lab report momentum dan perlanggaranFull description
Full description
PANDUAN AMALI SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN
AMALI 3
1. Tajuk: Ujian-Ujian Makmal Untuk Air
2. Objektif: (i)
Menjalankan beberapa eksperimen untuk mengenalpasti kandungan BOD (oksigen terlarut) dan pH air bagi beberapa sampel air dari lokasi yang berbeza.
(ii)
Mengenalpasti jenis organisma/ mikroorganisma yang terdapat di dalam sampel air dari beberapa lokasi berbeza.
(iii)
Menilai kesan pencemaran alam sekitar dengan menggunakan kemahiran saintifik.
3. Radas dan bahan: (untuk 1 kumpulan) Tabung uji (5)
Mikroskop (1)
Picagari
Slaid kaca dan penutup slaid (5)
(1)
Larutan metilena biru (50 ml)
Botol reagen (5)
pH meter (1)
Penitis (1)
Penunjuk universal (1)
4. Langkah-langkah : Secara berpasangan, (a)
Kumpulkan sampel air dari beberapa lokasi berbeza (150 – 200 ml setiap sampel)
Ujian 1:
(b)
Ambil sebanyak 50 ml sampel air dan masukkan ke dalam tabung uji.
(c)
Masukkan kertas pH/ penunjuk universal/ pH meter ke dalam sampel air tersebut dan rekodkan hasil pemerhatian anda.
(d)
Ulangi langkah (b) dan (c) untuk sampel-sampel air yang lain.
pg. 1
PANDUAN AMALI SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN
Ujian 2:
(e)
Ambil sebanyak 100 ml sampel air dan masukkan ke dalam botol reagen.
(f)
Menggunakan picagari, masukkan 1 ml larutan metilena biru ke dalam botol reagen. Tutupkan botol dengan segera.
(g)
Botol reagen diletakkan di dalam almari atau bilik gelap. Dilarang menggoncang botol reagen.
(h)
Ulangi langkah (e) – (g) ke atas sampel-sampel air yang lain.
(i)
Rekod hasil pemerhatian bagi setiap 1 jam sehingga 6 jam. Catatkan masa bagi pelunturan warna metilena biru diperhatikan
Ujian 3:
(j)
Sediakan slaid kaca yang mengandungi lapisan air dari setiap sampel air yang berbeza.
(k)
Dengan menggunakan mikroskop, perhatikan organisma/ mikroorganisma yang terdapat di dalam sampel air tersebut.
(l)
Ulangi beberapa kali untuk memastikan anda telah dapat melihat keseluruhan sampel air.
(m)
Rekodkan dan namakan semua organisma/ mikroorganisma yang dapat anda perhatikan.
5. Penyediaan Laporan Amali: (a)
Laporan Amali 3 disediakan secara individu..
(b)
Aspek-aspek yang perlu dimasukkan ke dalam laporan ialah:- Tarikh pelaksanaan amali - Tajuk amali, Objektif, Pengenalan (penerangan tentang pemuliharaan air dan tahap pencemaran air ). Peralatan dan bahan, Langkah-langkah pelaksanaan (nyatakan dengan jelas Kemahiran Saintifik yang terlibat), Jadual pengumpulan data, Perbincangan dan Rumusan - Lampirkan gambar dan jadual yang menyokong penerangan anda
(c)
pg. 2
Perbincangan laporan anda hendaklah mengandungi penerangan tentang konsep berikut:-
PANDUAN AMALI SCES3103 BIOLOGI PERSEKITARAN
- perbandingan tentang sampel air yang diambil (lokasi sampel dengan aktiviti manusia, kekeruhan air, bau,dan warna ) - menghubungkait hasil ujian 1, 2 dan 3 dengan tahap pencemaran sampel air. (e)
pg. 3
Laporan ini perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu selepas amali dijalankan.