Malaysia Yang Berdaulat
Gagasan Persekutuan Malaysia
Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
Perjanjian dan Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
Idea Pemebentukan Persekutuan Malaysia Langkah ke arah Pembentukan Persekutuan Malaysia
Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
Cadangan Tunku Abdul Rahman Konfrontasi dan Perdamaian Pemisahan Singapura Matlamat Pembentukan Malaysia
Negeri-negeri Terlibat
Negara-negara Barat Negara-negara Jiran
53
Pengenalan
1. Persefahaman antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Singapura telah membawa kepada pembentukan Persekutuan Malayisa. 2. Penentangan negara jiran khususnya Indonesia dan Filipina cabaran getir yang dihadapi oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. 3. Pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia semakin mematangkan Malaysia dalam usaha mengekalkan sebuah Negara Malaysia yang berdaulat.
Gagasan Persekutuan Malaysia
Gagasan Persekutuan Malaysia adalah merupakan cadangan pengabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dalam satu unit pentadbiran.
Idea pembentukan Persekutuan Malaysia 1. Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan gagasan Persekutuan Malaysia iaitu percantuman Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara (Sabah), Brunei dan Singapura. 2. Idea percantuman yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman menjadi kenyataan apabila Persekutuan Malaysia diiystiharkan pada 16 September 1963 3. Pembentukan ini berdasarkan konsep diplomasi menyebabkan pemimpin dunia lain kagum dengan pembentukan gagasan Malaysia.
Cadangan Tunku Abdul Rahman 1. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan Gagasan Persekutuan Malaysia dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi di Singapura. 2. Cadangan pembentukan Malaysia ini mendapat sambutan yang positif daripada Negara-negara yang terbabit. 3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961. 4. Peranan JJPM ialah mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat sebagai langkah awal ke arah menjayakan gagasan Persekutuan Malaysia. 54
Matlamat pembentukan Malaysia .
Keselamatan dan kestabilan negara
Memepercepatkan Kemerdekaan
Saiz Singapura yang kecil dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah dan Brunei yang tidak ramai menyukarkan British untuk memberi kemerdekaan. Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah. Sarawak, Singapura dan Brunei
Memajukan sosioekonomi
Keseimbangan Kaum
Pembentukan Malaysia diharap dapat menjadi benteng yang kukuh menghadapi ancaman komunis di Singapura dan Sarawak.
Bertujuan untuk mengimbangkan jumlah penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia.
Pembentukan Persekutuan Malaysia akan mewujudkan satu kawasan ekonomi yang lebih luas dan dapat menarik lebih banyak modal luar. Dapat menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli di kalangan Negara anggota. Menghapuskan sekatan cukai di kalangan Negara anggota. Kerjasama ekonomi dapat memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah dan Brunei.
55
Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
Persekutuan Tanah Melayu Cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia disambut baik oleh parti-parti politik di Tanah Melayu. Walaupun terdapat perbezaan pendapat, namun secara umumnya penduduk Tanah Melayu menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia. PAS menyokong idea pembentukan Malaysia tetapi mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia. Sarawak Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 1959 pimpinan Ong Kee Hui menentang gagasan Malaysia kerana Sarawak perlu bersatu dengan Sabah dan Brunei. Parti Negara Sarawak (PANAS) 1960 pimpinan Dato Bandar Abang Hj Mustapha pada awalnya menetang gagasan Malaysia, PANAS bagaimanapun akhirnya menyokong gagasan Malaysia. Pada tahun 1961, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pimpinan Stephen Kalong Ningkan ditubuhkan. SNAP pada peringkat awal menetang gagasan Malaysia, walau bagaimanapun akhirnya menyokong pembentukan Malaysia Parti Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada tahun 1961 di bawah pimpinan Abdul Yaakub dan Abdul Taib Mahmud, pada peringkat awal sudah melahirkan sokongan terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dipimpin oleh Temenggung Jugah Anak Barieng ditubuhkan pada tahun 1962 dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokong pembentukan gagasan. Pada bulan Oktober 1962 PANAS, SCA, SNAP, BERJASA dan PESAKA telah bergabung membentuk perikatan Sarawak dan menyokong gabungan Malaysia, manakala SUPP terus menentang pengabungan.
Sabah Pengumuman Tunku membawa kepada pembentukan parti-parti politik di negeri tersebut untuk menyatakan pandangan serta sokongan tentang gagasan Malaysia. Pada bulan Ogos 1961, Pertubuhan Kadazan Bersatu (UNKO) telah ditubuhkan oleh Donald Stephens menyokong pembentukan Malaysia. Pada bulan Disember 1961, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) telah ditubuhkan oleh Datu Mustapha Datu Harun menyokong penggabungan. Pada Jun 1962, Pasok Momugun ditubuhkan dipimpin oleh G.S Sundang, pada awalnya menentang kerana berpendapat Sabah perlu bersatu dengan Sarawak dan Brunei. Bagaimanapun kemudiannya Pasok Momogun menyokong pengabungan. Muncul dua parti yang mendapat sokongan orang Cina iaitu Parti Bersatu pimpinan Khoo Siak Chew dan Demokratik pimpinan Peter Chin pada awalnya memberikan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia. Namun akhirnya bersetuju dengan penggabungan Pada bulan September 1961, UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Demokratik membentuk Parti Perikatan Sabah dipimpin oleh Donald Stephens dan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun. Dalam pilihan raya Majlis Daerah pada tahun 1962, Perikatan Sabah telah memenangi pilihan raya tersebut yang menggambarkan kesepakatan rakyat Sabah untuk menyertaiMalaysia. Singapura Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) menyokong cadangan pengabungan Penggabungan ini diharapkan akan dapat menyelamatkan PETIR daripada dipengaruh parti berhaluan kiri. Pada bulan Disember 1961, Majlis Undangan Singapura meluluskan usul pengabungan. Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan menentang idea ini dan berpendapat pembentukan Malaysia sebagai satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya. Satu Referendum telah diadakan untuk meninjau pandangan penduduk Singapura. Hasil referendum tersebut rakyat Singapura bersetuju dengan cadangan pengabungan. 56
Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
Reaksi Negara Jiran Pembentukan Persekutuan Malaysia
Indonesia
Pada peringkat awal menyokong gagasan Malaysia, malahan Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio mengutus ucapan tahniah kerana usaha pembentukan Malaysia. Tentangan bermula akhir tahun 1962 kerana terpengaruh dengan Parti Komunis Indonesia dan berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. PKI menentang pembentukan Malaysia kerana menggugant pengaruh Parti Komunis di Asia Tenggara. Soekarno mementang pembentukan Malaysia kerana cita-cita beliau untuk menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia tergugat.
Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin pada dasarnya menyokong gagasan Malaysia. Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan Malaysia kerana matlamat PRB untuk menubuhkan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei. PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk Neokolonialisme. PRB telah melancarkan pemberontakan bersenjata apabila usul menentang gagasan Persekutuan Malaysia yang dibawa di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak. Brunei akhirnya menarik diri dari menyertai Persekutuan Malaysia apabila perkara yang berkaitan dengan hasil minyak dan kekanan sultan Brunei dalam perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak mencapai kata sepakat. Secara umumnya, pada peringkat awal terdapat penentangan. Walau bagaimanapun hasil usaha Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dan penjelasan daripada Tunku Abdul Rahman telah berjaya meyakinkan rakyat Sarawak dan Sabah. Penarikan diri Brunei daripada gagasan Malaysia menggambarkan kebebasan rakyat dalam menentukan masa depan negara mereka sendiri.
Filipina
Filipina menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu. Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962, namun pihak British tidak melayan tuntutan tersebut kerana tidak berasas. Selain itu, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengesahkan rakyat Sabah bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia.
Negara-negara Barat
Gagasan Persekutuan mendapat sokongan daripada Britain dan amerika syarikat kerana menganggap dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei di samping dapat membendung pengaruh Komunis. 57
Perjanjian dan Pengisytiharan Persekutuan Malaysia . Langkah ke arah pembentukan Malaysia
Pada Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan bermatlamat memberi penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah, hasil laporan JPPM membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Cobbold.
Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah ditubuhkan. Matlamat JAK ialah membincangkan hak dan kepentingan Sabah, Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan. Hasil laporan tuntutan 20 perkara Sabah yang dipersetujui oleh Sarawak dimasukkan dalam perlembagaan.
Februari 1962, pembentukan Suruhanjaya Cobbold matlamatnya meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak. Hasil tinjauan Suruhanjaya Cobbold mendapati rakyat sabah dan Sawarak bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia.
Pada bulan September 1962, Singapura telah mengadakan referendum untuk meninjau pendapat penduduk Singapura, hasil referendum mendapati rakyat Singapura bersetuju menyertai untuk Persekutuan Malaysia.
Pada bulan Ogos 1963, Suruhanjaya PBB telah dihantar untuk meninjau sekali lagi pandangan penduduk Sabah dan Sarawak atas permintaan Filipina dan Indonesia. Hasil laporan mendapati penduduk di kedua-dua wilayah berhasrat untuk menyertai Persekutuan Malaysia.
58
Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil tuntutan 20 Perkara yang kemukakan oleh rakyat Sabah dan kemudian diterima oleh rakyat Sarawak.
Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah ialah:i. Tiada agama rasmi dan kebebasan beragama. ii. Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. iii. Imigresen diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri. iv. Nama persekutuan dikenali sebagai Malaysia. v. Peruntukan kerusi parlimen. vi. Perlantikan ketua negeri ditentukan oleh ratu British dan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia telah ditandatangani di Malborough House, London, setelah mengambil kira Tuntutan 20 Perkara rakyat Sabah dan Sarawak.
1. Dengan termetrainya Perjanjian Persekutuan Malaysia, bermakna gagasan Persekutuan Malaysia menjadi realiti. 2. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah membacakan deklarasi Penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. 3. Selesai sahaja pembacaan deklarasi, sebanyak 101 das tembakan meriam dilepaskan disertai dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali. 4. Dengan ini bermakna lahirlah sebuah Negara Malaysia yang berdaulat terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Singapura.
Antara isi kandungan penting Perjanjian Persekutuan ialah:i. Semua hal ehwal luar menjadi tanggunjawab Kerajaan Persekutuan ii. Agama Islam sebagai agama Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah, agama lain bebas diamalkan. iii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan. iv. Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas hari Malaysia.Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmatan awam. v. Sarawak diperuntukan 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen.Rakyat bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
59
Konfrontasi dan Perdamaian
Pembentukan Malaysia bukan sahaja menyebabkan Indonesia dan Filipina bukan sahaja tidak mengiktiraf Malaysia, malahan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Indonesia bertindak lebih agresif dengan melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia. Pasukan tentera Indonesia telah menceroboh beberapa kawasan di Semanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Walaupun Indonesia melancarkan dasar konfrontasi, namun kedua-dua pemimpin Malaysia dan Indonesia tetap meneruskan usaha perdamaian. Usaha ke arah Perdamaian
i. Rundingan tidak rasmi di Tokyo pada bulan Mei 1963 antara Tunku Abdul Rahman dengan Presiden Sukarno menghasilkan persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila.
ii. Sidang kemuncak Manila telah diadakan pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 membawa kepada pembentukan MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) dengan tujuan meningkat hubungan di kalangan Negara anggota. Sidang ini juga menuntut PBB membuat tinjauan semula terhadap pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Persekutuan Malaysia.
iii. Dalam Persidangan Bangkok pada bulan Februari 1964, Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak manakala Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat tentang genjatan senjata.
iv. Persidangan yang diadakan di Tokyo pada bulan Jun 1964 gagal kerana Indonesia enggan mengundurkan tenteranya dan menuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila.
60
Tindakan Malaysia
Malaysia menghantar bantahan rasmi tentang pencerobohan tentera Indonesia kepada Setiausaha Agung PBB melalui Menteri Keselamatan Dalam Negeri Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman. Namun tidak boleh mengambil tindakan kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia.
Malaysia mendapatkan bantuan ketenteraan daripada negara Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
Kerajaan juga telah menyusun Askar Wataniah untuk mempertahankan Negara daripada pencerobohan tentera Indonesia.
Dasar Konfrontasi Indonesia kendur apabila Sukarno digulingkan oleh Jeneral Suharto selepas peristiwa Gestapo 30 September (cubaan rampasan kuasa PKI gagal)
61
Pemisahan Singapura
Banyak masalah timbul dengan penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia. Isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh Singapura telah meretakan hubungan Kuala Lumpur Singapura yang kemudiannya menjadi faktor pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
Antara faktor pemisahan Singapura dari Malaysia
Masalah Ekonomi
Singapura menuntut supaya statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat. Singapura menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat.
Konsep Malaysian Malaysia Menuntut hak yang sama rata bagi semua rakyat tanpa mengira keturunan. Menafikan kedudukan raja-raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
Perikatan Parti Perikatan-PETIR
PETIR mendakwa MCA tidak mewakili kepentingan orang Cina. PETIR telah bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1964 di Semenanjung Malaysia menentang parti Perikatan.
Rusuhan Kaum
Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpinpemimpin PETIR membangkitkan sentimen perkauman. Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura telah menggugat keselamatan dan kemanan negara. 62
1. Lee Kuan Yew dan pemimpin PETIR kerap mempertikaikan peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. 2. Hasrat Lee Kuan Yew dan PETIR yang cuba mengambil alih peranan parti MCA menyebabkan Tunku Abdul Rahman membuat pertimbangan menyingkirkan singapura daripada Malaysia. 3. Pada 9 Ogos 1965, Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat di parlimen. 4. Tunku Abdul Rahman merumuskan tindakan beliau menyingkirkan Singapura adalah untuk mengelakan daripada berlakunya pembunuhan dan rushan kaum. 5. Tun Abdul Razak mengulas tindakan penyingkiran Singapura sebagai membuang “duri dalam daging” dalam usaha memastikan keharmonian, keselamatan dan perpaduan rakyat Malaysia.
Rumusan 1. Penubuhan Malaysia memperlihatkan kejayaan Tunku sebagai ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. 2. Pandangan jauh beliau telah berjaya merealisasikan pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Singapura.
63