ISI KANDUNGAN TAJUK M/S
1. PENGENALAN
2
2. KENAL PASTI MASALAH YANG BERLAKU
9
3. PUNCA UTAMA TERJADI MASALAH KRITIKAL
13
4. KESAN KESAN YANG YANG BERLAK BERLAKU U KEPAD KEPADA A PEKERJ PEKERJA A
16
DAN ORGANISASI. 5. CADANGAN PE PENYELESAIAN MA MASALAH KR KRITIKAL
19
6. RUJUKAN
22
1
BAB 1 PENGENALAN
2
DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM)
Pengurusan Sumber Manusia merupakan suatu aktiviti dalam sesebuah organisasi sama ada yang berorientasikan perniagaan atau perkhidmatan sama ada ia kecil atau besar.Tujuan pengurusan sumber manusia ialah memastikan bahawa orang yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi mereka berupaya menjadi penyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Pengurusan Sumber Manusia (PSM) adalah satu siri aktiviti dan keputusan yang dibuat oleh semua pengurus untuk membantu para pekerja melaksanakan tugas di samping mencapai objektif mereka dan objektif organisasi. Ada kepercayaan yang mengatakan PSM bertujuan mempertingkatkan komitmen pekerja kepada majikan dan bertujuan mengurangkan peluang wujudnya persatuan pekerja. KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Sejajar dengan perkembangan skop pengurusan sumber manusia, kepentingan terhadap bidang ini juga semakin meluas bukan hanya untuk pengambilan pekerja dan menguruskan rekod-rekod perkhidmatan tetapi pada masa kini kepentingannya semakin ketara berdasarkan permasalahan yang timbul dalam dunia pekerjaan hari ini lebih rumit. Masalah dalam dunia pekerjaan hari ini seperti masalah ketidakhadiran pekerja, lantik henti yang tinggi, disiplin yang rendah, pertikaian perusahaan dan kebajikan pekerja memerlukan kepada suatu bentuk pengurusan yang cekap untuk mengendalikannya. Perubahan persekitaran dan peningkatan pengaruh luaran terhadap organisasi seperti penggubalan undang-undang dan peraturan serta perubahan pasaran buruh juga menyebabkan pengurusan sumber manusia semakin diperlukan. 3
Manakala pasaran buruh juga sentiasa berubah yang mana pada masa kini tenaga buruh wanita serta buruh asing semakin bertambah. Oleh itu pengurusan tentang kebajikan para pekerja yang pelbagai ini perlu diberi perhatian oleh organisasi. Di antara objektif berkenaan ialah :
Berusaha menarik tenaga kerja yang dedikasi dan berkebolehan
supaya usaha mencapai matlamat organisasi dapat dicapai dengan jayanya.
Pembentukan satu set polisi pengurusan sumber manusia yang jelas
supaya dapat meningkatkan penggunaan sumber manusia secara optimum.
Mengintegrasikan polisi pengurusan sumber manusia dengan
objektif organisasi supaya ia seiring dengan matlamat utama organisasi.
Memastikan dan meningkatkan kualiti tenaga kerja melalui latihan-
latihan dan pendidikan. EMPAT PENDEKATAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 1. Pendekatan Sumber Manusia.
Bidang Pengurusan Sumber Manusia ialah bidang yang melibatkan pengurusan tenaga manusia. Oleh itu, kepentingan pekerja sebagai individu yang mempunyai maruah, perasaan dan keinginan tidak boleh diketepikan. Hanya dengan memberi perhatian kepada kehendak pekerja sesebuah organisasi itu dapat berkembang dengan sejahtera. Sekiranya aspek kemanusiaan ini diabaikan kesannya mungkin akan membawa kerugian yang besar kepada organisasi.
4
2.Pendekatan pengurusan.
Pengurusan Sumber Manusia pada hakikatnya adalah tanggungjawab semua pengurus di dalam organisasi. Peranan jabatan pengurusan sumber manusia adalah untuk membantu para pengurus dalam melakukan tugas ini. Setiap pengurus bertanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan menjaga kebajikan mereka. 3.Pendekatan Sistem
Tugas pengurusan sumber manusia adalah untuk menyumbang kepada pencapaian organisasi. Ia tidak wujud dan berfungsi bersendirian. Fungsi sumber manusia ialah satu bahagian daripada sistem yang menyeluruh dan ia bermakna bahawa setiap fungsi sumber manusia perlu mempunyai dasar-dasar dalaman yang mantap. Dalam hal ini sekiranya pihak pengurusan berpegang kepada satu sikap, maka semua dasar, tindak tanduk, serta struktur mestilah menggambarkan pegangan kepada sikap ini. 4.Pendekatan Tindak Dahulu.
Satu cara untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber manusia adalah dengan mengambil pendekatan tindak dahulu. Pendekatan in berbeza dengan pendekatan tindak balas yang bertindak hanya selepas sesuatu masalah timbul. Dengan pendekatan tindak dahulu, pihak pengurusan akan bersedia untuk menghadapi masalah dan dengan ini, dapat mengurangkan kesan negatif yang mungkin timbul.
5
CONTOH CARTA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA.
Carta di atas menunjukkan kepada kita tentang perjalanan di dalam pengurusan sumber manusia di sesebuah organisasi besar seperti Proton Edar Sdn Bhd (PESB). Dengan adanya carta ini ia dapat menjadi panduan kepada pengurusan syarikat dan pekerja untuk merujuk setiap permasalahan yang berlaku di tempat kerja mengikut undang-undang dan saluran yang betul.
6
Pengenalan Proton Edar Sdn Bhd (PESB) Profil Syarikat
USPD adalah sebuah syarikat automobil Malaysia yang pertama dan di tubuhkan tahun 1985. USPD merupakan pengabungan antara syarikat Proton Holding dengan DRB Hicom pada tahun yang sama dengan penubuhannya dan dikenali dengan nama USPD. Pada tahun 2000 USPD telah menukar nama syarikat kepada Proton Edar Sdn Bhd ini kerana ia telah menjadi syarikat milik penuh PROTON HOLDING dan pada awal penubuhan ia telah berpusat di Jalan Ipoh Kuala Lumpur dan merupakan ibu pejabat utama bagi Proton. Kini ia mempunyai 30 cawangan di setiap negeri dan terbahagi kepada 6 pusat utama iaitu :
Central Region 1 = 5 buah cawangan
Central Region 2 = 4 buah cawangan
Northern Region = 7 buah cawangan
Southern Region = 5 buah cawangan
East Cost
= 3 buah cawangan
East Malaysia
= 6 buah cawangan
Proton Edar Sdn Bhd kini telah membuka ibu pejabat yang baru bertempat di KM 33.8 , Westbound Shah Alam Expressway, 47600 Subang Jaya, Selangor. Ia merupakan sebuah pusat utama bagi segala urusan yang berkaitan dengan pembuatan , pengedaran, pembaikkan, pembelian dan sebagainya yang berkaitan dengan kereta buatan Malaysia seperti Proton Exora, Proton Gen 2, Proton Wira, Proton Savy, Proton Satria, Proton Iswara, Proton Saga dan Proton Pesona. 7
Proton Edar Sdn Bhd diketuai oleh Datuk Syed Zainal Bin Syed Tahir yang merupakan pengarah utama bagi syarikat automobil ini. Beliau telah memegang jawatan ini sejak dari tahun 2008 sehingga sekarang dan telah menyumbangkan banyak pembaharuan kepada pembangunan Proton . Proton Edar Sdn Bhd telah mengamalkan kod etika dan peraturan pekerja di dalam setiap pengurusan syarikat bagi memastikan segala perjalanan syarikat berjalan denganlancar serta megikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Proton mempunyai visi iaitu ‘Untuk menjadi pilihan yang pertama dalam segala khidmat dan produk kereta buatan Malaysia’ PESB juga menitikberatkan tentang hal ehwal pekerjanya dengan menguatkuasakan segala peraturan dan displin untuk memastikan segala perjalanan syarikat dan pengeluaran berfungsi dengan baik. Kerana itu fungsi PSM amat penting bagi perlaksanaan sesuatu perkara yang berkaitan dengan syarikat dan pekerja agar kerjasama dapat dilaksanakan.
8
BAB 2 KENAL PASTI MASALAH KRITIKAL YANG BERLAKU DI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BAGI SESEBUAH ORGANISASI.
9
Didalam Pengurusan Sumber Manusia sesebuah organisasi besar seperti PESB , ia juga menghadapi beberapa masalah dalaman yang berkaitan dengan pekerja di syarikat. PESB juga telah menyenaraikan beberapa kesalahan atau salah laku sama ada ia kecil atau besar di dalam kod etika syarikatnya. Sebagai contoh kesalahan yang telah disenaraikan di dalam kod etika PESB iaitu :Senarai Kesalahan Atau Salah Laku Kecil Tetapi Ianya Tidak Terhad
i. ii. iii.
Kelewatan atau ketidaktepatan waktu kerja Kerosakan harta benda syarikat walaupun kecil kerana cuai. Melanggar peraturan keselamatan yang tidak menyebabkan kerosakan kepada harta syarikat atau penderitaan manusia.
iv.
Meninggalkan tempat kerja sekejap sahaja tanpa sebarang sebab atau kebenaran dari pihak syarikat.
v.
Kegagalan untuk memakai pakaian seragam yang disediakan oleh syarikat semasa bekerja.
Senarai Kesalahan Besar Atau Salah Laku Besar
i.
Penyertaan dalam mogok yang menyalahi undang-undang buruh atau bersubahat ,menghasut atau bertindak untuk mencapai maksud itu.
ii.
Dengan sengaja melengah-lengahkan kerja atau berpura-pura sakit untuk mengelak diri daripada bertugas atau menghasut mana-mana pihak berbuat demikian.
iii.
Kecurian ,penipuan atau kecurangan yang berkaitan dengan perniagaan atau harta yang diamanahkan kepada syarikat.
iv.
Mengambil atau memberikan rasuah,sogokan atau menerima hadiah yang berbentuk wang tunai atau barang-barang dari saudara-mara atau rakan-rakan. 10
v. vi.
Memalsukan atau memusnahkan rekod syarikat Merusuh,berkelakuan tidak senonoh atau sumbang,berjudi,peras ugut atau melakukan gangguan seksual di dalam perkarangan pejabat.
vii.
Disabitkan atau didapati bersalah terhadap sebarang kesalahan jenayah yang boleh didaftarkan oleh Mahkamah Majistret,Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi.
viii.
Memandu kenderaan syarikat tanpa kebenaran atau menggunakannya bagi tujuan lain.
ix.
Mengubah harta syarikat tanpa kebenaran daripada syarikat atau pegawai yang bertauliah. Terdapat beberapa isu atau masalah kritikal yang dihadapi oleh PSM bagi
sesebuah organisasi seperti PESB sehingga menjejaskan produktiviti syarikat dengan seriusnya. Diantara permasalahan yang berlaku adalah seperti berikut:I.
Ketidakhadiran ke tempat kerja
-
Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebarang sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pekerja dikenakan tindakan tatatertib.
II.
Penyalahgunaan Dadah
-
Seseorang pekerja tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya kecuali sebagaimana yang ditetapkan oleh pegawai perubatan atau doktor yang bertauliah.
III.
Di penjarakan
-
Seseorang pekerja yang dipenjarakan tidak kira berapa lama tempoh berada di penjara diatas sebarang kesalahan yang berkaitan dengan 11
jenayah boleh dibuang kerja oleh pihak syarikat. Segala kesalahan yang disenaraikan di atas dapat dilihat boleh menjejaskan prestasi dan produktiviti PESB sebagai sebuah syarikat otomobil koporat di Malaysia. Ini adalah kerana kesalahan seperti ketidakhadiran ke tempat kerja ,penyalahgunaan dadah dan dipenjarakan merupakan masalah salah laku yang paling berat. Sebagai contoh, jika pekerja PESB sering tidak hadirkan diri ke tempat kerja ia akan menjejaskan segala proses pemasaran dan penjualan diperingkat pusat jualan. Ini akan mendatangkan kerugian kepada pihak PESB sendiri amnya kerana setiap pembelian mempunyai tarikh penghantaran yang telah ditetapkan. Para pelanggan juga akan merasai seperti ditipu kerana kenderaan yang dibeli tidak sampai tepat pada waktunya walaupun pinjaman sudah lama diluluskan oleh pihak perbankan. Begitu juga dengan masalah penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai, kerana dengan pengaruh ekonomi pegawai-pegawai yang diberi kepercayaan untuk memantau, memilih dan memastikan tahap kualiti sesuatu standard menjadi korup dan akibatnya terjadilah kes-kes dimana pelangan akan menerima kenderaan mereka dibawah paras piawaian sebenar. Apabila ini berlaku maka syarikat akan menanggung pelbagai masalah seperti :1. Peningkatan kos untuk tujuan baik pulih. 2. Mendapat pandangan negatif dan akibatnya PROTON akan kehilangan pelanggan. 3. Penurunan pengeluaran kerana segala urusan terhenti akibat dari siasatan dalaman bagi memastikan tiada penyelewengan dari syarikat pembekal. 12
Masalah penyalahgunaan dadah juga mengancam kestabilan dan merencatkan proses kerja sehingga mereka mengabaikan keselamatan diri sendiri dan pekerja lain. Ini adalah kerana di PESB terdapat banyak proses-proses yang rumit dan ia memerlukan perhatian yang lebih dari pekerja ketika melakukan kerja penghantaran dan penyerahan kenderaan kepada pelangan.. Manakala bagi permasaalan sebegini akan menjejaskan prestasi PESB sebagai syarikat koporat yang berpengaruh di seluruh rantau Malaysia. Ia juga akan memberikan satu gambaran yang negatif kepada PESB sebagai sebuah syarikat automobil gergasi di Malaysia khususnya. Pihak majikan seharusnya memandang serius kes yang disebutkan diatas dengan mengambil pendekatan yang berlainan seperti memeriksa rekod kesihatan, memeriksa rekod bekerja dan mereka yang memberikan masalah ini biasanya mempunyai rekod yang buruk. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kepuasan bekerja adalah berkait rapat dengan kehadiran pekerja,ini bermakna majikan mestilah cuba mengekalkan suasana bekerja yang positif kepada pekerja. Oleh itu pihak majikan perlu prihatin dengan suasana persekitaran di tempat kerja agar segala masalah ini dapat dikekang dengan lebih awal dan sistematik. Supaya semua pihak yang terlibat berpuashati dengan setiap perkara yang berlaku di tempat kerja amnya.
13
BAB 3 PUNCA UTAMA YANG MENJADI PENYEBAB BERLAKUNYA MASALAH KRITIKAL TERSEBUT.
14
Punca utama yang menjadi penyebab berlakunya masalah kritikal adalah kerana sikap pekerja itu sendiri yang kurang mengambil berat dengan setiap pekerjaan yang dilakukan tanpa memikirkan risiko atau kesan akibat perbuatan mereka kepada syarikat. Malah tidak mustahil juga pihak majikan atau syarikat menjadi punca utama berlakunya permasalahan ini kerana ketidakpuasan hati pekerja itu sendiri diatas tindakan yang dilakukan oleh pihak majikan atau syarikat. Apabila masalah ini timbul, prestasi pekerja dan syarikat akan turut terjejas kerana pihak syarikat perlu meyelesaikan permasalahan dalaman yang berlaku sebelum memulakan perniagaan. Manakala pekerja pula perlu memberikan peluang kepada majikan atau syarikat untuk mengetahui permasalahan yang berlaku di syarikat. Pihak majikan atau syarikat tidak sepatutnya hanya memikirkan keuntungan semata-mata sehingga kebajikan pekerja terabai dan pekerja akan berasa tertekan apabila pihak majikan memaksa pekerja bekerja lebih masa untuk mencapai sasaran pengeluaran syarikat sehingga gaji pekerja tidak dinaikkan atau bayaran kerja lebih masa agak rendah dari sepatutnya. Apabila penindasan ini berlaku di tempat kerja, pekerja pasti akan membantah dengan setiap tindakan majikan maka terjadilah perkara salah laku seperti mogok kerana pekerja tidak berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh majikan kepada mereka. Bagi mengelakkan berlakunya perkara seperti itu, pihak majikan perlu lebih prihatin dengan setiap kehendak atau keperluan pekerja mereka kerana pekerja adalah aset syarikat dan bukan hamba abdi syarikat. Pekerja juga perlu prihatin dengan setiap tugas yang diberikan agar kerja dapat dilakukan dengan sempurna dan ia akan membuatkan pihak majikan berpuashati 15
terhadap prestasi kerja pekerja mereka. Apabila suasana ini dapat diwujudkan maka, segala permasalahan yang berlaku dapat dikurang ke tahap yang minima. Oleh itu dapat dilihat bahawa punca utama segala permasalahan ini adalah datangnya dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak majikan dan pihak pekerja. PSM sebagai nadi utama kepada syarikat dan ia juga merupakan orang tengah antara pekerja dan majikan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di syarikat secara amnya.Dengan wujudnya PSM pada sesebuah organisasi besar seperti PESB segala permasalahan dapat ditangani dengan sebaik mungkin.Maka prestasi PESB tidak akan terjejas apabila terdapatnya kerjasama antara majikan dan pekerja di dalam syarikat dengan bantuan dari PSM itu sendiri. Wujudnya kod etika perniagaan yang diguna pakai oleh PESB, ia menjadi panduan dikalangan pekerja dan juga majikan itu sendiri tentang peraturan yang telah dipersetujui bersama.PSM juga memainkan peranan yang penting di dalam kod etika perniagaan tersebut jika terdapat sebarang pindaan atau perubahan yang dipersetujui oleh pihak syarikat dan pekerja.
16
BAB 4 KESAN-KESAN YANG BERLAKU DARI MASALAH KRITIKAL TERSEBUT TERHADAP ORGANISASI ATAU PEKERJA
17
Displin atau tatatertib pekerja merujuk kepada kepatuhan pekerja pada dasardasar, peraturan dan prosedur organisasi bagi tujuan menjaga ketenteraman di tempat kerja agar piawaian dan objektif syarikat dapat dicapai. Tujuan utama sistem displin adalah untuk memastikan tingkah laku para pekerja tidak bercanggah dengan matlamat syarikat. Tindakan ini merupakan hukuman yang majikan kenakan terhadap pekerja dengan sebab prestasi tidak memuaskan atau tidak mencapai piawaian yang dikehendaki kerana terbabit dengan salah laku. 1. Kesan kepada organisasi PESB •
Prestasi syarikat akan merosot kerana syarikat menghadapi masalah dengan displin para pekerja yang teruk.
•
Pelanggan akan hilang keyakinan terhadap syarikat apabila setiap penghantaran atau hasil pengeluaran sering mengalami penangguhan yang lama.
•
Hasil pengeluaran syarikat juga akan berkurangan dan syarikat berkemungkinan mengalami kerugian jika permasalahan ini tidak dibendung.
•
Keyakinan para pelabur juga akan berkurangan berikutan PESB mengalami permasalahan dalaman.
2. Kesan kepada pekerja •
Majikan atau pihak syarikat akan hilang keyakinan terhadap pekerja yang sering melakukan salah laku.
•
Prestasi pekerja itu sendiri akan menurun dan ini akan menyebabkan produktivi tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
18
•
Pekerja akan sukar mendapat pekerjaan yang lain di tempat lain jika masih berterusan bersikap demikian.
•
Pekerja tidak dapat menunjukkan prestasi yang bagus jika tidak mengambil berat tentang pekerjaan dan tingkah laku.
Oleh itu majikan harus menyediakan prosedur yang berketepatan dengan kemahuan pekerja dan syarikat agar dapat menangani masalah displin dengan cara yang adil dan berkesan. Bagi memastikan prosedur displin dikuti dengan sempurna, ia haruslah diterangkan kepada pekerja tentang peraturan syarikat sebelum mereka memulakan pekerjaan atau sebagai contoh semasa proses temuduga dijalankan. Pelbagai prinsip dan garis panduan tentang displin perlu dititikberatkan di dalam pentadbiran sesebuah organisasi besar seperti PESB.
19
BAB 5 CADANGAN PENYELESAIAN YANG SESUAI BAGI MENGATASI MASALAH INI
20
Cadangan penyelesaian bagi mengatasi masalah kritikal.
Pemilihan pekerja oleh PSM perlu lebih teliti dan terbuka lebih-lebih lagi
pemilihan kretiria yang dipelukan untuk menjalankan tanggungjawab selaku pegawai yang bakal membawa hala tuju sesebuah jabatan dalam PESB. PESB perlu lebih bertolak ansur dengan setiap kehendak
atau tuntutan pekerja agar ia tidak menjejaskan ekonomi syarikat. Pekerja perlu ada kesedaran dalam diri untuk menjalankan kerja dengan lebih
tekun dan sistematik. Pekerja perlu lebih prihatin dengan keadaan persekitaran di tempat kerja
dengan sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh majikan. Sebagai majikan yang prihatin dan bertanggungjawab adalah perlu PESB
memberikan imbuhan atau saguhati kepada pekerja yang cemerlang dalam pekerjaan. Menyediakan segala kemudahan pasarana seperti surau, kantin dan sebagainya
untuk kemudahan para pekerja tanpa perlu keluar dari kawasan kilang atau tempat kerja. PESB haruslah menetapkan peraturan yang jelas dan mesti diterangkan
kepada para pekerja tentang peraturan syarikat dan pemantauan berterusan perlu dilakukan dari masa ke semasa. Pihak majikan perlu menyiasat dengan lebih terperinci dan teliti jika ada
pekerja yang melanggar peraturan syarikat sebelum sebarang tindakan displin 21
di ambil ke atas pekerja tersebut. Pertambahan jumlah pekerja dalam sesebuah organisasi moden juga mempengaruhi pertumbuhan dan kepentingan sumber manusia. Ramai majikan harus sedar tentang kepentingan fungsi pengurusan sumber manusia kepada organisasi bukan sahaja dapat meringankan tugas pengurus dari menyimpan rekod dan menolong mereka menggunakan kakitangan dengan sebaik mungkin dan menjaga kepentingan pekerja. Dalam perkembangan dunia pekerjaan ini,pekerja menjadi semakin berani menyuarakan pendapat dan menuntut hak-hak mereka. Ini terutama berlaku dalam arus perubahan yang mendadak dalam kepesatan perindustrian menyebabkan para majikan harus memberikan lebih tumpuan terhadap keinginan pekerja sekiranya mereka mahu memastikan objektif organisasi tercapai. Kesimpulan yang dapat dihuraikan disini adalah betapa pentingnya pihak majikan dan pekerja bekerjasama bagi memastikan segala objektif yang ingin dicapai menuju ke matlamat yang di inginkan di dalam sesebuah organisasi seperti PESB itu sendiri. Dengan ini segala permasalahan yang berlaku pasti dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
22
BAB 6 RUJUKAN
23
BAHAN RUJUKAN
a. http://www.pesb.org b. http://www.khazanah.com.my c. http://www.similarbase.com/definisi.html d. http://www.proton.com.my e. Nota-nota dari Penyarah.
24