ARKIB : 03/05/2009
Melayu masih ketinggalan Anuar AHMAD Seperti yang dijangkakan, sekali lagi berlaku kejutan di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009. Sejumlah 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina habis terjual dalam masa 36 jam selepas pelancaran. Situasi yang sama pernah berlaku apabila satu bilion unit saham kuota bukan bumiputera dibuka dua tahun lalu habis dilanggan oleh masyarakat Cina dalam masa satu hari sahaja. Seperti selalu juga, unit saham yang diperuntukkan untuk bumiputera Melayu mendapat sambutan dingin. Bayangkan daripada sejumlah 1.665 bilion unit untuk bumiputera hanya 7.65 juta unit saham atau 0.4 peratus sahaja yang berjaya dijual. Apa yang boleh difahami daripada senario ini ialah orang Melayu terbukti masih tidak berupaya untuk memiliki tahap ekonomi yang baik. Mereka bukan sahaja tidak mempunyai wang lebihan bagi membeli unit-unit pelaburan malah ramai di antara orang Melayu tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk digunakan pada hari-hari ‘hujan’ mereka. Jauh sekali memiliki saham syarikat tersenarai atau simpanan tetap dalam jumlah yang besar. Kerajaan telah menyediakan pelbagai sokongan serta peluang untuk memajukan orang Melayu. Pelaksanaan DEB (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan kini Dasar Wawasan Nasional (2001-2010). Walaupun dasar-dasar ini ditujukan untuk semua rakyat, tidak dinafikan orang Melayu merupakan fokus utama kepada pelaksanaan dasardasar ini. Malangnya, semua dasar ini seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ sahaja. Malah kerajaan juga telah banyak mengeluarkan peruntukan bagi melaksanakan pelbagai program ekonomi untuk meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu. Antara tahun 2006 hingga 2010 sahaja, kerajaan telah membelanjakan jumlah wang yang besar kepada Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (RM4.4 bilion), Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (RM340 juta), Skim Penanaman Semula Getah dan Kelapa Sawit (RM1 bilion), Program Pemulihan dan Penyatuan Tanah (RM1 bilion), Pembangunan Keusahawanan Tani (RM414 juta), Pembangunan Tanah Pribumi dan Adat (RM100 juta), Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (RM 2 bilion) dan Pembangunan Tanah Wakaf dan Bumiputera (RM250 juta). Manakala jutaan ringgit lagi program untuk orang Melayu diperuntukkan oleh MARA, TEKUN dan GLC utama negara. Data-data daripada dokumen RMK-9 2006-2010 jelas menunjukkan orang Melayu masih dalam kemiskinan dan jauh ketinggalan dalam ekonomi berbanding bukan Melayu khasnya orang Cina di Semenanjung Malaysia. Di kalangan negeri yang tahap kemiskinan melebihi 5
peratus, semua negeri tersebut majoriti besarnya adalah orang Melayu. Negeri itu ialah Kedah 7 peratus, Kelantan (10.6 peratus), Perlis (6.3 peratus), Terengganu (15.4 peratus). Manakala bagi negeri dominasi bukan Melayu menunjukkan tahap kemiskinan yang jauh lebih rendah seperti Pulau Pinang 0.3 peratus, Selangor (1 peratus) dan Kuala Lumpur (1.5 peratus). Manakala perbezaan antara kemiskinan bandar dan luar bandar juga jelas menunjukkan betapa jauhnya orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi. Data pada tahun 2004 menunjukkan kadar kemiskinan di luar bandar (majoriti orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar ) adalah 14.8 peratus berbanding kemiskinan di bandar (majoriti penduduk adalah bukan Melayu) sekitar 3.3 peratus. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Apakah sebenarnya golongan berpendapatan rendah sampai tahap 80% isi rumah? Columnists Written by Jayanath Appudurai Wednesday, 26 May 2010 16:27 Share Link:
Dalam tempoh empat bulan yang lepas, kerajaan telah mengumumkan dua dasar awam yang penting berkenaan golongan berpendapatan rendah. Pengumuman tersebut terkandung dalam Program Transformasi Kerajaan (PTK) pada Januari 2010 dan Model Ekonomi Baru (MEB) pada Mac 2010. PTK yang diterajui oleh Pemandu, yakni Unit Pengurusan Prestasi di dalam Jabatan Perdana Menteri, menggunakan definasi berikut:
“Isirumah Berpendapatan Rendah (LIH) adalah isirumah yang mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM2,000 sebulan, yang mewakili 75% median pendapatan di Malaysia. Ia ditakrifkan sebagai jumlah purata nasional.” 1
MEB yang diterajui oleh MTEN ataupun Majlis Tindakan Ekonomi Negara pula mendefinasikan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan sebagai kumpulan sasaran.2 Dalam pada itu, Bajet 2010 yang dibentangkan pada Oktober 2009 telah menafsirkan isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 sebagai golongan berpendapatan rendah.3 Jelas bahawa dokumen-dokumen tersebut menggunakan definasi berlainan untuk menghuraikan golongan yang sama. Kenapa ada perbezaan ini? Adakah ianya disebabkan tiada penyelerasan antara Pemandu, MTEN dan Kementerian Kewangan walaupun ketiga-tiga badan ini berada di bawah penyeliaan Perdana Menteri? Apakah MTEN tidak mengetahui tafsiran yang digunakan oleh Bajet 2010 dan PTK? Yang lebih penting, adakah ini menunjukkan suatu percanggahan di antara kaedah
pemantauan ketiga-tiga agensi pusat tersebut? Ke arah Rancangan M’sia Ke-10
Walau apapun alasannya, perbezaan-perbezaan yang disebutkan membawa implikasi bahawa tidak wujud penyeragaman definasi mengenai golongan berpendapatan rendah. •
•
•
Kumpulan Sasaran – pasti akan timbul kekeliruan di antara agensi pelaksana tentang siapa sebenarnya pelanggan mereka? Dasar Pembangunan – apakah kriteria perancangan yang akan digunakan dalam membentuk program dan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10 [tahun 2011-2015]? Sistem Penyampaian Perkhidmatan – agensi manakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk menerajui pelaksanaan program bagi golongan berpendapatan rendah? 4
Rancangan Malaysia Ke-10 yang lazimnya diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) harus menggunakan satu definasi yang jitu supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan agensiagensi dan para pegawai kerajaaan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program dan projek kesejahteraan golongan berpendapatan rendah. Dalam konteks ini pernyataan masalah yang dirumuskan oleh MTEN (sedutan Bahasa Inggeris di bawah) dalam MEB mengenai pendapatan isi rumah adalah amat penting.
Memang benar masalah pokok ialah jurang perbezaan pendapatan di antara golongan isi rumah dalam negara. Maklumat yang terkandung dalam gambarajah graf (Fig. 19) harus digunakan sebagai rujukan bagi memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat jelata.
Pada 2009, jumlah isi rumah dalam negara ialah 6.2 juta. Pembahagian isi rumah berasaskan purata pendapatan bulanan adalah seperti di dalam jadual berikut:
GOLONGAN
JUMLAH ISI RUMAH (juta)
PURATA PENDAPATAN BULANAN (RM)
20% teratas
1.2
8,157
40% pertengahan
2.4
2,957
40% terbawah
2.4
1,222
Rumusan daripada data di atas ialah: •
• •
•
Sejumlah 2.4 juta isi rumah boleh diklasifikasi sebagai golongan berpendapatan rendah dengan purata pendapatan bulanan RM1,222. Jurang perbezaan di antara 20% teratas dan 40% terbawah ialah 85%. Sekiranya RM2,000 yang didefinasikan oleh PTK digunakan maka adalah dianggarkan bahawa sejumlah 3.2 juta atau 55 peratus isi rumah dalam negara harus diklasifikasikan sebagai golongan berpendapatan rendah. Sekiranya RM3,000 yang diumumkan melalui Bajet 2010 digunakan sebagai garis panduan, maka sejumlah 4.8 juta atau 80 peratus isi rumah dalam negara harus diklasifikasikan sebagai golongan berpendapatan rendah!
Jelas bahawa satu definasi yang jitu harus digunapakai oleh kerajaan untuk menjayakan matlamat meningkatkan kualiti hidup rakyat golongan berpendapatan rendah. Syor bagi membasmi kemiskinan teras
MEB memperkenalkan satu pendekatan ‘baru’ yang menekankan “inclusive, pro-poor growth”.5
Walaupun kerangka yang diketengahkan oleh NEAC bukan satu perkara baru, namun pihak kerajaan harus beri pujian kerana MEB sanggup mengakui kelemahan-kelemahan yang ada dalam dasar dan pelaksanaannya selama ini. “Inclusive pro-poor growth” bermakna kerajaan harus menetapkan kriteria yang sahih sebelum menggubal program dan projek untuk menangani masalah jurang perbezaan pendapatan. Adalah disyorkan bahawa pihak penggubal Rancangan Malaysia Ke-10 menggunakan kriteria yang sahih dan relevan dalam mentafsirkan: •
•
Golongan miskin mengikut strata ‘Bandar’ dan ‘Luar Bandar’ di setiap daerah pentadbiran Golongan berpendapatan rendah mengikut strata tersebut yang sama
Definasi yang bakal digunakan harus berasaskan data pendapatan dan perbelanjaan yang dijanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut strata tersebut. Pemetaan data perlu dibuat mengikut golongan miskin dan berpendapatan rendah di setiap daerah pentadbiran, iaitu di peringkat pejabat daerah atau jajahan serta pihak berkuasa tempatan. Ini akan memudahkan agensi pelaksana benar-benar memahami persekitaran dan
kehendak khusus kumpulan sasar di peringkat akar-umbi. Peralihan paradigma dalam menangani masalah pokok ketidakseimbangan pendapatan isi rumah harus dilakukan sekiranya hasrat MEB supaya terdapatnya “inclusive pro-poor growth” akan dicapai. Dengan demikian, cogankata PTK supaya “tiada rakyat yang ketinggalan” mungkin boleh berpijak di bumi nyata. ____________________________________
Definasi Kemiskinan
Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak yang merupakan konsep dinamik dan kemiskinan relatif yang merupakan konsep ketidaksamaan pendapatan. Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah kadar kemiskinan yang merupakan peratus penduduk atau isirumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Kemiskinan Mutlak
Ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK) . Kemiskinan Relatif
Ditakrifkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur dengan menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar. Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunak an adalah peratus isirumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) - PGK ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli isirumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi. PGK dikemaskini setiap tahun berdasarkan Indeks Harga Pengguna.
Kawasan
Miskin Miskin Tegar Isi Rumah Per Kapita (RM) Isi Rumah
Per Kapita
(RM) 660 900 770
Semenanjung Sabah Sarawak
150 170 170
(RM) 400 500 450
(RM) 90 100 100
Sumber : Majlis Taklimat Pemantapan Jentera Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan Selangor 13 Dis 2007. PGK Makanan - Komponen makanan bagi PGK yang dikaji semula adalah berasaskan kepada pandangan pakar pemakanan, pakar diet dan pakar perubatan. Keperluan harian kilokalori setiap individu mengambil kira makanan seimbang yang meliputi: bijirin dan hasil bijirin (beras dan gandum); ayam, telur dan ikan; susu; minyak lelemak; gula; sayur-sayuran dan buah-buahan; dan kekacang (dal, kacang hijau). PGK Bukan Makanan - Pola perbelanjaan komponen PGK bukan makanan yang terdiri daripada pakaian, perumahan, pengangkutan dan perbelanjaan lain adalah dikira berasaskan kepada penyiasatan perbelanjaan isi rumah (HES). Golongan Miskin Tegar - Berdasarkan Metodologi 2005, sesebuah isi rumah dianggap miskin tegar sekiranya pendapatan kasar bulanan kasar isi rumah tersebut kurang daripada PGK makanan. Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar, Malaysia 1970-2004 adalah seperti berikut Tahun 1970 1990 1997 1999 2004
Kadar Kemiskinan Bandar Luar Bandar Kadar Kemiskinan Tegar Bandar Luar Bandar
49.3% 22.3% 60.0% -
16.5% 7.1% 21.1% 3.9% 1.3% 5.2%
6.1% 2.1% 10.9% 1.4% 0.4% 2.5%
7.5% 3.4% 12.4% 1.4% 0.5% 2.4%
4.3% 1.6% 9.6% 0.7% 0.2% 1.5%
Bilangan KIR Miskin x Negeri, Malaysia 2002, 2005
Negeri
Kelantan Perak Pahang Terengganu Kedah Johor Selangor
Bil. KIR Miskin Tegar PGK Bil. KIR Miskin Tegar PGK 2002 (Metodologi 1977) 2005 (Metodologi 2005) 12,145 7,372 7,345 7,137 2,646 1,207 965
21,359 4,792 2,992 10,985 6,563 1,665 1,008
Perlis Negeri Sembilan Melaka Pulau Pinang Semenajung Malaysia Sabah Sarawak Malaysia
822 685 594 231 41,149 19,534 7,610 68,293
1,534 1,235 1,348 641 54,122 21,581 10,165 85,868
Kadar Kemiskinan, Kemiskinan Tegar x Kumpulan Etnik, 2004
Butiran Kemiskinan Tegar Bandar Luar Bandar Kemiskinan Bandar Luar Bandar
Bumiputera 1.9% 0.7% 3.3% 8.3% 4.1% 13.4%
AKHBAR / : MINGGUAN MALAYSIA NEWSPAPER TARIKH / : 30-May-2004 DATE ISU / ISSUE : PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
Cina 0.1% neg¹ 0.3% 0.6% 0.4% 0.3%
India 0.3% 0.2% 0.5% 2.9% 2.4% 5.4%
Total 0.7% 0.2% 1.5% 4.3% 1.6% 9.6%
SEKSYEN / : SECTION HARI / DAY : AHAD MUKA SURAT / PAGE
: 10
TAJUK / TITLE : Ukuran kemiskinan ketinggalan?
Teks Keratan
Keratan Akhbar
ISU kemiskinan timbul semula. Utusan Malaysia dalam Laporan Khas yang disiarkan selama dua hari berturut-turut pada 4 dan 5 Mei yang lepas telah mengupas berbagai-bagai aspek mengenai kemiskinan. Ini termasuk aspek konsep dan ukuran kemiskinan serta perancangan dan prestasi perlaksanaan strategi pembasmian kemiskinan di negara ini. Berasaskan kepada beberapa pendapat yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak, didapati sebahagian daripada ulasan tersebut adalah tepat dan benar sementara sebahagian yang lain menggambarkan kekeliruan serta kekurangan objektiviti dan kefahaman tentang isu kemiskinan ini walaupun hasrat dan semangatnya adalah sama dan murni. Sebagai contoh, ada pihak yang keliru dengan konsep kemiskinan mutlak
dan kemiskinan relatif serta kriteria yang digunakan untuk mengukur insiden kemiskinan tersebut. Dari segi kriteria kemiskinan, ada pihak yang menggunakan asas pendapatan perseorangan untuk mengukur tahap kesejahteraan. Ada juga yang merujuk kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tetapi tidak faham sepenuhnya ciri-ciri dan kegunaan PGK tersebut. Oleh sebab itu, ulasan dan cadangan mereka adalah kurang tepat. Rencana ini akan menjelaskan secara ringkas dan mudah dua aspek mengenai kemiskinan: Konsep kemiskinan dan pengukuran insiden kemiskinan. Umumnya terdapat dua jenis kemiskinan: Kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu atau sebuah isi rumah yang tidak berupaya mendapatkan keperluan asas untuk menikmati tahap kesejahteraan hidup yang minimum dan munasabah. Di antara keperluan asas tersebut termasuklah makanan, pakaian, tempat kediaman, pendidikan, perubatan dan sebagainya. Ada di kalangan mereka kebuluran, tiada tempat perlindungan yang tetap, buta huruf, melarat serta berpenyakit. Lebih 80 peratus golongan ini terdapat di Afrika, India dan China. Bagi Malaysia ukuran keperluan asas ini adalah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan pendapatan garis kemiskinan isi rumah (dan bukannya pendapatan individu). Jika pendapatan bulanan sesebuah isi rumah adalah kurang daripada PGK maka isu rumah ini dianggap miskin. Peratusan isi rumah miskin dalam keseluruhan bilangan isi rumah yang terdapat di Malaysia dirujuk sebagai insiden kemiskinan. Di Malaysia, terdapat konsep golongan termiskin. Golongan termiskin ini (hardcore poor) ialah golongan isi rumah yang memperoleh pendapatan setengah bulan daripada PGK. Berdasarkan teori kemiskinan ini, kemiskinan yang kerap dirujuk di Malaysia ialah kemiskinan mutlak kerana pendapatan mereka dibandingkan dengan PGK yang perlu untuk mendapatkan keperluan asas yang minimum di Malaysia. Satu lagi konsep kemiskinan ialah kemiskinan relatif. la merujuk kepada perbezaan taraf hidup, kesejahteraan atau kebajikan isi rumah berbanding dengan isi rumah yang lain. Contohnya taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 20 peratus terendah dibandingkan dengan taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 10 peratus teratas. Taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 20 peratus terbawah adalah secara relatifnya miskin dibandingkan dengan kumpulan isi rumah berpendapatan 10 peratus tertinggi.Kemiskinan relatif akan sentiasa wujud dan tidak mungkin dapat dihapuskan walaupun bagi negara-negara maju kecuali terdapat agihan, pendapatan yang egalitarian. Lagi tinggi ketidaksamaan agihari pendapatan lagi serius
masalah kemiskinan relatif walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmi sepenuhnya. Untuk mengurangkan insiden kemiskinan relatif, dasar yang sesuai ialah untuk memperbaiki agihan pendapatan di kalangan isi rumah. Ukuran agihan pendapatan ialah angkali Gini (Gini (]oefficient) yang bernilai dari 0 hingga ke 1. Angkali Gini yang hampir kosong menggambarkan agihan yang semakin setara serta kemiskinan relatif yang rendah. Angkali Gini yang menghampiri satu menunjukkan agihan pendapatan yang amat tidak setara serta kemiskinan relatif yang tinggi. Ini mempunyai implikasi sebahagian besar daripada pendapatan negara dibolot oleh segelintir isi rumah sahaja. Saiz purata
Sekarang kita lihat konsep dan ciri-ciri pendapatan garis kemiskinan di Malaysia. PGK bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1999 adalah sebanyak RM510 sebulan, bagi saiz purata isi rumah seramai 4.6 orang sementara bagi Sabah ialah RM685 sebulan bagi saiz purata isi rumah seramai 4.9 orang. Bagi Sarawak pula ialah RM584 dengan saiz purata isi rumah 4.8 orang (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005, Jadual 3-2). Bagi tahun 2002 pula PGK untuk Semenanjung Malaysia ialah RM529, Sabah RM690 dan Sarawak RM600 (Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kelapan). Tidak pula dinyatakan saiz purata isi rumah bagi ketiga-tiga kawasan berkenaan. PGK dianggarkan berasaskan keperluan minimum isi rumah untuk tiga komponen utama iaitu makanan, pakaian dan alas kaki dan butiran bukan makanan Yang lain seperti sewa, bahan api dan tenaga, perabot dan kelengkapan rumah, perbelanjaan perubatan dan kesihatan, pengangkutan, komunikasi dan perkhidmatan rekreasi, pendidikan dan kebudayaan. Bagi komponen makanan, perbelanjaan minimum adalah berdasarkan keperluan harian sebanyak 9,910 kalori sehari untuk keluarga yang mengandungi lima orang. Keperluan minimum untuk pakaian dan alas kaki adalah berdasarkan piawaian yang ditentukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk rumah kebajikan. Butiran bukan makanan yang lain adalah berdasarkan tahap perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah seperti yang dilaporkan dalam Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah. Berasaskan kepada ciri-ciri PGK di atas tidak hairanlah banyak pihak mengkritik bahawa PGK yang digunakan adalah terlalu rendah dan tidak relevan lagi untuk mengukur tahap dan insiden kemiskinan Malaysia pada masa sekarang. Dalam keadaan di atas, kedua-dua pihak kerajaan dan masyarakat tidak bersalah. Kedua-dua pihak betul. Yang timbul masalah ialah kerana
kekeliruan dan kekurangan fahaman tentang ciri-ciri PGK tersebut. Berasaskan kepada tahap sara hidup sekarang, jumlah pendapatan sama ada pendapatan individu atau isi rumah bagi sebahagian besar golongan para pekerja yang berpendapatan rendah, petani dan nelayan, setinggan serta penduduk luar bandar malah di bandar tidak mencukupi untuk perbelanjaan asas. Pendek kata PGK adalah terlalu rendah untuk digunakan sebagai kriteria bagi menentukan sama ada sesebuah isi rumah tersebut miskin atau sebaliknya. Tetapi di sebaliknya, kita perlu meneliti jenis dan kualiti perbelanjaan yang ditampung oleh PGK. Pertama, PGK juga merujuk kepada saiz purata isi rumah sebagaimana diterangkan di atas iaitu 4.6 orang bagi Semenanjung Malaysia, 4.9 orang bagi Sabah dan 4.8 orang bagi Sarawak; Oleh sebab ini, sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan RM1,000 sebulan tetapi mempunyai seramai 10 orang ahli keluarga, juga dianggap miskin walaupun pendapatannya melebihi PGK. Kedua, PGK menekankan keperluan minimum isi rumah. Makanan hanya setakat 9,910 kalori sehari untuk keluarga yang mengandungi lima orang. Keperluan pakaian dan alas kaki adalah berasaskan piawaian yang ditentukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk rumah kebajikan. Keperluan yang lain adalah berasaskan perbelanjaan isi rumah berpendapatan paling rendah. Begitu juga keperluan pendidikan, kesihatan dan lain-lain secara implisit ia berkemungkinan dianggap rendah atau mungkin percuma. Golongan ini dijangka mendapat pendidikan, rawatan kesihatan dan lain-lain perkhidmatan awam secara percuma kerana disediakan oleh kerajaan. Jika sekiranya sesebuah isi rumah menggunakan lebih banyak makanan daripada keperluan asas, membeIi pakaian yang berjenama sedikit sudah tentulah bukan sahaja PGK malah pendapatan sebenar sesebuah isi rumah tersebut tidak mencukupi untuk berbelanja keperluan asas berkenaan. Pendek kata, PGK yang digunakan adalah pendapatan untuk perbelanjaan bagi keperluan minimum semata-mata serta betul-betul asas sahaja. Tidak ada sedikit ruang pun untuk bermewah. Menghantar anak ke sekolah swasta atau kelas tuisyen, mendapat rawatan perubatan dari klinik swasta atau makan di restoran A&W, Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah dianggap melebihi daripada keperluan asas. Itulah sebabnya PGK terlalu rendah. Sebagaimana yang diterangkan di atas, kekeliruan timbul sebab pengulas tidak memahami konsep, ciri-ciri serta implikasi PGK tersebut dalam menentukan tahap kesejahteraan atau kemiskinan sesebuah isi rumah. Saya percaya bukan setakat orang awam malah di kalangan pegawai pelaksana dasar pembasmian kemiskinan serta beberapa pakar kemiskinan juga kurang faham tentang perkara ini. Inilah juga salah satu
sebab mengapa terdapat banyak projek dan program pembasmian kemiskinan tersasar dar-pada matlamat. Maka dalam konteks ini, beberapa cadangan untuk mengkaji semula konsep ini, beberapa cadangan untuk mengkaji semula konsep dan penganggaran PGK ini bertepatan dengan masanya supaya ia lebih objektif, mudah difahami dan dilaksanakan serta menetapi sasaran.
Kadar Kemiskinan: Antara Retorik dan Realiti Columnists Written by Jayanath Appudurai Wednesday, 08 April 2009 00:00 Share Link: Malaysia telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam menangani dan mengurangkan kadar kemiskinan. Sejak tahun kemerdekaan, kadar kemiskinan telah dikurangkan daripada 50 peratus kepada 3.6 peratus pada 2007. Tambahan pula, pencapaian yang luar biasa ini diiktirafkan oleh pertubuhan antarabangsa. Malaysia adalah sesebuah negara yang telah berjaya mengatasi penandarasan kemiskinan 8.25 peratus yang ditetapkan oleh UNDP di bawah Millennium Development Goals bagi tahun 2015. Inilah kenyataan yang sering dikeluarkan oleh para pemimpin dan pegawai kerajaan bagi membuktikan kejayaan negara kita dalam membasmi kemiskinan. Adakah kenyataan ini satu yang tepat dan jitu? Apakah data yang diketengahkan untuk menyokong pendirian ini? Data rasmi kadar kemiskinan dan isi rumah yang terlibat adalah seperti dalam Jadual 1 berikut: Jadual 1: Kadar Kemiskinan dan Bilangan Isi Rumah Miskin
Tahun Jumlah Isi Bil. Isi Rumah Rumah Miskin {Juta}
Kadar Kemiskinan Bil.Isirumah Keseluruhan {%} Miskin Tegar
Kadar Kemiskinan Tegar {%}
1999 2005 2007
4.8 5.4 5.8
409,300 311,300 208,800
8.5 5.8 3.6
91.700 67,300 40,600
1.9 1.2 0.7
Memang benar Malaysia telah mencapai kejayaan yang ketara dalam menangani masalah kemiskinan. Tetapi ’kejayaan’ yang dimaksudkan itu adalah berdasarkan Pendapatan Garis
Kemiskinan [PGK] atau Poverty Line Income [PLI] yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri. PGK yang ditetapkan adalah berdasarkan pendapatan sesebuah isirumah yang didefinasikan sebagai satu unit yang mengandungi 4.6 orang. Dalam Kajian Semula Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, PGK yang digunakan adalah seperti Jadual 2 berikut: Jadual 2: Pendapatan Garis Kemiskinan Mengikut Wilayah
Wilayah
Kemiskinan Keseluruhan Kemiskinan Tegar
{RM sebulan} Semanunjung 720 Sabah 960 Sarawak 830
{RM sebulan} 430 540 520
Soalnya, adakah PGK yang digunakan selama ini satu yang sewajar dan realistik? Sebagai contoh, sesebuah isi rumah di Semenanjung yang memperolehi pendapatan RM750 sebulan, yang nyata melepasi PGK, dikategorikan sebagai tidak miskin. Mengikut kriteria dan rasional PGK, isi rumah tersebut dapat menampung segala keperluan asas makanan, perumahan, pakaian dan pengangkutan dengan purata RM25 sehari! Adakah ini satu angka yang realistik? Jawapannya terdapat dalam laporan berita mengenai penderitaan yang dialami oleh dua keluarga berpendapatan RM800 sebulan! Masalah yang dihadapi oleh keluarga-keluarga tersebut juga dialami oleh sebahagian besar keluarga lain di negara kita. Jelas bahawa penggunaan satu PGK yang lebih sesuai dengan realiti kehidupan ekonomi semasa akan memberi gambaran yang berlainan. Sekiranya PGK RM1,000 digunakan sejumlah 8.6 peratus isi rumah boleh dikategorikan miskin berbeza dengan 3.6 peratus yang dituntut oleh kerajaan. Sekiranya PGK RM1,500 digunakan angka ini akan melibatkan sejumlah 1.2 juta isi rumah iaitu 21 peratus isi rumah dalam negara. Sekiranya PGK RM2,000 digunakan angka ini akan melompat kepada sejumlah 2.2 juta isi rumah iaitu 38 peratus isi rumah keseluruhan. Berdasarkan PGK berlainan, unjuran kadar kemiskinan adalah seperti dalam Jadual 3 berikut: Jadual 3: Unjuran Isi Rumah Miskin dengan PGK berlainan
PGK Purata Seharian {RM} Isi Rumah Miskin {Bil.} Kadar Kemiskinan {%} {RM} 1000
33
496,580
8.6
1500 2000
50 68
1,218,000 1,695,759
21.0 37.95
Unjuran dan perkiraan ini adalah lebih tepat dengan jurang ketidaksamaan pendapatan [income inequality] antara kumpulan isi rumah 20 peratus teratas dan 40 peratus terendah. Pihak Kerajaan sendiri telah mengakui perkara ini dalam membentangkan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, seperti berikut: Bahagian pendapatan isi rumah 40 peratus terendah berkurangan daripada 14 peratus pada tahun 1999 kepada 13.5 peratus pada 2004 manakala bagi isi rumah 20 peratus teratas, bahagiannya meningkat daripada 50.5 peatus kepada 51.2 peratus. Berikutan ini pekali Gini [Gini Coefficient] merosot daripada 0.452 pada tahun 1999 kepada 0.462 pada tahun 2004. Mengikut Banci Perbelanjaan Isi Rumah [2004-2005 ] yang dijalankan oleh Jabatan Statistik, secara purata sesebuah isi rumah di Bandar memerlukan RM2,503 sebulan manakala angka untuk Luar Bandar adalah RM1,209. Anggaran secara kasar menunjukkan bahawa sesebuah isi rumah memerlukan pendapatan di antara RM1,200 dan RM1,500 sebulan bagi menampung keperluan asas. Secara tidak langsung data tersebut menyokong pendapat para akademik dan pemerhati bahawa PGK yang digunakan oleh kerajaan adalah tidak realistik. Maka penggunaan satu PGK yang mencerminkan realiti kehidupan semasa adalah amat penting sekiranya kerajaan benar-benar komited kepada menangani masalah kemiskinan negara. Di samping itu, kerajaan dalam penggubalan dasar dan program untuk mengatasi masalah kemiskinan perlu juga mengambil berat faktor-faktor berikut:
•
• •
•
Fakta demografi bahawa nisbah penduduk bandar dan luar bandar telah jauh berubah sejak tahun 1970-an dan kini dua pertiga penduduk bermastautin di bandar; Terdapat perbezaan ketara antara kos kehidupan di bandar dan luar bandar; Penggunaan PGK yang realistik perlu juga disesuaikan setiap tahun berasaskan Indeks Harga Pengguna [CPI]; Peruntukan sumber bagi membasmi kemiskinan yang sekian lama lebih tertumpu kepada warga luar bandar perlu diagihkan semula kepada warga di bandar.
Dalam konteks ini adalah diperhatikan bahawa untuk pertama kali hakikat perubahan ketara dalam demografi telah diakui oleh pemimpin negara. Dalam ucapannya kepada di Perhimpunan Agong UMNO 2009, Dato Seri Najib telah mengingatkan para pewakilan bahawa : “Hari ini kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Atas kejayaan dasar-dasar yang digubal oleh Umno juga sebahagian besar masyarakat Melayu telah
menjadi masyarakat bandar. Sehubungan dengan perkembangan ini, Umno bukan sahaja perlu terus memperkasa usaha memerangi kemiskinan di luar bandar tetapi juga perlu peka dengan masalah kemiskinan bandar. Perlu difahami bahawa sebilangan keluarga di bandar yang berpendapatan rendah kini sukar untuk memenuhi tuntutan kehidupan seharian........Sekarang tibalah masanya kita mengulangi kejayaan itu dalam membasmi kemiskinan bandar bersesuaian dengan konteks semasa.....” Ini adalah satu nasihat yang bernas yang patut juga diterima oleh pegawai di sektor awam. Dasar dan program pembasmian kemiskinan serta pengagihan peruntukan pembangunan perlu dikaji semula supaya realiti warga miskin di bandar d apat ditangani. Ianya harus dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar kumpulan sasaran, sejajar dengan falsafah Dasar Ekonomi Baru, iaitu untuk membasmi ke miskinan tanpa mengira kaum!
UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2009 DI PERINGKAT DASAR BAGI KEMENTERIAN KEWANGAN DI DEWAN RAKYAT PADA 4 NOVEMBER 2008
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Tuan Yang DiPertua,
1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2009, khususnya yang membabitkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Banyak perkara yang telah ditimbulkan semasa perbahasan tersebut dan Kementerian Kewangan akan memberi perhatian terhadap semua teguran dan berusaha melaksanakan cadangan yang sesuai yang telah dikemukakan. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Bajet 2009 dapat mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Ucapan Bajet oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008 yang lalu.
2. Penggulungan pada kali ini mencatat sejarah kerana jawatan Menteri Kewangan Malaysia beralih selepas pembentangan Bajet 2009 dan sebelum penggulungannya. Di sini izinkan saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas keyakinan beliau melantik saya mengambil alih porfolio Menteri Kewangan. YAB juga telah berjaya menguruskan sebuah ekonomi yang mempunyai asas yang kukuh dan berdaya tahan.
3. Keduanya, kerana tercetus ledakan krisis kewangan global selepas pembentangan Bajet 2009 di Amerika Syarikat dan Eropah yang bahangnya sedang dirasai oleh dunia termasuk Malaysia. Justeru itu, Tuan Yang Dipertua, saya tidak akan mengambil sikap untuk sematamata menjawab semua teguran dan cadangan seperti amalan biasa waktu perbahasan penggulungan. Sebaliknya di samping melakukan perkara tersebut, saya bercadang untuk membentang langkah-langkah tambahan sebagai & "Policy Response" terhadap krisis kewangan dunia agar ekonomi Malaysia terjamin pertumbuhan dan rakyat Malaysia tidak terlalu tertekan. Kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk terus membela rakyat dan menyelamatkan ekonomi negara.
4. Ingin dimaklumkan bahawa saya berhasrat untuk memberi laluan penjelasan hanya selepas saya membentangkan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009.
5. Semasa awal perbahasan Bajet 2009 ini, beberapa Ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang telah menyarankan agar Bajet 2009 dikaji sepenuhnya dan dibentangkan semula kepada Parlimen, berikutan perubahan iklim ekonomi dunia sejak akhir-akhir ini. Kerajaan tidak akan membentangkan bajet baru 2009. Desakan untuk merobah keseluruhan dan membentang semula Bajet 2009 hanya akan membantutkan usaha Kerajaan untuk memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai.
Kerajaan akan terus menumpukan perhatian kepada usaha mengurus hal ehwal negara dan memperbaiki kehidupan rakyat agar ekonomi negara tidak akan melanda kemelesetan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk meneruskan rancangan perbelanjaan Kerajaan bagi tahun 2009 demi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan untuk kesejahteraan rakyat.
6. Saya ingin menegaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan sentiasa sedar dan memantau rapi perkembangan ekonomi di peringkat global dan domestik. Ketidaktentuan dan impak krisis kewangan global ini telah membawa implikasi negatif kepada pasaran kewangan negara kita. Alhamdulillah, dasar, kawalselia serta langkah berhemah Kerajaan yang telah dipraktikkan sebelum ini telah menjadikan asas-asas kewangan negara kekal kukuh.
7. Tidak seperti krisis kewangan Asia 1997/98 dulu, pasaran kewangan dan hartanah Malaysia tidak dibelenggu petanda-petanda (symptoms) "speculative bubble" di dalam pasaran kewangan dan hartanah domestik. Selain itu, Malaysia tidak terdedah kepada penularan produk kewangan inovatif yang kompleks dan tidak dikawal, yang merupakan antara punca utama krisis subprima dan kewangan di peringkat antarabangsa. Sementara itu, sebahagian aset pasaran modal di Malaysia adalah berteraskan prinsip syariah yang mengamalkan tahap hutang dan pengurusan kewangan yang berhemah.
8. Tambahan lagi, jumlah tabungan negara berada pada paras yang tinggi iaitu sebanyak 37 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini mencerminkan negara mempunyai lebihan mudah tunai yang boleh digunakan untuk menjana aktiviti ekonomi. Sektor perbankan kekal kukuh dengan hutang tak berbayar (NPL) yang rendah iaitu 2.5 peratus dan nisbah modal berwajaran risiko (RWCR) sebanyak 13.2 peratus, jauh melebihi paras 8 peratus dalam piawaian antarabangsa.
9. Semua pencapaian ini tidak berlaku secara kebetulan. Selain daripada kepimpinan politik yang berhemah dan bijaksana, kerajaan juga mengiktiraf peranan badan kawalselia seperti Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti yang telah melaksanakan tugas mereka secara profesional bagi mengawal-selia sistem kewangan agar sentiasa b erada di landasan yang betul. Pendekatan kerajaan yang menguruskan ekonomi yang dulunya di anggap unorthodox (melawan arus), tetapi kini telah diiktiraf sebagai satu keperluan bagi mengatasi kemelut ekonomi terkini yang melanda ekonomi negara besar dunia.
10. Namun yang demikian, kerajaan bukannya "in denial" ataupun menidakkan yang nyata dan benar sebagaimana tuduhan pembangkang. Walaupun Malaysia tidak mengalami krisis kewangan secara langsung dan mempunyai asas-asas kewangan yang kukuh, kita sedar bahawa Malaysia tidak terkecuali atau terlindung daripada menghadapi risiko perkembangan global yang amat mencabar ini.
11. Bajet 2009 telah dirangka dengan mengambil kira pelbagai faktor dan ianya tidak perlu dikaji semula sepenuhnya. Bajet 2009 sememangnya sudahpun mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan bagi tahun 2009.
Sebagai Kerajaan yang prihatin, penekanan telah diberi kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat, terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selain daripada memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Dalam perkara ini, penekanan telah diberi kepada perluasan Jaringan Keselamatan Sosial untuk menyokong golongan miskin dan berpendapatan rendah, di desa dan di kota, di pekan kecil dan kampung terpencil.
12. Ini selari dengan hasrat kita untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010, seperti yang disasarkan oleh YAB Perdana Menteri. Sebagai pengganti beliau di Kementerian Kewangan, saya akan pastikan hasrat murni ini akan tercapai. Ini juga secara langsung dapat meningkatkan kuasa beli rakyat dan merangsang pertumbuhan permintaan dalam negeri. Penekanan juga diberi kepada pelaksanaan program dan projek Rancangan Malaysia Kesembilan terutamanya yang berimpak tinggi untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan.
13. Dengan itu, Kerajaan komited untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi mengukuhkan tahap keyakinan di dalam negeri dan terus menjamin kesejahteraan rakyat. Walaupun hasil Kerajaan akan berkurangan ketika penurunan harga komoditi yang mendadak serta permintaan global yang lembab, Kerajaan akan terus melaksanakan langkah perbelanjaan yang telah dirancangkan. Ini termasuk memperluaskan program Jaringan Keselamatan Sosial, memperkasakan pendidikan, membangunkan infrastruktur sokongan dan membangunkan kawasan luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak.
14. Kerajaan yakin ekonomi negara pada tahun ini mempunyai daya tahan untuk menghadapi persekitaran global yang mencabar kerana momentum pertumbuhan ekonomi negara terus kukuh. Pertumbuhan ekonomi domestik disokong, terutamanya oleh peningkatan perbelanjaan permintaan dalam negeri. Berdasarkan senario ini, saya yakin dan percaya negara akan mencapai sekurang-kurangnya 5 peratus pertumbuhan KDNK bagi tahun 2008.
15. Penunjuk ekonomi global sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan yang dijangka memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa pada tahun hadapan. Berikutan itu, banyak negara termasuk di rantau Asia, telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK kepada paras yang lebih rendah. Ini termasuklah Singapura yang telah menurunkan anggaran pertumbuhan KDNK daripada 4 atau 5 peratus kepada 3 peratus bagi tahun 2008. Bagi tahun 2009, negara India juga telah menurunkan anggaran pertumbuhan daripada 8.5 peratus kepada 7.7 peratus, manakala pertumbuhan negara China dijangka menurun daripada 9.7 peratus kepada 9.3 peratus.
16. Dengan mengambil kira kesemua faktor global dan domestik serta pelaksanaan langkahlangkah tambahan Bajet 2009, saya dengan ini mengumumkan bahawa sasaran pertumbuhan KDNK yang dikaji semula pada tahun 2009 ialah 3.5 peratus. Ini masih ditahap yang memuaskan berdasarkan kepada senario ekonomi global semasa.
17. Sementara itu defisit fiskal Kerajaan bagi tahun 2009 masih ditahap yang terkawal yang dianggarkan sebanyak 4.8 peratus. Punca defisit ini ialah kerana kerajaan memilih untuk terus mengadakan bajet yang mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi. Tahap ini adalah serupa dengan anggaran defisit tahun 2008.
Defisit 4.8 peratus ini adalah bersifat sementara, dalam lingkungan yang munasabah memandangkan negara mempunyai kecairan yang mencukupi untuk meminjam daripada pelbagai sumber dalaman.
18. Kerajaan akan mengamalkan dasar "expansionary", sepertimana juga yang diamalkan oleh negara-negara lain pada masa kini. Dalam konteks Bajet 2009 yang telah dibentangkan, Kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek-projek tambahan berimpak
tinggi berikutan daripada penjimatan subsidi minyak. Melalui penjimatan ini, sukacita diumumkan bahawa Kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif melibatkan suntikan peruntukan sebanyak 7 bilion ringgit. Ini adalah penting untuk memangkinkan aktiviti ekonomi dalam negeri, serta merangsang keyakinan sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat.
19. Kerajaan sedar bahawa harga barang masih ditahap yang membebankan pengguna. Namun langkah-langkah proaktif sedang diambil seperti kempen penurunan harga barang oleh pasaraya yang berkaitan. Apabila harga minyak turun, sewajarnya harga barang juga turun. Oleh itu, para peniaga disaran agar lebih bertanggungjawab dengan tidak terlalu mengaut keuntungan di samping pengguna wajar mengambil langkah bijak ketika berbelanja. Kadar inflasi pada 2009 dijangka berada pada tahap 3 hingga 4 peratus, jika harga minyak sedunia kekal dalam trend menurun sebagaimana sekarang.
20. Mengenai penstabilan harga kelapa sawit, Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama rapat. Antara langkah yang diambil ialah megurangkan bekalan sawit melalui program penanaman semula. Selain itu, usaha untuk mengeluarkan biodiesel daripada sawit, iaitu adunan 5 peratus biobahan api sawit (metil ester) dengan diesel fosil, akan sentiasa dipertingkatkan bagi menambah permintaan terhadap sawit. Mulai bulan Februari 2009, biodiesel ini akan digunakan bermula dengan kenderaan-kenderaan Kerajaan, diikuti dengan sektor industri dan sektor pengangkutan. Pengadunan ini dianggarkan akan memerlukan sebanyak 500,000 tan minyak sawit setahun apabila dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 2010.
21. Kerajaan memang memberi perhatian kepada p ekebun kecil terutamanya yang terlibat dalam sektor pertanian. Bagi mengurangkan kos input pertanian terutamanya baja, Kerajaan bersetuju memansuhkan duti import sebanyak 5 peratus yang dikenakan ke atas 7 jenis baja. Ini adalah tambahan kepada penghapusan duti import ke atas satu jenis baja semasa pembentangan Bajet 2009. Dengan langkah ini, semua baja mineral yang diimport tidak lagi dikenakan duti. Di samping itu, dengan penurunan harga minyak mentah, pihak industri pengeluar baja tempatan telah bersetuju untuk membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan sekurang-kurangnya 15 peratus harga baja dengan serta merta.
22. Dalam usaha memperkukuhkan daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar, Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah tambahan dalam Bajet 2009.
Penekanan akan diberi untuk menggalakkan aktiviti ekonomi domestik bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Dasar "export-led recovery", yang diamalkan semasa krisis kewangan 1997/98 dengan jayanya, tidak dapat dilaksanakan dalam suasana kini, memandangkan keadaan permintaan dan perdagangan antarabangsa semakin lembab.
23. Pembentangan Bajet 2009 yang lalu telah mengambilkira dan mengunjurkan senario global yang mencabar bagi tahun 2009. Namun, perubahan perkembangan ekonomi global yang mendadak sejak akhir-akhir ini memerlukan kita mengambil tindakan proaktif untuk menangani kesan daripada krisis global masa kini.
Keadaan yang luar biasa memerlukan tindakan yang juga luar biasa ataupun dengan izin, "extraordinary times, require extraordinary measures".
24. Kerajaan sedar bahawa langkah-langkah tambahan biasanya tidak diumumkan dalam ucapan penggulungan. Walaupun pengumuman langkah tambahan ini mungkin merupakan tindakan "unprecedented", ini perlu dalam suasana global yang semakin getir. Perlu ditekankan bahawa jumlah perbelanjaan yang dibentang pada Bajet 2009 masih tidak berubah. Segala perbelanjaan yang digunakan untuk langkah-langkah tambahan ini adalah hasil penjimatan dari subsidi minyak.
25. Pembangkang telah mencadangkan suatu bajet alternatif yang bersifat menguncup (contractionary) dengan potongan sebanyak 24 bilion ringgit daripada jumlah Bajet 2009. Ini adalah suatu cadangan yang akan membawa ke lembah kehancuran ekonomi sebagaimana yang pernah dicadangkan pada tahun 1997 oleh Menteri Kewangan ketika itu. Sebaliknya, cadangan yang diumumkan ini adalah bersifat expansionary sebagai penjana pertumbuhan yang berganda sifatnya.
Ketika ekonomi dunia menguncup, langkah yang tepat ialah menyuntik dana tambahan agar ekonomi tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya boleh terus berkembang. Inilah perbezaan yang amat ketara antara cadangan bernas kerajaan dan cadangan hampas pihak pembangkang.
26. Kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal yang mengembang (expansionary). Untuk ini, Kerajaan akan menyemak semula projek-projek dengan tujuan untuk memberi keutamaan kepada projek yang boleh dilaksanakan segera serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi (high multiplier effect) dan kandungan import yang rendah. Ini akan dilaksanakan tanpa menjejaskan jumlah perbelanjaan pembangunan yang telah diperuntukkan bagi tahun 2009 sebelum ini. Sebagai contoh, Kerajaan telah menangguhkan pembelian helikopter untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, supaya penjimatan ini boleh digunakan bagi projek pembangunan yang lain.
Tuan Yang Dipertua,
27. Sebagai tanda dan bukti kerajaan amat prihatin te ntang kesejahteraan rakyat, maka penjimatan 7 bilion ringgit daripada subsidi minyak akan disalurkan seperti berikut:
Pertama:
* Untuk memastikan lebih ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah, sebanyak 1.2 billion ringgit diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.
* Dengan peruntukan tambahan ini, sebanyak 6,500 unit rumah akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebanyak 4,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 15,000 unit rumah yang bernilai diantara 30 ribu ringgit hingga 35 ribu ringgit sebuah untuk Semenanajung dan di antara 35 ribu ringgit hingga 40 ribu ringgit untuk Sabah dan Sarawak. Rumah ini akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dianggarkan secara purata, sebanyak 100 buah rumah PPRT akan dibina di setiap daerah di seluruh negara.
* Program Amal Jariah, yang dikendalikan oleh Prokhas, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, adalah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya mereka dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami.
Program yang mula dilancarkan pada awal tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit rumah yang dianggar melibatkan peruntukan sebanyak 40 juta ringgit. Pada tahun 2009, Prokhas akan membaiki 15,000 unit rumah sementara Khazanah Nasional akan menyelaraskan usaha-usaha syarikat GLC untuk melaksanakan Program Sejahtera yang melibatkan pembaikan 5,000 buah rumah.
* Selain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan , Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga 100 ribu ringgit. Semenjak dilancarkan, sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan, telah diluluskan pinjaman berjumlah 35 juta ringgit.
Kedua:
* Bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka, sebanyak 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai
dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera iaitu 250 juta ringgit untuk polis dan 250 juta ringgit juga untuk tentera.
* Projek ini akan dilaksanakan dengan segera kerana pada pandangan kerajaan, kebajikan anggota pasukan keselamatan wajar sentiasa didahulukan.
Ketiga:
* Sebanyak 600 juta ringgit diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), contohnya menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.
* Peruntukan ini akan dapat juga membantu kontraktor-kontraktor kecil bagi menyelesaikan masalah kekurangan projek pembinaan. Selain itu, ia dapat memberikan prasarana yang lebih sempurna kepada rakyat, khasnya di luar bandar.
Keempat:
* Sebanyak 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.
Kelima:
* Sebanyak 500 juta ringgit akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.
* Sekali lagi ini melambangkan keprihatinan kerajaan bagi mengembangkan sektor pembinaan yang mempunyai kesan gandaan tinggi selain memastikan budaya penyelenggaraan dijadikan amalan. Pada ketika yang sama, kebajikan rakyat dalam pendidikan, perubatan dan perhubungan dapat diperbaiki.
Keenam:
* Untuk merangsangkan lagi pendidikan negara dan mengambil kira kehendak semua kaum, maka kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit kepada empat kumpulan
sekolah, iaitu 50 juta ringgit untuk sekolah agama bantuan kerajaan, 50 juta ringgit untuk "mission school", 50 juta ringgit untuk SJK Cina dan 50 juta ringgit untuk SJK Tamil.
Ketujuh:
* Sebanyak 300 juta ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan dana untuk melaksanakan program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan. Agihan dana ini akan diselaraskan dengan pihak berkuasa koridor pertumbuhan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan lain-lain organisasi yang berkaitan. Sektor yang akan d iberi tumpuan untuk latihan tersebut adalah sektor pelancongan, kesihatan, pembinaan dan "business process outsourcing".
Kelapan:
* Kerajaan amat sedar bahawa kos sara hidup di bandar adalah tinggi termasuk untuk menampung kos pengangkutan. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 500 juta ringgit bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-banda r utama.
* Seperti yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri, kerajaan adalah komited untuk meperluaskan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan "reliable", termasuk melaksanakan projek utama seperti penambahan sistem LRT, meningkatkan kapasiti aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang, memperluaskan lagi perkhidmatan rel di Lembah Klang dan mengujudkan satu aliran baru dari Kota Damansara ke Cheras. Kesemua usaha ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta pengguna.
Kesembilan:
* Sebanyak 1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta;
* Dana ini adalah bertujuan menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju. Tumpuan akan diberi kepada sektor strategik yang bernilai tambah tinggi dan projek berimpak besar dari segi nilai pelaburan, teknologi dan "knowledge workers".
* Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. Pendekatan sebegini telah berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan
berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta dalam sektor pembuatan bernilai tambah yang tinggi, seperti pengeluaran panel solar, industri aeroangkasa dan komponen kapal terbang.
Kesepuluh:
* Sebanyak 400 juta ringgit diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.
* Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saing negara pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti ekonomi, perniagaan dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi.
Selain itu, pelaksanaan projek ini akan meningkatkan kualiti hidup rakyat di samping menjadi pemangkin kepada pelaburan swasta dalam sektor berteknologi tinggi. Ia juga akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dan menambahkan peluang pekerjaan. Menjelang akhir 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300,000 premis, terutamanya di Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai d an Kulim.
* Pihak pembangkang telah mencadangkan agar projek ini dikaji semula. Sebenarnya, jika kita lambat untuk melaksanakannya, negara akan terus tertinggal ke belakang di dalam arus kepesatan teknologi moden, selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi masa kini.
Kesebelas:
* Untuk membina modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh kementerian yang berkaitan, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit. Ini adalah peruntukan bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golonga n belia dan beliawanis daripada semua kaum. Nama-nama pelatih boleh dikemukakan oleh kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Keduabelas:
* Untuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru, kerajaan akan
memperuntukkan sebanyak 100 juta ringgit. Antara program yang terlibat ialah rakan muda sekolah, rakan muda sektoral yang melibatkan kampung baru Cina, estet untuk kaum India, kampung orang asli dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.
Ketigabelas:
* Untuk menggerakkan semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit. Projek ini akan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Keempatbelas:
* Untuk menambahkan premis perniagaan di samping memperindahkan suasana pekan pekan kecil yang terpilih di seluruh negara, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 100 juta ringgit. Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan. Program ini akan dilaksanakan oleh MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Kelimabelas:
* Untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, sebanyak 200 juta ringgit diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun. Ini termasuk program seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas Pra Sekolah.
28. Penjimatan 7 billion yang diperolehi daripada subsidi ini akan diperuntukkan semula oleh Kementerian Kewangan untuk melaksanakan projek-projek yang telah disebutkan. Penjimatan ini merupakan suatu rahmat untuk diagihkan kepada rakyat di samping dapat menjana pertumbuhan ekonomi. Usaha-usaha ini akan memberikan kesan positif antara lain dalam sektor pembinaan, perumahan, pengangkutan, pelaburan, latihan dan teknologi maklumat.
29. Kerajaan sedar bahawa di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kepantasan bertindak untuk melaksanakan semua program yang baru disebutkan tadi adalah amat kritikal. Oleh itu, kerajaan akan menubuhkan Unit Pengurusan Projek (Project Management Unit - PMU) di bawah Kementerian Kewangan untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi, ke arah memastikan pelaksanaan yang cekap dan berkesan.
Tumpuan akan diberi bagi projek yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi serta kritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Unit ini akan melapor terus kepada Menteri Kewangan dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan, badan kawal selia, dan syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih.
30. Sebagai satu langkah baru untuk menjana pendapatan tambahan dan mencetuskan kegiatan ekonomi tempatan yang lebih rancak, Kerajaan bercadang untuk memaksimumkan pulangan daripada semua aset yang sedia ada termasuk tanah-tanah yang belum dibangunkan lagi. Antara aset tersebut ialah tanah di lokasi strategik yang boleh dimajukan. Sehubungan dengan ini, kerajaan bercadang untuk menggunakan kaedah baru, iaitu dengan memanggil tender terbuka, yang melibatkan sektor swasta dan GLC bagi memajukan tanah tersebut.
Kerajaan akan menentukan kriteria dan skop pelan pembangunan yang akan disertai dalam syarat syarat tawaran. Sekiranya konsep pembangunan ini dapat dilaksanakan, kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan yang besar. Kerajaan akan mengenal pasti aset-aset, dalam bentuk tanah-tanah yang strategik, yang boleh ditawarkan di bawah inisiatif ini termasuk tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, tanah Kerajaan di Jalan Cochrane dan Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
31. Walaupun kita menghadapi kemelut ekonomi global, Kerajaan akan tetap mampu untuk memperluaskan liputan Jaringan Keselamatan Sosial ke arah meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah. Dalam hal ini, usaha sedang dilaksanakan ke arah pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan berdasarkan tahap kelayakan baru yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2009 yang lalu.
Syarat asas pemberian Bantuan Kebajikan Bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah di naikkan daripada 400 ringgit kepada 720 ringgit untuk Semenanjung Malaysia, 830 ringgit untuk Sarawak dan 960 ringgit untuk Sabah, selaras dengan Pendapatan Garis Kemiskinan. Dengan ini, bilangan isirumah yang akan menerima bantuan akan meningkat daripada 55,000 kepada 110,000 orang. Kerajaan mensasarkan liputan penuh akan dicapai pada akhir tahun ini.
32. Pada masa ini, caruman majikan kepada KWSP adalah 12 peratus manakala caruman pekerja adalah 11 peratus. Sebagai langkah untuk menambah pendapatan boleh guna pekerja, Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3 peratus selama 2 tahun, mulai 1 Januari 2009.
Dengan penurunan ini, jumlah caruman masih pada tahap munasabah 20 peratus, iaitu 12
peratus majikan dan 8 peratus pekerja. Seseorang yang berpendapatan 2,000 ringgit sebulan akan memperolehi pendapatan boleh guna tambahan sebanyak 60 ringgit sebulan, manakala seseorang yang berpendapatan 6,000 ringgit sebulan akan memperolehi pendapatan boleh guna tambahan sebanyak 180 ringgit sebulan.
Sekiranya semua pencarum memilih untuk mengurangkan caruman, jumlah yang terlibat adalah 4.8 bilion ringgit setahun. Sekiranya kita mengandaikan bahawa hanya 50 peratus daripada pencarum akan menggunakan kemudahan ini, perbelanjaan penggunaan swasta dijangka meningkat sebanyak 2.4 bilion ringgit.
33. Untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta, Kerajaan akan meningkatkan had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam seperti berikut:
* Bagi gred JUSA, had kelayakan dinaikkan daripada 60,000 ringgit kepada 70,000 ringgit;
* Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada 55,000 ringgit kepada 65,000 ringgit; dan
* Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada 45,000 ringgit kepada 55,000 ringgit.
Penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hakmilik strata belum dikeluarkan.
34. Kerajaan telah mengumumkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman perumahan baru kakitangan Kerajaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun. Untuk memastikan peminjam sedia ada mendapat kemudahan yang sama, peminjam diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh pinjaman kepada 30 tahun. Langkah ini akan dapat membantu menambah pendapatan boleh guna peminjam.
Sebagai contoh, seorang penjawat awam yang kini mempunyai pinjaman sebanyak 190,000 ringgit selama 25 tahun, dan telah pun menjelaskan pinjaman beliau selama 10 tahun, dengan melanjutkan tempoh pinjamannya, beliau dapat mengurangkan ansuran bulanannya daripada 1,000 ringgit sebulan kepada 820 ringgit sebulan ataupun lebihan pendapatan boleh guna sebanyak 180 ringgit sebulan.
Pihak kerajaan, melalui Bank Negara, juga akan menyaran dan menggesa pihak bank mengambil inisiatif untuk memberi kelonggaran dan menstrukturkan semula pinjaman bagi peminjam-peminjam yang memerlukan.
35. Untuk menggalakan perkembangan perniagaan runcit dan industri pelancongan domestik, maka kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, memberi kebenaran untuk pasar raya besar (hypermarkets) melanjutkan masa perniagaan sehingga jam 11 malam pada hari biasa. Pada hujung minggu pula, ia boleh dibuka sehingga jam 1 pagi. Untuk pasar raya di pusat membeli belah, premis ini boleh dibuka sepanjang masa tertakluk kepada kebenaran kerajaan tempatan.
Selain itu, langkah ini adalah selaras dengan objektif untuk menjadikan negara sebagai destinasi membeli-belah yang menarik. Kerajaan berharap dengan langkah ini, kompleks membeli-belah akan terus menyambut dengan baik usaha kempen penurunan harga barang yang telah dimulakan baru-baru ini.
36. Kerajaan juga komited kepada usaha meliberalisasikan sektor perkhidmatan di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN (AFAS)Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di peringkat dua hala dan serantau. Di bawah AFAS, semua sektor perkhidmatan akan dibuka sehingga 70 peratus pegangan asing pada 2015. Antara sektor yang akan dibuka termasuklah sektor logistik, aktiviti-akitiviti tertentu dalam sektor telekomunikasi, pelancongan, perkhidmatan hospital swasta dan sektor pengajian tinggi.
Kerajaan akan membuat pengumuman terperinci setelah mendapat kelulusan Kabinet berasaskan cadangan daripada Kementerian Perdagagangan Antarabangsa dan Industri.
37. Dalam hal ini, Kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan dan modal insan. Kapasiti sektor perkhidmatan akan ditingkatkan melalui program latihan pekerja tempatan serta memudahkan pengaliran masuk pekerja mahir dan profesional asing.
38. Pelancongan kesihatan dan pendidikan merupakan subsektor yang berpotensi besar dalam sektor perkhidmatan. Untuk terus merangsang dalam subsektor tersebut, Kerajaan akan menyediakan garis panduan untuk memudahcara pengambilan profesional dan pelatih asing, memudahkan pengiktirafan kelayakan asing, memudahcara proses visa bagi pesakit dan keluarga serta menyelaras syarat-syarat berkaitan dengan penubuhan dan operasi hospital dan pusat latihan kesihatan.
Pendekatan yang serupa akan diambil bagi subsektor pelancongan pendidikan, termasuk penubuhan sekolah swasta antarabangsa, dengan tumpuan diberi kepada koridor pertumbuhan seperti Iskandar Malaysia.
39. Untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan diambil:
Pertama:
* Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang (long iron and steel products) untuk sektor pembinaan dan pembuatan. Di samping itu, semua Approved Perm it (AP) bagi keluaran besi keluli panjang akan dikecualikan.
Langkah ini akan dapat menyokong usaha Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan sektor pembinaan, di samping menyediakan persekitaran yang kompetitif dalam industri bekalan bahan binaan negara;
Kedua:
* Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai 500,000 ringgit atau lebih, tanpa memerlukan kelulusan FIC, dengan syarat hartanah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri. Langkah ini adalah untuk menggalakkan pelaburan, terutamanya pembangunan sektor hartanah negara;
Ketiga:
* Bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan (knowledge worker), permit kerja, yang pada masa ini diberi kepada majikan, akan juga diberi secara langsung kepada pekerja tersebut. Oleh itu, langkah ini akan meningkatkan fleksibiliti pekerja demikian dalam pasaran kerja, kerana mereka tidak akan terikat dengan majikan masing-masing.
40. Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan akan membawa kepada penjanaan peluang pekerjaan yang lebih lembab dan juga pengangguran. Oleh itu, dalam usaha menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan, Kerajaan akan mengambil langkah-langkah berikut:
Pertama:
Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan "Graduate Employability Management Scheme" (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya. Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta. Sasaran program ini ialah untuk melatih sehingga 12,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan yakin, progam ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan terlibat.
Kedua: Mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat diperlukan dalam sektor awam. Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam adalah 18,000. Kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu proses pelantikan secara tetap. Dalam tahun ini, lebih 1,300 kakitangan telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk memberhentikan kakitangan kontrak di dalam perkhidmatan Kerajaan sebagaimana dilaporkan dalam media.
41. Untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil, Bank Negara Malaysia akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak 200 juta ringgit bagi melaksanakan skim mikro kredit. Dana tambahan ini akan diselaras dan diagihkan melalui saluran sedia ada. Selain itu, Kerajaan juga telah menyediakan dana modal pusingan 100 juta ringgit untuk Program Kewangan Mikro Bandar.
Program ini diletakkan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memandangkan kejayaan program yang sama bagi kawasan luar bandar. Semenjak dilancarkan awal tahun ini, Program Kewangan Mikro Bandar sehingga kini telah mengeluarkan pembiayaan melebihi setengah juta ringgit kepada hampir 200 peminjam.
42. Untuk merangsang aktiviti pasaran modal, saya telah mengumumkan penambahan dana Valuecap sebanyak 5 bilion ringgit untuk pembelian ekuiti syarikat-syarikat yang mempunyai asas yang kukuh tetapi nilai pasaran mereka kini terjejas berikutan kesan pergolakan pasaran ekuiti global. Dana tambahan ini akan diperolehi melalui pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) yang dijamin oleh Kerajaan. Oleh itu, pinjaman ini bukan sahaja menjamin pulangan yang lebih tinggi daripada kadar deposit institusi perbankan, tetapi juga merupakan pelaburan yang mempunyai risiko yang paling minimum kepada KWSP.
43. Pemegang ekuiti Valuecap, iaitu Khazanah Malaysia, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), merupakan agensi-agensi Kerajaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan pelabur terbesar dalam pasaran ekuiti negara. Valuecap ditubuhkan pada tahun 2003 dengan dana sebanyak 5 bilion ringgit. Sebagai pelabur jangka panjang, Valuecap melabur dalam syarikat-syarikat blue chips di sektor-sektor utama seperti kewangan, perkhidmatan, perladangan, pembinaan, hartanah, industri, tenaga, dan komunikasi.
Valuecap mempunyai mandat untuk melabur dalam mana-mana syarikat dan bukan sahaja dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs). Langkah yang serupa juga telah dilaksanakan di beberapa negara, seperti Tracker Fund of Hong Kong semasa krisis kewangan tahun 1998 dan baru-baru ini, oleh Qatar Investment Authority dan juga sebuah dana pencen terbesar di Korea.
44. Untuk melancarkan lagi proses perolehan kerajaan supaya lebih telus dan mendapat "value for money", kerajaan akan memastikan bahawa sebahagian besar perolehan kerajaan akan dilakukan melalui tender terbuka dan tender terhad.
Perolehan kerajaan untuk kontrak-kontrak bumiputera juga akan ditenderkan melalui "competitive bidding" di kalangan syarikat-syarikat bumiputera. Hasrat kerajaan ialah supaya kontraktor-kontraktor bumi putera dapat bersaing dengan sihat dan meningkatkan lagi daya tahan mereka. Walau bagaimanapun, kerajaan masih ada budi bicara untuk menimbangkan rundingan terus atas pertimbangan tertentu. Pengecualian daripada dasar ini akan hanya dibuat di dalam keadaan tertentu sahaja.
45. Langkah-langkah yang diumumkan ini, Insya-Allah, akan dapat menangani impak daripada suasana global yang mencabar. Saya yakin kesejahteraan rakyat akan terus dapat dijamin manakala pembangunan negara akan terus dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tuan Yang Dipertua,
46. Dengan penjelasan tentang senario ekonomi global dan domestik serta langkah-langkah tambahan Bajet 2009 di atas, saya berpendapat beberapa isu utama berhubung Bajet 2009 yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Ahli-ahli Yang
Berhormat yang lain telah dijawab. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab isu-isu lain yang telah dibangkitkan o leh ahli-ahli di Dewan yang mulia ini.
PENUTUP
Tuan Yang DiPertua,
47. Selama lebih 5 jam Ketua Pembangkang telah berhujah tentang Bajet 2009. Ia merupakan sesuatu yang luar biasa jika dibanding cuma satu jam setengah masa pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008. Namun tuduhan-tuduhan Permatang Pauh yang menyatakan Bajet 2009 ini tidak boleh digunapakai ternyata meleset. Malah usaha pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008 tidak lebih daripada suatu fatamorgana, "mirage", impian yang tidak menjadi kenyataan.
48. Yang pasti, usaha itu telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan suasana harmoni dan merenggangkan keyakinan pelabur asing kepada negara kita.
Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh bagi menjaga kepentingan pelbagai kaum di negara ini. Semangat Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin akan terus menerajui perjuangan murni yang menjadi landasan teras kerajaan Barisan Nasional.
49. Dalam menghadapi persekitaran yang mencabar ini, saya menyeru kepada semua rakyat, baik di dalam atau luar negeri, untuk sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis ini ditangani dengan jayanya. Kita perlu belajar daripada pengalaman yang lalu, di mana kita berjaya mengharungi setiap krisis dengan semangat bersatu padu dan kerjasama yang erat.
50. Semua pihak mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara kita terus membangun dengan maju, tidak kira sektor awam, sektor swasta, badan bukan Kerajaan (NGOs) mahupun parti politik. Saya yakin, gandingan dan usahasama yang jitu akan membolehkan kita berjaya menangani cabaran yang kita sedang hadapi ini, Insya-Allah.
51. Sebesar mana dan setinggi mana pun rempuhan badai kemelesetan ekonomi dunia, akan kita hadapi dengan persiapan rapi. Benteng pertahanan kita wajar semakin tegap dengan sokongan akrab dan dokongan mantap dari semua pihak.
Marilah kita menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab untuk membina ekonomi negara melalui Bajet 2009 ini. Hasrat murni kita ini dilandasi dengan penuh
sifat berhemah dan bijaksana demi mengutamakan kepentingan negara tercinta dan membela rakyat jelata.
ISU: TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PERSAINGAN KOMPETETIF Disediakan oleh: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang(UMP) sesi 2008/2009 PENGENALAN Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang diilhamkan Allahyarham Tun Abdul Razak telah banyak memberikan kebaikan dan membuka ruang-ruang ekonomi kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, dasar yang banyak menaungi sebahagian besar orang melayu ini dikatakan tidak mencapai sasaran yang diingini kerana dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu. Hasrat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menyatakan semangat DEB sewajarnya diteruskan perlu dipandang serius dari segi pelaksanaannya supaya perkara yang sama tidak berulang. Krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat telah memberi kesan langsung kepada semua negara di seluruh dunia. Malaysia yang masih bergantung kepada eksport dan import dagangan dunia memerlukan pakej rangsangan ekonomi yang membantu menjana prestasi ekonomi negara. Stimulus pakej rangsangan ekonomi ke dua sebanyak RM 60 billion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 10 Mac 2009 di parlimen mengejutkan banyak pihak dan memberikan keyakinan baru kepada pelabur untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan. Persoalannya, apakah komitmen pihak pemerintah untuk memastikan setiap usaha dan perancangan dilaksanakan dengan baik. Antara kesan awal Transformasi Ekonomi Malaysia ialah membuka peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia. Persoalannya ialah sejauh mana anak-anak muda terutamanya dikalangan graduan tempatan merebut peluang mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang sedia ada. Seterusnya mengurangkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Transformasi ekonomi akan membantu membahagikan kekayaan negara mengikut nisbah populasi setiap kaum. Dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan memberi ruang seluas-luasnya kepada transformasi ekonomi yang diharapkan dapat membantu seluruh rakyat Malaysia. Kesan lain yang akan dialami oleh Malaysia
ialah peningkatan aliran pelabur asing di Malaysia. Keyakinan pelabur asing seharusnya menjadi keutamaan pemerintah Malaysia dalam memastikan ekonomi terus berdaya saing dan mampan. KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG Kesan transformasi ekonomi ini secara langsung mampu meningkatkan peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor. Kita dapat melihat pelbagai iklan-iklan tawaran kerja dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan menunjukkan ruang kerja yang meluas. Contohnya disektor kejuruteraan, peluang pekerjaan disediakan oleh banyak pihak seperti Petronas, Hicom dan Sime Darby. Ini juga disebabkan oleh peningkatan taraf pendidikan dikalangan masyarakat terutamanya pemuda-pemudi tunjang negara pada masa akan hadapan. Di sini, lahirlah graduan-graduan yang berintelektual dan berdaya saing. Sumber tenaga kerja yang telah dibentuk amat diperlukan disebabkan oleh persaingan kompetitif yang wujud dikalangan syarikatsyarikat yang ingin terus meningkatkan prestasi syarikat masing-masing. Syarikat tempatan akan bersaing diantara satu sama lain bersama-sama dengan syarikat dari pelabur asing. Kesan pertambahan peluang pekerjaan ini juga mampu membasmi kemiskinan dan pengurangan kadar pengangguran disamping meningkatnya taraf hidup di semua lapisan masyarakat. Kesan tidak langsung dari penyertaan pelaburan asing ke negara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada penambahan ilmu kepakaran dan kemodenan dari segi infrastruktur. Seterusnya, antara kesan lain ialah mengurangkan jurang ekonomi antara kaum khususnya dari segi pendapatan isi rumah, pemegangan ekuiti, pemilikan harta, dan produktiviti. Malaysia merangkumi tiga kaum utama iaitu Bumiputera sabanyak 65% dan bukan Bumiputera yang mencangkupi Cina sebanyak 25% dan India sebanyak 7% dan bakinya terdiri daripada kaum-kaum lain. Oleh itu dalam merealisasikan transformasi ekonomi, pembahagian harta kekayaan yang perlu d ikuotakan di negara kita seharusnya mengikut nisbah populasi kaum di negara ini bagi menjamin pembahagian harta secara adil dan seterusnya mengurangkan jurang antara kaum di Malaysia. Kita sedar bahawa dalam Rancangan Malaysia ke-9, pelbagai langkah telah diambil oleh pemerintah dalam membasmi kemiskinan yang secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Pemerintah telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007 dengan bermatlamatkan kemiskinan tegar dapat dihapuskan menjelang tahun 2010. Oleh itu, dalam membentuk transformasi ekonomi kearah persaingan kompetetif, pemerintah seharusnya menukar bantuan yang diberikan untuk jangka masa pendek kepada bantuan yang dapat diperkembangkan ibaratnya seperti memberi joran dan diajarkan kepada mereka untuk memancing ikan. Pada masa kini dibawah pemerintahan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang baru, pemerintah akan membangunkan sektor
perkhidmatan dan juga menggalakkan sektor pembuatan yang menjadi peneraju kekayaan negara. Justeru, pengusaha perusahaan kecil sederhana (PKS) perlu mengambil peluang ini dalam menjadi pengeluar yang kompetitif bagi memastikan kelangsungan produk mereka kekal dalam pasaran dan seterusnya jurang antara kaum dapat dikurangkan dan memastikan pembangunan dan kemajuan negara dalam keadaan stabil. Salah satu kesan daripada transformasi ekonomi Malaysia ke arah persaingan kompetetif adalah lebih banyak aliran pelaburan asing berlaku. Peningkatan aliran kemasukan pelaburan asing akan membantu prestasi ekonomi sesebuah negara. Perpindahan teknologi dan kemasukan buruh mahir asing secara tdak langsung dapat meningkatkan pertumbuhan negara melalui perkongsian maklumat dan perpindahan teknik-teknik pengeluaran yang cekap. Peluang pekerjaan domestik dan tenaga mahir serta separa mahir tempatan akan meningkat disebabkan oleh aktiviti pelaburan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini. Selain itu, kemasukan pelaburan asing akan meningkatkan defisit akaun pendapatan pelaburan negara kerana penghantaran pulang pendapatan pelaburan oleh negara asal. Tambahan pula, liberalisasi perdagangan dan liberalisasi kewangan yang berlaku menyebabkan aliran dana antara negara agak bebas bergerak dari satu negara ke negara yang lain. KRITIKAN DAN PEKARA YANG PERLU DIAMBIL BERAT Transformasi ekonomi merupakan agenda penting negara yang memerlukan usaha dan komitmen berterusan terutamanya daripada pemerintah Malaysia. Rakyat pada amnya meletakkan harapan tinggi terhadap kepimpinan negara Malaysia di bawah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada lebih stabil dan mampan. Pemerintah Malaysia seharusnya mengambil berat soal daya tahan ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang dan pendek. Daya tahan ekonomi Malaysia terhadap spekulator asing yang mengancam kestabilan akan mempengaruhi pelabur asing masuk ke dalam pasaran Malaysia. Antara langkah-langkah Transformasi Ekonomi yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah: 1. Kestabilan politik Malaysia -Pihak pemerintah bersama-sama pihak pembangkang seharusnya lebih proaktif mencari titik persamaan dan membantu meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia. Parti pemerintah seharusnya mengamalkan semangat demokrasi yang tulen dalam usaha membantu kesenangan rakyat. Transformasi ekonomi hanya akan berjaya apabila kestabilan politik dapat dicapai melalui pengamalan semangat demokrasi yang tulen. 2. Memperteguh sistem kehakiman dan perundangan negara -Sistem kehakiman di negara kita seharuslah berada di tahap yang tertinggi dari
sudut integriti demi menjamin kelangsungan ekonomi agar tumbuh dengan lebih mampan. Sistem kehakiman hari ini dapat dipertingkat dengan wujudnya sistem perlantikan hakim dengan lebih efisyen dan telus. Hal ini sangat penting kerana seseorang hakim merupakan tunjang kepada pembentukan integriti sesebuah negara. Pelaksanaan sebarang denda dan hukuman wajarnya dilakukan dengan adil dan saksama serta tidak wujudnya sebarang pilih kasih terutamanya dikalangan golongan atasan. 3. Pengukuhan institusi kewangan Faktor yang menyuburkan potensi pertumbuhan di Malaysia ini adalah disebabkan sistem kewangan yang kukuh dan stabil yang dikawalseliakan. Ini dapat meyakinkan para pelabur asing untuk berurusan di negara ini kerana faktor keselamatan dan kestabilan terjamin. Tindakan ini diharapkan agar sektor kewangan lebih efisyen dan seiring dengan keperluan ekonomi semasa. 4. Memperhalusi kaedah pelaksanaan di setiap Wilayah Pembangunan Koridor Wilayah Pembangunan Iskandar(WPI), Wilayah Pembangunan Ekonomi Utara(NCER), Wilayah Pembangunan Ekonomi Timur(ECER), Koridor Pembangunan Sabah(SDC) dan Sarawak Corridor of Renewable Energy(SCORE) seperti mana yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi seharusnya diperincikan kembali cara pelaksanaannya dalam memberi impak yang maksima kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Projek mega ini jika diperhalusi dapat memberikan pulangan yang lebih besar kepada Malaysia kerana ia secara tidak langsung dapat menjamin kepercayaan pelabur-pelabur luar untuk mencurahkan tenaga pakar mahupun melabur dari segi kewangan di negara ini. KESIMPULAN Kesimpulannya, Transformasi Ekonomi Malaysia merupakan satu cabaran yang perlu dilihat dari sudut yang positif. Transformasi Ekonomi Malaysia memerlukan komitmen padu dan strategi yang khusus agar segala aspek dapat disentuh dan dibangunkan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor ekonomi. Pemerintah Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak seharusnya bersama-sama barisan kabinet melihat Trasnformasi Ekonomi Malaysia sebagai satu komitmen yang seriu s dan mendatangkan impak jangka masa panjang terhadap ekonomi Malaysia. Pihak pemerintah dan rakyat Malaysia perlu bersatu hati dan berusaha bersungguhsungguh supaya setiap perancangan dapat diterjemahkan ke dalam bentuk keputusan iaitu sehingga prestasi ekonomi Malaysia berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Ringkasan Eksekutif Kertas kerja Transformasi Ekonomi Malaysia Ke Arah Persaingan Kompetetif
merupakan satu usaha kami,Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang(MPP UMP) menyuarakan pandangan kami mengenai situasi ekonomi di Malaysia melalui kaca mata sebagai mahasiswa dan peranan pihak pemerintah untuk bersama-sama mengambil tindakan demi kebaikan Malaysia. MPP UMP sebagai wakil kepada instituisi universiti teknikal perlu bersama-sama dengan pihak pemerintah untuk kita bergandingan menyelesaikan kemelut masa kini. Di dalam kertas kerja ini, kami MPP UMP menggariskan kesan kepada pelaksanaan Transformasi Ekonomi Malaysia yang akan membuka lebih banyak peluang kepada seluruh rakyat Malaysia. Transformasi ekonomi Malaysia bukanlah ancaman kepada or ang melayu malah inilah peluang kepada seluruh rakyat Malaysia kepada amalan politik baru dan sistem tadbir urus( governan) yang lebih adil dan bijaksana. Kepercayaan dan tarikan pelabur asing bagi merancakkan ekonomi Malaysia sangat di beratkan. Penilaian kepada setiap projek akan membantu Malaysia lebih berperanan dalam meyakinkan pelabur asing seterusnya mengangkat prestasi ekonomi malaysia ke tahap tertinggi. Dengan sumber asli yang banyak, Malaysia merupakan negara berpotensi besar untuk berkembang lebih kehadapan.berbanding negara-negara lain. Malaysia memerlukan Transformasi Ekonomi dari sudut sistem governan yang lebih efisyen dan berdaya saing. Apabila sistem urus tadbir ditentukan oleh orang-orang yang mempunyai kepakaran, keyakinan pelabur akan bertambah dengan sendirinya. Seharusnya, pemerintah Malaysia mesti mengambil tindakan serius agar dapat ,mengatasi krisis ekonomi yang melanda hampir semua negara.
I : PENDAHULUAN 1.01 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing negara. Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan. 1.02 Penggubalan RRJP3 telah mengambil kira penilaian semula kemajuan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) serta pengalaman yang dipelajari daripada krisis kewangan Asia tahun 1997-1998. Dasar dan strategi yang dirangka adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kekuatan sedia ada, menangani kekurangan dan kekangan serta menghadapi cabaran persaingan dunia. Seperti di masa lalu, Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan yang menyeluruh dalam membangunkan ekonomi demi menjamin pertumbuhan yang stabil, menggalakkan keharmonian di kalangan