tentang analisis SWOT dan Lay Out pemasaranFull description
cara menganalisis dengan metode swot
swotFull description
Tugas Pengantar Manajemen Tentang SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats)
makalah
SWOTFull description
kasus Puskesmas Enggal WarasDeskripsi lengkap
Mata Kuliah Rekayasa Nilai - Analisis SWOT S-1 Teknik Sipil UNDIP
analisis SWOTDeskripsi lengkap
contoh makalah mengenai analisis SWOT yang di terapkan di rumah sakit.
swotFull description
mlFull description
swotFull description
SWOTDeskripsi lengkap
makalah
analisis SWOT
swot
ANALISIS SWOT (KUMPULAN 1) Semasa menjalani aktiviti Bina Insan Guru (BIG) di Pulau Pangkor, saya telah mendapat pelbagai pengalaman baru dan berharga yang tidak munkin saya akan peroleh. Apabila saya dan rakan-rakan tiba ke lokasi tapak perkhemahan, kami terus dibahagi kepada empat kumpulan yang terdiri dari pelbagai kelas. Saya telah terpilih untuk menyertai kumpulan 1. Kumpulan ini terdiri dari 3 pelajar kelas saya iaitu 1 PISMP Matematik 1 dan selebihnya ialah pelajar kelas Pemulihan Bahasa Melayu seramai 17 orang. Pada mulanya saya dan rakan-rakan sekelas berasa sedikit segan kerana tidak biasa dengan ahli kumpulan dari kelas lain. Namun, begitu perasaan itu hanya seketika kerana mereka amat peramah dan kami dapat bekerjasama dengan amat baik sekali. Saya ingin mulakan dengan kekuatan kumpulan ini, kumpulan satu pada pendapat saya mempunyai kekuatan yang amat kuat dari segi kerjasama dan komitmen dari setiap ahli kumpulan. Bukti pertama yang dapat saya lihat ialah semasa setiap kumpulan diminta untuk melukis lambang kumpulan, moto dan lagu masing-masing, kami dapat menyiapkannya dalam masa yang pantas dan hasilnya amat baik. Ini kerana terdapat ahli kumpulan saya yang mahir dan kreatif dalam melukis manakala ada yang mempunyai kepakaran dalam mengarang lagu. Selain itu, ahli kumpulan yang lain juga memainkan peranan dalam menyumbang idea dari segi moto kumpulan dan lirik lagu. Semangat kerjasama dan suasana yang sentiasa ceria dalam kumpulan pada pendapat saya menjadi kunci kepada kekuatan kumpulan saya. Semasa melakukan aktiviti ³ jungle tracking , semangat berpasukan dalam kumpulan saya terbukti apabila kami ´
dapat menyelesaikan aktiviti dengan pantas walaupun keadaan hutan pada waktu itu licin dan basah akibat hujan yang melanda pada malam sebelumnya. Menurut jurulatih BIG, kumpulan kami ialah kumpulan yang paling pantas dalam menghabiskan aktiviti ini berbanding dengan kumpulan lain. Setiap satu perkara itu mesti ada kekuatan dan kelemahannya. Kumpulan saya juga tidak dapat lari beberapa aspek kelemahan. Antara perkara yang agak lemah yang dapat saya lihat ialah kami agak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya ialah dalam memilih nama kumpulan kami, kami telah sepakat untuk
memilih nama Galus sebagai nama kumpulan kami. Ia merupakan gabungan dari perkataan gagal dan lulus. Tujuan kami sebulat suara untuk memilih nama ini kerana inging menunjukkan bahawa kami ini tidak semuanya sempurna dan sentiasa ingin membaiki diri. Namun nama ini telah mendapat kritikan yang agak tajam dari para jurulatih dan pensyarah mungkin kerana ia kedengaran kurang sesuai. Di samping itu, semasa aktiviti ³ jungle tracking , kami langsung tidak mempraktikkan jenis-jenis ikatan ´
yang telah diajar oleh Tuan Haji Omar sebelum itu. Ikatan yang diajar tersebut bertujuan untuk memudahkan perjalanan kembara kami. Namun, mungkin kerana jalan yang dilalui nampak kurang mencabar, kami telah meredahnya tanpa menggunakan apa yang telah diajar. Kami hampir mendapat balasannya apabila salah seorang ahli kumpulan kami tergelincir dan hampir terjatuh namun mujur terdapat ahli pantas bertindak balas dengan menangkap tangannya sebelum apa-apa kejadian yang tidak dingini terjadi. Terdapat
beberapa
penambahbaikan
yang
boleh
dibuat
berdasarkan
pengalaman saya semasa menjalani BIG terutamanya semasa berada kumpulan 1. Pertama ialah sentiasa berfikir secara mendalam sebelum mengambil dan membuat sebarang keputusan. Contohnya ialah semasa ingin memilih nama kumpulan. Kami harus mengambil kira sensitiviti orang lain terutamanya jurulatih dan pensyarah. Seterusnya ialah mengambil ilmu yang diajar dan praktikkannya kerana sudah pasti ia akan ada faedahnya. Contoh yang paling jelas saya dan ahli kumpulan perlu cuba untuk mempraktikkan apa yang telah diajar mengenai teknik ikatan tali. Memang ia nampak
seperti
remeh
namun
ia
boleh
pengalaman
yang
ada
semasa
menggunakannya boleh digunakan pada masa hadapan. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang saya perolehi semasa berada dalam kumpulan ini. Saya bersyukur mendapat ahli kumpulan seperti mereka kerana saya dapat berkenalan dengan pelajar dari kelas lain dan bekerjasama dengan mereka.