LAPORAN PERBICARAAN KES CULIK DAN BUNUH
1.0 PENDAHULUAN
Tarikh : 7 November 2017 Jam
: 8.00am – 8.00am – 12:00pm 12:00pm
Tempat: Mahkamah Tinggi Dalam Sabah Dan Sarawak Di Kota Kinabalu Tertuduh telah melakukan jenayah pada 17 Oktober 2017 1.1 Latar Belakang Kes – Tertuduh di kawasan Perumahan Kingfisher Sulaman, dan dengan ini telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan Seksyen 300 Kanun Keseksaan dibaca dengan seksyen 302 Kanun Keseksaan. 1.1.1
Fakta Kes Secara Umum. i.
Tertuduh: Haikal Sulaiman dan Abu Murni
ii.
Mangsa: Siti Salwa
1.2 Latar belakang mahkamah
2.0
i.
Hakim – Hakim – Yang Yang Arif Alif Azam
ii.
Pendakwaraya – Pendakwaraya – Tuan Tuan Rusyaidi Syahdu
iii.
Peguam Bela – Bela – Encik Encik Darwish Aldian
iv.
Jurubahasa – Jurubahasa – Puan Puan Sunil Soraya
DAPATAN
1. Fakta kes Bahawa tertuduh pertama, Cheng Lock (OKT1) dan tertuduh kedua, Sasivaren Nageshwara (OKT2) pada 17 Oktober 2017 jam lebih kurang 2:30 petang, bertempat di kawasan perumahan Kingfisher, Sulaman, di dalam Daerah Kota Kinabalu, di Negeri Sabah, telah melakukan suatu jenayah penculikan terhadap
mangsa, Siti Salwa yang berusia 7 tahun. Pada hari kejadian juga OKT1 dan OKT2 telah melakukan pembunuhan terhadap Suriyanti Wijono. Si mati merupakan warga Indonesia yang bekerja di dalam rumah plaintif Encik Kamal Ahmad sebagai orang gaji beliau. Plaintif merupakan seorang duda yang mana isteri beliau telah meninggal dunia tahun lalu akibat daripada serangan kanser. Plaintif bekerja sebagai pegawai pelantar minyak yang mana sewaktu hari kejadian, beliau bertugas “offshore” dan yang tinggal di rumah hanyalah si mangsa dan juga orang gaji beliau pada ketika itu. Lebih kurang jam 2:30 petang, OKT1 dan OKT2 memecah masuk rumah mangsa dan cuba untuk merencanakan rancangan culik mereka ke atas Siti Salwa. Namun, rancangan mereka disedari oleh si mati yang mana dia bekerja dan menjaga si mangsa pada ketika itu. Disebabkan hal itu, berlaku pergelutan diantara OKT1 dan OKT2 dengan orang gaji plaintif. Pergelutan tersebut telah menyebabkan kematian si mati, Suriyanti Wijono di mana dia telah ditikam bertubi-tubi di bahagian perut dan bahu, susulan daripada itu, si mangsa telah di culik keluar. OKT1 dan OKT2 meninggalkan surat amaran kepada plaintif untuk membayar sejumlah wang kepada mereka untuk memastikan keselamatan anak beliau. Pada 23 Oktober 2017, plaintif kembali ke rumahnya setelah selesai tugasan “offshore” beliau dan mendapati keadaan rumahnya dalam keadaan yang berselerak. Plaintif menjumpai surat tebusan tersebut yang ditinggalkan oleh OKT1 dan OKT2 dan menjumpai si mati terbujur kaku di ruang tamunya. Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama di Balai Polis Alam Mesra, Kota Kinabalu.
Pada 24 Oktober 2017, operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Azam Ali. Hasilnya, pada jam 5:00 petang si mangsa, Siti Salwa berjaya ditemui oleh pihak polis, di mana pihak polis telah menjumpai si mangsa did alam gedung lama yang tidak berpenghuni, di sekitar kawasan Salut, Kota Kinabalu tidak berapa jauh dari tempat kejadian. Dua jam selepas itu, pihak polis juga berjaya memberkas OKT1 dan OKT2.
2. Mangsa 1 – Nama : Siti Salwa Binti Kamal Ahmad NRIC : 101107-12-5599 Jantina : Perempuan Umur : 7 Tahun Mangsa 2 – Nama : Suriyanti Wijono NRIC : 7015126799 Jantina: Perempuan Umur : 39 Tahun Kerja : Orang Gaji i.
Saksi Pihak Pendakwaraya dan peguam bela – Inspektor Polis Azam Ali dan Pegawai Forensik Encik Danial Bek
ii.
Tempat – Kawasan Perumahan No12/4G Kingfisher Sulaman, dan Gudang lama di Jalan Salut, Kota Kinabalu.
iii.
Bahan bukti – sebilah pisau rambo, laporan polis yang dibuat 23 Oktober 2017, dan laporan bedah siasat (post mortem)
iv.
Urutan kejadian – 17 Oktober 2017 berlaku pecah masuk rumah menyebabkan kematian dan penculikan terhadap si mangsa. Pada 23 Oktober 2017, plaintif menyedari kejadian tersebut dan membuat
laporan polis. Akhirnya, 24 Oktober 2017, satu operasi dijalankan dan mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan pelaku jenayah telah diberkas pada hari yang sama. v.
Pertuduhan – Hukuman di bawah seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961, sesiapa dengan niat untuk memegang seseorang sebagai tebusan, menculik atau mengurung secara salah atau menyekat secara salah orang itu bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah dihukum apabila disabitkan dengan kematian atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum kematian, juga boleh dikenakan sebatan. Hukuman di bawah seksyen 300(a) dibaca dengan seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian; pesalah harus dikenakan hukuman mati.
3. Pendakwaraya i.
Hujah Penggulungan Yang Arif, Hasil dari laporan bedah siasat yang disediakan oleh saksi PW2 menunjukkan bahawa kesan tikaman di badan mangsa iaitu terdapat 6 tikaman di perut, 3 tikaman di bahu sebelah kanan mangsa jelas menujukkan bahawa Tertuduh mempunyai niat yang jelas untuk membunuh mangsa. Hujahan Peguam Bela dalam menyatakan bahawa Tertuduh melakukannya dengan niat untuk mempertahankan diri adalah tidak wajar sama sekali. Hal ini kerana mangsa hanyalah seorang wanita dan kedua-dua tertuduh pula merupakan lelaki yang mana jelas sekali dapat dilihat mangsa tidak mungkin dapat mencederakan kedua-dua tertuduh.
Oleh yang demikian, Kami pihak Pendakwaan dengan rendah diri menyatakan bahawa pihak Peguam Bela gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes ini. Kami dengan rendah diri memohon kepada Yang Arif yang Bijaksana supaya mengenakan hukuman yang sepatutnya layak dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh. 4. Peguam Bela i.
Hujah Penggulungan Yang Arif, Peguam Pembela memberi kesimpulan terhadap kes ini bahawa pihak Pendakwaan di akhir kesnya telah gagal membuktikan prima facie kes terhadap Tertuduh. Oleh yang demikian, kami dengan rendah diri menyatakan bahawa pihak Pendakwaan di akhir kesnya telah gagal membuktikan prima facie kes terhadap Tertuduh. Mengikut seksyen 300(a) dibaca dengan seksyen 302 Kanun Keseksaan, Kami dngan rndah diri BERDOA atau memohon kepada Yang Arif yang Bijaksana supaya membebaskan dan melepaskan Tertuduh daripada Pertuduhan yang dihadapinya
5. Keputusan i.
Hukuman – Berdasarkan daripada fakta-fakta kes dan bukti yang ditunjukkan oleh kedua belah pihak, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kedua-dua tertuduh.
ii. Alasan penghakiman – Mahkamah mendapati dalam kes ini pihak Peguam Bela gagal dalam menimbulkan sebarang keraguan atas niat kedua-kedua tertuduh dalam perancangan jeanyah mereka. Ini disokong dengan hasil bukti
dari laporan yang disediakan oleh pakar dan juga kenyataan dari beberapa saksi serta mangsa culik, Siti Salwa. iii. Selepas hukuman dijatuhkan Tertuduh dilihat menangis dan menyesal dengan perbuatan mereka.
3.0
KESIMPULAN
Undang-undang Malaysia dalam kes jenayah terutamanya kes culik dan bunuh merupakan salah satu jenayah yang boleh dikatakan sebagai satu kes yang berat. Hal ini kerana jika disabitkan kesalahan, kedua-dua jenayah ini boleh dikenakan hukuman mati. Seperti yang berlaku dalam kes ini, pembuktian yang kukuh dan saksi yang dipercayai amat sukar untuk pihak tertuduh menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.
Laporan disediakan oleh
Tandatangan
MOHD ZULIRFAN BIN SAZALYE DONOL
Tarikh laporan dibuat
18 Desember 2017