AMALI 1 : MEMERIK MEMERIKSA SA SLAID TERSEDIA TERSEDIA BAKTERIA BAKTERIA TAJUK Mengkaji morfologi bakteria pada slaid tersedia. TEORI a. Bakteria merupakan sejenis mikroorganisma yang wujud sebagai suatu hidupan. b. Bakteria tidak boleh dilihat dengan mata kasar namun hanya boleh dilihat dengan mikroskop sahaja. c. Bakteria terdiri daripada pelbagai saiz, bentuk dan mempunyai fungsi yang tersendiri dan pelbagai. d. Bakteria ini boleh hidup dalam pelbagai persekitaran seperti badan manusia seperti sistem pencernaan, air, haiwan dan juga kawasan gunung berapi.
OBJEKTIF Untuk mengkaji sifat-sifat
yang terdapat pada bakteria
samada dari segi fizikal mahupun
fungsi-fungsinya fungsi-fungsi nya pada persekitaran persekitara n . dalam eksperimen ini juga, turut dikaji
bentuk serta
keperluannya terhadap betuk tersebut. dan objektif akhir adalah kaitan sifat-sifat bakteria terhadap persekitaran. BAHAN DAN ALAT RADAS a. Slaid bakteria b. Mikroskop c. kertas d. pensil. PROSEDUR 1. Siapkan bahan dan radas untuk eksperimen. 2. Sediakan mikroskop untuk membuat pemerhatian ke atas slaid. 3. Ambil slaid bakteria dan letakkan di bawah mikroskop dengan berhati-hati. berhati-hati . 4. Mulakan dengan pembesaran paling kecil iaitu 4 X 10 kemudian tukarkan kepada pembesaran lebih besar sehingga dapat melihat dengan baik. 5. Lukis pemerhatian terhadap bakteria menggunaka n pensel dan dan kertas.
ANALISIS DATA
hasil lukisan bakteria
Berdasarkan pemerhatian dan analisis, bakteria yang dilihat menggunakan mikroskop di bawah pembesaran 10 X 10 ini berbentuk panjang dan kecil.
PERBINCANGAN Morfologi bakteria Bentuk bakteria terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu :
coccus (bulat kecil yang bercantum )
bacillus (berbentuk seperti batang yang mana panjangnya jauh lebih besar daripada lebarnya)
spiral (sel yang berpilin berbentuk heliks atau sedikit kerinting)
kebiasaannya saiz bagi bakteria ini adalah 0.2 um dalam diameter dan 2-8 um dalam panjang. Setiap bakteria ini boleh hidup sama ada secara bersendirian contohnya bacillus, bagi yang berpasangan contohnya diplobacili. Bagi yang berkumpulan pula adalah streptobacilli bakteria juga mempunyai struktu-struktur seperti sel-sel lain seperti ribosom, membrane plasma, diding sel, plasmid DNA namun mempunyai sedikit perbezaan seperti flagella bakteria.
Struktur sel bakteria
Walaupun bakteria ini sangat kecil namun ia boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia daripada segi kebaikan mahupun memberi keburukan. Tanpa disedari beribu bakteria hidup di dalam tubuh badan manusia dan kebanyakan darinya memberikan kebaikan kepada kesihatan badan manusia. Bakteria juga memainkan peranan dalam proses pencernaan contohnya, membantu dalam pencegahan ke atas serangan
bakteria pathogen berbahaya yang
menyerang sistem tubuh. Yang seterusnya juga, bakteria berkemampuan dalam penghasilan enzim yang amat diperlukan dalam pembinaan dan pemecahan sebatian organik. Enzim yang dihasilkan untuk proses penampaian untuk penghasilan alcohol, cuka,keju dan sebagainya. Baktera ini juga diperlukan untuk prnguraian bahan buangan organik yan g terhasil daripada
pertanian , tangki septik. W alaubagaimanapun, bakteria juga sering kali digunakan dalam kajian genetik untuk pertumbuhan populasi, pencegahan penyakit genetik dan berbagai-bagai lagi. Bagi bakteria yang dikaji pada amali kali ini tergolong dalam kelompok bakteria jenis spiral. Bakteria jenis ini tergolong kepada tiga jenis iaitu spirilia, vibrio dan spirochetes. Bakteria yang dikaji adalah spirochetes. Bakteria ini mempunyai bentuk heliks dan agak kerinting. Ianya mempunyai badan yang fleksibel. Spirochetes ini juga mempunyai bahagian badan yang dipanggil filament axial yang kelihatan seperti flagella. Kesan daripada bahgian badan ini, bakteria ini mempuyai kelebihan dari segi kelenturan dalamannya. LANGKAH BERJAGA-JAGA : 1. Mengendalikan mikroskop dengan berhati-hati dan cermat agar tidak menyebabkan kerosakan. 2. Meletakkan slaid bakteria yang tersedia dengan berhati-hati agar tidak pecah. 3. Memakai kot makmal semasa mengendalikan eksperimen. 4. Mengemas tempat eksprimen setelah selesai melakukan amali.
KESIMPULAN Setelah membuat kajian tentang morfologi bakteria ini, dapat kami kenalpasti bahawa bakteria ini adalah bakteria jenis spirochetes. bakteria adalah organism yang terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz dan jenis. Setiap daripada jenis bakteria ini mempuyai fungsinya serta memainkan peranan yang tersendiri dalam kehidupan . bakteria ini mampu memberikan pengaruh kepada kehidupan manusia terutamanya seperti bidang perubatan, pertanian mahupun bidang kajian genetic. RUJUKAN The Columbia Electronic Encyclopedia, 6th ed. Copyright © 2012, Columbia University Press. All rights reserved. © 2000 –2016 Sandbox Networks, Inc., publishing as Infoplease
LAMPIRAN
1.2 . gambar bakteria yang direkod
1.3 saya dan rakan sedang melakukan kajian