33
Pengenalan
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti pelbagai perkara iaitu bagaimana Proton dapat menembusi pasaran antarabangsa dan seterusnya mengekalkan momentumnya untuk terus bertahan dan berdaya saing di pasaran tersebut. Terdapat pelbagai strategi PROTON untuk memasuki pasaran antarabangsa iaitu salah satunya melalui segmen produk dan perkhidmatan. PROTON telah mempromosikan produk dan perkhidmatannya melalu media dan gigih melancarkan kempen promosinya dan akhirnya dapat menembusi pasaran China. PROTON masih mengekalkan produk yang sama, tetapi dikukuhkan dengan gaya pemasaran Proton yang agresif. Selain itu, PROTON juga telah menjalinkan kerjasama dengan Lotus untuk menaik taraf teknologi pembuatan kereta PROTON, daripada segi pemanduan dan kecekapan enjin dari segi penggunaan petrol yang jimat. PROTON juga telah meningkatkan kualiti dalam perkhidmatannya dengan mengadakan jaminan untuk alat ganti percuma selama 5 tahun. Hal ini telah sedikit sebanyak menarik minat pembeli kerana tidak perlu risau sekiranya kerosakan berlaku dalam tempoh tersebut. Tambahan pula, Proton juga sentiasa menjaga kualiti agar produk Proton sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Dalam operasi PROTON di luar negara, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhinya, dan salah satunya ialah pasaran yang dikawal selia. Kerajaan mengambil langkah selamat dengan melarang Proton daripada bekerjasama dengan Volkswagen supaya pemilikan penuh Proton tidak hilang. Polisi eksport juga salah satu faktor yang mempengaruhi Proton dengan mengurangkan kadar hayat produk menjadi lebih pendek di luar negara. Maksudnya ialah mengurangkan masa produk tersebut berada di pasaran, dan seterusnya diganti dengan produk atau model yang baru. Kakitangan PROTON seperti vendor amat memainkan peranan dari segi pemasaran produk tersebut. Sekiranya vendor mengenal pasti produk tidak memenuhi standard yang dikehendaki, maka mereka harus beertanggungjawab dari segi pemulangan semula produk tersebut dan menggantikannya dengan produk yang lebih berkualiti.
PROTON telah berusaha untuk memasuki pasaran antarabangsa dengan mengubah suai produk dan gaya perkhidmatan yang diberikan. PROTON telah mengeksport model CBU ( kereta yang siap dipasang) terus ke beberapa negara. PROTON juga terus memfokuskan eksport ke negara yang mengaplikasikan pemanduan sebelah kanan, iaitu di New Zealand dan sebagainya. Walaubagaimanapun, PROTON tidak dapat menembusi pasaran Amerika Syarikat pada waktu itu kerana terdapat banyak pengubahsuaian yang perlu dilakukan kerana Amerika Syarikat amat menitik-beratkan soal keselamatan kereta di negara tersebut. Dengan kemasukan ke pasaran antarabangsa, PROTON telah menghasilkan kereta sukan yang pertama iaitu Satria GTI yang banyak digunakan di litar lumba di Silverstone. Walaubagaimanapun, terdapat kekangan yang dihadapi iaitu pelanggan perlu membayar insurans premium yang tinggi terhadap kereta tersebut. Hal ini kerana kekurangan dari segi keselamatan model Satria GTI kerana sistem keselamatan kereta tersebut amat mudah diceroboh. Terdapat pelbagai kelebihan dan kekurangan PRORON yang dapat dikaji di dalam tugasan ini dan seterusnya cadangan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh PROTON untuk mengatasi masalah tersebut.
Profil Syarikat
Latar Belakang Syarikat
Proton Holdings Berhad atau lebih dikenali sebagai PROTON merupakan salah satu syarikat automobil yang terkenal di Malaysia. Syarikat PROTON mengeluarkan pelbagai jenis automobil yang bergaya dan berketerampilan tinggi. Proton ditubuhkan pada tahun 1983 di mana PROTON merupakan satu-satunya syarikat nasional sehingga kedatangan Perodua pada tahun 1993. PROTON ditubuhkan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad. PROTON juga akronim daripada perkataan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad. Proton Saga merupakan model pertama dilancarkan pada September 1985 di Shah Alam. Aktiviti utama PROTON adalah perkilangan, pemasangan dan penjualan kenderaan bermotor serta produk yang berkaitan. PROTON menghasilkan pelbagai jenis kenderaan seperti Proton Gen Dua, Proton Wira, Proton Saga, Proton Waja, Proton Perdana, Proton Satria dan banyak lagi.
Pada tahun 1980, Dr. Mahathir ketika itu adalah Menteri Perdagangan dan Industri mengarahkan MIDA (Lembaga Kemajuan Industri Malaysia) memulakan kajian projek buatan nasional. Hasilnya HICOM yang merupakan sebuah syarikat industri Negara mendapat pertolongan daripada syarikat automotif Jepun iaitu MITSUBISHI. Hasil daripada pertolongan ini PROTON berjaya menghasilkan sebuah model Saga. Syarikat Proton pertama kali ditubuhkan telah menjual model ini. HICOM memlikik 70% saham manakalan Mitsubishi memliki 30%. Model Proton Saga Berjaya menguasai 70% pasaran kereta penumpang berkapasiti sederhana Malaysia, kejayaannya disebabkan harga Proton Saga yang jauh lebih murah daripada kereta asing akibat cukai import tinggi kepada kereta dan alat kompenan asing. Walaupun Proton berjaya memasuki pasaran Malaysia, syarikat induk HICOM perlu menanggung kerugian besar Proton semenjak penubuhannya sehingga tahun 1989 kerana kos teknikal, alat kompenan, teknologi dan lain-lain daripada Jepun.
Visi
Untuk menjadi sebuah syarikat kejuruteraan automotif yang berjaya di peringkat global dan berorientasikan kepuasan pelanggan seterusnya menghasilkan produk dengan harga yang kompetitif dan inovatif.
2.3 Misi
2.3.1 Untuk Pelanggan
PROTON berusaha untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan kereta yang berkualiti dan produk berkaitan dan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan daripada pesaing.
2.3.2 Untuk Pemegang Saham
PROTON berusaha untuk menjana pendapatan yang baik dengan pertumbuhan yang stabil melalui pengurusan sumber yang cekap.
2.3.3 Untuk Pekerja
PROTON komited untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif sementara memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia dan pekerjaan jangka panjang.
2.3.4 Untuk Korporat
PROTON berusaha untuk membangunkan dan mengekalkan 'win-win solution', dan memberi nilai tambah yang tinggi.
2.3.5 Kepada Negara
PROTON akan menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan boleh bergerak ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Objektif/Matlamat Syarikat
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada tahun 1983 dengan inisiatif oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tiga objektif pembangunan nasional iaitu:
Menerajui proses perindustrian pembuatan dan automatif dalam negara.
Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang industry pembuatan automatif.
Memperkukuhkan keupayaan industri automatif Malaysia bagi menembusi pasaran antarabangsa.
STRATEGI PROTON KE ARAH GLOBALISASI
3.1 Produk dan Perkhidmatan
Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), strategi penembusan pasaran digunakan dengan tujuan untuk meningkatkan syer pasaran organisasi dalam sesebuah kawasan. Organisasi masih menawarkan produk yang sama dalam pasaran yang telah dimasukinya tetapi meningkatkan usaha pemasaran agar keluaran dapat dijual dengan lebih banyak dan seterusnya menjana keuntungan yang lebih. Dalam strategi ini, usaha seperti penambahan jurujual, memperhebatkan aktiviti pengiklanan, melaksanakan promosi jualan besar-besaran dan meluaskan publisiti dalam pasaran semasa. Ini dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti pengiklanan di kaca televisyen untuk keluaran yang telah sedia ada di pasaran. Sebagai contoh, PROTON telah menembus pasaran ke luar negara seperti negara China dan Jepun.
3.2 Penyelidikan dan pembangunan projek
Melalui kerjasama dengan universiti di Malaysia dan di UK dengan pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.
Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), strategi ini melibatkan penghasilan keluaran baru ke pasaran semasa melalui usaha pembangunan keluaran baru. Ini bermakna organisasi telah sedia memasuki pasaran tetapi menambah jumlah keluarannya di pasaran tersebut. Strategi ini boleh juga dilaksanakan dengan menambahkan ciri baru kepada produk semasa. Proton Perdana V6 contohnya merupakan produk yang telah diubah suai daripada Proton Perdana jenis lama. Strategi ini sesuai dilaksanakan jika keluaran semasa sedang menempuhi tahap kematangan dalam kitaran hayat keluaran. Jadi pengeluaran keluaran baru boleh menarik pelanggan sedia ada yang setia untuk mencuba keluaran baru.
Keupayaan PROTON telah berkembang luas dan ia tidak lagi hanya menjadi sebuah syarikat pengilang kenderaan. Kemampuan PROTON dalam perkhidmatan kejuruteraan telah diiktiraf di dalam dan luar negara. Melalui projek-projek terdahulu dan yang sedang diusahakan, PROTON terus mengukuhkan reputasi kemampuannya dalam bidang kejuruteraan, termasuklah program yang diusahakan dengan Lotus Engineering iaitu mencipta teknologi sendiri iaitu :
3.2.1 Enjin Campro
Objektif projek Campro adalah untuk menghasilkan enjin Malaysia pertama dengan keupayaan 1.3 liter dan 1.6 liter berdasarkan konfigurasi "in-line" 4 silinder. Enjin Campro ini menepati syarat-syarat "exhaust emission" Kesatuan Eropah (Euro 4). Enjin Campro telah diperkenalkan di Malaysia melalui pelancaran Gen.2 pada Februari 2004. Enjin Campro 1.3 liter dan 1.6 liter akan turut digunakan di dalam model-model baru PROTON. Nama Campro ialah kependekan bagi Cam Profile (Profil Sesondol). Enjin ini digunakan dalam model-model kereta Proton bermula dengan Proton Gen-2 diikuti model-model lain termasuk Proton Satria Neo, Proton Waja, Proton Saga BLM, Proton Exora, Proton Persona, Proton Suprima S dan Proton Iriz. Enjin ini dibina sebagai membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa dan mematuhi piawaian emisi yang ketat. Prototaip enjin mula ditampilkan pada 6 Oktober 2000 di kilang Lotus di UK sebelum mula digunakan pada model tahun 2004 Proton Gen-2.
3.2.2 Campro CPS/VIM
Ini merupakan pembangunan enjin Campro berkuasa tinggi. Objektif utama adalah untuk meningkatkan keupayaan enjin melebihi 10% dan mengurangkan pengeluaran "emission" menjangkau tahap keperluan Euro 4. Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 125 kuasa kuda (127 PS; 93 kW) pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm. Proses pembangunan enjin ini sering mendapat kritikan di kalangan peminat automotif kerana sering tertangguh walaupun jadual asal bagi penggunaan teknologi sedemikian sepatutnya mula digunakan pada tahun 2005. Enjin Campro CPS digunakan bermula dengan model Proton Gen-2, Proton Waja tahun 2008, Proton Preve dan Proton Exora CPS.
3.3 Pembuatan
Menurut Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul (2003), strategi ini dilaksanakan dengan menambah keluaran atau perkhidmatan baru tetapi berkaitan dengan pelanggan sedia ada organisasi. Selain itu, Proton tidak perlu mencari pelanggan baru tetapi berusaha agar pelanggan semasa menambah jumlah pembelian mereka daripada organisasi. Contohnya, Proton perlu meningkatkan lagi penambaikkan di dalam keluarannya. Hal ini demikian kerana akan menarik lagi minat pelanggan bagi menambahkan jumlah pengunjungan pelanggan. Sebagai contoh, pelanggan Proton boleh membuat servis kereta setiap 6 bulan sekali bagi menukar minyak engine kenderaan Proton. Secara tidak langsung, pelanggan akan tertarik melihat keluaran Proton yang terkini dan berminat untuk mencuba. Strategi ini berkesan apabila pasaran semasa Proton sedang mengalami penurunan jualan dan keuntungan.
3.4 Pengurusan kualiti
a) Mengamalkan tiga peringkat garis pemeriksaan –
i. penilaian statik ke atas kereta yang sesuai dan penampilan luaran dan dalaman.
ii. penilaian fungsi dinamik dan pemanduan.
iii. pemeriksaan terakhir sebelum diluluskan untuk dihantar kepada pelanggan.
b) Kualiti Penjual ditangani pada sumber dengan menggunakan Advance Produk Perancangan Kualiti (APQP) pasukan.
3.5 Jualan dan Pengedaran
a) Pengukuhan jualan domestik dan rangkaian perkhidmatan untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan mengekalkan bahagian pasaran.
b) Pusat Pengurusan Pelanggan dilancarkan dikenali sebagai "Proton I.Care" untuk c pelanggan untuk menghubungi Proton Edar untuk produk dan siasatan perkhidmatan serta 24 jam bantuan kecemasan.
3.6 Rakan perniagaan
a) Memilih peluang untuk bekerjasama yang membolehkan untuk menyampaikan idea-idea yang lebih baik ke dalam pasaran termasuk Asia, Eropah, Amerika Utara dan syarikat-syarikat Amerika Selatan.
b) Membentuk usaha sama dengan Miyazu Jepun untuk membangunkan keupayaan Malaysia dalam reka bentuk, pembuatan dan penyelenggaraan.
3.7 Sumber Manusia
a) Rekrut, ganjaran dan mengekalkan pekerja terbaik.
b) program latihan untuk dilaksanakan pelatih siswazah.
c) komunikasi pembangunan polisi yang melibatkan pekerja.
4.0 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Operasi PROTON di Pasaran Antarabangsa
4.1 Pasaran dikawal selia
Bahagian pasaran PROTON telah merosot sejak beberapa tahun kerana menghadapi kesukaran dalam pasaran dikawal selia yang baru.
Kerajaan telah menggesa PROTON untuk menjalin perkongsian dengan pembuat kereta asing untuk memberikan kepakaran dan skala ekonomi yang diperlukan untuk terus hidup, tetapi rundingan dengan Volkswagen dan General Motors telah runtuh apabila kerajaan mengambil keputusan yang terbaik dengan menjaga pemilikan PROTON atau risiko kehilangan kawalan ke atas reka bentuk dan pengeluaran pembuat kereta nasional.
4.2 Ancaman kelemesetan ekonomi global dan persekitaran operasi yang padat.
Walaupun cabaran yang berterusan memberi kesan kepada industri, termasuk kos pengeluaran dan bahan mentah yang semakin meningkat, keyakinan pengguna terhadap syarikat semakin tergugat kerana berpunca daripada ekonomi negara yang semakin meleset dan juga persekitaran operasi yang padat. Di peringkat global, industri automotif sedang melalui tempoh perubahan, iaitu berganung kepada peningkatan dari segi kepesatan teknologi, keperluan untuk mematuhi undang-undang yang semakin ketat dari segi eksport yang akan mempengaruhi permintaan pasaran, harga petrol yang tidak menentu dan peningkatan kos bahan mentah dan pembuatan akan menyebabkan margin keuntungan yang lebih rendah dan ia adalah salah satu cabaran yang perlu ditangani.
4.3 Polisi Eksport
Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, PROTON mengeksport sejumlah 18,426 kereta dalam tahun 2009, dari 108,405 bahawa ia dibina pada tahun 2008. Walaupun tumpuan kini adalah kepada eksport, kedua-dua nombor adalah membimbangkan untuk kereta nasional syarikat.
Dalam kadar pertumbuhan yang pantas dalam industri automotif hari ini, adalah tidak hairan mengapa PROTON lebih sukar untuk bersaing di luar negara dan juga di pasaran tempatan. . Kitar hayat produk yang lebih panjang untuk menjimatkan proses pembuatan atau R&D akan menimbulkan masalah untuk Proton sendiri kerana perlu bersaing dengan syarikat yang lain yang lebih cepat kitaran hayat produknya.
Savvy, misalnya, bermula pada harga £ 7,995 (RM 44,000) di UK, adalah salah satu daripada beberapa produk Proton yang dieksport ke luar negara. Sebagai saingannya, Kia Picanto dengan berharga £ 2,000 (RM11,000), lebih jauh murah harganya dalam segmen kategori kereta yang sama dengan Savvy.
4.4 Kakitangan dan Vendor
Pengarah Urusan PROTON, Syed Zainal Abidin, pernah menyatakan bahawa 60 peratus daripada kecacatan dalam kereta PROTON adalah kerana komponen yang tidak berkualiti daripada pembekal, tetapi sebaliknya menyalahkan pada tenaga kerja syarikat.
Jika pihak pengurusan serius dalam membawa PROTON kembali kepada entiti yang menguntungkan, mereka perlu mengambil kira tentang isu pembekal iaitu kecekapan pemasar, pembekal yang telah terlepas pandang, dan pembekal perlu mengambil kira tentang kualiti produk yang perlu memenuhi standard pengeluaran kereta itu sendiri.
Dalam erti kata yang lain, jika PROTON mengambil kira tentang kempen "sifar kecacatan", sifar toleransi terhadap pembekal perlu diambil berat kerana pembekal adalah orang yang penting dalam menghasilkan produk akhir tersebut.
Kempen sifar kecacatan PROTON bertujuan untuk memadamkan reputasi untuk kualiti yang rendah dan untuk bersaing dengan pesaing asing. Pengurusan PROTON telah menggesa pekerja untuk memberi tumpuan kepada kawalan kualiti, kerana ia penting untuk mengaut keuntungan dari hasil eksport ke luar negara. Pengguna mahu kereta yang berkualiti dan mereka mempunyai harapan yang tinggi terhadap PROTON.
Untuk mengekalkan daya saing, PROTON perlu memastikan pekerja mereka sentiasa dipupuk dengan latihan yang betul dan alat. latihan yang konsisten dan relevan untuk memastikan bahawa pekerja mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu syarikat PROTON terus maju ke hadapan dan berdaya saing.
5.0 Produk PROTON di Peringkat Antarabangsa
5.1 Pengeksportan model PROTON CBU unit
Proton mempunyai eksport kereta ke United Kingdom, Afrika Selatan, dan Australia dan syarikat itu agresif memasarkan keretanya di beberapa negara lain termasuk Timur Tengah. Selain itu, kereta Proton juga telah mengeksport jumlah kecil kereta ke Singapura, Brunei, Indonesia, Nepal, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Taiwan, Cyprus dan Mauritius. 14,706 buah kereta Proton telah dieksport pada tahun 2006.. Pada bulan Julai 2007, Proton telah menandatangani perjanjian dengan Youngman Automobile Group Ltd. Co.,untuk membuka jalan bagi pengeluar kereta nasional itu untuk menawarkan produk dan perkhidmatannya di China. Di bawah perjanjian, Youngman akan mengimport (siap dipasang) unit 30,000 Gen.2 CBU dan menjual di bawah jenama EuroStar sendiri dan akhirnya membangunkan rangkaian baru kereta buatan China dengan perkhidmatan kejuruteraan yang disediakan melalui Lotus Proton.
PROTON mula mengeksport dari Malaysia ke pasaran pemanduan kanan ke New Zealand pada akhir 1980-an untuk memenuhi keperluan pengguna berdasarkan keadaan budaya di negara tersebut. Mereka diiklankan di sana dengan slogan Teknologi Jepun, gaya Malaysia. tahun 1990-an, PROTON telah menarik diri daripada pasaran New Zealand selepas hanya mampu memasarkan kereta PROTON model Saga Persona iaitu dalam kategori kereta sedan. PROTON telah keluar daripada pasaran Ireland pada awal 1990-an, berikutan kejayaan yang terhad di negara itu. Jjualan Proton seolah-olah akan perlahan-lahan merosot di United Kingdom pada tahun 2008 dengan hanya mampu menjual 1518 buah kereta (0.07% daripada pasaran), berbanding 2752 pada tahun 2002. Angka-angka ini adalah tidak penting berbanding dengan 2008 jualan di UK hanya 28.036% untuk Hyundai Korea dan 29.397% untuk SEAT Sepanyol .
5.2 Pengubahsuaian dari segi pemanduan
PROTON telah mengeksport kereta ke Singapura dan Australia, dan telah mengeluarkan model pemanduan sebelah kiri, untuk dieksport ke benua Eropah. Kemasukan ke pasaran AS dianggap oleh Malcolm Bricklin sebagai pasaran yang gagal berikutan pelancaran Hyundai berjaya dalam pertengahan 1980-an. Walau bagaimanapun, eksport ke AS tidak pernah menjadi kenyataan, kerana kereta PROTON memerlukan banyak pengubahsuaian untuk memenuhi standard keselamatan Amerika sebagai salah satu prosuder untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans auto dan memenuhi keperluan perundangan.
5.3 Tarif yang dikenakan kepada Proton
Perjanjian AFTA pada entri santai ke dalam ruang pasaran ASEAN mempunyai pengecualian khusus untuk Proton. Kerajaan Malaysia mendapat pengecualian tiga tahun bagi Proton 2002-2005 di mana tarif kemasukan terpaksa diturunkan kepada 5%. Ini telah digantikan oleh tugas-tugas lain menyebabkan tiada penurunan bersih dalam harga automotif untuk pengimport.
5.4 Mencipta Kereta Sukan yang Pertama
Di United Kingdom, kereta Proton mengalami sedikit persepsi negatif daripada pandangan orang awam. Mereka menganggap kereta Proton hanya untuk golongan orang yang berusia sahaja manakala tidak sesuai untuk golongan remaja. Pada tahun 1998, Proton cuba untuk mengubah keadaan ini dengan memperkenalkan Proton Satria GTi. Walau bagaimanapun, kereta itu agak tinggi kos untuk golongan belia kerana polisi insurans premium yang tinggi terhadap kereta tersebut. Satria GTi memperkenalkan imej "Lotus Ride & Handling", tetapi kelemahannya ialah sistem keselamatan yang lemah yang memungkinkan kereta itu dicuri. Walau bagaimanapun, dengan teknologi Lotus, pengendalian kereta tersebut lebih selesa, ditambah pula dengan enjin berkapasiti 1800cc, yang mempunyai 16 injap 'Overhead Double Cam Engine' (yang menghasilkan 133bhp) Sejumlah kereta tersebut telah dibeli oleh Octtagon Circuits Race dan digunakan sebagai kereta trek di Silverstone dan di litar lumba Hatch.
Kereta Proton telah diimport ke Trinidad dan Tobago antara 1993 dan 2002. Mereka telah dijual melalui seorang peniaga tempatan negara tersebut iaitu H.E Robinson Ltd. Hanya model Saga dan Wira pernah mencapai pasaran ini dengan peratus jualan Wira yang menikmati kejayaan jualan sederhana. Kebankrapan pengedar Proton telah dipaksa keluar dari Trinidad dan Tobago pada tahun 2002.
5.5 Penaiktarafan Perkhidmatan
Kualiti adalah tentang kepuasan pelanggan dan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Penaiktarafan dan peningkatan kualaiti ada sesuatu yangmencabar, untuk mengatakan kerana permintaan pengguna persepsi kualiti di kalangan pembeli kereta mempengaruhi penjualan kereta PROTON. Oleh itu, kunci untuk meningkatkan kualiti di pasaran adalah untuk memahami keperluan dan persepsi pelanggan-pelanggan kami. Bagi tujuan ini, Proton telah menubuhkan satu program iaitu 'Suara Pelanggan' ( I-Care) dan membuat rangka kerja bagi memudahkan maklum balas mengenai isu-isu kualiti dari pasaran. Ini adalah penting dalam usaha untuk mewujudkan langkah-langkah mengambil kira maklum balas dengan cepat dan berkesan untuk menyelesaikan isu-isu kualiti kritikal dalam pasaran dengan cara yang tepat pada masanya dan menghalang berulangnya isu-isu kualiti dalam model tersebut pada masa depan.
Pada tahun yang sama, mekanisme maklum balas baru yang dikenali sebagai Indeks Mengutamakan Pelanggan (CPI) diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu pengguna menyelesaikan isu-isu yang ada di pasaran. CPI adalah matriks yang mengira dan mengutamakan maklum balas pelanggan berdasarkan aspek-aspek seperti data teknikal, tuntutan waranti dan isu kualiti. Kumpulan ini juga diukur dalam maklum balas mengenai kualiti produk di pasaran melalui petunjuk seperti ketelitian setiap kereta (CPC), kualiti penghantaran kecacatan per unit (DPU) dan peruntukan waranti.
Pada tahap ini, Proton Persona dan Saga telah diperkenalkan ke dalam pasaran, dan aduan pelanggan telah kurang dengan amat ketara dan persepsi kualiti untuk produk PROTON telah bertambah baik seperti yang ditunjukkan dalam peningkatan yang ketara dalam tahap CPC dan DPU. Selain itu, daripada maklum balas pasaran yang diukur melalui peruntukan jaminan dan Laporan Kualiti Produk (pengedar maklum balas), PROTON telah mencatatkan peningkatan yang luar biasa dan hal ini menunjukkan komitmen PROTON untuk memuaskan hati pelanggan sebagai satu keperluan.
6.0 Bagaimana PROTON Menghadapi Pesaing
6.1 Pengurusan yang fleksibel
PROTON perlu lebih fokus untuk terus menempatkan syarikatnya di pasaran antarabangsa. Pengurusan PROTON bukan sahaja perlu fleksibel dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah, tetapi juga perlu komited untuk melaksanakan inisiatif jangka panjang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kejuruteraan dan pembuatan dasarnya. Dengan pelbagai produk yang diperluaskan, kualiti yang lebih baik dan nilai untuk wang bagi produk, jenama PROTON akan menjadi semakin menarik. Inilah yang akan memacu pertumbuhan mampan untuk PROTON dan pulangan positif bagi pemegang saham. Tambahan pula, PROTON tidak boleh bergantung semata-mata kepada pasaran domestik yang berkembang secara pesat. Seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan PROTON, syarikat perlu menumpukan kepada pasaran eksport supaya pertumbuhan yang ketara dapat dicapai di pasaran antarabangsa Walaupun PROTON telah bertapak di beberapa pasaran di negara luar,namun terdapat keperluan untuk meneroka pasaran baru. Selaras dengan 10 tahun pelan hala tuju PROTON, syarikat perlu komited ke arah memperluaskan kehadirannya di rantau ini dari segi jualan dan pengedaran, terutama dalam negara ASEAN, seperti China, India, dan Timur Tengah.
6.2 Kerjasama dengan China
Pasaran automotif Cina khususnya, kekal sebagai pasaran yang sangat penting bagi banyak pengeluar automotif. PROTON, seperti pengeluar automotif lain, menganggap China sebagai pasaran penting dan perlu mengambil bahagian untuk menjadi peserta automotif berdaya saing dalam jangka masa panjang. Pada bulan Julai 2007, PROTON telah memeterai pengaturan perniagaan dengan Jinhua Youngman Automobile Manufacturing Ltd (Jinhua Youngman) untuk membekalkan 30,000 unit kereta Gen2 CBU dalam tempoh 20 bulan. Kereta Proton dengan logo yang baru dijual di pasaran automotif China di bawah jenama Europestar . Walaupun kuantiti eksport kereta agak kurang memberangsangkan dan dianggap sederhana berbanding dengan pengeluar automotif lain namun ini adalah pencapaian yang membanggakan bagi PROTON dan merupakan pesanan eksport yang terbesar sejak penubuhannya pada tahun 1983. Selain itu, terdapat juga potensi untuk pencapaian yang baik dalam pengaturan ini dengan Jinhua Youngman dari segi unit CBU yang akan dieksport, pelesenan enjin dan platform, serta skop diperluaskan peluang dalam perkhidmatan kejuruteraan dan bantuan teknikal.
Contoh strategi ini sudah dapat dilihat dalam urusan perniagaan yang dimeterai antara PROTON dan Jinhua Youngman. Hal ini bukan sahaja membolehkan PROTON secara tidak langsung memasuki pasaran automotif China yang semakin berkembang, tetapi juga membolehkan anak syarikatnya, Lotus Group International Ltd, untuk bertapak kukuh dalam pasaran perkhidmatan kejuruteraan automotif China.
7.0 Undang-undang atau Halangan yang dihadapi oleh PROTON
7.1 Polisi Singapura
Sijil Kelayakan kuota untuk kereta di Singapura adalah lebih rendah sebanyak 3.1% pada tahun 2007. Pengurangan ini menandakan berakhirnya kuota bumper di negera tersebut dan menyebabkan pengedar mengurangkan margin eksport mereka untuk meelunaskan saham yang tertunggak. Tahun ini juga menyaksikan pengenalan kereta China ke Singapura. Pada masa ini, 80% daripada kereta di Singapura berumur kurang daripada empat tahun manakala 90% kurang daripada lima tahun perlu dilupuskan. Pengurangan kuota, ditambah pula dengan pengenalan kereta buatan China membawa kepada pengurangan 43% hasil jualan PROTON di negara tersebut. Hal ini mengakibatkan kesan yang mendalam kepada PROTON kerana perlu berhadapan dengan polisi pelupusan kereta oleh Singapura dan juga kemasukan eksport kereta China dalam kuantiti yang besar.
7.2 Pasaran Eropah
Salah satu topik utama yang menjadi isu pada tahun 2007 adalah 'green factor' yang mempengaruhi persepsi UK belian awam. Jualan 'environmental car' telah diterajui oleh pasaran tempatan UK sebagai pengeluar kenderaan bagi segmen cekap bahan api dan kenderaan pelepasan CO2 yang rendah.
Tambahan pula, kesan polisi oleh pasaran Eropah telah mengakibatkan Proton Cars (UK) Ltd menyaksikan pengurangan dalam jualan sebanyak 8% pada tahun 2007. Namun begitu, walaupun perbelanjaan pemasaran dikurangkan, jualan pasaran tempatan meningkat sebanyak 3.5% dalam tempoh tersebut, yang merupakan petanda baik untuk Proton dalam jangka masa panjang. Jualan model Gen.2 bertambah baik sepanjang tahun dan Satria, yang dilancarkan pada bulan Mac 2007, telah diterima baik oleh peniaga, akhbar permotoran dan orang awam. Walau bagaimanapun, jualan untuk Waja terjejas akibat penurunan permintaan di seluruh negara manakala Savvy menghadapi persaingan yang sengit daripada jenama lain dalam kategori kereta kompak.
8.0 SWOT ANALYISIS
8.1 Kekuatan
i. PROTON adalah peneraju pasaran dalam pasaran domestik dan menguasai sehingga 70% daripada bahagian pasaran jualan kereta di Malaysia.
ii. PROTON membangunkan kepakaran kejuruteraan, pembuatan enjin sendiri dan platform penyelidikan dan pembangunan setiap tahun.
iii. PROTON mempunyai kepakaran kejuruteraan daripada Lotus yang merupakan peneraju dalam segmen kereta sukan di seluruh dunia sekali gus meningkatkan reputasi proton dan keupayaan untuk bersaing dalam pasaran global.
iv. PROTON mempunyai bandar Proton di Tanjung Malim (2004) yang merupakan sebuah bandar maklumat bersepadu, rangkaian internet berkelajuan tinggi, rumah pintar yang canggih, dan pasaran elektronik ( E-Commerce) mempunyai keupayaan untuk mereka bentuk, ujian, menghasilkan kereta untuk permintaan pasaran.
v. PROTON turut menyediakan perkhidmatan dari segi perundingan kejuruteraan, pembuatan, pengedaran, perkhidmatan kewangan dan pelaburan hartanah di seluruh dunia.
vi. PROTON mempunyai kilang pengeluaran sendiri di Malaysia, United Kingdom, Vietnam, China dan Indonesia.
8.2 Kelemahan
i. Imej yang diunjurkan oleh Proton yang dianggap sebagai jenama biasa bukan jenama eksklusif (dari segi kualiti kereta yang dihasilkan) terutamanya dalam pasaran domestik.
ii. Kereta Proton tidak popular di pasaran antarabangsa kerana Proton kekurangan rangkaian, pemasaran yang agresif dan kempen pengiklanan untuk jenama produk.
iii. Kekurangan model kereta berkualiti tinggi dengan itu menurunkan imej jenama dan kurang berdaya saing dengan pengeluar kereta asing seperti Honda, BMW dan Hyundai.
iv. Birokrasi dan 'play it safe' ialah gaya pengurusan yang diaplikasikan oleh Proton telah menjadi penghalang untuk Proton menjadi sensitif terhadap peralihan kehendak pelanggan dan teknologi pesaing dan model kereta baru telah mengurangkan permintaan dalam bahagian pasaran antarabangsa.
8.3 Peluang
i. Pertumbuhan ekonomi di negara China dan bilangan penduduk yang ramai.
ii. Memiliki kereta di negara-negara membangun menjadi satu keperluan dan sebahagian daripada gaya hidup moden terutama di ASIA negara.
iii. Kadar perkahwinan tinggi di rantau ASEAN dan golongan belia yang memohon untuk pembelian kereta yang mampu milik untuk kegunaan harian mereka.
iv. Teknologi baru biodiesel, kereta hybrid dan hidrogen sebagai bahan api alternatif dan kereta yang lebih cekap telah mewujudkan permintaan baru dalam pasaran.
v. Pelaksanaan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas Asean) dan kerjasa dengan Amerika Syarikat dan benua Eropah meningkatkan peluang dari segi pengeksportan kereta nasional ke luar negara.
8.4 ANCAMAN
i. Kenaikan harga minyak dunia.
ii. Persaingan harga yang sengit di kalangan pengeluar kereta tempatan seperti Perodua.
iii. Kenaikan harga bahan mentas seperti keluli akan meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan keuntungan.
iv. Kereta hibrid baru dan kereta canggih yang mesra alam dan dapat menjimatkan minyak sekali gus mengurangkan permintaan terhadap jenis kereta yang biasa.
v. Sumber bahan mentah, rangkaian pengedaran, teknologi yang tinggi, jenama yang eksklusif, bahagian pasaran, kepakaran kejuruteraan dimiliki oleh pembuat kereta asing
8.5 SWOT MATRIX
STRENGTH
1, Proton adalah peneraju pasaran dalam pasaran domestik .
2. Proton membangunkan kepakaran kejuruteraan dan enjin sendiri.
3. Mempunyai kepakaran kejuruteraan daripada Lotus yang merupakan peneraju dalam segmen kereta sukan .
4. Proton mempunyai bandar Proton di Tanjung Malim dan berupaya untuk mereka bentuk, ujian, menghasilkan kereta daripada lakaran awal.
5. Proton menyediakan perkhidmatan dari segi perundingan kejuruteraan, pembuatan, pengedaran, perkhidmatan kewangan dan pelaburan hartanah di seluruh dunia.
6. Proton mempunyai kilang pengeluaran di Malaysia, United Kingdom, Vietnam, China dan Indonesia.
WEAKNESESS
Kuasa jenama dan imej yang rendah,
Kelemahan dari segi jaringan pemasaran, pemasaran yang tidak agresif dan kekurangan dari segi mempromosikan produk.
Kekurangan kereta yang mempunyai kualiti yang tinggi seterusnya memberi kesan kepada imej jenama Proton.
Birokrasi dan gaya pengurusan Proton yang mengamalkan pemasaran pada taraf yang selamat.
Opportunity
1. Pertumbuhan ekonomi di negara China da.
2. Memiliki kereta sebahagian daripada gaya hidup moden terutama di ASIA negara.
3. Golongan belia yang memohon untuk pembelian kereta yang mampu milik.
4. Teknologi baru biodiesel itu, kereta hibrid, hidrogen sebagai bahan api alternatif dan kereta yang lebih effisien telah mewujudkan permintaan baru.
5. Pelaksanaan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas Asean) dan kerjasa dengan Amerika Syarikat dan benua Eropah meningkatkan peluang dari segi pengeksportan kereta nasional ke luar negara.
SO – Strategy
1. Membangunkan kereta yang canggih dan eksklusif menggunakan sistem hibrid, dengan menggunakan bahan api biodiesel dan penggunaan bahan api menjimatkan. (S1, S2, S3, O4)
2. Memberi tumpuan dalam Pasaran China dan negara maju yang lain, mewujudkan kuasa jenama dan menghasilkan lebih banyak kereta yang sesuai dengan keperluan pelanggan asing dan mahu. (S6, O1, O2, O5)
WO - Strategy
1. Membangunkan model kereta baru yang berkualiti tinggi dan reka bentuk yang unik dan menjual pada harga yang berpatutan. (W1, W3, O2, O3)
2. Menembusi pasaran baru di negara-negara maju di mana harga sensitif adalah tinggi dan menjual kereta pada harga premium untuk mewujudkan Pasaran. (W3, O2, O3)
Threat
1. Kenaikan harga minyak dunia.
2. Persaingan harga yang sengit di kalangan pengeluar kereta tempatan seperti Perodua.
3. Kenaikan harga bahan mentas seperti keluli akan meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan keuntungan.
ST-Strategy
1.Membangunkan dan mengeluarkan kereta dari segi penjimatan bahan api, enjin berprestasi tinggi, reka bentuk yang bagus dan memberi nilai tambah kepada pelanggan. (S3, S4, S5, T1, T4)
2. Meningkatkan kepakaran, operasi dan rangkaian melalui usaha sama, pengambilalihan dan pakatan strategik. (S3, S4, S5, T2, T5)
WT- Strategy
1.Mewujudkan pakatan strategik dengan pemain global dalam industri automobil untuk meningkatkan saluran pengedaran, keupayaan pemasaran dan keupayaan R & D. (W2, T2, T5)
2. Menggunakan strategi kepimpinan kos dalam pengurusan dan pengeluaran dengan menggunakan teknologi dan kaedah (W3, W4, T1, T2, T3)
9.0 Pelan Tindakan dan Kawalan Proton
9.1 Skim Pelupusan Kereta
Proton sudah mempunyai skim pelupusan yang berjalan sejak tahun 2007 yang dikenali sebagai Proton XChange di mana kereta lama berumur lebih daripada 10 tahun dan dimiliki oleh pemilik untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dan berdaftar boleh dijual beli dalam harga RM 5000 dan setakat ini sehingga 2700 kopun diskaun telah dikeluarkan. Sebaik sahaja kereta telah diserahkan kepada Proton di bawah skim ini, ia akan dibatalkan pendaftarannya daripada Jabatan Pengangkutan Jalan dan dimansuhkan. Kenderaan yang melebihi tempoh 10 tahun akan menerima diskaun RM5000 untuk membeli sebuah kereta baru.Terdapat juga insentif sifar bagi mereka yang mencari di kedai kereta terpakai yang lebih baru, walaupun ia adalah sebuah kereta Perodua atau Proton. Skim ini akan membantu proton untuk meningkatkan jualan dalam sentimen pengguna yang kurang memberangsangkan berikutan ketidaktentuan pasaran pekerjaan dan boleh membantu meningkatkan jualan kereta dan memulihkan industri automotif tempatan.
9.2 Kempen Kawalan Kualiti
Kempen kawalan kualiti akan memberi tambah nilai kepada pekerja, gaya amalan pengeluaran dan komponen yang dihasilkan oleh pembekal untuk membuat penambahbaikan Proton. Pelancaran kempen kawalan kualiti adalah berdasarkan kepada komitmen untuk memastikan semua kereta Proton bebas daripada kecacatan. Hal ini adalah mahu mengubah persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap kereta nasional, dan untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap imej jenama. Selain itu, kajian akan dibuat kepada punca masalah dan menilai rangkaian produknya kepada pembekal untuk mengelakkan isu-isu kawalan kualiti. Proton sentiasa menekankan kawalan kualiti dalam semua aspek operasinya dan belajar dari masa lalu untuk memastikan paras semasa kawalan kualiti telah dipertingkatkan. Proton baru-baru ini telah menubuhkan satu sistem pemantauan untuk mengenal pasti kecacatan di bahagian pengeluaran untuk bertindak balas lebih cepat untuk masalah komponen yang rosak. Proton merancang untuk meneroka pasaran di Asia, China, India dan Timur Tengah. Permintaan tempahan yang tinggi bagi Persona dan Saga setakat ini mencerminkan keyakinan pelanggan yang semakin meningkat dari segi komitmen baru Proton kepada kualiti.
9.3 Kempen 'Zero-Defect'
Proton melancarkan kempen 'sifar kecacatan' yang bertujuan untuk memadamkan persepsi terhadap kualiti yang rendah. Proton merancang untuk memenuhi semua model dengan mengantikan tangki gas asli (NGV) dari Oktober untuk meringankan beban pengguna dari segi kenaikan kos bahan api. Dengan kenaikan harga minyak yang tidak menentu baru-baru ini, pengguna mahu kereta yang berkualiti dan mereka mempunyai harapan yang tinggi terhadap Proton. Proton mahu memberi tumpuan kepada penjenamaan semula syarikat. Tumpuannya adalah meletakkan Proton pada asas yang lebih baik, untuk meningkatkan kualiti, produk dan keuntungan dan perlu bersedia bersaing di peringkat global. Proton akan terus mengetatkan kawalan pengeluaran dan menjalankan audit sebelum kereta dipasarkan untuk memastikan bahawa tidak ada kelemahan dari segi kualiti dan kecacatan berlaku.
9.4 Kenderaan pelbagai guna Proton (MPV)
Berikutan keadaan ekonomi yang stabil pada tahun 2009, kenderaan Proton sulung pelbagai guna (MPV) telah dilancarkan pada April 2009. Proton telah memberi cabaran yang serius kepada MPV lain yang setanding kerana harganya yang kompetitif dan nilai untuk wang. Proton Exora, yang akan dikuasakan oleh enjin 1,600cc dan berharga di bawah RM80000. Pada harga semasa, proton Exora percaya akan memberikan cabaran yang serius kepada Toyata Avanza (harga maksimum: RM72000 untuk 1,500cc) dan Nissan Grand Livina (harga maksimum: RM97000 untuk 1,800cc).
Industri automotif global dan tempatan menghadapi salah satu daripada tempoh paling mencabar dalam sejarah baru-baru ini dengan pembeli berhati-hati di tengah-tengah krisis ekonomi global. Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa ia akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua.. Proton perlu setiap sedikit bantuan daripada Kerajaan semasa tempoh yang sukar ini untuk memastikan kelangsungan hidup sebagai hampir 200,000 orang terlibat secara langsung dan tidak langsung berkaitan dengan industri automotif negara. Skim ini juga merupakan alat yang penting dalam pengurusan persekitaran industri automotif. Ia boleh membantu industri untuk melupuskan kereta lama lebih cekap dan bertanggungjawab manakala melindungi alam sekitar. Malaysia akan mengikut jejak langkah negara-negara lain seperti Sepanyol, Perancis dan Itali. UK (juga) menimbang pelaksanaan skim seumpama itu pada masa akan datang untuk merangsang jualan kereta. Setelah diserahkan, kereta tersebut tidak boleh dikembalika
10.0 Cadangan
PROTON mempunyai sumber yang berlebihan, integrasi ke belakang, ke hadapan atau integrasi mendatar mungkin strategi yang berkesan. Jika PROTON terlalu banyak komited untuk satu produk, maka kepelbagaian sepusat boleh mengurangkan risiko yang berkaitan dengan barisan produk yang sempit. PROTON mampu untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang luaran dalam beberapa bidang: mereka boleh mengambil risiko agresif apabila perlu.
Daripada analisis , saya mencadangkan strategi seperti di bawah: -
a) Menyusun semula
Penyusunan semula boleh digunakan untuk tujuan kepelbagaian dari pasaran sedia ada dengan mendedahkan permohonan baru, menggunakan atau segmen pasaran untuk produk semasa. Dalam penyusunan semula Prootn, Proton boleh meilai segmentasi mereka untuk menjadi lebih fokus dan realistik. Dengan menggunakan objektif yang sama, Proton harus menyusun semula produk mereka dengan menumpukan kepada pengguna kelas pertengahan. Persona adalah contoh terbaik penyusunan semula tetapi ianya terhad kepada pasaran Eropah dan China. Proton harus membangunkan perkhidmatan baru yang bukan sahaja menguasai pasaran sub domestik tetapi juga pasaran pada masa hadapan iaitu di Timur Tengah seperti UAE, Qatar atau Arab Saudi di samping meningkatkan imej yang lebih baik mengenai industri automobil berkualiti dari Asia.
Kelebihan
Dengan melaksanakan strategi ini Proton boleh mencapai kelebihan dari segi prestasi dan operasi mereka seperti di bawah:
Keputusan strategik yang melibatkan perkhidmatan dan produk-mana barisan produk perlu diteruskan, untuk menambah dan untuk memadam barisan produk.
Dapat mengenal pasti dan memilih pasaran yang berpotensi di mana Proton akan mempunyai kelebihan daya saing.
b) Barisan produk baru atau tambahan
Proton membangunkan produk:
Baru untuk pembekal yang bertentangan dengan pasaran
Tambahan kepada rangkaian produk yang telah ditawarkan. Sebagai contoh, Proton boleh menyediakan perkhidmatan seperti van dan bas untuk jelujur pelanggan dari pengangkutan tempatan ke lapangan terbang atau mempunyai pelancongan perjalanan di sehenti untuk pelanggan destinasi semasa masa menunggu di destinasi tempatan. Ini membangunkan barisan baru dalam perkhidmatan PROTON dan pembangunan lain Proton boleh dilakukan seperti menjual perlindungan insurans kepada penumpang.
Kelebihan
Dengan melaksanakan strategi ini Proton boleh mencapai kelebihan dari segi prestasi dan operasi mereka seperti di bawah :
Ia membantu dalam tugas mencapai objektif jangka masa panjang
Pembezaan berdasarkan kualiti produk, ciri-ciri produk, inovasi, perkhidmatan, pengedaran, atau nama jenama yang kukuh
Strategi kos melepas (Lost Cost) berdasarkan keluk pengalaman, yang menghubungkan pengurangan kos kepada jumlah pengeluaran terkumpul, atau faktor-faktor lain seperti proses pengeluaran automatik.
Satu langkah untuk mendapat kelebihan sebagai "penggerak pertama"(first mover)
11.0 Kesimpulan
Proton Holdings Bhd. (Proton) telah mengatur semula pucuk kepemimpinannya apabila Datuk Ahmad Fuaad Mohd. Kenali dilantik menerajui syarikat pengeluar utama kereta nasional itu berkuat kuasa 1 April ini. Proton, sejak 1985 telah menjual 4.16 juta unit kenderaan di seluruh dunia dengan 3.76 juta didaftarkan di Malaysia. Sehingga Disember 2015, sebanyak 370,000 kenderaannya masih mempunyai jaminan. DRB-Hicom mengambil alih kepentingan Proton dari Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) pada Januari 2012. Ahmad Fuaad yang dipinjamkan sementara ke Proton sebelum ini berada dalam ahli lembaga pengarah Proton sebagai Pengarah Bukan Eksekutif sejak 2013. Beliau yang dilantik portfolio baharu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Proton merupakan Ketua Pegawai Operasi (Kewangan dan Korporat) DRB-Hicom. Sebelum menyertai DRB-Hicom, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan Astro Malaysia Holdings Berhad. Kita dapat melihat dengan rombakan dalam pengurusan Proton sendiri, hal ini adalah langkah yang baik bagi menyusun strategi semula untuk menaikkan imej Proton.
Seterusnya, DRB baru sahaja mendapat hak menjual model VW CKD, satu pencapaian yang menarik dan boleh dikatakan bijak. Syarikat automotif yang mempunyai pegangan majoriti oleh DRB-Hicom sebenarnya ialah Suzuki Automobile Malaysia..
Dengan kemasukan DRB-Hicom sebagai tuan punya syarikat, diharapkan pihak-pihak kerajaan tidak menganggu PROTON. Biarlah PROTON menumpukan sepenuh perhatian terhadap asas perniagaan mereka iaitu membuat kenderaan dan bukannya menjadi penaja pertandingan badminton, menjadi penaja kenderaan bagi parti politik dan bukannya untuk jadi sasaran kelemahan kerajaan. Pekerja PROTON juga perlu sedar, tiada syarikat kenderaan di dalam dunia yang mampu hidup di dalam satu pasaran sahaja. Ia perlu lebih global, dan untuk itu, ia perlu lebih penelitian. PROTON perlu tumpukan perhatian kepada pakar-pakar automotif mereka yang terbukti berjaya bila mereka dicuri oleh syarikat lain. Di dalam syarikat kenderaan global, kemahiran di dalam R&D diberi tumpuan. Ini ialah kerana tulang belakang dan nadi syarikat automotif terletak di dalam kumpulan R&D.
Jika PROTON tetap membiarkan mereka ditarik keluar untuk bekerja dengan syarikat vendor atau syarikat automotif yang lain, perlu ada kajian kenapa ada aliran keluar skil-skil penting ini. Dari segi penjenamaan dan juga pemasaran, PROTON dilihat masih lagi terkial-kial ingin meletakkan nama mereka sebaris dengan Edaran Tan Chong Motors (Nissan), UMW Toyota, Honda Malaysia dan lain-lain di Malaysia. Dalam proses itu, cukup gelihati kerana PROTON terlupa ia ialah sebuah syarikat PENGELUAR kenderaan, bukannya pengedar kenderaan seperti saingannya di Malaysia. Jika PROTON masih melihat UMW Toyota sebagai pesaing dan bukan Toyota Motors Corporation sebagai seteru utama, maka ia akan tetap menjadi jaguh kampung. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah lama dibiarkan hidup di bawah tempurung.
Harga minyak yang disubsidikan ialah contoh utama mengapa kita tidak mampu bersaing di pasaran global. PROTON tidak terlalu tertekan untuk mendapat enjin yang lebih menjimatkan minyak kerana harga minyak di pasaran utamanya (iaitu pasaran tempatan) adalah lebih rendah dari harga sebenar minyak global. Tanpa enjin yang lebih baik, bagaimana PROTON mahu berdaya saing di pasaran global seperti China atau Eropah di mana harga minyak lebih mahal. Mungkin ada bagusnya jika pekerja PROTON dipaksa membayar harga minyak global, barulah mereka memahami kepentingan sebuah enjin yang menjimatkan minyak. Saya ingin memberi cadangan kepada DRB-Hicom agar membawa balik tumpuan PROTON kepada produk utama mereka iaitu kenderaan.
PROTON menghabiskan jutaan Euro untuk Lotus, sebuah jenama yang tiada kena mengena dengan teknologi kenderaan 'entry level' yang dihasilkan oleh PROTON. PROTON juga menghabiskan jutaan Ringgit untuk pasukan Rali Dunia mereka, sedangkan pulangan balik tidak setimpal. PROTON juga tidak menggunakan publisiti dari Rali Dunia itu ke tahap global, sesuatu yang mengecewakan. Paling menarik, jualan kereta Satria Neo jugak tidak begitu memberangsangkan. Malah, model skala (scale model) Satria Neo S2000 WRC juga tidak wujud di dalam pasaran. Apa gunanya kita masuk WRC jika publisiti bertumpu ke pasaran yang sudah kuat, atau ke pasaran yang terlalu asing bagi PROTON. Mungkin konsep PERT ingin diterapkan di sini, tetapi PROTON juga perlu ingat, motorsports ialah satu sukan yang mahal dan aliran duit keluar selalu menjadi tidak terkawal.
Bagi pendapat saya, duit yang dilaburkan untuk penjenamaan itu digunakan untuk menghasilkan produk yang lebih baik. Bila PROTON sudah ada produk yang lebih baik, barulah dilakukan penjenamaan. Buat apa kita lakukan penjenamaan apabila orang akan datang ke showroom untuk melihat produk yang tidak segah namanya? Lihat sahaja kepada Hyundai-Kia, syarikat gergasi Korea yang secara asasnya bermula sama dengan PROTON. Hyundai-Kia sedar mereka perlukan peningkatan dari segi kualiti dan teknologi. Ini terbukti di dalam produk Kia Optima mereka yang lama. Kualiti sudah jauh meningkat dan teknologi sudah on-par dengan barisan gergasi lain. Sayangnya, jenama itu terlalu lemah untuk menarik orang ke dewan pameran bagi menghayati sendiri kemajuan syarikat Korea itu. Oleh kerana itu, Hyundai-Kia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada rekabentuk. Dan ternyata, rekabentuk yang menarik membawa pembeli yang dahulunya lari jauh dari jenama Korea untuk membeli produk terbaru mereka dan merasakan sendiri kualiti pemasangan yang jauh lebih baik dari sesetengah jenama Jepun. Ini ialah satu template yang sudah tersedia untuk ditiru oleh PROTON. Mungkin sebelum PROTON membuat proses penjenamaan, perlu dilakukan proses 'management overhaul' dan gunakan mereka yang terbukti di dalam bidang automotif.
Sebagai kesimpulannya, PROTON perlu terus maju ke hadapan dan beberapa perkara perlu dititk beratkan seperti pengurusan Proton sendiri, campur tangan kerajaan, dan juga penekanan dalam bahagian pembangunan itu sendiri supaya PROTON dapat terus kekal dalam industri automotif.
PROTON