BML 3113 – SEJARAH BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM, PERAK. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) NAMA PELAJAR : ZURAIDA BINTI ARIFF NO. MATRIK UPSI :D20102046811 KUMPULAN KULIAH: UPSI 17 NO. TELEFON : 012-5606875
NAMA PENSYARAH E-LEANING : EN. RAZALI BIN AYOB TARIKH AKHIR PENYERAHAN TUGASAN : 11 NOVEMBER 2012
1
ISI KANDUNGAN BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
Muka depan
1
2
Isi Kandungan
2
3
Penghargaan
3
4
Tajuk Tugasan 1 (a)
3
5
Pengenalan
4
6
Suku Bugis di Malaysia
7
Sejarah Awal Bugis menurut La Galigo
7
8
Sejarah Awal Bugis menurut keturunan Raja Haji
8
9
Sejarah Bugis Di Tanah Melayu
10
Ulama terkenal yang berketurunan Bugis
10
11
Bibliografi 1 (a)
11
12
Tajuk tugasan 1 (b)
12
13
Pengenalan
12
14
Sejarah bahasa Pertuturan Orang
5-7
9-10
13-14
(a) Contoh Perkataan Bahasa Bugis (b) Pepatah Bahasa Bugis 15
Kuih muih dan Makanan Orang Bugis
14-15
16
Majlis Perkahwinan Orang Bugis
16-17
17
Alat Muzik orang Bugis
18-19
18
Seni Tari Orang Bugis
19-20
19
Rumah Orang Bugis
20-21
20
Pakaian dan Permainan Orang Bugis
21
17
Kesimpulan
22
18
Bibliografi
23
2
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Razali bin Ayob Pensyarah bagi subjek BML 3113 Sejarah Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih. Wassalam.
ESEI ILMIAH:
TUGASAN INDIVIDU 1(a): MARKAH: 20%
Buat satu kajian mengenai suku bangsa atau etnik anda dan hubungannya dengan rumpun bahasa Melayu.
3
PENGENALAN Nama saya ialah Zuraida binti Ariff. Saya dilahirkan di Kedah dan berasal dari Pontian, Johor. Ayah saya bernama Ariff bin Nordin. Beliau berasal dari Kayu Ara Pasung, Pontian, Johor dan berketurunan Bugis. Manakala ibu saya pula bernama Che Siah binti Hameed. Beliau berasal dari Patani dan berketurunan Melayu Patani. Oleh sebab keluarga saya menggunakan bahasa Melayu dalam hubungan kekeluargaan, menyebabkan bahasa Bugis tidak dapat dikuasai dengan baik oleh saya dan adik-beradik yang lain. Datuk saya Nordin bin Yusof berasal dari Kepulauan Sumatera, Indonesia. Menurut cerita dari datuk saudara saya iaitu Samardin bin Yusof bahawa datuk saya seorang yang begitu tegas semasa hayatnya. Beliau merantau ke Tanah Melayu semasa muda dan menetap Kayu Ara Pasung, Pontian, Johor . Di situ, datuk bertemu jodoh dengan isterinya iaitu Asiah bt Hj Yaakob seorang berketurunan Melayu Patani. Datuk seorang yang alim dalam ilmu agama. Menyentuh berkenaan perihal bapa saya pula, beliau telah merantau sehingga ke Melaka dan bekerja sebagai tentera pada waktu itu. Beliau juga telah menetap di Melaka dan berhijrah ke Kedah dan berhenti sebagai tentera dan meneruskan pekerjaan sebagai pesawah.Beliau telah menetap di Alor Setar, Kedah. Semasa hayatnya selain bekerja sebagai pesawah, Beliau juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah jenis Kebangsaan Cina Pumpong. Berbalik kepada asal-usul kaum Bugis, di sini saya cuba kemukakan tentang suku kaum Bugis yang ada kaitannya dengan bahasa dan rumpun Melayu. Sesungguhnya bahasa Bugis adalah cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu.
Rumah masyarakat Bugis
4
SUKU BUGIS DI MALAYSIA Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan. Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor. Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas. Pihak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama. Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau. Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi. Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 17221760) yang dilantik
sebagai
Yamtuan
Muda
II
Riau 1730an.
Kemudian
anak
Daeng
Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).
5
Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang. Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau. Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745. Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur
dengan
suku
lain
di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung
Malaysia,
Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan. Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh british bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni(digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan inggeris.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam. Tidak seperti bahagian Asia Tenggara yang lain, Bugis tidak banyak menerima pengaruh India di dalam kebudayaan mereka. Satu-satunya pengaruh India yang jelas ialah tulisan Lontara yang berdasarkan skrip Brahmi,yang berkembang melalui arus perdagangan. Kekurangan pengaruh India, tidak seperti di Jawa dan Sumatra, mungkin disebabkan oleh komuniti awal ketika itu kuat menentang asimilasi budaya luar. Permulaan sejarah Bugis lebih kepada mitos dari sejarah lojik. Di dalam teks La Galigo, populasi awal adalah terdapat di pesisir pantai dan tebing sungai dan dan menempati wilayah wilayah yand dekat dengan pusat perairan. Penempatan di tanah tinggi pula didiami oleh orang Toraja. Penempatan-penempatan ini bergantung kepada salah satu daripada tiga pemerintahan yaitu Wewang Nriwuk, Luwu‟ dan Tompoktikka. Walau bagaimanapun, pada abad ke 15, terdapat kemungkinan penempatan
6
awal tersebar di seluruh Tana Ugi, malahan jauh ketengah hutan dimana tidak dapat dihubungi melalui pengangkutan air. Mengikut mitos, terdapat migrasi yang ingin mencari tanah baru untuk didiami. Implikasi penempatan ditengah-tengah hutan ini ialah perubahan fizikal hutan, dimana
hutan-hutan
ditebang
dan
proses
diteruskan
sehingga
abad
ke
20.
Suku Bugis adalah suku yang tergolong ke dalam suku suku Deutero-Melayu, atau Melayu muda. Masuk ke Nusantara setelah gelombang migrasi pertama dari daratan Asia tepatnya Yunan. Kata „Bugis‟ berasal dari kata To Ugi, yang berarti orang Bugis. Penamaan “ugi” merujuk pada raja pertama kerajaan Cina (bukan negara Tiongkok, tapi yang terdapat di jazirah Sulawesi Selatan tepatnya Kecamatan Pammana Kabupaten Wajo saat ini) yaitu La Sattumpugi. Ketika rakyat La Sattumpugi menamakan dirinya, maka mereka merujuk pada raja mereka. Mereka menjuluki dirinya sebagai To Ugi atau orang-orang/pengikut dari La Sattumpugi. La Sattumpugi adalah ayah dari We Cudai dan bersaudara dengan Batara Lattu, ayahanda dari Sawerigading. Sawerigading sendiri adalah suami dari We Cudai dan melahirkan beberapa anak termasuk La Galigo yang membuat karya sastra terbesar didunia dengan jumlah kurang lebih 9000 halaman folio. Sawerigading Opunna Ware (Yang dipertuan di ware) adalah kisah yang tertuang dalam karya sastra I La Galigo dalam tradisi masyarakat Bugis. Kisah Sawerigading juga dikenal dalam tradisi masyarakat Luwuk Banggai, Kaili, Gorontalo dan beberapa tradisi lain di Sulawesi seperti Buton.
Sejarah Awal Bugis menurut La Galigo Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk
mendapat
kedudukan
istimewa
kerana
ia
dianggap
sebagai
ketua
Bugis.
Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.
7
Sejarah Awal Bugis menurut keturunan Raja Haji Menurut kitab Tuhfat al-Nafis bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. Kononnya, salah satu cicitnya bernama Siti Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa TuToraja di tanah Sulawesi. Mereka mendapatkan bekalan logam/bijih besi. Pelabuhan itu sehingga kini dipanggil Melangkae sempena nama permaisuri sheba / kerajaan saba' tersebut. Maka selain berdagang berlaku juga perkahwinan campur sehingga muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makkasar, Wajoa, Bone, Andrika, Mandar dan Ugi lain-lain. Permaisuri Sheba telah mengamanahkan payung merah sebagai pengiktirafan kerajaan berdaulat agar dipelihara kerukunan pelbagai suku kaum di sana dengan tertubuhnya kerajaan purba Luwuk. Sehinggalah diteruskan kerajaan Makasar (Gowa) Namun begitu, pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka(1696) dengan bantuan VOC Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan Makasar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku La Galigo untuk menghalalkan tindakannya menjatuhkan kerajaan Gowa pimpinan Sultan Hassanuddin(1670). Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda. Maka tidak hairanlah banyak pengaruh bahasa arab Yaman terutama dalam bahasa dan tulisan Makasar (hampir menyerupai tulisan lama di runtuhan empangan Ma'arib) yang terdedah pada perdagangan jarak jauh dan perhubungan dengan bangsa luar. Semua ini dapat dilihat dengan jelas sebagai misal pengaruh bahasa; "Teyai bura‟ne punna tena ammallaki badik" erti: Bukan lelaki jika tak memiliki badik Perhatikan perkataan "ammallaki" adalah bunyi asal perkataan "malik" perkataan arab Yaman manakala budaya lelaki membawa senjata pendek adalah juga budaya bangsa Yaman dipanggil jambia. berbeza dengan bahasa To Ugi; Taniya ugi narekko de‟na punnai kawali erti: Bukan Ugi jika tak punyai Kawali.(juga menyerupai bentuk badik)
Sejarah Bugis Di Tanah Melayu Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara
langsung
atau
tidak
langsung
di
8
dalam politik dan
perbalahan
negeri-
negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah
Melayu.
Malah,Raja
Ali,
anak
Daeng
Chelak,
Raja
Lumu,
dinobatkan
sebagai Sultan Selangor pertama. Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah,Sarawak. Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam. Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.
RAJA KECIL Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) yang memerintah Johor Riau-Lingga sabagai Sultan Ke-12, mendirikan pusat pemerintahan di Siak, Sumatera pada tahun 1718. Maka, Sultan Sulaiman I, Sultan Johor-Riau-Lingga ke-13 yang berketurunan Wangsa Bendahara, menggunakan orang-orang Bugis dari Luwok, Makassar kecil, yang berkampung di Kelang untuk mendapat balik kerajaan Johor-Riau-Lingga dari Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Sebaik sahaja orang Bugis menerima persetujuan dari Sultan Sulaiman I, angkatan Bugis Luwok terus datang dengan tujuh buah kapal menuju ke pusat kerajaan Johor-Riau di Riau untuk menyerang. Kerajaan Johor-Riau kalah di dalam peperangan ini dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai upahan, Sultan Sulaiman I bersetuju untuk melantik seorang Bugis Luwok menjadi Yamtuan Muda Riau di Riau, bagi mempertahankan agama dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga diserang dari luar dan dalam. Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai
9
Yamtuan Muda Riau pertama dari Sapuloh. Kemudian adik perempuannya, Tengku Tengah, pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana suaminya telah mangkat di Kedah semasa menyerang raja kerajaan Johor-Riau Sultan A Jalil Rahmat Raja Kecil Shah disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak (1722-1760). Dalam tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak mengacau ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itu, Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.
ULAMA TERKENAL YANG BERKETURUNAN BANJAR Nama lengkap Haji Muhammad Said bin Haji Muhammad Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris adalah anak kepada Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin „Amaluddin bin Awaluddin @ Dato‟ Awal bin Faqih @ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kota ilmu Makkah kerana menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini adalah kerana isteri Khatib Musa yang bernama Zalikha adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau. Manakala Dato‟ Awaluddin pula disebut -sebut sebagai peneroka daerah Linggi(1783) di Negeri Sembilan. Satu sumber lain mengatakan nasab sebalah datuk bapanya sampai ke Saidina Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a.w. Dikatakan demikian kerana suami Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mu‟min Linggi bin Syeikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut. Ulama seterusnya ialah Tuan Guru Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim. Diriwayatkan bahawa beliau adalah keturunan Bugis. Tetapi jika diperhatikan nama ayahnya Haji Senik, menurut lazimnya nama Senik digunakan oleh masyarakat di Patani dan tidak pernah digunakan oleh orang Bugis. Namun, dengan pasti dapat diketahui bahawa Haji Senik mahupun ayahnya Haji Ibrahim meninggal dunia di Kampung Gaung Pendik, Kelantan.
10
Sedangkan yang bernama Haji Salim pula meninggal dunia di Singapura. Tahun kelahiran Haji Utsman belum diketahui dengan pasti. Beliau meninggal dunia di Kampung Ketapang, Pahang pada 12 Ramadan 1336 Hijrah/21 Jun 1918 Masihi)
BIBLIOGRAFI Andi Ima Kesuma. 2004. Migrasi dan Orang Bugis. Yogyakarta: penerbit Ombak.
Halimah Hj Omar. 1980. “Orang-Orang Bugis di Pontian: Kajian dari Segi Kegiatan di dalam bidang politik, social dan ekonomi antara tahun 1900- 1967”, B.A. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maeda Nariifumi. 1998. “The Bugis in Johor”. CSEAS. Kyoto.
Pelras C. “Orang-Orang Bugis ternama dan berpengaruh”.t.t,t.p
Pelras, C. 1991. “Penghijrahan dan Penyesuaian Orang-Orang Bugis di Johor: Suatu Proses Perubahan Budaya”. T.pen.
Suraya Sintang. 2007. Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah . University Malaysia Sabah.
11
ESEI ILMIAH: TUGASAN INDIVIDU 1(b): MARKAH: 30% Berdasarkan kajian anda terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji, beri contoh-contoh ayat atau apa sahaja yang sesuai untuk membuktikan hubungan kekerabatan bahasa.
PENGENALAN Menurut Darwis Harahap (1992), bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (Alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih berdasarkan kepada beberapa faktor terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zamanberzaman. Melalui sejarah, penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatera, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah. Salah satu etnik daripada rumpun Melayu adalah etnik Bugis yang cukup terkenal dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Hindu sebelum kedatangan agama Islam di Alam Melayu. Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah, anak
Daeng
Chelak,
Raja
Lumu,
dinobatkan
sebagai
Sultan
Selangor
pertama.
Untuk mengkaji bahasa Bugis dengan lebih terperinci, pengkaji telah membuat kajian terhadap En. Hussien bin Daud iaitu seorang penghulu di Kampung Belokok, Pontian, Johor dimana hampir semua penduduknya berbangsa Bugis dan bertutur dalam bahasa Bugis.
12
Konsep Bugis Menurut Chambers dan Trudgill (1980), bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek yang bersaling berkaitan antara satu sama lain. Bahasa Bugis juga dikenali sebagai bahasa Bugis, Basa Ugi atau Ugi. Bahasa ini adalah bahasa yang digunakan etnik Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia dan dijadikan bahasa rasmi di sana. Menurut Wikipedia Indonesia. Bahasa ini tersebar meluas di sekitar Sulawesi Selatan dan sekitarnya iaitu Maros, Pangkep, Barru, Pinrang, Enrekang, Majene, Luwu, Bone, Sinjai, Bulukumba, dan Bantaeng. Penuturnya berjumlah 4 juta orang yang kebanyakannya terdapat di Sulawesi Selatan dan Malaysia iaitu di Selatan Negeri Johor. Menurut Dr Ir Rhiza S. Sadjad (2005), pensyarah falsafah Unversitas (universiti) Hasanuddin Makassar di Indonesia dalam program pascasarjana menyatakan bahawa bahasa Bugis bukan ciptaan atau buatan orang Bugis. Bahasa Bugis sebenarnya berasal dari rumpun Austronesia iaitu Melayu-Polinesia Barat. Masyarakat Bugis memiliki penulisan tradisional memakai aksara Lontara. Lontara ialah aksara asli yang digunakan oleh masyarakat Bugis-Makassar. Aksara asli ini bukan asimilasi atau belum lagi menerima pengaruh budaya dan unsur luar, termasuk India iaitu bahasa Sanskrit dan Islam iaitu tulisan Jawi. Menurut budayawan Prof Mattulada (alm) bentuk aksara lontara berasal dari "sulapa eppa wala suji". Wala suji berasal dari kata wala = pemisah/pagar/penjaga dan suji = putri. Wala Suji adalah sejenis pagar bambu dalam acara ritual yang berbentuk belah ketupat. Sulapa eppa (empat sisi) adalah bentuk mistis kepercayaan Bugis-Makassar klasik yang menyimbolkan susunan semesta, api-air-angin-tanah. Newton (1972), menyatakan kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi sejarah keatas satu bahasa yang asalnya seragam. Tambahnya, faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahasa adalah faktor geografi dan waktu. Menurut Gorys Keraf (1984:37), perubahan bunyi fonem terjadi secara teratur. Keteraturan perubahan ini memberi kemungkinan kepada pengkaji untuk menemukan korespondensi fonemis antara kerabat-kerabat bahasanya. Kekerabatan pada kelompok bahasa Austronesia dapat dilihat daripada kesamaan dari segi pembentukan kata-kata
SEJARAH BAHASA PERTUTURAN ORANG BUGIS
13
Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Bugis, Basa Ugi atau Ugi) dipertuturkan oleh etnik Bugis iaitu seramai 4 juta di Indonesia (terutamanya Sulawesi Selatan) dan Malaysia. Bahasa Bugis
tergolong
dalam
keluarga bahasa
Austronesia.
Bahasa
Bugis
ditulis
menggunakan konsonan Lontara, berdasarkan konsonan Brahmi dan hari ini, ia turut ditulis dalam tulisan Rumi.
Contoh Perkataan Bahasa Bugis Dan Maksudnya Dalam Bahasa Melayu. Bil
Bahasa Melayu
Bahasa Bugis
1
Makan
Manré
2
Mandi
Cemmé
3
Tidur
Tinro
4
Matahari
Esso
5
Bulan
Uleng
6
Lelaki
Anaburané
7
Perempuan
Anadara
8
Besar
Loppo
9
Kecil
Kereni
10
Sedikit
Céddé
11
Banyak
Maéga
12
Suka
Puji
13
Ya
Iye
14
Tidak
De
15
Bukan
Tania
Contoh Ayat Bahasa Bugis Dan Maksudnya Dalam Bahasa Melayu. BIL
BAHASA BUGIS
BAHASA STANDARD
1
Aga kareba / gareba ?
Apa khabar?
2
Niga asen(g)mu?
Apa nama kamu?
14
3
ajak talupai sumpajang!
4
We
de
de...
peddi'
Jangan kamu lupa sembahyang! na
limakku, Aduh, sakitnya tanganku, lepaskan!
leppessangngi. 5
Melok manre aga
Nak makan apa?
6
Laoka‟ sikolangnge
Saya pergi ke sekolah
7
Meloka‟ manre
Saya mahu makan
8
Menontongnga‟ televisi
Saya menonton televisyen
9
Melokkak manre nanre sibawa bale
Saya nak makan nasi dengan ikan
10
Tettek siaga makukue?
Pukul berapa sekarang?
11
Melo' jokka figi
Hendah pergi kemana?
PEPATAH BUGIS BAHASA BUGIS
BAHASA STANDARD
“ Kualliange Tallanga Natowalia”
Sekali layar berkembang pantang biduk surut ke pantai.
Pada idi pada elok,sipatuo si patongkok
Sehidup semati
Mappada manuk-manuk na lupai sarang na
Lupa daratan
KUIH-MUIH DAN MAKANAN TRADISIONAL ETNIK BUGIS Suku kaum Bugis kaya dengan makanan tradisionalnya yang tersendiri. Kuih-muih dan makanan tradisional masyarakat Bugis, diantaranya ialah:i ) Tape
Orang Bugis Makassar menyebutnya tape saja, sementara orang Jawa biasa menyebutnya tape ketan hitam karena di beberapa tempat di Jawa, tape berarti singkong yang diragi. Di Makassar, singkong yang diragi itu disebut poteng. Tape ketan hitam atau yang selanjutnya disebut tape sahaja adalah salah satu makanan khas lebaran bagi orang-orang Bugis. Sebenarnya makanan yang rasanya manis ini tidak lengkap sekiranya tanpa tape.
Di Sulawesi Selatan tape juga lebih identik dengan suku Bugis meski di beberapa tempat di Makassar kadang kala ada juga yang menyajikan tape di hari raya. Beberapa kabupaten yang dihuni warga bersuku Bugis seperti Barru, Pare-Pare, Pinrang, Sidrap, Soppeng, Sengkang dan Bone dikenal sebagai produsen tape terbaik di Sulawesi
15
Selatan.
Tape sebagian besar berbahan beras hitam namun kadang ada juga yang bahannya dari beras putih. Awalnya beras hitam itu dikukus dalam dandang. Setelah matang kemudian dibentuk seperti bola-bola kecil dengan tangan kemudian diangin-anginkan. Biasanya proses ini dilakukan di atas alas daun pisang. Setelah dirasa cukup bahan tape yang sudah jadi ini ditaburi ragi dan dibiarkan selama beberapa hari hingga proses peragian dirasa sempurna. Proses ini bisa memakan waktu 2-3 hari.
i ) Buras
Buras, sejenis makanan tradisi hari raya bagi orang Bugis, rupanya menyerupai lemang. Cuma ia tidak dibuat dengan buluh. Berbalut daun pisang dan berbuntuk bulat dengan isinya nasi pulut, ia lebih enak dicecah dengan daging rendang. Dari luar ia kelihatan panjang, namun ia sebenarnya dibuat berkatan-katan dan boleh dimakan mengikut kemampuan.
MAJLIS PERKAHWINAN ORANG BUGIS Budaya dan adat perkahwinan suku bugis (Makassar) merupakan salah satu budaya
16
perkahwinan yang paling kompleks dan memenatkan.Bermula dari ritual lamaran sehingga selesai majlis resepsi/persandingan akan melalui pelbagai adat dan memakan modal yang bukan alang-alang jumlahnya. Ini termasuk mahar dan wang hantaran atau disebut “doi‟ panaik”.
i ) Lamaran
Bermula dengan acara lamaran,dalam adat bugis ini acara lamaran akan dihiasi dengan berbalas pantun antara pihak keluarga lelaki dan wanita.Istilah bagi orang bugis adalah “ maddongi dongi/mammanu‟ manu’”.Dalam lamaran hal yang dibincangkan adalah mengenai
jumlah
mahar,kos
pernikahan
dan
hantaran,serta
penetapan
tarikh
pernikahan.
ii ) Persiapan
Persiapan biasanya dilakukan jauh lebih awal sebelum hari pernikahan tiba.Undangan akan dilakukan secara bertulis dan lisan.Budaya “mappada”atau memanggil secara lisan ini ternyata adat yang harus dijalankan.Biasanya dilakukan oleh ibu calon pengantin bersama kerabat keluarga wanita yang lain.Seminggu sebelum pernikahan masingmasing keluarga sudah sibuk menyiapkan perkakas untuk majlis persangdingan seperti baruga (gerbang pengantin),sarappo (pagar pembatas),panggung,serta lamming atau hiasan dekorasi.Saat ini jasa mak andam akan digunakan.Namun begitu biasanya orang bugis yang tinggal di kota lebih suka menggunakan gerbang gedung yang lebih efisien.
iii) Adat Mappasue (mandi wajib)
Adat Ini di lakukan sebelum memasuki acara mappaci atau berinai.Ritual ini dilakukan selama 3 hari.Selama itu hal yang dilakukan adalah Appassili bunting ( cemme mappapaccing) iaitu siraman dan mencukur rambut halus calon pengantin.
iv) Makkaddo’ caddi’
Setelah itu acara Makkaddo’ caddi’ dilakukan. Acara makan nasi pulut/ketan yang diolah secara tradisional selama 2 malam sebelum hari akad nikah. Selepas itu acara Akkorontigi, malam pacar/inai atau Mappacci dilakukan.Ini bertujuan untuk membersihkan niat calon pengantin dalam menjalankan pernikahan.
v) Assimorong
17
Acara selanjutnya adalah Assimorong atau akad nikah dilakukan di kediaman mempelai wanita. Mempelai lelaki akan datang ke rumah mempelai wanita bersama rombongan dengan membawa hantaran/seserahan.Hantaran itu biasanya harus ada kuih-kuih tradisional bugis,buah-buahan dan sepasang ayam jantan dan betina selain barang-barang keperluan si mempelai wanita yang dihias dengan cantik.
iv) Majlis resepsi/persandingan.
Majlis akan diadakan di kediaman pengantin wanita terlebih dahulu.Selepas resepsi mempelai lelaki tidak boleh menginap dan memakan sajian di rumah pengantin perempuan. Selepas itu majlis resepsi di rumah penganti lelaki dikenali sebagai Allekka‟ bunting ( Marolle ) atau Mundu mantu. Pengantin wanita juga tidak dibenarkan memakan sajian dari rumah pengantin lelaki tetapi boleh menginap namun dikawal ketat agar tidak bersatu. Sehari selepas resepsi/majlis sanding dilakukan pula acara makan nasi pulut/ketan yang dipanggil Kaddo caddi.Akhir sekali acara Appa‟ bajikeng bunting atau menyatukan kedua mempelai. Dalam ritual ini kedua mempelai akan disatukan dengan acara suapan dan mencium kening sebagai simbolasi. Berselang beberapa hari kemudian masih dilakukan acara kesyukuran dengan memakan Lappa-lappa.
pasangan pengantin
ALAT MUZIK ORANG BUGIS i)
Kacapi (Kecapi)
18
Salah satu alat musik petik tradisional Sulawesi Selatan khususnya suku Bugis, Bugis Makassar dan Bugis Mandar. Menurut sejarahnya kecapi ditemukan atau diciptakan oleh seorang pelaut, sehingga bentuknya menyerupai perahu yang memiliki dua dawai, diambil karena penemuannya dari tali layar perahu. Biasanya ditampilkan pada acara penjemputan para tamu, perkawinan, hajatan, bahkan hiburan pada hari ulang tahun.
ii) Sinrili
Alat muzik yang menyerupai biola tetapi dimainkan dalam keadaan pemain duduk dan sinrili ditegakkan di depan pemain.
iii) Gendang
19
Musik yang mempunyai dua bentuk dasar iaitu bulat panjang dan bundar seperti rebana.
vi) Suling
Suling bambu/buluh, terdiri dari tiga jenis, iaitu Suling panjang (suling lampe), memiliki 5 lubang nada. Suling jenis ini telah punah.Suling calabai (Suling ponco),sering dipadukan dengan piola (biola) kecapi dan dimainkan bersama penyanyi. Suling dupa samping (musik bambu), musik bambu masih terplihara di daerah Kecamatan Lembang. Biasanya digunakan pada acara karnaval (baris-berbaris) atau acara penjemputan tamu.
SENI TARI
Tari pelangi ialah tarian pabbakkanna lajina atau biasa disebut tari meminta hujan.Tari Paduppa Bosara; tarian yang mengambarkan bahwa orang Bugis jika kedatangan tamu senantiasa menghidangkan
bosara, sebagai tanda kesyukuran
dan kehormatan.
Tari Pattennung ialah tarian adat yang menggambarkan perempuan-perempuan yang sedang menenun benang menjadi kain. Melambangkan kesabaran dan ketekunan perempuan-perempuan Bugis.
Tari Pajoge‟ dan Tari Anak Masari; tarian ini dilakukan oleh calabai (waria), namun jenis tarian ini sulit sekali ditemukan bahkan dikategorikan telah punah. Jenis tarian
20
yang lain adalah tari Pangayo, tari Passassa‟, tari Pa‟galung, dan tari Pabbatte (biasanya di gelar padasaat Pesta Panen).
RUMAH ORANG BUGIS
Rumah bugis memiliki keunikan tersendiri, dibandingkan dengan rumah panggung dari suku yang lain ( Sumatera dan Kalimantan ). Bentuknya biasanya memanjang ke belakang, dengan tanbahan disamping bangunan utama dan bagian depan [orang bugis menyebutnya lego - lego].
Berikut
adalah
bagian
-
bagiannya
utamanya
:
1. Tiang utama ( alliri ). Biasanya terdiri dari 4 batang setiap barisnya. jumlahnya tergantung jumlah ruangan yang akan dibuat. tetapi pada umumnya, terdiri dari 3 / 4 baris alliri. Jadi totalnya ada 12 batang alliri. 2. Fadongko‟, yaitu bagian yang bertugas sebagai penyambung dari alliri di setiap barisnya. 3. Fattoppo, yaitu bagian yang bertugas sebagai pengait paling atas dari alliri paling tengah tiap barisnya.
Bagian - bagian dari rumah bugis ini sebagai berikut : 1. Rakkeang, adalah bagian diatas langit - langit ( eternit ). Dahulu biasanya digunakan untuk menyimpan padi yang baru di panen.
21
2. Ale Bola, adalah bagian tengah rumah. dimana kita tinggal. Pada ale bola ini, ada titik sentral yang bernama pusat rumah ( posi‟ bola ). 3. Awa bola, adalah bagian di bawah rumah, antara lantai rumah dengan tanah.
PAKAIAN ORANG BUGIS
Gambaran tentang tokoh-tokoh dalam La galigo dapat diperoleh dengan melihat pakaian yang dikenakan Pengantin Bangsawan tinggi masa itu, yang selalu meniru-niru adat kebiasaan masa lalu lelaki dan wanita mengenakan sarung hingga mata kaki (sampu‟ ,yang dinamakan unrai bagi perempuan), menyerupa i awi‟ yang kini digunakan pengantin laki-laki. Pada perempuan sarung tersebut dililit dengan sebuah ikat pinggan logam. Sedangkan pada pria, sarung di lilit dengan sabuk tenunan dan diselipkan sebuah senjata tajam atau badik (gajang)
PERMAINAN
Beberapa permainan khas yang sering dijumpai di masyarakat Bugis ( Pinrang): Mallogo, Mappadendang, Ma‟gasing, Mattoajang (ayunan), getong -getong, Marraga, Mappasajang (layang-layang), Malonggak
22
KESIMPULAN
Ramai sedia maklum, pulau-pulau Sumatera, Borneo, Jawa dan lain-lain pulau di sekitar Nusantara termasuk Malaysia memiliki kepelbagaian etnik yang masing- masing punya bahasa dan budaya tersendiri. Bagaimanapun, budaya dan bahasa yang dituturkan oleh etnik-etnik tersebut sebenarnya berkerabat antara satu sama lain. Dalam bahasa mudah, etnik-etnik itu sebenarnya mengamalkan budaya dan bertutur dalam dialek-dialek bahasa Melayu. Dengan kata lain, bahasa Bugis juga mempunyai kekerabatan dengan bahasa Melayu kerana tergolong dalam bahasa Autronesia.
23
BIBLIOGRAFI Andi Ima Kesuma. 2004. Migrasi dan Orang Bugis. Yogyakarta: penerbit Ombak.
Halimah Hj Omar. 1980. “Orang-Orang Bugis di Pontian: Kajian dari Segi Kegiatan di dalam bidang politik, social dan ekonomi antara tahun 1900- 1967”, B.A. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Maeda Nariifumi. 1998. “The Bugis in Johor”. CSEAS. Kyoto. Pelras C. “Orang-Orang Bugis ternama dan berpengaruh”.t.t,t.p Pelras, C. 1991. “Penghijrahan dan Penyesuaian Orang -Orang Bugis di Johor: Suatu Proses Perubahan Budaya”. T.pen. Suraya Sintang. 2007. Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah . University Malaysia Sabah.
LAMPIRAN
Kerajaan-kerajaan awal Bugis mengikut teks La Galigo
24