Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martabat Bangsa
Maksud Semangat Kebangsaan
Semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air. Semangat kebangsaan akan membawa kepada perjuangan membebaskan negara dari belenggu penjajahan untuk untuk membentuk negara yang merdeka dan berdaulat.
Perjuangan Soekarno memimpin Parti Nasional Indonesia untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda telah merangsang penduduk Tanah Melayu berjuang menentang penjajahan British.
Kebangkitan gerakan Islam di Timur Tengah disebabkan kuasa Barat telah memecahbelahkan dan menguasai kerajaan Turki Uthmaniyah telah mencetuskan Gerakan Pan Islamisme iaitu menyatukan dunia Islam menentang penjajahan Barat termasuk di Tanah Melayu. Penjajahan British di Mesir yang mencetuskan Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin alAfghani dan Syeikh Muhammad Abduh, turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Pengaruh ini disebarkan di Tanah Melayu oleh yang menuntut di Mesir setelah kembali ke tanah air.
Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan
Perjuangan Mahatma Gandhi India untuk membebaskan India daripada penjajahan British turut memberi Inspirasi kepada gerakan Kebangsaan di Tanah Melayu.
Kemajuan sistem perhubungan dan percetakan terutamanya surat khabar memudahkan penduduk Tanah Melayu mengikuti perkembangan kebangkitan nasionalisme di negara luar seterusnya menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu.
Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia dalam peperangan Rusia-Jepun 19041905, telah menyemarakan semangat Negara-negara Asia Tenggara lain untuk bangkit menentang penjajah.
Perjuangan Jose Rizal memimpin rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol juga mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina serta menuntut penjajah Sepanyol memberikan layanan yang adil kepada rakyat Filipina.
Kejayaan Dr. Sun Yat Sen memimpin Revolusi China menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah Republik China telah membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk untuk menentang British.
66
Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan
Semangat Kebangsaan di Tanah Melayu dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir.
Apabila kembali ke tanah air mereka telah me mulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Mereka dikenali sebagai Kaum Muda. Antara tokoh penting Kaum Muda ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi.
Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin
dilahirkan di Sumatera pada tahun 1869, mendapat pendidikan di Makkah dan Universiti al-Azhar Mesir dan pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak. Beliau bertanggung jawab menerbitkan majalah Al-Imam.
Haji Abbas bin Muhammad Taha
dilahirkan di Singapura pada tahun 1885 dan mendapat pendidikan di Makkah. Beliau pernah dilantik sebagai Kadi di Tanjung Pagar Singapura dan bertanggungjawab menerbitkan menerbitkan akhbar Neracha.
Golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar Mesir, terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani.
Syed Syeikh Ahmad al-Hadi
dilahirkan di Melaka pada tahun 1862, mendapat pendidikan agama di Te rengganu dan di Pulau Penyengat, Riau. Beliau kerap berkunjung ke Makkah Makkah dan Mesir serta mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh. Beliau bertanggungjawab menerbitkan akhbar al-Ikhwan dan Saudara
67
Kaum Muda menggunakan majalah Al-Imam untuk menyebarkan idea pembaharuan mereka. Al-Imam telah berjaya membangkitkan kesedaran orang Melayu akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka. Selepas Al-Imam diberhentikan penerbitannya pada tahun 1908, semangat dan cita-cita perjuangannya diteruskan diteruskan oleh akhbar Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara.
Membuang adat resam dan amalan karut yang boleh menghalang kemajuan.
Menyeru orang Melayu berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-hadis
Mendesak supaya kaum wanita turut diberikan pendidikan yang sempurna. Antara saranan AlImam
Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan.
Menasihati ibu bapa memberikan pendidikan yang sempurna sempurna kepada anakanak mereka. Mementingkan pengetahuan sejarah kerana dapat memberi pengajaran dan iktibar.
Kaum Muda menubuhkan beberapa madrasah untuk menyebarkan idea mereka seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas dan Madrasah II-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak. Idea pembaharuan Kaum Muda mendapat tentangan daripada Kaum Tua. Mereka telah menerbitkan akhbar Suara Benar dan Lidah Benar untuk menentang Idea Kaum Muda. Bagaimanapun, perkara yang menjadi pertelingkahan antara Kaum Muda dan Kaum Tua hanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam.
68
Golongan intelektual berpendidikan Melayu
Golongan intelektual berpendidikan Melayu adalah merupakan golongan pelajar lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Mereka terdiri daripada guru-guru Melayu yang memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat berganding bahu dengan golongan cerdik pandai Islam menyumbangkan tenaga dan fikiran bagi memajukan orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Usaha yang dijalankan telah membangkitkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Antara tokoh-tokoh nasionalis tersebut ialah Harun Aminnurrashid, Ibrahim Haji Yaakob dan Abdul Hadi Hassan
Intelektual Mematangkan Perjuangan
Golongan intelektual berpendidikan Inggeris
Golongan intelektual berpendidikan Inggeris turut memperjuangkan kesedaran kebangsaan. Mereka menggunakan peluang dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan pendidikan dan pentadbiran. Mereka telah menubuhkan persatuan dan menggunakan bidang penulisan untuk untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Raja Chulan, Mohammad Eunos Abdullah, Dato’ Onn Jaafar dan Ishak Haji Muhammad.
69
Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena
Peranan Akhbar dan Majalah Melayu
Akhbar dan majalah telah dijadikan sebagai alat untuk melahirkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat. Melalui media ini, idea tentang perjuangan dapat disalurkan kepada semua lapisan masyarakat.
Akhbar-akhbar Melayu telah mula menyuarakan isu yang berkaitan dengan aspek social serta kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu. Akhbar-akhbar ini berjaya membangkit semangat kebangsaan dan merintis kepada penubuhan persatuan untuk merintis pergerakan yang lebih tersusun. Pada tahun 1930-an, antara akhbar yang berpengaruh ialah Warta Malaya, Majlis dan Utusan Mela yu.
Peranan akhbar dalam memba ngkitkan semangat kebangsaan :-
Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu.
Akhbar Warta Malaya diterbitkan di Singapura. Pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar. Akhbar Warta Malaya banyak menyiarkan persoalan mengenai keadaan sosioekonomi orang Melayu. Akhbar ini juga menuntut supaya lebih ramai orang Mela yu diberikan jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan.
Menyeru supaya orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian mereka.
Menuntut kedudukan yang lebih baik bagi orang Melayu dalam bidang ekonomi, pentadbiran dan pendidikan.
Akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia Kedua
Akhbar Majlis telah diterbitkan di Kuala Lumpur dan pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai. Ahbar Majlis dengan beraninya telah mendedahkan kepincangan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu.
Akhbar Utusan Melayu diterbitkan di Singapura dan pengarang pertamanya ialah Abdul Rahim Kajai. Utusan Melayu meminta supaya orang Melayu meingkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan untuk memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air.
70
Kegiatan persuratkhabaran di kalangan orang Cina dan orang India
Msyarakat Cina menerbitkan Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News.
Masyarakat India pula menerbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu.
Akhbar Cina dan India banyak memberi laporan tentang kegiatan sosial dan ekonomi kaum mereka di Tanah Melayu serta menyiarkan peristiwa yang berlaku di Negara China dan India. Terdapat juga di kalangan orang India dan Cina menerbitkan akhbar berbahasa Melayu. akhbarakhbar ini diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan dan Cina Peranakan.
Masyarakat Cina Peranakan telah menerbitkan akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pranakan.
Masyarakat Jawi Peranakan menerbitkan akhbar Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri.
Akhbar-akhbar ini memuatkan berita hal ehwal masyarakat mereka dan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negeri.
71
Kesedaran kebangsaan melalui penulisan kreatif
Semangat kebangsaan juga dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen. Golongan nasionalis seperti guru, penulis dan wartawan menjadikan karya kreatif sebagai saluran untuk menyuarakan perjuangan mereka.
Puisi bertujuan menyuburkan perasaan cinta kepada bangsa dan Negara, menyeru merebut peluang ekonomi dan mempertahankan maruah bangsa.
Antara puisi yang membawa tema sema ngat kebangsaan ialah:i.
Tenaga Kaumku, Rayuan Bangsa Mu, Mempertahankan Hak Kita, Perwira Melayu oleh Harun Aminurrashid ii. Serunai Pujangga, Kapal Tiada Nakhoda, Hari Kejatuhan Kita oleh Abdul Samad Ahmad iii. Dunia yang Fana dan Di Lautan Seberang Muhammad Yusuf Harun iv. Bangkitlah (Omar Mustaffa), Seruan Kebangsaan (Melati Pahang), Sedarlah (Mahmud Ahmadi) dan Di Tengah Segara (Muhammad Yasin Maamor)
Cerpen dan novel juga telah digunakan untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan Mayarakat. Karya-karya cerpen dan novel membawakan tema semangat perjuangan, nasib bangsa, semangat cinta tanah air.
Antara cerpen yang dihasilkan ialah:Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai ii. Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Muhammad iii. Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta oleh Shamsuddin Salleh.
Antara novel yang membangkitkan kesedaran kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua:
i.
i.
Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi ii. Iakah Salmah oleh Ahmad Rashid Talu iii. Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid iv. Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad v. Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek vi. Malati Kota Bharu oleh Abdul Kadir Adabi.
72
Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan
Dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan, pertubuhan turut memainkan peranan penting. Pada peringkat awal pertubuhan kebangsaan lebih bersifat kenegerian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi dan social. Bagaimanapun pertubuhan ini mendorong kepada pembentukan pertubuhan yang bersifat kebangsaan dan telah memperkukuhkan kesedaran kebangsaan di negara kita.
Kemunculan pertubuhan Melayu
Akhbar dan golongan wartawan telah menimbulkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu sehingga membawa kepada penubuhan pertubuhan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.
Kesatuan Melayu Singapura telah ditubuhkan pada tahun 1926 dan diasaskan oleh Muhammad Eunos bin Abdullah. Kesatuan ini dia nggotai oleh golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga. Tujuan penubuhan Kesatuan Melayu singapura ialah i.
Menggalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam bidang politik dan pentadbiran. pentadbiran. ii. Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan iii. Menjadi wakil orang Melayu untuk berurusan dengan British.
Menjelang akhir tahun 1930-an, lebih banyak pertubuhan Melayu yang bersifat bersifat kenegrian ditubuhkan seperti Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pulau Pinang dan dan Persatuan Melayu Kelantan.
Persatuan-persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat Melayu. Pertubuhan ini dianggotai oleh golongan cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan keraj aan British. Perjuangan mereka agak sederhana, namun pada masa yang sa ma mendesak supaya British memberikan peluang yang lebih kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan. Pada tahun 1939, Kesatuan Melayu Singapura bekerjasama dengan Persatuan Melayu Selangor telah menganjurkan Kongres Melayu SeTanah Melayu yang pertama di Kuala Lumpur. Tujuan kongres ini diadakan adalah untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu. Kongres ini dianggap berjaya kerana dapat menghimpunkan wakil daripada semua persatuan Melayu untuk membincangkan kemajuan bangsa Melayu. Kongres Melayu kedua telah diadakan di Singapura pada tahun 1940 dan berjaya menarik lebih banyak persatuan Melayu termasuk dari Sarawak dan Brunei. Kongres kedua menyarankan persatuan Melayu berkerja keras untuk memajukan orang Melayu di negeri masing-masing. Kongres Melayu yang ketiga dijangkakan akan diadakan tidak dapat dilaksanakan kerana Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.
73
8.1.2 8.1.1
1. 1. 2. 3.
4.
5.
6. 7.
Kesatuan Melayu Muda
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) Ditubuhkan pada tahun 1934, dikendalikan oleh akhbar saudara dan dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. Abidin. Akhbar Saudara menyediakan runagan untuk ahli-ahlinya menulis dan mengemukakan pendapat. Cogan kata PASPAM ialah “Hidup Bahasa Hidup Bangsa” sentiasa menggalakkan ahli dari Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah bertukar-tukar pendapat supaya dapat meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan di kalangan ahli. PASPAM sering menganjurkan persidangan di peringkat kebangsaan. Pada tahun 1934, PASPAM telah mengadakan persidangan peringkat kebangsaan yang pertama di Taiping, Perak. Melalui persidangan ini, semangat kenegerian telah berjaya dipecahkan dan konsep kebangsaan kebangsaan Melayu mula terbentuk. Seterusnya persidangan telah diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan Seremban. Walaupun kegiatan PASPAM berkisar tentang bahasa dan kesusasteraan tetapi di dalamnya tersirat cita-cita politik yang membawa kepada kesedaran perpaduan Melayu.
2.
3. 4. 5.
6. 7.
8.
9.
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada tahun 1938 di Kuala Lumpur. KMM adalah merupakan pertubuhan pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu, dipimpin oleh Ishak Hj. Muhammad. Tujuan KMM ditubuhkan adalah untuk menggalakkan perpaduan di kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung dan mempertahankan hak mereka. KMM juga bercita-cita me nyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya. Kebanyakan pemimpin KMM terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Perjuangan KMM dianggap radikal kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British dan menyuarakan penentangan secara terbuka terbuka terhadap British. Pada akhir 1940, Ibrahim Yaakob telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British di Tanah Melayu. Akhbar Warta Malaya tela h digunakan untuk dijadikan alat untuk membangkitkan perasaan anti-British dan me mperjuangkan idealisme perjuangan KMM. British bimbang dengan pergerakan KMM. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1941, Ibrahim Yaakob bersama-sama lebih kurang 150 orang ditangkap dan dipenjarakan di Changi, Singapura. Mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun tetapi KMM telah diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942.
74
Pertubuhan Orang Cina dan Orang India
Sebelum Perang Dunia Kedua, , orang India dan Cina di Tanah Melayu lebih menumpukan kepada perkembangan yang berlaku di Negara asal mereka.
Persatuan Orang Cina
Pada awal abad ke-20, terdapat pertubuhan Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang yang menumpukan perhatian kepada Negara China. Bagaimanapun terdapat orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan. Mereka terdiri daripada orang Cina yang dilahirkan sama ada di negerinegeri Selat ataupun Cina Peranakan yang menjadi warganegara British. Pada tahun1900, orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah telah menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan British bagi melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat. Persatuan ini menggalakkan orang Cina Peranakan mendapatkan pendidikan tinggi dan dan teknikal. Mereka juga menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan British. Tan Cheng Lock adalah merupakan tokoh daripada golongan ini yang memainkan peranan penting dalam politik Tanah Melayu.
Pertubuhan Orang India
Orang India juga terpengaruh dengan gerakan politik di Negara asal Mereka juga menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan British. Sebelum Perang Dunia Kedua, Orang India juga terpengaruh dengan gerakan politik di negara asal mereka sehingga membawa kepada penubuhan penubuhan persatuan bagi melindungi kepentingan kepentingan orang India di Tanah Melayu. Pada peringkat awal, golongan cerdik pandai India yang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan India di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Taiping, Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Seremban. Persatuan ini menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan politik yang menyatukan orang India di Tanah Melayu. Pada tahun 1936, A.M. Soosay telah menubuhkan Persatuan India Pusat Tanah Melayu. Persatuan ini merupakan gabungan 12 buah pertubuhan India dan empat dewan perniagaan India yang bertujuan memperjuangkan memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu.
Kesimpulan Semangat kebangsaan telah melahirkan golongan pejuang yang bersemangat patriotic untuk membela nasib bangsa dan negara. Gerakan kebangsaan ini muncul disebabkan oleh dasar penjajahan British yang menyebabkan penduduk tempatan serba kekurangan dalam semua bidang. Walaupun sebelum Perang Dunia Kedua, gerakan kebangsaan orang Cina dan India lebih tertumpu di negara asal mereka, namun selepas Perang Dunia Kedua, gerakan kebangsaan menjadi mantap apabila semua kaum bersatu padu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.
75
76