Pengenalan Mengikut Hooker, adat adalah satu aspek kelakuan yang mendekati soal-soal etika atau moral sesuatu yang dianggap elok atau sesuai dan dapat diterima oleh sesuatu masyarakat atau dapat juga dikatakan sebagai undang-undang kemasyarakatan, hukum alam atau keadaan semulajadi yang menerangkan tentang fenomena-fenomena alam, adat yang membawa pengertian undang-undang.1 Manakala menurut Datuk Samad Idris adat adalah satu system pentadbiran dan pemerintahan serta cara hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara yang dikawal oleh peraturan-peraturan hidup seharian.2 Di Nusantara atau Alam Melayu terdapat pelbagai adat yang digunakan dalam kehidupan masyarakat. Adat perpatih dan adat temenggung merupakan adat yang paling banyak diamalkan di kawasan Nusantara. Kewujudan kedua adat tersebut dikatakan berasal dari satu sumber yang sama iaitu dikatakan berasal dari ibu yang sama tetapi berlainan bapa.3 Adat Temenggung dikatakan diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan manakala Adat Perpatih dikatakan diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang. Terdapat beberapa pendapat yang telah dikeluarkan oleh penyelidik mengenai asal usul adat tersebut. Pendapat yang pertama, mengikut Abdullah Siddik beliau menyatakan bahawa menurut Tamboo, di Minangkabau terdapat dua adik beradik yang sama mak berasal dari keluarga bangsawan iaitu Sutan Paduka Basa dengan gelaran Datuk Ketemanggungan, dan Sikalokduni dengan gelaran Datuk Perpatih Nan Sebatang. Berdasarkan pendapat tersebut menunjukkan bahawa bahawa Adat Temenggung dan Adat Perpatih sememangnya berasal dari Minangkabau.
1
Hooker, Reading In Malay Adat Laws, Singapura : Singapura University Press, 1970, Hlm. Xi Datuk Samad Idris, Kemudian Dalam Adat Perpatih, Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Seminar Pensejarahan Dan Adat Perpatih, Anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan, Pada 10-12 April 1974, Hlm. 3 3 Zainal Abidin Bin Borhan, Adat Melayu Temenggung, Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Seminar Adat Perpatih Naning, Anjuran Kerajaan Negeri Melaka, Pada 15 Mac 1997, Hlm. 2. 2
1|AEEA2302
Pendapat yang kedua pula telah dikeluarkan oleh Wilkinson, beliau menyatakan bahawa Adat Temenggung tidak berasal dari Minangkabau. Beliau berpendapat bahawa adat tersebut berasal dari dari kerajan Melayu Palembang/ Srivijaya yang wujud sekitar tahun 9001375 Masihi. Beliau juga berpendapat bahawa adat tersebut berkembang ke Singapura dan Melaka melalui keturunan Raja Palembang. Dari Melaka adat tersebut berkembang ke kawasan yang lain di Tanah Melayu seperti Johor,Perak, Pahang, dan lain-lain.4 Adat Temenggung dilihat diperaktikkan secara meluas di kawasan persisiran pantai seperti Melaka dan seterusnya berkembang ke kawasan wilayah yang lain manakala dapat dilihat Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat yang di kawasan pendalaman seperti di Naning, Negeri Sembilan dan juga di kawasan Sumatera Barat. Walaupun kedua-dua adat tersebut dikatakan berasal dari satu sumber yang sama namun kedua-dua adat tersebut mempunyai perbezaann yang ketara dalam beberapa perkara. Antaranya adalah perbezaan dari aspek politik dan kekuasaan, sistem perundangan, sistem perwarisan harta, sistem kekeluargaan dan juga sistem perkahwinan. Perbezaan yang ada tersebut menunjukkan dan mempamerkan keunikan dan ketinggian pemikiran masyarakat Alam Melayu ketika satu masa dahulu. Perbandingan Dalam Sistem Adat Temenggung Dan Adat Perpatih Sistem Politik Dan Kekuasaan Dalam adat Temenggung, raja atau sultan merupakan kedudukan yang paling tinggi dalam struktur politik dan pentadbiran di Alam Melayu yang mengamalkan Adat Temenggung. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran dan raja juga memainkan peranan sebagai ketua agama, ketua undang-undang, ketua ketenteran dan ketua masyarakat.
4
Zainal Abidin Bin Borhan, Adat Melayu Temenggung, Hlm. 4.
2|AEEA2302
Kedudukan istimewa seorang Raja diperkukuhkan dengan konsep daulat dan derhaka. Hal ini dapat diperlihatkan melalui petikan berikut: Bendahara Paduka Raja pun berwasiatkan kepada segala anak cucunya ... jangan kamu sekaliannya melupai daripada berbuat kebaktian .. raja itu umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama ganti Pencipta ( Allah ) dalam dunia. ( Sulalatus Salatin, 1979 : 190 ) Dapat dilihat melalui petikan tersebut kedudukan seorang raja begitu mulia sehingga dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia. Hal ini secara tidak langsung bahawa sebarang tindakan melanggar perintah Raja seperti melanggar perintah Tuhan. Di bawah raja atau Sultan terdiri daripada kerabat diraja yang digelar sebagai keluarga bangsawan. Seterusna terdapat pembesar-pembesar yang bertugas mengikut bidang kuasa masing-masing sebagai contohnya Bendahara, Laksamana dan Shah Bandar. Raja atau Sultan di Alam Melayu berkuasa dalam menentukan corak pemerintahan. Kebanyakan Raja atau Sultan di Alam Melayu mengamalkan sistem autokrasi. Selepas kematian Raja, kedudukan tersebut akan diwarisi oleh anak lelaki pertama Raja dan sekiranya Raja mangkat tanpa meninggalkan waris maka takhta tersebut akan diwarisi oleh adik kandung raja. Dalam Adat Perpatih sistem politik atau organisasiya diasaskan oleh unit terkecil iaitu rumpun. Rumpun adalah satu keluarga yang mempunyai keturunan sekurang-kurangnya tiga generasi dan tinggal setempat.5 Gabungan beberapa rumpun akan membentuk ruang dan gabungan beberapa ruang seterusnya akan membentuk perut. Kebiasaannya perut adalah kelompok masyarakat yang berasal dari suku yang sama.6 Perut akan diketui oleh Buapak.
5
Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas, Latihan Ilmiah, Jabatan Persuratan Melayu : UKM, 1992/92, Hlm. 37. 6 Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas, Hlm. 39.
3|AEEA2302
Buapak berfungsi dalam hak kekeluargaan seperti perkahwinan, penceraian, pembahagian harta dan menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku dalam perut.7 Buapak seterusnya akan memilih Lembaga. Lembaga pula akan memilih Undang. Setiap suku akan diketuai oleh Lembaga. Jawatan lembaga dilantik secara bergilir mengikut suku. Lembaga mempunyai kuasa dalam melantik dan memecat Penghulu atau Undang. Di Negeri Sembilan, jawatan Penghulu atau Undang dilantik dari Suku Biduanda iaitu suku asli di Negeri Sembilan. Keadaan politik Adat Perpatih dapat dilihat melalui perbilangan berikut : Bulat anak buah, Melantik buapak, Bulat buapak, Melantik lembaga, Bulat lembaga, Melantik penghulu / undang, Bulat penghulu / undang melantik keadilan ( raja ).8 Melalui perbilangan tersebut dapat dilihat bagaimana keadaan politik dan pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih. Mereka mengamalkan sistem pemilihan dari bawah ke atas iaitu sistem bertingkat. Dapat dilihat juga berdasarkan pemilihan bertingkat tersebut memperlihatkan kepimpinan dalam Adat Perpatih berlandaskan konsep muafakaat demokrasi dan budi. Hal ini dapat dilihat dalam perbidalan seperti berikut:
7
Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas, Hlm. 50. 8 Khalid Bonget, Adat Perpatih Esei Pilihan : Tatacara Pemilihan Ketua Adat Dalam Adat Perpatih, Malaysia : Jabatan Warisan Negara, 2007, Hlm. 146.
4|AEEA2302
Memusat dari bumi, Perpuncak ke langit. Berjenjang naik, Bertangga turun.9 Berdasarkan perbidalan tersebut daat dilihat konsep yang digunakan oleh masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih. Hal ini seterusnya dapat membezakan keadaan politik dan sistem yang digunakan dalam organisasi masyarakat yang mengamalkan Adat Temenggung dan Adat Perpatih.
Sistem Perundangan Dalam Adat Temenggung, pelaksanaa undang-undang yang dilakukan adalah bertujuan untuk menghukum dan berpegang kepada perinsip pembalasan. Hal ini bertujuan bagi memberi amaran dan iktibar kepada orang lain dan memberi hukuman serta balasan kepada pesalah. Dapat dilihat undang-undang Adat Temenggung telah menjadi asas dalam pembentukan undang-undang kerajaan Melayu yang ada seperti pembentukan UndangUndang Johor, Hukum Kanun, dan Undang-Undang Riau. Hal ini telah disokong oleh Abu Hassan dan Mariam.10 Perkara ini berlaku kerana disebabkan oleh perkembangan masyarakat yang berlaku di persisir pantai memerlukan sebuah undang-undang yang bertulis oleh itu mereka telah menggunakan undang-undang Adat Temenggung sebagai asas kepada undangundang sesuatu kawasan. Dalam undang-undang yang berasaskan adat Temenggung dapat dilihat hukuman mati merupakan hukuman yang paling berat terhadap kesalahan membunuh, memfitnah atau 9
Khalid Bonget, Adat Perpatih Esei Pilihan : Tatacara Pemilihan Ketua Adat Dalam Adat Perpatih,Hlm. 146. Zainal Abidin Bin Borhan, Adat Melayu Temenggung, Hlm. 8.
10
5|AEEA2302
menderhaka kepada Raja. Dalam undang-undang berasaskan Adat Temenggung, Raja mempunyai kuasa yang paling tinggi dalam perundangan. Selain itu, dapat dilihat juga dalam undang-undang berasaskan Adat Temenggung bersifat memihak kepada golongan golongan atasan atau pemerintah. Hal ini dapat dilihat melalui hukuman yang dikenakan kepada rakyat biasa berbeza dengan hukuman yang dikenakan kepada golongan atasan walaupun kesalahan ang dilakukan adalah sama. Dalam membuktikan kesalahan, bukti perlu diserahkan dengan keterangan yang terperinci sebelum menghukum seseorang. Manakala dari segi kuasa menjalankan hukuman terletak pada Raja/ Sultan, pembesar dan penghulu. Namun bagi kesalahan yang serius atau junlah dendanya melebihi $25.00 hanya Raja /Sultan berhak membuat keputusan. Antara contoh-contoh petikan yang berkaitan dengan undang-undang Temenggung : Maka titah baginda (sultan Alau’d-Din) kepada Seri Maharaja : Jikalau orang mendapat harta orang, jika tiada dipulangkannya pada yang empunya, disuruh baginda kudung tangannya... (Sulalatus Salatin, 1979:175) Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri, maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus bahunya... (Sulalatus Salatin, 1979:175) Fasal yang kesebelas pada menyatakan hukum orang mencuri. Adapun jikalau seseorang mencuri lagi dalam kampung itu, maka tahu orang yang empunya itu, maka dibunuhnya, tiadalah lagi yang salah membunuh itu. (Undang-Undang Melaka, 2003:113)
6|AEEA2302
Keadaan yang berbeza dapat dilihat dalam undang-undang Adat Perpatih, dalam Adat Perpatih,undang-undang jenayah dan hukuman yang dijalankan adalah bersifat pemulihan dan pengajaran. Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Hal ini berbeza sekali dengan konsep undang-undang dan hukuman yang dijalankan dalam Adat Temenggung. Dalam perundangan Adat Perpatih seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah selagi mana dia tidak dihakimi oleh institusi keadilan.11 Undang-undang Adat Perpatih boleh ditemui melalui kata-kata perumpamaan, bidalan, pantun dan juga teromba. Undang-undang tersebut bukanlah satu undang-undang bertulis namun keberkesanan undang-undang tersebut telah dikenalpasti oleh William Marsden melalui kajian yang dilakukan oleh beliau.12 Dalam Adat Perpatih, undang-undang dapat dibahagikan kepada enam bahagian iaitu Undang-Undang Berkaitan Perlembagaan, Undang-Undang Jenaah, Undang-Undang Keterangan, Undang-Undang Keluarga,Undang-Undang Harta dan juga Konflik Undang-Undang. Setiap bahagian undang-undang tersebut mempunyai perumpamaan atau bidalan yang menunjukkan kesalahan yang dilakukan dan juga balasannya. Sebagai contoh: Undang-Undang Berkaitan Perlembagaan : Alam beraja, Luak berpenghulu, Suku bertuan,
11
Rais Yatim, Adat Perpatih Esei Pilihan : Adat Perpatih Common Law And Equity Suatu Perbandingan,Malaysia : Jabatan Warisan Negara, 2007, Hlm. 44. 12 Rais Yatim, Adat Perpatih Esei Pilihan : Adat Perpatih Common Law And Equity Suatu Perbandingan, Hlm. 46.
7|AEEA2302
Anak buah beribu bapa.13
Undang-Undang Jenayah : Yang mencincang,yang mampas Yang membunuh, yang membangunkan Yang menjual, memberi balas
Hilang darah ganti darah, Salah makan dimuntahkan, Salah tarek dikembalikan.14 Undang-Undang Keterangan: Berkata bersaksi Pada manusia pegang katanya Pada binatang pegang talinya tiang berpalang, dinding teretas Terkejar terlelah Tercincang terpakok 15 Jelas dapat dilihat bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara undang-undang yang diamalkan oleh Adat Temenggung dan juga Adat Perpatih. Namun undang-undang yang diguna pakai oleh kedua-dua adat tersebut bertujuan untuk memberi ketenangan dan rasa selamat serta menyusun kehidupan masyarakat yang mengamalkan adat tersebut.
13
Rais Yatim, Adat Perpatih Esei Pilihan : Adat Perpatih Common Law And Equity Suatu Perbandingan, Hlm. 47. 14 Ibid. 15 Ibid, Hlm. 48.
8|AEEA2302
Sistem Perwarisan Harta Mengikut sistem Adat Temenggung, lelaki lebih berhak mewarisi harta yang lebih banyak berbanding wanita. Hal ini dapat dilihat menggunakan sistem faraid yang diamalkan dalam agama Islam. Namun demikian perwarisan harta juga boleh dilakukan melalui sistem wasiat. Iaitu dimana harta akan dibahagikan mengikut wasiat yang telah ditetapkan oleh si mati. Sebagai contoh, sistem perwarisan harta dalam Adat Temenggung dapat dilihat dalam kerajaan Melaka iaitu di mana kuasa raja atau sultan diwariskan kepada anak lelaki mereka. Namun demikian, sistem perwarisan harta dalam Adat Temenggung tidaklah serumit dan sekompleks sistem perwarisan harta yang diamalkan oleh masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih. Dalam Adat Perpatih, sistem perwarisan harta kelihatan rumit dan kompleks kerana melibatkan status tanah. Dalam sistem perwarisan harta Adat Perpatih terdapat dua jenis harta iaitu harta pusaka dan harta carian. Harta pusaka merupakan harta yang hanya boleh dimiliki oleh kaum wanita sahaja manakala harta carian adalah harta ang dicari sendiri. Harta pusaka pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu harta pusaka besar dan harta pusaka sendiri.harta pusaka besar adalah harta yang meliputi perkara berkaitan tanah dan harta pusaka yang diwarisi dari ibu dianggap sebagai harta milik suku. Manakala harta pusaka sendiri adalah harta persendirian yang diwarisi daripada orang tua mereka seperti tombak dan keris. Harta carian pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu harta carian bujang dan carian bersama. Harta carian bujang adalah harta carian yang dicari seseorang sebelum dia
9|AEEA2302
berkahwin manakala harta carian bersama adalah harta yang dicari bersama-sama semasa alam perkahwinan dan masing-masing mempunyai kepentinga terhadap harta tersebut.16 Dalam proses pembahagian harta pusaka, harta tersebut hanya boleh diwarisi oleh kaum wanita yang terdapat dalam suku tersebut. Sekiranya waris kepada harta tersebut tiada, maka harta pusaka tersebut akan diwariskan kepada kaum wanita yang mempunyai hubunga terdekat dalam suku tersebut. Hal ini amat penting kerana harta pusaka yang kebiasaannya adalah tanah. Dalam Adat Perpatih, tanah dianggap sebagai satu harta yang penting bagi wanita. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih tinggal di kawasan pendalaman, oleh itu mereka memerlukan tanah bagi tujuan pertanian dan sebagainya. Disamping itu juga, perwarisan tanah hanya boleh diterima oleh kaum wanita sahaja. Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan orang lelaki mampu merantau, memburu dan mampu menjaga diri berbanding dengan kaum wanita. Walaupun tanah diwarisi oleh kaum wanita, namun kaum lelaki dibenarkan mentadbir dan menguruskan tanah tersebut. Kebiasaannya, pembahagian harta carian akan berlaku sekiranya berlakunya penceraian, harta carian bujang akan diambil oleh empunya manakala harta carian bersama akan dibahagiakan sama rata atau dibahagiakan mengikut budi bicara masing-masing.
Sistem Kekeluargaan Dalam adat Temeggung, Sistem kekeluargaan kelihatan bercorak seimbang dimana kedudukan keluarga sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting. Dalam Adat Temenggung sistem kesukuan tidak diamalkan seperi yang wujud dalam adat perpatih. Dapat juga dilihat dalam adat Temenggung, kaum lelaki menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan akan 16
Ia Agustar, Pelaksananan Pembahagian Warisan Atas Harta Pencarian Dalam Lingkungan Adat Minangkabau Di Kecamatan Lubuk Kilangan Kota Padang, Tesis, Inodenesia : Universitas Diponegoro, 2008, Hlm. 5.
10 | A E E A 2 3 0 2
dikira daripada sebelah bapa. Pihak sebelah lelaki akan diberi keutamaan yang dibenarkan oleh syarak. Hal ini berbeza dalam masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih. Dalam Adat Perpatih sistem suku dijadikan sebagai sistem kekeluargaan. Mereka juga mengutamakan nasab sebelah ibu kerana keahlian seseorang akan dikira melalui suku yang diwarisi daripada sebelah ibu dan mengetepikan suku bapa mereka.17 Setiap ahli suku dikira sebagai saudara dan adik beradik oleh itu perkahwinan dalam suku yang sama tidak dibenarkan. Terdapat 12 suku dalam masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih iaitu Suku Biduanda, Suku Batu Hampar, Suku Tiga Nenek dan lain-lain. Sistem Perkahwinan Dalam Adat Temenggung, adat perkahwinannya menggambarkan kebudayaan Hindu tetapi telah diperhalusi dan didasari oleh peraturan Islam seperti hukum nikah, hukum cerai, hukum ruju’ dan nafkah.18 Kesemua hukum-hukum Islam dijadikan sebagai garis panduan dalam perkahwinan. Dalam adat perkahwinan Adat Temenggung, seorang lelaki boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja gadis yang dia suka selain dari wanita yang telah diharamkan oleh syarak untuk bernikah. Selain itu juga, dalam Adat Temenggung, seorang lelaki boleh berkahwin lebih daripda satu sehingga empat orang berkesesuaian dengan syarak. Berikut merupakan petikan yang menyatakan membuktikan bahawa adat perkahwinan masyarakat Adat Temenggung didasari oleh agama Islam: “Jikalau ada perempuan berbapa atau bernini atau saudaranya laki-laki itulah akan walinya perempuan itu” 17
Ia Agustar, Pelaksananan Pembahagian Warisan Atas Harta Pencarian Dalam Lingkungan Adat Minangkabau Di Kecamatan Lubuk Kilangan Kota Padang, Hlm. 47 18 Asiah Binti Taharip, Perbezaan Teks-Teks Adat Temenggung, Tesis, Malaysia : Ukm, 1981/82, Hlm. 144.
11 | A E E A 2 3 0 2
“..jauh wali itu daripada negeri sehari semalam....maka haruslah hakim walinya” “ia yatim, itu pun hakim akan walinya” “adapun segala syarat ini, maka berlakulah hukum nikah yang pada kitab allah ta’ala..” (Undang-Undang Melaka, 2003 :130) Walaubagaimanapun dalam adat perkahwinan masyarakat di Alam Melayu mengamalkan adat kebudaan Hindu seperti berinai, bersanding dan lain-lain.19 Walaupun adat yang diamalkan mengandungi kebudayaan Hindu namun perkara tersebut telah diasmilasikan dengan hukum syarak dan seterusnya menjadi adat perkahwinan masyarakat Melayu di Alam Melayu.
Dalam Adat Perpatih,mereka mengamalkan perkahwinan yang bersifat Eksogami. Sistem perkahwinan mereka adalah berasaskan sistem suku iaitu seseorang itu tidak dibenarkan berkahwin dengan orang yang sesuku dengannya.20 Hal ini berlaku kerana mereka yang sesuku dianggap mempunyai hubungan yang rapat seperti adik beradik, oleh itu mereka tidak dibenarkan berkahwin sesuku kerana kahwin sesuku bererti seperti berkahwin adikberadik. Sekiranya perkahwinan sesuku dijalankan juga maka pasangan yang berkahwin tersebut akan dilucutkan keahlian dan diusir keluar dari tanah pusakanya. 21 Walaubagaimanapun, hal tersebut masih boleh diperbetulkan melalui majlis yang dipanggil sebagai masuk adat. Majlis tersebut diadakan sesuai dengan konsep hukuman yang bersifat pengajaran dalam Adat Perpatih. Bagi kembali ke dalam suku, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti: 19
Asiah Binti Taharip, Perbezaan Teks-Teks Adat Temenggung, Hlm. 145. Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas, Hlm. 53. 21 Ibid. Hlm. 54. 20
12 | A E E A 2 3 0 2
I. II. III.
Membayar denda 50 gantang beras Membayar wang tunai dalam jumlah tertentu Mengadakan seekor lembu atau kambing
Majlis tersebut adalah satu upacara dimana pasangan yang bersalah akan mengakui kesilapan mereka dan memohon serta meyampaikan keinginan untuk kembali kedalam suku mereka. Mereka juga harus menyembah setiap ahli yang berada dalam suku mereka. Hal ini dilakukan bertujuan untuk memberi pengajaran kehidupan kepada mereka yang lain. Sistem perkahwinan ini diamalkan bertujuan bagi memberi peluang untuk menambahkan ikatan dan keakraban di antara suku-suku yang ada. Setelah berkahwin, pihak lelaki akan tinggal di rumah isteri dan dakan dipanggil sebagai orang Semenda manakala suku isterinya dipanggil sebagai Orang Tempat Semenda.22 Suami haruslah mengikut segala peraturan yang diamalkan di rumah isteri mereka. Walaupun begitu si suami mempunyai kuasa dan hak dalam mentadbir keluarga mereka. Sekiranya sumi ingin berkahwin sekali lagi, beliau tidak boleh berkahwin dengan orang yang sama suku dengan isterinya selagi isterinya masih hidup. Hal ini kerana sesorang yang sama suku dianggap sebagai adik-beradik. Jelas dapat dilihat perbezaan dalam adat perkahwinan antara Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Penutup Kesimpulannya, terdapat beberapa perbezaan yang ketara dalam sistem Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Walaupun terdapat perbezan dalam pengamalan Adat Perpatih dan Adat Temenggung namun tiada pertelingkahan dan pergaduhan yang berlaku di antara pengamal adat-adat tersebut. Dapat dilihat juga, walaupun terdapat perbezaan di antara
22
Azzal Abu Talib, Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih Di Negeri Sembilan Kajian Kes : Luak Inas, Hlm. 55.
13 | A E E A 2 3 0 2
kedua adat tersebut namun jelas bahawa kedua-dua adat tersebut mempunyai matlamat yang sama iaitu bertujuan menjaga keselamatan msaarakat agar dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan penjajah ke Alam Melayu turut membawa pengenalan undangundang baru. Namun demikian, adat-adat tempatan seperti Adat Perpatih dan Adat Temenggung masih mempunyai pengamal dan kekal dalam masyarakat sehingga hari ini.
14 | A E E A 2 3 0 2