentuk Gaya Bahasa Suasana Simbol Imej Bunyi
PENILAIAN PUISI
Estetika Ilmu
Agama
Perubatan
Politik dan sebagainya
Estetika Bahasa
Pemilihan kata
Sintaksis
Estetika Sastera
Tema
Persoalan
Bentuk
MENILAI PUISI TEMA DAN PERSOALAN ATAU ISI
Pastikan persoalan, isi atau pengalaman yang dikemukakan dalam puisi secara keseluruhannya.
Ditentukan dan diperjelaskan sama ada persoalannya sebuah cerita, renungan, pembicaraan terhadap satu aspek gagasan ideologi, penghuraian atau kenyataan, konsep dan sebagainya.
Nyatakan corak persoalan itu sama ada mudah, biasa atau kompleks.
NADA
Nada dan emosi seperti sedih, riang, protes, lucu dan sebagainya.
Nada yang baik ialah kesannya dapat menghindarkan pembaca daripada kebosanan.
Pembentukan nada, rima dan pemilihan kata-kata dalam sesebuah puisi menimbulkan emosi pembaca.
CARA PENYAMPAIAN
Cara langsung
Kesannya mudah difahami isi puisi
Secara tidak langsung
Isinya agak sukar difahami tetapi berhasil membawa kehalusan gambaran dan dapat menghidupkan imaginasi pembaca.
BAHASA
Penggunaan pelbagai unsur bahasa, misalnya bahasa kiasan, simbol, imej dan sebagainya.
Walau apa pun unsur bahasa yang digunakan, nilai atau kekuatannya ditentukan oleh kesesuaian dan ketepatannya mendukung makna serta persoalan yang ditimbulkan.
Teliti unsur bunyi yang timbul daripada pemilihan dan penyusunan kata-kata.
BENTUK
Teliti binaan rangkap
Teliti terhadap rima, jumlah baris dalam rangkap dan jumlah kata dalam baris
Teliti kepentingan dari segi kesesuaian fungsi dan kesannya dengan persoalan puisi
Teliti segala bentuk yang digunakan sama ada berhasil atau tidak, meninggalkan kesan pendengaran terutama aspek bunyinya
DEFINISI CERPEN
Gabungan dua perkataan „cerita‟ dan „pendek‟
Cerpen bersifat fiksyen
Cerpen adalah penceritaan
UNSUR CERPEN Tema Persoalan Plot Watak Latar Sudut pandangan Gaya Bahasa
Tema dan Persoalan Umumnya pemusatan cerita tertumpu pada satu tema dan persoalan sahaja.
Plot Hanya mempunyai satu plot
Watak Jumlah watak tidak ramai. Memadai satu atau dua watak sahaja.
Latar Agak singkat dan terhad dari segi latar waktu.
Sudut Pandangan Susut pandangan orang pertama, orang ketiga, dan pencerita serba tahu
Gaya Bahasa Misalnya perlambangan, citra, dan sebagainya
Cerpen harus meninggalkan kesan kesatuan
Estetika Ilmu Misalnya politik, ekonomi dan sebagainya
Estetika Bahasa
Pemilihan kata
Sintaksis
Gaya bahasa
Estetika Sastera Misalnya tema, persoalan dan sebagainya
PENILAIAN CERPEN Kesatuan unsur-unsur yang membina cerpen:
Kepadatan pengolahan
Ketelitian memilih peristiwa
Kebijaksanaan mengeksploit dan memanipulasikan bahasa
PENYUNTINGAN SASTERA PENGENALAN Menurut Sasterawan Negara A. Samad Said: “Biasanya insan seni amat berhati-hati; sentiasa menghalusi, sentiasa menilai, rajin berwaras dan bersabar mengeram sesuatu sebelum mencernakan menjadi karya seni. Seniman adalah “petani seni” yang berfikir, di samping cepat tersentuh oleh sesuatu “angin peristiwa” atau “ribut pengalaman”.
TAKRIF PENYUNTINGAN MANUSKRIP
Menyemak
Menyusun semula
Melengkapkan
Membaiki/membetulkan
Memperkemas
Mengubah suai
Mengolah semula
Memperhalus
Lesen sastera ( poetic licence)
TUJUAN PENYUNTINGAN
Menyediakan karya yang sempurna
Memastikan isi atau fakta jelas dan tepat
Memastikan pengaliran idea disampaikan dalam bahasa yang indah dan menarik
Menjaga nilai estetika
Tidak menyalahi atau bercanggah dengan agama, undang-undang, etika, dan norma masyarakat.
Menjadikan persembahan buku dapat menggambarkan nilai dan identiti karya yang dapat menarik pembaca
Memastikan manuskrip itu menepati kehendak Gaya Dewan
PRINSIP PENYUNTINGAN
Tepat
Jelas
Padat
Mudah
Lancar
Adil
Selaras
Berseni dan indah
Mengikut format Gaya Dewan
Sensitiviti
Budaya
Hak cipta
ASPEK YANG PERLU DISUNTING Judul Isi Bahasa Gaya/Cara Persembahan Grafik/Ilustrasi
JENIS PENYUNTINGAN Penyuntingan Substantif Penyuntingan Kopi
PENYUNTINGAN SUBSTANTIF
Menyunting keseluruhan bahan untuk memastikan hasrat atau idea penulis dapat disampaikan setepat, sepadat dan sejelas yang mungkin kepada pembaca sasaran.
Penyuntingan substantif perlu dilakukan sebelum penyuntingan kopi.
KAEDAH/TEKNIK PENYUNTINGAN SUBSTANTIF Tumpuan kepada isi secara menyeluruh:
Bahasa
Susunan
Konsep
Kerangka
Keseimbangan Isi
Kesempurnaan Idea
Pengulangan
Ketidakselarasan dan Percangahan
Keizinan Hak Cipta dan Undang-undang
Pemotongan bab atau perenggan
Rombakan dan penyusunan semula struktur karya
Penjudulan
Hubungan tajuk dgn teks
Bab
Memastikan dan menentukan perkara utama dan kurang utama
PENYUNTINGAN KOPI
Penyuntingan yang melibatkan penyemakan pembacaan manuskrip dengan teliti, iaitu membaca perkataan demi perkataan, huruf demi huruf, ayat demi ayat, baris demi baris, perenggan demi perenggan bagi memastikan ketepatan fakta, keselarasan gaya, dan kebolehbacaan
Penyuntingan kopi dilakukan selepas penyuntingan substantif
KAEDAH/TEKNIK PENYUNTINGAN KOPI Perkara yg perlu diberikan tumpuan:
Fakta
Bahasa
diksi
tatabahasa
pembinaan ayat
pemerengganan
ejaan
istilah
Tanda baca
Singkatan dan simbol
Huruf besar dan huruf condong