1
2
Asas ‟50 Press Singapura
3
Diterbitkan oleh Asas „50 Press Angkatan Sasterwan „50
ISBN No: 978-981-08-7256-4 © Angkatan Sasterawan ‟50 & penulis
Cetakan Pertama 2010
Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian juga tidak dibenarkan ditiru, disimpan dalam sistem pengeluaran semula ataupun dipancarkan walaupun melalui sebarang cara, termasuk kaedah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, perfileman atau lain-lain tanpa izin penerbitnya
Tataletak: Muhammad Irwan Jamal
Rekabentuk kulit hadapan: Siti Norasyikin Bte Mohamed Rashid Muhamad Yusof bin Razak
Dicetak oleh: Key-Orient Lamitec Pte Ltd
4
PENGISIAN Prakata Pengenalan Sekilas Angkatan Sasterawan „50
ESEI 27
Asas „50 Merevolusi Gerakan Persuratan Melayu dalam Tatanan Baru Dunia Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz
47
Sastera[wan] Membina Asas: Keterlibatan Inteligensia Sastera dalam Masyarakat Azhar Ibrahim Alwee
66
Revolusi Aksi Asas „50 Yazid Hussein
92
Sastera dan Biblioterapi Namira Mazlan
99
Pendekatan Pembelajaran Berteraskan Nilai Olimpisme Muhammad Herwanto Johari
106
Rima Rap Mesej Berpengaruh Noorhaqmal Mohamed Noor
KRITIKAN 115
Puisi Kritis: Sepintas Wacana Kesusasteraan Aku Bukan Penyair Muhammad Irwan Jamal
126
Melihat Transisi Masyarakat Melayu dalam Puisi Luka dan Puisi Duka Mohamed Haikel Fansuri Mohamed Latiff
5
134
Mengungkap Pemaknaan dalam Perlambangan Ziarah Cinta Nurhayati Abdul Ghafoor
142
Menjejak Kolonialisme & Jati Diri Melayu Singapura dalam Semangat Ombak Melanda Pantai Nur Hafizah Mohd Rashib
149
Kritikan Sebagai Diagnosis dalam Diari Hitam Norazian Mohamed Yahya
155
Ginokritik: Instrumen Memperlihatkan Pelenyapan Subjektiviti Wanita dalam Suara Hati Nur Emelda Jumari
6
PRAKATA Perkembangan bahasa dan persuratan dewasa ini menghadapi banyak cabaran kerana perubahan iklim sosio-politik kemanusiaan. Sebuah kawasan Melayu yang luas dan penuh dengan khazanah sumber alam dan intelektual semakin mengecut kerana kurang penyelidikan. Kedudukan bahasa Melayu sering tergugat di rantau ini dengan ledakan globalisasi. Namun demikian, globalisasi juga membawa banyak kebaikan sekiranya ia dimanfaatkan dengan sewajarnya. Segala cabaran dan cengkaman terhadap kedudukan dan upaya bahasa dan persuratan sebenarnya boleh ditangani dengan berkesan sekiranya diikhtiarkan dengan cara yang proaktif dan membina. Ini merupakan pendekatan yang diambil Asas ‟50 dalam alaf baru ini. Kini Asas ‟50 bergerak sebagai sebuah badan nasional yang mementingkan bukan hanya pembangunan bahasa dan persuratan Melayu tetapi juga gerakan nasional. Ini bermakna Asas ‟50 mengadakan satu anjakan paradigma bermula 2005 dengan menganggap pertubuhan ini sebagai sebuah pertubuhan nasional atau milik negara yakni ia bergerak senadi dengan keperluan negara tanpa kompromi terhadap keperluan bangsa. Dengan cara ini, Asas ‟50 disegani oleh setiap kelompok masyarakat nasional kerana ia tidak berbau perkauman tetapi kenegaraan. Pendekatan seumpama ini sering mendapat cengkaman daripada golongan-golongan yang menganggap diri mereka sebagai pencinta bangsa dan bahasa. Mereka melihat gerakan Asas ‟50 alaf ini dalam aliran nasional sebagai satu templakan terhadap usaha para pemuka Asas ‟50 pada zaman awal penubuhannya khususnya pada zaman Kongres Bahasa dan Persuratan pada tahun 50-an. Malangnya, mereka lupa bahawa zaman telah berubah dan keperluan juga berubah. Sekiranya Asas ‟50 terus mengikut strateginya yang lama sudah tentu ia akan kekal sebagai sebuah pertubuhan Melayu tempatan yang bermain dalam gelanggang Melayu sahaja. Dalam konteks Singapura pada hari ini, gelanggang ini sudah tiada nilainya malah semakin mengecut dan menipis maruahnya dek gelombang kosmopolitan yang semakin melanda hebat. Demikian nasibnya pertubuhan gasing Singapura yang terpaksa tutup kerana gagal merelevankan kewujudannya. Begitu juga dengan puluhan
7
pertubuhan Melayu Singapura yang lain yang semakin sepi kerana tidak menganuti pragmatisme atau mungkin khuatir “apa orang kata”. Alaf baru ini menyaksikan Asas ‟50 keluar daripada kepompong perkampungan Melayu semata. Sejak tahun 2003, Asas ‟50 memulakan proses pensegaran semula gerakannya dengan membuat rombakan besar dalam kepimpinan dan prinsip pertubuhan tanpa kompromi terhadap pegangan asalnya yakni „seni untuk masyarakat‟. Kini belia merupakan nadi gerakan Asas ‟50 dengan tertubuhnya Sayap Belia Asas ‟50 pada 2003. Kini Asas ‟50 bukan lagi dilihat sebagai gerakan elit semata tetapi ia adalah gerakan belia yang penuh komitmen dan bersih daripada daki sejarah. Asas ‟50 memulakan gerakan memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada para belia untuk menerajui pucuk pimpinan pertubuhan. Pragmatisme membawa kepada Asas ‟50 merekacipta pendekatan realistik dalam memastikan ia terus wujud dan mendapat dukungan serta sokongan nasional. Asas ‟50 menerbitkan surat beritanya – Berita@Asas ‟50, dalam bahasa Inggeris demi memasyarakatkan gerakan persuratan Melayu Singapura dan serantau kepada masyarakat bukan Melayu agar mereka juga dapat memahami cita rasa masyarakat Melayu serta meninjau sokongan yang mungkin dapat diberikan dari segi dana mahupun kolaborasi. Berkat pendekatan ini, Asas ‟50 dalam alaf baru ini semakin dikenali dan mendapatkan pengiktirafan nasional yang belum pernah diraih sebelum ini. Antaranya termasuk penandatanganan memorundum persefahaman dengan National Library Board, syarikat Darul Andalus, Universiti Pendidikan Sultan Idris, dan Taman Warisan Melayu dari segi kolaborasi. Asas ‟50 juga diambil sebagai anak angkat oleh Yayasan Asia Pacific Breweries Arts Inspire Programme, dan Asas ‟50 juga merupakan penerima bagi President Charity Gold Cup Race. Kini Asas ‟50 merupakan badan utama dalam gerakan persuratan Melayu di Singapura di bawah naungan National Arts Council. Namun demikian, segala pencapaian ini dilakukan tanpa sebarang kompromi terhadap penghasilan karya-karya penulis tempatan dalam bahasa Melayu yang baik dan bermutu termasuk kegiatan-kegiatan sepanjang tahun yang dijalankan di seluruh Singapura dan di sekolah-sekolah semuanya adalah berteraskan bahasa Melayu. Inilah pragmatisme bukan nasionalisme berteraskan emosi. Masih ramai lagi yang kurang mendalami ilmu
8
pragmatisme sehingga mereka gagal menerima hakikat perubahan atau evolusi. Mereka masih berpeluk tubuh di dalam alam Melayu purbakala sedangkan teknologi sudah jauh memamah khazanah bangsa. Atas dasar ini juga Asas ‟50 terus menggerakkan mekanisme portalnya dengan membina satu infrastruktur portal sumber Melayu yang tercanggih untuk memenuhi keperluan semua lapisan pengguna. Asas ‟50 akan membawa khazanah bangsa ke satu kedudukan yang mulia dan penuh wibawa. Itulah visi Asas ‟50 alaf baru yakni menjadi sebuah institusi wibawa dan penuh komitmen kepada bangsa dan negara. Satu perkara yang tidak pernah berubah ialah Asas ‟50 digerakkan oleh para sukarelawan yang setia berkhidmat dengan penuh komitmen. Sempena dengan sambutan 60 tahun Asas ‟50, buku ini yang bertajuk „Pragmatisme Menjana Persuratan Alaf Baru – Asas ‟50 Dalam Esei Dan Kritikan‟ merupakan satu usaha murni Asas ‟50 untuk merakamkan dan membuktikan bahawa Asas ‟50 adalah satu gerakan pragmatik sejak ia dimulakan pada tahun 1950 dan mula matang setelah enam dekad bergelumang dengan seismograf kehidupan.
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz Presiden Angkatan Sasterawan „50
9
PENGENALAN Pragmatisme adalah sebuah gerakan atau sistem dalam bidang falsafah yang menitikberatkan ciri-ciri praktikal sebagai di antara kriterion utama ketika menentukan apa yang dianggap bermakna, bernilai dan benar. Malah, pragmatisme, dewasa ini, dilihat sebagai satu sifat yang penting dalam proses membuat keputusan apabila berdepan dengan isu-isu kontemporari. Berbekalkan pragmatisme, seseorang dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah ketika berdepan dengan perubahan-perubahan genting dan kemudian mengatur strategi demi mencapai objektif secara ekonomis lagi cekap. Falsafah pragmatisme ini amat disinonimkan dengan Singapura. Malah, kejayaan sistem pemerintahan dan keutuhan ekonomi negara sering kali dikaitkan dengan sistem falsafah tersebut. Dalam menentukan kesesuaian tindakan dan dasar yang digubal berteraskan falsafah pragmatisme ini, faktor konteks, masa, keperluan dan lain-lain lagi turut memainkan peranan. Dalam erti kata lain, pragmatisme sering mencabar kemutlakan lalu memberi ruang dan peluang untuk sesuatu perkara itu ditangani dengan lebih fleksibel dan rasional. Justeru, manusia yang pragmatik kerap memburu peluang dan bijak mengorak langkah apabila bertentangan dengan krisis atau masalah. Dalam bidang kesusasteraan, khususnya senario kesusasteraan Melayu Singapura, pragmatisme boleh dianggap telah berjaya dalam menjana persuratan alaf baru. Selaku nadi yang menggerak dan menghidupkan arena persuratan tanah air, Angkatan Sasterawan 50 menjadi pewarta kepada keberkesanan pragmatisme dalam konteks kesusasteraan Melayu Singapura. Perubahan kepada pucuk kepimpinan, penggubalan dasar, objektif perjuangan dan sistem pentadbiran Asas „50 sejak bermulanya alaf baru pada 2000 telah memperlihatkan kesan yang begitu ketara dan memberangsangkan bagi masa hadapan senario kesusasteraan Melayu Singapura. Nafas dan upaya baharu inilah yang diterangkan dalam esei “Asas „50 Merevolusi Gerakan Persuratan Melayu dalam Tatanan Baru Dunia” oleh Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. Esei ini memperincikan pembangunan dan kemajuan Asas „50 dalam arena persuratan lokal via strategi yang sarat dengan falsafah pragmatisme. Antaranya, Asas „50 menebarkan pendekatan yang memestikan hubungan kesetiakawanan dan kolaborasi yang erat. Melalui pendekatan membina rangkaian dan jaringan kerja yang sihat dan positif
x 10
bersama pertubuhan-pertubuhan bertaraf nasional, regional dan internasional, Asas „50 berjaya untuk menyebarkan perjuangannya ke wilayah yang lebih rencam dan meluas. Namun, inisiatif celik karya dan pembeliaan sasteralah yang wajar diberikan pengiktirafan kerana ia menjadi pemangkin kepada meledaknya kegiatan persuratan di Singapura. Golongan belia diajak terlibat sama dalam melakarkan program dan inisiatif untuk merancakkan aktiviti kesusasteraan di tanah air. Pemberdayaan ini, digembleng dengan keperluan untuk merelevankan penghayatan dan penciptaan karya-karya sastera Melayu telah merapatkan Asas „50 kepada perealisasian visinya iaitu untuk institusi persuratan dinamik yang berusaha untuk mengakrabkan masyarakatnya dengan kesusasteraan Melayu. Homi K. Bhabha pernah menyuguhkan betapa perwatakan seseoranglah yang memainkan peranan yang paling penting dalam menentukan transformasi gerak arus sejarah dan masa hadapan sesebuah masyarakat. Selain merombak dan mengubah bahagian-bahagian teknis dan adminisitratif sesebuah pergerakan, keterlibatan para sasterawan selaku inteligensia yang berfungsi juga diperlukan untuk menajamkan perjuangan tersebut. Via esei “Sastera[wan] Membina Asas: Keterlibatan Inteligensia Sastera dalam Masyarakat” oleh Dr. Azhar Ibrahim Alwee, peranan inteligensia sastera Melayu yang dianggap sebagai kelompok paling signifikan dalam budaya intelektual Melayu masakini dijelas dan dijustifikasikan sebagai peringatan kepada para aktivis sastera agar pertanggungjawaban dan kepercayaan yang diberikan kepada mereka itu tidak disia-sia apatah lagi dikhianati. Sasterawan yang memeluk pragmatisme secara membabi-buta juga dijentik untuk memikir-ulang penganutan mereka kerana pensenyapan mereka dalam mempersoalkan ketidakadilan melalui karya-karya mereka berpotensi untuk memberi kesan yang drastik kepada masyarakat pembaca mereka. Sebaliknya, pragmatisme kritis yang berpaksikan keadilan dan kebenaran itulah yang sangat diinginkan dalam para sasterawan tanah air agar mereka dapat memberi kesan yang signifikan bukan hanya dalam sfera wacana sastera malah juga sfera realiti sosial yang didiami para pembaca tersebut. Dengan pengesahan persekitaran yang membangun dari segi prasarana dan pentadbiran serta pengesanan soft skills yang begitu penting dalam pembentukan perwatakan manusia abad ke-21, perlu pula dikerahkan wahana perjuangan seperti yang disentuh dalam esei “Revolusi Aksi Asas „50” oleh
11 xi
Yazid Hussein. Dengan membezakan “revolusi minda” dan “revolusi aksi”, penulis menekankan betapa “gerakan revolusi aksi yang menggerakkan sesuatu atau seseorang itu sentiasa bertindak untuk membaiki keadaan dalam menuju ke arah kecemerlangan”. Beliau tambah bahawa “gerakan revolusi minda dan gerakan revolusi aksi adalah ibarat usaha yang memangkin dan memberi motivasi untuk membina individu, masyarakat, bangsa dan nusa yang akan mempunyai pemikiran yang positif, berorientasikan aksi, kesedaran kualiti dan persembahan kelas dunia”. Nilai-nilai Islami menjadi tunggak kepada gerakan revolusi minda dan aksi ini. Tambahan lagi, menurut penulis “sasterawan tidak harus teragak-agak untuk membongkar kejahatan, ketidakadilan, rasuah, kekufuran, kebatilan, kebodohan, penindasan dan sebagainya yang berlaku dalam masyarakatnya kerana Islam menghendaki kebaikan dan keadilan ditegakkan dalam masyarakat Islam, iaitu amal ma„ruf nahi munkar”. Antara ciri utama falsafah pragmatisme adalah kebolehan untuk menegosiasi sesebuah masalah atau krisis dengan cekal lagi berkesan. Dalam esei “Sastera & Biblioterapi” oleh Namira Mazlan, wadah sastera ditugaskan untuk memulihkan keyakinan dan kepercayaan diri para peserta program Bibliotherapy; satu inovasi Asas „50 dalam menggabungkan penggunaan karya sastera untuk menangani masalah para remaja berisiko tinggi. Maka, pragmatisme yang kritis juga membolehkan medium sastera untuk digunakan sebagai alat pemulih jiwa, bukan sekadar bahan transaksi dwihala antara teks dan pembacanya. Malah, sastera juga boleh mendukung kriterion pragmatisme yang memestikan ketercapaian matlamat malah, bermatlamatkan pencapaian. Muhammad Herwanto Johari menggariskan perihal tersebut dalam esei beliau yang berjudul “Pendekatan Pembelajaran Berteraskan Nilai Olimpisme”. Bukan hanya nilai-nilai Olimpisme yang dijadikan teras dalam pemajuan pendidikan dan kesusasteraan di kalangan para pelajar, malah keprihatinan penulis terhadap kepelbagaian dan elemen multidimensional setiap individu turut menampilkan kepedulian penulis akan peri perlunya sesebuah pendekatan pedagogi itu untuk bersifat pragmatik, malah holistik bagi pembangunan para pelajar. Dalam memenuhi tuntutan holistik inilah, bidang muzik dan seni suara dapat memberikan dimensi yang berbeza dalam pendidikan estetika seseorang
12 xii
anak muda. Noorhaqmal Mohamed Noor melalui eseinya “Rima Rap Mesej Berpengaruh” menjelaskan manfaat genre rap jika ia disisip dengan mesej yang positif lantas menjadi bahan artikulasi yang membina jiwa remaja ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Pencedukan makna yang berbeza, alternatif malah subversif juga dapat diraih dalam usaha membedah-siasat karya-karya kesusasteraan dengan mengenakan lensa-lensa kritikan yang relevan, pragmatik tetapi tetap mengekalkan elemen kritis yang wajar disebatikan dalam jiwa penulis esei kritikan sastera. Via esei “Puisi Kritis: Sepintas Wacana Kesusasteraan Aku Bukan Penyair”, Muhammad Irwan Jamal menegaskan keperluan untuk melihat elemen penumbra dalam sesebuah karya sastera; elemen yang mengayakan pengertian dan penghayatan teks tersebut. Lantas, penggalian makna yang rencam ini boleh direalisasikan jika sesebuah karya tidak dinilai dalam silo yang memenjara makna kata kepada hukum-hakam linguistik struktural ala armchair grammarian tetapi sebagai konstruk kewacanaan dan produk kebudayaan yang maju. Malah, falsafah pragmatisme, walau acap kali diselarikan dengan penakatan sesebuah kelompok masyarakat turut memestikan kemajuan dan pencapaian konstruktif kelompok tersebut. Mohamed Haikel Fansuri Mohamed Latiff menyentuh hal ini dalam eseinya yang bertajuk “Melihat Transisi Masyarakat Melayu dalam Puisi Luka dan Puisi Duka”. Dengan mengaplikasikan lensa sosiologi sastera, penulis menghuraikan elemen-elemen anomie yang terkesan dalam narasi persona puisi-puisi yang dikaji, akibat pertembungan idea dan ideologi setelah berlakunya transformasi struktur ekonomi yang bergerak ke arah kapitalisme dan komersialisme. Persoalan kekontangan makna menjadi leitmotif dalam deretan kritikan penulis, sekaligus mengingatkan penganut falsafah pragmatisme akan padahnya jika pragmatisme itu dibenarkan beroperasi tanpa melihat konteks, etika dan keadilan. Begitulah pula premis Nurhayati Abdul Ghafoor yang mempersoalkan dikotomi makna/nyahmakna kekata, frasa dan ayat yang dipetik dalam teks pilihannya. “Mengungkap Pemaknaan dalam Perlambangan Ziarah Cinta” mengaplikasikan rangka kritikan semiotik dalam meleraikan bahawa sesuatu yang lumrah tidak semestinya benar, malah sesuatu yang benar itu tidak
13 xiii
semestinya lumrah dalam sesebuah masyarakat. Begitu juga dengan falsafah pragmatisme; kadang kala, ia memerlukan juru bicara dalam masyarakatnya yang dapat mempertengahkan isu-isu genting secara pragmatik bak peribahasa tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Kesinambungan budaya mengenakan lensa kritikan yang pelbagai turut terpancar dalam esei “Menjejak Kolonialisme & Jati Diri Melayu Singapura dalam Semangat Ombak Melanda Pantai” oleh Nur Hafizah Mohd Rashib. Lensa pasca kolonial menjadi instrumen pilihan tatkala menjelaskan unsur-unsur hybridity, narration dan identity yang amat menjejas sejarah kehidupan orang-orang Melayu Singapura. Pragmatisme penulis dalam memilih bibit-bibit yang berguna dan membangun bagi santapan minda anak bangsa menandakan kebolehan untuk membuat pilihan dan keputusan berdasarkan bacaan yang rapi, optimistik tetapi kritis. Namun demikian, optimisme itu dipantau dan disanggah oleh Norazian Mohamed Yahya dalam eseinya ”Kritikan Sebagai Diagnosis dalam Diari Hitam”. Pragmatisme bagi beliau adalah keperluan untuk memulih jiwa yang terbantai agar ia juga dapat disuntik dengan nafas dan semangat baharu demi kesejahteraan nusa, bangsa dan negara. Malah, penyembuhan para konsumer sastera sebegini memperlihatkan keperluan kritikan sastera untuk bertindak sebagai penjaga kemaslahatan insan dengan membaikpulihkan keyakinan dan kepercayaan individu-individu tersebut. Malah, keterpanggilan para pengkritik untuk memberikan suara [lantang] kepada wanita dalam karya-karya sastera Melayu amat ditonjolkan oleh Nur Emelda Jumari dalam eseinya ”Ginokritik: Instrumen Memperlihatkan Pelenyapan Subjektiviti Wanita dalam Suara Hati”. Selain menghidupkan suara mereka yang terbantai, esei ini memperlihatkan peri-perlunya untuk menyalakan juga suara wanita yang seringkali tertindas dan tertimbus diinjak sistem partriakal sexist/mysogynist. Sebaliknya, penulis mengajukan pemerkasaan imej wanita yang dijadikan subjek berbanding objek dalam karya sastera melalui kaedah ginokritik; kritikan sastera oleh wanita, untuk wanita. Tidak dapat tidak, kaedah ini berpotensi untuk menugaskan sekumpulan lagi dalam masyarakat demi menepati tujuan yang lebih makro, sekaligus cocok dengan falsafah pragmatisme.
xiv 14
Pragmatisme dapat menjana persuratan alaf baru. Persoalannya kini; pragmatisme yang bagaimana? Tentunya pragmatisme yang menolak ketidakadilan, kepalsuan dan yang muflis kemoralan. Dengan itu, adalah berguna jika kekata Dr.Kenneth Paul Tan dijadikan sandaran apabila beliau menolak uncritical pragmatism lalu mengingatkan bakal pemimpin dan aktivis tanah air dengan menyatakan: “They must resist the temptation to appear superficially practical and useful to the powerful doers-who-will-not-think, if this will mean compromising their mission to educate people more holistically so that they will have the philosophical capacity, the moral courage, and the imaginative vision to understand what it really means to be in the service of humanity”. Tanpa bermuka-muka, berpura-pura dan beriya-iya; itulah pragmatisme kritis yang diinginkan sesungguhnya penjanaan persuratan alaf baru Asas „50 ini benar-benar bertunjangkan “sastera bina manusia”.
Muhammad Irwan Jamal Ketua Biro Penerbitan Angkatan Sasterawan „50
15 xv
Majlis Bahasa Melayu Singapura gembira sekali dengan usaha ASAS '50 mengajukan inisiatif membangun yang relevan dengan keperluan dan minat golongan belia generasi kini. Aktiviti Sayap Belia Asas '50 yang mendukung slogan ’Seni Bina Belia’ mengukuhkan usaha kita untuk terus memberi peluang kepada generasi muda wadah dan wahana untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu dan sekaligus nasional. Hawazi Daipi Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Tenaga Manusia dan Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura
16
SEKILAS ANGKATAN SASTERAWAN ‘50 Pengenalan Angkatan Sasterawan „50 atau ringkasnya „Asas „50‟ ialah sebuah pertubuhan sastera pertama di Malaya sebelum perang. Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950, Asas „50 merupakan pertubuhan sastera pertama bersifat kemasyarakatan dan menggunakan bahan sastera sebagai wadah mencapai kemerdekaan untuk Malaya pada tahun 1957. Bertunjangkan prinsip „Seni untuk Masyarakat‟, Asas „50 merupakan agen pencorak perkembangan sastera Melayu moden dengan pengasasnya; Muhammad Ariff Ahmad (MAS), Kamaluddin Muhammad (Kris Mas), Abdul Wahab Muhammad (Awamil-Sirkam), Abdul Jalil Haji Nor (Merayu Rawan), Munir Ali (Rosmera), Kumasi Haji Dainuri (Teruna Jaya), Abdul Majid Husain (Hamzah), Masuri Salikun (Masuri S.N), Abu Yamin Kasun, Ahmad Ramli Abdul Karim (Ramlimah), Muhammad Daud dan Muhammad Yusof Yaacob (Jim). Sejak penubuhannya, Asas ‟50 tidak pernah leka daripada matlamatnya. Ini terbukti dengan sekian banyak usaha persuratan yang direncanakan dan direalisasikan seperti seminar, bengkel, forum, dialog, kongres, kursus dan lain-lain. Tidak kurang juga penglibatannya dalam peringkat nasional menggemblengkan segenap khazanah ilmu bahasa dan sastera dengan melibatkan generasi muda dan pertubuhan-pertubuhan nasional. Visi dan Misi Asas „50 berbekalkan visi; „Menjadi Sebuah Institusi Persuratan Dinamik‟ dengan misi; „Membudayakan Persuratan Melayu‟. Sebagai sebuah institusi unggul persuratan Singapura, sewajarnya Asas ‟50 menjadi sebuah institusi yang sentiasa berkembang dan dinamik dengan keperluan zaman dengan melahirkan budaya persuratan Melayu di kalangan masyarakat Melayu khususnya dan rakyat Singapura, umumnya. Usaha ke arah visi ini nampak jelas melalui sumbangan rangkaian dan aktiviti Asas ‟50 dewasa ini.
17 xvii
Seni Bina Manusia Satu lagi sumbangan Asas ‟50 terhadap perkembangan sastera khususnya di Singapura ialah usaha menyatukan kumpulan-kumpulan sastera lain, seperti Grup Gelorasa dan Pass menjadi anggota Asas ‟50 pada tahun 1974. Dalam memastikan hasrat menyatukan usaha sastera ini berjaya dilakukan, Asas ‟50 telah melahirkan satu slogan baru iaitu „Seni Bina Manusia‟. Slogan ini dianggap sebagai sesuatu yang umum tidak dipunyai oleh mana-mana pertubuhan sebelum ini. Maka slogan ini dapat diterima oleh semua anggota baru daripada pertubuhan yang lain tadi sehingga hari ini. Slogan ini dipilih kerana berbeza dengan zaman penjajahan, kini perjuangan penulis bukan lagi mencapai kemerdekaan daripada penjajah secara fizikal tetapi berjuang membebaskan masyarakat daripada belenggu atau penjajahan intelektual dan minda. Walapun telah merdeka, masyarakat didapati masih mengagungkan barat dari banyak aspek hingga mengenepikan jati diri mereka. Namun demikian, prinsip perjuangan Asas ‟50 masih bertunjangkan „seni untuk masyarakat‟ walaupun slogannya telah berubah. Bahasa Dalam dunia bahasa, sumbangan Asas ‟50 tidak dapat dinafikan kehebatannya. Pertama sekali dari segi karya yang menggunakan bahasa Melayu yang dihasilkan para penulisnya. Ribuan karya yang dihasilkan itu menggunakan gaya bahasa yang rencam serta istilah-istilah baru yang dicipta untuk menjelaskan sesuatu fenomena yang baru dialami masyarakat pada sesuatu masa. Mentelah lagi, ramai daripada anggotanya terdiri daripada para guru dan wartawan. Maka perkembangan bahasa Melayu pastinya semakin dinamik berbanding dengan zaman sebelumnya yang masih dibelenggu feudalisme dan kekurangan istilah dalam bahasa Melayu. Satu sumbangan bersejarah Asas ‟50 yang penting ialah perumian ejaan bahasa Melayu. Sebelum ini tulisan jawi merupakan ejaan yang diterima pakai. Namun demikian, setelah Kongres Bahasa ke 3 pada tahun 1956, atas usaha Asas ‟50 yang mencadangkan agar ejaan rumi digunakan untuk bahasa Melayu selain ejaan jawi, Nusantara menyaksikan satu reformasi ejaan yang kekal hingga hari ini iaitu ejaan rumi mengambil alih ejaan jawi. Perubahan ini sebenarnya menguntungkan masyarakat berbahasa Melayu kerana memudahkan mereka dalam menjana ilmu dan penulisan memandang
xviii 18
kan bahasa Inggeris juga ditulis dalam huruf rumi. Maka ia memudahkan pembelajaran dan kajian dalam bahan-bahan dari barat untuk keperluan tempatan. Walaupun rumi diperkenalkan selain jawi, namun, setelah beberapa tahun pengaruh rumi telah terserlah sehingga jawi akhirnya tidak digunakan secara meluas dalam penggunaan harian dan pendidikan kecuali di negara Brunei. Pencorak Trend Kemampuan Asas „50 sejak zaman penubuhannya hingga kini tidak dapat disangkal. Asas „50 wujud sebagai sebuah pertubuhan yang menggerakkan beberapa inisiatif landmark bagi hampir setiap zaman. Ia merupakan pertubuhan Sastera pertama Malaya yang berdaftar. Ia juga memulakan sastera bersifat social protest atau social critic. Asas „50 merupakan badan yang bertanggungjawab menyumbang kepada tercapainya kemerdekaan Malaya pada tahun 50-an dan perubahan terhadap dasar ejaan bahasa Melayu melalui 3 Kongres Bahasa yang diadakan. Pada tahun 70-an pula, sumbangan Asas ialah terhadap penubuhan „Hadiah Sastera‟ yang kini dikenali sebagai „Anugerah Persuratan‟. Buat pertama kalinya karya para penulis dan sasterawan Singapura diiktiraf dan diberikan anugerah. Pada tahun ini juga, Asas ‟50 memulakan tradisi „Pertemuan Sasterawan Nusantara‟ yang menjadi ikutan negara-negara Nusantara secara bergilirgilir hingga hari ini. Pada tahun 2000-an, Asas ‟50 mengorak langkah ke arah mengukuhkan lagi penglibatkan dalam pertubuhan-pertubuhan nasional. Asas ‟50 merupakan pertubuhan Melayu pertama menandatangani memorandum kerjasama dengan National Library Board (NLB). Pada zaman ini juga Asas ‟50 melahirkan sebuah buku bersejarah di Singapura iaitu sebuah direktori penulis Singapura yang merakamkan maklumat terperinci 70 orang penulis mapan Singapura sejak 1965 hingga 2005. Buku ini bernama LEKSIKON. Asas ‟50 juga merupakan pertubuhan pertama yang menggunakan bangunan baru NLB di Victoria Street bagi sesi pelancaran buku LEKSIKON yang juga merupakan aktiviti pertama bagi NLB. Asas „50 merupakan sebuah pertubuhan yang dianggap sebagai perwakilan rasmi dalam perkembangan sastera Nusantara. Asas ‟50 berdiri sama tegak dengan pertubuhan-pertubuhan penulis seperti Gapena (Malaysia), Asterawani
19 xix
(Brunei), Horizons (Indonesia) dan lain-lain. Malahan anggota Asas ‟50 sering terlibat dalam aktiviti-aktiviti di Dewan Bahasa dan Pustaka, MASTERA dan MABBIM. Asas ‟50 selanjutnya mengukir sejarah dengan menandatangani MOU dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2006 dalam rangka usaha sama menyebarluaskan kegiatan dan rangkaian serantau. Perfileman Asas ‟50 sebenarnya memberikan sumbangan besar terhadap dunia perfileman Melayu awal. Filem-filem P. Ramlee sebenarnya banyak dipengaruhi perjuangan Asas „50 kerana objektif dalam filem-filem tersebut selari dengan objektif Asas ‟50. Kebetulan P.Ramlee juga mempunyai semacam pertalian dengan Asas „50 melalui teman-temannya. Malahan isteri kepada Asraf sendiri, Fatimah Murad, adalah editor bagi majalah filem P. Ramlee dikenali sebagai „majalah Bintang‟. Maka Asraf telah menggunakan majalah ini untuk menyuntik ideologi Asas ‟50 sambil berkongsi pemikirannya dengan P. Ramlee. Para pengamat sejarah filem, menganggap filem „Bujang Lapok‟ selaras dengan perjuangan Asas ‟50 kerana ia mengandungi sindiran-sindiran tajam terhadap masyarakat pada zaman itu. Satu ciri yang ketara dalam filem ini ialah penggunaan nama sebenar para pelakon utamanya seperti „Ramlee‟, „Sudin‟ dan „Aziz‟. Dengan cara ini, P. Ramlee berharap dapat menonjolkan perasaan dan keadaan sebenar masyarakat marhaen. Akhbar Hakikatnya, akhbar Singapura juga menganuti prinsip sastera mesra masyarakat dengan menerbitkan karya-karya yang menyentuh fenomena dan dilema masyarakat merentasi zaman. Karya-karya yang membuka masalah masyarakat dari perspektif sosial, agama, politik dan ekonomi menjadi mainan akhbar. Jika disingkap jumlah karya yang diterbitkan sejak 1965 hingga kini, dianggarkan sebanyak 3200 daripada 1600 orang penulis. Ini merupakan jumlah terbesar sehingga Sastera Melayu Singapura disinonimkan dengan „sastera akhbar‟. Secara tidak langsung, perjuangan Asas ‟50 telah disebarluaskan oleh pihak akhbar yang juga menyokong matlamat perjuangan Asas ‟50.
20 xx
Penerbitan Dari segi penerbitan, Asas „50 secara pertubuhan tidak melahirkan banyak karya berbanding dengan usianya. Setakat ini terdapat lebih kurang 25 buah buku yang diterbitkan dalam pelbagai genre. Daripada jumlah ini, pertumbuhan mendadak dapat dilihat pada tahun 2000-an. Namun demikian, dari segi anggota Asas „50 jumlah penerbitan jika dikumpulkan telah mencapai ribuan. Antara penerbitan terulung Asas ‟50 ialah buku „Petikan Rasa/Extracts of Feelings‟ karya Abdul Ghani Hamid daripada geran Singapore Cultural Medallion. Buku dwibahasa ini pertama kali dihasilkan oleh Asas ‟50 pada tahun 2005. Ia mengandungi kumpulan sajak-sajak Abdul Ghani Hamid yang didampingkan dengan lukisan-lukisannya.Satu lagi penebitan yang agak signifikan ialah penerbitan „Memoir Perjalanan Mas‟ (2004) merupakan sejarah dan perjalan hidup Muhd Ariff Ahmad yang juga salah seorang daripada pengasas Asas „50. Buku ini penting kerana penglibatan Muhd Ariff Ahmad yang meluas dalam dunia persuratan, bahasa, sastera dan budaya yang merentasi zaman. Ia secara tidak langsung menjadi dokumen sejarah persuratan Melayu Singapura. Penerbitan yang boleh dianggap terunggul Asas ‟50 ialah buku direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 – LEKSIKON. Buku ini sangat bersejarah kerana merakamkan maklumat lengkap mengenai para penulis karya kreatif Melayu Singapura sejak tahun 1965. Belum ada buku seumpama ini di Singapura. Ia secara tidak langsung membuktikan komitmen Asas ‟50 dalam merakamkan dan mempromosikan segenap penulis Melayu di Singapura. Buku ini merupakan penerbitan bersama dengan NLB. Buat pertama kali juga Asas ‟50 menerbitkan sebuah antologi sajak dan cerpen – „Menyongsong Pelangi‟ (2005) yang merangkumi karyakarya penulis mapan dan muda bersempena dengan sambutan 55 tahun Asas ‟50 pada tahun 2005 ini. Seminar, Bengkel & Bicara Sastera Asas ‟50 merupakan sebuah badan persuratan tanah air yang aktif dalam menganjurkan seminar, bengkel, Bicara Sastera, ceramah dan anugerah di Singapura yang bersifat tempatan dan serantau. Antaranya termasuk; Kongres Bahasa, Pertemuan Sasterawan Nusantara, Dialog Selatan, Dialog
xxi 21
Sastera, Dialog Penulis, Hadiah Sastera, Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, dan Pertemuan Penulis Singapura, Pertemuan Puisi Temasik, dan Perkampungan Sastera. Asas „50 kerap menganjurkan bengkel-bengkel sesi-sesi Bicara Sastera dengan mengundang para cendikiawan dan aktivis dalam dunia penulisan dan akademik untuk membimbing bengkel dan memberikan ceramah bagi sesi Bicara Sastera. Terkini Asas ‟50 bergabung dengan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) untuk menganjurkan bengkel Karya Kreatif – Genre Cerpen dan sajak. Nara Sumber dan Rujukan Asas ‟50 juga telah menjadi nara sumber kepada NLB dan badan yang dirujuk bagi projek „Singapore Literary Pioneers Gallery‟, „NLB Online Repository of Artistic works (NORA) database collection for Malay writers and manuscript‟, potret „Tun Seri Lanang‟ iaitu tokoh-tokoh penerima anugerah Tun Seri Lanang Singapura dan „Tekad Pena‟ iaitu profil para penulis prolifik Singapura yang dipamerkan. Asas ‟50 juga menjadi orang tengah bagi mendapatkan para penerima Anugerah Tun Seri Lanang untuk menyumbang karya-karya mereka termasuk buku, bahan penulisan, penerbitan, koleksi peribadi dan sebagainya kepada NLB untuk disimpan sebagai koleksi khas di NLB. Keanggotaan Tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan terbesar Asas ‟50 ialah dari segi pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu dan pengenalan ejaan Rumi dalam bahasa Melayu. Kedua-dua sumbangan ini mencorak perkembangan dan pembangunan bangsa, bahasa dan sastera Melayu Nusantara. Tidak kurang juga ialah sumbangannya dalam dunia perfileman. Terkini, anggota Asas ‟50 banyak diundang sebagai penasihat dan anggota jawatankuasa badan-badan nasional seperti National Arts Council, Nasional Book Development Council, National Library Board, Majlis Pusat, Majlis Bahasa Melayu Singapura dan lain-lain. Tidak kurang pula yang menjadi pensyarah, pelatih mahupun guruguru di sekolah dan institusi bagi aktiviti-aktiviti bahasa, sastera, perkemahan, bengkel dan lain-lain. Ini juga termasuk media massa seperti Berita Harian, radio dan televisyen mediacorp. Ramai juga anggotanya yang kini bertindak selaku editor bagi penerbitan nasional dan penerbit bagi
xxii 22
penulis tempatan. Kemampuan Asas ‟50 bertahan sampai hari ini atau lebih tepat lagi 60 tahun, sebagai sebuah pertubuhan unggul sastera di Singapura tidak dapat dinafikan. Sejak 1950-an, terdapat banyak pertubuhan sastera yang ditubuhkan seperti Grup Gelorasa (1971), Pass (1972), Jejak Kembara (1978), Kupuja (1984), Kamus (1989), Nadwah Sastera (1990) dan lain-lain. Namun demikian, semuanya kini kurang prolifik dan ada pula yang tidak lagi berfungsi. Golongan Muda Sejak penubuhannya, Asas ‟50 dianggotai para penulis muda dengan semangat perjuangan demi kepentingan masyarakat. Usia seumpama ini didapati sangat produktif dan prolifik bagi penulis yang sememangnya sedang mencari jati diri. Bermula tahun 2002, sayap belia Asas ‟50 dimulakan dengan hasrat menyediakan generasi muda sebagai pelapis dan penggerak selanjutnya Asas ‟50. Usaha ini sering diluahkan oleh Masuri SN kerana beliau percaya bahawa tunggak pertubuhan perlulah dikukuhkan dengan golongan muda bagi hari muka. Maka lebih banyak anggota muda diserapkan khususnya daripada golongan guru pelatih di Institut Pendidikan Nasional Kampus Townsville. Ada di antara mereka yang kini memegang jawatan dalam jawatankuasa Asas „50. Dengan sokongan generasi muda ini, Asas ‟50 dapat merencanakan dan menggerakkan lebih banyak aktiviti peringkat nasional. Daripada golongan ini juga, lahir penulis yang berpotensi yang meraih anugerah dan menghasilkan penerbitan. Karya-karya mereka diterbitkan di akhbar dan majalah tempatan serta antologi. Sumbangan utama golongan muda ini yang dikenali sebagai sayap belia Asas ‟50 ialah dalam mengendalikan aktiviti utama Asas ‟50 seperti Pertemuan Sasterawan Nusantara ke 12 dan lain-lain aktiviti sepanjang tahun 2000-an termasuk penghasilan buku direktori penulis Melayu Singapura sejak 1965 – LEKSIKON dan buku cenderamata 55 tahun Asas „50, Rakan Asas „50 Asas ‟50 mendapat galakan proaktif khususnya dalam menjana aktiviti dan pendokumentasian melalui hubungan baik dengan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) yang dimeterai melalui memorandum kerjasama pada tahun 2003. Melalui usahasama dengan Asas „50, NLB juga bergerak ke arah
xxiii 23
usaha pendokumentasian khazanah para penulis mapan dan prolifik Singapura yang diiktiraf khususnya para penerima Anugerah Tun Seri Lanang Singapura. Selain itu NLB juga menyokong aktiviti mendokumentasikan kertas kerja bagi Pertemuan Sasterawan Nusantara ke 12 anjuran Asas „50 dan penerbitan Leksikon Penulis Melayu Singapura Pasca 1965. Usaha sama seumpama ini masih diteruskan kerana ia saling melengkapi dari segi keperluan dan kepentingan perkembangan ilmu dan persuratan. Anugerah & Pengiktirafan Sepanjang pergerakan Asas ‟50, banyak anugerah dan pengiktirafan diraih yang menjadikan ia sebagai sebuah institusi persuratan unggul Nusantara. Antaranya ialah: President Charity Gold Cup Race 2005 dan 2007, Bab di dalam „Singapore Encyclopedia‟, tersenarai dalam „Kamus Dewan‟, Pertubuhan Pasca Perang yang paling lama bertahan di Nusantara, Memulakan Hadiah Sastera Singapura (Kini Anugerah Persuratan), Memulakan Pertemuan Sasterawan Nusantara, Memulakan rangkaian belia dalam persuratan. Kesimpulan Sumbangan Asas ‟50 dalam perkembangan, pembangunan dan pertumbuhan sastera Melayu Singapura dan Nusantara amat luas dan memberi kesan mendalam. Merentasi sejarahnya yang tidak pernah leka daripada matlamat penubuhannya, Asas ‟50 jelas telah merealisasikan prinsip „seni untuk masyarakat‟ dengan begitu bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab. Hakikatnya, banyak usaha telah dilakukan oleh Asas ‟50 untuk membela bangsa, negara dan penulis itu sendiri. Daripada perjuangan mencapai kemerdekaan, Asas ‟50 cekal menyatukan pertubuhan-pertubuhan sastera yang bertaburan dengan pendirian masing-masing, bersendikan semangat „seni bina manusia‟, sehingga meletakkan status penulis ke tahap tinggi dengan tercetusnya „Hadiah Sastera‟. Sebagai melengkapi tanggung jawabnya pada usia 55 tahun ini, Asas ‟50 memahatkan sekian penulis mapan dan prolifik Asas ‟50 dalam sebuah direktori penulis Melayu Singapura – LEKSIKON. “Daripada manusia kepada manusia dan kembali kepada manusia” – Demikianlah pertubuhan mapan yang diberi nama Angkatan Sasterawan „50.
xxiv 24
Esei
25
‘ASAS ’50 memang kerap menjadi contoh akan perkembangan pertubuhan pengarang disamping banyak membawa ingatan sejarah bersama zaman lampau dari Malaysia dan Singapura.
Tan Sri Prof. Ismail Hussein Ketua Satu GAPENA
26
ASAS ‘50 MEREVOLUSI GERAKAN PERSURATAN MELAYU DALAM TATANAN BARU DUNIA Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz Pengenalan Dalam masa sedekad setelah bermulanya alaf baru pada tahun 2000, Asas „50 mencapai satu tahap kecemerlangan yang begitu ketara kesan daripada perubahan dasar dan motif perjuangan. Alaf baru menyaksikan Asas „50 memberikan keutamaan kepada para belia dengan tertubuhnya Sayap Belia Asas „50 pada 2003. Asas „50 juga memulakan secara agresif gerakan penerbitan dengan purata 5 hingga 10 karya setahun termasuk karya para remaja dan belia. Pada 2005 Asas „50 mengumumkan proses menasionalisasikan gerakannya agar ia melibatkan usaha kolaborasi dengan semua badan dan institusi bukan Melayu sekaligus meletakkan Asas „50 dalam jaringan perangkaianan nasional. Usaha ini membawa kepada kolaborasi antara Asas „50 dan beberapa institusi nasional dan serantau. Pada 2008, Asas „50 merupakan pertubuhan Melayu pertama yang diletakkan di bawah yayasan Asia Pacific Breweries (APB) di bawah inisiatif Arts Inspire Programme sokongan dana bagi kegiatan yang berstruktur dan menjana potensi pembangunan sumber manusia dan kemaslahatan insan. Alaf baru ini boleh dianggap sebagai revitalisasi zaman kegemilangan Asas „50 melalui infrastruktur dan prasarana yang lebih sistematis dan berteraskan ilmu. Senario Sastera Singapura Sastera di Singapura umumnya digerakkan oleh badan yang dikenalpasti oleh pemerintah seperti National Arts Council Singapore di bawah Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian; National Library Board; dan gerakan-gerakan bukan pemerintah secara wewenang (NGO) seperti Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Angkatan Sasterawan „50 (Asas „50), National Book Development Council Singapore (NBDCS), Association of Singapore Tamil Writers, dan Singapore Literature Society. Kesemua badan wewenang ini membangun dalam konteks bangsa dan bahasa masing-masing dengan sokongan dan galakan pemerintah. Hubungan seumpama ini merangsang perkembangan sastera multi-etnik di Singapura selaras dengan
27
perancangan Singapura sebagai sebuah bandar Renaissance (Renaissance City Plan) pada tahun 1989 yang diluluskan pada tahun 1999. Rancangan ini menyaksikan penubuhan 3 badan utama iaitu National Arts Council, National Library Board dan National Heritage Board. Sehubungan ini, Media Development Authority (MDA) juga memainkan peranan ke arah yang sama. Kini Singapura terus bergerak ke arah menjadi bandar global bagi budaya dan Kesenian 1 yang menyaksikan beberapa anugerah besar disediakan bagi penulis Singapura seperti Cultural Medallion, Young Artist Award dan Singapore Literature Prize. Gerakan berpadu ke arah menggalakkan persuratan Singapura telah menghasilkan 23 buah badan dan syarikat persuratan berdaftar di Singapura sejak 2008. Jumlah kegiatan kesenian juga melonjak kepada 29, 3832 pada 2008 dan pada tahun yang sama pemerintah melaburkan sebanyak $339.6 juta dalam usaha merealisasikan impian bandar Madani ini. Dalam konteks perkembangan sastera Melayu Singapura, umumnya, Singapura amat terkesan dengan perkembangan sastera di Nusantara memandangkan terdapat hubungan erat antara pertubuhan setempat dengan Nusantara melalui kegiatan serantau seperti MABBIM 3 , MASTERA 4 , dan PSN 5 serta penglibatan penulis Nusantara di Singapura melalui kempen seperti Read! Singapore, panel penilai bagi Singapore Literature Prize, Golden Point Award, sayembara Novel Temasek, sayembara Noktah Putih, dan penggunaan buku-buku penulis Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Pendedahan masyarakat Singapura kepada Nusantara dikukuhkan lagi melalui program serapan di sekolah dan universiti serantau. Guru-guru bahasa Melayu juga terus digalakkan meneruskan pelajaran mereka di universiti di rantau ini. 1
Renaissance City Plan III (2008) dan Renaissance City Plan III – Arts Development Plan (2008). 2 Singapore Cultural Statistics 2004-2008. 3 Majlis Bahasa Brunei-Indonesia- Malaysia. Sejak penubuhannya pada 1972, Singapura adalah negara pemerhati. 4 Majlis Sastera Asia Tenggara. Sejak penubuhannya pada 1995, Singapura adalah negara pemerhati. Istilah „Mastera‟ dicipta oleh wakil Singapura ke mesyuarat penubuhan Mastera iaitu sasterawan Muhd Ariff Ahmad. 5 Pertemuan Sasterawan Nusantara dimulakan di Singapura pada 1977 oleh Angkatan Sasterawan „50.
28
Kini banyak lulusan universiti khususnya dari Universiti Malaya telah mengisi segenap institusi pendidikan Singapura. Ini bermakna pembudayaan nilai dan ilmu kenusantaraan terus berkembang di dalam arena pendidikan Singapura sebagai satu tanda pertalian keserantauan yang kukuh dan padu. Tidak kurang pula para akademik dan sasterawan Singapura yang sering mengikuti gerakan persuratan dalam bentuk seminar dan penerbitan jurnal di rantau ini. Alaf ini menyaksikan Singapura berusaha menghasilkan citra senario sasteranya yang lebih mesra penulis muda. Beberapa anugerah tambahan direka khususnya untuk penulis muda seperti anugerah MAS6 dan anugerah Harapan 7 . Bermula 2007, Golden Pen Award (SPH-NAC) 8 menyesuaikan penyertaannya kepada individu yang belum pernah menerbitkan buku kreatif bagi cerpen, sajak atau novel dalam usaha memberi ruang dan peluang kepada para penulis baru dan berpotensi. Umumnya, sastera di Singapura masih bergerak proaktif di media massa; radio melalui siri drama radio dan rancangan kupasan buku, televisyen melalui projek cerpen, dan akhbar melalui ruang sastera. Begitu juga dengan pengenalan pengajaran subjek sastera di peringkat sekolah menengah bagi sekolah-sekolah tertentu selain di peringkat maktab rendah. Bermulanya pengajian Melayu di sebuah lagi universiti swasta di Singapura, UNISIM membuka ruang kepada para penulis untuk meningkatkan ilmu pengajian Melayu mereka. Antara penulis mapan yang mengikuti pengajian di sini adalah Anuar othman, Sarifah Yatiman, dan aktivis mapan Zaidi Nandir. Sayembara-sayembara baharu juga semakin bertambah melalui bengkelbengkel sastera di peringkat sekolah dan nasional. Keadaan ini dikukuhkan 6
Anugerah Anugerah Mas diperkenalkan pada 2007 menerusi sumbangan Dr Muhammad Ariff Ahmad, yang telah menghadiahkan $30,000 daripada jualan buku dan manuskripnya. EMPAT tokoh muda dipilih berdasarkan kegigihan memartabatkan bahasa Melayu dalam pengantar kekaryawanan mereka, khususnya di bidang sastera, perguruan, dakwah dan bimbingan Islam. Anugerah diberikan kepada aktivis muda di bawah usia 40 tahun. 7 Diperkenalkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sempena majlis Anugerah Persuratan 2009. Anugerah diberikan kepada penulis di bawah usia 40 tahun. 8 Bermula 1992 oleh gabungan Singapore Press Holdings dan National Arts Council Singapore. Sayembara penulis cerpen dan sajak ini dibuka kepada keempat-empat bahasa rasmi di Singapura.
29
lagi dengan sokongan badan-badan utama nasional dan skim pemerintah dalam menggalakkan perkembangan persuratan nasional dalam bentuk dana9, prasarana dan infrastrukur. Inisiatif Celik Karya Sastera di Singapura umumnya bergerak di kalangan komuniti sastera sahaja kerana ia tidak mempunyai satu institusi sepenuh masa yang mampu mengembangbiakkan sastera kepada masyarakat umum secara konsisten dan berterusan. Akibatnya, hanya kumpulan penulis sahaja yang biasanya berkecimpung dalam arena sastera di Singapura. Terkadang, kita akan dapati orang yang sama di dalam pelbagai gerakan dan kegiatan mahupun penganugerahan. Menyedari hakikat ini, Asas „50 mulakan satu gerakan secara agresif yang dikenali sebagai Gerakan „Celik Karya‟ di kalangan masyarakat. Gerakan ini merupakan satu jaringan kerja sama Asas „50 dengan badan-badan utama nasional iaitu: National Arts Council Singapore (NAC), National Library Board (NLB), National Institute of Education (NIE), Andalus Corperation, Asia Pacific Breweries Foundation (APB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), National Books Development Council Singapore (NBDCS), National Heritage Board (NHB), Taman Warisan Melayu (TWM) dan Jawatankuasa Penggalakan dan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) Kementerian Pendidikan Singapura untuk mengembangbiakkan sastera. Asas „50 mengambil inisiatif menyatukan gerakan dengan badan-badan tersebut yang mempunyai motif yang sama dalam sastera. Gerakan ini berteraskan dua prinsip teras iaitu: membeliakan sastera, dan mengkomunitikan sastera.
9
Pemerintah Singapura melalui National Arts Council mengeluarkan banyak dana melalui pelbagai skim untuk orang perseorangan mahupun pertubuhan bagi projek-projek persuratan, kesenian dan kebudayaan yang ingin direalisasikan. Gerakan ini dikukuhkan lagi dengan geran khas warisan yang dikeluarkan oleh Kementerian pembangunan masyarakat (MCYS), belia dan sukan untuk kegiatan yang memelihara dan memperdayakan warisan.
30
Membeliakan Sastera Membeliakan sastera ditinjau dari sudut kepimpinan dan pengiktirafan belia. Asas „50 sejak 2003 telah memulakan Sayap Belia Asas „50 yang dibimbing oleh para pemimpin veteran Asas „50 dan diletakkan di bawah urusan Ketua 1 secara langsung. Ini bermakna ia mempunyai saluran langsung kepada jawatankuasa eksekutif sekaligus mempermudahkan dan mempercepatkan urusan dan perlaksanaan kegiatan. Kini para anggota belia juga dilantik di dalam jawatankuasa eksekutif Asas „50 dan bertindak selaku anggota jawatankuasa yang juga memegang jawatan utama dalam Asas „50. Misalnya, saudara Muhammad Irwan Jamal adalah ketua Biro Penerbitan Asas „50 (28 tahun), saudara Hoirull Amri Tahiran (28 tahun) adalah Setiausaha 2 Asas „50 dan saudara Muhammad Herwanto Johari (30 tahun) adalah ketua belia dan ketua program Asas „50. Selain itu saudari Nur Namira Mazlan (25 tahun) adalah ketua Web Asas „50 dan saudara Fariz Husna Sajani (24 tahun) merupakan Mentor Belia. Pendekatan seumpama ini amat merangsangkan usaha membeliakan sastera kerana tenaga dan gagasan para anggota muda amat kontemporari dan mudah menerima perubahan serta cepat menangkap idea-idea dan saranasarana inovatif dan kreatif kerana ini adalah zaman mereka dan tentunya mereka lebih memahami keperluan dan cita rasa zaman ini. Dalam membeliakan sastera, Asas „50 telah mengenalpasti dua bidang. Pertama ialah mengkontemporarikan sastera. Maka Asas „50 telah memperkenalkan Graftera atau Grafiti Sastera. Ia merupakan inovasi ciptaan Angkatan Sasterawan 50 pada alaf ini dalam usaha merelevankan sastera. Graftera merujuk kepada usaha visualisasi hasil karya dari pelbagai genre: sajak, cerpen, novel dan sebagainya. Visualisasi ini boleh mengambil media illustrasi menggunakan lukisan, pancutan, lorekan cat atau mana-mana pewarna di kanvas, kertas dan seumpamanya. Graftera juga boleh menggunakan perisian komputer (teknologi sastera - Tektera). Fototera (Fotografi-Sastera) pula merupakan satu lagi komponen dalam Graftera. Satu perbezaan ialah ia memerlukan visual dahulu sebelum dihasilkan teksnya. Ini bermakna setelah mendapatkan sebuah gambar foto yang menarik sesuai dengan tema yang ingin dikemukakan, barulah
31
diciptakan sajak, cerpen, novel, esei dan sebagainya yang menjelaskan atau memberikan tema kepada visual tadi. Dalam lain erti kata, visual atau gambar itu umpama jasad dan penulisan itulah rohnya. Kedua ialah gerakan sastera ke sekolah-sekolah dengan pendekatan yang segar dan sesuai dengan cita rasa golongan muda serta penerbitan karya belia. Maka satu inisiatif „Penyair Marhaen‟ diperkenalkan. Ia merupakan cara menghayati dan mempelajari menulis sajak melalui media-media kontemporari seperti muzik, filem, lukisan dan permainan. Para pemudah caranya pula terdiri daripada belia sendiri. Usaha membeliakan sastera juga bermaksud memberikan pengiktirafan kepada para belia dalam bentuk penerbitan. Buat julung-julung kalinya Asas „50 mengadakan bengkel-bengkel secara agresif di peringkat sekolah rendah hingga ke maktab dan politeknik. Karya-karya yang dihasilkan daripada bengkel ini dinilai, diberi hadiah dan akhirnya diterbitkan dalam bentuk antologi. Buku-buku kini digunakan dengan meluasnya di sekolah-sekolah. Sastera kini mendapat nadi belia kerana belia diberikan kepercayaan, kepimpinan, tanggungjawap dan pengiktirafan. Antara buku tersebut ialah antologi cerpen „Purnama Senja‟, „Perjalananku‟, „Skrinik‟, dan „Diari Hitam‟. Mengkomunitikan Sastera Usaha mencorak gerakan sastera perlu berfokus. Maka satu prinsip yang diambil Asas „50 ialah mengkomunitikan sastera. Ini bermakna gerakan sastera perlu disesuaikan dengan keperluan satu-satu golongan ataupun customization. Ini bermakna strategi yang diambil dalam mengembangkan sastera tentunya berlainan bagi pelajar sekolah, belia berisiko tinggi, golongan berpendidikan tinggi, para ibu bapa dan sebagainya. Strategi seumpama ini telah melahirkan program „Penyair Marhaen‟ untuk sekolah menengah, program „Biblioterapi‟ untuk remaja berisiko tinggi, „Forum Penulisan Asatizah‟ (FPA) bagi golongan ustaz dan ustazah, „Graftera‟ untuk golongan seniman, dan sebagainya. Begitu juga dengan program kumpulan membaca atau reading groups. Cara ini memastikan bahawa setiap orang mempunyai tempat dalam sastera dan mereka boleh mempraktikkan sastera mengikut cita rasa masing-masing.
32
Strategi Jaringan Sastera Singapura Berteraskan prinsip yang dijelaskan, Asas „50 mengenalpasti strategi yang wajar digerakkan agar sastera Singapura dapat terus makmur dan berkembang. Maka Asas „50 menggunakan pendekatan jaringan atau network bersama badan-badan yang disebutkan melalui cara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Memasyarakatkan Sastera Mendokumentasikan Sastera Menasionalisasikan Sastera Mengintegrasikan Sastera Meregionalisasikan Sastera Mengantarabangsakan Sastera Memasyarakatkan Sastera
Memasyarakatkan sastera merujuk kepada usaha menjana kegiatan menerusi inisiatif-inisiatif peringkat nasional yang melibatkan badan-badan nasional dan syarikat swasta. Usaha memasyarakatkan ini melibatkan masyarakat umum, sekolah, dan mana-mana institusi swasta. Asas „50 telah merangka prasarana melalui beberapa inisiatif yang diperkenalkan dan melibatkan pelbagai institusi tempatan dan luar negara. Asas „50 membentuk prasarana bagi kempen Read! Singapore (Bacalah Singapura) yang diperkenalkan oleh NLB sejak 2005. Melalui kempen ini, masyarakat umum digalakkan membaca buku-buku yang diperkenalkan oleh jawatankuasa pemilihan buku bagi keempat-empat bahasa rasmi Singapura. Biasanya, sebuah buku daripada penulis tempatan, dan sebuah lagi dari penulis luar negara. Antara penulis luar negara yang pernah diundang untuk bertemu masyarakat pembaca di Singapura termasuk Khadijah Hashim, Anwar Ridhwan, Abdullah Hussein, Zaharah Nawawi, dan Feisal Tehrani. Kumpulan membaca atau Reading Groups juga dibentuk di kalangan asatizah, pendandan rambut, kumpulan motosikal, guru, guru pelatih dan belia masjid. Pada 2007, Asas „50, melalui APB Adopted Arts Groups, diangkat sebagai anak angkat APB melalui pendanaan tetap bagi tempoh tiga tahun
33
bermula 2008 untuk menjalankan gerakan mencapai masyarakat dalam membangunkan prasarana sastera yang berpotensi untuk menjana pulangan proaktif bagi Asas „50 dan masyarakat. Gerakan tiga tahun Asas „50 telah dimulakan dengan satu inovasi dalam sastera iaitu program Biblioterapi. Program ini diperkenalkan pada tahun 2008 bertujuan menggunakan bahan sastera sebagai terapi bagi para belia berisiko tinggi. Progam setahun ini melibatkan 100 para penghuni rumah tumpangan wanita dan kanak-kanak. Mereka diajar menghayati sastera dan menulis cerpen. Pada akhirnya mereka berjaya menghasilkan satu antologi berjudul “Diari Hitam” yang dilancarkan pada awal tahun 2009. Bagi program kedua pula, Asas „50 mencapai para pelajar peringkat sekolah menengah dengan program Heartland Poet atau Penyair Marhean. Program yang bermula pada 2009 ini melatih 500 pelajar sekolah untuk mengapresiasi sajak dan menghasilkannya dalam pelbagai media iaitu graftera (grafiti dalam sastera), muzik, dan persembahan. Pada tahun 2010, Asas „50 akan menyediakan sebuah portal sumber bagi persuratan Melayu Singapura yang memuatkan segenap khazanah sastera, bahasa dan persuratan tanah air yang boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat dan peringkat antarabangsa. Asas „50 diberikan dana melalui NAC Literary Arts Scheme untuk mengerakkan mana-mana inisiatif peringkat nasional yang memajukan sastera di kalangan masyarakat. Dana yang diberikan termasuk dana penerbitan, kegiatan sastera seperti bengkel, pameran, dan mana-mana inisiatif kreatif baharu. Dana ini juga terbuka kepada mana-mana individu mahupun kumpulan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Melalui dana ini Asas „50 berjaya melaksanakan dua pameran yang buat julung-julung kalinya diadakan di Singapura iaitu Pameran 2000 Tahun Bahasa Melayu dan Pameran Revolusi Asas „50 serta penerbitan sebuah buku akademik oleh para pengkaji muda berjudul „Bahasa Sumber Intelektual Peribumi‟. Pameran ini mendapat sambutan baik daripada masyarakat umum dan para pelajar. Pada tahun 2009, Asas „50 telah dipilih untuk memulakan program penulis tamu antarabangsa (International Writer Residency Programme) untuk para penulis yang menghasilkan karya dalam bahasa Melayu. Program yang pertama kali diadakan di Singapura bertujuan memupuk penulis
34
profesional dan berwibawa khususnya di kalangan penulis mapan Singapura yang dilatih oleh penulis mapan dari luar negara secara tetap selama 6 bulan. Asas „50 bertanggungjawap mengkonsepsualisasikan, merancang, melaksanakan program dan pensijilan. Program ini berharap akan menambahkan lagi jumlah novel yang berkualiti oleh penulis Singapura. Pada 2010 Asas „50 akan memulakan program Penulis Sarjana Singapura. Ia merupakan inisiatif Asas „50 untuk membentuk golongan penulis yang berpotensi menjadi penulis profesional. Ia merupakan program tahap pertengahan atau intermediate. Ia diselenggarakan oleh para penulis mapan Singapura yang mempunyai pengiktirafan nasional dan serantau seperti: SEA Write Award dan anugerah-anugerah tersohor Singapura seperti Anugerah Tun Seri Lanang dan Singapore Literature Prize. Selain itu NAC juga telah memulakan Mentor Access Programme (MAP) yang berjalan selama 18 bulan bagi penulis muda dan berpotensi. Program bimbingan penulis ini merupakan inisiatif NAC menyediakan ruang bimbingan penulisan untuk semua bangsa. Asas „50 mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan lebih banyak belia didaftarkan dalam program ini. Penulis mapan Asas „50 juga terlibat sebagai pembimbing bagi program ini. Bermula 2009, NAC juga perkenalkan inisiatif Arts Creation Fund yang menyediakan dana sehingga $50,000 bagi setiap penulis terpilih untuk menghasilkan karya kreatif yang bermutu di luar negara. Dana ini menggalakkan penulis memberikan tumpuan sepenuh masa dalam menghasilkan karya dengan mengambil cuti daripada pekerjaan sepenuh masa mereka. Selain itu NAC juga menyediakan banyak ruang dana pertubuhan seperti Major Grants iaitu dana utama bagi membantu pertubuhan dari segi pembangunan infrastruktur dan prasarana pertubuhan. Tahun ini Asas „50 memainkan peranan utama dalam Singapore Writers Festival 2009 (SWF) anjuran NAC. Festival penulis tahun ini menyaksikan penglibatan para penulis muda dan belia Asas „50 dalam melancarkan buku, membuat persembahan, dan pameran. Satu Festiva Penulis Singapura telah digerakkan oleh pada belia Asas „50 selain mengadakan beberapa acara termasuk menyelenggarakan sesi bersama penulis undangan seperti Sasterawan Negara Dato‟ Dr Anwar Ridhwan dan Dato‟ Baha Zain
35
yang diadakan di Arts House. Asas „50 telah melancarkan 7 buah buku sempena festival ini. Inisiatif Jana Ilmu Andalus Corporation telah membuka ruang untuk Asas „50 mengendalikan bersama Sayembara Novel Temasek (SNT) yang dimulakan pada tahun 2007 atas usahasama Asas „50 dan sebuah institusi pendidikan agama swasta – Andalus Corporation. Ia diadakan setiap dua tahun sekali dan kini memasuki musim ke-2. SNT dibahagikan kepada kategori novel terbuka dan cerita kanak-kanak. Asas „50 merupakan pentadbir dan penggerak SNT sementara Darul Andalus berfungsi selaku pendana hadiah dan pencetak manuskrip terpilih daripada SNT. Bagi musim lalu, sebanyak 6 buah novel telah diterbitkan. Setiap manuskrip SNT dinilai oleh panel juri dari Singapura dan Malaysia. Inisiatif ini juga membuka ruang kepada kerjasama selanjutnya dalam mengendalikan Sayembara Noktah Putih (SNP). Ia dimulakan pada tahun 2006 atas usaha Asas „50 untuk menambah khazanah berkualiti persuratan tanah air dalam bentuk cerpen dan sajak bagi peringkat terbuka dan remaja. Ia diadakan setiap dua tahun sekali dan akan memasuki musim ke-3 pada 2010. Pada tahun 2008, Andalus Corporation telah menjadi penganjur bersama SNP dan menjadi pendana hadiah dan pencetak manuskrip pemenang daripada SNP. Setakat ini 2 buah antologi cerpen dan sajak telah diterbitkan. Setiap manuskrip SNT dinilai oleh panel juri dari Singapura dan Malaysia. Selain itu Asas „50 dan Andalus Corporation telah memulakan program Forum Penulisan Asatizah sejak 2006. Program ini merupakan usaha memasyarakatkan penulisan kreatif dan kritikal di kalangan asatizah agar mereka didedahkan kepada dunia ilmu selain ukhrawi. Program ini akhirnya berkembang kepada program peringkat Diploma Pendidikan Asatizah yang meliputi komponen penulisan, tatabahasa, budaya dan sastera yang dimulakan pada 2008. Asas „50 telah diberikan kepercayaan melalui program penggalakan bahasa dan Sastera MLLPC untuk melaksanakan berbagai inisiatif kontemporari termasuk bengkel penulisan cerpen dan sajak bagi para pelajar sekolah peringkat menengah hingga pos menengah, penerbitan karya kreatif para pelajar, sayembara penulisan kreatif peringkat sekolah menengah hingga
36
pos menengah, peraduan Eja Tepat bagi peringkat sekolah rendah dan bengkel khazanah Sastera peringkat maktab rendah. Kesemua program ini dijalankan sejak 2006. Program ini menghasilkan banyak buku yang kini digunakan dengan meluasnya di sekolah-sekolah khususnya dengan permulaan inisiatif ERP (Extensive Reading Programme). Secara tidak langsung ia menyediakan bahan-bahan bacaan bermutu yang sangat diperlukan di sekolah-sekolah. Pada tahun 2003, Asas „50 menubuhkan sebuah jaringan dua hala dengan NIE melalui inisiatif Special Training Programme (STP/NIE) Professional Attachment Programme. Program ini dilakarkan bersama oleh Asas „50 dan STP untuk memberikan pendedahan optimal kepada para guru pelatih mempraktikkan ilmu pengajian Melayu yang dipelajari dan mengalami sendiri proses-proses menggerakkan kegiatan peringkat nasional dan serantau serta penerbitan. Program ini sangat memanfaatkan usaha memasyarakatkan sastera kerana para guru-pelatih ini diserapkan ke dalam sayap belia Asas „50 dan terus menyumbang setelah mereka dihantar ke sekolah-sekolah dengan mendedahkan para pelajar mereka pula kepada gerakan persuratan tanah air. Ramai di kalangan guru ini kemudiannya menjadi penulis berwibawa dan mula menggerakkan kegiatan-kegiatan sastera di kawasan mereka. Pada 2009, Asas „50 dengan sokongan NHB melalui Taman Warisan Melayu telah melaksanakan program Didik Warisan atau Edu-Heritage sepanjang sebulan. Ia menyaksikan satu festival persuratan Melayu yang melibatkan pameran yang buat pertama kali diadakan di Singapura dan Asia Tenggara iaitu pameran 2000 Tahun Evolusi Bahasa Melayu dan pameran Revolusi Asas „50. Selain itu terdapat juga kegiatan bagi peringkat sekolah rendah (Eja Tepat), sekolah menengah (bengkel penulisan kreatif), pelancaran 5 buah buku kajian dan kreatif, forum bahasa, dan pertemuan belia. Sambutan ini juga amat bersejarah kerana ia juga menyaksikan pelancaran dua buah buku mengenai Masuri SN. Pertama sebuah buku kumpulan kajian mengenai Masuri SN dan sebuah lagi karya kreatif (drama) Masuri SN yang baru ditemui dan ditulis pada tahun 1980. Buku-buku ini diterbitkan bersama oleh Asas „50 dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ini membuktikan komitmen Asas „50 dalam menjana ilmu dan memelihara warisan.
37
Mendokumentasikan Sastera Usaha mendokumentasikan khazanah Melayu Singapura merupakan inisiatif bersama Asas „50 dan National Library Board (NLB) sejak tahun 2003. Ia merupakan usaha mengumpul seberapa banyak khazanah penulis Melayu Singapura dalam bentuk buku atau manuskrip serta mana-mana artifak penulis tersebut. Bahan-bahan ini akan dikumpulkan dalam sebuah koleksi khas di NLB dan didigitalisasikan. Antara penulis mapan yang khazanahnya telah dikumpulkan termasuk Muhammad Ariff Ahmad, Abdul Ghani Hamid, Aliman Hassan, Mahmud Ahmad, Noor S.I dan Harun Aminurrashid. Bahanbahan tersebut boleh dikumpulkan melalui pembelian, pendermaan atau pinjaman. Inisiatif ini dilanjutkan di UPSI pada tahun 2009 apabila keluarga Masuri memberikan bahan-bahan peninggalan Masuri SN dalam bentuk manuskrip dan artifak kepada perwakilan muzium UPSI. Sehubungan ini Asas „50 juga memberikan salinan buku-buku penerbitannya kepada UPSI untuk diletakkan dalam satu ruangan koleksi khas buku-buku Asas „50 di perpustakaan UPSI bermula tahun 2006. Sehubungan ini Asas „50 menjanakan Program Penerbitan Singapura. Ia juga inisiatif Asas „50 untuk menambah khazanah bermutu Singapura dalam bentuk penerbitan dan dalam masa yang sama memberikan ruang dan peluang penerbitan kepada para penulis Singapura. Inisiatif ini telah membawa kepada penubuhan Asas „50 Press pada 2009 untuk menerbitkan karya-karya bukan fiksyen sementara Penerbit Asas „50 akan terus menerbitkan karya-karya kreatif. Pada tahun 2009, Asas „50 telah menerbitkan hampir 15 naskah buku-buku kreatif dan akademik. Ini merupakan satu pencapaian bagi sebuah badan NGO. Asas „50 juga merupakan satu-satunya gerakan yang menerbitkan jurnal tahunan pengajian Melayu paling konsisten dan berterusan di Singapura bermula tahun 2001. Ia merupakan inisiatif bersama STP (NIE). Bahan-bahan merupakan sumbangan para guru pelatih (belia) yang melalui program Asas „50.
38
Menasionalisasikan Sastera Usaha menasionalisasikan sastera merujuk kepada upaya memasyarakatkan sastera di peringkat nasional dengan melibatkan agensi dan institusi nasional. Singapura merupakan sebuah negara yang bahasa di peringkat nasionalnya adalah bahasa Inggeris dan setiap agensi nasional adalah agensi yang menggerakkan inisiatif untuk semua bangsa dan bahasa. Antaranya termasuk NAC, NLB, NIE, NBDCS, dan APB. Asas „50 mula bergerak ke arah menasionalisasikan gerakan sasteranya pada 2003 dengan bermulanya MOU dengan NLB sempena Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN) ke-12 di Singapura. Ini bermakna Asas „50 tidak lagi mengehadkan gerakannya di kalangan pertubuhan atau institusi Melayu sahaja sepertimana yang biasa dilakukan sebelumnya. Pada 2008, Asas mulakan lelaman webnya, www.asas50.com dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Begitu juga surat berita yang dihasilkannya. Dasar dwi bahasa Asas „50 ini membuahkan hasil kerana Asas „50 semakin dikenali dan dirujuk sebagai gerakan yang lebih berwibawa dan telus. Gerakan Asas „50 bukan hanya diketahui masyarakat Melayu tetapi juga masyarakat bukan Melayu. Dasar dwi bahasa Asas „50 sebenarnya berteraskan pendekatan; karya dalam bahasa Melayu-laporan kegiatan dalam bahasa Inggeris. Ini bermakna bahawa kegiatan Asas „50 dapat difahami oleh semua orang tanpa menggadaikan prinsip sebenar kewujudan Asas „50 iaitu memartabatkan bahasa Melayu melalui karya kreatif dan bukan kreatif. Mengintegrasikan Sastera Usaha memasyarakatkan sastera di Singapura memerlukan gerakan bersama dengan kaum-kaum lain. Asas „50 merupakan satu-satunya gerakan sastera Singapura yang terulung dan berwibawa. Namun demikian, ia tidak seharusnya bergerak secara eksklusif. Kesedaran ini timbul kerana sastera multi-etnik Singapura sebenarnya sangat kaya dengan elemen-elemen yang sama dan saling melengkapi khususnya aspek sosio-budaya dan kepercayaan. Banyak hal yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan melalui pertukaran pengalaman.
39
Usaha mengintegrasikan ini telah dimulakan oleh NLB melalui inisiatif Read! Singapore yang menyaksikan penterjemahan cerpen-cerpen ke dalam 4 bahasa rasmi Singapura (Melayu, Mandarin, Tamil, Inggeris) ke dalam ke empat-empat bahasa tersebut agar dapat dibaca dan dihayati oleh rakyat Singapura dalam masa yang sama memahami citarasa semua kaum di Singapura. Usaha ini bermula pada 2005 dan sehingga kini telah melahirkan 4 penerbitan. Pada tahun ini sebuah lagi penerbitan sedang diusahakan. Baru-baru ini satu mesyuarat telah diadakan antara perwakilan Asas „50, pertubahan Cina, dan Pertubuhan Tamil yang digerakkan oleh NBDCS. Hasilnya beberapa inisiatif baru untuk mengintegrasikan sastera Singapura telah dipersetujui melalui kegiatan kolaboratif berikut: mengadakan „Malam Penulis‟ sebagai satu usaha menaiktarafkan kedudukan penulis nasional, penerbitan bersama karya-karya penulis tempatan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, meneruskan forum multi-etnik yang membincangkan perkembangan sastera masing-masing bangsa (forum ini telah dimulakan pada 2008 atas inisiatif NAC), dan penerbitan surat berita untuk semua pertubuhan. Meregionalisasikan Sastera Regionalisasi merujuk kepada usaha memperluaskan lagi jaringan kerjasama dengan negara-negara serumpun dalam bidang sastera dan persuratan. PSN merupakan satu contoh terbaik yang menyatukan para penulis dan pertubuhan penulis dari segenap rantau setiap dua tahun sekali untuk bersama dan berkongsi maklumat dalam suasana pertemuan yang rasmi dan mesra. Inisiatif ini dimulakan oleh Asas „50 sejak 1977 di Singapura dan kini telah menjangkau 32 tahun. Kini Asas „50 terus meneroka lain-lain usaha menyerantaukan gerakan persuratan. Sejak 2006, Asas „50 memulakan usaha sama dengan UPSI melalui satu memorandum persefahaman. Ini membawa kepada usaha penerbitan karya-karya Singapura di peringkat serantau dengan bermulanya penerbitan karya-karya Singapura oleh UPSI. Antara karya yang telah diterbitkan termasuk: 2000 Tahun Bahasa Melayu dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik (Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz), Dari Curfew ke Matahari Malam (Masuri SN), Sumbangsih Tizkari Buat Masuri
40
SN (Mokthar Lubis dan Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz), dan Adat dan Tradisi (Muhammad Ariff Ahmad). Selain penerbitan, usaha sama Asas „50-UPSI juga ketara dalam arena sayembara dari aspek penilaian dan piawaian. Satu perbincangan juga sedang dijanakan untuk menjadikan UPSI sebagai agensi piawai bagi produk Asas „50. Pada 2009, NAC juga telah memulakan usaha penerbitan bersama dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia. Hasil kerjasama ini telah membuahkan sebuah buku antologi 100 puisi daripada penulis Singapura dan Malaysia dari pelbagai bangsa yang dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Ini merupakan usaha pertama dalam skala serantau yang agak besar dan penuh komitmen. Hasilnya ialah sebuah buku setebal 470 halaman berjudul Dari Jendela Zaman ini / From the Window of this Epoch. Lebih banyak lagi inisiatif yang sedang dilakarkan dengan negara-negara lain dalam usaha menyebarluaskan sastera Melayu Singapura di rantau ini. Sempena dengan SWF 2009, NAC juga telah mengadakan sesi melancarkan SWF 2009 di Kuala Lumpur pada bulan Oktober di Mid Valley Mega Mall sebagai gerakan memperkenalkan penulis Singapura dan kegiatan sastera Singapura kepada khalayak Malaysia. Mengantarabangsakan Sastera Usaha mengantarabangsakan sastera merupakan satu lagi ruang yang sedang giat dijana oleh NAC melalui usaha penterjemahan karya-karya etnik Singapura. NAC telah meningkatkan jumlah dana bagi penterjemahan dan peluang-peluang penerbitan. Selain itu, lebih banyak kegiatan antarabangsa disertai NAC dengan para penulis tempatan yang mempunyai karya-karya yang telah diterjemahkan seperti Frankfurt Book Fair, Hong Kong International Literary Festival, Edinburgh Book Festival dan Adelaide Writers' Week. Asas „50 juga giat mengenalpasti karya-karya terbaik penulis tempatan untuk diterjemahkan agar mendapat tebaran antarabangsa dalam usaha meningkatkan lagi prestij penulis tempatan. Satu rancangan juga dilakarkan untuk mengadakan gerakan sastera di peringkat antarabangsa dengan lawatan sambil bersastera di Eropah pada 2010.
41
Kesimpulan Jika dikaji bagaimana Asas „50 mampu menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh pada tahun 50-an, kita akan dapati bahawa ia bermula daripada sebuah jaringan yang meluas apabila pengasasnya Muhammad Ariff Ahmad dan Masuri SN belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim pada tahun 40-an setelah perang dunia kedua. Kesan daripada pendidikan di situ, mereka mempunyai ramai kawan daripada negeri-negeri lain dan akhirnya apabila diadakan pertemuan, perangkaianan itu sudah sedia ada dan amat mudah digerakkan. Maka lahirlah gerakan-gerakan gergasi yang merubah sejarah tamadun bahasa dan persuratan Melayu Nusantara seperti Kongres Bahasa dan Persuratan. Kesepakatan juga telah membawa kepada gerakan penulisan pro-kemerdekaan bagi Malaya. Mekanisme yang sama juga wajar digemblengkan dewasa ini. Asas „50 melakarkan kolaborasi meluas dengan pihak berkuasa yang mempunyai dana dan dasar-dasar yang serasi dengan persuratan dan pembangunan negara. Kolaborasi ini juga dijanakan kepada badan-badan NGO yang lain dan pihak swasta. Usaha kerjasama sesama NGO dalam gerakan yang membina insan dan negara lebih mendapat perhatian pemerintah. Dalam konteks ini Asas „50 ketepikan mana-mana perbezaan yang terdapat sesama NGO dan meninjau kesamaan yang boleh digerakkan bersama. Asas „50 juga merelevankan sastera dengan keperluan negara dengan memahami keperluan pemerintah yakni isu-isu genting yang perlu ditangani seperti masalah sosial, pendidikan, pembangunan insan dari segi kepimpinan dan motivasi diri. Isu-isu ini dapat diberikan perhatian dan direncanakan program yang sesuai melalui bahan-bahan sastera yang begitu melimpah ruah jumlahnya. Satu usulan program juga diberikan kepada pemerintah atau agensi seperti National Arts Council. Dalam konteks ini, Asas „50 meletakkan keperluan masyarakat dan negara di hadapan berbanding dengan keperluannya tetapi tanpa memudaratkan kewujudannya. Ia merupakan satu usaha yang saling memanfaatkan. Satu inisiatif Asas „50 yang sangat berjaya dan sesuai dengan waktunya ialah menggerakkan belia. Asas „50 mengenalpasti para belia yang berpotensi dan dedahkan mereka kepada mekanisme kepimpinan dan
42
penghasilan karya secara kreatif dan inovatif. Para belia dipupuk dengan sifat kesukarelawanan berobjektif. Ini bermakna mereka harus dapat memanfaatkan diri mereka dan masyarakat sekaligus dalam penglibatan mereka. Sayap belia sebagai mekanisme pelapis dan pembawa kesegaran kepada perjuangan persuratan. Sesuai dengan ledakan dunia tanpa sempadan, Asas ‟50 menggerak kolaborasi senusantara. Usaha kolaborasi seumpama ini sangat penting dalam negara-negara sastera Melayu memastikan yang sasteranya tetap relevan dan sesuai dengan cita rasa Nusantara atau peringkat serantau. Kerjasama seumpama ini dapat: 1.
2. 3.
4.
5.
membantu memastikan negara yang lebih mapan dapat membantu negara yang agak baharu dalam gerakan sastera dari segi pengkaryaan, kepimpinan, penerbitan dan seumpamanya. memastikan pembangunan setara sastera senusantara dengan penambahan penerbitan bermutu dan gerakan yang relevan. menghasilkan penerbitan karya-karya yang transnational dengan pasaran yang lebih luas dalam masa yang sama mengemaskini budaya dan trend terkini serantau. memberi kekuatan pengaruh di mata pemerintah kerana Asas „50 itu tidak menyendiri tetapi mempunyai satu rangkaian kerjasama yang luas, berwibawa dan tentunya mampu menghasilkan produk yang lebih bermutu serta berdaya merealisasikan programnya dengan lebih efektif. memberi pemerintah agensi rujukan melalui Asas „50 yang boleh bergerak sebagai nara sumber kepada pemerintah dalam hal-hal hubungan dua hala dengan negara lain dalam sektor pendidikan, kesenian, kebudayaan dan sebagainya kerana Asas „50 adalah golongan terbaik untuk mendapatkan nilai sebenar aspirasi masyarakat.
Dalam aspek ini, Asas „50 juga sedang meninjau dan mereka kolaborasi dengan negara Asia seperti China dan peringkat antarabangsa seperti Kanada dan Amerika Syarikat. Kolaborasi yang meluas ini amat penting dalam memastikan kredibiliti dan mutu organisasi dan pengkaryaan serta menjana peluang-peluang bagi para penulis Singapura menebarkan sayapnya ke kawasan yang lebih luas.
43
Kenichi Ohmae (1999: 180-198) menjelaskan bahawa dalam dunia tanpa sempadan terdapat 3 ciri yang paling ketara iaitu resource illusion, end of national interest, a pluralism of values. Resource illusion merujuk kepada hakikat bahawa tidak semua yang dilihat itu adalah seperti apa yang digambarkan. Sesuatu yang kecil dari segi sumber tidak bermakna ia tidak boleh menjadi besar atau sehebat gerakan yang lebih besar. PSN adalah satu bukti yang nyata. Walaupun digerakkan oleh badan NGO tanpa pekerja sepenuh masa dan dana tetap, ia masih mampu wujud sehingga hari ini mencapai usia 32 tahun. Begitu juga kewujudan berterusan badan-badan NGO sehingga hari ini merupakan satu bukti akan kenyataan ini. Ini bermakna apa sahaja yang diinginkan boleh digerakkan dan dijanakan melalui strategi yang pragmatik. End of national interest bermaksud menjana kepentingan negara di luar bukan dari dalam negara sendiri. Ini juga bermakna kepentingan sesebuah negara itu dapat dikukuhkan lagi apabila produk atau ideanya dikembangkan di luar. Gerakan seumpama ini dilakukan oleh Asas „50 dalam kolaborasinya dengan UPSI iaitu UPSI diberikan hak penerbitan beberapa karya daripada Singapura untuk pasaran Malaysia. Begitu juga dengan pendermaan khazanah Masuri SN kepada UPSI oleh keluarga Allahyarham adalah satu tindakan bervisi agar bapa kesusasteraan moden ini dapat dimanfaatkan oleh semua khususnya mereka yang mempunyai perancangan jangka panjang yang pragmatik. A pluralism of values merupakan ledakan nilai yang pelbagai dari segenap ruang dunia. Ia memberikan maklumat baharu kepada masyarakat yang perlu membuat pilihan terbaik daripada nilai-nilai yang pelbagai itu. Penglibatan Singapura dalam MABBIM dan Mastera sebagai pemerhati secara langsung membentuk perkembangan bahasa dan sastera di Singapura melalui penyesuaian nilai-nilai yang dihasilkan daripada sidang-sidang yang diikuti. Perwakilan perlu membuat pemilihan nilai yang sesuai dan menyesuaikan mana-mana yang bercanggah dengan dasar Singapura dalam usaha memanfaatkan nilai-nilai tersebut. Lebih banyak nilai, lebih banyak pilihan dan tentunya lebih rencam produk yang dihasilkan.
44
S. Rajaratnam (dalam C.J.W. L. Wee., 2003:137) pernah menjelaskan bahawa communal cultures should be transformed through interactions with and assimilation from other cultures. Ini bermakna bahawa suatu gerakan bersepadu wajar dijanakan daripada badan-badan yang berlainan budaya dalam melahirkan satu gerakan yang pragmatik dan penuh variasi. Mahbuni (2000:85) pula dalam meninjau penulisan Huntington menjelaskan bahawa kini tamadun (timur) yang pernah menjadi objek kolonialisme barat bukan lagi menjadi sasaran kolonialisme sebaliknya ia adalah penggerak dan pencorak bersama sejarah. Beliau (2000:56) juga menambah bahawa pautan yang dijanakan oleh teknologi baharu menjadikan alam semakin mengecil dan tanpa sempadan. Dalam lain erti kata, sekiranya kita masih dibelenggu dengan alam sendiri, kemungkinan besar cabaran baharu sedang mengumpul segenap tenaga dan menanti masa untuk bertindak tanpa kita sedari. Persiapan awal wajar direncanakan agar kita bersedia menghadapi anjakan selanjutnya dalam arena kebudayaan dunia. Dalam konteks ini, Asas „50 sedang membentuk prasarana dan infrastukturnya bagi gerakan 60 tahun ke hadapan. ______________________________________________________________
RUJUKAN A. Aziz Deraman, (2007, 27-30 Julai). Pengantarabangsaan bahasa dan kesusasteraan Nusantara: Isu dan Masalah. Kertas kerja disampaikan di Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007, anjuran bersama kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gapena Hashim Bin Hamid, (2007, 27-30 Julai). Golongan elit dan sajak Islam di negara Brunei Darussalam. Kertas kerja disampaikan di Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007, anjuran bersama kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gapena Hussain Bachek dan Fatimah Sulaiman (2007). Serving the ethnic minority in a multicultural Singapore viz-a-viz the Malay community: the challenge. Singapore: National Library Board Kenichi Ohmae. (1999). The borderless world – power and strategy in the interlinked economy. New York: Harper Business
45
Kishore Mahbubani. (2000). Can Asians Think? Singapore: Times Book International C.J.W. L. Wee. (ed) (2003). Local cultures and the “New Asia”. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies Mohd Suhaimi Ismail Awae, (2007, 27-30 Julai). Sastera dan kebudayaan dalam pemodenan bangsa. Kertas kerja disampaikan di Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007, anjuran bersama kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gapena Mohamed Pitchay Gani BMAA (ed.) (2005). Dari gerhana ke puncak purnama – biografi Asas ‟50 55 tahun. Singapura: Angkatan Sasterawan 50 Mohamed Pitchay Gani BMAA, (2007, 27-30 Julai). Mereka semula citra mahawangsa dalam orde baru dunia. Kertas kerja disampaikan di Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007, anjuran bersama kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gapena Muhammad Irwan Jamal (ed) (2009, September). Berita@Asas „50. Singapura Muhammad Takari b. Jilin Syahrial, (2007, 27-30 Julai). Citra bangsa dalam sastera Nusantara. Kertas kerja disampaikan di Pertemuan Sasterawan Nusantara ke XIV di Kedah 27-30 Julai 2007, anjuran bersama kerajaan negeri Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gapena Nathan Gardels (ed.)(1997). The changing global order – world leaders reflect.USA: Blackwell. Renaissance city plan III. Ministry of Information, Commmunication, and the Arts, Singapore. (2008) Renaissance city plan III – Arts development plan. Ministry of Information, Commmunication, and the Arts, Singapore. (2008) Samuel P.Huntington. (1998). The Clash of civilizations and the remaking of social order. United Kingdom:Touchstone Singapore cultural statistics 2004-2008. Ministry of Information, Commmunication, and the Arts, Singapore. (2009)
46
SASTERA[WAN] MEMBINA ASAS: KETERLIBATAN INTELIGENSIA SASTERA DALAM MASYARAKAT Azhar Ibrahim Alwee The poet‟s individuality is not something absolute, standing apart, beyond all extraneous influence. The poet is first of all a man and then a citizen of his land and a son of his times. The spirit of the nation and the age cannot affect him less than it does others. …. In other words the poet must express not the particular or accidental, but the general and the necessary, that lend colour and meaning to his whole epoch. V.G. Belinsky Umumnya kita difahamkan bahwa sastera itu mencerminkan sesebuah masyarakat baik dari sudut pandangan dunianya, sistem nilainya, estetikanya, malahan juga inti kefahaman kemanusiannya. Tentu saja tidak ada satu cerminan, melainkan pelbagai segi dan sudut cerminan tersebut. Sastera adalah produk kebudayaan yang paling simbolis, dengan mengambil pelbagai peranan sebagai wadah bagi pengajuan metafora, didaktisme, selain menyuntik rasa kerohanian dan penyeri estetika. Sesungguhnya sastera dapat dan telah membina asas kemanusiaan dalam sejarah peradaban dunia. Semua tamadun besar dunia memiliki budaya sastera yang bukan saja menyumbang kepada khazanah kemanusiaan sejagat tetapi juga sastera itu menjadi ukurtara sejauhmana kemanusiaan tamadun itu telah berkembang dan mendalam. Inilah segi sastera yang membina asas kemanusiaan.10 Satu lagi segi ialah sastera dapat membina asas dalam pembentukan keperibadiaan seseorang. Manusia sastera, yakni para sasterawan, adalah 10
Dalam sejarah Nusantara, agama Islam telah menyumbang kepada terbangunnya peradaban Melayu yang dapat dilihat contohnya dalam ranah bahasa, sastera dan seluruh pandangan dunia mereka. Sila baca Syed Muhammad Naguib al-Attas, Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu; suatu mukaddimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusasteraan Melayu. (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972).
47
contohnya terbaik. Mereka adalah manusia beradab yang menjulang estetika tinggi (dalam pengucapan, perlambangan dan ketukangan berkarya) sehingga mereka tergerak menghasilkan karya sastera yang baik, bukan saja dari cetusan ilham dan pengalaman, tetapi juga dari bacaan sasteranya. Penghargaannya pada sastera lantas membuka tirai imaginasi dan kesedarannya. Kuasa metafora dalam sastera sesungguhnya dapat membentuk imaginasi kritikal seseorang itu. Perlambangan dan satira yang terkandung dalam sastera membawa kita memikirkan keadaan sekeliling ; ia memancing kita menilai, menanyakan, dan memikirkan persoalan-persoalan seperti kuasa, penindasan, martabat dan hak manusia, keadilan dan lain-lain masalah dan potensi manusia. Segi yang ketiga ialah sastera itu membina asas kepedulian moral dan rasa keberpihakan kepada kebenaran dan realitas yang mengundang kita bersuara bedasarkan hati nurani yang terpanggil mengatakan yang bathil berlawanan dengan yang benar, manakala yang zalim harus diganti dengan yang adil, sedang yang tertindas harus dibela dengan belas empati. Inilah keberpihakan manusia yang termuat dalam sastera sehingga mencetuskan nurani kita paling terdalam. Karya tersohor dalam lembaran sejarah sastera kita telah menyumbang ke arah ini. Inilah sastera membina asas nurani yang manusiawi. Inteligensia Sastera Melayu Inteligensia sastera Melayu adalah kelompok paling signifikan dalam budaya intelektual Melayu masakini. Inteligensia Melayu dalam dunia sastera dan bahasa Melayu amat sekali instrumental dalam gerakan nasionalisme Melayu, dan kemudian nanti dalam pembinaan kebudayaan kebangsaan dalam negara yang baru merdeka. Ternyata para pendiri dan tokoh ASAS „50 telah memainkan peranan ini, sesuai dengan keperluan zaman mereka. Dalam proses pengisian kemerdekaan, inteligensia sastera Melayu sekali lagi memainkan peranan sebagai pentakrif dan pencorak kebudayaan, selain menjadi suara nurani bangsanya.11 Banyak telah disebut tentang tugas yang harus dan boleh 11
Memoranda Angkatan Sasterawan 50. (Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1961) ; A.M. Thani (ed.) Esei sastera ASAS „50. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981) ; Ahmad Sebi. Media, tinta dan kuasa. (Kuala Lumpur: Media Indah, 1991)
48
dipikul oleh golongan sasterawan. Leo Lowenthal beranggapan bahwa “The writer achieves greatness because of the depth of his insight into the human conditions.” 12 Ini bererti kemampuan dan kepedulian mereka untuk memaparkan subjek manusia dalam karya mereka, yang sekaligus menentukan sejauh mana karya mereka bermutu dan signifikan, bukan saja dari sudut kesasteraannya tetapi juga darihal kesan sosial. Bukankah sebagaimana menurut Plekhanov bahwa fungsi sastera itu adalah untuk “membantu pembangunan kesedaran manusia, memperbaiki sistem sosialnya.”13 Dalam sejarah kesusasteraan kita, terdirinya ASAS „50 boleh dikatakan mengarah kepada tiga asas dasar yang disebut di atas, betapapun kurang dan lebih di antaranya. Sejarah sastera moden kita adalah budaya sastera yang baru betapapun kita mempunyai tradisi sastera yang utuh sebelumnya. Tetapi sastera kita dalam era moden ini mempunyai ciri, fungsi, aliran dan visi yang berbeda daripada sebelumnya. Antara yang ciri terpenting adalah kehadiran sastera yang berterlibat, dan para sasterawan, tanpa selindung, telah yang mengambil peranan ini sesuai berperanan sebagai inteligensia berfungsi dalam masyarakatnya.14 Hari ini, sebagaimana semenjak ianya tertubuh, para sasterawan dalam ASAS „50 masih mempertahan citra dan cita ini. Pendirian “Sastera untuk Masyarakat” atau “Sastera Bina Manusia” yang menjadi pegangan ASAS „50 adalah iltizam kuat akan keterlibatan ahlinya kepada masyarakat dan linkungan, dan tokoh-tokoh dalam ASAS „50 telah menunjukkan contoh yang baik, dengan hubungan akar umbi yang kukuh, selain hubungan akrab mereka dengan komuniti pendidik setempat. Dalam konteks Singapura kita beruntung kerana jagoh sastera kita adalah juga para pendidik. Almarhum Masuri S.N. adalah seorang pendidik, begitu juga Pendeta Muhammad Arif Muhammad, Suratman Markasan dan Mohamed Latif Mohamed, yang kesemuanya kita
12
Leo Lowenthal, Literature and the Image of Man. (Boston: Beacon Press, 1957), h. xii Plekhanov, Art and Social Life. (London: Lawrence & Wishart, 1953 ), h. 5 14 Perkara ini dihuraikan dengan jelas dalam Syed Hussein Alatas, Intellectuals in Developing Societies. (London: Frank Cass, 1970) 13
49
segani dengan sapaan panggilan “Cikgu,” sebagai tanda hormat kita kepada mereka, selain mengikhtiraf peranan mereka sebagai pendidik bangsa. 15 Sastera yang Berperanan dalam Masyarakat Alam sastera kita adalah sebahagian daripada khazanah kebudayaan dan keintelektualan yang telah dan akan terus mencorakkan identiti kita sebagai suatu kelompok bangsa dan negara. Dalam era moden ini, kita menyedari hakikat bahwa sastera yang tercipta dalam linkungan kita, khasnya yang menggunakan bahasa komunikasi kebudayaan kita adalah ranah yang tidak boleh kita memperlekehkan, jauh lagi mengabaikannya. Betapapun sukar dan mencabar, dari segi sambutan dan sumber, bidang sastera dan bahasa tetap mendapat perhatian daripada golongan budayawan dan intelektual setempat dari masa ke masa, termasuk masyarakat umum. Sastera mempunyai tugas dalam mencerahkan pemikiran awam agar tidak mudah terjebak dengan ideologi yang menyempit, termasuk sikap literalisme atau keharfiahan. Celik sastera dan bercita sastera bisa mengurangi kecenderungan literalisme kerana budaya sastera, dengan apresiasinya membina pemikiran dan estetika yang menghargai metafora, dapat menjana keharusan pelbagai tafsir dan makna, tanpa rasa keangkuhan memiliki kebenaran pada dirinya saja. Tambah lagi, tiadalah dokumen kebudayaan yang dapat merakam kemanusiaan kita dengan lebih baik melainkan sastera kita sendiri. Sebagaimana yang pernah disebut seorang pengkritik sastera Amerika, James T. Farrell: “One of the great values of literature is that it means of expanding consciousness. The world‟s meaning to us is locked up in our minds…Through literature we expand our consciousness.” 16 Ertinya, sasterawan bukan saja sebagai perakam akan apa yang berlangsung dalam masyarakat tapi juga menampilkan versi tanggapannya terhadap apa yang berlaku dan berlalu. 15
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (ed.) Dari gerhana ke puncak purnama : biografi Asas '50 : 55 tahun dalam persuratan. (Singapura : Angkatan Sasterawan '50, 2005 ); Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (ed.) Leksikon : direktori penulis Melayu Singapura, pasca 1965. (Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board, 2005) 16 James T Farrell, “Relevance in Literature,” Twentienth Century Literature, Vol. 22, 1, 1976.
50
Mereka adalah penyimpan memori secara naratif khasnya bila karya mereka itu tertulis dalam gaya realisme atau kesejarahan yang utuh. Pemikiran seseorang sasterawan itu sesungguhnya dipengaruhi oleh linkungan sosio-politik, ekonomi dan kebudayaan tertentu. Umumnya idea dominan dalam sesebuah masyarakat itu mewarnai pemikiran dan paradigma sang penulis, walaupun faktor bakatnya memainkan peranan yang penting jua. Dalam perspektif sosiologi ilmu sesuatu pemikiran, idea atau nilai itu berakar atau terjelma daripada kondisi sosial dan sejarah. Ini juga bermaksud kita membangun dan memperoleh perspektif berdasarkan idea dan kelompok mana yang kita berasosiasi atau berasal. Sastera dan Pendidikan Kebudayaan Dalam konteks hari ini pendidikan kebudayaan yang mengambil kira tentang bacaan dan penelitian sastera harus kita huraikan dengan jelas dan tegas. Pembelajaran sastera adalah ruang pendidikan yang boleh menumbuhkan sikap kreatif dan kritis ini. Dari teks sastera kita dihadapkan dengan sejumlah permasalahan manusia, dari soalan universal, ke peringkat partikular, sehingga soalan batin dan psikologi manusia. Dari teks sastra, sebagai contoh kita dapat kesan masalah rasisme; 17 otoritarianisme dan salah guna kuasa; 18 potensi tradisi kita yang boleh memacu pencerahan;19 potensi sastera untuk mencipta manusia dan kebudayaan baru;20 dan kerelevanan nilai yang terkandung dalam sastera sebagai saluran kesedaran nilai dalam masyarakat moden, 21 selain sastera sebagai wadah digunakan mengupas kondisi dan masalah dalam masyarakat.22
17
Allen H. Merriam, “Literature as Window: Developing Interracial Understanding Through Fiction,” Journal of Black Studies, Vol.19, No.1, 1988. 18 Mochtar Lubis, “Sastra dan Pembebasan,” Horison, 9, XXVII 19 Rendra, Mempertimbangkan Tradisi. Kumpulan Karangan. ( Jakarta:Gramedia, 1984 ) 20 Sutan Takdir Alisjahbana, “Sastera yang Bertanggungjawab pada Permulaan Bangkitnya Kebudayaan Umat Manusia yang Baru,” dlm. Pemikiran Sastera Nusantara. ( Kuala Lumpur: DBP, 1988 ) 21 Subagio Sastrawardoyo, Sekilas Soal Sastra dan Budaya. ( Jakarta: Balai Pustaka, 1992 ) 22 Toni Sills-Briegel & Deanne Camp, “Using Literature to Explore Social Issues,” Clearing House, Vol.74, 5, 2001
51
W S Rendra, penyair Indonesia yang tersohor, pernah menganjurkan digunakan “paradigma budaya” untuk meninjau masalah kehidupan dalam linkungan kita. Dalam pendidikan, beliau mengenalpasti empat perkara pokok yang harus diberikan perhatian. Pertama mengapresiasi fakta objektif. Kedua pengkategorian fakta-fakta tadi sehingga dapat dibedakan dan dikenali dengan lebih berkesan. Ketiga penanaman disiplin ilmiah, namun dapat mengelakkan intelek konsumptif, yang berlawanan dengan jenis intelek kreatif maupun kritis. Yang terkhir, tapi tidak kurang pentingnya ialah: “kesempatan beropini dan berekspresi harus ditingkatkan seluasluasnya, agar murid bisa merasakan bahwa dirinya berdaulat sebagai manusia. Inilah satu langkah yang penting untuk memberdayakan diri sebagai individu. Pada hakekatnya daulat rakyat itu berasal dari pengertian akan daulat manusia, dan daulat manusia berasal dari pengertian akan daulat individu.”23 Lain perkataan kalau kita mahu sastera mimbina asas kemanunisaan yang berperadaban, dengan penyuguhan keperibadian, dan nurani yang berpihakan, kita terlebih dulu harus menangani kecenderungan yang terus memukau dalam pembelajaran sastera dewasa ini. Yang dimaksudkan ini ialah keterpesonaan pada estetikisme dan pembicaraan sastera yang formalistik. Menghargai estetika ataupun puitika tentu saja tidak bersalahan asalkan ia dilakukan dengan bijaksana dan berimbang. 24 Tetapi membedakannya daripada estetikisme adalah penting. 25 Apabila berasyik mengatakan bahwa 23
Rendra, Rakyat belum merdeka : sebuah paradigma budaya. (Jakarta : Pustaka Firdaus, 2000), h. 37-9 24 Mungkin contoh yang baik boleh kita sebut di sini. Adonis. An Introduction to Arab Poetics. (London: Saqi Books, 1990) 25 Masalah keterpesonaan pada estetikisme pernah disinggung oleh seorang pemikir Rusia, Nikolai Berdyaev yang menyinggung soal godaan estetikisme: “The aesthetic lure makes a man an observer not an actor….An exclusively aesthetic orientation to life enfeebles the sense of reality, and leads to this, that whole regions of reality fail to be taken into account. ….The aesthetic lure denotes exclusive interest in „how‟ and not in „what‟ , that is to say, in actual fact it means indifference to reality….The aesthete is by no means sure of his own reality, he is sure only of his passive aesthetic emotions. It could not even be said that the aesthete lives by the acceptance of beauty and emotional excitement which beauty arouses; he is frequently indifferent to true and most real beauty, and lives by sham forms of beauty and aesthetic illusions. The lure and slavery of aestheticism inevitably brings in its
52
sastera itu taman yang indah-indah dengan kata dan selokanya yang santun dan merdu, maka itu adalah buaian yang merugikan. Yang dicarinya indah itu adalah ungkapan bahasa, lebih melankolik, mendayu dan sayu, makanya lebih indah dirasakannya.26 Makanya soal bentuk mendahalui soal isi. Pramoedya Ananta Toer pernah menegur kecenderungan ini. Tegas beliau: “Bagi saya keindahan itu terletak pada kemanusiaan, yaitu perjuangan untuk kemanusiaan, pembebasan terhadap penindas-an. Jadi keindahan itu terletak pada kemurnian ke-manusiaan, bukan dalam mengutak-atik bahasa.”27 Di kalangan para sastrawan Melayu sendiri, kita sudah diperingatkan bahwa usah terlena dengan kata-kata yang sering memikirkan sastera itu sebagai taman bunga di mana dapat kita sunting kata dan irama yang indahindah. Sepertimana yang pernah juga ditegaskan oleh Usman Awang dan A Samad Said, beberapa dekad yang lalu: “Kesusasteraan bukanlah taman bunga tempat orang sesekali datang berehat-rehat menghirup udara segar dalam masa lapangnya. Kesusasteraan ialah rumah dan kehidupan manusia yang berombak dan bergelombang, dengan denyut nafas dan degup jantungnya ...Tidak saja manusia mempunyai tujuan dalam hidupnya, kesusasteraan pun mempunyai tujuan. Jika manusia hidup mempunyai tujuan yang diterimanya sebagai train indifference to the truth, and this is its most horrifying result.”25 Nicholas Berdyaev, Slavery and Freedom. (London: Geoffrey Bles, 1944),h 238-240 26 Keris Mas pernah menegur kecenderungan ini: “Sajak-sajak dan cerita-cerita pendek masa itu memakai tema perjuagan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan, tetapi bentuknya seratus peratus romantis idealisme. Bangsa, tanahair dan kemerdekaan digambarkan sebagai gadis jelita yang terancam yang didoa-doakan keselamatannya….Bahasa beralun-alun, berirama-irama, penuh dengan kias dan ibarat yang indah-indah dan merayu-rayu. …Sindiran dalam cerita-cerita pendek tajam-tajam tetapi yang dianjurkannya hanya harapan yang indah-indah …Di belakangnya berdiri latar fikiran yang belum matang dan pengalaman yang belum masak…” Rujuk A Karim Haji Abdullah, (ed.) Mutiara Fikiran Sasterawan Negara Keris Mas. (Petaling Jaya:Pustaka Budaya,1997), h.54 27 Pramoedya Ananta Toer, Realisme Sosialis dan Sastra Indonesia. (Jakarta: Lentera Dipantara, 2003)
53
suatu tugas, maka kesusasteraan pun mempunyai tujuan dan kewajiban yang disebut sebagai tema dan tugas sastera. Sastera bukanlah hanya sastera semata, tetapi sastera ialah alat untuk mencapai tujuan, iaitu mempertajam pandangan manusia terhadap hidupnya, mempertinggi kesedarannya dan memperkaya jiwa yang keseluruhannya mempertinggi tingkat peradaban manusia.”28 Makanya dalam penelitan sastera hal-hal inilah yang patut sama kita cermati, jangan sampai hal-hal yang bersifat teknis dan estetis menjadi kepedulian sastera yang terbesar sehingga mengkesampingkan persoalan dasar dalam sastera. Juga dalam meneliti karya sastera bukan saja harus kita amati apa yang terungkap tetapi juga apa yang tak terungkap dan tak terfikirkan kerana apa yang tak terungkap itu memberi isyarat betapa sesuatu perkara atau konsep itu tidak diberikan atau terlepas daripada perhatian si individu/ kelompok, termasuk pada diri si penulis. Di sinilah ranah kritik sastera harus turut terbangun bersama berkembangnya minat berkarya. Sesungguhnya tugas membicara sastera, mengaju teori/perspektif serta mengkritiknya adalah tugas dan pertanggungjawaban intelektual yang wajib terkedepan untuk menyatakan kebenaran, kesungguhan sehingga dapat: (a) memecahkan ideologi yang mencengkam pemikiran masyarakat (b) menyinggung segala otoriti yang berlagak seperti kependetaan yang serba benar, (c) mendiagnosa kemelaratan dan keterabaian dalam masyarakat serta (d) mendedah dan mencari sebab pelanggaran moral-etis dan bukan setakat mengutuk dan berpanik akan gejala itu. Lain perkataan, perlu adanya komitmen sosial serta terpanggilnya secara individu untuk mempertahan keutuhan etika dalam linkungan masing-masing. Aliran Sastera Juga wajar ditanyakan: Apakah aliran sastera yang dominan hari ini? Umumnya hari ini sastera ditanggapi sebagai karya kreatif untuk menyuntik kepuasaan jiwa, mendapat lazat dari intrigue dalam cerita, terpegun dengan 28
Usman Awang & A. Samad Said, Tema dan tugas sastera Melayu moden. (Singapura: Federal Berhad, 1963)
54
lengok bahasa, terpukau dengan ayunan plot dan terlena dengan mimpi dan imbasan yang kompleks penceritaan. Tentu saja, ini bukan satu saja aliran sastera yang wujud. Sebaliknya terdapat pelbagai aliran sastera yang diyakini, saling bersaing sesama mereka guna mendapatkan pemerhatian seharusnya, dan tentu saja ada pasang surut pada nasib aliran-aliran tersebut. Aliran sastera yang berbagai itu bertolak daripada (a) kepelbagaian pemaknaan yang diberikan ke atas idea dan tugas sastera; (b) perkonsepsian manusia yang dicitrakan dalam karya; (c) pendirian politik; (d) kejelasan moral-etika; (e) keseriusan menyanggah penguasa authoritarian; (f) kedalaman spiritualisme, selain (g) selera pada bentuk dan soal keindahan. Dalam dunia sastera tentulah ada sasterawan yang disenangi oleh para penguasa khasnya mereka yang berkarya tanpa berbantah-bantah, mencabar atau menyindir sikap dan dasar golongan dominan yang berkuasa. Tentulah juga ada sasterawan yang menggunakan wadah sastera untuk mengungkap protes dan kritik terhadap penguasa. Wajarlah apabila Shaharuddin Maaruf mengingatkan bahwa golongan sasterawan Melayu, sebagai kelompok cultural producer, bersaing dalam medan sastera untuk mengkedepankan idea mereka masing-masing.29 Untuk meniliti aliran sastera apakah yang dipegang oleh para penulis, ada baiknya kita mencermati tenor atau nada karya yang terdapat dalam penulisan mereka. Dari tenor sesuatu karya itu boleh kita pastikan sama ada sang penulis menjurus kepada sekadar perakaman pengalaman dan perasaan, ataupun ia menekankan pemihakan terhadap kelompok atau isu tertentu. Karya Shanon Ahmad dalam sastera Melayu sebagai contoh yang baik kerana dimensi komentar sosialnya begitu ketara, selain keberpihakkannya yang dibuat tanpa sorakan. Sedangkan karya A Samad Said tenornya rata-rata menjurus kepada pengungkapan perasaan dan pengalaman manusia yang bergulat mencari sesuatu dalam hidupnya. Soal kepincangan struktur dan ideologi tidak tersentuh melainkan soal kedalaman perasaan manusia. 30 29
Rujuk, Shaharuddin Maaruf. “Materialism as an Ideology in Malay Literature,” dlm. Ong Jin Hui, Chan K.B. and Chew S.B. (eds.) Crossing Borders: Transmigration in Asia Pacific. (New York: Prentice Hall, 1995 ) 30 Perkara ini kita kupaskan dalam Azhar Ibrahim, “Pemikiran Sasterawan sebagai Pantulan Idea Dominan dalam Masyarakat: Menjenguk Aliran Sastera A.Samad Said.” Makalah
55
Kepelbagaian inilah yang boleh kita sebagai aliran sastera, yang terus mengundang persoalan aliran sastera yang manakah yang harus kita pupuk dan ikhtiraf.31 Manusiawi Yang Bagaimana? Tentu saja menyakini dan berpegang pada sesuatu aliran sastera itu menjadi hak setiap penulis, maupun pengkaji. Hal yang mahu dipertegas dalam makalah ini ialah aliran pemihakan untuk manusiawi yang menggunakan wadah sastera untuk mengajukan penyanggahan terhadap ketidakmanusiaan yang terjelma dalam struktur masyarakat. Sesungguhnya pengikhtirafan pada kemanusiaan dalam sastera ini adalah suatu pendirian yang murni kerana akur akan kegunaan sastera untuk penyempurnaan kemanusiaan. Tetapi harus juga diawasi kemanusiaan jenis apa yang mahu kita sambut atau galakkan. Kalau ianya sekadar dilafaz secara muluk-muluk, abstrak dan tidak membumi, serta tidak menyebut kemanusiaan mana yang harus dibela dan ketidakmanusiaan mana yang harus disanggah, ianya bisa menjadi kemanusiaan yang mirip disifatkan oleh Parmoedya sebagai “humanisme universal yang memang indah didengar kuping dan direnungkan dengan sepenuh perasaan, tapi justru dia diajarkan untuk meneutralkan aspirasi politik. Humanisme abstrak, diingatkan Pramoedya adalah humanisme mewah yang hanya mampu mengatakan “kasihan mereka, tapi jangan ganggu kesenangan dan kemakmuranku.” Tapi sayangnya dengan pelarian sesetaengah penulis kepada perasaan dalaman, hal-hal konkrit yang dihadapi manusia terlepas daripada pemerhatian mereka. Ternyata dalam sejarah sastera ASAS „50 kecenderungan ini telah ditepis betapapun karat-karat humanisme mewah ini belum lagi semuanya dapat dihakis.
disampaikan dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said. Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia in Kuala Lumpur pada 13-15 Mei 2008 31 Darihal aliran sastera dan kritik sosial, sila baca Suratman Markasan, From the beginning to two streams of social critique = Dari jalan permulaan ke dua jalur kritik social. (Singapura, 1991)
56
Keberpihakan Untuk Kemanusian dan Keadilan Makanya penting bagi kita memikirkan satu lagi kriteria dalam meneliti karya sastera, iaitu sejauh mana pemihakan yang dikumandangkan oleh sang penulis. Pemihakan memerlukan kita menyebut mana yang tertindas, siapa yang menindas dan bukan setakat mengambarkan apakah penindasan itu. Maka dengan penelitian sastera secara kritis, sebagai suatu medan yang membolehkan bahas dan dialog, dapat kita mengesani kuasa otoriter dan ber-leluasanya tindak tanduk yang kerdil untuk bersuara di hadapan sang penguasa, sehingga krisis pada kehidupan moral dan intelektual semakin melarat. Sayangnya, aliran sastera kita yang semakin beragam ini, ada diantaranya pula yang kian terperusuk ke dalam. Mendalami perihal permasalahan masyarakat terus dianggap, di satu pihak tertentu, sebagai terlalu ingin “mengajar” dan justeru itu dianggap tidak “cukup sastera” atau “bukan sastera.” Kononnya sastera harus „neutral.‟ Pemahaman tentang sastera seperti ini termakan dengan pegangan bahawa sastera harus „bebas dari ideologi/ politik,‟ makanya kenuetralan menjadi paradigmanya. Malah ada yang lebih mundur lagi apabila mengatakan sastera hanya sebagai ranah untuk berhibur, menghirup keindahan estetika, ianya bererti menjurus pada hal-hal teknis dan struktur karya, mencari ethno-puitika yang nanti mau dijulang-julang sebagai ciri budaya kita yang tersendiri. Akhirnya pemahaman seperti ini menjadikan kita politically quietistic, dengan tempangan moral kerana yang diperdulikan adalah teks sastera dan bukan konteks yang melatari pesan-pesan yang mungkin mahu disampaikan oleh para penulis. Jelasnya, pemihakan itu bukanlah satu tren dalam berkarya, bukan pula hiasan atau teknik dalam berkarya. Munasabah sekiranya kita mengatakan bahwa pemihakan memperlihatkan nilai etika keagamaan universal yang dipegang dan dipertahan oleh sang penulis. Ianya menunjukkan tingkat kepedulian moral-etika sang penulis, namun pemihakan yang dibuat itu tidak berakhir atau menghalalkan rasa benci yang melulu, menerbitkan hasutan jahat serta menggalakkan tindak balas yang kejam. Ertinya pemihakan ini tidak menerbitkan keganasan yang baru. Sebaliknya terkandung dalam pemihakkan ini rasa kepedulian untuk sama menyedarkan yang tertindas dan si penindas,
57
sehingga dapat kita kesan moral restraint di pihak yang membicarakan hak golongan yang tertindas.32 Persoalan pemihakan kepada massa Melayu yang tertindas, termiskin dan terpinggir adalah segi etika yang sayugia diberi perhatian bersungguh dalam sastera dan kajian sastera. Pemihakan kepada massa ini sebenarya bukan suatu keganjilan dalam dunia sastera. Malahan sastera dunia yang tersohor, berpegang pada obor solidaritas antara para sasterawan dengan rakyat terbanyak, yang suara mereka itu paling terkecil dan terputus. Makanya di sinilah pemihakan kepada golongan tersebut sayugia diberikan, sehingga Pablo Neruda dalam kuliah Hadiah Nobel pada 1972 menyebut: “I determined that my posture within the community and before life should be that of in a humble way taking sides …In the midst of the arena og America‟s struggles, I saw that my human task was none other than to join the extensive forces of the organized masses of the opeople; to join with life and soul, with suffereing and hope, because it is only from this great popular stream that the necessary changes can arise for writers and for nations. And even if my attitude gave and still give rise to bitter, or friendly, objections, the truth is that I can find no other way for a writer in our farflung and cruel countries, if we want the darkness to blossom, if we are concerned that the millions of people who have learned neither to read us nor to read at all, who still cannot write or write to us, are to feel at home in the dignity without which it is impossible for them to be complete human beings. For I believe that my duties as a poet involve friendship not only with the rose and with symmetry, with exalted love and endless longing, but also with unrelenting human occupations which I have incorporated into my poetry.”33
32
Sila baca untuk huraian lanjut, Paulo Freire, Pendidikan Kaum Tertindas. (Jakarta: LP3ES, 1984) 33 Dipetik dlm E. San Juan, Jr.. Ruptures, Schisms, Interventions : cultural revolution in the Third World. (Manila: De La Salle University Press, 1988)
58
Sastera yang bermutu pengolahannya, dengan visi kemanusiaan yang jelas akan dapat juga menyampaikan kita dalam upaya memahami golongan massa yang terhempit itu, terkadang lebih baik daripada penelitian ilmiah dengan metodologi analisis yang pelbagai. Meninjau kembali persoalan kemiskinan dan terhempitnya massa Melayu yang terakam dalam karya-karya Shahnon, Ahmad (Malaysia), 34 Mangunwijawa (Indonesia) dan Mohamed Latif Mohamed (Singapura) amat sesuai diberikan paparan serius, di saat kembalinya minat dan kepedulian untuk meneliti persoalan kemiskinan yang lewat-lewat ini mendapat perhatian dalam wacana sosio-ekonomi semasa. Dengan mengisahkan keperitan kemiskinan dan keterpinggiran Melayu, baik di desa dan kawasan setinggan sudah menjadikan gelangang sastera kita sebagai ranah imaginasi moral yang bisa “memberikan dunia, hasil dari kreativiti penulis, pemaknaan dan kerelevanan kepada pembacanya, dan mengafirmasi bahwa hidup ini berharga untuk dilalui.”35 Pembelajaran kebudayaan kita yang berpangkal kepada celik dan insaf akan keadaan semasa harus dapat memberikan generasi muda kita pendedahan awal tentang kemiskinan massa dan permasalahan masyarakat menerusi pembelajaran sastera. Pendedahan seperti inilah yang penting bukan saja dalam menimbulkan empatis mereka terhadap golongan yang tersempit dan terpinggir, tetapi suatu permulaan awal bagi mereka mengartikulasi dan memahami masalah sosial, khasnya kemiskinan, yang berlangsungan dalam masyarakat mereka. Malah dari lembaran sastera, tidak seperti penelitian ilmiah yang saintifik, kita akan merasakan suatu pengalaman yang menyampaikan kita, menerusi imaginasi, rasa kebersamaan dengan manusia Melayu yang terhempit itu. Dengan naratif penceritaan yang tersendiri, serta idea dan pemikiran ampuh dalam karya, makanya, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahwa karya-karya sasterawan kita boleh bergerak ke arah menjana “critical consciousness” yang ditakrifkan oleh Edward Said sebagai:
34
Perkara telah kita kupas dalam Azhar Ibrahim “Shahnon Ahmad: Inteligensia Melayu dan Pemihakan kepada Massa Melayu,” Makalah disampaikan dalam Seminar Shanon Ahmad. Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia pada 13-14 Nov 2007. 35 Rujuk, Mochtar Lubis, “Literature and Liberation: An awareness of self and society,” dlm. Edwin Thumboo, (ed.) Literature and liberation : five essays from Southeast Asia. (Manila: Solidaridad Pub. House , 1988 )
59
“to arrive at some acute sense of what political, social, and human values are entailed in the reading, production, and transmission of every text. To stand between culture and system is therefore to stand close to…a conrete reality about which political, moral, and social judgments have to be made and, if to be made, then exposed and demystified.” 36 Makanya dalam pembelajaran sastera kita seharusnya dapat kita timbulkan isu pemihakan sebagai salah satu kriteria untuk menilai karya yang bermutu. Tetapi soal pemihakan ini tidak boleh disimpulkan saja sebagai „berpihak kepada kebenaran.‟ Kebenaran untuk siapa harus diperjelas dan dipersoalkan jua. Adakah pemihakan itu tulus dan substanstif atau cuma wayang atau retorik yang bergentayangan ? Ini harus dihuraikan dengan lebih lanjut. Sebenarnya, pemihakan yang substantif juga menjauhi sikap paternalisme terhadap rakyat Melayu yang miskin dengan beranggapan kita ( yang lebih berpendidikan dan yang „maju‟) mengetahui apa yang baik untuk golongan yang melarat ini. Sesungguhnya sastera yang realis dan berkomited aliran kemasyarakatannya akan dapat menjana kesedaran untuk bebas daripada apa jua cengkaman yang membelenggu kemanusiaan. Karya sastera yang baik bukanlah ditulis dari kacamata menara gading yang tinggi, jauh lagi suka menggendangkan slogan (dengan agenda politik) itu dan ini. Karya yang baik adalah berpaksikan nilai kemanusiaan yang harus diakur oleh semua, sehingga si penulis itu “dapat membangunkan kepekaan kepada masyarakatnya sendiri….memiliki dan menyemai nurani sosial dan nurani kemanusiaannya sendiri.” 37 Di sinilah letaknya persoalan pemihakan yang harus ada pada kedua-dua sasterawan dan khalayak yang bijak menilaikan sastera.
36
Edward Said, The World, the Text, and the Critic. ( Massachusetts: Harvard University Press, 1983 ), h. 26 37 Sila rujuk Kassim Ahmad. “Penulis sebagai Conscience atau Batin Sesuatu Bangsa,” dlm. Karim Haji Abdullah (ed.) Pemimpin dan Sasterawan. (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993)
60
Kesimpulan Akhirul kalam, dalam keadaan hari ini di mana ketempangan moral harus segera diubati dengan kesalehan sosial, tugas sasterawan sebagai inteligensia masyarakatnya tidak boleh diperlekehkan, jauh lagi dipandang sepi ataupun sekadar hiasan di taman-taman keindahan yang palsu. Sejarah ASAS „50 sebelumnya telah menyaksikan ketrampilan sasterawawan yang terkedepan untuk menjadi obor kemanusiaan dan pencerahan untuk masyarakatnya. Cita ini terwaris kepada generasi ASAS „50 kini dan selanjutnya, termasuk yang di luar ASAS „50 sendiri.38 Kita sudahi makalah ini dengan pendirian Keris Mas sebagai contoh inteligensia sastera Melayu, yang pernah menulis puisi bertajuk “Pelita yang Tak Padam-padam” pada tahun 1949, yakni setahun sebelum ASAS „50 didirikan, di mana Keris Mas juga pernah sama-sama menganggotainya. Puisi beliau ini menyimpulkan idealisme komitmen sosial bagi seseorang sasterawan seperti beliau, termasuk pendiri-pendiri ASAS yang lain, untuk meneroka dan bertahan, dengan tekad harapan akan masadepan yang lebih baik, bersandarkan kebebasan nurani: “Walau ribut taufan menderu Halilintar membelah menggegar bumi Walau gelap lembab membeku Di muka jalan medan bakti Namun pelita menyala juga Di dalam dupa hati nubari Bercahaya hidup bagai geliga Tak padam sampai abadi Kini engkau rebah ke bumi Besok aku diikat paksa Berganti-ganti kita pergi 38
Untuk perbincangan generasi pasca ASAS „50 sila rujuk, Djamal Tukimin. Sejarah tidak pernah luka kita yang berduka: landskap sastera Melayu Singapura pasca Angkatan 50. (Singapura: Pustaka Nasional, 2008)
61
Sampai akhir keturunan bangsa Namun pelita tetap menyala Berapi-api merah menyala Menjadi suluh hasrat bangsa Tak padam, sepanjang masa Walau jasad hidup merana Walau bumi dihimpit ditindas ganas Pelita cintakan hidupkan jua Menyinar jiwa hasrat bebas.”39 Menarik sekali bahwa harapan Keris Mas ini yang dipahatkan dalam kiasan puisi beliau sama dengan apa yang pernah Karl Mannheim bayangkan tentang peranan intelektual dalam sesebuah masyarakat sebagai “watchmen in what otherwise would be a pitch-black night.”40 Bagi beliau, peranan utama yang dimainkan oleh golongan ini kerana mereka itu “memegang kunci utama dalam perubahan sosial sebagai pakar dalam penciptaan dan penyebaran idea,” 41 dan merekalah yang berfungsi sebagai “sumur kepada kehidupan kebudayaan”42 sedangkan “kemampuan mereka untuk memahami orang lain adalah aset yang terbaik.” 43 Justeru itu, tatkala Keris Mas mengatakan “Hidup bernyala di dalam jiwa sastera baru kita ” itulah gerak asas yang harus ada dalam tekad harapan kita yang substantif, baik dalam hal fungsi sosial sastera itu sendiri, maupun visi dan isi sastera itu. Ternyata para pendiri ASAS „50, sebagai inteligensia dalam masyarakatnya, telah meneroka laluan ini, dan pewarisnya hari ini, tiada dapat tiada, harus menyuguhkan paradigma ini tanpa tangguhan dan kekerdilan.
39
Dipetik dalam “Kesusateraan dan Bahasa Melayu,” dlm A Bakar Hamid (ed.) Esei pilihan Keris Mas : kesusasteraan, bahasa dan kemasyarakatan. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981), h. 141-142 40 Karl Mannheim, Ideology and Utopia. (London: Routledge & Kegan Paul, 1976), h. 143 41 Karl Mannheim, Freedom, Power and Democratic Plannin., (London: R. & K. Paul, 1951), h. 64 42 W.A.C. Stewart, “Karl Mannheim and the Sociology of Education,” h. 107 43 Karl Mannheim, “The Sociology of Intellectuals,” Theory, Culture & Society, Vol. 10, 1993, h.77
62
______________________________________________________________ RUJUKAN Adonis. (1990). An Introduction to Arab Poetics. London: Saqi Books. Ahmad Sebi. (1991). Media, Tinta dan Kuasa. Kuala Lumpur: Media Indah. A Karim Haji Abdullah. (ed.). (1997). Mutiara Fikiran Sasterawan Negara Keris Mas. Petaling Jaya: Pustaka Budaya. Alatas, Syed Hussein. (1970). Intellectuals in Developing Societies. London: Frank Cass. Al-Attas, Syed Muhammad Naguib. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu; suatu mukaddimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusasteraan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. A.M. Thani (ed.). (1981). Esei sastera ASAS „50. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azhar Ibrahim. (2007). Shahnon Ahmad: Inteligensia Melayu dan Pemihakan kepada Massa Melayu, Makalah disampaikan dalam Seminar Shanon Ahmad. Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia pada 13-14 Nov 2007. Azhar Ibrahim. (2008). Pemikiran Sasterawan sebagai Pantulan Idea Dominan dalam Masyarakat: Menjenguk Aliran Sastera A.Samad Said. Makalah disampaikan dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara A. Samad Said. Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, Malaysia pada 13-15 Mei 2008 Berdyaev, N. (1944). Slavery and Freedom. London: Geoffrey Bles. Djamal Tukimin.(2008). Sejarah tidak pernah luka, kita yang berduka: landskap sastera Melayu Singapura pasca Angkatan 50. Singapura: Pustaka Nasional. Farrell, J., T. “Relevance in Literature,” Twentienth Century Literature, Vol. 22, 1, 1976. Freire, P. (1984). Pendidikan Kaum Tertindas. Jakarta: LP3ES. Juan, E. San Jr. (1988). Ruptures, Schisms, Interventions: Cultural Revolution in the Third World. Manila: De La Salle University Press.
63
Keris Mas (1981). “Kesusateraan dan Bahasa Melayu,” dalam A Bakar Hamid (ed.). (1981). Esei pilihan Keris Mas: Kesusasteraan, Bahasa dan Kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad. (1993). “Penulis sebagai Conscience atau Batin Sesuatu Bangsa,” dalam. Karim Haji Abdullah (ed.). (1993). Pemimpin dan Sasterawan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Lowenthal, L. (1957). Literature and the Image of Man. Boston: Beacon Press. Mannheim, K. (1976). Ideology and Utopia. London: Routledge & Kegan Paul. Mannheim, K. (1951). Freedom, Power and Democratic Planning. London: Routledge & Kegan Paul. Mannheim, K.(1993). “The Sociology of Intellectuals,” Theory, Culture & Society, Vol. 10, 1993. Memoranda Angkatan Sasterawan 50. (1961). Kuala Lumpur: Oxford University Press. Merriam, A., H. (1988). “Literature as Window: Developing Interracial Understanding Through Fiction”. Journal of Black Studies, Vol.19, No.1, 1988. Mochtar Lubis. “Sastra dan Pembebasan,” Horison, 9, XXVII. Mochtar Lubis. (1988). “Literature and Liberation: An awareness of self and society,” dlm. Edwin Thumboo, (ed.). (1988). Literature and liberation: five essays from Southeast Asia. Manila: Solidaridad Pub. House. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (ed.). (2005). Dari gerhana ke puncak purnama: biografi Asas „50: 55 tahun dalam persuratan. Singapura: Angkatan Sasterawan 50. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (ed.). (2005). Leksikon: direktori penulis Melayu Singapura, pasca 1965. Singapura: Angkatan Sasterawan 50 & National Library Board. Plekhanov. (1953). Art and Social Life. London: Lawrence & Wishart. Pramoedya Ananta Toer. (2003). Realisme Sosialis dan Sastra Indonesia. Jakarta: Lentera Dipantara. Rendra. (1984). Mempertimbangkan Tradis: Kumpulan Karangan. Jakarta: Gramedia. Rendra. (2000). Rakyat belum merdeka: sebuah paradigma budaya. Jakarta: Pustaka Firdaus. Said, E. (1983). The World, the Text, and the Critic. Massachusetts: Harvard University Press.
64
Shaharuddin Maaruf. (1995). “Materialism as an Ideology in Malay Literature,” dalam. Ong Jin Hui, Chan K.B. and Chew S.B. (eds.). (1995). Crossing Borders: Transmigration in Asia Pacific. New York: Prentice Hall. Subagio Sastrawardoyo. (1992). Sekilas Soal Sastra dan Budaya. Jakarta: Balai Pustaka. Suratman Markasan. (1991). From the beginning to two streams of social critique = Dari jalan permulaan ke dua jalur kritik sosial. Singapura: Singapura. Sutan Takdir Alisjahbana. (1988). “Sastera yang Bertanggungjawab pada Permulaan Bangkitnya Kebudayaan Umat Manusia yang Baru,” dalam. Pemikiran Sastera Nusantara. (1988). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sills-Briegel, T. & Deanne C. “Using Literature to Explore Social Issues,” Clearing House, Vol.74, 5, 2001. Usman Awang & A. Samad Said (1966). Tema dan tugas sastera Melayu moden. Singapura: Federal Berhad.
65
REVOLUSI AKSI ASAS ‘50 Yazid Hussein Pengenalan Terdapat perbezaan yang ketara antara gerakan „revolusi mental‟ dengan gerakan „revolusi aksi‟. Gerakan revolusi minda adalah pencetus minda untuk beraksi mencari kecemerlangan. Tatkala gerakan revolusi aksi yang menggerakkan sesutu atau seseorang itu agar sentiasa bertindak untuk membaiki keadaan dalam menuju ke arah kecemerlangan. Gerakan revolusi minda dan gerakan revolusi aksi adalah ibarat usaha yang memangkin dan memberi motivasi untuk membina individu, masyarakat, bangsa dan nusa yang akan mempunyai pemikiran yang positif, berorientasikan aksi, kesedaran kualiti dan persembahan kelas dunia. Namun dalam merealisasikan gerakan revolusi minda dan gerakan revolusi aksi, suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah hidup ini penuh dengan perjuangan, dan sejarah telah membuktikan bahawa sepanjang riwayat hidup manusia, tidak pernah sunyi daripada menghadapi pelbagai masalah dan rintangan. Ini kerana keperluan dan keinginan manusia tidak terbatas, daripada keperluan asas hinggalah kepada keinginan untuk memenuhi keinginan psikologi dan seksual seperti kasih sayang, dicintai, memenuhi nafsu, keadilan, penghormatan, kekuasaan, kemewahan dan sebagainya. Sehubungan itu, timbul pelbagai ragam tingkah laku manusia dalam menghadapi masalah hidup. Ada yang menyedihkan, ada yang melucukan dan tidak kurang pula yang menimbulkan rasa marah, simpati dan sebagainya. Kepelbagaian ragam inilah yang menjadi bahan dan ilham nukilan para penulis untuk renungan, perutusan dan pengajaran bersama agar dapat menghibur, memberi pengajaran dan keinsafan, membangkitkan kesedaran, menajamkan daya pemikiran dan sensitiviti setiap pembaca. Berpandukan perspektif inilah anggota-anggota Angkatan Sasterawan „50 atau ringkasnya ASAS „5044 bertindak cergas dengan menjanakan persuratan menjadi sebagai satu wahana media bervisi dan bermisi dalam merealisasikan matlamat, hasrat, cita-cita, keinginan, khayalan, impian, 44
Angkatan pertubuhan dan pergerakan persuratan Angkatan Sasterawan „50 lebih mesra dikenali dan sinonim dengan penggunaan akronim ASAS „50.
66
gagasan, idea, angan-angan, azam, iltizam, harapan, hajat, wawasan adicita, falsafah, ideologi, identiti, keperibadian, prinsip, sahsiah, kepercayaan, jati diri, pegangan, entiti dan fahaman terhadap masyarakat, bangsa, nusa, bentala dan kesejagatan. Seperti yang telah dikonsepsikan dalam perlembagaan penubuhannya. Pada dasarnya ASAS „50 terkenal dengan pembawaan panji serta laungan semboyan “Seni untuk Masyarakat”45, dan sebahagian besar ahlinya membegakan semangat berapi keyakinan diri sebagai ahli pemikir, pejuang nasionalis dan pemangkin serta pembimbing masyarakat Melayu dalam mempengejawatahankan perjuangan yang dapat menuju ke arah perpaduan kebangsaan dan kebangkitan masyarakat Melayu, kala mereka menghadapi hari-hari yang bergolak dan tidak menentu akibat tekanan alam persekitarannya. ASAS „50 adalah sebuah angkatan persatuan dan pergerakan persuratan yang bercorak kebahasaan dan kesusasteraan Melayu yang pertama lahir sesudah Perang Dunia Kedua 46 . Percambahan yang memangkinkan tertubuh teguhnya angkatan persuratan ini adalah berhubung rapat dengan perubahan-perubahan iklim dan suasana serta adab politik dan masyarakat Melayu sebelum ini. Penubuhan ASAS „50 bukan sahaja berwawasan sebagai sebuah angkatan persatuan dan pergerakan persuratan dan penulis tetapi juga sebagai jentera dan perantis penggerak dalam sejarah perkembangan sastera Melayu moden dan sejarah kesusasteraan Melayu Singapura. Dengan itu setiap anggota ASAS „50 bukan sahaja mendokong peranan yang penting dalam sejarah perkembangan sastera Melayu moden dan sejarah perkembangan 45
Konsep dan semboyan “Seni untuk Masyarakat” berkaitan rapat dengan cita-cita kemasyarakatan ASAS „50 tatkala ditubuhkan. Dalam hal ini seni, iaitu bahan sastera, digunakan untuk berbakti kepada masyarakat. Semboyan ini telah digunakan sehingga 1974, apabila semboyan baharu “Seni Bina Manusia” digunapakai. Berdasarkan maklumat, penggunaan “Seni Bina Manusia” adalah usaha ASAS „50 menyatukan kumpulan-kumpulan sastera lain seperti Grup Gelorasa, PASS dan sebagainya menjadi anggota ASAS ‟50. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, 2005. Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi ASAS „50, 55 Tahun dalam Persuratan (2005) Halaman: xxiv. 46 Lihat Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi ASAS „50, 55 Tahun dalam Persuratan (2005) dan Leksikon: Direktori Penulis Melayu Singapura Pasca 1965 (2005) terbitan Angkatan Sasterawan „50 dan disusun oleh Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz.
67
sastera Melayu Singapura malah berperanan dan bertindak sebagai pembaja dan fasilator kesuburan, pertumbuhan, keintelektualan, kemekaran dan ketajaman pemikiran masyarakat Melayu dengan cara terbaik mungkin. Bagi merealisasikan cita-cita, keinginan, impian, gagasan, idea, azam, iltizam, harapan, hajat dan wawasan ini, setiap anggota ASAS „50 akan berperanan sebagai seorang pemikir, perenung, penilai, pemberita, pencipta, pengajar, pengasuh, penyebar, pengkarya dan pengkritik terhadap masyarakat, bangsa, nusa dan kesejagatan. Sehubungan itu setiap anggota dipertanggungjawab dan diamanah untuk “memberikan gambaran-gambaran yang heenyata tentang keadaan sekeliling mereka, dan tentang „sebab-sebab‟ yang menimbulkan keadaan-keadaan itu”. Perkara ini telah dijelaskan oleh Asraf dalam “Nilai Sastera” (1981). Medan dan Ruang Asas „50 ASAS „50 mempunyai peranan dan pengertian yang menarik, mendalam, saujana, kinantan, bermakna, berkonotasi, bererti dan istimewa dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu moden dan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu Singapura. ASAS „50 secara langsung dan tidak langsung memberi makna, erti, definisi, maksud, takrif, takbir dan takwil pada entiti dan identiti kesusasteraan Melayu moden dan kesusasteraan Melayu Singapura. Dengan itu tidak keterlaluan apabila ASAS „50 disinonim dan ditaliketatkan dengan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu Moden dan sejarah perkembangan kesusasteraan Malayu Singapura. Pengiktirafan dan perakuan ini juga jelas dipaparkan dalam buku Warisan ASAS „50 (1981) 47 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, dan ceramah dan bengkel khas yang dianjurkan sempena 30 tahun penubuhannya dengan tajuk “ASAS „50 dan Sastera Melayu Moden”48 pada 22hb hingga 23hb Ogos 1980 di Kuala Lumpur anjuran Institut Analisa Sosial (INSAN) dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
47
“ASAS „50 mempunyai peranan yang penting dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu moden ... .”. Warisan ASAS „50, 1981. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian belakang buku. 48 Ceramah dan bengkel ini telah dianjurkan oleh Institut Analisa Sosial (INSAN) dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22hb Ogos hingga 23hb Ogos 1980 di Kuala Lumpur.
68
Arakian sepanjang sejarah penubuhannya, ruang dan medan ASAS „50 bukan hanya setakat berfungsi dan bergerak sebagai sebuah angkatan pertubuhan dan pergerakan persuratan Melayu yang bersuara rakyat, yang ditubuhkan di Singapura pada pertengahan tahun 195049 oleh segelintir penulis yang rata-rata berumur dalam lingkungan dua puluhan dengan atma dan semangat muda. Malar-malar dengan atma dan semangat yang muda itu, maka tercambah, membuak dan membaralah akan segala hasrat, cita-cita, keinginan, khayalan, impian, gagasan, idea, angan-angan, idea, azam, iltizam, harapan, hajat dan wawasan dalam jiwa yang membentuk adicita, falsafah, ideologi, identiti, keperibadian, prinsip, sahsiah, kepercayaan, jati diri, pegangan dan fahaman terhadap masyarakat, bangsa, nusa, bentala dan kesejagatan. Sehubungan itu ASAS „50 secara sedar membentuk golongan penulis dan pengarang yang idealistik, bertujuan dan berwawasan, namun pada masa yang sama secara tidak langsung membentuk golongan „pelamun‟ dan „pengkhayal‟. Sebenarnya penggunaan istilah „pelamun‟ dan „pengkhayal‟ tidak merujuk pada atau mempunyai konotasi buruk tetapi asosiasi atau idea yang dimaksudkan adalah selain maknanya yang tersurat, iaitu golongan „pemikir, perenung, penilai, pemberita, pencipta, pengajar, pengasuh, penyebar, pengkarya dan pengkritik‟. Sehubungan itu istilah „pelamun‟ dan „pengkhayal‟ yang sebenar adalah yang disatukan dengan istilah „sasterawan‟. Dalam hal ini juga, dasar, teras, pokok dan asas yang didukung oleh anggota-anggota awal ASAS „50 dalam memartabatkan bahasa dan sastera Melayu berpandukan konsep “Seni untuk Masyarakat”, bersumber ilham daripada penghayatan terhadap masyarakat. Hakikatnya, seni dan masyarakat ditanggapi sebagai mempunyai pertalian yang rapat dan tidak terpisah daripada kehidupan masyarakat berdasarkan dimensi bahawa sastera boleh dimanfaatkan oleh rakyat seluruhnya. Gagasan “Seni untuk Masyarakat” merujuk kepada bahan kesusasteraan yang “harus menggambarkan hidup rakyat dan menyata49
Angkatan Sasterawan „50 atau ringkasnya ASAS „50 telah ditubuhkan pada 6 hb Ogos 1960. Perhimpunan ini telah diadakan di 24-H, Henderson Road, Singapura, iaitu di rumah Muhammad Ariff Ahmad (MAS), dan dihadiri oleh 19 penulis yang rata-rata berumur dalam lingkungan dua puluhan. Untuk mendapatkan senarai penuh sila lihat Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz (editor), 2005. Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi ASAS ‟50, 55 Tahun dalam Persuratan. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Halaman 3940.
69
kan hasrat dan keinginan rakyat dalam bentuk cerita” (1981), maka Asraf dalam “Maksud” (Ibid.) menjelaskan bahawa ASAS „50 telah “menjadikan kesusasteraan sebagai alat penyedar dan perjuangan” masyarakat. Dengan itu ASAS „50 telah bergiat cergas menghasilkan pelbagai bentuk genre sastera Melayu seperti novel, cerpen, drama dan sajak sebagai wadah protes sosial dan protes politik untuk tatapan masyarakat dan bangsanya. Sehubungan itu, Asraf dalam “Nilai Sastera” (1950) dengan berani dan lantang menjelaskan bahawa masyarakat pada waktu itu rata-rata menderita dan meminta suluh dan pemimpin dan “kerana itu penulis harus memberi gambaran yang nyata bagaimana mereka harus bertindak untuk membaiki nasibnya yang penuh dengan derita itu‟. Maka itu, pada awal penubuhannya kebanyakan penghasilan hasil karya ASAS „50 bersifat ulasan penderitaan rakyat, kritikan dan menyelar segolongan masyarakat, mendedahkan resah gelisah kehidupan, menentang ketidakadilan dalam masyarakat, kebaikan mencapai kemerdekaan, penderitaan dan kemiskinan di bawah penguasaan penjajah, penyekatan kemajuan pemikiran, keruntuhan akhlak dan moral, penyalahgunaan kuasa, perjuangan politik setempat dan sumber nasihat. Dengan berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan yang kawi terhadap “kesusasteraan adalah cermin yang membayangkan masyarakat” (Wong Seng Tong, 1985: 35), maka seberinda besar anggota ASAS „50 mengamalkan tajribah merealisasikan konsep sastera “didaktik dan bertujuan”. Sehubungan itu, menurut Asraf (1950: 27-30); ... sudah tiba masanya sekarang bagi angkatan sasterawan lima puluhan untuk menggambarkan dalam tiap karangan yang ditulisnya akan segala yang nyata sebagaimana yang terdapat dalam kalangan rakyat murba. Dapat disimpulkan bahawa dunia dan sumber ilham ASAS „50 lebih luas daripada generasi penulis sebelumnya kerana ramai ahlinya berasal dari desa dan kota yang dikenali dan terkenal dengan „alam‟, „manusia‟, „permasalahan‟ dan „persoalan‟nya. Maka, ASAS „50 dijadikan tempat untuk meluahkan pelbagai pandangan dan kegelisahan muda seperti ingin mencari jati diri (soul searching), mencari dan alami sendiri erti perjuangan yang didengar melalui akhbar dan majalah, ataupun mencari rezeki di kota. Kehidupan di kota telah mengukuhkan pengalaman dan ilham mereka terhadap
70
perkeliling yang lebih kota sifatnya serta perubahan sikap hidup dan nilainilainya. Pengalaman dan ilham ini menjadi sumber dan hablur tema-tema dalam karya-karya awal ASAS „50, yang dapat dikatakan mempunyai aliran fikiran yang maju pada ketika itu (1950-an), yang rata-rata boleh diertikan sebagai kemajuan untuk menuju kemerdekaan politik, ekonomi dan perihal masyarakat, penghormatan dan kepercayaan terhadap kebudayaan sendiri yang menghablurkan tamadun bangsa, identiti diri dan masyarakat, manifestasi dilema keadilan ekonomi, perjuangan hak-hak asasi, lambang kebijaksanaan, keterlibatan dalam puncak kerajaan dan pimpinan, unsur-unsur keluasan alam, fikiran dan keghairahan hidup atau menyediakan contoh moral dan intelektual50. „Sasterawan‟ dalam Angkatan Sasterawan 50 Sebenarnya, istilah „pelamun‟ dan „pengkhayal‟ terhadap para anggota ASAS „50 adalah perakuan dan pengiktirafan terhadap golongan „sasterawan‟ dalam ASAS „50 yang idealistik dan beratma besar dalam merealisasikan hasrat, citacita, keinginan, khayalan, impian, gagasan, idea, angan-angan, idea, azam, iltizam, harapan, hajat dan wawasan untuk membina dan membangunkan masyarakat, bangsa, nusa dan kesejagatan yang progresif, kental, bebas, saksama, inovatif, kreatif, kritikal dan bijaksana serta kukuh nilai kemanusiaan dan keinsanannya. Pada waktu yang sama mencintai keamanan, kesaksamaan dan keadilan. Dalam hal ini juga, istilah „sasterawan‟ yang digunakan pada nama Angkatan Sasterawan „50 adalah sebagai satu identiti diri dan entiti pertubuhan. Menurut Muhammad Haji Salleh dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Konsep Sasterawan ASAS „50” semasa ceramah dan bengkel ASAS „50 DAN SASTERA MELAYU MODEN, istilah „sasterawan‟ pada Angkatan Sasterawan „50 bukan hanya dikaitkan dengan “orang yang menghasilkan
50
Yazid Bin Hussein, 2006. Konsep Perjuangan Masuri S.N. dalam Karya-Karya Terpilih: Penerapan Model “Qawl-Un Ma‟ruf”. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Tesis untuk Ijazah Sarjana.
71
karya sastera (seperti prosa dan puisi), ahli sastera51” tetapi merangkumi juga “orang yang cerdik pandai, cendekiawan52”. Dalam hal ini Muhammad Haji Salleh menjelaskan bahawa; Istilah ini saya kira dipilih dengan sedar dan mungkin dengan sedar pula diharap membawakan makna suatu kategori penulis yang mencipta pada peringkat mutu dan pemikiran yang agak tinggi. Pada tafsiran saya „sasterawan‟ bukanlah penulis picisan, karyawan hal-hal remeh dan tidak mempersoalkan tema-tema penting di dalam kehidupan masyarakatnya. (1981: 2) Sehubungan itu pendekatan menggunakan istilah „sasterawan‟ adalah satu ciri pembeda yang real dan jelas tetapi membebankan bagi menaikkan identiti diri dan entiti ASAS „50 daripada penulis, pertubuhan dan pergerakan lain. Dengan terteranya istilah ini, maka tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh para anggota ASAS „50 lebih berat. Mereka bukan hanya kelompok penulis, dan sebuah pertubuhan dan pergerakan sastera tetapi kelompok penulis, dan sebuah pertubuhan dan pergerakan sastera yang akan merobek dan merobohkan tembok kekufuran dan kebatilan masyarakat, bangsa, nusa dan kesejagatan. Dengan itu anggota ASAS „50 secara logiknya mereka bukan setakat penulis atau pengarang biasa tetapi merupakan golongan penulis atau pengarang yang mengutamakan mutu dan pemikiran yang tinggi lagi maju yang bertali dengan ruang lingkup masyarakat. Sehubungan itu, dasar asas ASAS „50 adalah penglahiran karya dan penulisan para anggota ASAS „50 perlu mempersoalkan tema-tema penting dan real dalam kehidupan masyarakatnya dan bukan membicara, mengutara, mengetengah, menonjol, mengusul atau mengupas perkara-perkara yang remeh dan tema-tema yang tidak penting yang tidak dapat membina dan membangunkan masyarakat, bangsa, nusa dan kesejagatan. Paraleli dengan semangat dan atma ini, maka pelbagai tema, persoalan dan perkara seperti dilema kepimpinan, keadilan politik, kesaksamaan untuk 51
Kamus Dewan: Edisi Ketiga, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 1396. 52 Ibid.
72
merebut peluang, kesamarataan hidup, keseimbangan ekonomi hingga kepada perjuangan hak-hak asasi dan asas masyarakat, dan seterusnya dari keinginan membudayakan orang Melayu hinggalah ke persoalan mendefinisikan tamadunnya. Pada masa yang sama ASAS „50 melihat peranan dan anggotanya sebagai pejuang yang dinamik, berani dan progresif untuk kebebasan nusa, pelindung kedaulatan bangsa dan nusa, penentang terhadap kezaliman penjajahan dan penegak keadilan sosial, ekonomi dan politik. Ini semua secara sedar telah dijadikan manifestasi dasar undang-undangnya. Yang nyata dan jelas adalah seorang „sasterawan‟ mestilah bahaduri53, siddiq54, mustakim55 dan curai56 dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab. Malar-malar dalam perihal istilah „sasterawan‟ ini, Muhammad Haji Salleh ada memberi pandangan yang mengukuh dan mengetatkan dengan menjelaskan bahawa; „Istilah „sasterawan‟ juga memberi semacam status dan martabat profesyen serta keterlibatan yang agak rasmi di dalam kesenian sastera dan kehidupan negara.‟(Ibid.) Namun, anugerah “status” yang tidak diiktiraf dan “martabat profesyen” yang tidak rasmi serta “keterlibatan yang agak rasmi” tanpa tauliah ini membawa kepada tanggungjawab yang berat sehingga seolah-olah satu „bebanan‟ yang terpaksa dipikul dalam kehidupan harian kerana menjadi anggota ASAS „50 dan terlibat dalam dunia persuratan masyarakat, bangsa, nusa dan kesejagatan. Para anggota ASAS „50 seperti „disyarat dan diikatkan‟ supaya kukuh dalam pendirian dan terlibat secara langsung dalam dasar perjuangan yang ditetapkan. ASAS „50 memberi galakan kepada para anggotanya supaya bersikap bahaduri, mustakim, siddiq dan curai lagi kukuh dalam menurunkan pendapat, herdikan, bantahan, renungan, kritikan, pandangan, sanggahan, komen, ulasan dan teguran. Mereka adalah pemikir baharu lagi maju yang menyimpang daripada jawapan lama dan berani memasuki “daerah-daerah persoalan baru, walaupun undang-undang penjajah menegahnya” (Ibid.: 8). Bagi meyakinkan kesungguhan dan keseriusannya, ASAS „50 dalam perlembagaannya, Undang-Undang No. 2 53
Berani. Jujur. 55 Amanah. 56 Jelas. 54
73
bahagian 2 fasal (c) telah menjanjikan akan “menyewa loyar (jika perlu) untuk membela sasterawan yang terdakwa kerana mengeluarkan fikiran bebas” (Ibid.: 9). Sehubungan itu perlindungan dan ruang kebebasan yang disediakan membantu para anggota menuju ke arah kebenaran dan menolak kebatilan dengan menghasilkan karya yang saksama dan adil. Pada masa yang sama, Muhammad Haji Salleh dengan berani dan sedar tatkala mengaitkan profil, sifat dan ciri-ciri „sasterawan‟ yang ada dalam Angkatan Sasterawan „50 dengan golongan „pujangga‟, iaitu “pencipta sastera di zaman tradisional” (Ibid.). Mengikut pandangan dan mata halus Muhammad Haji Salleh, pengertian dan pemaknaan „sasterawan‟ itu adalah; „... membawa beberapa ciriciri makna yang mungkin kita dapati dari perkataan tradisional untuk pencipta sastera di zaman traditional, iaitu „pujangga‟, termasuklah kebijaksanaan, keterlibatan dalam puncak kerajaan dan pimpinan atau menyediakan contoh moral dan intelektual.‟(Ibid.) Sifat dan ciri-ciri „pujangga‟ yang diketengahkan adalah warisan dan nilai kehidupan yang menjadi sebati dalam jiwa, atma, naluri dan semangat para anggota ASAS „50 dan pertubuhan sastera itu sendiri. Warisan, budi dan nilai ini terus disemaimekarkan hingga terjelma kesuburan sehingga ke hari ini. ASAS „50 adalah sebuah tamadun yang tersendiri. Dan dalam perihal sebuah tamadun, maka akan berlaku proses pembangunan, pengekalan, kemusnahan, kebangkitan dan kesinambungan. Confucius 57 dalam Obaidellah Haji Mohamad (penterjemah) 58 pernah berkata bahawa elemen warisan, budi dan nilai menjadi penentu terhadap kesinambungan sesuatu tamadun itu. Confucius menjelaskan bahawa; „pemerintah sesebuah negara yang mempunyai 1000 kereta perang dan angkatan yang berkuda hendaklah dilaksanakan dengan serius. Dalam menjalankan pemerintahan, pemerintah harus bersikap tegas, memberi kepercayaan, tidak menipu, berjimat cermat dalam perbelanjaan, cinta pada manusia, dan mengarah rakyat mengikut masa yang tertentu.‟ (1994: 2)
57
Confucius hidup antara 551 S.M. hingga 479 S.M., merupakan tokoh pertama di negara China yang mengasaskan falsafah aliran Confuciusisme. Beliau juga ialah seorang pendidik yang terkenal dan pemikir yang agung. Qu Chunli, 2005. Riwayat Hidup Konfusius. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar (IKD) & Konrad Adenauer Foundation (KAF). 58 Obaidellah Haji Mohamad (penterjemah), 1994. Lun Yu: Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 2.
74
Hakikatnya sesebuah tamadun itu akan melalui proses evolusinya yang tersendiri, iaitu peringkat pembangunan, peringkat pengekalan, peringkat kejatuhan dan peringkat kebangkitan. Dalam hal ini, semuanya bergantung pada penyemaian dan pengekalan unsur warisan, budi dan nilai yang murni. Arakian tatkala sesuatu tamadun itu berkembang dan subur adalah kerana pengekalan warisan, budi dan nilai yang murni. Pada masa yang sama digerakkan pengubahsuaian yang setimpal mengikut dasar pragmatik. Tatkala kejatuhan dan kebinasaan sebuah tamadun adalah disebabkan pengabaian dan penolakan warisan, budi dan nilai yang telah diwarisi dan dijadikan amalan. Sehubungan itu dapat dilihat bahawa selain daripada pengekalan warisan, budi dan nilai yang murni, ASAS „50 juga bersikap berdaya maju, realistik, wajar dan berpijak di bumi nyata dengan mengamalkan dasar pragmatik sebagai kunci nadi dan katalisator kesinambungannya sehingga berdaya tahan ke hari ini. Namun begitu dasar pragmatik yang logikal dan rasional ini tidak sedikit pun menggadai dan berkompromi serta menguris dan mencalarkan adicita, falsafah, ideologi, identiti, keperibadian, prinsip, sahsiah, kepercayaan, jati diri, pegangan, fahaman, gagasan dan tanggungjawab asal ASAS „50 dan peranan tulen sastera seperti wadah menyampaikan ilmu, membentuk jiwa manusia menjadi insan yang menghargai nilai kemanusiaan, melahirkan manusia yang berperibadi dan memiliki sahsiah yang baik, sebagai bahan hiburan atau bentuk escapism, memberikan pengetahuan, mendidik masyarakat secara langsung atau tidak langsung, merealisasikan matlamat pendidikan sebagai disiplin merentasi kurikulum, menghidupkan daya kreativiti, inovatif, kritikal dan imaginasi, mengembang dan memperluaskan intelektual seseorang, meningkatkan daya pemikiran, menyampaikan cerita kepada khalayak, sebagai unsur kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat, menulis dan membaca sebagai hobi, menulis sebagai profesion, wadah penghayatan dan kesyukuran, wadah penyebaran agama, moral, nilai-nilai murni, budaya dan adab, menaikkan semangat nasionalisme, kenegaraan dan patriotik. Dengan itu amalan dan dasar pragmatik yang dianyam dengan peredaran masa secara bijak telah berjaya mengekal dan mengukuhkannya sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan persuratan yang cergas dan terus kekal relavan bergerak, berjasa dan berbudi selama 6 dekad lamanya59. Tatkala 59
Angakatan Sasterawan „50 atau ringkasnya ASAS „50 menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-60 pada tahun 2010.
75
kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan yang ditubuhkan silih berganti selepasnya tidak mampu bertahan lama dan terkubur. Ada juga kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan yang terus tenggelam ditelan masa dan tidak bergerak aktif lagi. Tatkala terdapat juga kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan yang tenggelam-timbul sifatnya dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti persuratan mengikut musim tetapi tidak mampu memberi sumbangan yang jelas dan besar kepada dunia persuratan dan masyarakat 60 . Ada juga kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan yang mengubah pendirian dan dasar asalnya untuk menjadi kelab, pertubuhan dan pergerakan kemasyarakatan dengan tumpuan kepada kerja-kerja sosial. Pandangan ini selari dengan pandangan yang dikemukakan oleh Yazid Hussein dalam Forum “Four Languages, One Voice: Connecting Singapore Literature61” yang dipetik daripada Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz selaku Presiden ASAS „50. Since the 1950s, a myriad of literary association such as Grup Gelorasa (1971), PASS (1972), Jejak Kembara (1978) Kupuja (1984), KAMUS (1989), Nadwah Sastera (1990) and others have tried to follow in ASAS „50 footsteps. Unfortunately, these associations were not prolific and have since ceased to exist. (6hb Disember 2008) Pandangan ini dikukuhkan dengan hasil kajian secara kuantitatif dan terperinci terhadap bilangan kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan Melayu yang ditubuhkan sepanjang 60 tahun dari tahun 1950 hingga 2010 di Singapura, mendapati terdapat kurang daripada 25 buah semuanya. Bilangan ini merangkumi kelab, pertubuhan dan pergerakan persuratan Melayu yang tidak didaftar dan yang telah didaftar dengan Register of Society (Singapore). Namun daripada bilangan ini, hanya ASAS „50 yang telah diiktiraf sumbangannya sebagai sebuah angkatan pertubuhan dan pergerakan persuratan yang 60
Sila lihat Leksikon: Direktori Penulis Melayu Singapura Pasca 1965 terbitan Angkatan Sasterawan „50. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, 2005. 61 Yazid Hussein merupakan salah seorang pembentang dalam forum “Four Languages, One Voice: Connecting Singapore Literature” ini telah dianjurkan oleh National Arts Council of Singapore pada 6 Disember 2008 di Chamber@The Arts House. Beliau membentangkan kertas kerja “ASAS „50 in the New Milleium” yang membicarakan mod dan pendekatan ASAS „50 mendekati masyarakat dan dalam mengharungi cabaran alaf milieu.
76
progresif, pragmatik, bergerak aktif dan berwibawa. Pandangan ini begitu jelas dan nyata apabila ASAS „50 dijadikan pusat sumber oleh pihak National Library Board of Singapore (NLB) untuk segala yang berkaitan dengan dunia persuratan Melayu dan alam persuratan Melayu Singapura. Malah ASAS „50 merupakan angkatan pertubuhan dan pergerakan persuratan Melayu yang dirujuk bagi projek Singapore Literary Pioneers Gallery, NLB Online Repository of Artistic Works (NORA) Database Collection for Malay Writers and Manuscript, potret “Tun Seri Lanang” dan “Tekad Pena”62. Keteguhan dan kewibawaan ASAS „50 sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan persuratan Melayu telah memberi keyakinan kepada pihak National Arts Council of Singapore (NAC) untuk bergerak senadinya sebagai pusat sumber dan penggerak inisiatif nasional seperti Singapore Writers Festival63 dan ASAS „50 International Writers Residency Programme64. Malah ASAS „50 telah diberi pengiktirafan sebagai penerima President Charity Gold Cup Race pada 2005 62
Sila lihat buku sejarah ASAS „50 yang bertajuk Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi ASAS „50, 55 Tahun dalam Persuratan yang diterbitkan oleh Angkatan Sasterawan „50 (2005), buku-buku kreatif terbitan Angkatan Sasterawan „50 seperti Purnama Senja (2006), Perjalananku (2007), Teman Siber (2008), Kasih Bunga Merah (2008), Kumpulan Cerpen Satu Macam Penyakit (2009), Bisikan Nadim: Dari Skrip ke Pentas ke Naskhah (2009), Antologi Puisi: Seloka Hari Berubah (2010), Kumpulan Drama D5D (2010) dan Verses of Angels (2010). 63 ASAS „50 dan Sayap Belia ASAS „50 dengan kerjasama CELIK telah mengadakan persembahan seni dan teater berteraskan sastera Melayu Singapura di Chambers@The Arts House sempena Singapore Writers Festival pada 28 hb October 2009. CELIK adalah sebuah kumpulan kesenian belia (teater, sastera dan budaya) yang bernaung dengan MAEC Bukit Batok East Community Club, ditubuhkan pada tahun 2008 dengan Muhammad Shukri Suhaimi selaku ketua. 64 Program penulisan ASAS „50 International Residency Writing Programme adalah satu program penulisan yang bertujuan untuk menyediakan seorang mentor (penulis luar negara) bagi membimbing para penulis Singapura melahirkan lebih banyak karya asli Singapura Pascaperpisahan yang bermutu dalam bahasa Melayu. Mentor yang dilantik khusus oleh Jawatankuasa Pelaksana ASAS „50, berdasarkan pengalaman dan ketokohannya dalam sesuatu bidang ilmu dan pengalaman kerjayanya yang cemerlang. Program ini disokong oleh National Arts Council of Singapore dengan kerjasama Darul Andalus Pte. Ltd. Mentor akan menyediakan ruang bagi para peserta mendalami pengetahuan, kefahaman, keperluan dan kemahiran dalam bidang penulisan. Tahun ini bidang yang dikemukakan adalah genre novel. Program ini adalah kursus intensif selama 6 bulan yang telah bermula dalam bulan Jun 2010 hingga November 2010, dengan kemuncaknya para peserta menghantar sebuah karya berbentuk novel untuk dinilai dan diterbitkan.
77
dan 2007, dan pertubuhan Persuratan Nasional yang pertama bagi Asia Pacific Breweries Foundation Arts Inspire Programme 2008-2010. Sebagai bukti kewibawaan dan penghormatan terhadap peranan dan perjuangan yang telah dimainkannya, nama ASAS„50 telah dicatatkan dalam Singapore Encyclopedia (2009) dan Kamus Dewan: Edisi Keempat (2005)65. Hakikatnya, ASAS „50 66 itu sendiri adalah sebuah pertubuhan dan pergerakan persuratan yang idealistik dan beratma besar 67 . Pandangan dan pernyataan ini juga disokong oleh Kamus Dewan: Edisi Keempat (2005). Dengan jelas kamus ini mengiktiraf dan memperakukan akan „idealistik dan beratma besar‟ yang dipunyai oleh ASAS „50 tatkala ditubuhkan. Kamus Dewan: Edisi Keempat dengan sedar dan terang menyatakan bahawa “Asas „50 merupakan sebuah gerakan sasterawan yang progresif” tatkala menerangkan pengertian dan pemaknaan istilah „sasterawan‟ (Ibid.: 1396). Sehubungan itu, pernyataan dan pengiktirafan ini tidak perlu diragui kerana Kamus Dewan: Edisi Keempat (Ibid.) diperakui sebagai dan adalah; „...sebuah kamus ekabahasa Melayu yang lebih mantap, berwibawa dan agak lengkap sejajar dengan perkembangan pesat bahasa Melayu masa kini. Dengan demikian, Kamus Dewan Edisi Keempat ini diharapkan akan menjadi bahan rujukan utama yang terkini dan berwibawa untuk semua lapisan masyarakat pengguna bahasa Melayu.‟ (Ibid.: xiii) 65
op. cit. Angkatan Sasterawan „50 telah didaftarkan dengan kerajaan Singapura untuk bergerak sebagai sebuah badan yang sah pada 22hb Jun 1951. S. Husin Ali, 1981. “ASAS „50 dan Cita-Cita Kemasyarakatannya” dalam Warisan ASAS „50: Kumpulan Kertas Kerja Ceramah dan Bengkel “ASAS „50 dan Sastera Melayu Moden”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 21. 67 Antara gagasan dan idea ASAS „50 adalah “sastera harus dimanfaatkan untuk rakyat seluruhnya” (1981: 5), “tugas penulis dan sempadan tema yang harus diikuti oleh mereka ... yang mengandungi aliran fikiran maju” (Ibid.), “terikat di dalam penghormatan dan kepercayaan terhadap kebudayaan sendiri” (Ibid.), “membawakan sikap analitis memberinya sifat-sifat kebaruan, kemajuan dan modenisme” (Ibid.), “memperjuangkan kemerdekaan” (Ibid.: 26), “menegakkan keadilan masyarakat” (Ibid.: 27), “mengembangkan fikiran maju” (Ibid.: 28) dan sebagainya. Lihat Warisan ASAS „50: Kumpulan Kertas Kerja Ceramah dan Bengkel “Asas „50 dan Sastera Melayu Moden” (1981), Memoranda Angkatan Sasterawan: Edisi Kedua (1987) dan Memoranda ASAS „50 (2010) untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci dan tuntas bahawa “ASAS „50 itu sendiri adalah sebuah pertubuhan penulisan yang idealistik dan beratma besar”. 66
78
Dasar dalam perlembagaan awal ASAS „50, Perlembagaan ASAS „50, adalah misi dan visi yang menggariskan beberapa sifat dan ciri teras penulisannya (Muhammad Haji Salleh, 1981: 9) dengan harapan melahirkan penulis-penulis ASAS „50 yang ideal dan berwibawa. Penulis ASAS „50 itu moden dan baru, mempunyai status yang tinggi di dalam masyarakatnya. ii. Dunianya luas dan dalam, diambil dari kenyataan dan alam ilmu. iii. Penulis terlibat dengan situasi bangsanya, dengan bahasa kesusasteraan, kebudayaan, ekonomi dan seluruh kehidupannya. iv. Penulis harus membawakan aliran fikiran maju. v. Mempunyai kepercayaan akan nilai-nilai kemanusiaan, mempercayai dan seterusnya memperjuangkannya. vi. Harus melibatkan diri sepenuhnya dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan peningkatan bangsa – iaitu keterlibatan politik. vii. Penulis harus juga pemikir. viii. Penulis harus bebas untuk menyatakan kebenaran. i.
Dengan melakarkan dasar yang idealistik dan beratma besar ini, anggota ASAS „50 diharapkan dapat merealisasikan konsep dan semboyan yang diperjuangkan, iaitu “Seni untuk Masyarakat”, yang jelas bertunjangkan masyarakat. Konsep dan semboyan yang dijadikan hala tuju dan pedoman ini adalah satu usulan, harapan dan gagasan yang idealistik lagi unggul. Dengan secara tidak langsung, ASAS ‟50 diharapkan dapat merobek pemikiran masyarakat dan bangsa melalui hasil pena yang diharapkan dapat menjerut kesedaran. Tatkala konsep dan semboyan “Seni untuk Masyarakat” digantikan dengan konsep dan semboyan “Seni Bina Manusia”68 pada tahun 1974, sikap idealistik dan beratma besar yang ada tetap diwarisi dan dikukuhkan. Malah sebahagian besar daripada warisan, budi dan nilai yang telah dibentuk di dalam visi dan misi perlembagaan ASAS „50 telah diteruskan. “Seni Bina Manusia” 68
Konsep dan semboyan “Seni Bina Manusia” telah digunakan pada tahun 1974 dalam usaha menyatukan kumpulan-kumpulan sastera lain seperti Grup Gelorasa, PASS dan sebagainya. Berdasarkan catatan Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi ASAS „50, 55 Tahun dalam Persuratan yang diterbitkan oleh Angkatan Sasterawan „50 (2005), “slogan ini dianggap sebagai sesuatu yang umum tidak dipunyai oleh mana-mana pertubuhan sebelum ini. Maka slogan ini dapat diterima oleh semua anggota baru daripada pertubuhan yang lain tadi sehingga hari ini (halaman xxiv).
79
telah dijadikan medan dan pemangkin perjuangan walaupun keterhadan mata pena tetap dirasai. Dengan itu keterhadan mata pena tidak dijadikan ukuran atau hambatan untuk berkarya dan berjuang. Pada dasarnya (2005: xxiv); Slogan ini dipilih kerana berbeza dengan zaman penjajahan, kini perjuangan penulis bukan lagi mencapai kemerdekaandaripada penjajah secara fizikal tetapi berjuang membebaskan masyarakat daripada belenggu atau penjajahan intelektual dan minda. Walaupun telah merdeka, masyarakat didapati masih mengagungkan barat dari banyak aspek hingga mengenepikan jati diri mereka. Namun demikian, prinsip perjuangan Asas „50 masih bertunjangkan “seni untuk masyarakat” walaupun slogannya telah berubah. Ruang dan medan sastera Melayu Singapura tatkala berlaku perpisahan antara Singapura dengan Malaysia menjadi vakum. Fenomena perpisahan telah menyentuh semua lapisan masyarakat di Singapura, khususnya masyarakat Melayu. Sehubungan itu ASAS „50 Pascaperpisahan 69 bertindak sebagai 69
Sejarah perpisahan Singapura dengan Malaysia merupakan suatu peristiwa yang tidak diduga oleh masyarakat Melayu di Singapura dan masyarakat Melayu di Malaysia. Secara rasminya, pada 16 September 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak menganggotai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia. Pusat pentadbiran dan kerajaan masih tetap di Kuala Lumpur, dengan Sabah dan Sarawak diketuai oleh Ketua Menteri, tetapi ketua menteri Singapura tetap menggunakan Perdana Menteri. Namun timbul permasalahan dan pergolakan politik di antara Singapura dengan Malaysia. Permasalahan dan pergolakan politik ini, akhirnya diiselasaikan dengan kabinet Malaysia sebulat suara mengeluarkan Singapura daripada Malaysia, dan mulai Julai 1965 Singapura menjadi sebuah negara yang mempunyai identiti dan entiti tersendiri. Perpisahan ini, menimbulkan kesan dan impak kepada perkembangan sastera Melayu moden di Singapura kerana mulai detik tersebut, Singapura terpaksa membina sejarah kesusasteraannya yang tersendiri. Penulispenulis seperti Harun Amirurrashid, Masuri S.N., Suratman Markasan, Noor S.I., A. Ghani Hamid, Mahmud Ahmad, Muhammad Ariff Ahmad (Mas), Sidek Saniff, Suradi Parjo dan yang lainnya, sebelumnya terlibat dalam perkembangan sastera Melayu moden di Malaysia dengan sendirinya turut terkeluar daripada jalur perkembangan sastera Malaysia seterusnya. Oleh itu, mereka mahu tidak mahu harus membina dan merangkakan sejarah kesusasteraan negara yang baru.
80
lambang penyatuan, perpaduan, kesatuan, kegigihan, keazaman dan identiti masyarakat dan sastera Melayu Singapura. Dengan itu juga ASAS „50 Pascaperpisahan terus berperanan sebagai pencetus dan pemangkin perkembangan pemikiran dan saluran pergerakan yang menjadi jambatan dan perantara antara masyarakat Melayu bagi membangkitkan kesedaran terhadap permasalahan yang dihadapi. Ini semua bukanlah satu igauan, ngut-ngit, rancauan, ngacobelo dan bayangan yang tidak mampu dicapai dan digenggam. Sumber ilham terpenting ASAS „50 pascaperpisahan sejak zaman penubuhannya adalah masyarakat (manusia) dan sumber ilham ini tidak pernah putus atau padam tatkala berlaku perpisahan sehingga kini. Kala hadapan masyarakat tetap merupakan sumber pentingnya. Sehubungan itu (2010); Since its inception, ASAS „50, a non-profit Malay language literary movement, has never deviated from its mission. Evidence of this can be seen in its concerted effort to promote and propagate literature through seminars, workshops, forums, dialogues, courses, literary competitions, book discussions etc. This is on top of the association‟s active participation at the national level in amalgamating the richness of the Malay language and literature, by involving the national based organizations as well as youths. Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa sejak penubuhannya, ASAS „50 sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan persuratan yang „bukan kerajaan‟ (NGO) dan „bukan mencari keuntungan‟ (non-profit organisation) tidak pernah menyeleweng daripada matlamat dan misi awalnya. Malah dalam mengharungi alaf milieu ini ASAS „50 terus kukuh menyumbang kepada perkembangan persuratan Melayu Singapura dan masyarakat. Ini adalah warisan yang dikekalkan hingga kini. Malah ASAS „50 kini menjadi “premier literary association in Singapore” (2010). Sehubungan itu konsep dan semboyan “Seni Membina Manusia” atau “Literature Develops Humanity” yang “reflect it existence and desire towards the society” (Ibid.). ASAS „50 jelas memancarkan kewujudan dan harapannya terhadap kesedaran masyarakat yang celik dan menghargai hasil persuratan. Menurut Yazid Hussein dalam forum yang bertajuk “Four Languages, One
81
Voice: Connecting Singapore Literature”70 yang dianjurkan oleh National Arts Council of Singapore pada 6 Disember 2008 di Chamber@The Arts House, pergerakan ASAS „50 telah melakarkan perkembangan dan pengukuhannya dengan visi dan misi untuk menjadikan Singapura sebagai hab untuk karyakarya kreatif Melayu dari pelbagai bahan media yang berkesan, inovatif, kreatif, dinamik dan pragmatik. Hence, towards the new millennium ASAS „50 taking a daring initiative approach in promoting, stimulating, popularising, spreading and “communitising” a Malay literary work by a creative, innovative, pragmatic and dynamic mean such dramatization of Singapore literary works, an anecdote for the mind, a tools for meditation and therapy, a mean of celebration, a tool of promoting understanding and culture cohesiveness etc. ASAS „50 simply bringing Singapore literary work to the masses (society). Dalam hal ini, ASAS „50 menggerakkan inisiatif untuk membawa hasilhasil persuratan Melayu kepada masyarakat. Berdasar pandangan Yazid Hussein lagi, dalam alaf milieu ini ASAS „50 telah mula mendampingi dan bergerak kepada akarnya dengan lebih aktif, sistematik, dinamik dan mesra melalui pelbagai aktiviti persuratan dan bukan persuratan, khususnya dalam kalangan pelajar, pihak sekolah, remaja dan golongan muda. Sehubungan itu untuk memastikan rancangan dan usaha untuk “inculcating literary awareness among the society” 71 berjaya, ASAS „50 melebarluaskan mod dan perantis penyebaran dan pendekatan.
70
Forum “Four Languages, One Voice: Connecting Singapore Literature” ini telah dianjurkan oleh National Arts Council of Singapore pada 6 Disember 2008 di Chamber@The Arts House. Forum ini melibatkan perbincangan perkembangan, peranan, penglibatan dan kala hadapan sastera Singapura, yang merangkumi sastera Melayu, Sastera Tamil, sastera Mandarin dan sastera Inggeris. 71 Ibid.
82
Mod/ Pendekatan
Sayembara, penerbitan, seminar, forum perbincangan, program pertukaran, penulisan antarabangsa, bengkel, surat berita, makalah dsbnya
Media elektronik: internet
Aktiviti berdasarkan pementasan (pentas/ teater/ persembaha n blackbox dsbnya)
Projek Kemasyarakatan; Biblioterapi Teaterterapi dan sebagainya
Graftera, grafiktera, fototera (penghasilan karya persuratan berdasarkan lukisan, grafik, foto dan sebagainya)
Gambar Rajah 1: Kepelbagaian Mod dan Pendekatan Mesra Sastera
Mod dan pendekatan mesra sastera yang diambil oleh ASAS „50 Pascaperpisahan ini telah terbukti keberkesanannya72. Malah bagi membentuk generasi pemimpin yang bakal menerajui dan menentukan kesinambungan ASAS „50 untuk dekad-dekad seterusnya, pertubuhan dan pergerakan persuratan ini telah membentuk Sayap Belia ASAS „50.
72
Penglibatan bilangan para pelajar, guru, sekolah dan kementerian dalam aktiviti-aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan anjuran ASAS ‟50 bertambah dengan banyaknya. Antaranya pementasan Bisikan Nadim yang telah dibawa ke sekolah-sekolah. Hampir 3000 murid darjah 4 mengikut program kebahasaan dan kesusasteraan ini yang dijalankan dalam bulan Julai 2008. Bengkel-bengkel penulisan kreatif (cerpen dan sajak) yang dianjurkan oleh pihak ASAS „50 telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dari tahun 2006 hingga 2010, perangkaan menunjukkan hampir 1500 pelajar telah mengikutinya. Hasil daripada bengkelbengkel ini, telah diterbitkan Purnama Senja (2006), Perjalananku (2007), Kasih Bunga Merah (2008), Teman Siber (2008) dan Penyair Gen Z (2010).
83
Bermula tahun 2002, sayap belia Asas „50 dumulakan dengan hasrat menyediakan generasi muda sebagai pelapis dan penggerak selanjutnya Asas „50. Usaha ini sering diluahkan oelh Masuri S.N. kerana beliau percaya bahawa tunggak pertubuhan perlulah dikukuhkan dengan golongan muda bagi hari muka. (2007: 136) Sehubungan itu, ASAS „50 merupakan pertubuhan dan pergerakan persuratan yang aktif membangunkan belianya melalui Sayap Belia Asas „50. Mereka telah dipertanggungjawab dan diamanahkan untuk melakar dan menggerakkan aktiviti-aktiviti persuratan dan bukan persuratan. Antara penglibatan dan pengurusan mereka adalah sayembara-sayembara kebahasaan dan kesusasteraan 73 . Selain itu, ASAS „50 juga telah menggunakan kesusasteraan untuk menggerakkan tanggungjawab sosialnya. Sehubungan itu, pada tahun 2008 ASAS „50 mengadakan Program Biblioterapi bagi remajaremaja yang berisiko. Program ini telah berjaya membantu para peserta untuk menghasilkan karya berdasarkan luahan dan perasaan mereka. Karya-karya itu telah dipadankan dalam Diari Hitam (2009). Dengan itu, selain peranannya sebagai sebuah pertubuhan dan pergerakan persuratan yang menerbitkan hasilhasil persuratan, sama ada kreatif atau kritikan, ASAS „50 juga: Thus, apart from publishing creative and critique works to promote the realisation of ASAS „50 vision and mission, ASAS„50 is actively seeking a ... different means and tools. Such as ...bibliotherapy, theatretherapy, and graftera74. Begitu juga aktiviti Teaterterapi yang dianjurkan pada tahun 2008 yang melibatkan hampir 2500 murid. Dalam mengharungi cabaran alaf milieu juga, ASAS „50 sedar bahawa gagasannya untuk “to implant an impact and love apart from broaden every masses understanding and appreciation towards the 73
Sayembara-sayembara yang dianjurkan oleh ASAS „50 dan digerakkan oleh Sayap Belia ASAS „50 adalah Eja Tepat, Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak, Warisan Bahasa Khazanah Sastera, Graftera, Fototera, Olimpik Bahasa dan Sastera, Mencipta Kata dan sebagainya. 74 Perbincangan dalam forum “Four Languages, One Voice: Connecting Singapore Literature” ini telah dianjurkan oleh National Arts Council of Singapore pada 6 Disember 2008 di Chamber@The Arts House.
84
literary work, be it short stories, poems, novel etc” adalah satu tugas yang mencabar kerana dalam realiti “not every masses may understand or able to conceptualise a literary work through words” namun ini bukanlah hambatan atau satu tugas tidak mustahil. Ini adalah kerana pendekatan dan mod yang diusahakan oleh ASAS „50 adalah pragmatik. Hakikatnya, masyarakat mampu; „...to visualise through expression, seeing or action. This understanding is based on survey and feedback conducted by ASAS „50 executive committee during book launching ceremony etc.‟ (Ibid.) Selain itu, ASAS „50 juga terus berusaha untuk melahirkan penulispenulis yang prolifik, kreatif, inovatif dan kritikal demi memastikan terdapat kesinambungan dalam perkembangan sastera Melayu dan perkembangan sastera Melayu Singapura dengan pelbagai pendekatan dan usaha. ASAS „50 is also embark on long term goal of producing prolific, creative, innovative, critical and thinking Singapore Malay language writers in all genre by providing adequate avenue, such as writing workshops, writing seminars, writers gathering, writing competitions and many more. (Ibid.) Dalam hal ini juga, program ASAS „50-International Residency Writing Programme telah digerakkan oleh pihak ASAS „50 dengan sokongan National Arts Council of Singapore dan kerjasama Darul Andalus Pte. Ltd. dengan Budi Darma 75 menjadi mentor pertamanya. ASAS „50-International Residency Writing Programme adalah; 75
Budi Darma merupakan seorang penulis novel, cerpen, esei dan kritikan sastera yang penting di Indonesia dan Nusantara. Novelnya yang bertajuk Olenka yang diterbitkan pada 1983 telah dianugerahi Novel Terbaik Indonesia oleh Majlis Kesenian Jakarta. Olenka juga memenangi Hadiah ASEAN untuk Kesusasteraan pada 1984. Beliau merupakan penerima Anugerah Seni daripada pemerintah Indonesian (1993), Satyalencana Kebudayaan daripada Presiden RI dan Anugerah Ahmad Bakrie daripada Freedom Institute (2005). Banyak karya Budi Darma yang telah dijadikan bahan kajian penting dalam kajian sastera, seminar, kuliah dan tesis kerana kepentingan tulisannya dalam persuratan Indonesia dan Nusantara. Budi Darma pernah bertugas di Petra Christian University, Universitas Indonesia, Universitas Gajah Mada, National Institute of Education-Nanyang Technological University dan Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pemeriksa luar bagi calon PhD. Kini Budi Darma bertugas di Universitas Negeri Surabaya (UNESA) sebagai professor kesusasteraan. Karyakarya beliau adalah Orang-Orang Blomingtoon (1980), Solilokui (1983), Olenka (1983),
85
... proactive action that provide an opportunity for the talented writer to work and learn with established writers (poets and prose writers) . Though many agree in part with the popular insistence that writing cannot be taught, however we exist and proceed on the assumption that talent can be developed, and we see our possibilities and limitations as a catalyst in that light. If one can "learn" to play the piano or to paint, one can "learn" to write, though no processes of externally induced training can ensure that one will do it well. ASAS „50 continue to look for the most promising talent in the country, in our conviction that writing cannot be taught but that writers can be encouraged. (Ibid.) Pendekatan dan mod ASAS „50 dalam alaf milieu telah diselari dengan wawasan masyarakat, bangsa dan nusa, iaitu untuk melahirkan masyarakat dan bangsa yang berwawasan, berseni, berbudaya dan berhemah tinggi serta berperikemanusiaan. Impian dan gagasan ini dapat direalisasikan oleh ASAS „50 dengan melakarkan gerakan bersemangat seperti yang terisi dalam visi dan misinya, iaitu; 1. to inculcate literary awareness among the masses, 2. to establish Singapore as a hub for Malay creative works (literary arts), 3. to promote, enrich, spread, popularise, stimulate and “communitise” Malay literary works, 4. to publish members literary works (genre: poems, short-stories, novels, scripts, novelettes, autobiography, critiques etc.), 5. to organise regular literary arts competitions (local and regional), 6. to organise residency programme for the established, budding and upcoming writers (inbound and outbound), and, 7. to establish an exchange programme with established institutions in the region (Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Brunei Darussalam, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (APM), Jabatan Media of Sejumlah Esai Sastra (1984), Rafilus (1988), Harmonium (1995), Ny Talis (1996) dan Kritikus Adinan (2002).
86
Universiti Malaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP of Malaysia), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP of Brunei), Pusat Bahasa Indonesia, UNESA Indonesia, Universitas Negeri Jakarta, Walailak University Thailand etc.)76. Misi dan visi ini diilhamkan dengan harapan sastera Melayu Singapura terus berkembang mekar dan masyarakat akan lebih bersifat mesra sastera dalam kehidupan. Penutup Hakikatnya, sastera itu adalah pemangkin, katalisator dan perantis yang boleh merobek minda dan aksi yang kufur dan batil. Malah Islam sendiri tidak menghalang atau mengharamkan bahan sastera dalam kehidupan manusia. Dalam sejarah perkembangan Islam ke alam Melayu (Nusantara), kesusasteraan memainkan peranan yang penting untuk menyiarkan fahaman Islam dan menanam nilai keagamaannya. Ini adalah kerana pada asasnya, setiap individu adalah peminat atau seniman. Sastera itu adalah seni, iaitu seni 76
Visi dan misi ASAS „50 mengharungi cabaran alaf milieu telah dibincangkan dalam „retreat‟ ASAS „50 yang bertempat di Bukit Batok Civil Service Club pada tahu 2009. Dalam perbincangan telah dibincang dan dilakarkan beberapa usulan dan tindakan, antaranya adalah untuk menyemai kesedaran persuratan dalam kalangan masyarakat, untuk menjadi Singapura sebagai hab kreatif persuratan dan penerbitan Melayu (kesenian dalam persuratan), untuk menyebar, mengaya, mengembang, mempopular, memberangsang dan memasyarakatkan hasil persuratan Melayu, untuk menerbitkan banyak karya persuratan seperti novel, cerpen, skrip, drama, puisi, esei kritikan dan sebagainya, untuk menganjurkan sayembara persuratan, untuk menganjurkan program penulisan untuk semua lapisan masyarakat, untuk menjalin hubungan dan mengadakan program pertukaran dengan institusi-institusi luar seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Brunei Darussalam, Akademi Pengajian Melayu (Universiti Malaya), Jabatan Media (Universiti Malaya), Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia), Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Pusat Bahasa Indonesia, UNESA Indonesia, Universitas Negeri Jakarta, Walailak University Thailand dan sebagainya. Pandangan jauh ini telah diketengahkan oleh Yazid Hussein, seorang pembentang dalam forum “Four Languages, One Voice: Connecting Singapore Literature” ini telah dianjurkan oleh National Arts Council of Singapore pada 6 Disember 2008 di Chamber@The Arts House. Beliau membentangkan kertas kerja “ASAS „50 in the New Milleium” yang membicarakan mod dan pendekatan ASAS „50 mendekati masyarakat dan dalam mengharungi cabaran alaf milieu.
87
yang berkait rapat dengan diri manusia dan merupakan sebahagian daripada fitrah dan nalurinya. Hal ini bertali rapat dengan sifat manusia di muka bumi ini yang suka kepada kecantikan, kelunakan, kemerduan, kehalusan dan kesopanan. Dalam hal ini Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah, maka Islam punya pandangan positif terhadap kesenian, namun dengan batas-batas tertentu. Hakikatnya, apabila perkembangan seni sewenang-wenangnya dicampuradukkan sehingga dimasukkan dengan unsur-unsur erotik yang bertujuan untuk berpeleseran dan mendorong manusia ke arah nafsu syahwat semata-mata, maka sastera itu menjadi haram. Menurut hadith Nabi Muhammad S.A.W. yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tarmizi yang berbunyi: „Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.‟ Hadith ini bermaksud apabila Allah S.W.T. mencipta manusia, maka Dia mencipta manusia dengan naluri perasaan dan daya cipta. Dengan demikian, apa yang diciptakan oleh Allah S.W.T tidak mematikan naluri yang wujud dalam diri manusia itu. Oleh itu, seni (sastera) berkembang dalam masyarakat tetapi perkembangannya adalah dalam batas-batas yang berpegang teguh pada dasar etika Islam. Untuk masyarakat Islam, seni (sastera) yang sejati mengandungi unsur moral yang menyuruh manusia menuju ke jalan yang diredhai. Misalnya, agama Islam mahukan penganutnya berdakwah, pada zaman Nabi Muhammad S.A.W., baginda berdakwah menggunakan puisi sebagai wadah untuk menentang musuh-musuh Islam serta media untuk dakwah agama yang dibawanya (tauhid). Petikan Al-Quran mengenai penyair (sasterawan) dalam surah 26, ayat 224-227, yang bermaksud; Penyair-penyair itu diikuti oleh golongan yang sesat. Tidakkah kamu lihat bahawa penyair itu pergi tidak tentu arah pada tiaptiap lembah sedangkan mereka (penyair-penyair) itu suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakannya. Kecuali mereka (penyair-penyair) yang beriman dan berbuat kebajikan serta banyak mengingati Allah sehingga mereka beroleh kemenangan sesudah mereka teraniaya. Nanti mereka akan mengetahui bahawa ke mana mereka akan pergi. Islam menggalakkan golongan sasterawan mempunyai objektf dalam perjuangan kerana firman Allah dalam al-Qu„ran mengecam penyair-penyair jahiliah yang tidak mempunyai tujuan dalam hidup mereka. Oleh sebab yang
88
sedemikian, salah satu pendekatan kesusasteraan dalam konteks Islam ialah seni untuk berbakti kepada masyarakat seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang membawa maksud: „Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan masyarakat Islam, maka dia bukan daripada golongan mereka.‟ Kaum sasterawan Islam dikehendaki mempunyai keimanan dan pengabdian diri kepada masyarakat dengan beramal salih melalui media penulisan dan pergerakannya. Tugas sasterawan dalam Islam adalah untuk menegakkan keadilan dan membangunkan masyarakatnya, seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang membawa maksud; „Sesiapa yang melihat kejahatan hendaklah diperbaiki dengan tangannya, jika tidak berdaya hendaklah dilakukan dengan lidah-nya (ucapan/penulisan) jika tidak berdaya juga, maka hendaklah dilakukan dengan hatinya dan ini adalah selemah-lemahnya iman.‟ Oleh yang demikian, sasterawan tidak harus teragak-agak untuk membongkar kejahatan, ketidakadilan, rasuah, kekufuran, kebatilan, kebodohan, penindasan dan sebagainya yang berlaku dalam masyarakatnya kerana Islam menghendaki kebaikan dan keadilan ditegakkan dalam masyarakat Islam, iaitu amal ma„ruf nahi munkar. Banyak catatan hadith yang menunjukkan pengharapan Nabi Muhammad S.A.W. kepada puisi seperti sabda baginda yang bermaksud: „Sesungguhnya dari puisi itu terdapat kata-kata hikmat.‟ Dalam sabda baginda lagi yang bermaksud: „Puisi adalah merupakan kata-kata. Daripada kata-kata itu ada mengandungi kebaikan dan keburukan.‟ Puisi juga telah digunakan oleh Nabi Muhammad saw untuk menjalankan dakwah Islamiah. Peranan, amanah dan tanggungjawab ini telah digerakkan oleh ASAS „50 sejak zaman penubuhannya sehinggalah memasuki alaf milieu ini. Sumbangan ASAS „50 kepada perkembangan sastera Melayu dan sastera Melayu Singapura, masyarakat, bangsa dan nusa sangat besar ertinya. ASAS „50 sudah bergerak daripada gerakan revolusi minda kepada gerakan revolusi akdi. Sumbangan ASAS „50 telah melahirkan semangat intelektualisme dan rasionalisme dalam pemikiran masyarakat, bangsa dan nusanya. Dan tradisi ini terus diwarisi dan dikekalkan hingga ke hari ini. ASAS „50 dalam mengharungi cabaran alaf milieu memikul tanggungjawab ke arah pembangunan jiwa masyarakat, bangsa dan nusanya dengan memperjuang dan meningkatkan kesedaran dan keinsafan masyarakat tanpa melupakan tanggung-
89
jawab sosialnya. ASAS „50 adalah dokumentasi dan rekod hidup sejarah kesusasteraan Melayu Moden dan sejarah kesusasteraan Melayu Singapura. Maka pertubuhan dan pergerakan persuratan ini akan terus menggerak dan memangkinkan kesuburan dan perkembangan sastera Melayu Singapura bukan hanya di persada buana Nusantara tetapi di jagatraya pada kala depan seperti yang telah dimainkannya pada kala lalu dan terus bergiat cergas pada kala kini. _______________________________________________________________ RUJUKAN Abdul Ghani Hamid, 2008. Aku Bukan Penyair. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Abdullah Hassan (penyusun), 2010. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I–VI (1952-2002). Malaysia: Persatuan Penterjemah Malaysia. Nadwah Sastera, 1991. Dinamika Budaya. Singapura: Majlis Pusat. Abdul Samat Ali & Mohamed Latiff Mohamed (penyusun), 2007. Purnama Senja: Karya Sayembara Cerpen Pelajar 2007. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Hashim Awang, 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Esei Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 2009. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Memoranda Angkatan Sasterawan „50: Edisi Kedua, 1987. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohamed Latiff Mohamed & Abdul Samat Ali (penyusun), 2009. Perjalananku: Edisi Ketiga. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Mohamed Latiff Mohamed & Abdul Samat Ali (penyusun), 2009. Diari Hitam. Singapura: Angkatan Sasterawan ‟50. Mohamed Latiff Mohamed, 2007. Bila Rama-Rama Patah Sayapnya: Puisi Pilihan 2002-2006. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (editor), 2005. Leksikon Penulis Melayu Singapura Pasca 1965. Singapura: National Library Board Singapore dan Angkatan Sasterawan „50. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz (editor), 2005. Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi Asas ‟50, 55 Tahun dalam Persuratan. Singapura: Angkatan Sasterawan „50.
90
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz & Muhammad Herwanto Johari (penyusun), 2010. Verses of Angels. Singapura: Angkatan Sasterawan „50 & Trainee Teachers‟ Club NIE. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz, Nurul Fasha Bte Samsudin & Nur Hafizah Bte Mohd Rashib (editor & penyusun), 2010. Penyair Gen Z. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Obaidellah Haji Mohamad (penterjemah), 1994. Lun Yu: Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Oliver Rice & Abdullah Majid (penyusun), 1987. Sajak-Sajak Melayu Baru 1941-1961. Kuala Lumpue: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Cerpen. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Qu Chunli, 2005. Riwayat Hidup Konfusius. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar (IKD) & Konrad Adenauer Foundation (KAF). Sahlan Mohd. Saman, 2005. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. S. Othman Kelantan dan Abdullah Tahir, 2003. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Warisan ASAS „50: Kumpulan Kertas Kerja Ceramah dan Bengkel “Asas ‟50 dan Sastera Melayu Moden”, 1981. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yazid Hussein, 2009. Kumpulan Cerpen Satu Macam Penyakit. Singapura: Angkatan sasterawan „50. Yazid Hussein, 2009. Bisikan Nadim: Dari Skrip ke Pentas ke Naskhah. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Yazid Hussein, 2009. Aku Ingin Menulis: Panduan Mudah Menulis Cerpen. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Yazid Hussein, 2010. Kumpulan Drama D5D. Singapura: Angkatan Sasterawan „50. Yazid Hussein, 2006. Konsep Perjuangan Masuri S.N. dalam Karya-Karya Terpilih: Penerapan Model “Qawl-Un Ma‟ruf”. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Tesis Ijazah Sarjana. Yazid Hussein, Norlila Abdul Ghani & Muhammad Hafiz Yusof, 2010. Antologi Puisi: Seloka Hari Berubah. Singapura: Asas ‟50.
91
SASTERA & BIBLIOTERAPI Nur Namira Mazlan Pengenalan Siti, seorang pelajar berusia 15 tahun, baru sahaja mendapat tahu ibu bapanya akan berpisah. Atas sebab itu, beliau mengambil keputusan untuk melarikan diri. Beliau kemudian bertemu rakan-rakan baru yang mula memperkenalkannya kepada dunia rokok, arak dan dadah. Siti bercinta dengan seorang lelaki yang 5 tahun lebih tua daripadanya. 3 bulan kemudian, beliau mendapat tahu beliau mengandung. Siti berada di persimpangan. Apa yang harus dilakukannya? Cerita Siti hanya membentuk sebahagian daripada masalah sosial yang kian berleluasa di Singapura. Jabatan Statistik Singapura menunjukkan kadar penceraian, yang merupakan antara punca utama remaja-remaja seperti Siti terperangkap dalam situasi seumpama itu, kian meningkat di kalangan masyarakat Singapura, daripada 4,705 kes pada tahun 2006 kepada 5,155 kes pada tahun 2008. 77 Masyarakat Melayu di Singapura merupakan golongan minoriti yang membentuk 13.9% daripada jumlah penduduk. Profil sosio-ekonomi masyarakat Melayu pada tahun 2000 pula menunjukkan purata pendapatan yang dibawa keluarga Melayu ialah $2708, jumlah yang agak rendah berbanding dengan purata nasional iaitu $3607. Walaupun jumlah masyarakat Melayu di Singapura kecil, peratusan yang membentuk golongan belianya adalah lebih iaitu 37.7% (antara 0-19 tahun) jika berbanding dengan golongan belia etnik lain khususnya Cina, 25.6% dan India, 30.7%. Tumpuan pada belia juga semakin ketara dengan kemunculan tren-tren sosial yang membimbangkan seperti kehamilan remaja, remaja yang sukar dikawal, perkahwinan muda dan penceraian di kalangan pasangan muda. 78 Lantas, apakah peranan sastera dalam membantu remaja yang berisiko tinggi ini menangani masalah atau situasi yang mereka hadapi? Esei ini akan membicarakan kaedah biblioterapi sebagai terapi untuk merawat penyakit atau 77 78
Sila rujuk http://www.singstat.gov.sg/stats/themes/people/marriages.pdf Sila rujuk http://www.mendaki.org.sg/content_files/fgd_families_130603.pdf
92
masalah peribadi, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan biblioterapi bagi tujuan membantu golongan remaja yang berisiko tinggi, keberkesanan penggunaan cerpen dalam biblioterapi dan meneropongi kesan kaedah ini terhadap peserta program biblioterapi yang dikendalikan Asas „50 sebagai inisiatifnya untuk terus memasyarakatkan sastera. Biblioterapi Biblioterapi berasal daripada dua perkataan Yunani biblion – (buku) dan oepatteid (penyembuhan). Jika dahulu, biblioterapi hanya digunakan untuk pesakit yang dirawat di hospital mental tetapi kini penggunaannya telah diperluaskan dan golongan dewasa juga pendidik telah menggunakan kaedah ini dengan merujuk pada penggunaan sastera dalam membantu seseorang menangani masalah emosi, penyakit mental atau perubahan dalam kehidupan mereka. 79 Istilah „biblioterapi‟ telah turut ditakrifkan Russell dan Shrodes sebagai proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca dengan sastera – interakasi yang boleh digunakan sebagai penilaian personaliti, penyesuaian diri dan pertumbuhan.80 Ia merupakan alternatif baru dalam dunia perubatan yang memberikan bacaan yang tepat pada individu yang terlibat. Biblioterapi diimplimentasikan apabila timbulnya sesuatu masalah, pembaca dapat melibatkan diri dalam situasi dan watak dalam cerita dan masalah itu dapat dibincangkan melalui interaksi antara individu/kumpulan dengan pemudah cara.81 Biblioterapi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam membantu individu menghadapi masalahnya. Ini ternyata berkesan untuk golongan kanak-kanak/belia yang tidak dipenuhi keinginan psikologinya. Dengan memperkenalkan sebuah teks atau bacaan yang dapat mereka kaitkan diri dengan watak dalam cerita, golongan ini tidak akan merasakan dirinya keseorangan dalam menghadapi masalah tersebut. Teks atau bacaan yang sesuai dapat menyediakan model tentang bagaimana sesuatu situasi itu dapat 79
Mardziah Hayati Abdullah (2002) "What is Bibliotherapy?" ERIC Clearinghouse on Reading, English, and Communication Digest #177 80 Lawrence I Silverberg, DO. Bibliotherapy: The therapeutic use of didactic and literary texts in treatment, diagnosis, prevention and training. 81 Cornett et. al, 1980; Rubin, 1978
93
ditangani dan juga dapat memberikan penyelesaian terbaik yang dapat diimplimentasikan golongan ini. Selain daripada memenuhi kehendak masalah yang dialami individu tersebut, biblioterapi juga meningkatkan kemahiran membaca dan golongan ini dapat mengapresiasi sastera dan lebih bermotivasi untuk membaca.82 Individu dapat memanfaatkan kaedah biblioterapi ini jika melalui tiga tahap ini; pertama, tahap identifikasi di mana individu dapat mengenal pasti watak serta jalan cerita di dalam teks/bacaan yang disediakan, kedua, tahap katarsis di mana individu itu terlibat secara peribadi dalam cerita yang dibaca dan dapat meluahkan perasaan mereka dalam situasi yang selamat seperti melalui perbincangan kumpulan dan ketiga, tahap integrasi/wawasan di mana setelah melalui tahap katarsis, individu itu lebih menyedari bagaimana masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sama ada memilih jalan yang dipilih watak atau kemungkinan yang telah disenaraikan setelah membaca teks tersebut.83 Walaupun kaedah ini dapat membantu individu dalam proses menangani masalah yang dihadapi, terdapat kajian yang menunjukkan kaedah ini mungkin tidak berkesan sekiranya golongan sasaran itu tidak mempunyai minat membaca atau mempunyai masalah membaca. Masalah juga akan timbul sekiranya individu itu bersikap defensif dan enggan membincangkan masalah mereka kerana tidak serasi dengan situasi tersebut.84 Analisis Sastera, Analisis Diri Menurut Shahnon Ahmad 85 , sebuah karya sastera – novel atau cerpen atau sajak – sebagai penganalisisan aspek-aspek kehidupan masyarakat yang dihasilkan oleh seorang anggota masyarakat – pengarang untuk masyarakat, tidak ubah seperti bahan penganalisisan diri kita sendiri, diri masyarakat sendiri, kita dan masyarakat sebagai pembaca. Setiap pengarang yang mencoretkan kisah yang diilhami daripada situasi di sekeliling meliputi soal politik, sosial mahupun ekonomi sebenarnya telah menyediakan satu media yang amat berkesan lagi halus untuk menyampaikan kisah-kisah manusia, 82
Cornett et. al, 1980; Philpot, 1997; Abdullah, 2002) http://maxweber.hunter.cuny.edu/pub/eres/EDSPC715_MCINTYRE/Biblio.html 84 Joshua & DiMenna, 2000; Abdullah, 2002 85 Shahnon Ahmad, 1993, Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan, KL: DBP. 83
94
perbenturan-perbenturan manusia juga nilai-nilai manusia sebagai usaha untuk membangun peribadi manusia. 86 Pengalaman yang dibawa ke dalam cerita, lakaran atau baris puisi berteraskan kehidupan manusia semuanya wujud dan sah dalam sastera 87 dan oleh kerana itu penggunaannya dalam biblioterapi amatlah sesuai. Cerpen, cerita pendek yang tergolong dalam genre sastera, turut berfungsi dalam menggerakkan manusia berfikir dan seterusnya bertindak ke arah kesempurnaan, kemajuan dan kebaikan – inilah aksi sosial dan etika yang berbentuk akliah dan rohaniah. Di samping itu, perasaan kita dikesani untuk kebaikan, dan melalui perasaan yang baik ini kita dibawa ke hadapan, dimatangkan dan dididik 88 selaras dengan matlamat biblioterapi untuk membawa individu daripada tahap mengenalpasti kepada tahap katarsis sekaligus membentuk wawasan ke arah pembaikan diri daripada proses merenung ke dalam fikiran dan perasaan yang dimunculkan oleh genre sastera yang dipilih sebagai teks/bacaan. Penggunaan cerpen di mana jumlah wataknya kecil dan aturan plotnya ringkas serta mudah difahami turut dianggap lebih berkesan dalam biblioterapi dan terutamanya jika penceritaan dibuat daripada sudut pandangan orang pertama atau orang ketiga bagi mempermudah pengenalpastian watak pencerita.89 Baru-baru ini, program biblioterapi ini telah dilancarkan Angkatan Sasterawan 50 (Asas „50) pada 26 Mei 2008 di Pusat Remaja dan Wanita Pertapis 90 . Seramai 60 peserta telah mengikuti program ini yang bertujuan menyediakan alternatif baru dalam menangani remaja berisiko tinggi serta menyemai minat membaca dan menulis ini telah dijalankan selama 12 sesi dari bulan Mei hingga ke bulan September dan sepanjang program dijalankan, para peserta telah didedahkan kepada teknik-teknik penulisan cerpen. Program biblioterapi ini merupakan satu inisiatif dan pendekatan baru yang dilancarkan selaras dengan prinsip seni untuk masyarakat yang didukung Asas „50 selama 86
Shahnon Ahmad, 1991 Muhammad Haji Salleh, 2000 88 Muhammad Haji Salleh, 2000 89 Jacqueline Stanley, (1999). Reading to heal : how to use bibliotherapy to improve your life. Boston, Mass. : Element. 90 Pusat Remaja & Wanita Pertapis menempatkan remaja wanita yang berusia 12 hingga 21 tahun yang merupakan mangsa penderaan emosi, fizikal atau seksual, juga yang di luar kawalan ibu bapa, remaja wanita yang hamil dan yang telah terlibat dalam jenayah juvenil. Untuk maklumat lanjut, lungsuri http://www.pertapis.org.sg/centre_women_girls.html 87
95
hampir enam dekad. Pada akhir program ini, karya-karya terbaik peserta program telah dibukukan yang dalam antologi cerpen bertajuk Diari Hitam. Program ini telah dilaksanakan berdasarkan kajian yang dibuat berkenaan masalah serta tren sosial yang dihadapi penghuni pusat tersebut. Berdasarkan profil data juga latar belakang penghuni, para pengkaji telah mengenalpasti tema-tema yang bersesuaian dengan isu-isu yang sedang mereka lalui. Kesemua cerpen yang dipilih merupakan hasil penulis yang telah diterbitkan di akhbar, “Berita Minggu”. Cerpen-cerpen ini kemudian dikumpulkan berserta aktiviti perbincangan kumpulan yang kemudian dimanfaatkan para pemudah cara bagi memudahkan pelaksanaan tahap-tahap yang perlu dilalui peserta bagi memastikan keberkesanan program biblioterapi ini. Merujuk pada program ini, para pengkaji telah mengenalpasti tiga tema iaitu Kekecewaan, Pergolakan Jiwa serta Muhasabah dan 9 cerpen telah dipilih iaitu Berputar di Kegelapan Malam dan Mengapa Kau Lahirkan Aku oleh Mohamad Arizal Ahmad, Anak Remaja oleh Kamariah Amat, Dengarkan Jeritanku dan Hidayah oleh Sopianti Abdullah, Air Mata Masyitah dan Suatu Pengakuan oleh Peter Augustine Goh, Kolam Rindu oleh Ismail Wardi dan Jin dalam Masjid, Takwa dalam diri oleh Dehliez. Pada tahap pertama penghuni dibawa mendasari tema kekecewaan melalui tiga buah cerpen yang digunakan dalam program ini. Anak Remaja karya Kamariah Amat memaparkan watak seorang ibu kepada 3 anak remaja yang perlu keluar bekerja dan tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anaknya dan apabila anak-anaknya difitnah jiran-jirannya, dia mula bersikap tidak percaya sehingga mereka mengambil keputusan untuk melarikan diri kerana terasa terlalu dikongkong ibu mereka. “Mendidik anak remaja hari ini tidak sama dengan zaman kita dididik zaman dahulu. Remaja hari ini lebih berani. Didikan secara kongkongan tidak dapat dipraktikkan lagi, umpamakan mereka sebagai teman kita. Bila mereka sudah dapat menganggap kita sebagai teman, barulah mereka selesa untuk menyatakan sebarang masalah mereka.”- Kamariah Amat dalam cerpen Anak Remaja.
96
Berdasarkan isi cerpen ini, peserta program kemudian dipandu pemudah cara melalui soalan-soalan seperti, „Adakah ibu selalu tidak memahami anda?‟ serta „Adakah anda rasa diri terlalu dikongkong dan apakah yang dilakukan untuk keluar daripada kongkongan ini.‟ Hasil daripada perbincangan ini, percubaan untuk mengetengahkan situasi yang sama dapat dilihat oleh usaha peserta program yang telah menulis cerpen „Hanya Tinggal Nota.‟ Cerpen ini jelas membawa tema kesepian seorang anak yang diabaikan ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar kebendaan dan cerpen ini turut menekankan peranan dan tanggungjawab ibu yang mula dipersoalkan. “Ibu? Apakah ertinya ibu? Di mata orang, seorang ibu sering menasihati, menyayangi, menegur kesilapan dan sentiasa di sisi apabila kita memerlukan sesuatu. Mereka mungkin sibuk dengan pekerjaan mereka tetapi mereka ada waktu untuk anak-anak mereka. Mereka mungkin sibuk dengan pekerjaan mereka tetapi mereka tetap ada waktu untuk anak-anak.. Tetapi nasibku begitu malang sekali kerana aku tidak mempunyai semua itu.” – Hanya Tinggal Nota, Mawar (Diari Hitam, 2008) Menariknya tentang sketsa ini ialah ia memberitahu kita adanya ibu yang bersikap seburuk itu. Di sini juga, kita dapat melihat bagaimana cerpen yang diperkenalkan untuk tujuan program ini telah membawa peserta program melalui proses identifikasi di mana pembaca melihat watak, latar dan situasi sebagai sesuatu yang dapat mereka kaitkan pada diri mereka. Peserta kemudian melalui tahap katarsis di mana peserta mula kenapasti bahawa ada individu yang mempunyai masalah atau persoalan seperti yang mereka hadapi. Dan akhirnya peserta melalui tahap “insight” atau retrospeksi diri dan menyedari bahawa sesuatu dapat dilakukan dan ada jalan keluar bagi masalahmasalah yang dihadapi. Ini juga dapat dikesan daripada penulisan sketsa peserta yang berakhir dengan penyesalan. “Ibuku tetap tidak aku temui. Perjalanan hidupku mula berubah selepas aku ditangkap polis. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku berubah dan pulang ke pangkal jalan yang benar.” – Hanya Tinggal Nota, Mawar (Diari Hitam, 2008)
97
Ternyata teks dan sastera dapat memainkan peranan sebagai pemangkin kesedaran bagi diri pembaca dan dalam masa yang sama penggunaannya dapat menimbulkan minat para belia kita untuk terus membaca. Jika seseorang itu dapat mencari jalan untuk menprojeksikan masalah mereka dalam bentuk prototaip fiksi, dia mungkin dapat meraih kepuasan menjalani proses mencari makna dan objektiviti dalam pengalaman atau melalui masalah yang dihadapinya. _______________________________________________________________
RUJUKAN Jacqueline Stanley, (1999). Reading to heal: How to use bibliotherapy to improve your life. Boston, Mass. : Element. John J.DeBoer. Literature and Human Behavior. The English Journal, Vol. 39, No. 2. (Feb., 1950), pp. 76-82. Lawrence I. Silverberg, DO. Bibliotherapy: The therapeutic use of didactic and literary texts in treatment, diagnosis, prevention, and training. Journal of Special Communication, Vol 103. No 3. (March 2003) pp. 131-135 Muhammad Haji Salleh (2000). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz (2008). Diari Hitam. Singapura : Asas ‟50. Shahnon Ahmad (1993). Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan.. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
98
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERTERASKAN NILAI OLIMPISME Muhammad Herwanto Johari Penilaian dan semakan kurikulum di peringkat sekolah Singapura yang sering diadakan demi memelihara sistem serta memastikan peningkatan taraf pendidikan yang tinggi merupakan satu bukti yang tidak dapat dipertikaikan tentang kepentingan untuk sentiasa membuahkan unsur kerelevanan dalam pendidikan. Pelbagai perbincangan di kalangan institusi pendidikan bersama pihak kementerian telah diadakan dalam usaha untuk mencorak kaedah pendidikan yang lebih berkesan dan bersepadu dengan laras negara yang menitikberatkan pendidikan sepanjang hayat. Antara pendekatan yang diusahakan termasuklah inisiatif yang berpaksikan corak „Teach Less Learn More‟ 91 yang bertujuan untuk memantapkan persediaan pelajar menghadapi kehidupan dengan sikap dan pemikiran yang lebih lasak, inovatif dan menyeluruh. Penggunaan kaedah yang lebih menekankan unsur teknologi dalam pembelajaran dilaungkan sebagai satu cara untuk mempelbagaikan penerimaan sukatan pelajaran dan memperkasakan pemahaman serta minat untuk meneroka bidang ilmu dan pengetahuan dengan lebih mendalam lagi. Menurut Kementerian Pendidikan, kaedah ini diubahsuai untuk sistem pendidikan di Singapura agar tenaga pengajar dan pelajar dapat samasama meraih keseronokan di sekolah di samping merubah tumpuan daripada „kuantiti‟ (jumlah) kepada „kualiti‟ (mutu). Harapan kementerian bahawa dengan tertubuhnya anjakan paradigma ini, pembentukan akhlak dan keperibadian pelajar turut akan diberi peluang untuk berkembang dengan lebih elok di samping mengeratkan mutu interaksi di antara guru dan pelajar. Namun demikian, peningkatan gejala sosial di kalangan belia sejagat dan setempat menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sistem pendidikan yang seringkali menjadi tumpuan sebagai antara faktor utama 91
Teach Less, Learn More. (2009). Retrieved 21 June 2010, 2010, from http://www3.moe.edu.sg/bluesky/tllm.htm
99
dalam kegagalan sistematik yang kini disaksikan di kalangan masyarakat. Antara perkara yang perlu diteliti adalah kegagalan atau pun ketidaktepatan paradigma pendidikan yang selama ini membentuk dikotomi pendidikan yang mewujudkan garis pemisah di antara pengalaman dan pembelajaran. Perubahan kaedah peperiksaan yang kian menuju ke arah sistem rujuk buku yang lebih menitikberatkan pemikiran kritikal daripada penghafalan semata merupakan satu contoh bagaimana doktrin pendidikan yang tradisional kian dianggap usang dan antik dalam konteks kehidupan dewasa ini. Produk atau hasil daripada pendekatan lama ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keretakan korelasi realiti dan akademik yang sering menjadi hambatan kepada graduan-graduan universiti setempat yang kebanyakannya tidak berupaya menandingi produk pendidikan negaranegara lain seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Seandainya pendekatan baru yang digerakkan oleh kementerian di Singapura benar-benar bertujuan untuk kembali kepada asas-asas pendidikan (“back to basics”), penumpuan kepada perkembangan dan pemupukan kecerdasan fizikal harus dijadikan sandaran kepada peningkatan mental demi memastikan keselarasan dalam cakupan penyerapan pembelajaran dan pemahaman serta penghayatan mata pelajaran yang disediakan. Perkembangan kecerdasan fizikal yang terjejas tentu sekali akan menimbulkan kepincangan di dalam proses pendidikan. Pepatah sering mengingatkan tentang kebergantungan kecerdasan minda dan tubuh. Namun demikian, pendekatan yang diperlukan bukanlah setakat mengharapkan kepada ketegangan otot semata tetapi mengetengahkannya sebagai cara untuk membina ketekalan minda, kecekalan hati dan kecemerlangan insani. Berlatarbelakangkan perkembangan sedemikian dalam dunia pendidikan, Angkatan Sasterawan ‟50 sempena dengan arus Olimpik Belia 2010 (YOG) telah merekaciptakan pendekatan pembelajaran berteraskan prinsip kecergasan fizikal dalam memupuk kecerdasan mental melalui olimpik. Pendekatan inovatif ini merupakan antara gerakan kontemporari Asas ‟50 dalam menjana lebih banyak kegiatan menanam keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera di sekolah-sekolah Singapura.
100
Pendekatan pembelajaran yang berteraskan nilai olimpisme sering disalahtafsirkan sebagai kaedah yang menjurus semata-mata kepada kekuatan fizikal untuk mengatasi cabaran atau halangan. Semangat Olimpik yang dikibarkan melalui moto, „citius, altius, fortius‟ sebenarnya adalah penyala semangat untuk mencapai tahap kecemerlangan yang lebih „deras, tinggi dan gagah‟ dalam segala bidang dan tidak hanya tertakluk kepada sukan. Peningkatan yang pada zahirnya menjurus kepada nilai fizikal ini merupakan satu kaedah yang turut sarat dengan perjuangan dan pengasahan unsur intelektual juga. Menurut penulis lelaman timesonline.com92 edisi asal sukan Olimpik merangkumi komponen intelektual dan retorik yang selaras dengan pengertian peradaban Roman yang ideal, yakni „mens sana in corpore sano‟ yang membawa maksud, „minda yang cerdas wujud di dalam tubuh yang sihat‟. Tujuan utama dan asal Sukan Olimpik untuk mencari pahlawan teragung menjalani perubahan pada dasarnya kerana terbitnya kesedaran bahawa tubuh yang berotot kuat tanpa sandaran ketajaman intelek merupakan pemimpin yang tidak berguna. Pandangan ini didukung juga oleh Allahyarham Profesor Syed Hussein Alatas93 yang menyokong usaha untuk menjana generasi pemimpin dalam bidang perkembangan dan pemupukan intelektual. Konsep kepimpinan moral ini yang turut diketengahkan oleh pendidik Thomas Sergiovanni berkisar kepada dimensi kepimpinan yang sarat dengan unsur tujuan, nilai dan kepercayaan yang utuh. Pandangan Profesor Alatas yang dibincangkan pada suatu ketika ini tidak sahaja tertakluk kepada sesebuah tahap kepimpinan yang dianggap „elit‟ tetapi harus diluaskan kepada segenap lapisan masyarakat. Berdasarkan kriteria-kriteria yang dijadikan landasan sebagai laras sistem pendidikan di Singapura, mungkin pendekatan pembelajaran yang 92
Walker, F. (2008). Poetry at the 2012 Olympic Games? There's no rhyme or reason why not. Retrieved 21 June, 2010, from http://www.timesonline.co.uk/tol/comment/columnists/guest_contributors/arti 93 Alatas, S. H. (1973). Siapa yang salah. Sekitar revolusi mental dan peribadi Melayu. Singapura: Pustaka Nasional.
101
berteraskan nilai olimpisme di bawah dukungan unsur sukan dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan dalam pembentukan generasi yang bakal mengambil alih persada negara. Kaedah yang diusulkan oleh Barat yang menetapkan keistimewaan dalam seseorang pelajar hanya pada kemampuan akalnya perlu melalui semakan yang dapat memberi keseimbangan kepada perkembangan dan pemupukan rohaniah agar membesar menjadi anak-anak negara yang terasah akalnya dan terdidik keperibadiannya dalam sepenuh erti kemanusiaaan. Penulis mapan Amerika, Ernest Hemingway pernah menyatakan bahawa „sukan mengajar kita untuk meraih kemenangan secara jujur and menerima kekalahan secara bermaruah.‟94 Idea ini sudah lama diterima oleh para pendidik dan pengasuh kerana kewujudan situasi-situasi yang dinamik yang berupaya membawa pelajaran berkenaan tatalaku, pendidikan moral dan keperibadian diri. Sebagai contoh, pendekatan pembelajaran berteraskan nilai olimpisme telah dijadikan acuan untuk menjayakan bengkel sastera, bahasa dan budaya Bintang Olimpik Impian di Sekolah Rendah Tanjong Katong pada 2008 anjuran Angkatan Sasterawan „50. Landasan yang digunakan untuk pengajaran sastera, bahasa dan budaya Melayu ini bukan sahaja menerapkan nilai Olimpisme dari segi pembentukan moral tetapi juga menyumbang ke arah kesantunan bahasa dan daya kepimpinan pelajar. Unsur kesukanan juga mendukung tema bengkel ini dengan penerapan permainan tradisional dan kaedah sayembara ala „Amazing Race‟ yang memastikan bahawa pesertapeserta dapat menggunakan seluruh fakulti fizikal dan pancaindera dalam pembelajaran mereka dalam bentuk permainan. Menerusi cakupan permainan dan konsep kesukanan dalam bengkel ini, para pelajar dapat memperoleh pemahaman yang lebih rencam dan penghayatan yang lebih mendalam mengenai hasil sastera, bahasa dan budaya mereka tanpa kaedah pembelajaran yang bercorak tradisional di mana tenaga pengajar menyiapkan segala bahan yang diperlukan untuk santapan pelajar. Melalui kaedah permainan yang diserapkan juga, unsur pembelajaran 94
Browne, P. (2001). The guide to United States popular culture (Illustrated ed.): Popular Press.
102
koperatif, yakni pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama, tahap pembelajaran berpotensi mencapai tahap yang maksimum yang memanfaatkan setiap pelajar atau peserta95. Unsur-unsur asas pembelajaran ini yang banyak memandu ke arah unsur interaksi turut memberi ganjaran kepada peserta tatkala mereka diberi peluang untuk menunjukkan tahap kefahaman masing-masing di samping membentuk kemahiran sosial mereka. Perkongsian idea atau pendapat yang turut digalakkan dalam suasana yang tidak terancam membentuk minat yang lebih mendalam berkenaan subjek yang diterokai bersama. Dari sudut pandangan Eduart Spranger96, manusia merupakan makhluk „multidimensional‟ yang dapat ditelaah sebagai makhluk jasmani dan rohani. Proses kemanusiaan yang dialami oleh setiap manusia akan lebih berkesan seandainya nilai-nilai rohani seperti kebudayaannya dapat dikembangkan secara menyeluruh. Howard Gardner 97 menyifatkan manusia sebagai mempunyai 7 jenis kecerdasan. Ketujuh-tujuh macam kecerdasan ini melinkungi setiap cakupan aktiviti bengkel yang berteraskan nilai Olimpisme.
1. Kecerdasan matematik/logik: kemampuan penalaran ilmiah, penalaran induktif/deduktif, berhitung/angka dan pola-pola abstrak yang terdapat dalam komponen penulisan dan kuiz bertema. 2. Kecerdasan verbal/bahasa: kemampuan yang berhubungan dengan kata/bahasa tertulis mahu pun lisan yang terdapat dalam komponen penyampaian dan penulisan cereka 3. Kecerdasan interpersonal: kemampuan berkenaan interaksi dan perhubungan sosial dalam setiap komponen bengkel yang mengikut kumpulan. 95
Armstrong, S., & Palmer, J. (1998). Student Teams Achievement Divisions (STAD) in a twelfth grade classroom: Effect on student achievement and attitude. Journal of Social Studies Research. 96 Spranger, E. (1928). Types of Men (P. J. W. Pigors, Trans.). New York: G.E. Stechert Company. 97 Gardner, H. (1993). Multiple Intelligences. New York: Basic Books.
103
4. Kecerdasan fizikal: kemampuan mengatur gerakan badan dalam komponen „Amazing Race‟ dan permainan tradisional seperti capteh dan batu serembat. 5. Kecerdasan muzikal/rima: kemampuan mengenal rima atau rentak dalam komponen yang mengandungi lagu tradisional. 6. Kecerdasan visual/ruang: kemampuan yang mengendalikan penglihatan dan kemampuan membayangkan objek dalam komponen mereka cerita. 7. Kecerdasan intrapersonal: kemampuan yang berhubungan dengan kesedaran, muhasabah dalam komponen menilai kemampuan diri. Justeru, pendekatan berteraskan nilai Olimpisme ini berpotensi tinggi untuk mengembangkan manusia berdasarkan kaedah secara seimbang. Pengembangan yang tidak seimbang dan hanya menitikberatkan satu daya akan berkemungkinan menghasilkan ketidakutuhan perkembangan generasi pelapis yang bakal mengambil tempat di persada dunia. Manusia yang terlalu diberikan penumpuan terhadap aspek intelektual sahaja juga akan kekurangan dari segi daya cipta, unsur humanisme yang menjejas statusnya di dalam linkungan sosio-antropologi sebagai manusia yang kurang bezanya dengan makhluk lain yang tidak berbudaya. Pendekatan menggunakan sukan dalam pengajaran berjaya menarik lebih banyak belia kerana ia juga digerakkan oleh para belia sesuai dengan cita rasa aspek kesukanannya. Secara tidak langsung ia merupakan satu daya tarikan Asas ‟50 melalui Sayap Belianya dalam menggembleng lebih banyak tenaga muda ke dalam alunan gerakan persuratan tanah air. ______________________________________________________________
RUJUKAN Alatas, S. H. (1973). Siapa yang salah. Sekitar revolusi mental dan peribadi Melayu. Singapura: Pustaka Nasional. Armstrong, S., & Palmer, J. (1998). Student Teams Achievement Divisions (STAD) in a twelfth grade classroom: Effect on student achievement and attitude. Journal of Social Studies Research.
104
Browne, P. (2001). The guide to United States popular culture (Illustrated ed.): Popular Press. Gardner, H. (1993). Multiple Intelligences. New York: Basic Books. Spranger, E. (1928). Types of Men (P. J. W. Pigors, Trans.). New York: G.E. Stechert Company. Teach Less, Learn More. (2009). Retrieved 21 June 2010, 2010, from http://www3.moe.edu.sg/bluesky/tllm.htm Walker, F. (2008). Poetry at the 2012 Olympic Games? There's no rhyme or reason why not. Retrieved 21 June, 2010, from http://www.timesonline.co.uk/tol/comment/columnists/guest_contributors/arti
105
RIMA RAP MESEJ BERPENGARUH Noorhaqmal Mohamed Noor Perkembangan muzik kontemporari Melayu adalah perkara yang lebih luas daripada yang sering dibincangkan di dalam akhbar dan majalah hiburan. Acap kali, media yang menyebarluaskan berita-berita tentang industri muzik lebih condong terhadap hiburan dan penyanyi atau pemuzik yang dibincangkan. Perbincangan tentang trend muzik secara komprehensif amat kurang sekali di akhbar dan majalah kerana kecenderungan majalah dan akhbar terhadap hiburan akan menarik lebih ramai pembacanya. Selain majalah dan akhbar, bahan-bahan yang membincangkan perkembangan muzik Melayu kontemporari amat kurang sekali. Sama ada melalui edaran bercetak atau di Internet, ketandusan bahan-bahan ini akan memungkinkan muzik Melayu sebagai seni yang bertujuan untuk hiburan semata. Komponen-komponen di dalam lagu dan perspektif seni muzik melalui aspek-aspek yang berbeza harus diketengahkan demi memahami nilai seni yang sedang berkembang pesat kini. Dalam hal ini, penggunaan lagu sebagai penyampai mesej masih kekal walaupun dengan kewujudan muzik yang berlainan dan menarik. Perkembangan Rap Melayu dan Muziknya “Rapping (also known as emceeing, MCing, spitting, or just rhyming) is the rhythmic spoken delivery of rhymes, wordplay, and poetry, one of the elements of the hip hop music genre. Rapping can be delivered over a beat or without accompaniment. Stylistically, rap occupies a gray area among speech, prose, poetry, and song.” (Dipetik daripada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, Rapping, 2009) Muzik rap atau hip hop bermula dengan kewujudan rap sendiri pada tahun 70-an di kawasan Bronx di New York. Ianya bermula dengan temasyatemasya yang mengetengahkan personaliti-personaliti terkenal di kalangan masyarakat kulit hitam Amerika, untuk berucap. Ucapan-ucapan ini bertujuan
106
memberi semangat kepada kelompok masyarakat yang tertindas dari segi sosial, budaya dan ekonominya pada waktu itu. Konsep berucap itu seumpama mendeklamasi sajak yang penuh dengan rima dan irama tanpa iringan muzik. Rentak yang wujud akibat pemilihan diksi yang teliti itu kemudian berubah konsepnya apabila disatukan dengan irama muzik yang mempunyai rentak Rythm „n‟ Blues (RnB). Rentak RnB melalui proses eksperimentasi tersendiri sehingga terhasilnya lagu-lagu rap. Muzik rap wujud seawal tahun 80-an tetapi tidak mendapat sambutan di dalam industri muzik sertantau kerana pengaruh muzik rock lebih menarik minat generasi muda pada waktu itu. Kewujudan kumpulan-kumpulan seperti Search, Wings, Bumiputra Rockers, May dan Lefthanded mendapat sambutan hangat daripada pendengar pada tahun-tahun 80-an. Muzik rap yang lebih dikenali bermula pada tahun 1992 dengan kewujudan kumpulan gergasi rap pada waktu itu, iaitu 4U2C dan KRU. Kemudian pada tahun 1994, kewujudan kumpula Nico pula menghangatkan lagi pasaran pemuzik rap dengan pengaruh tarian breakdance yang merupakan salah satu komponen hip hop. Kesemua kumpulan ini berasal daripada Malaysia dan kelahiran rekod album pertama mereka disambut baik oleh pendengar pada waktu itu. Muzik rap di Malaysia, seperti juga di Singapura lebih berkembang pesat di arena muzik underground, iaitu persada muzik tidak komersial. Namun sebelum kemasukan alaf milieu ini, kumpulan Too Phat yang dianggotai Malique dan Joe Flizzow membawa muzik rap ke peringkat seterusnya. Bermula pada tahun 1999, kumpulan ini merakam sejarah dengan mengetengahkan salah seorang penyanyi rap dari Amerika, iaitu Warren G yang terkenal di dalam industri muzik Amerika Syarikat. Selepas tahun 2000 juga, pertalian pemuzik rap Singapura dan Malaysia semakin erat apabila kumpulan Ahli Fiqir berhijrah ke Malaysia untuk mengembangkan sayap dengan merakamkan lagu Alhamdulillah bersama Too Phat dan penyanyi etnik ala Timur Tengah, bersama Too Phat dan penyanyi etnik ala Timur Tengah, Yassin.
107
Kepuisian Seni Kata Lagu Rap Seperti hasil karya kreatif sastera genre puisi, seni kata lagu rap juga bukan hanya mementingkan nilai estitika dari bentuk gaya bahasanya tetapi juga melalui mesej yang disampaikan. Penggunaan bahasa yang unik inilah yang terpahat dalam minda pendengar dan diperkuatkan lagi dengan kehadiran melodi yang menarik. Irama dan seni kata yang disatukan ini lebih menarik akibat pencantuman yang kreatif dan terperinci susunan lagunya. Kepuisian seni kata ini timbul dengan pemilihan diksi yang teramat teliti susunannya mengikut irama. Panduan tema dan persoalan-persoalan yang dibincangkan di dalam keseluruhan seni kata itu menjurus langsung kepada mesej yang ingin disampaikan kepada pendengar. Berbanding dengan seni kata genre muzik yang lain, seni kata lagu rap lebih berkesan kerana bentuk genre ini memuatkan puisi atau prosa yang lebih bilangan perkataan, lantas lebih berkeupayaan untuk diselitkan dengan pelbagai persoalan. “Jadikanlah „ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah Entah apabila persimpangan tiba, hidup penuh rintangan harus kuhadapinya Harapku tidak terlupa diri bila gembira, dan cuma mula mencari Kau disaat hiba „Ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan Tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan Teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan” (Dipetik daripada lagu Alhamdulillah, Too Phat, 2004) Gaya bahasa di dalam seni kata lagu rap adalah salah satu aspek yang mencorak kepuitisan seni kata itu sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), istilah „rima‟ merujuk pada „bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir dalam sesuatu rangkap (seperti gurindam)‟. Unsur rima di
108
dalam muzik rap pula melebihi bunyi yang sama sahaja malah memerlukan seseorang penyanyi itu untuk memberi rentak kepada seni katanya. Unsur rentak ini bukanlah hanya hadir di dalam lagu yang tersedia ada tetapi dari segi patah lagu berdasarkan seni kata yang mungkin berbentuk puisi atau prosa. Dengan memberi pecahan-pecahan yang sesuai pada seni kata tersebut, nyanyian rap dapat disatukan dengan rentak lagu yang tersedia tadi. Rima Irama Rap Menarik “Dikerah dijajah Terus nista dipenjara Jadi hamba jadi kuli Jadi batu diam diri Kita tunggu kita lihat Kita nanti kita perhati Jgn merungut biar berjanggut Diam akur Kita mesti patuh Acuh tak acuh endah tak endah Buat lawak bodoh terlampau Biar kita melopong Biar kita menganga Biar mereka buat apa mereka suka Biar saja Jangan melawan Jangan membantah Janganlah degil kena ikut perintah Kena banyak diam Biar apa orang kata Kita tawa dalam duka Kecut takut Kalut kolot Terkunci mulut Bergaduh bertutur Kalah sabung menang sorak Tiba masa kita gerak” (Dipetik daripada lagu Angguk angguk Geleng geleng, Ahli Fiqir, 2005)
109
Aspek rima yang menarik di dalam seni kata lagu rap tidak hanya wujud dengan adanya muzik iringan. Seperti dalam lagu petikan tersebut, hanya dengan membaca seni kata itu sendiri, rima yang tersedia memberi rentak jika dinyayikan tanpa muzik (acapella). Menyanyi lagu rap secara acapella inilah yang dirujuk sebagai „rhythmic spoken delivery of rhymes, wordplay, and poetry‟. Pengucapan kata-kata berima itu secara semula jadi menjadi rentak puisi lantas dianggap sebagai salah satu nilai estetika yang terkandung dalam seni kata lagu rap. Keadaan seni kata yang semulajadi menarik ini lebih mendapat perhatian para pendengar walaupun terkadang nyanyian itu terlalu pantas untuk „ditangkap‟ atau difahami secara mendengar sekali imbas. Dengan daya tarikan ini, timbul pula keadaan bawah sedar yang membuat pendengar menghafal seni kata tersebut. Apabila proses penghafalan itu bermula, maka mesej yang ingin disampaikan pada mulanya lebih senang disampaikan dan diterima oleh pendengar atau pembaca seni kata lagu tersebut. Walaupun begitu, kesan ini lebih mendalam sekiranya muzik yang mengiringi kata-kata tersebut juga sama menarik. Ini adalah kerana penerimaan minda manusia secara semula jadinya lebih khusus terhadap bunyi atau irama dan juga bahasa (Patel, 2008). Seperti Patel, Nettle pula menganggap bahawa bahasa dan muzik mendefinisikan manusia (Nettle, 2000). Ini adalah kerana dua unsur ini merentasi sosio-budaya, agama, latar belakang dan sebagainya. Dia menganggap bahawa „Language and music define us as human. These traits appear in every human society, no matter what other aspects of culture are absent‟. Kesimpulan Hakikatnya, muzik adalah identiti kemanusiaan yang merentasi batas-batas yang membezakan. Penguasaan bahasa yang ditutur pula lahir daripada fonologi yang berkuatkuasa dengan kewujudan bunyi, iaitu elemen utama bahasa tuturan dan muzik. Elemen utama yang dikongsi kedua-dua perkara inilah yang menjadikan muzik dan bahasa sebagai seni yang amat berpengaruh terhadap manusia. Dalam hal ini, pengaruh yang wujud daripada muzik dapat menyampaikan mesej tertentu dengan berkesan apabila kerjasama kata-kata dalam bentuk gaya bahasa yang sesuai diselaraskan.
110
Hingga kini, masih banyak lagi yang boleh dikaji dan dipelajari tentang muzik, bahasa dan minda manusia. Keserasian dan keselarasan tiga elemen penting dalam hidup manusia ini adalah satu bidang yang menarik dan merangkumi aspek agama, sains dan teknologi. Sememangnya, banyak ilmu tentang ketiga-tiga elemen ini yang perlu difahami terlebih lagi tentang muzik dan bahasa Melayu yang sudah lama bersemadi dengan jiwa dan budaya masyarakat Melayu. Asas ‟50 pada alaf baru ini mula meninjau kepentingan muzik dalam meransang pembelajaran dan penghayatan bahasa dan sastera. Maka satu usaha sedang dijanakan untuk merakamkan puisi-puisi tempatan dalam bentuk lagu-lagu puisi agar ia menjadi dokumen khazanah bangsa yang bukan hanya dibaca tapi dipelajari secara kreatif dan inovatif sebagai sebuah pakej. _______________________________________________________________
RUJUKAN Amon Saba Saakana. (1995). Culture, Concept, Aesthetics: The Phenomenon of the African Musical Universe in Western Musical Culture. Missouri: African American Review. Aniruddh D. Patel. (2008). Music, Language, and the Brain.. Oxford: Oxford University Press. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Alexander, J., C. & Smith, P. (eds.). (2005). The Cambridge Companion to Durkheim. Cambridge: Cambridge University Press. Lirik lagu Angguk-angguk, Geleng-geleng oleh Ahli Fiqir diakses dari lelaman http://www.gugalyrics.com/AHLI-FIQIR-ANGGUK-ANGGUKGELENG-GELENG-LYRICS/448100/ Lirik lagu Alhamdulilah oleh Yassin diakses dari lelaman http://artists.letssingit.com/too-phat-lyrics-alhamdulillah-malay-versionh4ph56w
111
Sebagai penaung saya melihat bagaimana Asas ’50 membuat satu lagi gerakan radikal dengan anjakan paradigma yang begitu ketara pada alaf baru dengan gerakan proaktif dalam landasan nasional dengan menggembling sebegitu banyak tenaga muda dan belia - pengaruh masa muka - untuk sama-sama mendukung misi ‘seni untuk masyarakat’ demi kepentingan bangsa dan Negara… Hari ini saya melihat sebuah pertubuhan Melayu yang berjaya meletakkan dirinya sebagai sebuah gerakan penting dan menjadi ikon persuratan nasional dan serantau. Sidek Saniff Mantan Menteri Negara Kanan (Sekitaran) & Penaung Angkatan Sasterawan ‘50
112
Kritikan
113
‘Bangsa Melayu Singapura juga mempunyai ciri khas tersendiri, antara lain aspirasi untuk memajukan bangsa Melayu sebagai salah satu entiti penting dalam kehidupan berbangsa. Karena itu lahirlah ASAS ’50, sebagai sebuah gerakan pembaruan dalam sastra yang sekaligus mencerminkan pembaruan kehidupan bangsa Melayu. Kehidupan bangsa Melayu Singapura, dengan demikian, tidak mungkin dilepaskan dari perkembangan sastra modern yang diawali oleh ASAS ’50.’ Profesor Emeritus Dr Budi Darma, Universitas Negeri Surabaya (UNESA)
114
PUISI KRITIS:SEPINTAS WACANA KESUSASTERAAN AKU BUKAN PENYAIR Muhammad Irwan Jamal
No grammatical analysis of a poem can give us more than the grammar of the poem. Roman Osipovisch Jakobson
Pengenalan Terdapat elemen penumbra dalam kesusasteraan yang menjadikannya di antara wadah yang kompleks dan penuh pewarnaan bagi mengkaji perasaan, pemikiran, nilai dan perlakuan manusia dalam masyarakatnya. Sebagai sebahagian daripada wacana sosial yang umum ataupun bersifat alternatif, sastera membenarkan semacam peneropongan ke dalam kehidupan sesebuah masyarakat dengan menyelami bibit-bibit kegemilangan atau kebobrokan serta pencapaian mahupun cabaran yang dihadapinya. Ini dimungkinkan dengan memberi para pembacanya kuasa untuk mengakses dan menginterpretasi idea dan ideologi yang melatari suasana kewacanaan karya itu via jukstaposisi kata, pengaliran naratif mahupun tanda-tanda simbolik yang wujud di dalamnya. Justeru, karya kesusasteraan sebegini tidak menganjurkan kemuktamadan dan kemutlakan. Sebaliknya, ia ingin mencetus dan memangkinkan keinginan para pembaca untuk mempermasalahkan isu-isu yang terkesan dalam karya sastera tersebut. Permasalahan tersebut diberi lensa pengupasan yang lebih rencam dan pelbagai melalui puisi. Menurut Roger Fowler, puisi merupakan genre kesusasteraan yang mempunyai daya subjektif dan keanjalan yang tinggi kerana ia mengajukan “linguistic practices which resist to stabilize codes and habitual perceptions but instead [foster] activities in language which promote exploration, consciousness, change and creativity, rather than
115
stagnation and repression”. 98 Maka, Fowler mengetengahkan betapa pengetahuan seharian para pembaca terhadap bahasa dan wacana seharian/umum penting dalam mengesan sifat antitesis sistem bahasa yang wujud dalam sesebuah puisi. Dengan itu, beliau menegaskan bahawa sesebuah pengupasan puisi yang dibaca dalam rangka wacana alternatif itu, tidak wajar dijadikan sebagai sebuah latihan yang mengetengahkan segala yang indah muluk sahaja; yakni sekadar mengukuhkan modus operandi kebiasaan bahasa yang berpotensi untuk melalaikan malah melalikan para pembacanya ke arah, dengan meminjam kekata Edward Said, “the anesthetization of the critical sense”. 99 Sebaliknya, sekuntum puisi wajar dikupas dengan bernatijahkan kesedaran kritis bagi para pembacanya. Malah, Said juga memestikan penelaahan sastera untuk memiripi realiti, yang tidak terpisah dengan pemihakan para pembaca terhadap isu-isu politik, moral dan sosial. Tambahnya lagi, pemihakan yang dibuat itu perlulah mendedahkan wacana berprejudis yang berleluasa supaya ia dapat dipermasalahkan dan usaha untuk menjernihkannya dapat dijalankan dengan segera.100 Justeru, esei ini akan meneroka kemungkinan pembacaan puisi dalam menjana kesedaran kritis bagi para pembacanya. Usaha sebegini memerlukan penggemblengan mekanisme pantauan isu-isu sosio-politik, sejarah, kewacanaan dan teori kritikan sastera yang utuh dalam menilai dan mempermasalahkan hal-hal yang ingin dibicarakan dalam sesebuah karya sastera. Pembacaan puisi sebegini diharap dapat digandingkan dengan pencerakinan struktural-formalistik yang biasa dilakukan oleh para pelajar kesusasteraan Melayu. Bahagian selanjutnya dalam esei ini akan membedah siasat idea-idea yang terkandung dalam kumpulan puisi Abdul Ghani Hamid, Aku Bukan Penyair. Kumpulan puisi Abdul Ghani Hamid yang berjudul Aku Bukan Penyair merupakan usaha jitu penyair-pelukis ini sepanjang lima tahun yang lalu (2003 – 2007). Sajak-sajak yang diggubalnya ini tidaklah hanya 98
Roger Fowler, Linguistic Criticism, (1996, Oxford, Oxford Uni. Press) hal. 55. Dipetik daripada Azhar Ibrahim Alwee, Literary Studies & Social Sciences dari lelaman http://thereadinggroup.sg/articles.htm 100 Edward W. Said. The World, the Text and the Critic. (1983, Massachusetts, Harvard University Press) hal 26. 99
116
tertakluk pada konteks ke-Singapura-an dan ke-Melayu-an, malah ia juga merangkumi hal-hal yang bersifat silang budaya dan kontekstual tanpa mengorbankan kepedulian akan keadaan masyarakat dan ekologinya. Analisis Wacana & Kesedaran Kritis Kecenderungan dan kekerapan seruan untuk mendampingi dan mengakui perubahan dewasa ini, semakin ketara dialu-alukan kepada massa. Malah, perkara inilah yang telah membentuk dan mengisi pelbagai ruang dan sfera wacana sosial dewasa ini. Perubahan, seringkali demi pemanfaatan ekonomi, dilihat sebagai peluang, malah satu keperluan, yang dapat menganjakkan paradigma sesebuah masyarakat ke taraf yang lebih tinggi. Justeru, masyarakat yang bergerak serentak dengan tuntutan perubahan biasanya dianggap sebagai masyarakat yang positif, proaktif dan progresif. Sebaliknya, masyarakat yang enggan bergerak-sama biasanya dikaitkan dengan gejala keterbelakangan, kemunduran dan keterasingan. Namun demikian, kesesuaian, kerelevanan dan kepentingan perubahan yang ingin dianuti itu perlu dikenali dan dinilai terlebih dahulu. Menurut Erich Fromm, seorang ahli falsafah psikologi, penilaian sebegini memerlukan suatu kesedaran; kesedaran yang berpaksi pada pantauan kondisi masyarakat secara kolektif mahupun terhadap amalan-amalan manusia secara individu. Jika ini berjaya dikecapi, tambahnya lagi, barulah manusia dapat berjuang untuk kebebasan dan juga hak sebagai manusia sepenuhnya, bukan sekadar sebuah automaton. 101 Usaha untuk membangunkan daya kesedaran ini adalah cabaran yang dapat diungkapkan dalam rangka analisis wacana kritis. Secara keseluruhan, analisis wacana kritis melihat hubungan, pola dan negosiasi kuasa dalam sesebuah teks. Kuasa dikonsepsikan sebagai “asymmetries between participants in discourse events, and in terms of unequal capacity to control how texts are produced, distributed and consumed” (Fairclough, 1995, hal.2). 102 Dengan mengetengahkan strategi analisis ini sebagai “a resource for people who are struggling against 101 102
Erich Fromm, Man for Himself, (2003, London: Routledge). hal. 118. Norman Fairclough, Critical Discourse Analysis, (1995, London: Longman hal. 2.
117
domination and oppression in its linguistic forms”, 103 Norman Fairclough mengajukan satu taktik intepretasi yang memperkasakan pembaca untuk mencungkil tanda-tanda, ujaran mahupun tindakan dalam sesebuah karya, khususnya, dalam konteks esei ini, wacana bahasa kesusasteraan yang membawa pengertian yang mendalam bagi diri mereka. Kuasa dan pilihan diserahkan kepada pembaca untuk menerima (atau menolak), memuji (atau mengeji) mahupun mengkritik kenyataan tersebut. Penting lagi, dalam memperkatakan sesebuah kenyataan dalam wacana bahasa kesusasteraan itu, para pembaca dapat melihat [semula] “verbal acrobatics of the most striking kind” tanpa ditawan dan dilesukan pemikiran mereka.104 Dengan itu, para pembaca tidak dianggap sebagai peserta pasif dalam wacana tersebut dan terjebak dalam “budaya menelan”. Tanpa memperlekehkan potensi manusia untuk menilai, merenung dan membuat keputusan, persoalannya kini diarahkan terhadap mutu karya sastera yang bakal dikonsumsikan oleh khalayaknya itu. Bolehhkah ia menjadi wacana kesedaran yang berwibawa bagi masyarakat? Kuasa [Untuk/Atas] Menurut Erich Fromm, ironisnya perkataan kuasa adalah kerana ia dapat mewakili dua konsep yang berkontradiksi. Kuasa untuk (power of) menandakan potensi manusia dalam masyarakatnya untuk mencapai pemerkasaan diri. Ini dipancarkan oleh persona dalam puisi Revolusi Atas Revolusi, yang terus berjuang walaupun suaranya sahaja yang kedengaran: Bantah dan bangkang Sebelum kecewa Atau menerima kecaman, Suara lantang Hanya suara sendiri sahaja ...
103 104
ibid, hal. 2 Roger Fowler, Linguistic Criticism, (1996, Oxford, Oxford University Press) hal. 21.
118
Kumpulan sendiri Revolusi sendiri memburu Kemahuan hati.105 Manakala, konsep kuasa atas (power over) pula mewakili golongan manusia dalam masyarakat yang mendominasi, lantas menindas golongan yang lain. Erich Fromm menjelaskan lagi bahawa,”The ability of man to make productive use of his powers is his potency; the inability is his impotence… Where potency is lacking, man‟s relatedness to the world is perverted into a desire to dominate, to exert power over others as though they were things.”106 Perbincangan mengenai aspek kuasa ini biasanya akan memperkatakan isu-isu yang mengkritik mutu kepimpinan yang diceritakan dalam sesebuah karya. Selain itu, terbentang juga episod-episod rasuah, hipokrasi dan penyalahgunaan kuasa. Puisi berjudul Kuasa seolah-olah memiripi perkara yang dilaungkan Fromm itu. Simbol raksasa dominan memberi imejan yang jitu terhadap kekuasaannya atas manusia biasa seperti yang dilukiskan persona: Gagah terjulang Bagai raksasa Dan mengangkang selebar jaga, Nadanya halilintar Bicara gunung berapi Menggegar, menggempar107. Selain itu, persona puisi Kuasa juga dapat dikesan usahanya dalam menegur seorang pemimpin yang impotent, sepertimana yang dicirikan oleh Erich Fromm. Pemimpin yang lebih bual-bicara daripada turun ke gelanggang untuk melaksanakan kata-katanya. Maka dalam usaha untuk menjungkir balikkan status quo, tindakan yang drastik perlu diambil. Selaras dengan ini, maka wajarlah kekata “revolusi” dan “virus” itu digunakan 105
Abdul Ghani Hamid, Aku Bukan Penyair (2008, Singapura: Asas „50), hal. 17. Erich Fromm. Man for Himself. (2003, London: Routledge) hal 64. 107 Abdul Ghani Hamid, Aku Bukan Penyair (2008, Singapura: Asas „50), hal. 18. 106
119
dalam puisi-puisi tersebut sebagai unsur-unsur yang berpotensi untuk menggoncangkan kestabilan golongan-golongan yang berkuasa. Mencabar Stereotaip Kumpulan puisi Abdul Ghani Hamid ini juga memecahkan stereotaip puisi Melayu yang kononnya bersifat „kebunga-bungaan‟ mahupun „kejiwajiwaan‟ ala istilah Inggerisnya, bermotif “romantisizing the dead”. Sebaliknya, beliau mengerahkan teknik dan penggunaan simbol untuk menegur kuat akan kekalutan dan kekaburan kehidupan sesetengah manusia di dunia ini. Baris-baris puisi Konsepnya Saja menjelaskan teknik kepengarangannya ini: Termusnahlah kehalusan budi tiada bicara mengenai kemanusiaan konsepnya merajai segalanya mengekalkan keturunan firaun global.108 Via rangka analisis wacana kritis, rentetan kata-kata dan frasa-frasa unik yang dijukstaposisikan sebegini menjadi kekuatan Abdul Ghani Hamid ketika mengajukan idea-idea persona puisi kepada khalayak pembacanya. Di sinilah kearifan beliau dalam menggunakan unsur retorika dalam puisi itu amatlah berkesan. Dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa tunjang didaktis Abdul Ghani Hamid turut memberikan peluang kepada soalan-soalan dialektik yang mencabar para pembacanya untuk merenungkan isu-isu yang beliau kemukakan dan kemudian mencari kesimpulannya sendiri. Umpamanya, perhatikan puisi Satu Pembaharuan Yang Tegas dan Terus Membiak Berzaman Nanti: Aku bicara peduli apa? Catatan: Sekuntum puisikah ini?109 108 109
ibid, hal. 33. ibid, hal. 23.
120
Persoalan sebeginilah yang berpotensi untuk membangunkan budaya berwacana dan berbahas di kalangan masyarakat sekiranya isu ini dikemukakan oleh inteligensia yang mempunyai selera sastera yang ampuh. Tambahan lagi, Abdul Ghani Hamid turut mengapungkan pelbagai retorika yang dapat dikupas dan dianalisis bersama dalam sajak-sajak Fitnah Sebagai Warisan? dan Tokoh-Tokoh? Dalam Fitnah Sebagai Warisan? Abdul Ghani Hamid mengemukakan fenomena penerimaan tanpa sedar atau hegemoni budaya yang kian diterima-pakai oleh masyarakat walaupun ianya karut dan tandus etika semata. Lantas terserlah dikotomi wacana yang sering melagakan elemen-elemen disparate 110 adab vs adat dalam kebudayaan Melayu: Inilah tradisi sudah tersulam pada budaya menjadi warisan walau berunsur fitnah.111 Manakala, dalam sajak Tokoh-Tokoh? beliau membidas keras dan tegas akan tokoh-tokoh yang wujud hanya pada nama dan helaian kertas. Namun, apabila masa-masa runsing dan runcing mula muncul dalam sesebuah tamadun itu, kelesuan „tokoh-tokoh‟ini terbukti nyata kerana: Tokoh-tokoh membisu budaya kini hilang nilai.112 Malah, Frantz Fanon melonggokkan „tokoh-tokoh‟ sebegini sebagai intelektual terjajah.113 Beliau menambah betapa golongan „tokoh-tokoh‟ ini lebih cenderung untuk berkelompok untuk berkomplot dengan tuan yang berkuasa demi menepati kepentingan diri mereka sendiri. Malangnya, kesenyapan dan persekongkolan golongan „tokoh-tokoh‟ hanya berjaya
110
Mohd Taib Osman, Malay Folk Beliefs: An Integration of Disparate Elements, (1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka), hal. 152. 111 Abdul Ghani Hamid, Aku Bukan Penyair (2008, Singapura: Asas „50), hal. 26. 112 Ibid, hal. 49. 113 Frantz Fanon dalam magnum opusnya The Wretched of the Earth, (2004, New York: Grove Press) hal. 11, memberi label colonized intellectual kepada tokoh-tokoh yang membatu dan membutakan diri semasa krisis, malah mempertahankan golongan berkuasa yang dapat mengukuhkan kedudukan dan kepentingannya dalam masyarakat tersebut.
121
dalam mengorbankan golongan massa yang sediakalanya melihat ke arah „tokoh-tokohnya‟ selaku pembimbing dan modal insan. Ketuhanan & Kemanusiaan Jelas sekali bahawa walau apapun isu dan isi yang ingin dihujahkan oleh Abdul Ghani Hamid, dimensi keagamaan dan kemanusiaan sentiasa diselitkan, baik secara sedar mahupun tidak. Malah, bukankah pemeliharaan kemanusiaan itu berada di bawah payungan keagamaan itu sendiri? Abdul Ghani Ghani Hamid sering mengutarakan kemanusiaan yang semakin menipis ketika seseorang itu sibuk dan asyik dengan „tugas‟ yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka. Melalui sajak Aku Bukan Penyair, ramai mungkin berspekulasi akan kewibawaan dan keberanian sang penyair ini. Namun demikian, selari dengan prinsip perjuangan sastera Asas „50, setiap karya yang dilancarkan buat massa haruslah berlandaskan ilmu. Malah beliau menolak „penyairpenyair‟ yang: berani dengan kekata agresif walau lucah berani menentang pendapat orang lain walau kebenarannya jelas benar, kemudian disulam dengan egoisme tinggi individualisme dan keangkuhan yang liar dan tegakkan metafora yang kontoversial selalu114 Begitu juga dengan puisi Aku Bukan Pengkritik. Abdul Ghani Hamid berempatis dengan penulis-penulis yang karyanya telah diperkotak-katikkan dan dicemuh-caci, walaupun dalam lingkungan akademia. Beliau mengadu: Aku tak sanggup mencemarkan maruah walau secebis ke atas insan yang ihsan115
114 115
Abdul Ghani Hamid, Aku Bukan Penyair (2008, Singapura: Asas „50), hal. 76. Ibid, hal. 77.
122
Sedangkan dalam disiplin yang beliau kuasai, Abdul Ghani Hamid enggan membenarkan dimensi kemanusiaan dalam setiap karya dan penghasilnya itu dipersenda apatah lagi disenyapkan. Ini tertulis dalam sajak Aku Takut Jadi Seniman. Malah, beliau menghulurkan kesyukurannya kepada Tuhan kerana dalam beliau berseni dan berkarya: Aku berkarya seni atas izin-Nya Aku bukan penganut ateisme. Seniman murni dan lebih mengerti bersujud ke hadrat Illahi.116 Begitu juga dalam sajak Memungut Keharuman. Sajak ini jelas mengingatkan para pembaca bahawa dalam rentak hidup yang deras yang kadangkala diimbuhkan dengan tindakan tergesa-gesa, perlulah umat insan itu memikir-ulangkan nasihat-nasihat yang telah diberikan agar kehidupan mereka lebih teratur dan bererti. Personanya mengingatkan: Apabila memahami ketiadaan nilai ini dan pesanan budayawan lampau dan teguran pak guru yang sepi, eloklah kembali memungut nilai yang harum.117 Kesimpulan Dalam esei ini, karya sastera, khususnya puisi, telah dicabar untuk menjadi wahana dan wacana kesedaran bagi masyarakat pembacanya. Perbincangan dan penelaahan tentang isu-isu kuasa, stereotaip dan keagamaan berpotensi untuk mengajak sidang pembaca untuk merenung seketika akan keadaan mereka dalam masyarakat dan dunia yang mereka inapi. Malah, menurut Ngugi Wa Thiong‟o, “literature results from the conscious acts of men and women in society. Being a product of their intellectual and imaginative activity, it is thoroughly social... It is of course more than just a mechanical reflection of social reality. As one of man‟s artistic activities, literature is in 116 117
Ibid, hal. 78. Ibid, hal. 60.
123
itself part of human self-realization as a result of his wrestling with nature and with one another.”118 Justeru, mekanisme pantauan wacana sosial yang umum ataupun alternatif telah sebati dan serasi dengan tujuan kesusasteraan. Para penulis wajar dipertanggungjawabkan untuk mengemukakan isu-isu yang dapat membangunkan daya intelek para pembacanya via karya-karya mereka. Sebaliknya, sidang pembaca wajar mengesan dan mempermasalahkan isuisu yang dikemukakan itu. Hubungan simbiotik sebegini yang boleh merealisasikan objektif sastera sebagai wahana dan wacana kesedaran. Hanya dengan kesedaran inilah, sebuah budaya yang progresif dapat dicorak dan dilancarkan. Malah, Abdul Ghani Hamid mengungkapkan perihal ini dengan begitu padat dan jitu, ”orang yang menafikan adanya kebudayaan, sebenarnya dia tidak mempunyai cara hidup. Yang selalu tersilap ialah orang sering menganggap kebudayaan yang sebagai adat istiadat dan sebagainya. Saya masih menganggap bahawa kebudayaan itu merupakan sebahagian daripada akhlak manusia”.119 _____________________________________________________________
RUJUKAN Abdul Ghani Hamid. (2008). Aku Bukan Penyair. Singapura: Asas „50. Azhar Ibrahim Alwee. (2007). Literary Studies & Social Sciences. Artikel diakses dari lelaman http://thereadinggroup.sg/articles.htm Fairclough, N. (1995). Critical Discourse Analysis. London: Longman. Fanon, F. (2004). The Wretched of the Earth. New York: Grove Press. Fowler, R. (1996). Linguistic Criticism. Oxford: Oxford University Press. Fromm, E. (2003). Man for Himself. London: Routledge. Jakobson, R., O. (1980). The Framework of Language. Ann Arbor: Michigan Studies in the Humanities. 118
Ngugi Wa Thiong‟o. Writers in Politics: A Re-engagement with Issues of Literature and Society. (Oxford, James Currey, 1997) hal 4. 119 Jurnal Sekata: Jurnal Pembinaan Bahasa dan Persuratan Majlis Bahasa Melayu Singapura, (Mac 2005, Singapura: MBMS), hal. 1.
124
Mohd. Taib Osman. (1989). Malay Folk Beliefs: An Integration of Disparate Elements. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Said, E., W. (1983). The World, the Text and the Critic. Massachusetts: Harvard University Press. Sekata: Jurnal Pembinaan Bahasa dan Persuratan Majlis Bahasa Melayu Singapura. (Mac 2005). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura. Wa Thiong‟o, Ngugi. (1997). Writers in Politics: A Re-engagement with Issues of Literature and Society. Oxford: James Currey.
125
MELIHAT TRANSISI MASYARAKAT MELAYU DALAM PUISI LUKA & PUISI DUKA Mohamed Haikel Fansuri Mohamed Latiff “Singapuraku aku mengerti sekali di sini tempatku tapi aku tidak tahu bila aku akan menemui segala kehilanganku?‟ (Suratman 2004: 16) Masyarakat Melayu Singapura seringkali dipaparkan di akhbar dan media massa sebagai sebuah masyrakat yang memerlukan pertolongan ataupun sebuah masyarakat yang perlukan pemodenan untuk terus relevan dalam konteks dunia yang moden. Apakah sebenarnya impak peruntukkan idea seperti ini ke atas masyarakat Melayu? Mengapakah masyarakat melayu disasarkan sebagai golongan yang memerlukan perbincangan atau retorik sekian rupa? Persoalan-persoalan ini ingin saya kupas dalam esei ini. Dengan menggunakan kumpulan puisi Suratman Markasan sebagai rujukan sejarah, saya ingin mengetengahkan persoalan pokok iaitu, apakah implikasi perubahan zaman ke atas masyarakat Melayu? Dengan kumpulan Puisi Luka dan Duka saya juga ingin menonjolkan rujukan sejarah bukan dari konteks pakar sejarah tetapi dari konteks sastera yang memberi lebih bebas untuk kita menganalisis perasaan dan pertukaran idea dari dekad ke dekad melului kaca mata seorang yang peka akan perubahan sekelilingnya. Melalui analisis teks ini saya ingin mengaitkan pertukaran idea ini bersama konsep “anomie” yang dibentangkan oleh Emile Durkheim. Tetapi, bukan menjadi niat kertas ini untuk menyelesaikan masalah masyarakat dengan mudahnya melalui sebuah teori. Langkah amat memudaratkan disebabkan kerumitan yang wujud dalam kehidupan masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat majmuk secara amnya.
126
Anomie Pada tahun 1897 Emile Durkheim seorang pakar sosiologi Perancis telah menerbitkan sebuah buku bertajuk “Suicide”. Buku ini dihasilkan setelah beliau mengkaji sebab-sebab yang menyebabkan masyarakat Perancis pada waktu itu membunuh diri. Beliau telah membahagikan sebab-sebab itu kepada 4 kategori. Satu dari pada kategori tersebut dinamakan kategori anomie; iaitu perasaan yang muncul akibat kekurangan pegangan kepada rukun-rukun yang membolehkan seseorang individu untuk menilai antara perkara baik dan buruk atau “normlessness”. Pernilaian ini diterapkan di atas rukun-rukun yang dipegangi oleh masyarakat pada waktu itu. Dalam erti kata lain konsep ini boleh diringkaskan sebagai kekurangan kebolehan untuk mengukur baju di badan sendiri. Durkheim percaya bahawa sifat anomie ini dilahirkan akibat transformasi yang berlaku kepada pertalian antara anggota masyarakat yang diakibatkan oleh struktur ekonomi yang bergerak dari ekonomi sara diri kepada ekonomi yang leboh bersifat kapitalis. Pertukaran dari mekanikal kepada organik ini menyebabkan anggota masyarakat menghadapi konflik di antara rukun-rukun yang mengukuhkan kekuatan masyarakat dengan rukunrukun yang mengukuhkah kedudukan individu. Pengukuhan kedudukan ini dibolehkan melalui nilai-nilai yang mementingkan diri sendiri, dari segi wang dan harta umpamanya, membolehkan seseorang itu untuk mengumpul lebih wang dari jiran sebelahnya. Walau ini mungkin seseuatu yang telah ditanamkan sebagai lumrah manusia, tetapi lambat-laun masalah akan timbul di mana masyarakat tersebut akan kurang pentingnya kepada individu yang menguasai sumber-sumber kekayaan dan individu-individu yang tidak menguasainya. Lantas dilemma sosial atau “Social dilemma” atau “Dilemma of public commons” akan kelihatan. Perubahan kedudukan ini menyebabkan konflik dalaman dalam setiap individu dan kacau-bilau ini menyebabkan sifat anomie dalam individu.
127
Anomie & Masyarakat Melayu Suratman Markasan memulakan kumpulan puisi ini dengan sekuntum sajak bertajuk „Jalan Permulaan‟. Sajak ini mengimbas kembali kenangan-kenangan Singapura yang telah lalu. Penulis menekankan kehilangan yang dirasainya akibat perubahan zaman. Kehilangan ini berkaitan dengan polisi pemerintah untuk membangunkan tanah di Singapura untuk projek-projek perumahan dan industri perkilangan. Lantas ini bukan sahaja menyebabkan pemandangan alam bertukar tetapi ia mempengaruhi aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan di situ, “Laut tempatku menangkap ikan Bukit tempatku mencari rambutan Sudah menghutan dilanda batu-bata” (Suratman 2004: 16) Penulis meneruskan dengan pengaruh penukaran pemandangan ini ke atas struktur masyarakat “Pak Lasim tak bias lagi menjadi penghulu Pulaunya sudah dicabut dari peta kepalanya Anak buah sudah terdampar Di batu-bata dan pasir-masir hangat” (Suratman, 2004: 16) Melalui sajak ini, dapat dirasakan transformasi yang sedang berlaku ke atas protagonis. Aktiviti-aktiviti yang dipraktikkan dahulu, sama ada untuk rekreasi atau sara diri sudah tidak lagi boleh dilakukan. Ini juga langsung mempengaruhi struktur kehidupan masyarakat tersebut di mana penghulu tidak dapat lagi menjalankan tugasnya. Tekanan dari luar ini memaksa penulis dan masyarakatnya untuk mengikuti landasan pemodenan yang sedang berlaku. Ini bukan sesuatu yang dilakukan secara semula jadi mengikut evolusi sosial tetapi transformasi ini telah diajukan dari luar. Justeru, untuk anggota masyarakat ini terus hidup dan wujud ia terpaksa mengambil langkah yang sewajarnya untuk hidup.
128
Di sini masyarakat tersebut dilanda dua konflik. Pertama, konflik di mana mereka harus melakukan sesuatu untuk terus hidup kerana aktivitiaktiviti kehidupan lama sudah tidak boleh dilakukan lagi. Kedua, konflik masa; di mana perubahan ini berlaku dengan masa yang suntuk untuk sebuah masyarakat atau juga boleh kita luaskan, untuk sebuah tamadun untuk melakukan penukaran radikal ke atas struktur dan nilai sosialnya. Kedua-dua konflik ini memaksa anggota masyarakat untuk mengambil pendirian antara dua perbezaan yang besar. Ada yang akan memilih antara satu, tetapi kebanyakan, mereka yang mempunyai memori dan nostalgia akan kehidupan yang lama tidak akan dapat meninggalkan cara yang dahulu dan pada masa yang sama, individu yang menerima pemodenan secara keseluruhan tidak akan dapat menghapuskan konflik identiti yang dialaminya dalam usaha untuk melepaskan diri daripada stuktur dan cara pemikiran masyarakat dahulu. Masalah masa menjadi suatu masalah yang mendalam untuk sesebuah masyarakat kerana masyarakat yang diklasifikasikan sebagai ketinggalan dari segi masa atau dilanda konflik masa diperlakukan sebagai sebuah masyarakat yang bermasalah. Klasifikasi ini terlahir akibat perbandingan diantara masyarakat. Perbandingan ini sering dilakukan mengikut sebuah ukuran yang dianggap sama buat semua. Seperti yang dialami masyarakat peribumi asia tenggara dibawa pemerintahan kolonial pada abad ke-18. Namun tidak semua orang dalam masyarakat bermula pada garis permulaan yang sama, mereka tidak juga bermula dengan faktor-faktor yang sama. Daya pembangunan idea dari segi struktur sosial, ekonomi dan sains juga tidak mengikut sebuah ukuran yang sama dan seimbang. Masalah ini dirumitkan lagi apabila pihak-pihak yang berkuasa menobatkan sifat-sifat untuk menjelaskan jurang ini. Sifat-sifat ini mungkin difahami sebagai keengganan masyarakat itu untuk terus mempertingkatkan diri dan ahli-ahli masyarakat tersebut digelar sebagai malas. Pandangan ini diutarakan oleh Syed Hussein Alatas dalam bukunya “Myth of the Lazy Native” yang mengupas gelaran pihak kolonial ke atas peribumi Asia Tenggara. Konflik-konflik ini juga telah dibincangkan Suratman dalam sajak „Dalam Perjalanan Masa‟ di mana protagonis merasakan perubahan yang berlaku di Singapura pada waktu itu dan perasaannya tentang perubahan sekelilingnya. Protagonis tidak dapat merasakan transformasi yang perlu untuk mendakap dengan rapi idea-idea yang sedang diutarakan. Lantas protagonis
129
„keliru‟ dan tidak dapat bersuara dengan tegas untuk mengambil kedudukan. Di dalam sajak ini juga dapat kita lihat bahawa anomie mencengkam pemikiran protagonis akibat kehilangan sauh dalam bentuk pemimpin dan juga agama yang dapat memberikan landasan prinsip dan nilai supaya dapat protagonis mengemudi rintangan dan cabaran dengan berkesan. Anomie Semasa Jika isu anomie dan sifat „malas‟ yang telah dibincangkan tadi digunakan untuk masyarakat melayu Singapura masa kini kita dapat melihat kesannya. Anomie sangat ketara sekali apabila kita selidik perbincangan dan perdebatan yang sering diutarakan masyarakat tentang kehilangan adat dan budaya dan juga keperluan untuk memodenkan masyarakat supaya anggota masyarakat Melayu terus meningkatkan diri untuk terus relevan dalam ekonomi hari ini. Kesan perubahan ini diutarakan Suratman dalam puisinya: „Di balik Bayang Tun seri Lanang‟, “tahun itu tahun 1981 tentu banyak berita terbetik Negara Seri Laning kian pudar di mata Mat layu Pelajar tinggal sedikit guru menjadi buntu Di sana sini orang bercakap inggeris tentu Biar dianggap berpelajaran tinggi” (Suratman, 2004: 43) Suratman menggunakan isu bahasa sebagai satu lambang masyarakat Melayu yang sudah pun berubah prinsip dan aliran tentang kepentingan bahasa sendiri akibat imejan yang diterapkan pada penggunaan bahasa Inggeris. Lantas sebagai simbol pemodenan dan peningkatan bahasa Melayu digantikan dengan Inggeris dan sekolah Melayu, sebagai institusi yang mempunyai kebolehan dan sumber untuk memancarkan kembali nilai-nilai dan struktur idea dan pemikiran orang Melayu hilang kedudukannya sehinggakan terpaksa ditutup. Dengan kehilangan sekolah Melayu ini bukan sahaja sebuah sekolah yang hilang tetapi sebuah institusi Melayu juga telah pupus. Malangnya sehingga hari ini institusi ini masih kehilangan dari orang Melayu dan institusi yang wujud, yang berfungsi dari segi mata pelajaran atau program tidak akan dapat menggantikannya.
130
Kehilangan institusi ini membuktikan aliran yang diambil oleh masyarakat Melayu untuk mengatasi kedua-dua konflik yang diutarakan tadi. Dengan mengambil kedudukan begini diharap identiti Melayu yang baharu dapat diterap supaya dapat masyarakat ini terus wujud dan berfungsi. Kedudukan ini sering diutarakan melalui media massa dan juga diskusi yang diadakan diantara pemerintah dan masyarakat dan juga badan-badan Melayu sendiri. Asas „50 & Melayu Kini Analisis ini tidak berniat untik membawa sebuah huraian yang memerlukan sebuah transformasi radikal untuk masyarakat Melayu supaya dapat lepas dari konflik-konflik ini. Kedudukan orang Melayu dan identiti Melayu akan terus diperundingkan dan dalam proses perundingan inilah masyarakat Melayu akan terus berubah mengikut zaman. Proses ini penting kerana, tanpanya, masyarakat Melayu mungkin tidak akan dapat kekal sebagai sebuah unit. Tetapi arah yang diambil oleh perundingan ini bebas untuk disumbang oleh tiap golongan masyarakat tersebut. Tentu sekali kita tidak akan dapat menjawab soalan apa itu Melayu, tetapi idea-idea kita tentang kemelayuan itu harus diberikan ruang untuk berkembang dan berbilang supaya semangat persatuan itu boleh dikekalkan. Inilah inti masyarakat Melayu. Asas „50 sebagai sebuah anggota masyarakat ini harus terus membawakan idea-idea yang bernas supaya dapat dipertikaikan masyarakat, dengan apa cara sekalipun. Masyarakat Melayu memerlukan suara yang berbeza, supaya dapat dikumpulkan semua interpretasi kemelayuan, dari segi sastera, sejarah atau bahasa, semoga generasi akan datang akan tetap sedar akan nilai kemelayuan yang masih dipraktikan mereka. Dengan kegiatan-kegiatan Asas „50 yang rencam, pertubuhan ini telah dapat mendekati golongan dan lapisan masyarakat melayu yang berbeza. Namun dengan kejayaan ini, perlu Asas „50 menaikkan lagi taraf kejayaannya dengan menjadikan kesatuan idea-idea Melayu sebagai sasarannya. Kesatuan idea ini boleh kita teliti dari segi ideologi badan-badan Melayu dan aktiviti yang dilaksanakannya, mungkin Asas „50 dapat mengukuhkan lagi rangkaiannya untuk dinobat sebagai sebuah badan rujukan dan sebuah institusi moden masyarakat melayu yang melambangkan nilai-nilai yang masih
131
dipentingkan oleh orang Melayu dan juga mengibarkan nilai-nilai dan ideaidea yang mungkin telah pun ditelan zaman. Suratman Markasan sebagai seorang penulis dan aktivis telahpun melukiskan gambaran dahulu dan sekarang, kedukaan dan kelukaannya memikirkan tentang perubahan di dalam masyarakatnya. Kedudukan ini penting untuk kita ingati dan menghayati, supaya tidak kita lupa asal usul, kita tidak lupa apa yang sudah tiada dan kita sedar akan arah yang sedang ditujui. “Hamba-hamba Melayu duduk di kayangan Yang tua memetik tasbih yang muda memetik guitar; Sejarah Melayu lesap di angkasawan, Budak-budak Melayu tersadai tak dilamar” (Suratman, 2004: 44) _______________________________________________________________
RUJUKAN Alatas, Syed Hussin. (1977). „ British Image if the Malays in the late 19th century and 20th century‟; „The image of indolence and the corresponding reality‟; „Colonial Capitalism and its attitude towards labour in the 19th and 20th Century‟; „The Malay concept of industry and indolence‟; „“Mental revolution” and the indolence of the Malays‟; „The distortion of Malay Character‟; in The Myth of the Lazy Native. London: Frank Cass pp.43-51; pp.70-82; pp.83-97;pp130-146;pp.147-165;pp.166-183 Durkheim, Emile, “Suicide”, in Readings from Emile Durkheim, 2004. Kenneth Thompson (ed.) London; New York: Routledge pp 81-105 Durkheim, Emile, “Division of labour in society”, in Readings from Emile Durkheim, 2004. Kenneth Thompson (ed.) London; New York: Routledge Durkheim, Emile, “Elementary forms of religious life”, in Readings from Emile Durkheim, 2004. Kenneth Thompson (ed.) London; New York: Routledge Foucault, Michel (1995) “The means of correct training,” in Discipline and punish: the birth of the prison, New York: Vintage Books, pp. 170-194
132
Giddens, Anthony (1999). Capitalism and Modern Social Theory. Cambridge: Cambridge University Press, pp 65-94 Lukes, Steven (1986) 'Introduction', in Lukes, Steven (ed.) Power, Oxford: Basil Blackwell, pp. 1-18 Suratman Markasan (2004). Puisi Luka dan Puisi Duka. Pustaka National Singapura.
133
MENGUNGKAP PEMAKNAAN DALAM PERLAMBANGAN ZIARAH CINTA Nurhayati Abdul Ghafoor “Understanding symbolism in literature relates to thinking in a certain way; looking for meanings in everyday objects.” Lindy Miller
Kedinamikan sesebuah teks sastera itu, antara lainnya, melibatkan kemampuan pengarang memanipulasikan penggunaan doktrin perlambangan dalam teks seperti yang dipelopori oleh Charles S. Pierce120 untuk menjana kepelbagaian makna dalam mengungkapkan mekanisme budaya dan masyarakatnya. Konsepsi pemikiran yang didukung oleh sesebuah masyarakat membantu dalam menghuraikan “a series of overlapping codes and discourses”121 dalam teks dan kemudiannya cuba diasosiasikan hubungan tanda dan makna dalam kajian teks sastera dengan memanifestasikannya dalam sesebuah budaya masyarakat tertentu. Bersesuaian dengan penyaluran pemikiran aliran Mikhail Bakhtin, Pavel Medvedev dan Valentin Volosinoz122 dalam era 1920an, konsep heteroglossia yang memperlihatkan penghuraian makna dalam pelbagai penjuru ini dapat
120
Bronwen, M., & Ringham, F. (2006). Key Terms in Semiotics. London: Continuum yang dimuatkan dalam Mana Sikana (2007). Teori Sastera Kontemporari Edisi II. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Karya. 121 Mana Sikana (2007). Teori Sastera Kontemporari Edisi II. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Karya. Turut memuatkan teori-teori yang penting dalam analisis dan kajian sastera kontemporari. 122 Dalam buku Carter, David. (2006). Literary Theory. Great Britain: Cox & Wyman ini banyak diberikan prinsip-prinsip yang didukung oleh pengkritik sastera yang mapan. Buku ini menyelongkar teori-teori penting dalam kritikan kesusasteraan yang antaranya menekankan teori-teori sastera aliran pascamodenisme
134
menghuraikan ideologi kepengarangan yang berpusat daripada sistem bahasa dan perlambangan123 yang digunakan oleh seseorang pengarang itu. Dengan memanifestasikan pemikiran Sigmund Freud124 yang bertunjang kepada peranan id, ego, superego dan libido dalam diri seseorang pengarang sealiran dengan doktrin perlambangan ini, khalayak pembaca dapat disalurkan ke aras pemikiran pengarang yang berada dalam lingkungan sublimasi dan ekspresi bawah sedar. Ini dapat membongkar inferensi dan signifikasi sistem perlambangan yang digunakan oleh pengarang dalam karya. Kajian teks Ziarah Cinta 125 (2002) hasil Mohamed Latiff Mohamed dengan berpandukan teori
123
Bennett, A., & Royle, N. (1999). Introduction to Literature, Criticism and Theory. Britain: Prentice Hall. Penting untuk mendapatkan rujukan yang bernas mengenai peranan sistem bahasa yang melampaui penggunaan secara verbal, malahan, Jacques Derrida dalam bab 1 yang dimuatkan dalam buku ini menekankan perhubungan antara bahasa dan pemaknaan: “… there is no access to ‘the world’ except, in the broadest sense, through language. „Language‟ here need not be simply verbal, but may include everything that works as a system of signs.” 124 Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939) adalah “seorang psikiater Austria dan pendiri aliran psikoanalisis dalam psikologi. Konsep dari teori Freud yang paling terkenal adalah tentang adanya alam bawah sadar yang mengendalikan sebagian besar perilaku. Selain itu, dia juga memberikan pernyataan pada awalnya bahwa prilaku manusia didasari pada hasrat seksualitas pada awalnya (eros) yang pada awalnya dirasakan oleh manusia semenjak kecil dari ibunya” (http://id.wikipedia.org/wiki/ Sigmund_Freud) Beliau mengarang banyak buku yang berkaitan dengan keupayaan pemikiran bawah sedar manusia seperti, On Creativity and the Unconscious: The Psychology of Art, Literature, Love, and Religion , Publisher: Harper Perennial Modern Thought, 2009. 125 Mohamed Latiff Mohamed (2002). Ziarah Cinta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Karya mengisahkan perihal seorang lelaki yang kematian isteri yang amat dicintainya yang kemudiannya mengalami pergolakan emosi dan psikologi yang diselangselikan dengan bebanan keprihatinan beliau terhadap isu-isu masyarakat seperti ketaksuban masyarakat mengikut telunjuk kuasa tanpa usaha untuk mengamalkan daya pemikiran kritis dalam menyelongkar kesahihan cara pihak berkuasa menangani isu-isu tertentu yang disogokkan kepada masyarakat secara preskriptif. Isu-isu sosial dewasa ini seperti polemik pemindahan organ manusia dan kesan akibat penceraian adalah antara isu-isu berat yang diketengahkan. Situasi sublimasi dan bawah sedar pengarang turut membongkar kecenderungan pengarang memikirkan nasib masyarakat yang mudah menyenangi keberadaan diri seadanya. Tukilan berikut dapat memberikan gambaran yang nyata terhadap perjuangan bangsa yang dilaung-laungkan oleh pengarang: “Jangan ingat-ingat sangat
135
semiotik ini dapat sedikit sebanyak mempermudahkan proses pemahaman secara menyeluruh dalam usaha untuk mengapresiasikan teks ini dengan berkesan. Teks Ziarah Cinta (2002) ini sarat mengandungi doktrin perlambangan yang mengajak khalayak pembaca menjelajahi timbunan kenangan yang dilalui oleh watak utamanya akibat daripada kesan psikologi yang terjadi disebabkan oleh kematian isterinya secara mendadak. Karya ini banyak mencerminkan kedinamikan pengarang menulis-ulang beberapa bentuk perlambangan yang, jika diteliti, merepresentasikan intuisi pengarang yang cenderung mengapungkan pemikiran dan ideologi bawah sedarnya bagi merombak minda dan arus pemikiran khalayak pembaca untuk dianjakkan ke tingkatan yang lebih tinggi. Isu-isu kemasyarakatan yang menjadi esen penulisan ini dibiarkan berligar menerusi doktrin perlambangan dalam teks yang mampu menyelitkan aspek-aspek sosial seperti politik, moral dan sosial yang mendasari penulisan karya tersebut. Mohamed Latiff Mohamed telah membentangkan hal-hal yang bersangkutan dengan masyarakat yang dicerminkan lewat daripada karyanya sebagai golongan yang mudah dimanipulasikan oleh pihak berkuasa. Mereka dikatakan menerima penyebaran ideologi secara preskriptif tanpa memeriksauji kebutuhan dan kerelevanannya dalam konteks masyarakat dengan menggayakan daya pemikiran kritis126. Pengarang justeru menciptakan slogan pemberontakan bagi menghalalkan perjuangannya menentang isu-isu sosial dewasa ini. Perhatikan tukilan di bawah ini yang menggambarkan ideologi pemikiran yang cuba disampaikan lewat karya ini. “Dia merasakan bahawa kehancuran dan kemunduran dan penjajahan manusia adalah disebabkan oleh sikap bacul untuk melakukan pemberontakan.” (hal. 53)
tentang bangsa. Mereka semua sudah menerima cara hidup begini. Mereka kata abang tidak pragmatik. Abang hidup dalam bayangan silam 126 Azhar Ibrahim Alwee (2009) menulis kertas kerja yang berjudul: Tradisi Kritis dalam Pemikiran Keagamaan dan Keintelektualan Muslim yang dimuatkan dalam Tafkir, Jurnal Pemikiran Kritis Keagamaan dan Transformasi Sosial. Singapura: LeftWrite Centre.
136
Isu-isu mengenai pemindahan organ, kepimpinan yang memberatkan “wang, bintang dan gelaran” (2002: 53) dan fatwa yang mengharuskan euthanasia, “fatwa sudah dikeluarkan bahawa orang Islam boleh mencabut mesin penyambung nyawa ini kalau sudah tidak ada harapan lagi untuk sembuh” (2002: 91) diselongkar dengan mendalam untuk menggarap inteprestasi pemaknaan berdasarkan lambang-lambang seperti wang, bintang, gelaran dan mesin penyambung nyawa. Ini juga dapat diperlihatkan menerusi contoh “zombi” yang tertera di bawah ini: “Kadang-kadang dia terfikir pula bahawa hidup rakyat di daerahnya tidak ubah seperti zombi-zombi yang dihidupkan semula, tidak punya kebebasan, tidak punya keinginan, tidak punya tujuan, tidak punya apa-apa tetapi hanya digerakkan oleh sesiapa sahaja yang punya kuasa.” (hal. 93) “Dia merasakan manusia adalah para zombi yang tidak punya kemampuan menentukan destinasi hidupnya.” (hal. 53) Jika diselongkar pemaknaan yang cuba ditonjolkan lewat daripada tukilan di atas, citra ataupun imej yang diterapkan dengan menggunakan simbol “zombi” ini bertujuan memberikan gambaran masyarakat yang hanya menerima sesuatu ketentuan tanpa berusaha memperbaiki kondisi sosial masyarakatnya pada adanya. Pengarang turut meraikan pemberontakan terhadap kerakusan merampas hak dan kebebasan individu pihak pemerintah dengan mengepalai tunjuk perasaan yang dianggap sebagai satu lambang mendemonstrasikan ketidaksetujuan bagi pengambilan organ-organ penting daripada tubuh orang yang baru mati. “Dia cuba bayangkan betapa sakitnya tubuh isterinya dibedah begitu rupa. Tanpa izin isterinya, seluruh tubuh isterinya dirobek-robek. Disiat-siat begitu.” (hal. 20)
137
Seperkara lagi, berdasarkan pengelitian Ferdinand d‟Saussure yang terdapat dalam buku yang dihasilkan oleh Holderoft, D (1991) 127 , fikiran manusia seringkali bergerak dalam bentuk binary opposition 128 yang dapat mencernakan tingkatan kompleksiti yang tinggi dengan penggunaan simbol ataupun lambang dalam wacana bahasa untuk membentuk makna yang bererti. Dalam menganalisis wacana bahasa kesusasteraan Mohamed Latiff Mohamed ini, terdapat pengungkapan kontradiksi perlakuan alamiah dengan absurdisme yang digunakan untuk memantapkan ideologi yang cuba diketengahkan. Perhatikan tukilan di bawah: “memakai baju di bahagian bawah tubuh dan seluar di bahagian atas tubuh.” (hal. 83) Kesedaran yang cuba dibangkitkan melalui perlakuan watak utama ini dapat dikaitkan dengan penyongsangan daripada ketetapan kontruk sosial dan kerasionalan pemikiran khalayak pembaca dengan menterbalikkan normanorma yang dipraktikkan oleh masyarakat. Ini ditegaskan lagi dalam tukilan berikut: “membuang air kecil melalui telinga; dan membuang air besar melalui dada.” (hal. 84) Lambang-lambang lainnya yang berligar di sekitar teks seperti adalah sehelai selendang yang diberi unsur pengulangan dalam teks. Di muka surat 14, “sehelai selendang kepunyaan isterinya kelihatan di atas jalan raya”, sementara itu di muka surat 15 turut diulangkan kenyataan berikut, “dia terlihat selendang isterinya ronyok di jalan raya”. Di muka surat 19, lambang selendang itu digunakan lagi untuk membuat referensi kepada hubungan makna seperti berikut, “… kain tudung isterinya yang terperonyok di tepi jalan itu bermainmain di ruang matanya.” Lambang ini membawa interpretasi yang khusus 127
Konsep “binary opposition” ini banyak diketengahkan apabila membincangkan teori semiotik atau perlambangan. Penjelasan mengenai konsep ini didapati daripada buku Holdercroft, D., (1991). Saussure: Signs, Systems and Arbitrariness. Cambridge: Cambridge University Press 128 Holdercroft, D., (1991). Saussure: Signs, Systems and Arbitrariness. Cambridge: Cambridge University Press
138
untuk difahami oleh khalayak pembaca kerana mempunyai kaitan dengan pengetahuan luar konteks teks. Selendang digunakan untuk menggambarkan keadaan sesuatu yang tidak berdaya, di dalam konteks ini, antara lain, merujuk kepada ketidakpunyakuasaan isterinya dalam melawan terjadinya pengakhiran kewujudan yang dilambangkan dengan kematian. Selain daripada itu, bunga-bunga yang gugur bertaburan di pusara isterinya juga dijadikan lambang untuk menunjukkan sikap putus asa terhadap sesuatu ketentuan iaitu kematian daripada pihak suami yang tidak menerima ketentuan takdir. Secara keseluruhannya, karya Ziarah Cinta ini jelas menampakkan kecenderungan dan kegigihan pengarang memartabatkan khazanah seni sastera dalam masyarakat menerusi sistem perlambangan untuk membawa khalayak pembaca menembusi batasan ruang pemikiran yang dikonstruksikan. Namun begitu, karya-karya yang ditulis oleh pengarang mapan ini seperti Batas Langit (1996) dan Danau Sukma Sajak-Sajak Pilihan 1983-1987, antara lainnya, seringkali menonjolkan rasa kurang senang para pengkritik sastera terhadap cara Muhamed Latiff Mohamed menyorotkan latar dan suasana yang seringkali dibelenggui oleh rasa putus asa dalam mengharungi kehidupan. Jika diteliti kritikan penulis-penulis tempatan seperti Peter Augustine Goh dan Isa Kamari129 yang terdapat dalam Citra Minda, antologi esei penulis tempatan, Mohamed Latiff Mohamed seringkali didakwa “menimbulkan kebimbangan dan kerunsingan” dan karya-karya beliau hanya terapung dalam permukaan “arus pergelutan jiwa Latiff yang agak suram dan memilukan” semata-mata. Citra penulisan Mohamed Latiff Mohamed banyak digerakkan menerusi keintiman pengalamannya dengan keadaan alam yang dapat dimanfaatkan 129
Esei kritikan bagi karya Mohamed Latiff Mohamed dimuatkan dalam Citra Minda: Antologi Esei, Siri Karya Persuratan Singapura Jilid 2 yang diterbitkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura pada tahun 2003 di mana siding editor bagi buku ini termasuk Hadijah Rahmat, Dewani Abbas dan Azhar Ibrahim Alwee. Kedua-dua penulis tempatan ini banyak mempersoalkan kepengarangan Mohamed Latiff Mohamed yang dianggap longgar dalam aspek-aspek penulisan seperti penggunaan bahasa yang kurang sesuai dalam Batas Langit dan mempamerkan gelora jiwa yang berentetan dalam Danau Sukma.
139
dalam penulisan yang penuh kesenian. Beliau dapat menghidupkan situasi yang memungkinkan khalayak pembaca menghubung-kaitkan sistem perlambangan dalam teks sastera dengan konsepsi dan konvensi masyarakat tertentu yang berada di dimensi realiti luar teks. Peter Augustine Goh dalam kumpulan esei yang sama, telah mempersoalkan keupayaan penulis dalam menggayakan pengolahan cerita dalam bermutu. Menurut beliau, antara “yang paling ketara kekurangnya ialah beliau tidak menghindarkan perulangan yang membazir dan mendatar sifatnya” yang menyebabkan cara penulisan yang dikuasai oleh daya psikologi yang tinggi ini dangkal dan hanya dapat mengapungkan gejolok jiwa pengarang yang pada hakikatnya, “tidak membawa apa-apa gagasan atau idea padat yang hendak dipaparkan.” Namun begitu, walaupun karya Ziarah Cinta masih mengekalkan citra kepengarangan yang serupa seperti karya-karya sebelumnya, penggunaan doktrin perlambangan yang rapat dengan kekuasaaan alam dapat meningkatkan mutu penulisan ini dalam sfera yang memungkinkan penghayatannya melampaui permukaan karya yang seringkali didominasikan oleh gejolok perasaan menguasai diri pengarang dalam proses penciptaannya. Tidak dapat tidak, karya ini mampu dipertahankan dengan adanya inisiatif pengarang untuk memartabatkan bangsa dengan membawa peningkatan kesedaran agar setiap lambang dalam kehidupan diolah signifikasi dan inferensinya supaya dapat disungguhkan satu perjuangan terhadap bangsa dan bahasa. Tidak berlaku adil seseorang pengkritik itu tanpa melihat karya ini melepasi tanggapan negatif terhadapnya, Gabriel Garcia Marquez 130 mengiktirafkan karya yang membawa masyarakat yang terumbang-ambing keadaannya untuk menyedari “inti perjuangan manusia itu digerakkan nuraninya yang enggan terus dibiuskan kesekitarannya.” Inilah yang dapat disimpulkan mengenai kepengarangan Mohamed Latiff Mohamed.
130
Gabriel Garcia Marquez merupakan seorang penulis Latin Amerika yang menulis novelnovel seperti One Hundred Years of Solitude, Chronicles of a Death Foretold, Love in the Time of Cholera dan lain-lain yang ditukil oleh Rasiah Halil dalam eseinya yang berjudul, “Nurani Insan dan Sang Seniman” yang dimuatkan dalam antologi esei, Citra Minda (Anugerah Persuratan Singapura 1993-2001, Jilid 2)
140
_______________________________________________________________
RUJUKAN Azhar Ibrahim Alwee (2009). Tradisi Kritis dalam Pemikiran Keagamaan dan Keintelektualan Muslim. Tafkir, Jurnal Pemikiran Kritis Keagamaan dan Transformasi Sosial. Singapura: LeftWrite Centre. Bennett, A., & Royle, N. (1999). Introduction to Literature, Criticism and Theory. Britain: Prentice Hall. Carter, David. (2006). Literary Theory. Great Britain: Cox & Wyman Holdercroft, D., (1991). Saussure: Signs, Systems and Arbitrariness. Cambridge: Cambridge University Press Mana Sikana (2007). Teori Sastera Kontemporari Edisi II. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Karya. Mohamed Latiff Mohamed (2002). Ziarah Cinta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
141
MENJEJAK KOLONIALISME & JATI DIRI MELAYU SINGAPURA DALAM SEMANGAT OMBAK MELANDA PANTAI Nur Hafizah Binte Mohd Rashib Pengenalan Sejarah sesebuah negara amat berkait rapat dengan jati diri bangsa-bangsa rakyatnya. Misalnya, masyarakat Melayu telah lahir dan terus hidup bersama pulau Singapura sehingga menjadi sebuah bandar raya global yang disegani dunia. Sepanjang sama-sama membentuk perkembangan Singapura untuk menjadi sebuah negara berprestij, masyarakat Melayu Singapura telah belajar hidup dalam sebuah negara yang majoritinya adalah kaum Cina yang sudah diketahui memiliki naluri penakatan yang luar biasa. Pencapuran dengan kaum-kaum lain telah menyedarkan minda Melayu untuk bangkit dan membina harga diri. Lantaran itu, taraf hidup purata masyarakat Melayu di Singapura paling tinggi dalam rumpun Melayu termasuk Malaysia. 131 Hakikatnya, jati diri masyarakat Melayu sedikit sebanyak terpengaruh dengan perkembangan sejarah Singapura. Teori pascakolonialisme dapat menjelaskan dengan lebih terperinci bagaimana keadaan pada satu-satu zaman boleh mempengaruhi jati diri dan cara berfikir sesuatu bangsa itu. Teori Pascakolonialime Teori pascakolonialisme atau teori sastera pascakolonial merupakan teori yang diaplikasikan kepada karya sastera di negara-negara pasca merdeka yang pernah melalui era kolonial. Persoalan yang dipaparkan bermula daripada saat pertembungan mereka, bangsa yang dijajah dengan penjajah hingga membawa kepada kekacauan budaya di dalam kehidupan bangsa tersebut. Dalam erti kata lain, teori ini bertujuan untuk melihat kesan eurosentrik terhadap kehidupan yang merangkumi pegangan, ideologi, pemikiran dan budaya rakyat negara-negara yang kini sudah merdeka daripada penjajahan penjajah.132 Karya-karya daripada kesusasteraan pascakolonial dapat dikenal 131
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (2002). Melayu Singapura dalam Kritikan. Asas „50: Singapura. 132 Mana Sikana, 2005, Teori Sastera Kotemporari, Selangor: Pustaka Nasional
142
pasti menggunakan empat model yang dikemukakan oleh Aschroff, Griffiths dan Tiffin (1982:2) iaitu model yang berasaskan kepada kesusasteraan kebangsaan dan kesusasteraan serantau, model yang diasaskan kepada bangsa, model yang berunsurkan hybridity dan syncreticity serta model yang berasaskan kepada ketegangan di antara kolonial dengan yang dijajah. Cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai oleh Masuri S.N., merupakan antara karyakarya yang berjaya menerapkan model-model teori pascakolonialisme dengan begitu berkesan. Semangat Ombak Melanda Pantai Cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai karya Masuri S.N mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Rustam yang hidupnya melarat kerana mementingkan keseronokan dan hiburan ketika hidup di kota besar. Antara punca yang menyebabkan Rustam terpaksa melalui kehidupan dengan penuh penderitaan ialah pengaruh rakan-rakannya yang terbawa-bawa dengan budaya songsang pihak Barat dan bekalan ilmu yang tipis. Sebelum itu, Rustam bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kerajaan. Nafsu muda dan pengaruh rakan-rakan setugas mendorong Rustam untuk melakukan perkaraperkara yang tidak menguntungkan seperti mengunjungi kelab-kelab kabaret dan menonton wayang gambar. Dia sehingga lupa akan keluarganya di kampung yang sering menghantar surat memesan kepadanya supaya jangan terlalu boros. Namun demikian, Rustam hanya sedar bahawasanya tindakannya mengikutkan nafsu mudanya hanya membawa kepada padah apabila dia disahkan oleh doktor menghidapi penyakit AIDS. Tempat dia bekerja telah memberhentikannya kerja semenjak medapati dia menghidapi penyakit kotor itu. Kini, Rustam insaf dan mahu membuka lembaran baru dalam kehidupannya. Model Pertama Model pertama teori pascakolonialisme yang berasaskan kepada kesusasteraan kebangsaan dan kesusasteraan serantau memberikan perhatian kepada sifat-sifat tertentu yang menonjol di dalam sesuatu budaya nasional ataupun serantau. Kesusasteraan kebangsaan memaparkan tentang kesedaran
143
realiti yang dihadapi oleh masyarakat yang dijajah. Realiti mereka adalah realiti untuk membebaskan diri dari cengkaman penjajah secara langsung atau tidak langsung.133 Rakyat yang dijajah mahukan kebebasan hidup kerana mereka sudah tidak tahan dengan eurocentrism pihak British. Konsep eurocentrism membawa makna kebudayaan Eropah harus dipandang tinggi manakala budaya–budaya lain dianggap negatif dan berlawanan dengan milik mereka (Mana Sikana, 2005:453). Dunia Barat sering menghina dan memperlekehkan dunia Timur. Persepsi negatif dan tidak objektif terhadap Timur ini diteruskan memalui rantaian hagemonial dan penguasaan imej hanya Barat membawa nilai ketamadunan dan kemajuan dalam segala aspek kehidupan. Dalam cerpen Semangat Ombak Melawan Pantai, model pertama ini digambarkan menerusi watak utamanya, Rustam yang tidak mahu hidupnya dikongkong oleh sesiapa. Dia mahu hidup bebas daripada seksaan penjajah dan berjoli sesuka hatinya tanpa perlu memikirkan tentang curfew atau berapa banyak daripada gaji bulanan mereka akan diambil oleh British. Nukilan di bawah menjelaskan: “Di pejabat inilah Rustam bekerja menjadi seorang kerani. Waktu itu gajinya besar, pakaian selalu keras, kocek selalu berisi. Kerjanya – ah tidak susuh. Sehari-hari hanya mengadap meja tulis. Sekejab merokok, sekejab minum kopi. Akhirnya dah pun petang. Itulah kerjanya setiap hari. Cukup bulan terima gaji – joli sana sini sebagai penutupnya.” (Masuri S.N., 2002:9) Model Kedua Model kedua pula berasaskan kepada bangsa iaitu karya-karya yang terdiri daripada pelbagai kesusasteraan kebangsaan daripada bangsa tertentu yang memperlihatkan ciri yang sama. Unsur bangsa juga menjadi ciri penting dalam pengklasifikasian karya-karya sastera di dalam kesusasteraan pascakolonial.
133
ibid, m.s 462
144
Semasa zaman kolonial British di Singapura, masyarakat Melayu dilayan dengan baik berbanding dengan bangsa Cina dan India. Antara sebabnya ialah kerana masyarakat Melayu merupakan penduduk pribumi di Singapura. Kuasa Barat memerlukan hubungan baik dengan pendudukpenduduk pribumi supaya mereka dapat mencapai „3G‟ mereka iaitu agama, menyebarkan ajaran Gospel, ekonomi, Gold, dan kemegahan, Glory, serta memusnahkan kuasa Islam. 134 Tindakan pihak British memusnahkan kuasa Islam merupakan antara matlamat yang berjaya dikecapi di Singapura. Ramai masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam mula menunjukkan penyelewengan dalam beragama dan perkara ini masih terus belaku pada dewasa ini. Dalam cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai, Rustam dan rakanrakannya didapati sering dikaitkan dengan kelakuan-kelakuan yang bertentangan atau salah di sisi Islam. Misalnya, mereka memeluk pinggang gadis-gadis kabaret yang bukan muhrim mereka, meminum minuman keras dan mengamalkan sikap boros dalam kehidupan. Islam mengharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim serta meminum arak kerana takut akan terbawa kepada perkara-perkara yang tidak diingini seperti maksiat dan kemalangan. Islam juga tidak menggalakkan umatnya berbelanja berlebih-lebihan. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya agar bersederhana dalam menjalani kehidupan. Rustam dan kawan-kawannya telah terbawa-bawa dengan amalan dan budaya Barat sehingga mereka lupa untuk membezakan akan halal haram ajaran Islam. Nukilan-nukilan berikut menjelaskan: “Sambil dia memandang berpasang-pasang muda remaja berpeluk-peluk, diayun oleh suara muzik yang merdu. Kawankawannya mengejek-ejek dia kerana tidak mahu. Untuk menutup malunya, dia berdalih mengatakan badannya letih.” (Masuri S.N., 2005:11) “Pukul satu malam dengan terhuyung-hayang kerana mabuk minum minuman keras, Rustam dihantar pulang ke rumahnya
134
ibid m.s 448
145
oleh teman-temannya yang sehaluan dan setujuaan.” (Masuri S.N., 2005: 11-12) “Berbulan-bulan dia menjalani suaratan hidup yang senang dan mewah itu. Habis bulan habis gaji, tetapi dia tetap gembira dan jalan terus. (Masuri S.N., 2005:12) Model Ketiga Seterusnya, model ketiga yang berunsurkan hybridity dan syncreticity berpegang kepada pandangan bahawa negara-negara yang pernah dijajah tidak terlepas daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur yang hadir sama dengan penjajahan itu. Dalam erti kata lain, model ketiga teori pascakolonialime ini merupakan kacukan dan bancuhan daripada pelbagai unsur-unsur tempatan dengan unsur-unsur luar, yang datang besama-sama dengan proses penjajahan sehingga menghasilkan satu produk baru yang mempunyai sifat tersendiri135. Pihak British terkenal dengan sikap mereka yang rajin bekerja, tegas dan tidak mudah berputus asa. Mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat atau matlamat mereka tercapai. Misalnya, semasa penjajahan British di Singapura, pihak British telah memaksa penulis-penulis tempatan untuk menulis dalam bahasa Inggeris dan isi kandungannya mestilah bersifat pro-kolonial. Ini bertujuan untuk menekankan kepada rakyat negara yang dijajah bahawasanya tidak ada kuasa yang sempurna kecuali kuasa Barat. Singapura pula sebagai sebuah pulau nelayan yang tidak mempunyai sebarang bahan-bahan alam semula jadi harus bergantung kepada tenaga manusianya. Namun demikian, rakyat Singapura mudah terpengaruh dengan gejala sekeliling dan minat kepada hiburan yang melalaikan. Oleh yang demikian, kerajaan Singapura telah menggabungkan cara penjajah mentadbirkan negara yang mereka jajah dengan sikap penduduk tempatan untuk menghasilkan satu sistem baharu iaitu meritokrasi. Meritokrasi ialah sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya dan bukan kerana keturunan atau kekayaan.
135
ibid m.s 462
146
Dalam cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai, watak Rustam tidak memandang serius terhadap pekerjaannya apabila dia sudah asyik dengan keseronokan dan hiburan di kelab-kelab kabaret. Akibatnya, prestasi pekerjaannya menurun dan pihak syarikat terpaksa memberhentikannya kerana sistem meritokrasi yang diamalkan mengajak kepada keadilan yakni yang baik dinaikan pangkat manakala yang tidak baik akan diturunkan pangkatnya atau dibuang kerja terus. Nukilan di bawah membuktikan: “Dia menerima sepucuk surat daripada pejabatnya, surat yang meremukkan hati dan mematahkan semangatnya. Dia diberi notis berhenti kerja dengan alasan dalam pekerjaannya dia didapati selalu cuai dan juga kerana dia menghidap penyakit kotor.” (Masuri S.N., 2002:15) Model Keempat Akhir sekali, model keempat yang berasaskan kepada ketegangan di antara kolonial dengan yang dijajah. Model ini lebih memberi penekanan kepada ketegangan yang berlaku antara penjajah dan yang dijajah di dalam lingkungan politik, ekonomi dan sosial.136 Kuasa barat amat mementingkan soal ekonomi dan ini terbukti apabila Barat berjaya mewujudkan rangkaian kuasa yang kuat di seluruh dunia. Mereka mengaut hasil peribumi secara langsung semasa menjajah. 137 Ini menimbulkan kemarahan rakyat negara yang dijajah kerana tindakan tersebut adalah tidak adil seperti pepatah Melayu iaitu lembu punya susu sapi punya nama. Itulah sebabnya ramai rakyat negara yang dijajah mahukan kebebasan daripada penjajahan. Dalam cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai, watak Rustam mengambil keputusan untuk berhijrah ke kota bagi mencari mata pencarian yang lebih lumayan supaya dapat mengubah nasib keluarganya yang susah. Dia mahu keluarganya hidup senang atas hasil titik peluhnya sendiri dan bukannya mengharap belas ihsan orang lain. Baginya itu jalan paling adil 136 137
ibid m.s 467 ibid m.s 449
147
tetapi malangnya, dia mudah terpengaruh dengan sikap rakan-rakannya yang gemarkan hiburan. Kesimpulan Jati diri masyarakat Melayu Singapura sedikit sebanyak telah terpengaruh dengan kesan penjajahan. Ini jelas dapat dilihat dengan mengaplikasikan teori pascakolonialisme kepada cerpen Semangat Ombak Melanda Pantai oleh Masuri S.N. Lantaran itu, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz di dalam bukunya, Melayu Singapura dalam Kritikan (2007:79) menyatakan bahawasanya taraf hidup purata masyarakat Melayu di Singapura paling tinggi dalam rumpun Melayu termasuk Malaysia. Ini berlaku kerana masyarakat Melayu Singapura mempunyai jati diri dan pemikiran yang berbeza dengan rumpun Melayu yang lain. ______________________________________________________________
RUJUKAN Mana Sikana, 2005, Teori Sastera Kontemporari, Selangor: Pustaka Nasional Aschroft, Bill, Gareth Griffiths dan Helen Triffin, 1989, The Empire Writes back: Theory and Practical in Post-Colonial Literature, London: Rouledge. Masuri S.N., 2002, Di Luar Dugaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
148
KRITIKAN SEBAGAI DIAGNOSIS DALAM DIARI HITAM Norazian Mohamed Yahya Katarsis atau catharsis, merupakan konsep falsafah yang dipelopori oleh pemikir Yunani klasik, Aristotle. Konsep falsafah ini kemudian diadaptasikan kepada bidang sastera melalui drama tragedi Aristotle yang diperkatakan dalam buku The Poetics. Berdasarkan ini, katarsis akhirnya didefinisikan sebagai “...effects [of] a purgation of such emotion... [resulting in] a therapeutic effect” 138 . Justeru, definisi katarsis ini tatkala digunakan dalam bidang kesusasteraan, lebih menitikberatkan kesan purgation (pembersihan dan pembebasan) dan therapeutic (pemulihan). Kesinambungannya, katarsis di sini dijadikan sebagai di antara fungsi yang bertugas dan produk akhir yang membangun dalam pembacaan dan penulisan sastera, khususnya dalam esei ini, bagi golongan remaja. Esei ini akan meneroka beberapa konsep katarsis ini dalam buku Diari Hitam 139 , dengan menggunakan dasar-dasar teori psikoanalisis. Konsep katarsis dalam buku Diari Hitam ini membentuk ruang lingkup yang boleh dinilai daripada aspek-aspek: 1) sastera sebagai alat pembersihan jiwa, 2) alat pembebasan jiwa dan 3) alat sebagai pemulihan jiwa. Ini akan dijalankan dengan melihat aspek-aspek isu, mesej dan pengajaran yang ketara dalam cerpen-cerpen remaja. Perbincangan yang mendalam juga akan mengaitkan isu-isu dengan konsep-konsep psikologi. Zaman keremajaan yang diperingkatkan dalam lingkungan 12 hingga 20 tahun merupakan tahap perkembangan di mana perubahan fizikal, intelek dan emosi berlaku dalam diri remaja itu. Dalam peringkat ini juga pelbagai cabaran, tekanan dan konflik akan dialami oleh remaja. Malah, menurut Robin Anderson, pada tahap ekstrim, tekanan yang hebat ini boleh menyemai kemungkinan untuk
138
Rujuk Cuddon, J., A. (peny). (1998). Dictionary of Literary Terms & Literay Theory. Cambridge: Penguin Books. ms. 115, yang membezakan kegunaan perkataan catharsis dalam domain-domain yang berlainan. 139 Diterbitkan oleh Angkatan Sasterawan 50 pada tahun 2009 dan diselenggarakan oleh Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz dalam projek kemasyarakatan yang disokong oleh Asia Pacific Breweries. Petikan sketsa-sketsa yang dipilih telah ditukil dari buku ini.
149
membunuh diri di dalam psyche remaja-remaja tatkala mereka gagal untuk menangani masalah mereka dengan berkesan.140 Oleh itu, zaman remaja merupakan zaman yang mencabar bukan hanya daripada aspek biologi remaja, tetapi yang lebih genting lagi, aspek emosi, psikologi dan spiritual mereka. Inilah yang biasanya berkemuncak dengan kemelut jiwa yang menapak dan akhirnya meletup di dalam seorang remaja. Sekiranya kemelut jiwa ini tidak ditangani dengan cekap dan berkesan, masyarakat akan berdepan dengan pelbagai masalah pada masa hadapan. Lantas, sastera remaja perlu memberikan arah dan bimbingan kepada remaja untuk mencari, meneroka dan mengalami kehidupan agar dapat mencapai katarsis ataupun penjernihan jiwa. Psikologi remaja yang penuh pancarobanya memerlukan katarsis dari aspek pembersihan jiwa iaitu satu usaha untuk membetulkan detik-detik hitam dalam kehidupan mereka. Fasa kedua menuntut pembebasan jiwa remaja - bukan bebas moral, namun bebas daripada belenggu sesetengah anggota masyarakat yang sering menghakimi mereka. Akhirnya, psikologi remaja yang dahulu dicengkam pelbagai masalah dapat dipulihkan melalui bacaan dan penulisan dan penghasilan karya sastera itu sendiri. Para remaja mudah mengidentifikasikan diri mereka dengan masalahmasalah yang digambarkan oleh watak-watak remaja dalam sesebuah cerita. Umpamanya, melalui sketsa Atuk dalam Diari Hitam, watak Yasmin diberi pewarnaan yang negatif pada mulanya sebagai seorang yang degil. Sejak kecil lagi, Yasmin telah terjerumus dalam kancah jenayah seperti mencuri dan menghisap rokok. Namun demikian, berputiknya perubahan dan keinsafan dalam diri Yasmin adalah apabila datuknya meninggal dunia: Mulalah aku menyesal apabila Atukku sudah tiada lagi... Aku berjanji kepada diriku untuk berubah... Aku berjanji akan menepati janji-janjiku kepada arwah Atuk. (hal.37)
140
Rujuk esei Robin Anderson berjudul “A Psychoanalytical Approach to Suicide in Adolescents” dalam Briggs, S et al. (2008). Relating to Self Harm and Suicide. New York: Routledge yang menggariskan fasa-fasa dan tanda-tanda bernatijahkan remaja yang cuba membunuh diri.
150
Terdapat inisiatif yang kental dalam diri Yasmin untuk berubah dan menjadi seorang insan yang lebih mulia. Dalam rangka psikoanalisis, peristiwa ini serupa dengan istilah a return to self atau “pengembalian kepada diri sendiri”, iaitu “impetus untuk dirinya memiliki harga diri yang utuh, baik kerana untuk dirinya mahupun atas pengorbanan seorang saudara yang akrab”141. Dengan menggunakan sastera sebagai wadah pembersihan jiwa, remaja dapat diberikan kepercayaan untuk melupakan sejarah silam yang gelap dan malap. Sebaliknya, dengan adanya karya sastera remaja yang bermutu seperti sketsa Atuk, remaja diperkasakan untuk mengembalikan dirinya kepada dirinya untuk bergerak ke hadapan dan melangkah ke masa muka dengan keyakinan yang lebih kukuh. Justeru, ia tidak menjadi satu kenyataan yang janggal untuk menyatakan bahawa sastera remaja yang bermutu, sebenarnya, jika ditelaah oleh para pembaca remaja, dapat mematangkan dan mendewasakan golongan remaja. Merujuk kepada sketsa Beban Fitnah pula, watak utamanya Julie, menjadi sasaran cemuhan dan fitnah atas perkara-perkara yang tidak dia lakukan. Malah beban yang memenjara Julie tidak membenarkan watak itu untuk mempunyai pilihan. Sebagaimana yang difikirkan Julie: Setelah aku disoal, aku fikir bahawa semuanya telah berakhir dan aku tidak akan dituduh lagi. Tetapi aku silap. Tidakku sangka bahawa satu demi satu fitnah menimpa diriku ini. Macam-macam fitnah menimpaku – aku keluar bersama lelakilah, merokoklah. Dan macam-macam lagi. Aku cuba bersabar dan memekakkan telingaku tetapi tidak berhasil. Aku akhirnya terjerumus dengan fitnah-fitnah itu. (hal.50) Keadaan yang dialami Julie ini selaras dengan fenomena psikologi yang diistilahkan sebagai Prisoner‟s Dilemma atau “dilema banduan”. Istilah ini terbit dalam kaedah interogasi yang memaksa banduan atau dalam konteks ini remaja, untuk mengakui kesilapan walaupun mereka tidak bersalah. Akhirnya 141
Rujuk Sidi Gazalba. (1974). Sistematika Filsafat. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad yang menyuntikkan ilmu falsafah ke dalam rangka psikologi.
151
dengan mengakui kesilapan itu, banduan atau remaja juga tetap menerima hukuman tetapi yang lebih ringan atau a reduced sentence.142 Sabit kesalahan walaupun tidak bersalah; adakah itu penghakiman masyarakat atas para remaja kita? Kebebasan emosi ini akan mendatangkan kesan positif untuk membangunkan pembacanya daripada cengkaman frustrasi dan kemurungan. Ini merupakan pembebasan jiwa daripada penjara moralistik yang dipasungkan oleh orang-orang lain ke atas diri mereka. Mentaliti masyarakat, khususnya golongan dewasa, dalam melekatkan semacam templat perlakuan setiap remaja telahpun menstereotaipkan golongan remaja untuk behave a certain way. Namun demikian, dengan sastera yang dijadikan wadah membebaskan jiwa daripada penjara ini, para remaja dapat menemu diri, menemu identiti yang selama ini dicari di tempat dan individu yang salah. Dalam bidang psikologi, identiti yang diidamkan remaja ini perlu kukuh atau “an all or nothing, either they possess an identity to begin with, or nothing at all”143. Pemulihan jiwa juga merupakan fungsi penting yang boleh dikecapi oleh pembaca remaja selepas melalui penulisan dan pembacaan sastera. Dalam hubungan trifekta dan dalam pendekatan triangular yang diterapkan dalam esei ini, pemulihan jiwa remaja yang dikecapi melalui wadah sastera merupakan kemuncak kepada kejayaan remaja untuk menjadikan sastera sebagai wadah yang berfungsi. Fungsi sastera di sini bererti sastera dapat digunakan untuk “menyembuh jiwa manusia yang sakit agar manusia kembali utuh”.144 Dalam rangka psikologi, penyakit-penyakit ini dapat dilihat sebagai sebab yang akhir untuk menolak pesakitnya (remaja) ke arah mengakhirkan nyawanya sendiri. Hal ini terpancar dalam sketsa Bukan Maksudku di mana watak remaja bernama Nani mengalami psychosis atau psikosis iaitu penyakit mental yang mengakibatkannya untuk melakukan keganasan (violence) ke atas dirinya 142
Rujuk Richards, G. (2009). Psychology: The Key Concepts. New York: Routledge. Rujuk Richards, G. (2009). Psychology: The Key Concepts. New York: Routledge 144 Rujuk Putu Wijaya. (1997). Sang Teroris Mental. Jakarta: Yayasan Obor. ms. 209. Putu Wijaya merupakan penulis Indonesia yang mempunyai kredo “teror mental” sebagai semboyan perjuangan penulisan sasteranya. 143
152
sendiri. Ini dapat dilihat di mana Nani pernah cuba untuk membunuh diri dengan mengugut untuk terjun dan memutilasi dirinya: Aman terperanjat melihat darah memenuhi lantai dan Nani yang terduduk di tepi almari memegang pisau sambil menangis. (hal.44) Watak Nani merupakan kes remaja yang menampilkan somatisation145 iaitu manifestasi keganasan secara fizikal yang berpunca daripada tekanan mental. Melalui cerpen ini, Nani menjadi watak yang memanifestasikan ciriciri mencederakan diri demi meluahkan dan melegakan tekanan yang ada dalam dirinya. Maka, tanda-tanda kecederaan yang ada pada tubuh Nani bukanlah sekadar kecederaan fizikal tetapi juga satu kesan kecederaan mentalnya juga. Oleh itu, dengan membaca kisah sebegini, seorang remaja tampak kerelevanannya dengan dunia keremajaan mereka yang penuh cabarannya. Bukan hanya itu, jika seorang remaja itu bermasalah, menghasilkan cerpen yang mengandungi isu serupa juga menjadi satu wadah positif bagi pemulihan jiwa mereka. Tukilan deretan bukti yang mendedahkan masalah-masalah remaja Melayu Singapura melalui antologi Diari Hitam ini mungkin kelihatan bertentangan dengan premis esei ini, yakni, untuk memperlihatkan kelebihan karya sastera dalam memulih dan memperkasakan para pembacanya. Namun demikian, secara tidak langsung, kecenderungan penulis untuk mengungkapkan masalah-masalah tersebut dalam rangka psikonalisis remaja menunjukkan bahawa sastera, digandingkan dengan aliran ilmu yang bersesuaian, berpotensi untuk menghasilkan produk analisis yang berguna. Betapa bermasalah remaja itu baik dari segi psikologi, emosi mahupun moral, sastera berupaya untuk memberikan mereka pilihan untuk mengatasi „penyakit-penyakit‟ tersebut. Justeru, bahan bacaan sastera remaja dapat dijadikan alat untuk membantu remaja mengenalpasti masalah mereka, bertindak secara rasional dan akhirnya membentuk konsep identiti diri (kendiri) yang positif. Tambahan lagi, para remaja juga dapat mengalami dan mengungkapkan pelbagai isu 145
Rujuk Richards, G. (2009). Psychology: The Key Concepts. New York: Routledge.
153
dalam masyarakat seperti: kepimpinan, persahabatan, penderaan, kecurangan, jenayah, salah guna kuasa, agama, bangsa, bahasa, dan sebagainya. Sekurangkurangnya, usaha untuk menugas-kan sastera untuk mendukung fungsi tersebut sudahpun terungkap dalam antologi Diari Hitam. Kini, anggota masyarakat, khususnya para guru bahasa dan kesusasteraan Melayu, mungkin dapat memanfaatkan usaha tersebut agar kebajikan dan pembangunan belia Melayu Singapura pada masa yang mendatang lebih terpandu. _______________________________________________________________
RUJUKAN Briggs, S et al. (2008). Relating to Self Harm and Suicide. New York: Routledge Cuddon, J., A. (peny). (1998). Dictionary of Literary Terms & Literay Theory. Cambridge: Penguin Books. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (peny). (2009). Diari Hitam. Asas „50: Singapura. Putu Wijaya. (1997). Sang Teroris Mental. Jakarta: Yayasan Obor Richards, G. (2009). Psychology: The Key Concepts. New York: Routledge Sidi Gazalba. (1974). Sistematika Filsafat. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad
154
GINOKRITIK: INSTRUMEN MEMPERLIHATKAN PELENYAPAN SUBJEKTIVITI WANITA DALAM SUARA HATI Nur Emelda Jumari Bentuk kritikan ginokritik berfokus secara spesifik terhadap spektrum penulisan wanita dan berobjektif untuk memperlihatkan perbezaannya dengan penulisan lelaki dan justifikasi yang mewakilinya. 146 Istilah ginokritik yang dianjurkan Elaine Showalter melaungkan identifikasi suara wanita yang autentik dalam penulisan wanita dan ini akan jelas diperlihatkan melalui estetika, gaya dan genre yang dipilih, lantas mencerminkan kepedulian dan psikologi wanita. Kritikan sedemikian berpasakkan dasar bahawa pengalaman wanita berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman lelaki dan sekaligus, dalam proses mengetengahkan isu-isu berkaitan konstituen sosial, teknik penyampaiannya turut akan mengikut gelombang zaman. Ginokritik merupakan dokumentasi dan pengaplikasian teori yang akan memperlihatkan emansipasi wanita yang berdasarkan pengalaman, perspekif dan konstruksi realiti menerusi lensa kritikan yang tersendiri.147 Persoalan sama ada perjuangan emansipasi wanita harus tertakluk pada ruang privat semata-mata telah dijawab oleh cerpen “Suara Hati” oleh Noor Hasnah Adam yang lantang melontarkan isu-isu wanita di ruang publik. 148 Ruang kesenyapan simbolik berjaya dipecahkan dan suara protagonisprotagonis daripada sejarah Melayu klasik diberikan arena untuk bersuara demi mempertahankan keputusan dan menjelaskan dilema yang dihadapi. Konteks sejarah menyediakan mekanisme pembuktian dan ruang perdebatan yang bertujuan mempertahankan dan meruntuhkan sikap pasif wanita apabila 146
Rujuk kepada Elaine Showalter, „The Feminist Criticism in the Wilderness‟ dalam Elaine Showalter (ed.), The New Feminist Criticism: Essays on Women, Literature and Theory (London: Virago, 1986). 147 Chris Weedon menyatakan dalam Feminist Practice and Post-Structuralist Theory (Oxford: Blackwell, 1987), “…if women‟s experience is different from the experience of men, it is important to understand why. Theory must be able to address women‟s experience by showing where it comes from and how it relates to material social practices and the power relation that structures them.” 148 Mana Sikana dan Anuar Othman (peny.), Menyeberang Selat. (Singapura: Dragon Education Enterprise, 2003) Semua referensi mukasurat adalah dari buku ini.
155
dilanda ketidakadilan. Pendekatan Citra Diri (self-image) dan Yang Lain (The Other) membangunkan pertemuan dua dunia yang berbeza dan memancarkan konflik dominasi lelaki dan subordinasi wanita dalam cerpen. Aku hanya seorang wanita, seorang isteri dan hamba. (hal. 370) Jukstaposisi leksem “wanita”, “isteri” dan “hamba” dalam sepotong ayat merupakan perlambangan wanita sebagai maujud yang diobjektifikasikan dan perkahwinan memangsakan dan mengorbankan. Hasil doktrinasi ideologi sedemikian yang berkurun lamanya adalah pelenyapan unsur subjektiviti kaum wanita. Insititusi perkahwinan dapat diperlihatkan sebagai salah satu batu asas sistem ekonomi yang didasari oleh pemilikan dan penaklukan peribadi. Realiti sosial perkahwinan sedemikian memperlihatkan wanita diperhambakan dan jelas terpancar oposisi binari yang berlaku di mana entiti lelaki akan menegaskan struktur dominasi selaku suami dan pemilik hamba. Konsep Yang Lain (The Other) sekali lagi mencerminkan kepasrahan persona Tun Kudu di mana martabat dirinya begitu direndahkan sehingga mampu mencerminkan dikotomi Levi-Strauss yang menganggap bahawa kaum lelaki (sebagai perlambangan adat, budaya dan kuasa) dan wanita (sebagai perlambangan alam) jauh berbeza.149 Seperti yang kukatakan tadi, aku hanyalah seorang wanita. Suaraku tidak layak dilantangkan. Keris dan mentimun di tangan Tuanku. Apa dayaku? Menyerah! (hal. 371) Kompleks persona Tun Kudu yang sering meluahkan kebuntuan dan ketidakupayaannya untuk mempertahankan haknya sekadar mencerminkan kepercayaannya terhadap weltanschauung inferior yang turut dikongsi bersama persona-persona cerpen yang lain. Sejarah menunjukkan bahawa Tun Ali bersetuju untuk meneruskan perananannya untuk menghindari perpecahan dengan bersyarat. Beliau dibenarkan untuk mengahwini Tun Kudu, yang merupakan salah seorang isteri Sultan Muzaffar Syah dan demi kestabilan politik, Sultan rela menceraikannya. Tun Kudu juga diperkatakan telah bersetuju untuk berkahwin dengan Tun Ali dan pengorbanannya itu berhasil kerana ia berjaya memakmurkan Melaka. Pengeksploitasian dirasakan 149
Levi-Strauss, Claude. The Raw and The Cooked. (New York: Harper & Row, 1969).
156
menerusi pelbagai domain yang melibatkan ruang intelektual, emosional, fizikal, seksual dan perlakuan.150 Kuasa untuk melawan konvensi sosial bukan terletak di tangan wanita memandangkan struktur sosial, ekonomi, budaya dan politik menindas kemampuan dan keinginan persona-persona wanita tersebut untuk mengekspresikan fikiran, apatah lagi untuk bertindak. Mengapa mesti menipu diri? Mengapa mesti memendamkan perasaan benci, menatang suami yang layak bergelar datuk? (hal. 370) Secara prima facie, hierarki usia dalam isu perkahwinan antara lelaki yang berusia dan wanita yang jauh lebih muda lazim berlaku dalam masyarakat Melayu yang terdahulu dan jarak usia yang luas merupakan penegasan dominasi suami ke atas isterinya. Idealisme Melayu berkaitan perwatakan seorang isteri mithali adalah seorang wanita yang submisif, patuh mengikuti arahan dan kehendak suami. Mekanisme untuk memastikan bahawa isteri akan tetap mematuhi suami, walaupun suami tidak menjalankan tanggungjawab atau menyeksa, adalah kuasa talak yang terletak di tangan suami. Berdasarkan natijah ini, segala kekasaran suami akan dimaafkan dan kesanggupan persona Tun Teja merupakan bentuk penindasan kaum patriakal dan pelenyapan suara kaum wanita per se. Penceraian adalah mudah bagi kaum lelaki yang hanya diperlukan untuk melafazkan jatuhnya talak tanpa menyatakan sebab dan dalam konteks masyarakat Melayu terdahulu, seorang isteri yang diceraikan akan menjadi bebanan ekonomi apabila terpaksa pulang ke rumah orang tuanya.151
150
Dalam bukunya, Sexual Politics (London: Virago, 1977), Kate Millett menulis, “When in any group of persons the ego is subjected to such invidious versions of itself through social beliefs, ideology and tradition, the effect is bound to be pernicious. This couple with the persistent though subtle denigration women encounter daily through personal contacts. It is cause for no surprise that women develop group characteristics common to those who suffer minority status and a marginal existence.”(ms.55). 151 Rujuk kepada Women of Southeast Asia (Michigan: Northern Illionois University Press, 1982). Van Esterik, berdasarkan kajian antropologi ke atas masyarakat desa Melayu, menulis, “Thus, upon divorce, many women lose access to the land and are obliged to work as hired hands until they remarry, or to rely upon their parents for support.”
157
Teknik dialog retorikal yang dipraktik penulis menunjukkan kerumitan dan kepasrahan pandangan konformis persona-persona Tun Kudu, Tun Teja, Tun Fatimah dan Puteri Gunung Ledang. Paradoksnya mula terpacul tatkala dialog antara watak menghadapankan seorang pembaca feminis kepada dua kemungkinan; yang pertama, mungkinkah kata-kata persona Tun Kudu, Tun Teja, Tun Fatimah dan Puteri Gunung Ledang ditopeng dan diputarbalikkan oleh realiti ataupun yang kedua, ia merupakan representasi realiti yang sebenar-benarnya? Krisis representasi sedemikian agak bermasalah kerana jikalau berdasarkan fahaman Cavallaro (2001), kata-kata, pemikiran dan gambaran mampu memberi kesan realiti yang sudah ada sebelumnya (preexisting reality) yang menyesatkan.152 Dengan itu, secara adilnya, representasi wanita sedemikian harus difahami menerusi pemahaman bahawa emansipasi wanita tidak dapat direpresentasikan melalui formulasi simplistik. “Kecantikan wanita telah menjadi bahaya pada dirinya. Menyulitkan hidup yang demikian mudah. Menyebabkan wanita hilang perasaannya.” Tun Teja pula menyampuk. Masih tersenyum, menyerlahkan giginya yang putih gading.” Puteri menyangkal marah. (hal. 372) Anatomi mampu menjadi suatu bebanan dan sumpahan ke atas seorang wanita dan ketetapan biologikal melenyapkan kuasa seorang wanita untuk menegakkan haknya kerana ketentuan patriakal menekankan bahawa tubuhnya bukan miliknya. Kata-kata tajam Irigaray bahawa tubuh wanita itu merupakan nasibnya dapat disemboyankan sebagai rintihan persona Tun Teja, yang masih meratapi pengorbanan cintanya. 153 Cintanya terhadap Hang Tuah mendorongnya untuk meninggalkan keluarga dan secara ironisnya, cinta tersebut pula dikorbankan apabila beliau dipaksa berkahwin dengan Sultan. Kecantikan yang dimiliki oleh persona Tun Kudu, Tun Teja, Tun Fatimah dan Puteri Gunung Ledang memaparkan objektifikasi kaum wanita yang terperangkap oleh anatomi mereka sendiri lantas melenyapkan kesubjektifan. 152
Cavallaro, D. Teori Kritis dan Teori Budaya. Terjemahan Laily Rahmawati. (Yogyakarta: Sufibooks, 2004). 153 Irigaray, dalam bukunya, This Sex Which is Not One (Cornell University Press: Ithaca, 1985), menulis dan memperbincangkan konsep “anatomy is destiny”.
158
Pemangsaan dan eksploitasi kecantikan kian menjadi stereotaip personapersona sejarah Melayu klasik di mana dominasi patriakal dan feudal memiliki kewenangan untuk memaksa dan menindas. “Kau sanggup menundukkan lelaki demi matlamat dan kemahuanmu tercapai. Dan anak gadis sekarang lebih mengikut jejak langkahmu. Sanggup menjadi pisau cukur, mengikis harta lelaki.” (hal. 375) Konsep “sexually guilty female” oleh Rush dapat dikaitkan dengan penolakan Sang Puteri ke atas nilai moral wanita dewasa ini yang menggunakan kebijaksanaan dan kelicikan demi mendapatkan kemewahan. Menerusi konsep tersebut, terdapat prototaip wanita yang seharusnya berasa bersalah apabila berjaya mempergunakan atau memperalatkan kaum Adam.154 Terdapat ironi yang jelas; walaupun pernah dimangsakan, disenyapkan dan dilenyapkan, wanita akan tetap memiliki kecenderungan untuk dibebani perasaan bersalah jikalau berkuasa untuk menumpaskan kaum lelaki. Konstruksi nilai patriakal menekankan bahawa mitos pemerkasaan kaum wanita melalui penaklukan kekayaan milik kaum lelaki, harus dianggap sesuatu yang tidak bermoral, berimplikasi buruk dan wajar dihukum. “Aku inginkan kalian sedar dari kekeliruan. Dan setiap langkah kalian berikutnya tidak sesumbang langkah semalam. Menyerah bukan jawapannya. Aku inginkan agar kalian dapat menyemai sifat pantang menyerah dalam jiwa anak gadis warisan kita. Selama ini mereka terlalu mengagungkan kalian dengan kecantikan dan sifat menyerah kalian yang keterlaluan. Dan sedikit sebanyak, mereka mengikut langkah sumbang itu!” Sang Puteri akhirnya meleraikan kekusutan dalam dadanya.. (hal. 377-378) Tuntasnya, parameter moral patriakal bersifat deskriptif dan preskriptif, di mana masyarakat menentukan nilai moral yang dikehendaki. Ia jelas diperlihatkan menerusi perasaan terasing yang dirasakan oleh persona-persona cerpen apabila diwujudkan kembali dalam persekitaran kontemporari. Lensa 154
Rush, Florence. The Best Kept Secret (N.J.: Prentice Hall, 1980)
159
Lacan menggambarkan ia sebagai langkah regresif dari “Law of the Father”155 yang diletakkan ke atas wanita, membuktikan bahawa hegemoni dan ideologi lampau masih jelas berleluasa sehingga ke saat ini. Hasil daripada pemikiran semula mengenai tokoh-tokoh wanita ikonik dalam sejarah, cerpen ini merupakan usaha baik untuk memperluaskan penekanan terhadap paradigma pembebasan dan pemerkasaan kaum wanita menerusi sintesis sejarah dan sastera. _______________________________________________________________ RUJUKAN Cavallaro, D. (2004). Teori Kritis dan Teori Budaya. (terj. Laily Rahmawati). Yogyakarta: Sufibooks. Elaine Showalter (ed.). (1986). The New Feminist Criticism: Essays on Women, Literature and Theory. London: Virago. Esterik, V. (1982). Women of Southeast Asia. Michigan: Northern Illionois University Press. Irigaray, L. (1985). This Sex Which is Not One. Ithaca: Cornell University Press. Levi-Strauss, C. (1969). The Raw and The Cooked. New York: Harper & Row. Mana Sikana dan Anuar Othman (peny.) (2003). Menyeberang Selat. Singapura: Dragon Education Enterprise. Millett, K. (1977). Sexual Politics. London: Virago. Rush, F. (1980). The Best Kept Secret.New.Jersey: Prentice Hall. Weedon, C. (1987). Feminist Practice and Post-Structuralist Theory. Oxford: Blackwell
155
Lacan menyatakan bahawa phallus merupakan penanda utama yang bukan sahaja akan mempengaruhi aspek bahasa tetapi kesemua institusi dan aspek kehidupan dan ia dapat dikaitkan kembali kepada krisis Oedipal.
160
BIODATA PENYUMBANG Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz ialah tokoh muda dan nara sumber pengajian bahasa Melayu kontemporari di Singapura. Beliau merupakan pengkaji pertama yang membuat penelitian rapi terhadap 2000 tahun evolusi bahasa Melayu dan bahasa Melayu di alam siber berdasarkan pendekatan linguistik neo-Darwinisme. Beliau juga merupakan anggota seumur hidup Golden Key National Honor Society (Amerika Syarikat) dan penerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik The International AmericanCanadian Conference for Academic Discipline, Toronto, 2009. Kini, beliau bertugas selaku pensyarah di Institut Pendidikan Nasional/Universiti Tekonologi Nanyang (NIE/NTU) di Singapura. Beliau merupakan calon Doktor Falsafah (Ph.D) di Fakulti Bahasa, Universiti Malaya. Dr. Azhar Ibrahim Alwee adalah Felo Pelawat di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau meraih ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana dari universiti yang sama dalam pengkhususan Pengajian Melayu, khasnya dalam bidang sastera Melayu klasik, pemikiran Islam Nusantara, dan wacana sastera and inteligensia Melayu masa kini. Sebelum berkhidmat di NUS, beliau pernah menjadi pensyarah di Institut Pendidikan Nasional/ Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU). Tumpuan kajian beliau adalah sosiologi sastera, teologi sosial, wacana kebudayaan, peradaban dan pemikiran Islam, serta minat dalam hal-hal literasi kritis dan pembangunan intelektual Melayu. Sekarang beliau melanjutkan kajian pasca-doktoralnya di Fakulti Teologi, Universiti Kopenhagen, Denmark. Yazid Hussein merupakan tutor dalam bidang sastera di UNISIM. Guru bahasa dan sastera Melayu. Beliau juga penerima Pingat Emas Universiti Malaya (2001), Anugerah Guru Teladan (2002), (2004) dan (2006), Tesis Sarjana Cemerlang Universiti Malaya (2006) dan Anugerah Mas (2007). Beliau merupakan calon Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Beliau pernah menyertai program penulisan MAP (2009) dan ASAS „50-IRP (2010) di bawah asuhan Mohamed Latiff Mohamed dan Budi Darma. Yazid Hussein adalah seorang pengkaji, peneliti dan pengkritik dalam pengajian Melayu dengan bidang pengajian sastera tradisional, teori sastera dan sastera Melayu Singapura Pascaperpisahan.
161
Nur Namira Mazlan merupakan seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Rendah Bukit Timah. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda (Sastera) (Kepujian) dalam Pendidikan (Pengkhususan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) di Institut Pendidikan Nasional/Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU). Beliau bergiat aktif dalam senario persuratan Singapura selaku Ketua Teknologi Maklumat Asas „50 dan merupakan di antara para perintis yang membangunkan lelaman web Asas „50 di alamat http://asas50.com. Pada tahun 2005, beliau terlibat dalam penerbitan dua buku mercu tanda Asas 50 iaitu Leksikon: Direktori Penulis Singapura Pasca 1965 dan Dari Gerhana ke Puncak Purnama: Biografi Asas 50. Muhammad Herwanto Johari merupakan pemenang anugerah buku Perdana Menteri Singapura dan berpengalaman luas dalam bidang aktivisme belia, seni bina dan kepimpinan. Beliau menerima pendidikan di Institusi Raffles (RI) dan kemudian Maktab Rendah Raffles (RJC) di mana beliau diberi kepercayaan untuk memimpin Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu RI dan RJC sebagai Presiden dan Naib Presiden. Penulis kini sedang melanjutkan pengajiannya di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang selain menggalas jawatan sebagai Ketua Sayap Belia dan Ketua Program Asas „50. Beliau juga memimpin badan pelajar NIE-NTU sebagai Presiden Trainee Teachers‟ Club dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Nanyang Technological University Students‟ Union. Penglibatan beliau dalam aktivisme belia diiktiraf pada 2010 apabila dipilih sebagai Tokoh Belia Aktivis oleh Persatuan Budaya Melayu Program Latihan Khas NIE-NTU dan diikuti dengan undangan untuk berkhidmat sebagai Konsultan Aktivis Sosial bagi Team Spectacular, sebuah pertubuhan aktivis belia Singapura. Noorhaqmal Mohamed Noor merupakan juara pertandingan Anugerah 2004 anjuran Suria Mediacorp. Selain itu, beliau turut bergiat aktif dalam bidang seni suara sebagai penggubah lagu, penulis seni kata dan penyanyi. Pada tahun 2004, beliau pernah mewakili Singapura di Brunei Darussalam bagi rancangan Sukma Irama, anjuran bersama Radio Televisyen Brunei (RTB) dan Suria Mediacorp. Beliau telah mendapat didikan awal dalam bidang seni suara melalui kumpulan dikir barat Kelana Purba yang dianggotainya sejak 1998. Kini, Noorhaqmal sedang melanjutkan pelajarannya di Institut Pendidikan Nasional/Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU).
162
Muhammad Irwan Jamal merupakan penerima anugerah Tokoh Muda Aktivis 2007 yang diberikan oleh Persatuan Budaya Melayu (Perbuyu) Program Latihan Khas-Institut Pendidikan Nasional (STP-NIE). Beliau giat aktif dalam dunia persuratan tanah air selaku Ketua Biro Penerbitan Asas „50 dan editor surat berita, Berita@Asas50. Pada tahun 2008, beliau muncul sebagai Valedictorian Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan menerima Pingat Emas 75th Anniversary Rotary International dan hadiah buku Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Irwan pernah mengajar di Sekolah Rendah White Sands dan Sekolah Rendah Bedok West. Kini, beliau seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Ngee Ann. Mohamed Haikel Fansuri Mohamed Latiff dilahirkan di Singapura pada 3hb Februari 1987. Beliau menuntut di Anglo-Chinese School Independent, di mana beliau telah memenangi Anugerah Penghargaan dalam bidang Sajak Remaja di Majlis Anugerah Persuratan 2003 anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS). Beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Tampines (TPJC) dan telah mengikuti Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP). Pengalaman di program tersebut telah banyak mendorong beliau untuk mempelajari dan mendekati dunia sastera dan sejarah Melayu dengan lebih mendalam. Kini, Mohamed Haikel sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam jurusan sosiologi. Nurhayati Abdul Ghafoor merupakan seorang penggiat dan pengikut seni teater ekspresif dan artistik. Sebagai seorang guru muda, beliau juga cenderung menulis esei-esei ringkas dan cerpen-cerpen remaja untuk kegunaan para pelajarnya. Kepeduliannya terhadap politik sosial jelas ter-pancar dalam penulisan kritikannya yang sering mempersoalkan isu-isu gender dan kemasyarakatan. Beliau peka terhadap peranan seni sastera dalam membangunkan remaja yang berkeperibadian tinggi dalam masyarakat. Lulusan Sarjana Muda (Sastera) (Kepujian) dalam Pendidikan (Pengkhususan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) dari Institut Pendidikan Nasional/Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU) ini pernah mengajar di Sekolah Rendah Fengshan dan Sekolah Rendah Haig Girls. Kini, beliau seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Bedok North.
163
Nur Hafizah Mohd Rashib menerima pendidikan di Sekolah Rendah Dazhong (1998-2003), Sekolah Menengah Unity (2004-2007), Program Latihan Khas Bahasa Ibunda Institut Pendidikan Nasional STP/NIE (20082010), Institut Pendidikan NIE/NTU (2010-kini). Karya-karya kreatifnya telah diterbitkan di Jurnal Aktivis STP/NIE (2008), antologi Sayembara Noktah Putih 2009, Resan (2009) dan di Verses of Angels (2010). Hafizah mula mendalami penulisan kritikal semasa menuntut di STP/NIE pada tahun 2008. Dia juga telah menyumbang artikel-artikel seperti Agama Mangkin Vaksin Progresitiviti Bangsa, Sajak Saksi Tenggelamnya Melayu Kota Singa, dan lain-lain lagi untuk Jurnal Aktivis STP/NIE 2010. Norazian Mohamed Yahya mula meminati bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu dengan lebih intim dan mendalam sejak beliau menyertai Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) di Maktab Rendah Tampines (TPJC). Beliau aktif dalam arena persuratan tanah air selaku pereka hias dan penyumbang tetap surat berita, Berita@Asas50. Beliau turut menulis puisi, cerpen dan esei yang seringkali berlandaskan teori dan motif psikoanalisis. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda (Sastera) (Kepujian) dalam Pendidikan (Pengkhususan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) dari Institut Pendidikan Nasional/ Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU). Azian pernah mengajar di Sekolah Rendah CHIJ Katong dan Sekolah Rendah Haig Girls. Kini, beliau merupakan seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah CHIJ Katong Convent. Nur Emelda Jumari merupakan seorang pembahas yang pernah mewakili Maktab Rendah Anglo-Chinese (ACJC) dalam pertandingan Bahas 4PM, anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM). Beliau dipilih untuk mewakili Singapura dalam perbahasan Titian Minda, sebuah usahasama antara Singapura dan Brunei Darussalam. Di peringkat universiti, beliau telah mewakili Singapura dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri (PABM) yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan menerajui pasukan NTU dalam pertandingan Debat Temasik, anjuran bersama Perbayu NTU dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Lulusan Sarjana Muda (Sastera) (Kepujian) dalam Pendidikan (Pengkhususan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) dari NIE/NTU ini kini merupakan guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Ping Yi.
164