Rosle Bin Yasin
1
SEJARAH DAN KITA
Sejarah berasal daripada bahasa Arab
Syaratun bermaksud:a. b.
Pokok atau pohon. Salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.
Ibn Khaldun
PENGERTIAN SEJARAH
Pendapat Tokoh-tokoh tentang sejarah
“ Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, ata u peradaban manusia tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat masyarakat itu”
Herodotus “ Penceritaan tentang Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya”
Sejarah adalah merupakan penyelidikan tentang perkara yang sudah berlaku
Bab: Sejarah dan Kita
Muhd Yusof Ibrahim “ Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu”
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Rosle Bin Yasin
2
Fakta yang tepat dan benar
Ciri-ciri Sejarah
Penting dan bermakna
Sebab dan akibat
Sumber pertama
Sumber Sejarah
Sumber Kedua
Bab: Sejarah dan Kita
Dapat dibuktikan kebenaran peristiwa tempat, tokoh dan tarikh. Tidak boleh direka atau ditokok tambah. Kesahihannya perlu dipertanggungjawabkan.
Peristiwa bersejarah penting dan memberi kesan kepada se mua. Peristiwa yang bermakna kepada seseorang, keluarga dan Negara.
Bidang ilmu yang bertujuan mencari kebenaran. Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
Sumber pertama atau sumber primer dalam bentuk kertas, fosil, artifak dan keterangan lisan. Sumber pertama belum diolah dan belum dicetak. Sumber asli dan belum ditafsir. Contoh sumber pertama ialah diari, manuskrip yang belum yang belum dicetak dan batu bersurat
Sumber kedua atau sumber sekunder dikaji melalui pembacaan bahan bertulis. Ia ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum. Contoh sumber kedua ialah buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah dan laporan tahunan jabatan.
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Rosle Bin Yasin
3
Kaedah Lisan
Kaedah Pengkajian Sejarah
Kaedah bertulis
Kaedah Arkeologi
Bab: Sejarah dan Kita
Maklumat sejarah diperoleh melalui temu bual, ucapan, penceritaan dan pengisahan dan perbualan. Kaedah ini berkaitrapat dengan tradisi rakyat seperti cerita mitos, legenda dan puisi. Sejarawan yang menggunakan kaedah ini akan memilih, mentafsir dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran maklumat. Kaedah temu ramah juga merupakan sumber lisan. Kaedah ini biasanya untuk mendapatkan maklumat tentang tentang latar belakang atau pandangan daripada seseorang tokoh. tokoh. Kaedah pandangan dengar seperti televisyen, internet, video, cakera padat, radio dan pita rakaman merupakan kaedah mendapatkan sumber maklumat.
Mendapatkan maklumat daripada sumber bertulis, dilakar, dipahat pada batu, dinding gua, gua, kulit kayu logam, gading dan kertas.
Maklumat berdasarkan kajian saintifik. Terdapat pelbagai cabang arkeologi i. Angkasa lepas ii. Maritim iii. Carigali Ahli arkeologi mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui proses cari gali. Melalui kaedah ini, ketepatan usia bahan tinggalan sejarah disahkan dengan kaedah pentarikhan karban. Seterusnya ahli arkeologi dan sejarawan membuat tafsiran terhadap maklumat yang diperoleh.
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur
Rosle Bin Yasin
4
Pentafsiran Sejarah
Tafsiran sejarah menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah dan sebaliknya. Tafsiran yang betul dan tepat memerlukan seseorang sejarawan membuat penyelidikan. Tafsiran sejarah mungkin berbeza kerana latar belakang yang berbeza. Contoh perjuangan tokoh- tokoh pejuang tanah air seperti Dato’ Bahaman, Dato’ Maharajalela dan Tok Janggut dianggap sebagai pemberontak oleh penjajah, berbeza dengan sejarawan tempatan yang menganggap mereka sebagai pejuang tanah air.
Tujuan Mempelajari Sejarah
Kepentingan Sejarah
Faedah mempelajari sejarah
Mempelajari mmbolehkan seseorang memperoleh banyak pengetahuan. Dapat memahami sejarah tamadun awal bangsa seperti kewujudan zaman paleolitik, neolitik dan logam. Sejarah mengajar kita supaya berhati-hati supaya kesilapan lepas tidak berulang kembali.
Sejarah boleh menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaiki sebarang kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Sejarah boleh dijadikan perangsang untuk mencapai kemajuan.
Kesimpulan.
Bab: Sejarah dan Kita
Sejarah boleh menjadi iktibar dan pengajaran untuk panduan kita. Mempelajari sejarah boleh memupuk semangat patriotisme serta bangga kepada Negara sendiri.
SMK Danau Kota, Kuala Lumpur