GWP 1092 [WACANA PENULISAN]
BIL
ISI KANDUNGAN
HALAMAN
1
PENDAHULUAN
2
2
PENGHARGAAN
3
3
PENGENALAN
4-5
4
TUGASAN ESEI
6-11
5
KESIMPULAN
12
6
REFLEKSI
13
7
RUJUKAN
14
1
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] PENDAHULUAN
Kerja kursus Wacana Penulisan telah dipecahkan kepada dua bentuk tugasan yang berasingan. Tugasan pertama dilaksanakan secara individu manakala pelaksanaan bagi tugasan yang kedua pula secara berkumpulan tanpa ada unsur-unsur plagiat. Tugasan bagi penulisan ini merupakan tugasan pertama yang perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk penulisan esei berdasarkan kepada soalan yang telah diberikan. Sebagai pengenalan, penulisan ini merupakan medan yang akan membicarakan berkaitan dengan transformasi yang perlu dijana untuk memastikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan seperti yang telah termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025. Kaedah pelbagai perlu diikhtiarkan sebagai buah fikiran untuk dilontarkan seterusnya dilaksanakan untuk memperkasakan profesion keguruan yang menjadi salah satu laluan kerjaya yang berperanan penting untuk menentukan hala tuju negara kita pada masa akan datang. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah diperkenalkan dan dirangka untuk memastikan sistem pendidikan yang dijalankan kepada para pelajar akan menjadi lebih efektif. Pelan ini diharap akan dapat memacu hasrat pembangunan negara dari aspek ekonomi, sosial, budaya dan teknologi berikutan 11 anjakan strategik dalam pelan berkenaan mengambil kira pencapaian sistem pendidikan sekarang dan membandingkannya dengan tanda aras kebangsaan. Profesionalisme pendidikan merupakan suatu bidang yang meletakkan guru sebagai jentera untuk membentuk sikap seorang murid atau kelompok pelajar melalui keupayaan melaksanakan pengajaran, latihan dan pendedahan kepada sesuatu pengalaman dengan lebih berkesan. Sistem pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini sentiasa mengalami perubahan sejajar dengan pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang giat berkembang maju mengikut arus peredaran zaman. Individu yang berkecimpung dalam profesionalisme keguruan pastinya menerima tamparan yang cukup hebat disebabkan transformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan memerlukan kecekalan dari seorang guru untuk mengadaptasi kaedah pengajaran dengan sistem tersebut. Saya berharap agar penulisan ini dapat memberi kesan yang positif dalam diri kita di samping dapat membuka mata dan minda kita untuk bangkit dan menggembleng satu usaha padu untuk memastikan generasi yang bakal lahir pada masa hadapan berpotensi untuk memartabatkan negara kita di puncak jagat kelak.
2
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] PENGHARGAAN
Sebagai pembuka bicara, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, saya telah diberikan kudrat untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan saya kalungkan kepada pensyarah saya bagi mata pelajaran Wacana Penulisan, Encik Abd Raji Bin Abd Halim yang tidak pernah jemu untuk mencurahkan ilmu beliau kepada saya seterusnya membimbing dan memberikan panduan berkesan sepanjang proses saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa kelibat beliau dalam usaha saya melaksanakan tugasan ini, pastinya terdapat kesalahan dan kepincangan yang berlaku terutamanya dari aspek memahami kehendak soalan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi berkongsi maklumat dan memberikan motivasi untuk meneruskan usaha menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang. Sokongan daripada mereka adalah sebahagian daripada kejayaan saya dalam tugasan ini. Seterusnya, kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung yang telah bertungkus lumus memberikan sokongan kepada saya. Sedikit atau banyak sumbangan itu pastinya memberi makna yang cukup besar buat diri saya yang kerdil ini. Harapan saya agar tugasan ini bukanlah menjadi titik pengakhiran untuk anda menyumbangkan motivasi terhadap diri saya sebaliknya, biarlah sokongan dari semua pihak sentiasa di belakang saya agar setiap langkah dan usaha yang telah diikhtiarkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian terima kasih.
3
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] PENGENALAN Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025 merupakan pelan yang sangat sistematik dan memerlukan satu rangka kerja pelaksanaan yang efektif untuk memberikan satu keberhasilan yang positif. Hal ini kerana pelan yang telah direncanakan bakal menjadi aras tanda untuk mengorak langkah yang seterusnya dengan lebih jauh lagi. Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang.
Gelombang 1 (2013-2015) : Mengubah sistemdengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Kementerian memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. Gelombang 2 ( 2016-2020 ) : Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem. Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula bahagian di Kementerian untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan kurikulum baharu sekolah menengah dan kurikulum semakan sekolah rendah dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
4
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] Gelombang 3 (2021-2025) : Beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjuk prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan sejawat bagi pembangunan kecemerlangan profesionalisme. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih cemerlang. Oleh yang demikian, penulisan esei yang seterusnya pula bakal memperincikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan seperti yang telah termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk memastikan kita mampu bersaing secara sihat dengan negara-negara lain.
5
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] SOALAN TUGASAN: Bagaimanakah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025 ).
Mendepani era dunia modenisasi masa kini yang semakin rancak dengan pembangunan dan pemodenan, seribu satu macam buah fikiran yang sarat dengan reformasi dan transformasi telah diikhtiarkan untuk dilaksanakan demi memastikan setiap negara mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di persada jagatraya. Seorang tokoh sejarawan Islam, Syed Naquib Al-Attas pernah mengupas satu topik berkaitan dengan tamdun. Menurut beliau, tamadun hakiki yang perlu dikecapi oleh sesebuah masyarakat untuk merealisasikan satu ummah yang gemilang tidak hanya menumpukan terhadap pembangunan dan pemodenan dari sudut lahiriah sahaja bahkan, pembangunan tersebut perlu bergerak seiring dengan pembentukan sahsiah dan moral yang unggul kerana dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Berkesinambungan dengan perkara tersebut, guru merupakan individu yang memainkan watak penting sebagai tulang belakang untuk mencorakkan keperibadian lahiriah yang cemerlang dan rohaniah yang terbilang dalam diri para pelajar pada hari ini kerana bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Kealpaan, kelalaian, dan kelekaan seorang guru untuk membimbing para pelajar berjalan di atas landasan yang betul pasti akan menyebabkan mereka terjerumus ke kancah kebinasaan seterusnya, bakal lahirlah generasi yang tidak mampu membezakan antara intan dengan kaca dan batu dengan permata. Menurut Ki Hajar Dewantara, pendidikan disignifikan sebagai suatu usaha yang digembleng secara padu untuk memajukan diri sendiri dari cabang budi pekerti, fikiran dan jasmani agar seseorang itu mampu mencapai kehidupan yang sempurna selaras dengan alam dan masyarakat. Sementara itu, Al-Tamimi ( 1985 ) mendiskusikan konsep pendidikan sebagai suatu proses yang menjadi prakarsa untuk memperbaiki kehidupan dan mewujudkan keseimbangan peribadi seseorang insan. Rentetan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan satu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan untuk memastikan sistem yang mereka rangka untuk para pelajar mampu melahirkan anak watan yang berkreadibiliti dari segenap aspek. Oleh yang demikian, 11 anjakan telah dikenalpasti sebagai komponen yang perlu diperkasakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara dasar yang telah ditetapkan dalam 11 anjakan tersebut ialah menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan pada masa akan datang. Justeru, penulisan ini akan mengupas sedikit sebanyak 6
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] berkenaan dengan transformasi yang perlu direncanakan dan dilaksanakan oleh warga pendidik untuk memastikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025 ). Elemen pertama yang bakal saya perincikan sebagai komponen penting untuk memastikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan mampu diselaraskan sebagai salah satu anjakan yang menjanjikan keberhasilan optimis ialah memupuk kesedaran yang mampan dalam diri setiap guru untuk bergerak sebagai sebuah pasukan yang berperanan untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi
keempat
cetakan
kedua,
profesionalisme
dapat
ditakrifan
sebagai
sifat-sifat
yang sewajarnya dimiliki oleh seorang profesional manakala keguruan pula didefinisikan perkara yang berkaitan dengan ilmu untuk menjadi guru sementara guru disignifikan sebagai orang yang mengajar atau lebih sinonim dengan gelaran pendidik. Justeru, penglibatan bagi seorang guru dalam persatuan profesional merupakan elemen yang sangat penting untuk menjana sinergi yang padu dan memastikan objektif untuk membentuk masyarakat tercapai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia ( UPM ) menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, para guru sebenarnya perlu cakna dan peka serta mempunyai kesedaran yang tinggi untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Setinggi mana impian kita untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, sehebat mana perancangan yang direncanakan untuk melahirkan pelajar yang gemilang, sejauh mana buah fikiran bernas yang dilontarkan untuk melahirkan pelajar yang terbilang namun, bila tiada kesedaran, kekentalan dan kekuatan dalam diri seorang guru untuk berusaha, pastinya impian, perancangan dan buah fikiran yang menggunung tinggi itu hanya menjadi khayalan yang hanyut dibawa arus masa dan terbengkalai dengan kata-kata. Guru merupakan individu penting yang akan menjadi cerucuk utama untuk mencorakkan keperibadian unggul dan menyemai ilmu pengetahuan dalam diri setiap pelajar. Tugas yang digalas oleh warga pendidik ini merupakan amanah yang memerlukan komitmen dan kesungguhan yang konkrit untuk mencapai objektif yang ditentukan kerana guru bukan membentuk sejambang bunga untuk dihiasi, bukan untuk mencoretkan lukisan di atas helaian putih bahkan guru perlu membentuk seorang manusia untuk menjadi seorang manusia. Oleh yang demikian, warga pendidik sewajarnya mampu berfikir secara futuristik berwahanakan ilmu untuk menerapkan kesedaran dalam diri dan amanah terhadap tanggungjawab yang diberi demi mencapai segala objektif yang didukung 7
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] dalam Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) yang menjadi kayu ukur dan hala tuju terhadap pendidikan di negara kita. Komponen kedua yang perlu dititikberatkan untuk memastikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan ialah mengehadkan pengambilan graduan yang ingin berkecimpung dalam bidang keguruan. Marcapada kini, lambakan guru lepasan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang berbondong-bondong untuk menantikan surat panggilan tawaran bekerja sewajarnya mampu membuka mata dan minda kita untuk memandang fenomena ini sebagai bencana yang besar dalam bidang pendidikan. Mengehadkan pengambilan graduan untuk menjadi warga pendidik sebenarnya antara modus operandi efektif yang perlu dilaksanakan kerana seribu satu macam impak positif yang boleh kita peroleh. Perkara ini bukan kata-kata sekadar cuma atau bibir saya yang diretak panas kerana yang dekat itu akan ditunjal, yang jauh itu akan ditunjuk. Kajian antarabangsa membuktikan bahawa kualiti pengajaran guru merupakan dasar yang perlu diperkasakan kerana ia merupakan faktor yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan didikan terhadap para pelajar. Bertitik tolak daripada kajian tersebut, kebolehan guru pelatih perlu diasah dan dikembangkan sejak mereka mula melangkah ke alam pengajian lagi. Senario ini juga sedikit sebanyak akan melancarkan lagi proses pengajaran dan pendedahan kepada guru pelatih untuk menjadi warga pendidik yang berkualiti kerana bilangan kuantiti yang kecil di samping mempunyai kualiti yang berpotensi tinggi lebih memudahkan segala rangka kerja yang telah diikhtiarkan untuk dijalankan dengan berkesan. Percayalah bahawa kualiti sistem yang direncanakan tidak akan mampu untuk melangkaui kualiti yang dizahirkan oleh seorang guru. Lieberman ( 1956 ) menyatakan bahawa sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati outonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal perihal pendidikan. Perkara ini juga telah ditegaskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya menerusi Perutusan Hari Pekerja pada 1 Mei 2006. Beliau menyatakan bahawa modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat. Justeru, inisiatif untuk mengehadkan pengambilan graduan untuk menceburi bidang 8
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] pendidikan merupakan prakarsa yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya melihat kepada implikasi positif yang bakal kita peroleh untuk satu jangka masa yang panjang. Seterusnya, elemen ketiga yang bakal saya usulkan di dalam penulisan ini ialah kualiti seorang calon yang dipilih untuk menjadi guru pelatih. Kualiti yang dipamerkan oleh seorang guru pelatih sewajarnya menepati etika dan nilai seorang guru sebenar baik dari segi rohaniah mahupun lahiriah. Warga pendidik merupakan kelompok yang pastinya menjadi contoh teladan kepada para pelajar dan masyarakat. Syed Ismail Syed Mustafa di dalam nukilannya yang berjudul Pengantar Pengajian Profesionalisme telah membicarakan peranan seorang guru di bawah topik guru sebagai modal insan. Berdasarkan pandangan beliau, masyarakat kita kini terlalu memberi penekanan kepada usaha untuk meningkatkan celik literasi tetapi mengabaikan matlamat asal pendidikan. Keadaan ini sebenarnya bakal mewujudkan ketempangan (paradoks) dalam pembangunan insan yang seimbang. Proses penilaian untuk memilih graduan yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru sewajarnya dinilai dari segenap aspek samada penilaian dari sudut kecermelangan akademik, kokurikulum mahupun sahsiah yang mantap. Elemen ini tidak wajar dipandang enteng kerana untuk mengadunkan satu acuan yang mampu membentuk dan melahirkan seorang guru yang mampu berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi maka, ramuannya ialah kecermelangan dari segi akademik dan kokurikulum di samping membina akhlak dan iman yang kukuh dalam diri mereka. Sekali lagi, mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan saranan beliau untuk melahirkan guru sebagai contoh teladan semasa melancarkan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-35 di PWTC. Dalam ucapan beliau ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 ( RMK-9 ) di Parlimen, beliau telah menekankan aspek pembangunan modal insan yang seimbang perlu digandingkan dengan nilai-nilai yang baik. Pihak Kementerian sewajarnya menilai calon guru pelatih yang berkreadibiliti dan berpotensi untuk digilap agar mereka mampu bersinar di peringkat yang lebih tinggi seterusnya pelaksananaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mampu dijalankan di dalam kelas. Bidang pendidikan merupakan satu medan yang akan mempertaruhkan seorang guru sebagai pejuang pendidik kepada anak bangsa. Kendatipun begitu, sebelum bertarung di medan pendidikan, warga pendidik ini akan melalui satu laluan yang diwarnai dengan pendedahan dan latihan yang akan membentuk jati diri serta keyakinan yang konkrit dalam diri mereka. Oleh yang demikian, bakat dan kebolehan calon guru pelatih perlu dikenal pasti semasa proses pemilihan dijalankan sebelum mempelawa mereka ke alam arena pendidikan agar bakat dan potensi mereka dapat dikembangkan dengan baik kerana guru memainkan 9
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] peranan yang cukup besar dalam usaha melahirkan generasi yang mampu menjulang nama Malaysia di punjak jagat. Selain daripada itu, meluaskan laluan guru bertujuan untuk menabur bakti dalam bidang kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang juga merupakan salah satu komponen yang mampu memastikan profesion keguruan ini akan menjadi profesion pilihan. Berdasarkan penyataan tersebut, guru akan diberi pilihan untuk meneruskan laluan kerjaya yang lebih kompetetif berdasarkan kepada prestasi dan potensi yang mereka terjemahkan dalam bentuk tindakan sepanjang bergelar seorang guru. Contohnya, mereka boleh memilih untuk meneruskan tugas kepimpinan diperingkat yang lebih mencabar sesuai dengan pencapaian yang mereka tunjukkan seperti di peringkat daerah, negeri atau persekutuan. Sementalahan itu, mereka juga berpeluang untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang seperti pembangunan kurikulum, pentaksiran, dan program latihan untuk sistem yang lebih luas. Laluan kerjaya yang dipilih bukanlah perkara penting untuk dibicarakan sebaliknya, komitmen melaburkan tenaga dan masa untuk pembangunan guru dan masyarakat serta membina persekitaran yang kondusif sesuai dengan kehidupan kita di bawah rumpun yang pelbagai dalam semua laluan kerjaya ini adalah aspek yang perlu menjadi satu keutamaan. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri dan potensi yang boleh dikembangkan dan diasah untuk menceburi bidang yang lebih berprestij. Fenomena ini secara tidak langsung juga merupakan satu wadah yang dapat dijadikan sebagai medium untuk kita menjayakan Wawasan 2020 seperti yang diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semasa membentangkan kertas kerjanya iaitu Laluan ke Depan ( The Way Forward ) kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menghuraikan sembilan matlamat utama yang perlu dicapai oleh rakyat Malaysia menjelang tahun 2020. Antara cabaran yang diletakkan oleh beliau ialah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Satu perkara yang kita perlu tahu bahawa seorang guru yang berkebolehan boleh menceburi pelbagai bidang seperti bidang pembangunan dan pengurusan namun, tidak semua individu yang berkecimpung dalam bidang pembangunan dan pengurusan mampu untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Tuntasnya, laluan kerjaya yang dibuka kepada warga pendidik yang menunjukkan etika dan prestasi yang memberangsangkan melangkaui pencapaian guru-
10
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] guru lain wajar diberi pilihan untuk meneruskan kerjaya di medan yang lebih memerlukan khidmat beliau demi memastikan pembangunan guru dan masyarakat dapat dikembangkan. Justifikasinya, Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPPM ) 2013-2025 adalah manifestasi transformasi kerajaan secara menyeluruh untuk menghasilkan pulangan terbaik modal insan. Pelan yang dirangka oleh pihak Kementerian ini merupakan dasar yang telah dibina setelah mendapat input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti warga pendidik, ahli akademik, ibu bapa dan para pelajar tentang kepentingan untuk menyampaikan aspirasi sistem pendidikan negara yang acap kali menjadi buah mulut dan polemik hangat untuk dibincangkan. Berdasarkan maklumat dan buah fikiran yang telah diperoleh, tercetuslah kesepakatan yang padu berkenaan dengan beberapa komponen yang wajar diperkasakan seperti kepentingan meningkatkan kualiti guru. Secara keseluruhannya, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan merupakan salah satu daripada anjakan yang telah dirancang dan termaktub dalam Pelan Pembanguanan Pendidikan Malaysia demi untuk menangani permasalahan yang menimbulkan kebimbangan ramai pihak. Kementerian berharap bahawa transformasi yang telah diikhtiarkan ini mampu menyediakan satu asas tumpuan kukuh yang boleh diterima oleh semua warganegara Malaysia seterusnya semua pihak mampu menggembleng satu usaha padu tanpa ada yang bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana percayalah bahawa yang bulat itu tidak datang bergolek, yang pipih itu tidak datang melayang. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu membina satu usaha yang padu untuk merealisasikan objektif profesion keguruan untuk dijadikan sebagai profesion pilihan demi memenifestasikan generasi yang akan menjulang nama Malaysia masyhur di jagatraya.
11
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, profesionalisme keguruan merupakan suatu bidang yang berperanan sebagai wadah untuk menjadi landasan membimbing masyarakat terutamanya kelompok manusia yang bergelar pelajar untuk menjadi insan yang berilmu pengetahuan di samping memiliki akhlak yang berteraskan keimanan. Walau bagaimanapun, proses untuk mencapai matlamat ini bukanlah satu perkara yang mudah sebaliknya, usaha individu yang menceburi bidang profesionalisme keguruan pastinya akan melalui satu perjalanan yang cukup mencabar. Percayalah bahawa semua orang tidak pernah menginginkan dugaan dalam hidup namun, semua orang pasti akan menghadapi dugaan dan semua orang pastinya menginginkan kejayaan dalam hidup namun, kejayaan tidak akan dikecapi oleh semua orang. Cabaran merupakan lumrah yang pasti ada dalam kehidupan kita dan syarat untuk mencapai kejayaan tersebut ialah menempuh cabaran dengan bijaksana dan bersungguh-sungguh kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Berkesinambungan dengan perkara tersebut, 11 anjakan yang telah diusulkan oleh pihak Kementerian menjadi dasar untuk kita merealisasikan impian negara kita menjadi satu kenyataan. Merujuk kepada anjakan keempat
yang telah dinyatakan dalam
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, transformasi keguruan untuk menjadi profesion pilihan adalah komponen yang sangat penting. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalanakan di dalam kelas adalah fenomena yang akan menjadi langkah kanan terhadap segala pencapaian yang dikecapi oleh negara kita. Jatuh bangunnya sesebuah tamadun negara itu bergantung kepada usaha yang dilaburkan oleh warga pendidik samada menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi atau melaksanakan amanah yang diberi hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Justeru, biarlah profesion keguruan ini menjadi medium untuk kita mengimplimentasikan segala kaedah yang telah direncakan demi memanifestasikan warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Percayalah bahawa anak-anak pelajar yang duduk di hadapan kita pada hari ini merupakan wajah-wajah yang bakal berdiri di hadapan kita untuk mengambil alih pentadbiran negara. Sebagai rakyat Malaysia, suka untuk saya ingatkan bahawa pada hari ini, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang bertamadun bukan bangsa yang kecundang, tempang dan terbuang. Ingat, jangan biar ayam di reban disambar helang, jangan biarkan padi di tangan menjadi lalang, marilah kita bersama-sama bangkit menjulang dan mengangkat maruah negara berdiri teguh di arena dunia. 12
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] REFLEKSI
Tugasan bagi Wacana Penulisan ini telah dipecahkan kepada dua bentuk tugasan yang merangkumi tugasan secara individu dan berkumpulan. Cabaran demi cabaran telah saya tempuhi sepanjang menjalankan dan menyiapkan tugasan ini namun, itulah asam garam kehidupan yang tidak jemu dibelenggu dengan dugaan. Masalah untuk memahami kehendak soalan ini antara aspek yang sangat sukar bagi saya kerana ia merupakan titik tolak untuk saya mencari, menggali dan menerokai ilmu yang berkaitan dengan soalan ini. Tanpa pemahaman yang kukuh, semua proses tersebut akan terbantut di samping idea yang bernas tidak dapat dilontarkan ke dalam penulisan ini. Lantaran itu, saya telah membuat keputusan menemui dan bertanya sendiri kepada pensyarah untuk mendapatkan pencerahan agar segala persoalan yang bermain dan berlegar di fikiran saya dapat dirungkaikan melalui penjelasan daripada beliau. Selain daripada itu, pengurusan masa secara sistematik juga merupakan aspek yang perlu dititikberatkan memandangkan elemen ini akan menentukan keberhasilan tugasan ini samada cemerlang atau sebaliknya. Berkesinambungan dengan perkara tersebut, kesibukan sebagai seorang pelajar yang bakal bergelar pendidik pastinya akan dihadapi oleh semua orang namun, saya percaya bahawa pengurusan masa yang bijak pada hari ini merupakan satu tarbiah secara tidak langsung yang pastinya menjadi pengalaman untuk mendewasakan saya apabila melangkah ke dunia pekerjaan kelak. Perpustakaan sebagai gedung ilmu juga sentiasa menjadi kunjungan saya untuk mengaji dan mengkaji topik ini dengan lebih terperinci kerana bahan rujukan ilmiah yang telah disediakan akan dijadikan bukti konkrit terhadap hujah yang telah saya kemukakan. Usaha untuk menyiapkan tugasan ini telah memberi pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan baru kepada saya. Hal ini kerana rangka kerja Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sebelum ini hanya menjadi topik untuk dibicarakan dan isu untuk didengar sahaja tanpa mengetahui selok belok pelan ini dengan lebih terperinci. Oleh yang demikian, tugasan ini secara tidak langsung telah memberi ruang dan peluang untuk saya mengaji, menggali dan mengkaji topik ini dengan lebih mendalam seterusnya membuka mata saya berkenaan dengan kepentingan yang digalas oleh seorang guru. Pengalaman ini pastinya memori yang tidak akan saya lupakan kerana segala hasil pembelajaran daripada tugasan ini akan menjadi modal buat saya untuk melangkah ke dunia pekerjaan kelak di samping pengetahuan baru ini dapat dikongsi kepada para pelajar. Semangat dan usaha gigih yang saya kerah di samping beberapa pihak yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan motivasi untuk meningkatkan kesedaran diri saya merupakan faktor utama keberhasilan tugasan ini dilengkapkan dengan jayanya. 13
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] RUJUKAN BUKU - Azizi Yahaya, et (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Pahang Darul Makmur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. - Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2014). Pengantar Pengajian Profesionalisme. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd - Al.Ramiah (1999). Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Selangor Darul Ehsan : IBS Buku Sdn. Bhd - Mohd. Janib Johari (2009). Etika Profesional. Johor Darul Ta,zim : Universiti Teknologi Malaysia Press. - Wan Abd. Hamid Bin Wan Teh & Mohd. Shauki Bin Abdul Majid & Nasrun Adil Bin Mohamed Yusof ( 2008 ). Jurnal Hadhari. Putrajaya : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ). - Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2006 ). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia. INTERNET - Chon Seong Hoo. 2011. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ( Ringkasan ). Boleh didapati di http://www.slideshare.net/chonseong138/pelan-pembangunan-pendidikanmalaysia-20132025ringkasan : Diakses pada 20 Mac 2014. - Portal Rasmi Kementerian. 2014. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Boleh didapati di http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-20132025 : Diakses pada 20 Mac 2014. - Nor Hartini binti Saari. 2014. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 : Transformasi
Profesion
Perguruan
Negara.
Boleh
didapati
di
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8557-pelan-pembangunan-pendidikanmalaysia-pppm-2013-2025-transformasi-profesion-perguruan-negara : Diakses pada 20 Mac 2014.
14
GWP 1092 [WACANA PENULISAN] LAMPIRAN
15