1 Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa
Pengenalan
Perubahan dalam sistem penadbiran telah menyebabkan sultan dan pembesar kehilangan kuasa. British telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membeban dan menindasa rakyat sehingga membawa kepada tercetusnya kebangkitan menentang penjajah. Muncul tokoh-tokoh seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato’ Maharajalela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Antanum, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbung memimpin rakyat menentang penjajah.
Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah
Pendudukan Siam ke atas Kedah ditentang dengan hebat oleh rakyat Kedah di bawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin. Perang pembebasan Kedah turut dipimpin oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad. Perjuangan Sultan Ahmad Tajuddin disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama Syeikh Abdul Kadir. British telah bersubahat dengan Siam untuk menentang kebangkitan rakyat Kedah.
Peristiwa penentangan Kedah terhadap Siam
Pada tahun 1823, Tunku Abdullah bersama 3000 orang tentera menyerang Siam melalui Seberang Perai. Pada tahun 1831, Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka.British telah menghantar lima buah kapal perang mengepung Kedah menyebabkan bekalan makanan terputus dan dalam pertempuran ini Tengku Kudin terkorban. Pada tahun 1836, Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam melalui Bruas Perak, bagaimanapun British berjaya mengesan gerakan ini dan bertindak menangkap Sultan Ahmad Tajuddin. Pada tahun 1838, Tunku Muhammad Saad memimpin kebangkitan rakyat Kedah menentang Siam. Tentera Kedah telah berjaya menawan semula kawasan selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla.
Siam Berdamai dengan Kedah
Perjuangan hebat rakyat Kedah menentang Siam, menyebabkan akhirnya Siam berdamai dengan Kedah. Putera Sultan Kedah, putera Daei telah dihantar ke Bangkok untuk berunding dengan Siam. Pada tahun 1842, Siam bersetuju mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin, namun wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah.
1
Dol Said Pahlawan Naning 2
British memperoleh Melaka melalui Perjanjian Inggeris Belanda tahun 1824, mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka. Dakwaan British ditentang oleh Dato’ Dol Said dan rakyat Naning.
Daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka. Naning diketuai oleh Dato’ Naning Abdul Said yang lebih dikenali dengan Dol Said. Pusat pentadbiran Naning terletak di Taboh. Naning kaya dengan hasil buah-buahan, sirih, lada, pa di dan bijih timah.
Faktor Penentangan Dol Said di Naning Peraturan yang diperkenalkan oleh British menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. o Dol Said tidak dibenar mengendalikan kes-kes jenayah dan beliau diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi arahan British. o
Pada tahun 1830, British memaksa Naning membayar cukai satu persepuluh daripada hasil keluaran pertanian kepada British. Cukai tersebut dikenakan kerana mendapati hasil daerah Naning melebihi $4500 dolar sebulan.
Dol Said Menetang British
Pada tahun 1831, British telah mengisytihar Dol Said sebagai penderhaka. Seramai 150 orang sepoi di bawah pimpinan Kapten Wylie telah dihantar untuk menangkap Dol Said. Dol Said berjaya menewaskan askar British kerana menggunakan taktik perang gerila serta mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar. Yamtuan Muda Raja Ali turut menghantar tentera bantuan yang dipimpin oleh Syed Sha’aban British kemudiannya telah berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dan bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang naming. Pada bulan Mac 1832, Kolonel Herbert mengetuai pasukan menyerang Naning dan akhirnya berjaya menewaskan Dol Said. Taboh pusat pentadbiran naming ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar. Dol Said berundur ke Seri Menanti kemudian menyerah kepada British. Dol Said kemudiannya diberi pencen dan rumah di Melaka. Dalam pertempuran ini pihak British telah kerugian sebanyak 100 000 paun sterling untuk menampung perbelanjaan perang. Walaupun kebangkitan Naning gagal, namun ia telah berjaya menghidupkan semangat juang yang berterusan di kalangan bangsa Melayu. 2
3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup, Agi Ngelaban Pengenalan
Rentap memimpin masyarakat Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas menentang kuasa penjajah British di Sarawak. Nama asal Rentap Rentap ialah Libau Libau yang bermaksud bermaksud “penggonca “penggoncang ng dunia”.
Sebab Kebangkitan Rentap menentang keluarga Brooke
Kronologi penentangan Rentap
ii. Mengaanggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. iii. James Brooke membina kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi orang Iban iv. menghapuskan petempatan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap seba seba ai lanun lanun..
Pada tahun 1853, Rentap telah menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan berjaya membunuh seorang pegawai Brooke Allan Lee. James Brooke telah bertindak menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap. Pada tahun 1857, James Brooke telah menghantar Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok tetapi gagal. Pada tahun1858, Charles Brooke sekali lagi memimpin pasukannya menyerang Rentap, namun masih gagal menewaskan Rentap. Rentap mencabar Brooke dengan kata-kata semangat “ Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah” James Brooke kemudian mengetuai pasukannya menyerang Rentap dan akhirnya berjaya menawan kubu di Bukit Sadok. Rentap kemudiannya telah berundur ke Ulu Sungai Entabai untuk menyusun strategi. Namun, belum sempat meneruskan perjuangan, beliau telah meninggal dunia.
3
Sharif Masahor Wira Sarawak
o
o
Pengenalan Sharif Masahor merupakan pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang yang dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein Brunei. Sharif Masahor sangat berpengaruh di kalangan masyarakat masyarakat Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Skrang.
Sebab Kebangkitan Sharif Masahor menentang keluarga Brooke
i. Kewibawaan beliau tergugat apabila James Brooke mengambil alih pentadbiran Sungai Rajang daripada Sultan Brunei. ii. Sharif Masahor menentang tindakan Brooke membina kubu di Kanowit dan melantik Henry Steele sebagai wakil British.
4
Kronologi penentangan Sharif Masahor
Pada tahun 1855, Sharif Masahor memimpin 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke. James Brooke telah melucutkan jawatan Sharif Masahor sebagai pembesar di Sarikei, menyebabkan Sharif Masahor berasa marah. Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur Ghafur dari Kuching untuk mengusir keluar James Brooke dari Sarawak. Pada tahun 1859, Sharif Masahor menyerang kubu Brooke di Kanowit. Pada tahun 1860, Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghafur dan Temenggung Hashim dari Sadong menyerang Brooke di Kuching. Charles Brooke dengan bantuan Belanda Belanda telah menangkap Datu Patinggi Abdul Ghafur dan dipenjarakan di Betawi. Pertempuran sengit antara sharif Masahor dengan Charles Brooke di berlaku di Sungai Sadong menyebabkan kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan 64 orang pengikutnya terbunuh. Sharif Masahor berundur ke Mukah. Pada tahun 1861, Sultan Brunei dipaksa menyerahkan Mukah dan Sharif Masahor ditangkap kemudian dibuang ke Singapura. Walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya berjaya dipatahkan namun, gerakan menentang Brooke tetap diteruskan. Keluarga Brooke kemudiannya menghadapi tentangan Banting dan Penghulu Asun.
4
Dato’ Maharajalela Pejuang Kebanggaan Perak
5
Pengenalan Dato’ Maharaja Lela memimpin gerakan menentang British di Perak adalah Orang Besar Berlapan Perak dan menjadi penghulu di Pasir Salak. Perjanjian Pangkor telah menyebabkan Perak menerima J.W.W Birch sebagai Residen di Perak pada bulan November 1874. Perlantikan Birch sebagai Residen di Perak telah menyebabkan konflik berlaku antara J.W.W Birch dengan Sultan dan pembesar-pembesar di Perak yang membawa kepada tercetusnya kebangkitan di Pasir Salak. Sebab penentangan
Memperkenalkan cukai baru
Pembesar kehilangan hak memungut cukai
Sultan Abdullah telah dipaksa meyerahkan hak mengutip cukai kepada British. Sultan diugut akan dipecat sekiranya enggan menandatangani pengiystiharan hak mengutip cukai. Birch membakar rumah Raja Ngah kerana terus menjalankan kutipan cukai timah di Bidor.
Mencabar ketuanan Melayu
Birch dengan sesuka hati telah bertindak memperkenalkan beberapa cukai baru seperti cukai padi, perahu, atap, senjata dan bayaran permit untuk kegiatan membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar cukai sebanyak dua dolar sebagai cukai
Kemuncak kemarahan Sultan Abdullah berlaku apabila didesak menandatangani perjanjian pengisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Pengisytiharan tersebut menyebabkan kuasa mentadbir negeri diserahkan kepada Residen. Sehubungan itu, Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.
J.W.W Birch mencampuri urusan adat resam terutama soal hamba.
Birch telah mengharamkan amalan perhambaan menyebabkan Sultan dan pembesar marah. Birch ssecara sengaja telah membangkitkan kemarahan pembesar pembesar apabila menyimpan hambahamba perempuan di rumahnya.
5
Kronologi penentangan Dato’ Maharaja Lela
6 i.
Julai 1875, mesyuarat yang dihadiri oleh Sultan Abdullah, Dato’ Sagor, Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam dan Ngah Ibrahim di Durian Sebatang telah membuat keputusan menjatuhkan hukuman mati kepada Birch.
ii. Dato’ Maharajalela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sipuntum telah menawarkan diri untuk membunuh Birch dan menghalau British dari Perak. iii. Pada 2 November 1875, J.W.W Birch telah sampai di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan hak memungut cukai iv. Peluang ini telah diambil oleh Dato’ Maharaja Lela dan pengikut -pengikut untuk membunuh Birch di Pasir Salak.
v. British menghantar pasukan di ketuai oleh Kapten Innes menyerang Pasir Salak, namun pasukan British berjaya dikalahkan dan Kapten Innes terbunuh.
vi. Pihak British menghantar askar dari negeri-negeri Selat, India dan Hong Kong melancarkan serangan ke atas Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor telah ditewaskan oleh
vii. Setelah
dibicarak an an di mahkamah, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Seputum telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Sultan Ismail dan Panglima Semaun dibuang negeri ke Johor. Manakala Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Scychelles.
6
Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti
7
Pengenalan Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti yang terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol.. Sebab penentangan
YamTuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Sunga i Ujong menandatangani perjanjian dengan British yang mengugat kedaulatan Bangsa. Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.
Apabila Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya menyebabkan hubungannya dengan Yamtuan Antah meruncing. Yamtuan Antah membuat bantahan kerana Terachi adalah merupakan jajahan Seri Menanti.
P.J Murray, Residen Brtish di Sungai Ujong telah menghantar tentera dan juruukur, menyiasat pertiakaian tersebut. Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya meminta British menghentikan kerja-kerja mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah yang akhirnya mencetuskan pertempuran.
Kebangkitan Yamtuan Antah telah mendapat sokongan Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Pada peringkat awal penentangan, Yamtuan Antah telah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ. Bagaimanapun, pihak British telah berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan daripada tentera negeri-negeri Selat. Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus kemudiannya ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar Johor, Yamtuan Antah telah mengadakan rundingan dengan Sir William Jervois. Yamtuan Antah kemudian telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti, bagaimanapun memberi ruang kepada British untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh Negeri Sembilan.
7
Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang
Pengenalan Kebangkitan menentang British di Pahang dipelopori oleh Dato’ Bahaman. Dato’ Bahaman digelar Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kegagahan dan keberanian yang ditunjukkannya dalam perang saudara di Pahang dan Perang Kelang. Dato’ Bahaman dilantik sebagai pembesar Temerloh apabila Orang Kaya Indera Segara meninggal dunia. Perlaksanaan undang-undang British menyebabkan Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan kehilangan kuasa.
8
Kronologi Penentangan Dato Bahaman Sebab-sebab penentangan Dato’ Bahaman .
Dato’ Bahaman kehilangan hak mengutip cukai setelah British melantik E.A Wise sebagai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Beliau kemudiannya telah dilarang mengutip cukai.
Pembinaan balai polis di Lubuk Terua tanpa terlebih dahulu berunding dengan Dato’ Bahaman. Tindakan ini dianggap menceroboh serta mengancam kawasannya
British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Bahaman. Tindakan ini memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang.
16 Disember 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Dato’ Bahaman bertindak menyerang balai polis Lubuk Terua. 26 Disember 1891, British menyerang dan cuba menawan semula balai polis Lubuk Terua tetapi tidak berjaya dan meminta bantuan daripada Singapura. Pada Januari 1892, Pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Sultan Wan Ahmad mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong. Mac 1892, Dato’ Bahaman menawan semula Lubuk Terua dan perjuangan menjadi semakin sengit kerana Dato’ Bahaman mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada Mei 1892, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua menyebabkan pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Te rengganu. Di Terengganu, Ulama tersohor Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British. 14 Jun 1894, Dato’ Bahaman dan 100 pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Kelantan dan Teren anu.
8
Mat Salleh Menyanggah SBUB 9 Pengenalan
Kebangkitan terbesar dalam sejarah kebangkitan menentang Syarikat Borneo Utara British di Sabah dipimpin oleh Mat Salleh pembesar daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Mat Salleh keturunan Bajau dan Suluk mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian ber eran mas arakat tersebut.
Mat Salleh ke Sandakan untuk berunding dengan gabenor Beaufort C.V. Creagh tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan, tetapi beliau tidak dilayan. Syarikat Borneo Utara British tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh telah memperkenalkan cukai baru seperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lessen perahu yang membebankan rakyat
o
Sebab-sebab penentangan Mat Salleh
Berpunca daripada perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di Selatan Filipina. Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh kerana tersalah anggap tujuan kedatangan Mat Salleh dan menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.
Kronologi Penentangan Mat Salleh
Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya, pada bulan November menyerang Ambong. British tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh, membuat tawaran untuk berdamai dan memberi pengampunan kepada Mat Salleh. Mat Salleh telah dibenarkan mentadbir wilayah Tambunan. Bagaimanapun, British mungkir janji dan menyebabkan Mat Salleh berasa tertipu dan kemudian membina kubu di Kampung Teboh, Tambunan. SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran dan dalam pertempuran ini Mat Salleh dikatakan terbunuh pada 31 Januari 1900. Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Sator dan Kamunta.
9
Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar 10
Pengenalan Nama sebenar Antanum ialah Ontoros anak lelaki Antanom adalah k etua kaum Murut di Rundum. Dalam usia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya.
British melarang orang Murut membuka tanah baru menyebabkan mereka kekurangan beras.
Mengasingkan suami isteri kaum Murut. Mereka dikenakan bayaran sebanyak satu dolar bagi setiap kali pertemuan.Sekiranya mereka mempunyai dua orang anak, seorang akan diambil untuk dijadikan buruh paksa.
Kronologi Penentangan Antanom
Sebab penentangan Antanom terhadap Syarikat Borneo Utara British
Tindakan SBUB menceroboh hutan untuk membuat jalan dianggap mengganggu roh nenek moyang mereka. SBUB telah mengenakan pelbagai jenis cukai yang membebankan seperti cukai kepala, cukai tanaman pindah, cukai pokok kelapa untuk meminum tuak, cukai tangkapan ikan besar dan bayaran untuk memelihara anjing.
Menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa untuk membuat jalan di pedalaman dan memasang kawat tele graf antara
Antanom telah menyatukan orang Murut menyerang Pensingan dan membakar bangunan kerajaan pada bulan Februari 1915. Pada bulan Mac 1915, Antanom memimpin 600 orang Murut menyerang Rundum dan memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB. Kejayaan Antanom menewaskan SBUB telah menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikutnya semakin bertambah. Pada bulan April, SBUB menghantar 400 orang tentera untuk menyerang kubu Antanom menyebabkan 400 orang Murut terkorban mempertahankan Rundum. Kebangkitan ini dinamakan kebangkitan Rundum kerana berlaku di daerah Rundum. SBUB telah bertindak tegas terhadap pengikut Antanom. Seramai lapan orang orang kanan Antanom telah dibuang daerah ke Kudat, manakala yang lain telah dijadikan buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis ke Keningau. Orang Murut telah diminta bersumpah taat setia dengan SBUB bagi mengelakkan berlakunya kebangkitan menentang SBUB. Orang Murut telah berpindah ke kawasan pedalaman Kalimantan sebagai tanda bantahan kepada SBUB.
10
Tok Janggut Pejuang Jihad 11
Pengenalan Penentangan di Pasir Puteh dipimpin oleh Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas. Tok Janggut dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan dan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah. Tok Janggut tinggal di Kampung Nering, bekerja sebagai petani dan peniaga
Tok Janggut menentang pengenalan cukai baru yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
Sentimen anti-British meningkat akibat tindakan British menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Tok Janggut menyahut seraun Kerajaan Turki UTmaniyah supaya umat Islam di seluruh dunia menentang British.
Sebab penentangan Tok Janggut
Kesukaran membayar cukai kerana pejabat terletak di bandar. Penduduk yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Sikap biadap pegawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
Kronologi Penentangan Tok Janggut
Pengenalan cukai yang diperkenalkan oleh British membebankan rakyat. Petani dikenakan cukai kelapa berbuah dikenakan cukai tiga sen, pokok pinang satu sen, sirih lima sen sejunjung dan kerbau serta lembu 20 sen ekor.
Pada 28 April 1915, Pegawai Daerah Pasir Puteh, Encik Latiff telah menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal, sebaliknya Sarjan Che Wan dibunuh oleh Tok Janggut. Pada 29 April 1915, Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh dan berjaya menawannya. Mereka mengisytiharkan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah Pasir Puteh. Pada 9 Mei 1915, British telah menawarkan hadian kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan orang kanan beliau sama ada hidup atau mati. Pada 23 Mei 1915, British bertindak membakar rumah Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya kerana enggan menyerah diri. Tok Janggut membalas tindakan tersebut dengan menyerang Pasir Puteh. Pada 24 Mei 1915, British telah menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring. Tok Janggut terkorban dalam pertempuran tersebut dan mayatnya telah diarak keseluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di Padang Balai Besar, Kota Bharu dalam keadaan kepala ke bawah selama empat jam. Mayat beliau kemudiannya dikebumikan di Pasir Pekan.
11
Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani
Pengenalan Nama sebenar Haji Abdul Rahman Limbong ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid digelar Abdul Rahman Limbong kerana kerap ke Limbong mengajar agama.
Penguatkuasaan undang-undang kawalan binatang buas yang telah melarang penduduk memburu binatang liar. Sesiapa yang ingkar akan didenda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas. Faktor kebangkitan tani menentang British
12
Pengaruh pemimpin agama seperti Haji Abdul Rahman Limbong yang menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengusahakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan, manakala Haji Musa Abdul Ghani pula mendakwa peraturan British sebagai bertentangan dengan Syariah Islam.
Sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1924 mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran 2.50 ringgit setiap seorang.
Pada tahun 1921, British telah memperkenalkan peraturan tanah baru yang menghendaki petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam mendapatkan pas kebenaran dengan bayaran 50 sen. Sesiapa yang ingin menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun palas juga mesti mendapatkan pas kebenaran dengan bayaran 50 sen. Peraturan baru ini membebankan petani miskin.
12
Kronologi kebangkitan Tani di Terengganu pada tahun 1922-1928.
13
Pada Julai dan Ogos 1922, tanpa menghiraukan peraturan tanah yang telah ditetapkan oleh British, membersihkan tanah di Telemong tanpa mengambil pas kebenaran. British telah menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah. Haji Abdul Rahman Limbong telah bertindak menjadi peguam menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri. Kegagalan British mematahkan hujahnya menyebabkan mahkamah membebaskan mereka. Pada bulan Mei 1925, 300-500 petani berkumpul di Kuala Telemong membuka 200 ekar tanah kepunyaan Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III dan 400 ekar tanah kerajaan, dari Lubuk Batu ke Kampung Pelam kerana mengetahui British akan memberi konsesi kepada saudagar Cina. British mendesak Sultan Sulaiman bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong, namun Haji abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada Sultan bahawa pentadbiran British telah menindas rakyat di Kuala Berang. Pada 1928, British mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas petani yang enggan membayar cukai. Acaman ini menyebabkan 1000 orang petani berkumpul di Marang Kuala Berang dan Kuala Telemong, dan mengisytiharkan perang terhadap British. Di Kuala Berang petani telah berjaya menawan bangunan kerajaan dan balai polis serta mengibarkan bendera merah. Dengan bantuan tentera dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, British telah menyerang Padang Kacong menyebabkan 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin tani ditangkap termasuk Haji Abdul Rahman Limbong. Haji Abdul Rahman Limbung kemudiannya dibicarakan, beliau didapati bersalah dan dibuang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut serta mencetuskan kebangkitan.
Kesimpulan Demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan Negara, pejuang-pejuang tanah air bersama-sama rakyat tempatan berganding bahu menentang penajajah. British telah menggunakan tipu helah kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang melumpuhkan perjuangan mereka. Pejuang-pejuang tanah air dijatuhi hukuman mati, dibuang negara, dipenjara, harta benda mereka dirampas dan kampung mereka dalam memperjuangkan tanah air.
13